Membeli Rumah Lelong

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Membeli Rumah Lelong

    1/1

    Ada rakan bertanya bagaimana untuk membeli rumah lelong.

    Ada yang kata untung beli rumah lelong kerana harganya lebih murah.

    Setiap pembelian lelong selalunya ada terma "As-Is-Where-Is-Basis" yang bermaksud lebih kurang begini:

    barang tersebut dijual dalam keadaan sedia ada.

    Untuk mendapat untung dengan membeli rumah lelong, berikut adalah perkara asas yang perlu dibuat:-

    1) pastikan anda sudah membuat lawatan tapak @ periksa keadaan rumah tersebut. Jika rumah tersebut

    dalam keadaan baik dan tiada penghuni, rumah tersebut boleh dibeli dan dijual dengan harga lebih tinggi.

    2) pastikan hartanah tersebut dilelong untuk kali kedua atau ketiga. Biasanya harga rezab akan diturunkan

    sekitar 10% dari tarikh lelongan pertama.

    3) sila buat carian hartanah di pejabat tanah. Dikhuatiri Kaveat Persendirian dimasukkan. Akibatnya,

    proses pinjaman dengan bank tidak dapat dilakukan dalam masa 120 hari.

    4) sila ke bank, tanyakan berapa jumlah yang boleh dipinjam untuk hartanah yang dibeli.

    a) Ada ketika, bank hanya luluskan 50% sahaja pinjaman. Jika pembeli tiada wang tunai, kebarangkalian

    hilang deposit 10% adalah tinggi.

    b) Ada juga ketikanya, terdapat lebih dari seorang pembida. Mahkamah akan tetapkan kenaikan untuk

    setiap bidaan. apabila sudah ke bank dan tahu berapa jumlah maksimum pinjaman, kita sudah boleh

    membuat anggaran berapa jumlah yang perlu dibida.

    5) apabila puas hati dengan keadaan rumah dan bersedia untuk membeli, beli bank draf daripada bank

    atas nama Plaintif seperti yang tertera dalam Pengisytiharan jualan.

    6) Datang ke Mahkamah dengan lebih awal. sebelum itu, pastikan anda sudah buat sekurang-kurangnya 2

    salinan bank draf dan kad pengenalan. Perlu isi borang bidaan mengikut pengistiharan jualan.

    *perlu diingat, mulai tahun 2014, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) rumah yang dijual dalam tempoh

    2 tahun dari tarikh dibeli adalah 30%.

    Ambil peringatan sebelum membeli rumah lelong: Jika anda membeli rumah lelong dan ada orang yang

    tinggal dalam rumah tersebut, pembeli perlu mengeluarkan orang yang tinggal di dalam rumah selepas

    selesai membayar keseluruhan harga lelongan. Segala permohonan atau tindakan untuk mengeluarkanorang yang tinggal dalam rumah tersebut perlu dilakukan oleh pembeli.

    Ada juga kes yang berlaku, sebelum rumah tersebut dilelong, keadaan rumah amat cantik. Setelah dibeli,

    pintu, tingkap dipecahkan dan lubang tandas sengaja ditabur dengan simen. Segala kos pembaikan perlu

    ditanggung oleh pembeli/pembida kerana rumah dijual dalam keadaan sedia ada.

    Jika ada kekurangan, mohon rakan-rakan yang bijaksana tambahkan lagi. Status express, tidak sempat

    buat reseach mendalam sebab ada rakan saya yang ingin membeli rumah lelong.

    Harap tulisan saya dapat membantu serba sedikit.