Mengenal Pasangan Huruf Kecil dan Huruf Besar melalui ... huruf kecil dan huruf besar dalam kalangan…

  • Published on
    11-Jul-2019

  • View
    215

  • Download
    0

Embed Size (px)

Transcript

  • Mengenal Pasangan Huruf Kecil dan Huruf Besar melalui

    Permainan BahasaTo identify pairs of small and capital letters through

    language game.

    Nur Izzati binti Ismail, Kamarrul Arifin bin Abdul Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

    Kuala Lipis, Pahang.

    Abstrak

    Fokus kajian ini berkaitan dengan masalah kanak-kanak prasekolah dalam mengenal pasangan huruf. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid mengenal pasangan huruf kecil dan huruf besar dengan menggunakan permainan bahasa. Responden kajian terdiri daripada 6 orang kanak-kanak Prasekolah SK Kuala Mai Bharu, Temerloh yang berbangsa Melayu. Berdasarkan keputusan ujian pra yang telah dijalankan, lapan pasang huruf telah dipilih dalam kajian ini. Kajian mendapati bahawa lapan pasang huruf tersebut mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi bentuk huruf kecil dan huruf besar. Sebagai tindakan, pengkaji telah melaksanakan permainan Bahasa yang mengandungi empat langkah iaitu Permainan Celup, Permainan Jom Pusing, Permainan Siapa Cepat? dan Permainan Susun Huruf Itu! Tempoh pelaksanaan tindakan adalah selama empat minggu semasa menjalani Internship di sekolah. Data kajian telah dikumpul melalui ujian, senarai semak, pemerhatian dan temubual. Data dalam kajian ini telah dianalisis secara kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa permainan bahasa yang dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal pasangan huruf. Kajian ini juga dapat memperbaiki amalan dan nilai profesional penyelidik sebagai seorang guru

  • Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

    120

    prasekolah. Dengan ini diharapkan hasil kajian dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada guru dan bakal guru prasekolah di Malaysia.

    Kata kunci pra sekolah, pasangan huruf, huruf kecil, huruf besar, permainan bahasa

    Abstract

    The focus of this study is the difficulties faced by pre-school children in identifying pairs of letters. This study is aimed to enhance childrens skills to identify lowercase and uppercase letters using language game. The respondents consist of six pre-school Malay children of SK Bharu Kuala Mai, Temerloh. Based on the results of the pre-test conducted on them, eight pairs of letters have been selected for this study. The study found that these eight pairs of letters have significant difference in terms of lowercase and uppercase letters. As an intervention, the researcher implemented a language game which consists of four steps, Permainan Celup, Permainan Jom Pusing, Permainan Siapa Cepat? and Permainan Susun Huruf Itu! The duration of intervention was four-weeks conducted during the Internship period. The data was collected using tests, observation checklist and interview protocol. All data was analyzed qualitatively. The findings showed that the language game was able to enhance the childrens ability to identify pairs of letters. This study also improved the researchers practice and professional values as preschool teachers. The results of the study is hoped to benefit pre-school and prospective teachers in Malaysia.

    Keywords pre-school, pairs of letters, small letter, capital letter, language game

    PENGENALANMengenal huruf merupakan kemahiran asas yang ditekankan di prasekolah. Ia juga merupakan asas kepada kanak-kanak untuk menguasai kemahiran bahasa. Sepanjang tempoh melaksanakan kajian ini selama tiga bulan di Prasekolah SK Kuala Mai Bharu, pengkaji telah mengenal pasti bahawa kanak-kanak tidak dapat memadankan dan mengenal pasangan huruf kecil dan pasangan huruf besar dengan betul. Baumer dan Bernice (1998, seperti dinyatakan dalam Priya 2012) menyarankan agar kanak-kanak diberhentikan segera semasa membaca dan dibantu mengenalpasti huruf yang terkeliru yang sering

  • Mengenal Pasangan Huruf Kecil dan Huruf Besar...119-136

    121

    menganggu sebutan lancar kanak-kanak. Usaha sebegini diyakini dapat membantu mengurangkan kekeliruan kanak-kanak agar mereka dapat melalui proses menulis dan membaca dengan lancar.

    Selain itu, pengkaji juga telah merujuk Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2003) untuk mengetahui sama ada permasalahan yang ingin pengkaji kaji ini terdapat dalam kurikulum ataupun tidak. Hasilnya pengkaji mendapati bahawa ia terkandung di dalam Tunjang Komunikasi dan Bahasa di dalam Kemahiran Membaca dan di dalam Standard Pengajaran 3.17 iaitu Memadankan huruf kecil dan huruf besar. Atas rasional ini pengkaji telah menjalankan kajian ke atas kanak-kanak yang menghadapi permasalahan dalam mengenal pasangan huruf. Bagi mengatasi permasalahan ini, pengkaji telah menjalankan satu kaedah permainan bahasa yang mengandungi empat langkah iaitu langkah pertama ialah kanak-kanak akan melaksanakan Permainan Celup, langkah kedua Permainan Jom Pusing, langkah tiga Permainan Siapa Cepat ? dan terakhir ialah Permainan Susun Huruf Itu!.

    Pengkaji memilih Permainan Bahasa sebagai kaedah atau pun rawatan terhadap masalah yang pengkaji kaji kerana berpegang kepada prinsip prasekolah iaitu kanak-kanak belajar melalui bermain. Menurut Garvey (1991), permainan merupakan pilihan dan rekaan kanak-kanak. Melalui permainan, ia boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan disamping itu ia secara tidak langsung mampu untuk memperkembangkan sosial kanak-kanak. Rasional pengkaji memilih empat langkah bagi menyelesaikan masalah ini disokong oleh Cristensen dan Kally (2003) sebagaimana dipetik oleh Alice Wiggins, Universiti Virginia, yang menyatakan permainan termasuk permainan sembolik melibatkan pemikiran aras tinggi seterusnya membuatkan kanak-kanak memikirkan semula situasi dan menggunakan bahan untuk menyelesaikan masalah serta dapat meningkatkan penggunaan bahsa, pemahaman baru seterusnya menghasilkan perkembangan diri dan pembelajaran yang bermakna. Aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meransang suasana pembelajaran. Ini akan dapat mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku.

    Tindakan yang dijalankan ini, dilaksanakan secara berperingkat, dimana pengkaji memulakan dengan permainan yang mudah seterusnya kepada permainan yang agak sukar. Namun pada permainan yang terakhir setiap responden telah dapat mengenal kesemua pasangan

  • Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 2 / 2013

    122

    huruf yang yang pengkaji kaji. Pasangan huruf tersebut ialah huruf Bb, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Nn, dan Rr. Pemerhatian awal menunjukkan permasalahan berlaku disebabkan oleh kanak-kanak prasekolah ini, hanya menghafal huruf mengikut urutan tanpa mengetahui bentuk huruf tersebut. Ini terbukti benar apabila pengkaji menyuruh kanak-kanak menyebut huruf A-Z mereka mampu untuk menyebut huruf tersebut mengikut urutan. Namun apabila mereka diminta menyebut huruf yang ditunjukkan pada carta huruf secara rawak, mereka mengambil masa yang lama untuk menjawab dan terdapat kanak-kanak yang langsung tidak mampu untuk menyebut huruf tersebut dengan tepat. Selain itu, di dapati bahawa guru prasekolah hanya memberikan penekanan terhadap huruf kecil sahaja. Keadaan ini akan menganggu pengamatan kanak-kanak dalam mengenalpasti pasangan huruf tersebut iaitu huruf besar. Masalah ini mungkin dianggap remeh pada awalnya namun jika ia tidak dibendung akan memberi kesan negatif kepada prestasi akademik kanak-kanak tersebut.

    Jika permasalahan ini dapat diatasi, kanak-kanak akan mudah untuk mengikuti pengajaran yang dilaksanakan guru serta tidak ketinggalan di dalam kelas. Apabila kanak-kanak ini telah mengenal huruf, perkembangan bahasa mereka boleh dipertingkatkan kepada kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran membaca, menulis dan sebagainya. Namun jika ia dibiarkan, pengajaran dan pembelajaran guru akan terganggu. Selain itu, apabila kanak-kanak ini tidak mengenal huruf mereka akan menghadapi masalah dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Keadaan ini akan menyebabkan keciciran, sukar untuk menulis dan menyebabkan perkembangan bahasa mereka terbatas. Oleh itu adalah penting untuk pengkaji mengeluarkan kanak-kanak tersebut daripada permasalahan ini supaya mereka dapat mengenal pasangan huruf dengan betul.

    Diharapkan melalui kajian ini, pengkaji dapat membuktikan keberkesanan permainan bahasa dalam mengatasi masalah mengenal pasangan huruf. Hasil daripada kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru prasekolah yang menghadapi masalah mengenal huruf kecil dan huruf besar dalam kalangan murid-muridnya supaya dapat menggunakan kaedah permainan Bahasa ini.

    Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal pasangan huruf kecil dan huruf besar melalui permainan bahasa bagi mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis.

  • Mengenal Pasangan Huruf Kecil dan Huruf Besar...119-136

    123

    Soalan KajianAdakah kaedah permainan bahasa dapat mempertingkatkan kemahiran mengenal huruf kecil dan huruf besar?

    Sampel KajianPengkaji telah memilih lapan pasangan huruf yang tersebut di atas berdasarkan pemerhatian dan juga keputusan ujian pra yang telah dijalankan terhadap kanak-kanak prasekolah. Hasil daripada ujian tersebut pengkaji telah memilih 6 orang kanak-kanak sebagai sampel kajian dimana ia terdiri daripada 3 orang kanak-kanak lelaki dan 3 orang kanak-kanak perempuan. Kesemua mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Setiap responden kajian ini mengalami masalah yang berbeza iaitu lemah di dalam akademik, lembam, pasif dan juga jarang datang ke sekolah.

    Metadologi Kajian Kajian ini dijalankan berdasarkan Model Stephan Kemmis (1988). Kajian ini dimulakan dengan mencari fokus iaitu masalah dalam mengenal pasangan huruf kecil dan huruf besar ( Bb, Dd, Ee, Ff, Gg, Hh, Nn dan Rr). Setelah menetapkan fokus kajian, tindakan dirancang iaitu pengaplik