3
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh; Sistem Pendidikan. Bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang, ia boleh dilakukan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam ,Alam dan Manusia dan Lukisan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai- nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di sekolah-sekolah juga merupakan satu lagi pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang mana fungsi badan ini ialah untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah. Grur-guru Guru berperanan dalam menerapkan nilai atau sifat penyayang. Guru-guru adalah komponan penting dalam merealisasikan hasrat ini. Guru-guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada pelajar-pelajar mereka. Ini adalah kerana tutur kata dan tindak tanduk guru menjadi perhatian dan rujukan murid, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki peribadi

Mewujudkan Masyarakat Penyayang Dan Budaya Menyayangi

  • Upload
    aeroku

  • View
    120

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

g

Citation preview

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh;

Sistem Pendidikan.Bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang, ia boleh dilakukan melalui pendidikan secara formal. Misalnya kementerian telah memasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi subjek Pengetahuan Moral, Agama Islam ,Alam dan Manusia dan Lukisan nilai-nilai murni yang perlu ada pada individu. Selain itu aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dapat menyemaikan nilai-nilai kemasyarakatan yang murni kepada pelajar. Misalnya semangat bekerjasama dan aktiviti rekreasi yang dijalankan dapat mendekatkan manusia dengan alam sekitar. Penubuhan Badan Kebajikan di sekolah-sekolah juga merupakan satu lagi pendekatan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang mana fungsi badan ini ialah untuk membantu golongan yang susah dan bermasalah.

Grur-guruGuru berperanan dalam menerapkan nilai atau sifat penyayang. Guru-guru adalah komponan penting dalam merealisasikan hasrat ini. Guru-guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada pelajar-pelajar mereka. Ini adalah kerana tutur kata dan tindak tanduk guru menjadi perhatian dan rujukan murid, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki peribadi yang cemerlang dan menjadi teladan atau role model terbaik kepada anak didik dan masyarakatnya.

Pihak Sekolah Dalam menentukan kecapaian wawasan 2020, nilai-nilai murni dan konsep masyarakat penyayang seharusnya menjadi asas dan tunjangnya. Pelbagai program dan aktiviti boleh dirancang untuk menjadikan ilai-nilai murni dan konsep masyarakat penyayang berakar umbi dan menjadi budaya di sekolah. Kempen-kempen, seminar, kem-kem motivasi boleh diberi imej dan pengolahan baru dalam menjayakan hasrat melahirkan pelajar yang penyayang dan hidup berdasarkan nilai-nilai murni yang disepakati. Di samping itu juga, sokongan dan dokongan yang kuat seluruh warga sekolah akan mempercepatkan usaha-usaha murni yang diidamkan dan dicita-citakan ini.

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)PIBG adalah ases yang cukup baik antara guru dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu membantu hasrat sekolah demi masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa adalah cerminan pelajar sewaktu di rumah. Matlamat dalam melahirkan masyarakat penyayang perlu dikongsi bersama antara sekolah dan ibu bapa melalui PIBG.Tindakan seiring sejalan antara sekolah dan PIBG perlu dipereratkan. Tindakan sederap cukup penting supaya tiada pihak yang memandang rendah dan mengabaikan aspek yang penting ini. Semua aktiviti sekolah dan PIBG perlu menerapkan nilai tersebut. Penglibatan ibu bapa dalam semua program sekolah perlu diberi perhatian oleh PIBG.

Peranan Badan-Badan Sukarela dan Agensi Sosial.Badan-badan sukarela (NGO) juga mempunyai peranan penting dalam menyemaikan budaya penyayang ini. Badan-badan seperti Kelab Leo, Kelab Rotary dan Kelab Interact merupakan beberapa badan sukarela yang telah bergerak secara aktif dalam membantu golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Selain daripada menghulurkan bantuan kewangan dan pakaian, mereka juga mengadakan lawatan untuk beramah mesra dengan golongan-golongan ini supaya mereka tidak berasa tersisih dari masyarakat.

KesimpulanHubungan yang mesra antara guru dan murid, guru dan ibubapa serta sayang-menyayangi antara satu sama lain dalah mekanisme penting dalam pembinaan masyarakat penyayang. Usaha-usaha menjadikan budi bahasa, nilai-nilai murni dan akhlak ini perlu ditumpukan supaya kebaikan yang terhasil darinya bukan mesti disuruh-suruh tetapi dijadikan tabiat dan tercerna dalam kehidupannya..