Click here to load reader

Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Melayu-Islam · PDF filemempunyai jati diri dan berpegang teguh terhadap ajaran Islam. ... peranan tamadun Islam dalam mempengaruhi perkembangan

  • View
    278

  • Download
    4

Embed Size (px)

Text of Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Melayu-Islam · PDF filemempunyai jati diri dan berpegang...

  • Buerah Tunggak & Hussin Salamon 123Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 29(2) (2011): 123 - 147

    Mengembalikan Kegemilangan Tamadun Melayu-Islam MenerusiPemupukan Budaya Niaga Berteraskan Akhlak

    BUERAH TUNGGAK & HUSSIN SALAMON

    ABSTRAK

    Budaya dan tamadun memainkan peranan penting dalam mencorakkan rupabentuk sesuatu bangsa atau masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawakegemilangan peradaban Islam masa silam lahir daripada bangsa yangmempunyai jati diri dan berpegang teguh terhadap ajaran Islam. Oleh itupenulisan ini akan membincangkan konsep budaya dan tamadun sertapandangan Islam terhadap kelangsungan budaya dan tamadun umat.Seterusnya perbincangan berkaitan pengaruh-pengaruh terhadap perubahanbudaya khususnya budaya Melayu menyediakan satu kerangka kepadapembinaan budaya Niaga Melayu-Islam yang perlu diperkasakan. Perkaraini telah terbukti semasa zaman kegemilangan tamadun Islam di Alam Melayu.Penguasaan umat Melayu dalam perdagangan adalah satu bukti menunjukkanperanan tamadun Islam dalam mempengaruhi perkembangan ekonomi danperdagangan yang sangat signifikan. Bagi merealisasikan hasrat murni inibudaya ilmu yang menjadi teras kepada kekuatan tamadun Islam perludiperkukuhkan dalam kalangan masyarakat Melayu termasuk golonganpeniaganya. Sungguhpun begitu penguasaan terhadap budaya ilmu termasukyang berkaitan dengan perkembangan ICT terkini perlu berteraskan akhlakIslam yang akan membentuk sikap keusahawanan yang beretika dalamkalangan usahawan Bumiputera-Muslim. Oleh yang demikian usahaberterusan melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu diperkasakanbagi merealisasikan hasrat mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu-Islam melalui pemupukan budaya niaga yang berakhlak.

    Kata kunci: tamadun, budaya, budaya niaga, pemupukan, pendidikan tidakformal, Melayu-Muslim, akhlak

    ABSTRACT

    Culture and civilisation played an important role in shaping society. Historyhas proven that the past glory of Islamic civilisation has emerged from thepeople who have high self-esteem and adhere to the teachings of Islam. Thereforethis paper will discuss the concept of culture and civilisation and the continuityof culture and civilisation from the Islamic perspective. This was evident duringthe golden age of Islamic civilisation in the Malay World. The Malays

  • 124 Buerah Tunggak & Hussin Salamon

    domination of commercial and business, long time ago, proves that the influenceof Islamic civilisation on economic development was highly significant. Inorder to realize this noble cultural knowledge that form the core of civilisation,the Malay community should be strengthened particularly their businesstraders. However mastery of cultural knowledge, including those related tothe latest ICT developments should be based on Islamic morality that forms theethical entrepreneurial attitude among-Muslim Bumiputera entrepreneurs.Therefore, continuous efforts to foster a culture of ethical business throughformal and informal education should be strengthened in order to bring backthe glory of Malay-Islamic civilisation.

    Key words: civilisation, culture, business culture, fertilisation, non-formaleducation, Malay-Muslims, morals

    PENGENALAN

    Usaha bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan PerindustrianBumiputera (MPPB) memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh danmantap. Justeru, penekanan yang khusus kepada pembentukan sikap danpembinaan akhlak peribadi yang cekap dan luhur dalam kalanganusahawan Melayu-Muslim menjadi prasyarat yang penting. Pembentukansikap dan pembentukan akhlak tersebut akan menjamin usahawanMelayu-Muslim dapat berperanan secara efektif, mampu bersaing danmenjadi penentu kepada kejayaan ekonomi negara secara berterusan.

    Di samping sikap dan perilaku berintegriti, usahawan Melayu-Muslimjuga perlu memiliki wawasan yang jauh, berfikiran kritikal serta optimis.Pandangan yang sentiasa jauh ke hadapan sangat perlu memandangkanperkembangan perniagaan sekarang lebih mencabar dan cara perniagaanjuga sentiasa berubah dengan begitu pantas. Mereka juga harus lahirsebagai generasi usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan, dan turutmemahami keadaan ekonomi, politik, dan budaya. Namun dalam masayang sama mereka perlu berpegang teguh terhadap nilai dan etika Islamtermasuk yang berkaitan dengan perniagaan. Tanpa kefahaman yangjelas, usahawan Melayu-Muslim tidak akan berupaya menguasaiperkembangan ekonomi dan perdagangan semasa. Kefahaman tersebutdapat membentuk perspektif yang menyeluruh bagi membolehkan merekaberperanan secara berkesan, relevan dan progresif.

  • Buerah Tunggak & Hussin Salamon 125

    KONSEP BUDAYA DAN TAMADUN

    Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit buddhayah yangmerupakan bentuk jamak daripada kata budi atau akal. Oleh yangdemikian kebudayaan diertikan sebagai hal-hal yang bersangkutan denganbudi atau aqal (Soerjono Soekanto 1990). Istilah culture pula merupakanistilah bahasa Inggeris yang sama ertinya dengan kebudayaan berasaldaripada perkataan Latin colere yang maksudnya mengolah ataumengerjakan iaitu mengolah tanah atau bertani. Berdasarkan asalperkataan colere lahirlah perkataan culture yang diertikan sebagaisegala daya dan kegiatan manusia untuk mengolah dan mengubah alam(Websters New Twentieth Century Dictionary 1978).

    Kamus Dewan (2005) mentakrifkan istilah budaya sebagai tamadunyang boleh pula dikaitkan sebagai kemajuan dan juga peradaban. Istilahtamadun pula telah diberikan beberapa takrifan berdasarkan bidangpengkajian tertentu. Menurut sebahagian ahli-ahli antropologi, tamadunbermaksud tingkah laku yang diperolehi melalui pengalaman dan pelajaran.Pendapat lain pula menekankan, tamadun bukanlah tindak tanduk tetapimerupakan sesuatu yang diambil daripada tindak tanduk. Dalampengertian ilmu pengetahuan manusia, masalah asal usul tamadunmerupakan satu ilmu yang baru. Sebelum tahun 1843, tamadun dalambahasa-bahasa Eropah membawa maksud ilmu perkebunan ataumengusahakan tanah. Para peladang yang mendapatkan hasil daripadamengusahakan bumi, menganggap diri mereka berada disatu tahap yanglebih tinggi berbanding mereka yang menjadi pemburu dan nelayan (UsmanSyihab 2004).

    Ahli Sosiologi terkenal Edward Burnett Tylor (1832-1917)mendefinisikan kebudayaan sebagai keseluruhan yang kompleks di manaterkandung di dalamnya ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak,undang-undang, adat istiadat dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yangdicapai oleh seseorang sebagai anggota masyarakat (Morish 1972).Sementara itu Morish (1972) menggambarkan budaya sebagai keadaanmasyarakat yang dinamik dan sentiasa mengalami perubahan mengikutmasa. Menurutnya lagi budaya merupakan sesuatu yang dibina olehgenerasi masa lalu dan diwariskan kepada generasi yang berikutnya.Dalam hal ini terdapat dua perkara penting yang diwariskan, pertama,ciri-ciri sesuatu budaya yang menguntungkan dan produktif disusun dalammasyarakat secara teratur dan kedua, nilai yang merupakan integrasisosiologi atau kemasyarakatan yang dapat dibandingkan denganmasyarakat lain. Bates dan Julian (1975) pula menekankan budaya sebagai

  • 126 Buerah Tunggak & Hussin Salamon

    apa sahaja yang manusia pelajari dan pelihara daripada himpunanpengalaman masa lalu dan dipindahkan kemasa hadapan melaluipembelajaran.

    Pengkaji yang lain seperti Margeret Mead (1901-1978) dalam Sardar(1979) menyatakan kebudayaan adalah istilah yang digunakan terhadapkeseluruhan bahagian, tingkah laku yang dialami bersama, diperolehimelalui pengalaman dan pengajaran bagi sebuah masyarakat atau sebuahkumpulan kecil. Terdapat tiga rangkaian bagi dasar takrif kebudayaanbaik ia berbentuk tingkah laku yang diperolehi daripada pengalaman atauyang bersifat aqliah atau yang bersifat benda seperti kapak atau bahanpemecah iaitu; pertama, sains kemasyarakatan moden menganggapbudaya hanya sebagai sesuatu yang berjalan seperti mesin dan keranaitu pada dasarnya ia merupakan hasil tindak tanduk manusia. Oleh yangdemikian, tindak tanduk menggariskan kebudayaan tetapi kebudayaantidak menentukan tindak tanduk manusia; kedua, berikutan daripadapandangan yang mementingkan mesin dan tindak tanduk manusia dalamkaitannya dengan kebudayaan maka diandaikan bahawa tidak ada tempatatau peranan dalam kebudayaan bahawa manusia mempunyai kebebasanuntuk memilih dan ketiga, diandaikan bahawa konsep kebudayaan adalahbebas daripada nilai-nilai dan di luar pengaruh peraturan etika akhlakatau kesusilaan (Sardar 1979).

    Beberapa pandangan di atas jelas menggambarkan bahawa budayameliputi aspek yang luas dan sangat diperlukan oleh masyarakat manusia,di dalamnya terkandung norma dan nilai yang sentiasa menerimaperubahan. Pandangan Tylor yang memasukkan kepercayaan sebagaiteras agama adalah menunjukkan satu daripada ciri-ciri kebudayaan yangsentiasa menerima perubahan, begitu juga pandangan Mead bahawakebudayaan adalah bersifat bebas nilai dan tidak dipengaruhi olehperaturan akhlak. Perkara tersebut berbeza dengan kebudayaan Islamyang di bentuk oleh kepercayaan Islam itu sendiri, membawa maksudbahawa lahirnya kebudayaan dalam Islam merupakan hasil daripadaagama Islam itu sendiri (Abdul Rahman Nawas et al. 1995). Hubunganantara kepercayaan dengan budaya mengikut pandangan Islam akandihuraikan dengan lebih lanjut dalam bahagian yang seterusnya.

    PANDANGAN ISLAM TERHADAP BUDAYA

    Kebudayaan dalam konteks Islam bukan semata-mata satu kumpulantindak balas dan bukan pula satu kumpulan tindakan, kesusasteraan dan

  • Buerah Tunggak & Hussin Salamon 127

    sains, malahan ia bukan semata-mata gaya hidup atau ragam kewujudan.Sebenarnya perkara-perkara yang disebutkan itu adalah hasil daripadapenjelmaan kebudayaan dan bukannya kebudayaan itu sendiri. SarjanaIslam terkenal Ibnu Khaldun dalam karya agungnya al Muqaddimahmemberikan huraian yang cukup mendalam berkaitan konsep budayaatau tamadun. Beliau menggunakan Istilah