2
Melayu pendatang satu pemesongan fakta Oleh L1M SWEE TIN KEBELAKANGAN ini banyak benar pihak yang menyoal siapakah Melayu? Apakah Melayu? Dari mana asalnya mereka? Pen- duduk asalkah mereka di negara ini? Atau- pun, sekadar pendatang? Hakikat persoa- Ian ini timbul sejak sekian lama dahulu tidak disangkal lagi. Pelbagai kajian, dari segala sudut pandangan dan perspektif, bahkan metodologi digunakan, untuk me- rungkai satu pertanyaan yang penulis kira sebenarnya begitu mudah dan jelas. Sungguhpun demikian, peralihan masa, perubahan landskap politik dan atas ke- pentingan-kepentingan yang tertentu, se- suatu yang kelihatannya tidak seharusnya timbul, ditimbulkan semula. Penulis ter- tarik untuk tampil menghuraikan beberapa perkara yang berkaitan dengan Melayu. Sejarah bangsa Melayu sudah cukup la- ma. Dua konan Melayu teragung, Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah memeri- halkan dengan cukup jelas banyak perkara yang bersangkutan dengan Melayu. la ada dibuat secara langsung, dengan menerang- kan dan memberikan gambaran-gambaran secara terperinci, manakala sesetengahnya perlu dirumuskan dahulu untuk kita mem- peroleh maklumat yang lengkap, yang lebih menyeluruh. Terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka merupakan satu hal yang sukar ditolak. Seandainya, digunakan premis mudah me- nyatakan karya sastera seumpama Sejarah Melayu, yang bukannya sebuah penulisan sejarah secara mutlaknya, merupakan ce- reka yang mudah dinafikan kebenarannya, catatan sejarah Kesultanan Melayu Melaka tercatat lebih daripada itu. Banyak buku yang non kreatif, yang ber- sifat kajian atau penyelidikan - sekiranya konan Sejarah Melayu dikatakan sebuah karya separa kreatif atau kreatif - mem- buktikan bahawa Kesultanan Melayu Me- laka wujud dan amat gilang-gemilang. Pe- merintahannya teratur, hubungan dagang dan diplomatiknya dengan dunia luar luas, termasuk hubungannya dengan Kerajaan China yang dikenali besar dan tertua. Dalam hal ini, Hashim Hj. Musa (Pemer- kasaan Tamadun Melayu Malaysia: Meng- hadapi Globalisasi Barat, Penerbit Univer- siti Malaya, 2004) memetik Liang Liji (1996), menyentuh hubungan Empayar Me- laka-Dinasti Ming Abad ke-15, yang me- nurutnya, "Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud, iaitu se- belum permulaan tahun Masihi sejak za- man Dinasti Han (140-117S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu, dan me- ngadakan hubungan diplomatik dengan mereka." Catatan ini jelas akan' kewujudan Ke- rajaan Melayu Melaka. Bukti ini penting untuk dikaitkan kemudiannya dengan Me- layu, yang apakah hubungannya dengan bangsa pendatang. Terbukti Orang-orang Melayu depgan itu terbukti jelas sudah pun mendiami Melaka, dan semua wilayahnya. Melaka diketahui umum berada di Alam Melayu atau disebut juga Malay Archipelago. Alam Melayu me- liputi kawasan luas seluruh Nusantara. Hashim Hj. Musa memetik tulisan Sinom Elegant, A Pyrrhic Victory: The Asian Mil- lenium, Far Eastern Economic Review, Jun 10, 1999 yang menyatakan, "Five centuries ago Malacca hosted 2, 000 ships each day, as many as crowd in modern-day Singapore, which boast of being one of the three busiest ports (in the world) ...it was a place where .Gujratis, Tamils and Bengalis from India lived and traded in cure harmony with Malays, Chinese and Arabs; a city of 100, 000 where 84 languages could be heard in tbe markets. The Malay sultans who ruled Malacca ensured that the Straits (of Malacca) was free from pirates. Goods could be stored safely in hundred of well-guarded godowns, and in case of disputes, the city's law were administrated fairly to both Ma- laccans dan foreigners (hIm. 136) Orang-orang Melayu bukan sahaja ge- milang di Melaka, malahan bertebaran di seluruh kawasan Nusantara. Dengan yang demikian, tanpa diragukan lagi merekalah yang telah menjadi penduduk asalnya. Bangsa Melayu telah membina tamadun dan peradaban yang tinggi. Sehubungan dengan ini, penulis suka memetik panda- ngan A Aziz Deraman (Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia) yang ber- bunyi, "Sejarah ketamadunan Melayu yang panjang meninggalkan pusaka kebudayaan· yang amat tinggi mutu dan nilainya. Sebagai tamadun yang tinggi, dunia menyaksikan suatu kronologi peradaban yang bermula dari prasejarah menempuhi zaman Seri- wijaya, Majapahit, Campa, dan memancar- kan cahaya kegemilangannya pada zaman kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Melaka sebagai empayar besar, berpengaruh di seluruh Tanah Melayu dan di Sumatera, bertindak sebagai pusat perdagangan an- tarabangsa yang menghubungkan Barat de- ngan Timur, pusat penyebaran ilmu, serta disegani oleh semua." Jelas, catatan tentang Melaka sudah cu- kup mantap untuk dijadikan bukti kukuh akan kewujudan tamadun dan peradaban Melayu itu. Dengan keterangan di atas, wilayah Melayu itu diketahui luas, seba- gaimana yang disebut lebih awal, ia me- liputi wilayah yang dinamakan Nusantara. A Aziz Deraman selanjutnya menghu- raikan, "oo.bahawa bangsa rumpun Melayu dilandasi oleh ketentuan identiti wilayah ini sebagai Alam Melayu. Wilayah itu jugalah menyerlahkan entiti geografi dan kebu- dayaan yang satu dengan pengalaman se- jarah yang hampir senipa. Apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya Yavad- wipa, 'Golden Chersonese, Malay Archi- pelago, Tanah Jawi atau segala nama kuno merupakan petanda wujudnya kesatuan, keutuhan wilayah budaya, dan kewujudan sesuatu entiti dengan struktur dalamannya jelas bersifat Melayu." Melayu di sini juga harus difahami bukan dalam konteks ras atau kaum. Melayu itu juga bukan lagi satu etnik. Melayu sudah mencakupi satu entiti budaya. Konsep Me- layu ialah konsep budaya dan entiti budaya itu. la tidak bergantung pada kapasiti ras, etnik atau kaum lagi. A Aziz Deraman mengakui, bahawa dari segi fizikal atau rupa bentuk Melayu itu sudah berubah, "Bangsa serumpun Melayu tidak lagi dapat diasaskan pada biologi kerana mungkin sebagai individu kita tidak lagi memiliki seratus peratus darah warisan asli. Kewujudan bangsa terlihat dalam du- nia kesaIjanaan sebagai satu unit sosio- budaya dengan segala sempadan sejarah dan ketamadunannya ...". Hal ini biasa, se- mentelahan ia berIaku dalam wilayah yang luas, dan kemunculan pelbagai suku dari daerah yang bertaburan itu. Berasal Logik bahawa orang-orang Melayu be- rasal dari pulau Sumatera atau kepulauan . lainnya sebagai contoh, sekali gus merupa- kan logik yang tertolak, dan dangkal. Me- reka sebenarnya bergerak atau 'mengalir', tentunya dari satu penempatan ke satu penempatan, dari satu daerah ke satu dae- rah yang lain, atau dari satu wilayah ke satu wilayah yang dipilihnya. (Realiti ini tidak ubahnya sebagaimana keadaan penduduk dari Kelantan, pada masa kini mengalir ke Terengganu, Pahang bahkan hingga ke Rompin atau ke Kedah dan Perlis di sebelah utara yang membentuk pengaliran atas ka- pasiti rakyat negara ini. Mereka bukan pendatang.) Namun, pergerakan atau pengaliran ini masih di dalam satu lingkungan yang sama, yakni Alam Melayu tersebut. la berlaku atas pelbagai faktor, antaranya perkahwinan. Disebutkan bahawa setelah Islam datang ke Melaka, dan Melaka menjadi pusat pe- ngembangan Islam yangsangat disegani, berlakulah perkahwinan antara penghuni wilayah-wilayah ini. Pergerakan dan pe- ngaliran yang terjadi ini sudah pasti tidak boleh sama sekali dilihat sebagai perge- rakan 'pendatang'. Pendatang tidak menubuhkan kerajaan. Sejarah kemasukan beberapa etnik ke negara ini sejak zaman-berzaman, yang pada pen- dapat Hashim Hj. Musa dikatakannya ber- laku dalam dua gelombang besar, iaitu pada era pra penjajah dan pada zaman penjajah masih disifatkan sebagai pendatang. Ini di- sebabkan mereka tidak membentuk atau

Melayu pendatang satu pemesongan fakta

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Melayu pendatang satu pemesongan fakta

Melayu pendatang satu pemesongan faktaOleh L1M SWEE TIN

KEBELAKANGAN ini banyak benar pihakyang menyoal siapakah Melayu? ApakahMelayu? Dari mana asalnya mereka? Pen­duduk asalkah mereka di negara ini? Atau­pun, sekadar pendatang? Hakikat persoa­Ian ini timbul sejak sekian lama dahulutidak disangkal lagi. Pelbagai kajian, darisegala sudut pandangan dan perspektif,bahkan metodologi digunakan, untuk me­rungkai satu pertanyaan yang penulis kirasebenarnya begitu mudah dan jelas.

Sungguhpun demikian, peralihan masa,perubahan landskap politik dan atas ke­pentingan-kepentingan yang tertentu, se­suatu yang kelihatannya tidak seharusnyatimbul, ditimbulkan semula. Penulis ter­tarik untuk tampil menghuraikan beberapaperkara yang berkaitan dengan Melayu.

Sejarah bangsa Melayu sudah cukup la­ma. Dua konan Melayu teragung, SejarahMelayu dan Hikayat Hang Tuah memeri­halkan dengan cukup jelas banyak perkarayang bersangkutan dengan Melayu. la adadibuat secara langsung, dengan menerang­kan dan memberikan gambaran-gambaransecara terperinci, manakala sesetengahnyaperlu dirumuskan dahulu untuk kita mem­peroleh maklumat yang lengkap, yang lebihmenyeluruh.

Terbentuknya Kerajaan Melayu Melakamerupakan satu hal yang sukar ditolak.Seandainya, digunakan premis mudah me­nyatakan karya sastera seumpama SejarahMelayu, yang bukannya sebuah penulisansejarah secara mutlaknya, merupakan ce­reka yang mudah dinafikan kebenarannya,catatan sejarah Kesultanan Melayu Melakatercatat lebih daripada itu.

Banyak buku yang non kreatif, yang ber­sifat kajian atau penyelidikan - sekiranyakonan Sejarah Melayu dikatakan sebuahkarya separa kreatif atau kreatif - mem­buktikan bahawa Kesultanan Melayu Me-

laka wujud dan amat gilang-gemilang. Pe­merintahannya teratur, hubungan dagangdan diplomatiknya dengan dunia luar luas,termasuk hubungannya dengan KerajaanChina yang dikenali besar dan tertua.

Dalam hal ini, Hashim Hj. Musa (Pemer­kasaan Tamadun Melayu Malaysia: Meng­hadapi Globalisasi Barat, Penerbit Univer­siti Malaya, 2004) memetik Liang Liji(1996), menyentuh hubungan Empayar Me­laka-Dinasti Ming Abad ke-15, yang me­nurutnya, "Hubungan antara China denganalam Melayu sudah lama wujud, iaitu se­belum permulaan tahun Masihi sejak za­man Dinasti Han (140-117S.M). Semasapemerintahan Sun Quan (222-252 M), duaorang utusannya telah melawat Funan dannegeri-negeri lain di Semenanjung TanahMelayu dan Kepulauan Melayu, dan me­ngadakan hubungan diplomatik denganmereka."

Catatan ini jelas akan' kewujudan Ke­rajaan Melayu Melaka. Bukti ini pentinguntuk dikaitkan kemudiannya dengan Me­layu, yang apakah hubungannya denganbangsa pendatang.

Terbukti

Orang-orang Melayu depgan itu terbuktijelas sudah pun mendiami Melaka, dansemua wilayahnya. Melaka diketahuiumum berada di Alam Melayu atau disebutjuga Malay Archipelago. Alam Melayu me­liputi kawasan luas seluruh Nusantara.

Hashim Hj. Musa memetik tulisan SinomElegant, A Pyrrhic Victory: The Asian Mil­lenium, Far Eastern Economic Review, Jun10, 1999 yang menyatakan, "Five centuriesago Malacca hosted 2, 000 ships each day, asmany as crowd in modern-day Singapore,which boast of being one of the three busiestports (in the world) ...it was a place where.Gujratis, Tamils and Bengalis from Indialived and traded in cure harmony withMalays, Chinese and Arabs; a city of100, 000 where 84 languages could be heardin tbe markets. The Malay sultans whoruled Malacca ensured that the Straits (ofMalacca) was free from pirates. Goods couldbe stored safely in hundred of well-guardedgodowns, and in case of disputes, the city'slaw were administrated fairly to both Ma-

laccans dan foreigners (hIm. 136)Orang-orang Melayu bukan sahaja ge­

milang di Melaka, malahan bertebaran diseluruh kawasan Nusantara. Dengan yangdemikian, tanpa diragukan lagi merekalahyang telah menjadi penduduk asalnya.

Bangsa Melayu telah membina tamadundan peradaban yang tinggi. Sehubungandengan ini, penulis suka memetik panda­ngan A Aziz Deraman (Tamadun Melayudan Pembinaan Bangsa Malaysia) yang ber­bunyi, "Sejarah ketamadunan Melayu yangpanjang meninggalkan pusaka kebudayaan·yang amat tinggi mutu dan nilainya. Sebagaitamadun yang tinggi, dunia menyaksikansuatu kronologi peradaban yang bermuladari prasejarah menempuhi zaman Seri­wijaya, Majapahit, Campa, dan memancar­kan cahaya kegemilangannya pada zamankerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15.Melaka sebagai empayar besar, berpengaruhdi seluruh Tanah Melayu dan di Sumatera,bertindak sebagai pusat perdagangan an­tarabangsa yang menghubungkan Barat de­ngan Timur, pusat penyebaran ilmu, sertadisegani oleh semua."

Jelas, catatan tentang Melaka sudah cu­kup mantap untuk dijadikan bukti kukuhakan kewujudan tamadun dan peradabanMelayu itu. Dengan keterangan di atas,wilayah Melayu itu diketahui luas, seba­gaimana yang disebut lebih awal, ia me­liputi wilayah yang dinamakan Nusantara.

A Aziz Deraman selanjutnya menghu­raikan, "oo.bahawa bangsa rumpun Melayudilandasi oleh ketentuan identiti wilayah inisebagai Alam Melayu. Wilayah itu jugalahmenyerlahkan entiti geografi dan kebu­dayaan yang satu dengan pengalaman se­jarah yang hampir senipa. Apa-apa sahajanama yang diberikan kepadanya Yavad­wipa, 'Golden Chersonese, Malay Archi­pelago, Tanah Jawi atau segala nama kunomerupakan petanda wujudnya kesatuan,keutuhan wilayah budaya, dan kewujudansesuatu entiti dengan struktur dalamannyajelas bersifat Melayu."

Melayu di sini juga harus difahami bukandalam konteks ras atau kaum. Melayu itujuga bukan lagi satu etnik. Melayu sudahmencakupi satu entiti budaya. Konsep Me­layu ialah konsep budaya dan entiti budayaitu. la tidak bergantung pada kapasiti ras,

etnik atau kaum lagi.A Aziz Deraman mengakui, bahawa dari

segi fizikal atau rupa bentuk Melayu itusudah berubah, "Bangsa serumpun Melayutidak lagi dapat diasaskan pada biologikerana mungkin sebagai individu kita tidaklagi memiliki seratus peratus darah warisanasli. Kewujudan bangsa terlihat dalam du­nia kesaIjanaan sebagai satu unit sosio­budaya dengan segala sempadan sejarahdan ketamadunannya ...". Hal ini biasa, se­mentelahan ia berIaku dalam wilayah yangluas, dan kemunculan pelbagai suku daridaerah yang bertaburan itu.

Berasal

Logik bahawa orang-orang Melayu be­rasal dari pulau Sumatera atau kepulauan

. lainnya sebagai contoh, sekali gus merupa­kan logik yang tertolak, dan dangkal. Me­reka sebenarnya bergerak atau 'mengalir',tentunya dari satu penempatan ke satupenempatan, dari satu daerah ke satu dae­rah yang lain, atau dari satu wilayah ke satuwilayah yang dipilihnya. (Realiti ini tidakubahnya sebagaimana keadaan pendudukdari Kelantan, pada masa kini mengalir keTerengganu, Pahang bahkan hingga keRompin atau ke Kedah dan Perlis di sebelahutara yang membentuk pengaliran atas ka­pasiti rakyat negara ini. Mereka bukanpendatang.)

Namun, pergerakan atau pengaliran inimasih di dalam satu lingkungan yang sama,yakni Alam Melayu tersebut. la berlaku ataspelbagai faktor, antaranya perkahwinan.Disebutkan bahawa setelah Islam datang keMelaka, dan Melaka menjadi pusat pe­ngembangan Islam yangsangat disegani,berlakulah perkahwinan antara penghuniwilayah-wilayah ini. Pergerakan dan pe­ngaliran yang terjadi ini sudah pasti tidakboleh sama sekali dilihat sebagai perge­rakan 'pendatang'.

Pendatang tidak menubuhkan kerajaan.Sejarah kemasukan beberapa etnik ke negaraini sejak zaman-berzaman, yang pada pen­dapat Hashim Hj. Musa dikatakannya ber­laku dalam dua gelombang besar, iaitu padaera pra penjajah dan pada zaman penjajahmasih disifatkan sebagai pendatang. Ini di­sebabkan mereka tidak membentuk atau

Page 2: Melayu pendatang satu pemesongan fakta

menubuhkan kerajaan. Mereka mungkin su­dah mengasosiasikan diri ke dalam kelom­pok masyarakat setempat. Sifat asosiasi itumemungkinkan status mereka berubah se­hinggakan mereka kemudiannya diterimasebagai Melayu. Definisi Melayu dalam Per­lembagaan pula jelas diketahui umum.

Perkara 160, mentafsirkan "Melayu erti­nya seseorang yang menganut agama Islam,lazim bercakap Bahasa Melayu, menurutadat istiadat Melayu" (Perlembagaan Ma­laysia, 1986).

Menyifatkan Melayu sebagai pendatangmerupakan satu pemesongan fakta yang te­rang-terangan tidak berasas. Menyamakankeberadaan mereka di dalam lingkunganwilayah mereka sendiri dengan pergerakanetnik yang lain adalah satu pendustaan ke­benaran sejarah ketamadunan dan perada­ban yang tidak seharusnya diperkotak-ka­tikkan. Ia kelak akan memberi senario yangsalah, dari sudut apa-apa pun, tentang pen­duduk asal Alam Melayu ini. Orang-orangMelayu itu difahami sebagai latar belakangkebudayaannya amatlah besar, wilayahnyayang bertaburan luas, mereka mungkin da­ripada suku keturunan yang berlainan, adaMinang, ada Aceh, ada Jawa dan ada Bugis,atau lain-Iainnya. Tetapi, merekalah Melayu,Melayu yang sangat luas pengertiannya, da­lam konsep entiti budaya itu.

Bersandarkan hakikat bahawa Alam Me­layu didiami sejak zaman-berzaman, ke­pelbagaian suku yang mewarna-warnikankebudayaannya, kedudukan Melayu' seba­gai bangsa yang bertamadun serta tinggiperadabannya, melihatkim pembentukankerajaan-kerajaannya, bukti kewujudanKesultanan Melayu Melaka yang besar diabad ke-15, sejarah pengaliran umatnyayang bertali arus menjejari wilayahnya, danpengertian Melayu menurut peruntukanPerlembagaan sangat jelas membuktikanbahawa Melayu bukanlah pendatang. Iatidak menepati sarna sekali ciri-ciri atausifat watak kependatangan itu .

• PENULIS ialah pensyarahKesusasteraan Melayu di FakultiBahasa Moden dim Komunikasi,Universiti Putra Malaysia (UPM).