2
UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI . CARI . Khamis, Disember 01, 2016 | A- | A | A+| EN | RU | AR BERITA » Fusion Lab UPM Tonjol Potensi Remaja dan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Oleh Syifarida Muhamad Zaki SERDANG, 27 Nov Kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas yang mengalami Syndrome Down mempamerkan kebolehan dan bakat mereka dalam kesenian muzik pada Program Intervensi Terapi Komuniti untuk Murid Berkeperluan Khas melalui Makmal Pendidikan Khas (Fusion Lab), Univesiti Putra Malaysia (UPM). Pogram anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM itu mengetengahkan kaedah intervensi muzik dengan persembahan murid berkeperluan khas Fusion Lab, UPM bersama kumpulan pakar muzik UPM dan murid dari Batu Road School Band. Program bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai terutama ibu bapa dan golongan pendidik bahawa golongan berkeperluan khas berpeluang mengembangkan potensi mereka melalui sokongan serta keyakinan daripada masyarkat. Antara persembahan yang ditonjolkan pada program itu ialah duet pemain violin dan piano oleh seorang pelajar autism serta persembahan dikir barat, kuda kepang dan tarian. MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN Page 1 of 2 Universiti Putra Malaysia 1/12/2016 http://www.upm.edu.my/berita/details/fusionlabupmbm

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN …psasir.upm.edu.my/49920/1/Fusion Lab UPM Tonjol Potensi Remaja dan... · muzik pada Program Intervensi Terapi Komuniti untuk Murid

  • Upload
    others

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN …psasir.upm.edu.my/49920/1/Fusion Lab UPM Tonjol Potensi Remaja dan... · muzik pada Program Intervensi Terapi Komuniti untuk Murid

UTAMA | FAKTA & ANGKA | DIREKTORI KAKITANGAN | LOKASI | PETA LAMAN | SOALAN LAZIM | HUBUNGI KAMI

.CARI .

Khamis, Disember 01, 2016

| A- | A | A+| EN | RU | AR

BERITA »

Fusion Lab UPM Tonjol Potensi Remaja dan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Oleh Syifarida Muhamad Zaki

SERDANG, 27 Nov – Kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas yang mengalami Syndrome Down mempamerkan kebolehan dan bakat mereka dalam kesenian muzik pada Program Intervensi Terapi Komuniti untuk Murid Berkeperluan Khas melalui Makmal Pendidikan Khas (Fusion Lab), Univesiti Putra Malaysia (UPM).

Pogram anjuran Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP), UPM itu mengetengahkan kaedah intervensi muzik dengan persembahan murid berkeperluan khas Fusion Lab, UPM bersama kumpulan pakar muzik UPM dan murid dari Batu Road School Band.

Program bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai terutama ibu bapa dan golongan pendidik bahawa golongan berkeperluan khas berpeluang mengembangkan potensi mereka melalui sokongan serta keyakinan daripada masyarkat.

Antara persembahan yang ditonjolkan pada program itu ialah duet pemain violin dan piano oleh seorang pelajar autism serta persembahan dikir barat, kuda kepang dan tarian.

MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN ANTARABANGSA KEHIDUPAN KAMPUS PERKHIDMATAN

Page 1 of 2Universiti Putra Malaysia

1/12/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/fusionlabupmbm

Page 2: MENGENAI KAMI PENYELIDIKAN AKADEMIK JARINGAN …psasir.upm.edu.my/49920/1/Fusion Lab UPM Tonjol Potensi Remaja dan... · muzik pada Program Intervensi Terapi Komuniti untuk Murid

Penasihat Program Fusion Lab, UPM, Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan berkata program itu dapat mendalami potensi murid berkeperluan khas melalui interaksi.

“Pendekatan seni muzik dapat membantu ke arah memperkembangkan potensi murid berkeperluan khas daripada pelbagai aspek.

“Kami berharap program ini dapat memberi kesedaran dan keprihatinan semua lapisan masyarakat mengenai potensi bakat yang boleh dicungkil yang boleh membawa mereka menjadi terkenal di mata dunia,” katanya.

Koordinator Latihan, Seameo Regional Centre For Special Education, Monishah Md. Shah berkata Fusion Lab, UPM adalah platform penting menyumbang kepada pengiktirafan Malaysia sebagai negara yang berjaya mendidik murid berkeperluan khas.

“Usaha UPM mengetengahkan bakat terpendam golongan berkeperluan khas ini sekaligus dapat memberi sokongan sosial dan moral daripada segi pengurusan diri serta tingkah laku mereka sebagai komponen penting dalam keluarga dan komuniti,” katanya.

Beliau berharap masyarakat dapat memanfaatkan Fusion Lab, UPM yang boleh membawa kepada pembangunan ekosistem masyarakat yang kondusif terhadap remaja berkeperluan khas.

RSS | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | Bantuan| Jumlah Pelawat : @2013 Universiti Putra MalaysiaPaparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 800 x 600 dan 1024 x 768 (S1) Kemaskini Terakhir : 01 Dec 2016

Page 2 of 2Universiti Putra Malaysia

1/12/2016http://www.upm.edu.my/berita/details/fusionlabupmbm