50
1 KAJIAN TENTANG FAKTOR SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI MASALAH PONTENG DI KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH DAERAH TANAH MERAH KELANTAN MD SUHAIMI BIN MD HUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

1

KAJIAN TENTANG FAKTOR SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI

MASALAH PONTENG DI KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH – SEKOLAH

MENENGAH DAERAH TANAH MERAH KELANTAN

MD SUHAIMI BIN MD HUSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

2

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS���� JUDUL : KAJIAN TENTANG FAKTOR SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI

MASALAH PONTENG DI KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH –SEKOLAH MENENGAH DAERAH TANAH MERAH KELANTAN

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya MD SUHAIMI BIN MD HUSIN mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor

Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan

seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (�)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

KG BUKIT KULIM, KUALA TIGA EN. KANDAR BIN SELAMAT 17500, TANAH MERAH Nama Penyelia KELANTAN DARUL NAIM

Tarikh : Tarikh :

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis

ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

3

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ……..………….........…...………....

Nama : ENCIK KANDAR BIN SELAMAT

Tarikh : ………………...................................

Page 4: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

KAJIAN TENTANG FAKTOR SEKOLAH YANG MEMPENGARUHI

MASALAH PONTENG DI KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH – SEKOLAH

MENENGAH DAERAH TANAH MERAH KELANTAN

MD SUHAIMI BIN MD HUSIN

Laporan Projek Ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Page 5: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : MD SUHAIMI BIN MD HUSIN

Tarikh : .......................................................

Page 6: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

iii

DEDIKASI

“Syukur kepada ALLAH SWT keran“Syukur kepada ALLAH SWT keran“Syukur kepada ALLAH SWT keran“Syukur kepada ALLAH SWT kerana memanjangkan usia ku”a memanjangkan usia ku”a memanjangkan usia ku”a memanjangkan usia ku”

Untuk ……….

Ayahandaku, Md Husin Bin Loman, bondaku, Hasmah Binti Yusof

Terima kasih atas pengorbanan, sokongan dan nasihat yang diberikan

selama ini.

Terima kasih atas bantuan, galakan, kesabaran dan kepercayaan yang

berterusan.

Tidak lupa kepada ahli keluargaku, Norma, Rosiah, Rosnah, Mohd Amri,

Roslina, Mohd Amran dan Mohd Arif

Terima kasih atas galakan dan bantuan yang tidak pernah pudar.

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran dan doa kalian

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan dan para pensyarah UTM…….

Jasa kalian amat ku hargai

Terima kasih atas segala-galanya

Akan ku kenang buat selama-lamanya

Page 7: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha MengasihaniDengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha MengasihaniDengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha MengasihaniDengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Segala puji-pujian hanyalah kepada Allah yang telah memberikan kita ilmu

kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul Muhammad s.a.w yang telah

menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan yang lurus.

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana

memberi kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima

kasih juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi

nasihat dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah penyelia,

Encik Kandar Bin Selamat atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang

tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak pengetua dan guru-guru

sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini juga amat dihargai. Tidak lupa

juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun

tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat mak, ayah, abang, kakak dan adik yang tersayang, segala doa

restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah

SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih

Page 8: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

v

ABSTRAK

Kajian ini di jalankan adalah bertujuan untuk mengkaji masalah perlanggaran

disiplin di sekolah. Masalah disiplin yang sering berlaku pada masa kini adalah masalah

ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Oleh itu penyelidik membuat kajian

tentang ponteng di kalangan pelajar di empat buah sekolah kawasan bandar dalam

daerah Tanah Merah Kelantan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti adakah faktor

sekolah yang mempengaruhi pelajar untuk ponteng. Kajian ini merupakan satu tinjaun

menerusi soal selidik. Penyelidik telah mengedarkan soal selidik kepada 159 pelajar

tingkatan dua yang terlibat dalam masalah salah laku ponteng di sekolah-sekolah

menengah terlibat. Namun begitu hanya 150 orang pelajar sahaja yang kembalikan soal

selidik tersebut untuk diproses. Kajian ini dibahagikan kepada empat persoalan iaitu

faktor pengajaran guru, kemudahan sekolah, penguatkuasaan disiplin dan kedudukan

sekolah yang mana penyelidik ingin mengetahui adakah faktor-faktor tersebut

mempengaruhi responden untuk ponteng. Data diproses dengan menggunakan SPSS

11.5 dengan menghasilkan nilai peratus dan min. Hasil kajian yang dijalankan

menunjukkan faktor pengajaran guru mempunyai nilai min keseluruhan yang sederhana

iaitu 3.04, diikuti oleh faktor kemudahan sekolah yang nilai minnya adalah rendah iaitu

2.77. Seterusnya faktor penguatkuasaan disiplin menghasilkan nilai min yang sederhana

juga iaitu 3.09, manakala bagi faktor kedudukan sekolah menunjukkan hasil nilai min

terendah iaitu 2.56. Ini menunjukkan bahawa faktor sekolah dari segi pengajaran guru

dan penguatkuasaan disiplin mempengaruhi responden untuk terlibat dalam kes salah

laku ponteng sekolah. Namun begitu faktor kemudahan sekolah serta faktor kedudukan

sekolah tidak boleh diabaikan untuk kebaikkan bersama. Beberapa cadangan

dikemukakan kepada pihak sekolah dan pihak guru supaya masalah ponteng ini dapat

diatasi sepenuhnya.

Page 9: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

vi

ABSTRACT

The main reason of this research is to study the problem caused by student’s

undisciplinary actions at their respectable schools. Among the most famous and

ordinary discipline problem nowdays is the activity of playing truant amongst students.

With this in mind, the researcher did a research about the topic among students who

have problems of playing truant at school in four primary schools located in the town

area of Tanah Merah, Kelantan. The researcher would like to find out if the problem is

due to the condition at the school itself. The required data was gathered using

questionaire. These questionaire was distributed to 159 form 2 students which had

problems of playing truant at the indicated schools. Nevertheless, only 150 questionaire

was successfully being gathered for further research process. The research was devided

into 4 main questions that is factors from the teachers teaching, schools amenities,

disciplinary enforcement and also the location of the school itself. The researcher would

like to know whether factors stated above play an important role to influance these

problem students to play truant. The data were then processed using the SPSS version

11.5 software to obtain the value of percentage and min. The results shows that the

teacher teaching consist of an average min of 3.04 and it is followed by the school

amenities with a lower min of 2.77. Disciplinary enforcement also had an average min

of 3.09 while the school location was at the lowest min of 2.56. From the results it

shows that teachers teaching and disciplinary enforcement contributed in influencing

the students at these school to play truant. Nevertheless, factors such as the schools

amenities and location cannot be fully neglected for the good of everybody. Several

suggestions were then suggested to the school and the teachers in order that the

problems of students who play truant can be overcome successfully.

Page 10: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

Page 11: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

viii

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definasi Istilah

1.8.1 Masalah 9

1.8.2 Ponteng 10

1.8.3 Pelajar 11

1.8.4 Sekolah 11

1.9 Kesimpulan 12

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kajian dan Penulisan yang berkaitan 14

2.3 Rumusan 24

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Populasi Dan Persempelan 27

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Analisis Data 31

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Prosedur Kajian 33

3.9 Rumusan 34

Page 12: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

ix

BAB IV DAPATAN DAN PENGANALISISAN DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Data 35

4.3 Analisis Maklumat Diri dan Ciri-ciri Responden 36

4.3.1 Berdasarkan Jantina 36

4.3.2 Berdasarkan Keturunan 37

4.3.3 Pekerjaan Bapa/Penjaga 37

4.3.4 Pendapatan Penjaga Sebulan 38

4.3.5 Berdasarkan Tinggal Dengan Siapa 38

4.3.6 Kaedah Pengangkutan Ke Sekolah 39

4.3.7 Jarak Dari Rumah Ke Sekolah 39

4.4 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 40

4.4.1 Faktor Pengajaran Guru 40

4.4.2 Faktor Kemudahan Sekolah 43

4.4.3 Faktor Penguatkuasaan Disiplin 45

4.4.4 Faktor Kedudukan Sekolah 48

4.5 Kesimpulan 50

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 52

5.2.1 Perbincangan Masalah Ponteng Mengikut

Latar Belakang Responden 52

5.2.2 Faktor Pengajaran Guru Mempengaruhi

Salah Laku Ponteng Dikalangan Pelajar

Sekolah 53

5.2.3 Faktor Kemudahan Sekolah Mempengaruhi

Salah Laku Ponteng Dikalangan Pelajar

Page 13: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

x

Sekolah 55

5.2.4 Faktor Penguatkuasaan Disiplin Mempengaruhi

Salah Laku Ponteng Dikalangan Pelajar

Sekolah 58

5.2.5 Faktor Kedudukan Sekolah Mempengaruhi

Salah Laku Ponteng Dikalangan Pelajar

Sekolah 60

5.3 Kesimpulan 61

5.4 Cadangan 63

5.5 Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 67

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN A –H 74

Page 14: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Bagi Tahun 1992,

Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 6

2.1 Bilangan Pelajar Ponteng Kelas dan Sekolah, 1985 hingga 1992 15

3.1 Taburan Populasi Dan Sampel Kajian 28

3.2 Taburan Item Mengikut Persoalan Kajian 30

3.3 Kaedah Analisis Data 31

3.4 Kreteria Menganalisis Data 32

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Mengikut Keturunan 37

4.3 Taburan Mengikut Pekerjaan Bapa/Penjaga 37

4.4 Taburan Mengikut Pendapatan Penjaga Sebulan 38

4.5 Taburan Mengikut Tinggal Dengan Siapa 38

4.6 Taburan mengikut Kaedah Pengangkutan Ke Sekolah 39

4.7 Taburan Mengikut Jarak Dari Rumah ke Sekolah 39

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Faktor

Pengajaran Guru Menyebabkan Pelajar Terlibat Dalam Kes

Ponteng 40

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Faktor

Kemudahan Sekolah Menyebabkan Pelajar Terlibat Dalam

Kes Ponteng 43

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Faktor

Penguatkuasaan Disiplin Yang Ketat Menyebabkan Pelajar

Page 15: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

xii

Terlibat Dalam Kes Ponteng. 45

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi Faktor

Kedudukan Sekolah Menyebabkan Pelajar Terlibat Dalam

Kes Ponteng 48

Page 16: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Penetapan Sample Kajian Pada Tahap Signifikan

.05. Oleh Sakaran (2000) Dan Krejeie & Morgan 75

B Soal Selidik 76

C Surat Pengesahan Soal Selidik 83

D Surat Dari UTM (Universiti Teknologi Malaysia) 84

E Surat EPRD (Surat Kebenaran Daripada Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM) 85

F Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Negeri

Kelantan. 86

G Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan Daerah

Tanah Merah-Jeli 87

H Kebenaran Dari Pengetua-pengetua Sekolah Berkaitan 88

Page 17: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Gejala perlanggaran disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah sebenarnya

bukan fenomena baru, ianya telah lama wujud yang tiada kesudahannya iaitu semenjak

sistem persekolahan mula diperkenalkan. Masalah disiplin di kalangan pelajar di negara

kita telah pun wujud semenjak kewujudan sistem pendidikan itu sendiri iaitu sebelum

negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 (Musa, 1978).

Bidang pendidikan pada masa kini telah berkembang dengan pesatnya

berbanding ketika zaman sebelum merdeka dahulu. Pendidikan di Malaysia sebelum

kedatangan British adalah berasaskan pendidikan agama dan madrasah adalah

merupakan sekolah agama yang termoden pada ketika itu. Pelajar diterapkan dengan

pendidikan agama yang kukuh dalam diri pelajar seperti nilai-nilai murni, rohani dan

jasmani bagi menghadapi cabaran pada hari-hari mendatang (Ee Ah Meng, 1995).

Selepas kedatangan British, sekolah-sekolah disusun dengan lebih kemas serta

mengadakan sekolah vernakular yang berlainan bagi setiap kaum. Walaupun akta

pendidikan berubah iaitu Akta Pendidikan 1961 diganti dengan Akta Pendidikan 1996

tetapi pendidikan di Malaysia sekarang adalah tertakluk kepada Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu :

Page 18: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

2

“Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan ke arah

mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat serta negara”.

Di dalam falsafah ini disebutkan dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk

melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab (Mohd Salleh,

2000). Ini jelas dari kenyataan di atas bahawa proses pendidikan adalah untuk

menjadikan masyarakat yang berilmu serta berakhlak mulia.

Ponteng adalah salah satu kes salah laku pelajar yang berlaku di semua

peringkat sekolah sama ada rendah atau menengah yang mempunyai bilangan kes

sedikit ataupun banyak. Isu ini mendapat perhatian semua golongan terutama pemimpin

dan warga pendidik. Namun ia adalah masalah yang serius membabitkan pihak sekolah,

guru, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Ia berlaku tidak kira di sekolah luar bandar

ataupun di bandar dan bertambah dari hari ke hari. Masalah ini bukan berlaku di negara

ini sahaja, malah masalah ini berlaku di seluruh dunia sama ada di negara maju atau

mundur. Gejala ini juga sering diterbitkan di dalam akhbar contohnya pada 4 dan 5

April 2001 melaporkan melibatkan pelajar yang melakukan salah laku ponteng secara

berturut-turut. Ini jelas menampakkan masalah ponteng perlu di beri perhatian yang

lebih agar generasi yang akan datang mempunyai sikap dan nilai yang terpuji dan tidak

terjejas kecemerlangan akademiknya.

Gejala ponteng sekolah menjadi masalah disiplin yang tinggi peratusnya

berbanding dengan masalah disiplin yang lain. Ini diakui dalam laporan Disiplin

tahunan 1992 Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Permasalahan ini

terjadi dari berbagai faktor seperti faktor kemiskinan, pengaruh rakan sebaya, sikap

pelajar itu sendiri dan juga faktor sekolah. Walau apa pun faktornya, ponteng menjadi

satu penyakit yang berbahaya dan mudah tersebar kepada pelajar lain.

Page 19: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Perlanggaran salah laku ponteng sekolah adalah merupakan kes yang sentiasa

berlaku di semua sekolah dan ia menjadi masalah yang besar kepada semua pihak

terutamanya kepada Kementerian dan warga pendidik. Pelajar yang terlibat akan

ketinggalan dalam pelajaran dan juga pencapaiannya dalam akademik akan terjejas. Ini

membawa kesan buruk kepada negara iaitu menjejaskan kecemerlangan generasi akan

datang. Mengikut Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994), pelajar yang ponteng

sekolah biasanya memberi contoh yang buruk di sekolah. Oleh sebab mereka rasa

benci terhadap sekolah atau tidak menghiraukan arahan guru, maka mereka bertindak

melanggar peraturan sekolah, selalu tidak membuat tugasan dan merosakkan harta

benda sekolah. Ini menimbulkan kerisauan kepada guru dan pihak pentadbiran. Dengan

sebab ini juga disiplin sekolah akan merosot dan lebih ramai pelajar mengikut contoh

yang buruk ini.

Kes salah laku pelajar dan remaja adalah semakin serius. Laporan perangkaan

polis, kes salah laku dan jenayah pelajar dan remaja melebihi 3000 kes pada tahun 1997

dan jumlahnya hampir sama pada tahun 1998 (Dewan Budaya, September 1999).

Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Pengarah Eksekutif Institut Pembangunan

Minda (Inmind), Dr. Zambry Abdul Kadir. Menurut beliau, kesalahan juvana yang

dilakukan oleh pelajar dan remaja semakin meningkat setiap tahun. Statistik pada tahun

1998 menunjukkan 5612 remaja yang melakukan kesalahan juvana telah ditangkap

manakala pada tahun 1999 pula seramai 5977 remaja telah ditangkap (Berita Harian,

Mei, 2001).

Dilaporkan sebanyak 38,053 kes perlanggaran disiplin adalah ponteng (Berita

Harian, 18 Ogos 2000). Bilangan kes ponteng adalah paling tinggi berbanding dengan

kes-kes perlanggaran disiplin yang lain di semua peringkat sekolah.

Page 20: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

4

Dalam akhbar tersebut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk

Mahadzir Mohd. Khir mengumumkan jumlah ponteng sekolah yang dicatatkan

sepanjang tahun 2000 iaitu sebanyak 34,628 kes berbanding 38,053 kes pada tahun

sebelumnya. Walaupun terdapat penurunan kes namun jumlahnya masih tinggi.

Satu kes dilaporkan di dalam akhbar Berita Harian (18 April 2000), di mana dua

orang pelajar tingkatan tiga bertindak samseng dengan menyerang dan memukul guru

penyelia yang menahan mereka kerana lewat tiba di sekolah. Dalam kejadian tersebut,

pelajar terbabit telah menumbuk dada guru berkenaan dan memukulnya dengan beg

sekolah sebelum mereka melarikan diri. Di dalam kes yang berasingan seorang pelajar

tingkatan dua telah dibogelkan serta dipukul bertubi-tubi tujuh pelajar tingkatan tiga

kerana tidak mengikut arahan.

Ruangan Minda Pengarang (Berita Harian, 4 April 2000), melaporkan polis

Melaka mengenal pasti ada pelajar dipercayai menganggotai dua kumpulan kongsi

gelap, Ang Hoe dan Kumpulan 18 berikutan kes seorang pelajar tingkatan dua diserang

tiga remaja. Di Petaling Jaya pula, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Micheal

Chong menegaskan ada pelajar nakal di ibu kota yang sering membuli pelajar lain

dikesan menggunakan nama kongsi gelap untuk menakutkan mangsa mereka.

Buletin Utama (20 Julai 2006) melaporkan seramai 63 orang pelajar di Sri

Petaling ponteng sekolah. Mereka berpelesiran di premis-premis kafe siber. Ini jelas

menunjukkan betapa seriusnya kes ponteng sekolah melibatkan pelajar pada zaman

siber kini.

Berita Metro (6 Ogos 2006) melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam (Jaip)

Pahang menangkap empat belas pelajar termasuk seorang pengawas atas kesalahan

ponteng sekolah dan disyaki berkhalwat. Kesemua pelajar terbabit digantung sekolah

selama dua minggu.

Page 21: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

5

Ini jelas menunjukkan bahawa pembabitan pelajar khususnya menjadi samseng,

bergaduh dan terbabit dalam pelbagai kesalahan tingkah laku yang tidak baik di luar

sekolah semakin membimbangkan. Kejadian tingkah laku negatif jelas menunjukkan

bahawa salah laku disiplin di kalangan pelajar sekolah sudah sampai ke tahap yang

membimbangkan.

Banyak kes pelanggaran disiplin diketahui tetapi tidak diambil tindakan

sewajarnya kerana beberapa sebab. Antaranya kerana banyak tatacara yang perlu

dilaksanakan apabila sesuatu masalah disiplin itu dijadikan kes khususnya kes polis.

Pihak berkuasa sekolah beranggapan lebih selamat bagi mereka mengambil sikap

menutup mulut daripada bertindak mengikut peraturan dan saluran yang ditetapkan.

Tindakan tidak melaporkan kes-kes kesalahan melanggar disiplin oleh pihak sekolah ini

bukan sahaja bertentangan dengan matlamat pendidikan dan peraturan yang ditetapkan

tetapi boleh dianggap sebagai menggalakkan pelajar melanggar disiplin.

Mengikut jadual 1.1, memperlihatkan betapa seriusnya salah laku ponteng

sekarang iaitu mengikut laporan disiplin tahunan 1992, Bahagian Sekolah-sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia, ponteng sekolah merupakan antara yang tertinggi

peratusnya iaitu 86.5 % daripada 62472 kes pada keseluruhannya. Berdasarkan kepada

peratusan yang tinggi ini, maka perhatian yang lebih perlu diberi bagi menangani

masalah ini.

Page 22: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

6

Jadual 1.1 : Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Bagi Tahun 1992, Bahagian

Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Bil Jenis Salah laku Pelajar Jumlah

01 Salah guna dadah 151

02 Mengedar dadah 05

03 Bercumbuan 237

04 Berkhalwat 230

05 Menghisap rokok 6204

06 Menyimpan rokok 1228

07 Datang lewat * 16799

08 Ponteng kelas * 17741

09 Ponteng sekolah * 19472

Jumlah 62472

* Perbuatan yang ditakrifkan sebagai ponteng.

Sumber : Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Masalah ini juga dihadapi oleh sekolah-sekolah menengah di kawasan bandar

dalam daerah Tanah Merah Kelantan. Ponteng sekolah merupakan satu masalah yang

serius dan yang paling tinggi kes perlanggaran disiplin di dalam daerah Tanah Merah

Kelantan. Mengikut laporan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah Tahun 2005 yang

dikeluarkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah-Jeli mencatatkan masalah

salah laku ponteng sebanyak 808 kes. Masalah ini telah lama wujud dan menjadi

masalah yang besar kepada pihak sekolah.

1.3 Penyataan Masalah

Masalah salah laku ponteng sekolah bukan satu perkara baru dalam sektor

pendidikan di Malaysia. Masalah ini tidak pernah reda dibincangkan dari masa ke

semasa, namun begitu masalah tetap menjadi masalah dan semakin serius. Laporan

Page 23: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

7

mengenai pelajar meninggalkan kelas ketika belajar adalah berita malang bagi generasi

Malaysia masa kini yang dipertanggungjawabkan sebagai pemangkin negara.

Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh banyak faktor. Namun faktor

sekolah menjadi penyebab yang utama di atas permasalahan ini dan mengganggu

suasana pembelajaran serta pencapaian sekolah. Mengikut Hussein Mahmood (1993)

pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana

ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan

pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah,

pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan

penguatkuasaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan

mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan membincangkan

masalah perlanggaran salah laku ponteng di kalangan pelajar tingkatan 2 di empat buah

sekolah menengah kawasan bandar dalam daerah Tanah Merah Kelantan. Ianya

merupakan peratusan tertinggi pelajar yang terlibat dalam salah laku ponteng dalam

daerah Tanah Merah. Kajian ini di skopkan kepada faktor dalaman iaitu sekolah

penyebab berlakunya pelajar terlibat salah laku ponteng .

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini mengenai faktor dalaman sekolah yang menyumbangkan ke arah

kes salah laku ponteng sekolah seperti berikut :

i. Mengenal pasti sama ada faktor pengajaran guru yang menyebabkan pelajar

ponteng sekolah.

ii. Mengenal pasti sama ada faktor kemudahan sekolah yang menyebabkan

pelajar ponteng sekolah.

Page 24: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

8

iii. Mengenal pasti sama ada faktor penguatkuasaan disiplin yang menyebabkan

pelajar ponteng sekolah.

iv. Mengenal pasti sama ada faktor kedudukan sekolah yang menyebabkan

pelajar ponteng sekolah.

1.5 Persoalan kajian.

Persoalan-persoalan di dalam kajian ini menyentuh aspek-aspek yang difikirkan

perlu seperti :

i. Adakah pengajaran guru yang menyebabkan pelajar terlibat dengan kes

ponteng sekolah ?

ii. Adakah kemudahan sekolah yang menyebabkan pelajar terlibat dengan kes

ponteng sekolah ?

iii. Adakah penguatkuasaan disiplin yang menyebabkan pelajar terlibat dengan

kes ponteng sekolah ?

iv. Adakah kedudukan sekolah yang menyebabkan pelajar terlibat dengan kes

ponteng sekolah ?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini diharapkan akan dapat :-

i) Memberikan maklumat kepada pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, guru disiplin dan para guru akan punca-punca berlakunya masalah

ponteng di sekolah-sekolah menengah di kawasan bandar daerah Tanah

Merah Kelantan dan seterusnya merangka, merancang dan melaksanakan

tindakan untuk memperbaiki disiplin pelajar.

Page 25: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

9

ii) Menyediakan maklumat dan bukti kajian kepada pihak kementerian

pendidikan tentang masalah-masalah ponteng yang wujud di sekolah

menengah di kawasan bandar dalam daerah Tanah Merah Kelantan.

iii) Menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada pengkaji lain yang

berminat untuk mengkaji secara lebih terperinci dan mendalam berkaitan

dengan masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah terutama

dalam kawasan bandar dalam daerah Tanah Merah Kelantan.

1.7 Batasan Kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa batasan yang harus dititikberatkan iaitu

kajian ini hanya dilaksanakan ke atas empat buah sekolah menengah di kawasan bandar

dalam daerah Tanah Merah Kelantan sahaja. Kajian ini melibatkan responden pelajar-

pelajar yang mempunyai kes ponteng yang berada di dalam tingkatan dua sahaja.

1.8 Definisi Istilah

Dalam kajian ini terdapat penggunaan beberapa takrifan khusus yang

mempunyai pengertian tertentu. Definisi takrifan tersebut adalah seperti yang diberikan

di bawah:

1.8.1 Masalah

Mengikut takrifan kamus dewan (2000), masalah adalah sesuatu yang

memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran

(kesulitan). Masalah ialah pelbagai masalah atau gabungan daripada masalah-masalah

ataupun lebih tepat lagi dalam kajian ini adalah masalah disiplin yang melibatkan kes

ponteng sekolah.

Page 26: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

10

1.8.2 Ponteng

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1997) bermaksud lari dari tanggungjawab

dan meninggalkan tanggungjawab tanpa kebenaran.

Yaakub b. Haji Yusof (1976, dalam Aminah Hj Hassan, 1994), pula

mentakrifkan bahawa murid yang tidak hadir di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru

atau ibubapa. Ini termasuklah murid-murid yang meninggalkan kelas tanpa izin guru,

lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib

mengikuti pelajaran mereka di dalam bilik darjah masing-masing.

Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994), mendefinisikan ponteng sebagai tidak

datang ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau ‘tuang’

dengan tidak diketahui oleh ibu bapa atau guru.

Menurut Ibrahim Saad (1982), ponteng adalah mereka yang sengaja tidak ke

sekolah. Mereka keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah dan beg berisi buku-

buku, sebaliknya pergi ke kebun, memancing ikan, mandi di lombong atau berfoya-foya

dipanggung wayang atau kompleks membeli belah.

Mengikut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

(1994), ponteng sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada pengetua atau

guru besar.

Ponteng dalam kajian ini adalah dimaksudkan ialah murid yang tidak hadir ke

sekolah tanpa apa-apa sebab. Ini juga termasuk murid-murid yang meninggalkan atau

tuang kelas atau keluar dari sekolah padahal mereka sepatutnya berada dalam bilik

darjah mengikuti pelajaran.

Page 27: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

11

1.8.3 Pelajar

Mengikut kamus dewan (2000) pelajar adalah golongan orang yang belajar atau

menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini

ialah pelajar-pelajar tingkatan 2 di empat buah sekolah menengah kawasan bandar

dalam daerah Tanah Merah Kelantan yang melakukan kes ponteng sekolah.

1.8.4 Sekolah

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1997), sekolah adalah tempat untuk belajar

dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran.

Mengikut Hussein Mahmood (1993), sekolah ialah sebuah organisasi sosial

yang kompleks dan unik.

Mengikut Atan Long (1982), sekolah adalah satu institusi masyarakat yang

mempunyai tujuan tertentu iaitu membentuk dan mengubah tingkah laku para pelajar ke

arah yang dikehendaki.

Mengikut Farrant J.S. (1981), sekolah adalah sebuah masyarakat manusia yang

hidup dan aktif. Bilik darjah, bangunan dan halaman sekolah menyediakan persekitaran

fizikal bagi kerja dan kehidupan masyarakat bersama.

Mengikut Abdul Rahman Md. Aroff dan Chong Lee Hoon (1994), sekolah

sebagai agen sosialisasi yang melaksanakan peraturan yang preskriptif dan juga

berfungsi menyediakan seorang murid supaya dapat memainkan peranan sebagai orang

dewasa yang bertanggungjawab.

Page 28: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

12

Mengikut kamus dewan (2000), sekolah ialah tempat untuk belajar dan

mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah yang dimaksudkan dalam

kajian ini ialah sekolah menengah kawasan bandar di dalam daerah Tanah Merah

Kelantan.

1.9 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, gejala ponteng yang berlaku sekarang amat serius dan

tidak dapat dibendung hingga sekarang. Dari masa ke semasa gejala salah laku ponteng

ini menjadi isu hangat diperkatakan. Keadaan ini akan menjejaskan perkembangan

pendidikan dan memungkinkan kadar keciciran pelajar dalam pembelajaran akan

meningkat. Daripada hasil beberapa kajian yang dijalankan ternyata faktor dalaman

iaitu sekolah mempengaruhi kadar salah laku pelajar meningkat iaitu dari segi

pengajaran guru seperti kaedah, sikap dan keprihatinan guru manakala kemudahan

sekolah merangkumi aspek bilik darjah dan peralatan pembelajaran. Faktor lain yang

terlibat adalah penguatkuasaan disiplin yang terlalu ketat, sikap guru disiplin yang

keterlaluan dan kedudukan sekolah yang jauh dengan kediaman pelajar. Faktor-faktor

ini menjadi punca masalah ponteng menjadi semakin meningkat dari masa ke semasa

dan sukar dibendung.

Page 29: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

13

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab sorotan penulisan kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau

perkara-perkara yang berhubung dengan masalah ponteng sekolah. Bagi tujuan sorotan

yang dikemukakan di dalam bab ini pengkajian tertumpu kepada pendapat-pendapat

beberapa pengkaji mengenai faktor - faktor masalah ponteng dan juga dapatan-dapatan

lain yang telah mereka selidiki. Berdasarkan pembahagian kes salah laku di sekolah

mengikut kategori dan peratusan kes pada tahun 1999, salah laku ponteng sekolah

mengatasi jenis salah laku lain di kalangan pelajar iaitu sebanyak 38,053 bilangan kes

dan 0.793% (Berita Harian,18 Ogos 2000). Di mana ianya menunjukkan peningkatan

yang tinggi. Dengan ini akan mengakibatkan pelajar-pelajar terdedah kepada salah laku

negatif yang lain, maka masalah ini perlu di atasi dengan segera.

Masalah ponteng di kalangan pelajar-pelajar sekolah adalah satu penyakit yang

serius yang sehingga kini tiada penyelesaiannya. Fenomena yang berlarutan ini boleh

membantut kecemerlangan pendidikan, ia juga akan mengheret seseorang itu kepada

perbuatan salah laku yang lebih memudaratkan lagi seperti merokok, mencuri,

menghisap dadah, peras ugut dan lain-lain aktiviti jenayah.

Page 30: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

14

Berpandukan kajian keciciran pelajar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

(1973), faktor keciciran yang membawa kepada masalah ponteng sekolah adalah dari

segi sosio ekonomi pelajar dan keluarga. Ini kerana ekonomi keluarga yang miskin

menyebabkan pelajar berasa malu dan terpinggir. Masalah kehidupan keluarga yang

kucar-kacir boleh menyebabkan masalah ponteng kerana berasa diri tidak ada tempat

mengadu. Dalam Model Program Sistem Penalti yang dikeluarkan oleh Jabatan

Pendidikan Teknikal, penyebab kepada masalah datang lewat dan ponteng sekolah

adalah kerana sikap pelajar, keluarga dan tarikan luar. Mengikut kajian dari Unit

Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan (1994), terjadinya ponteng atas

beberapa faktor iaitu diri pelajar, keluarga dan sekolah yang mana sekolah merujuk

kepada pentadbiran, pengurusan, sekolah, bilik darjah dan penguatkuasaan disiplin.

Daripada faktor-faktor yang telah menjadi penyebab kepada masalah ponteng,

maka faktor sekolah dari aspek pengajaran guru, kemudahan sekolah, penguatkuasaan

disiplin dan kedudukan sekolah yang dikaji. Bab ini bertumpu kepada pendapat

beberapa penyelidik atau pengkaji yang lalu mengenai beberapa perkara yang

berhubung dengan faktor sekolah terhadap masalah ponteng.

2.2 Kajian Dan Penulisan Yang Berkaitan

Gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah menimbulkan kerisauan di kalangan

warga pendidik dan masyarakat kerana banyak sekolah, sama ada di kampung ataupun

di bandar telah dan masih hingga kini menghadapinya. Lebih merisaukan lagi fenomena

ini semakin meningkat. Laporan dari Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan

Malaysia (1996) telah menunjukkan jumlah yang besar dan sentiasa meningkat. Jumlah

yang sama juga meningkat daripada analisis salah laku ponteng sekolah-sekolah

menengah dalam daerah Tanah Merah Kelantan (2005) iaitu sebanyak 808 kes. Salah

laku ini adalah jumlah tertinggi berbanding dengan masalah salah laku yang lain.

Page 31: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

15

Menurut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1994),

salah laku pelajar bagi tahun 1985 hingga 1992 menunjukkan bahawa ponteng sekolah

merupakan salah laku paling tertinggi bilangan kes di kalangan pelajar sekolah. Analisis

data-data salah laku ponteng ini seperti terdapat dalam jadual 2.1 membuktikan salah

laku ponteng semakin meningkat. Daripada laporan Unit Disiplin Bahagian sekolah ini,

masalah ponteng jika dijadikan satu tabiat atau amalan, boleh membawa kesan yang

negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarga dan juga sekolah. Pelajar yang ponteng

akan ketinggalan dalam pelajaran dan mungkin akan terlibat dengan kegiatan-kegiatan

negatif dan berakhir dengan keciciran.

Jadual 2.1 Bilangan Pelajar Ponteng Kelas Dan Sekolah,1985 Hingga 1992

Tahun Bil. Pelajar Ponteng Sekolah Bil. Pelajar Ponteng Kelas

1985 16,206 6,757

1986 24,603 2,269

1987 30,295 9,944

1988 39,165 13,471

1989 20,779 17,238

1990 24,652 17,578

1991 25,297 19,002

1992 32,092 20,378

Sumber : Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia 1985 hingga 1992.

Ponteng sekolah telah dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut

Mohamed Noor (1994), ponteng sebahagian hari, ponteng sepanjang hari, ponteng

Page 32: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

16

bermusim, ponteng untuk belajar dan ponteng mental. Ini bermakna gejala yang tidak

sihat ini berlaku mengikut tujuan pelajar tersebut. Sama ada mereka ingin mengikut

kawan atau pun memenuhi kehendak mereka sendiri.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh National Foundation of Educational

Research di England dan Wales mendapati pelajar-pelajar lelaki mempunyai kekerapan

melakukan kesalahan disiplin yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar

perempuan (Smith, 1969). Hasil kajian ini adalah selari dengan hasil kajian yang

diperolehi oleh Kratchoski (1975), di mana beliau mendapati bahawa masalah disiplin

di kalangan pelajar-pelajar lelaki adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan

masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar-pelajar perempuan. Sementara itu, Ivan

(1975), juga mendapati kadar kekerapan melakukan kesalahan disiplin adalah jauh lebih

tinggi dilakukan oleh pelajar lelaki berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan di

sekolah yang sama.

Daripada hasil kajian-kajian di atas, kesimpulannya menunjukkan bahawa

masalah disiplin adalah lebih tinggi di kalangan pelajar-pelajar lelaki jika dibandingkan

dengan pelajar-pelajar perempuan.

Menurut Hirsch (1972), pelajar-pelajar lelaki lebih membenci sekolah

berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan dan mereka lebih banyak melakukan

masalah melanggar disiplin sekolah berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan.

Mussen (1974), menyatakan bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk

membebaskan diri dari kawalan ibu bapa. Sementara pelajar perempuan pula

menganggap kawalan ibu bapa adalah adil, benar dan bertimbang rasa. Begitu juga

keadaan di sekolah, pelajar lelaki menganggap kawalan guru menyebabkan mereka

merasa terkongkong dan ingin melepaskan diri dari disiplin yang dikenakan. Ini adalah

berbeza dengan pelajar perempuan yang menganggap bahawa kawalan guru semasa di

sekolah adalah perlu.

Page 33: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

17

Powell (1973), berpendapat pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang

rendah mempunyai tingkat motivasi yang rendah, sukar dikawal dan bersifat agresif. Ini

secara tidak langsung mereka dianggap sebagai pelajar-pelajar yang bermasalah.

Menurut Bachman (1970), ibu bapa yang mempunyai status sosio ekonomi yang

tinggi menganggap tingkah laku anak-anak mereka yang buruk hanya akan menjejaskan

dan menjatuhkan maruah dan martabat keluarga mereka. Oleh itu, mereka berusaha

sedaya upaya mereka memastikan agar anak-anak mereka sentiasa berdisiplin dan

mempunyai tingkah laku yang baik. Pelajar-pelajar dari golongan status sosio ekonomi

yang tinggi didapati kurang melakukan masalah disiplin berbanding dengan pelajar-

pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah.

Schafer dan Olexa (1963), dalam kajiannya di sebuah sekolah tinggi di Amerika

yang mempunyai pelajar dari status sosio ekonomi yang berbeza, jelas menunjukkan

bahawa kebanyakan masalah disiplin yang wujud di sekolah tersebut adalah berpunca

dari pelajar-pelajar dari status sosio ekonomi yang rendah.

Mengikut Mohamed Yunus Mohamed Noor (1994), pelajar yang ponteng sering

terpengaruh dengan kegiatan luar dan mendorong mereka melakukan kegiatan yang

melanggar undang-undang seperti mencuri, samseng serta menghisap dadah. Daripada

kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pelajar ponteng, menunjukkan bahawa masalah

ponteng boleh membawa kepada kegiatan jenayah yang berat apabila kegiatan ini

berterusan dilakukan oleh pelajar dan akan menjadi amalan kebiasaan. Ini akan

merugikan diri pelajar, masyarakat dan negara. Malah akan merugikan generasi akan

datang dan mengganggu perkembangan pendidikan negara. Maka langkah penyelesaian

perlu dilakukan dengan segera dari peringkat sekolah lagi.

Menurut Ee Ah Meng (1991), kegiatan melanggar salah laku disiplin bermula

dari pengajaran guru iaitu dari segi penjelasan yang kurang lengkap, mutu suara yang

kurang baik, ketiadaan ketekalan guru dan iklim kelas yang diwujudkan guru kurang

Page 34: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

18

menggalakkan. Mengikut beliau lagi kaedah pengajaran guru yang hanya menggunakan

strategi yang sama dan berpusatkan guru yang tidak melibatkan pelajar, mengakibatkan

pelajar menjadi bosan dan kurang aktif. Akhirnya pelajar memilih jalan untuk

meminggirkan diri dari sistem pendidikan.

Mengikut Koh Boh Boon (1981), guru yang kurang pandai teknik dan strategi

mengajar pelajar berkecenderungan mempunyai sikap negatif terhadap kebolehan dan

pencapaian pelajar. Sikap negatif ini merendahkan lagi konsep diri serta harga diri

pelajar yang kurang pandai dan seterusnya mengurangkan lagi minat dan keinginan

mereka untuk belajar seterusnya menjurus kepada masalah disiplin. Sikap negatif guru

ini terhadap pelajar lemah akan membawa masalah kepada pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Mustaza Abu Amin (1994), menyatakan bahawa disiplin yang ketat dalam

bentuk denda yang kejam dan sikap guru disiplin yang kasar menyebabkan ketegangan

emosi di kalangan responden. Seterusnya mendorong mereka untuk ponteng sekolah.

Guru yang gemar menghina pelajar-pelajar akan menyebabkan pelajar-

pelajarnya menjadi pasif, menarik diri serta tidak yakin menyertai aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1992). Pelajar akan mudah tersinggung

apabila dikritik atau ditegur di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Menurut Ee Ah Meng

(1992), menyatakan guru hendaklah memanggil pelajar untuk memberitahu kelemahan -

kelemahannya di tempat yang sesuai.

Di dalam bilik darjah, guru merupakan orang yang bertanggungjawab menanam

sikap dan minat terhadap pengajarannya. Jersild (1978) yang mengkaji perlakuan

ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah mendapati pengajaran guru memainkan

peranan penting dalam menentukan kadar ponteng sekolah.

Page 35: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

19

Sikap dan minat di antara seseorang pelajar adalah tidak sama, namun ianya

boleh dibentuk oleh guru tersebut melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan Alat

Bantu Mengajar, lawatan dan sebagainya. Guru perlu menimbulkan perasaan ingin tahu

di dalam diri pelajar terhadap pengajarannya, dengan ini secara tidak langsung akan

menimbulkan minat dalam diri pelajar tersebut dan tidak terfikir untuk melakukan salah

laku ponteng sekolah. Salah satu sifat penting yang perlu ada pada seseorang guru ialah

menimbulkan minat pelajar terhadap pengajarannya (Atan Long, 1988).

Menurut Atan Long (1982) lagi, pembelajaran di dalam bilik darjah akan

berjaya sekiranya mempunyai tiga faktor yang saling berkait iaitu pelajar, pengajaran

guru dan suasana bilik darjah. Guru perlu menitikberatkan faktor tersebut didalam

pengurusan pembelajaran kerana ianya bukan saja menjurus kepada pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan, malahan ianya juga dapat membendung masalah disiplin.

Menurut Crow dan Crow (1980), menyatakan guru sepatutnya dapat

membimbing untuk mengerakkan pelajarnya untuk belajar, membantu pelajar membina

sikap yang positif, memperbaiki teknik mengajar dan membaiki diri terhadap mutu

pengajaran mereka. Guru seharusnya boleh memberi bimbingan dan bukannya arahan

semata-mata ketika pelajar melakukan sesuatu aktiviti supaya pelajar merasakan ianya

tidak terikat dengan hanya satu cara atau satu kaedah sahaja.

Mengikut Musa Hitam (1981), masalah disiplin terutamanya ponteng berpunca

dari pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu sendiri. Pelajar yang bersikap nakal

disebabkan oleh gurunya yang kurang mempunyai minat terhadap pengajaran atau

bahan-bahan yang di sampaikan sama saja dengan apa yang terdapat dari buku teks dan

sebagainya. Daripada keadaan ini, pelajar memerlukan kelainan dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi mewujudkan minat serta menghindarkan sikap bosan dan nakal yang

akan mengganggu suasana persekolahan.

Page 36: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

20

Menurut Ibrahim Saad (1982), punca utama yang menyebabkan ponteng adalah

sistem pendidikan yang terlalu mementingkan peperiksaan. Ini akan mengakibatkan

pelajar menjadi bosan dan memberontak. Ini menunjukkan bahawa guru yang tidak

memberi perhatian kepada pelajar serta pengajaran yang berkesan dan hanya

mementingkan peperiksaan, akan menjadikan pelajar bosan seterusnya menimbulkan

masalah disiplin di kalangan pelajar.

Maka kepelbagaian teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran perlu bagi

membuang rasa bosan pelajar dan seterusnya membendung kes disiplin. Ini di sokong

oleh Atan Long (1982), bahawa pengajaran guru yang berkesan dan menarik minat

pelajar datangnya dari kaedah dan cara penyampaian guru yang berbagai. Ini dapat

membolehkan pelajar menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan selesa dan

berkesan, seterusnya membawa kepada peningkatan dalam akademik. Apabila

pencapaian meningkat, maka pelajar dapat meneruskan pembelajaran yang lebih tinggi

dan juga dapat mengurangkan masalah keciciran dalam pendidikan serta dapat

mengurangkan masalah disiplin.

Mengikut Chong Lee Hoon dan Abdul Rahman Md Aroff (1994), sikap guru

dalam bilik darjah yang pilih kasih berasaskan jantina, ras dan latar belakang sosio

ekonomi memungkinkan mudah berlakunya masalah disiplin. Sikap guru juga yang

suka membocorkan rahsia peribadi pelajar akan mengakibatkan pelajar berkenaan

menjadi lebih bermasalah, berperasaan curiga dan tidak mahu mempercayai sesiapa pun

khususnya guru. Kesan daripada sikap pilih kasih ini, akan menjurus kepada sikap

pelajar yang tidak menghiraukan peraturan sekolah, memberontak terhadap

pembelajaran dan akan mencetuskan gejala masalah disiplin di dalam sekolah. Maka

proses pengajaran dari guru mestilah mengambil kira kaedah, keprihatinan, sikap dan

pengetahuan guru dalam menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran berjalan

dengan baik bagi mengelakkan berlakunya kes masalah disiplin di kalangan pelajar.

Page 37: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

21

Menurut Omardin (1996), menyatakan bahawa salah satu faktor yang

menentukan kejayaan pelajar- pelajar ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana

dan persekitaran yang harmoni boleh membangkitkan semangat dan akan melahirkan

pelajar yang mempunyai sikap cintakan sekolah. Dengan itu dapat mengurangkan

masalah salah laku dan disiplin. Menurutnya lagi sekolah perlu mewujudkan suasana

persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap

cinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi

tidak boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan.

Mengikut Datuk Mahadzir Mohd Khir (Berita Harian, 2 April 2001), pelajar

yang ponteng adalah kerana berasa tertekan ketika berada di sekolah. Ini merujuk

kepada kemudahan sekolah atau bilik darjah yang serba kekurangan dari segi peralatan

di kelas serta suasana ceria di dalam dan luar kelas. Daripada keadaan ini, pihak sekolah

bertanggungjawab menyediakan kemudahan yang sepatutnya supaya masalah disiplin

akan dapat dikurangkan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus (Utusan Malaysia,

21 Mac 1997) hasil kajian yang disediakan oleh Bahagian Sekolah Kementerian

Pendidikan sepanjang tahun 1995 mendapati keadaan fizikal dan persekitaran sekolah

yang tidak selesa serta sikap guru yang tidak memberikan perhatian kepada pelajar yang

ketinggalan dan lemah akan menyebabkan pelajar bersikap liar. Ketidakselesaan ini

khususnya pada keadaan bilik darjah yang tidak sempurna akan mengakibatkan

pembelajaran terganggu dan akan mencetuskan masalah disiplin. Keadaan bilik darjah

ini juga akan menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak selesa seterusnya

membawa kepada ketidakhadiran pelajar ke sekolah dan mencetuskan kes ponteng

sekolah.

Chong Lee Hoon dan Abdul Rahman Md. Aroff (1994), menyatakan keadaan

bilik darjah tidak disusun dengan baik dan teratur hinggakan guru hanya berada di

Page 38: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

22

depan kelas dan tidak dapat bergerak ke tempat duduk pelajar semasa dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Ini menyampaikan suatu maklumat iaitu guru dan pelajar

mempunyai sempadan masing-masing untuk berkomunikasi. Keadaan bilik darjah yang

sesak ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam keadaan yang

tidak selesa serta keprihatinan guru terhadap pelajar terabai. Ini mengakibatkan pelajar

merasa terasing dan mematahkan semangat pelajar untuk belajar. Apabila masalah ini

sering terjadi maka pelajar tidak akan berminat untuk ke sekolah dan akan

meningkatkan bilangan pelajar yang ponteng.

Dari laporan Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

(1994), iklim sekolah ada kaitan dengan masalah ponteng. Sekolah didapati tidak

menarik, tidak menggembirakan dan kemudahan yang disediakan agak kurang. Maka

dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah ponteng, pihak sekolah perlulah

membuat perubahan-perubahan secara terancang agar dapat mewujudkan dan

mengukuhkan iklim sekolah yang harmonis dan menyeronokkan pelajar dan guru. Ini

dapat membendung masalah disiplin di kalangan pelajar terutama kes ponteng.

Mengikut Profesor Madya Dr. Amla Mohd. Salleh (Utusan Malaysia, 10 Januari

1998) dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati sekolah-

sekolah di bandar menghadapi masalah kekurangan kelas yang serius sehingga

menjejaskan prestasi pelajar. Mengikut beliau lagi, jumlah pelajar yang terlalu ramai

dalam sebuah kelas misalnya sehingga 50 pelajar boleh menjejaskan proses pengajaran

dan pembelajaran. Bila keadaan ini berlaku guru berkemungkinan tidak dapat

mengenali pelajar-pelajarnya, tidak dapat memberi sepenuh tumpuan yang sewajarnya

kepada pelajar, masa mengurus pelajar menjadi panjang, aktiviti di dalam kelas terhad

dan juga interaksi antara guru dan pelajar akan terbatas. Bilangan pelajar yang ramai,

dengan bilik darjah yang kurang menyebabkan guru tidak dapat mengetahui tahap

kefahaman dalam pelajaran. Kesan daripada masalah ini mengakibatkan pelajar yang

tidak pandai akan ketinggalan seterusnya menjejaskan pencapaian akademik. Dari sudut

Page 39: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

23

lain pula, pelajar akan mengganggu pengajaran guru dan berkemungkinan berlakunya

masalah disiplin di dalam kelas dan seterusnya berlakunya masalah ponteng.

Menurut Muhamad Anuar Ismail (1976), suasana sekolah yang mempengaruhi

kegiatan ponteng ialah sikap guru, aktiviti-aktiviti sekolah yang kurang berkesan dan

disiplin sekolah yang dianggap ketat oleh sebilangan pelajar. Menurut W.F Connel

(1981), disiplin yang terlalu ketat dalam bentuk denda yang kejam, sindiran dan

pemeriksaan yang terlalu kasar pada kerja menyebabkan ketegangan emosi di kalangan

pelajar. Keadaan ini akan memburukkan suasana pembelajaran dan menjadi salah satu

penyebab pelajar bermasalah dalam kehadiran ke sekolah.

Dari kajian Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan tahun 1995 (Utusan

Malaysia, 21 Mac 1997), iklim persekolahan yang tidak menggalakkan seperti tumpuan

berlebihan terhadap peperiksaan, hukuman yang keras dan memalukan serta sikap guru

yang kasar dan bengis menjadi punca utama masalah disiplin di kalangan pelajar. Ini

menunjukkan sikap guru disiplin dan pentadbiran yang keterlaluan ketika melaksanakan

peraturan disiplin sekolah menyebabkan pelajar memberontak dan menjurus kepada

masalah ketidakhadiran ke sekolah dan ponteng. Pelajar akan merasakan bahawa diri

mereka teraniaya dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dan menjejaskan minat

serta semangat mereka untuk belajar.

Mengikut Rafiah Ismail (1993), faktor sekolah yang menyebabkan pelajar

melanggar disiplin ialah guru disiplin terlalu tegas dalam perlaksanaan disiplin serta

keterlaluan dalam menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat serta selidiki

sebab pelajar melakukan salah laku. Perlaksanaan disiplin di sekolah perlu dijalankan

dengan tegas untuk menjaga suasana sekolah tetapi tidak harus keterlaluan. Bila

keadaan ini berlaku, pelajar akan sentiasa rasa tertekan dan mula memberontak serta

melanggar dengan apa jua peraturan yang disediakan oleh pihak sekolah. Disebabkan

itulah terjadinya masalah ponteng yang semakin meningkat. Menurut Olive Banks

(1987), pemberontakan pelajar sebagai ponteng sekolah dan dihalau keluar dari bilik

Page 40: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

24

darjah oleh guru apabila pelajar menentang peraturan yang disediakan oleh sekolah.

Seterusnya penentangan ini membawa kepada masalah kes salah laku yang lebih berat

lagi seperti menghisap dadah, merosakkan harta sekolah, samseng, mencuri dan

sebagainya.

Jersild A.T Brook ( 1978 ), kedudukan sekolah yang jauh mempengaruhi pelajar

untuk datang lewat dan kadang-kadang akan ponteng sekolah. Pelajar yang tinggal jauh

dengan sekolah tidak dapat ditempatkan di asrama mengakibatkan kesusahan pelajar ke

sekolah. Bagi pelajar yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri menjadi masalah

untuk ke sekolah. Ini memberi alasan kepada pelajar ketidakhadiran mereka ke sekolah.

Kedudukan sekolah yang agak jauh menjadi masalah kepada pelajar dari segi

pengangkutan. Mengikut Mohamed Hisham Zahari (2000), masalah pengangkutan

seperti bas yang lambat, tidak datang dan sering rosak menjadi alasan kepada pelajar

untuk ponteng sekolah. Keadaan ini menjadi lebih ketara lagi apabila kedudukan

sekolah berada di kawasan bandar dan laluan jalan raya yang sibuk. Mungkin tidak

menjadi masalah kepada pelajar yang mempunyai pengangkutan sendiri, tapi kepada

pelajar yang kurang berkemampuan, masalah kenderaan menjadi salah satu faktor

ketidakhadiran ke sekolah.

2.3 Rumusan

Berdasarkan kepada teori-teori dan penulisan yang telah dibuat berhubung

dengan salah laku ponteng di kalangan pelajar, ternyata terdapat beberapa faktor yang

mempengaruhi individu dalam tindakan dan perlakuan mereka tersebut. Faktor sekolah

adalah faktor yang amat menyumbang dalam mempengaruhi kes salah laku pelajar

terutama kes ponteng. Ini kerana sekolah itu sendiri tidak menyediakan kemudahan

yang baik seperti aspek bilik darjah yang tidak teratur, mementingkan peperiksaan dan

peralatan yang tidak mencukupi. Sikap guru juga yang tidak prihatin terhadap

pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang sama, penguatkuasaan disiplin yang

Page 41: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

25

ketat dan juga hukuman yang keterlaluan boleh membawa berlakunya kes ponteng di

kalangan pelajar. Masalah kedudukan sekolah juga menjadi satu penyebab kepada

masalah ponteng. Ianya menjadi kesusahan kepada pelajar yang hendak ke sekolah

terutamanya rumah pelajar yang jauh dengan sekolah. Ini lebih memeritkan lagi kepada

pelajar apabila berlakunya masalah pengangkutan untuk pelajar ke sekolah. Dengan ini

menjadi pelajar menjadi tidak berminat untuk ke sekolah dan mengambil keputusan

untuk tidak hadir ke sekolah.

Page 42: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

26

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang dijalankan dalam penyelidikan.

Ia akan menentukan ketetapan data yang diperolehi. Maklumat dari kajian yang

dijalankan amat membantu dalam membuat keputusan.

Penganalisisan dan persembahan data adalah merupakan perkara yang perlu

diberi perhatian yang utama bagi mendapatkan keputusan kajian yang tepat. Oleh itu

dalam bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang meliputi reka bentuk, sampel

dan populasi kajian, instrumen kajian, analisis data, kajian rintis, tatacara kerja, batasan

dan kekangan kerja.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif. Data-data mengenai

persoalan kajian adalah diperolehi melalui kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan

kerana ianya sesuai digunakan bagi mengetahui sikap seseorang (Mohd Najib, 1999).

Page 43: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

27

Selain dari itu soal selidik dipilih kerana arahan dan soalan yang diberi adalah piawai

dan serupa kepada semua subjek (Mohd Majid, 2000). Dengan itu ia akan dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan

yang diberi. Matlamat reka bentuk kajian ini adalah untuk menerangkan faktor sekolah

yang mempengaruhi pelajar ponteng di kawasan bandar dalam daerah Tanah Merah

Kelantan.

3.3 Tempat Kajian

Lokasi kajian ini dilakukan ialah di Sekolah Menengah dalam kawasan bandar

di daerah Tanah Merah Kelantan. Pemilihan sekolah ini disifatkan wajar kerana ibu

bapa atau penjaga pelajar merangkumi semua peringkat status sosioekonomi, di

samping pelajar-pelajar yang berasal dari kawasan yang berbeza, di mana cara hidup

mereka juga adalah berbeza serta bilangan kes ponteng yang tinggi. Sekolah-sekolah

tersebut ialah :

a) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Tanah

Merah Kelantan.

c) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 2, Tanah

Merah Kelantan.

d) Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan.

e) Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 2, Tanah Merah Kelantan.

3.4 Populasi Dan Pensampelan

Populasi mengikut Mohd Najib (2003), adalah sekumpulan masyarakat yang

mempunyai ciri yang sama. Manakala sampel menurut Bordens K.S. dan Abbott B.B.

(2002) pula, adalah sebilangan kecil individu daripada populasi yang diambil kira dalam

Page 44: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

28

kajian. Manakala, menurut Krejeie R.V dan Morgan D.W. (1970) bahawa sampel dapat

menunjukkan saiz populasi.

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan dua dari empat buah

sekolah di kawasan bandar dalam daerah Tanah Merah Kelantan yang telah terlibat

dengan masalah salah laku ponteng. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah

pensampelan rawak mudah bagi kajian ini. Responden kajian dikenal pasti dari pihak

sekolah dan PPD berdasarkan senarai sekolah yang terlibat. Jadual 3.1 menunjukkan

bilangan populasi yang kenal pasti daripada senarai nama dari sekolah-sekolah tersebut

serta PPD.

Jadual 3.1: Taburan Populasi dan Sampel Kajian

SEKOLAH POPULASI SAMPEL

SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1 13 10

SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 2 94 73

SMK Tanah Merah 1 31 28

SMK Tanah Merah 2 55 48

JUMLAH 199 159

Sumber : Enrolmen Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka

Raja 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 2, Sekolah

Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah

Merah 2, Tanah Merah Kelantan. (2007).

Menurut Mohd Najib Ghafar (1998), menggunakan sampel daripada populasi

adalah bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja penyelidik. Menurut Krejcie dan

Morgan (1990), melalui jadual penentu saiz sampel berdasarkan populasi menyatakan

Page 45: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

29

jika jumlah populasi menyatakan jika jumlah populasi seramai 55 orang maka sampel

adalah 48 orang (rujuk Lampiran A). Jadual di atas menunjukkan jumlah sampel yang

diambil mengikut jadual penentu saiz sampel iaitu sebanyak 159 responden yang

terlibat.

3.5 Instrumen Kajian

Untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki, pengkaji telah menggunakan

satu set soal selidik (rujuk Lampiran B). Soal selidik digunakan untuk mendapatkan

maklumat mengenai latar belakang pelajar, kaedah pengajaran guru di sekolah,

kemudahan sekolah, penguatkuasaan disiplin dan kedudukan sekolah yang

menyebabkan pelajar ponteng di sekolah menengah kawasan bandar dalam daerah

Tanah Merah Kelantan. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A

dan B.

Bahagian A, merupakan soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden

yang merangkumi soalan-soalan yang berkaitan dengan jantina, keturunan, pekerjaan

penjaga, pendapatan pekerjaan sebulan, tinggal dengan siapa, cara ke sekolah dan jarak

ke sekolah.

Manakala bahagian B, terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan

faktor sekolah seperti pengajaran guru, penguatkuasaan disiplin, kemudahan sekolah

dan kedudukan sekolah dalam mempengaruhi pelajar ponteng sekolah.

Page 46: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

30

Jadual 3.2 : Taburan Item Mengikut Persoalan Kajian.

Bil Persoalan Kajian No Item

01 Pengajaran guru menyebabkan pelajar terlibat

dengan kes ponteng

3, 7, 8, 10, 14, 20, 27, 31,

35 dan 37

02 Kemudahan sekolah yang menyebabkan pelajar

terlibat dengan kes ponteng sekolah

1, 11, 13, 16, 21, 23, 25,

29, 38 dan 40

03 Penguatkuasaan disiplin yang ketat menyebabkan

pelajar terlibat dengan kes ponteng sekolah.

2, 4, 6, 9, 12, 15, 28, 30, 33

dan 36

04 Kedudukan sekolah menyebabkan pelajar terlibat

dengan kes ponteng sekolah

5, 17, 18, 19, 22, 24, 26,

32, 34 dan 39

Menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan soal selidik dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel kerana

ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Mengikut Mohamad Najib Abdul

Ghafar (1999) pula, soal selidik adalah salah satu kaedah yang paling popular di

kalangan penyelidik, mudah di takbir setelah dibina dengan baik dan juga data senang

diproses untuk dianalisis.

Bahagian ini menggunakan skala Likert di mana responden hanya perlu

menandakan jawapan yang sesuai dengan menandakan di dalam petak bernombor

pilihan 1 – 5 yang mewakili pernyataan amat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti,

setuju dan amat setuju. Hanya satu jawapan sahaja yang dibenarkan untuk setiap item.

Menurut Best dan Kahn (1998), pemeringkatan 5 skala (lima) mata kepada 3

mata (tiga) adalah untuk memudahkan segala data analisis. Penyelidik telah

mengelaskan jawapan responden daripada lima skala kepada tiga skala seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 3.3 di bawah. Sehubungan dengan itu, pengkaji dapat

menerangkan hasil dapatan kajian dengan menggunakan 3 (mata) dalam bentuk

frekuensi, peratusan dan min.

Page 47: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

31

3.3 : Kaedah Analisis Data

Skala Lima Mata Skala Skala Tiga Mata

Sangat Tidak Setuju

(STS)

Tidak Setuju

(TS)

1 dan 2

Tidak Setuju

(Negetif)

Tidak Pasti

(TP)

3

(Neutral)

Setuju

(S)

Sangat Setuju

(SS)

4 dan 5

Setuju

(Positif)

Sumber : Mohamad Najib (2000)

3.6 Analisis Data

Menurut Majid (1994), pemprosesan data merupakan teknik untuk

pengumpulan, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data

diperolehi dari borang soal selidik yang telah dijawab dan dikumpulkan dari 159 orang

pelajar. Data ini akan terus dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Pakage

For The Sosial Science (SPSS) versi 11.5. Menurut Mohd Salleh dan Zaidatur (2001),

perisian ini merupakan perisian yang mesra pengguna yang boleh digunakan untuk

melakukan pelbagai analisis statistik dan pengurusan data dalam persekitaran yang

bergrafik. Melalui penganalisisan ini, pengkaji memperoleh keputusannya dalam bentuk

frekuensi, peratusan dan min. Setiap item akan dianalisis, dikumpulkan mengikut aspek

dan dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan, peratus dan min. Jadual 3.5

menunjukkan kriteria yang digunakan dalam menganalisis data.

Page 48: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

32

Jadual 3.4 : Kriteria Menganalisis Data

Nilai min yang diperolehi melalui penganalisisan data akan menentukan

tanggapan positif atau negatif terhadap sesuatu aspek yang dikaji. Mengikut Mohd

Najib (1998), min dikira berdasarkan nilai min rendah dari 3 menandakan negatif dan

nilai min lebih besar dari 3 menandakan positif. Ini bermaksud skor 3.00 digunakan

sebagai titik rentas di mana nilai min < 3.00 dikelaskan sebagai responden tidak

bersetuju terhadap sesuatu faktor ponteng, manakala nilai min > 3.00 dikelaskan

sebagai responden bersetuju.

ATS TS TP S AS

1 2 3 4 5

(tidak bersetuju) (bersetuju)

Setelah data diproses, kesimpulan dibuat sama ada faktor pengajaran guru,

kemudahan sekolah, penguatkuasaan disiplin dan kedudukan sekolah mempengaruhi

pelajar atau tidak dalam kes ponteng sekolah.

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis terhadap soalan kajian dilakukan terlebih dahulu untuk menguji

kesahan soalan. Menurut Mohamad Najib (1999), sebelum melakukan kajian sebenar,

kajian rintis perlu dilakukan dengan menggunakan sampel yang mempunyai ciri-ciri

yang sama dengan populasi yang hendak diuji. Soal selidik yang dibentuk oleh

Persoalan Kajian Analisis Data

Persoalan Kajian 1 Min, Peratus (%) dan kekerapan

Persoalan Kajian 2 Min, Peratus (%) dan kekerapan

Persoalan Kajian 3 Min, Peratus (%) dan kekerapan

Persoalan Kajian 4 Min, Peratus (%) dan kekerapan

Page 49: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

33

penyelidik perlu diuji bagi mengekalkan kualiti seterusnya membantu mencapai objektif

penyelidikan. Kebolehpercayaan bagi sesuatu instrumen boleh dikenal pasti dengan

menggunakan pelbagai kaedah antaranya ialah Alpha Cronbach. Wiersma (1995)

menyatakan bahawa kajian rintis yang telah dijalankan bertujuan untuk menguji item

dari segi bahasa dan untuk mendapatkan darjah kepercayaan yang baik ialah Nilai

Alpha Cronbach 0.6 ke atas.

Untuk itu, penyelidik telah menjalankan kajian rintis pada 25.07.2007.

Penyelidik mengambil 10 orang pelajar sebagai keesahan dan kebolehpercayaan soal

selidik yang terlibat dalam masalah ponteng dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh,

Tanah Merah Kelantan untuk menjawab soalan tersebut. Sekolah ini terletak di kawasan

pekan daerah Tanah Merah. Setelah penyelidik melaksanakan kajian rintis, hasil analisis

menunjukkan darjah kebolehpercayaannya ialah 0.6222. Nilai kebolehpercayaan ini

ternyata jelas menunjukkan bahawa instrumen kajian ini boleh diguna pakai untuk

kajian sebenar seterusnya.

3.8 Prosedur Kajian

Sebelum menjalankan kajian, penyelidik terlebih dahulu menghantar surat

permohonan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia bersama kertas

cadangan ke Bahagian Perancangan dan Penyelidik (EPRD) Kementerian Pendidikan

Malaysia bagi mendapatkan kebenaran untuk membuat kajian di sekolah. Kemudian

langkah seterusnya penyelidik mendapatkan kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri

Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi tujuan membuat penyelidikan. Selepas itu

kebenaran dari pengetua sekolah perlu diperolehi juga bagi melicinkan perlaksanaan

kajian ini.

Satu kajian rintis akan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ipoh Tanah

Merah Kelantan terhadap 10 responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 yang

terlibat dengan kes ponteng sekolah. Tujuan kajian rintis dijalankan ialah bagi

Page 50: MD SUHAIMI BIN MD HUSINAP040360D2007TTP

34

memastikan soalan yang dikemukakan dalam soal selidik mudah difahami serta tidak

mengelirukan dan kebolehpercayaannya boleh diuji.

Setelah itu penyelidik mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah bagi

menetapkan tarikh, masa dan tempat kajian yang sesuai sebelum soal selidik diedarkan

sendiri oleh penyelidik kepada responden yang terlibat. Penyelidik terlebih dahulu

memberi penerangan kepada responden tentang tujuan soal selidik dibuat dan cara-cara

menjawab soalan yang terkandung dalam soal selidik. Jaminan kerahsiaan segala

maklumat yang diberikan dinyatakan kepada responden. Soal selidik kemudiannya

dikumpulkan setelah responden siap menjawab dan hanya set soal selidik yang lengkap

sahaja di analisis. Data-data daripada soal selidik akan diproses menggunakan perisian

Statiscal Package For Scienses Sosial (SPSS) versi 11.5 bagi mengetahuai peratusan

dan min.

3.9 Rumusan

Di dalam bab ini, penyelidik telah menyatakan beberapa langkah yang telah

digunakan untuk membuat kajian. Prosedur-prosedur yang telah dirancang di dalam bab

tiga ini adalah bagi memudahkan proses kajian dijalankan dan seterusnya akan dapat

memberi panduan serta petunjuk kepada pengkaji dalam menyiapkan kajian ini dari

awal hingga tamat penyelidikan.