100
Matius 1:1 1 Matius 1:10 Matius Salasilah Isa al-Masih 1 Inilah salasilah Isa al-Masih, keturunan Daud, ketu- runan Ibrahim. 2 Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak, Ishak beroleh Yakub, dan Yakub beroleh Yudah serta saudara-saudaranya. 3 Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinya Tamar, Peres beroleh Hezron, dan Hezron beroleh Ram. 4 Ram beroleh Aminadab, Aminadab beroleh Nahason, dan Nahason beroleh Salmon. 5 Salmon beroleh Boas daripada isterinya Rahab, Boas beroleh Obed daripada isterinya Rut, dan Obed beroleh Isai, 6 dan Isai beroleh Raja Daud. Raja Daud beroleh Sulaiman daripada isteri Uria. 7 Sulaiman beroleh Rehabeam, Rehabeam beroleh Abia, dan Abia beroleh Asa. 8 Asa beroleh Yosafat, Yosafat beroleh Yoram, dan Yoram beroleh Uzia. 9 Uzia beroleh Yotam, Yotam beroleh Ahaz, dan Ahaz beroleh Hizkia. 10 Hizkia beroleh Manasye,

Matius - ebible.org · Matius1:1 1 Matius1:10 Matius SalasilahIsaal-Masih 1InilahsalasilahIsaal-Masih, keturunanDaud, ketu- runanIbrahim. 2IbrahimberolehanakyangdinamaiIshak

Embed Size (px)

Citation preview

Matius 1:1 1 Matius 1:10

MatiusSalasilah Isa al-Masih

1 Inilah salasilah Isa al-Masih, keturunan Daud, ketu-runan Ibrahim.2 Ibrahim beroleh anak yang dinamai Ishak,

Ishak beroleh Yakub,dan Yakub beroleh Yudah sertasaudara-saudaranya.

3 Yudah beroleh Peres dan Zerah daripada isterinyaTamar,

Peres beroleh Hezron, dan Hezronberoleh Ram.

4Ram beroleh Aminadab,Aminadab beroleh Nahason,dan Nahason beroleh Salmon.

5 Salmon beroleh Boas daripadaisterinya Rahab,Boas beroleh Obed daripadaisterinya Rut,dan Obed beroleh Isai,

6 dan Isai beroleh Raja Daud.Raja Daud beroleh Sulaiman daripada isteri Uria.

7 Sulaiman beroleh Rehabeam,Rehabeam beroleh Abia,dan Abia beroleh Asa.8Asa beroleh Yosafat,Yosafat beroleh Yoram,dan Yoram beroleh Uzia.9Uzia beroleh Yotam,Yotam beroleh Ahaz,dan Ahaz beroleh Hizkia.10Hizkia beroleh Manasye,

Matius 1:11 2 Matius 1:20Manasye beroleh Amon,dan Amon beroleh Yosia.11Yosia beroleh Yoyakhin dansaudara-saudaranya sekitar masa merekadibawa sebagai tawanan di Babel.

12 Seterusnya, Yoyakhin beroleh Sealtiel,dan Sealtiel beroleh Zerubabel.

13 Zerubabel beroleh Abihud,Abihud beroleh Elyakim,dan Elyakim beroleh Azur.14Azur beroleh Zadok,Zadok beroleh Akhim,dan Akhim beroleh Eliud.15 Eliud beroleh Eleazar,Eleazar beroleh Matan,dan Matan beroleh Yakub.

16Maka Yakub beroleh Yusuf, suami Maryam, Maryamlahyang melahirkan Isa yang dipanggil al-Masih.

17 Dengan demikian, ada empat belas keturunan dariIbrahim hingga ke Daud; empat belas keturunan dariDaud hingga ke masa pembuangan di Babel; dan empatbelas keturunan dari masa itu hingga kelahiran al-Masih.

Kelahiran al-Masih18 Inilah kisah kelahiran Isa al-Masih: Ibu-Nya, Maryam

bertunang dengan Yusuf, tetapi sebelum perkahwinanmereka dilangsungkan, Maryam mengandung melaluikuasa Roh Suci. 19 Yusuf, seorang yang takwa danberakhlak, tidak mahu memalukan Maryam di matamasyarakat. Dia berniat memutuskan pertunanganmereka secara diam-diam.

20 Dia memikirkan hal itu sehalus-halusnya. Suatumalam dia bermimpi malaikat Tuhan memperlihatkan

Matius 1:21 3 Matius 2:5diri kepadanya lalu berkata, ‘Hai Yusuf keturunan Daud!Janganlah takut mengambil Maryam sebagai isterimu.Diamengandungmelalui kuasa Roh Suci. 21Maryam akanmelahirkan seorang anak lelaki. Namakanlah anak ituIsa. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosamereka.’

22 Segala ini terjadi supaya berlakulah firman Tuhanmelalui nabi-Nya: 23 ‘Seorang anak dara akan mengan-dung, dan melahirkan seorang anak lelaki, maka Anak ituakan dipanggil Immanuel’ bererti, ‘Allah menyertai kita’dalam bahasa Ibrani.

24 Apabila Yusuf terjaga, dia pun mematuhi apa yangdisampaikan olehmalaikat Tuhan itu lalu berkahwin den-gan Maryam. 25 Tetapi Yusuf tidak menyentuh Maryamsebagai isterinyahinggalahMaryammelahirkanAnak itu.Yusuf menamai Anak itu Isa.

2Ahli ilmu bintang dari Timur

1 Isa dilahirkan di Baitlahim, Yudea, semasa pemerinta-hanRajaHerodes. Tidak lama kemudian datanglah beber-apa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Baitulmaqdis.2 Mereka bertanya, ‘Di manakah Anak yang baru lahir,yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihatbintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendakmenyembah-Nya.’

3 Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasarisau, begitu juga semua penduduk Baitulmaqdis. 4 RajaHerodes memanggil semua ketua imam dan guru Tauratberhimpun lalu bertanya, ‘Raja yang dijanjikan oleh Allahitu, di manakah tempat lahirnya?’ 5 Mereka menjawab,‘Di Baitlahim, Yudea. Seorang nabi telah bernubuattentangnya:

Matius 2:6 4 Matius 2:156 ‘Hai Baitlahim di Yudea,

Kau bukanlah yang terkecil antara kota utamaYudea,

kerana daripadamu akanmuncul seorang Pemimpinyang akan memimpin umat-Ku Israel.’

7 Setelah itu Raja Herodes berjumpa secara rahsiadengan ahli-ahli ilmu bintang itu dan mendapat tahudaripada mereka dengan tepat bila bintang itu ter-bit. 8 Raja Herodes menyuruh ahli-ahli ilmu bintangpergi ke Baitlahim dengan perintah demikian: ‘Pergi-lah dan carilah Anak itu sedaya upaya. Apabila kamumenjumpai-Nya beritahulah aku, supaya aku juga dapatpergi menyembah-Nya.’

9 Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, merekamelihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kinimendahuluimereka dan berhenti di atas tempat Anak itu.10 Sungguh gembira mereka apabila melihat bintang itu.11 Mereka masuk ke situ dan melihat Anak itu denganibu-Nya Maryam. Mereka pun sujud menyembah Anakitu, lalu mempersembahkan emas, dupa danmur kepada-Nya. 12 Allah memberikan peringatan kepada merekamelalui mimpi supaya jangan kembali kepada Herodes.Oleh itu mereka pun pulang ke negeri mereka mengikutjalan lain.

Hijrah ke Mesir13Selepas itumalaikat Tuhanmenampakkan diri dalam

mimpi kepada Yusuf lalu berkata, ‘Herodes akan men-geluarkan perintah supayamencari danmembunuhAnakitu. Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir.Tinggallah di situ hingga Aku berfirman kepadamu.’

14 Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia mem-bawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir. 15Mereka tinggal di

Matius 2:16 5 Matius 2:23situ hingga kematian Raja Herodes. Maka berlakulah fir-man Tuhan menerusi nabi-Nya: ‘Aku memanggil Putera-Ku keluar dari Mesir.’

16 Setelah Raja Herodes sedar dirinya ditipu oleh ahli-ahli ilmu bintang dari Timur itu, dia pun marah lalumengeluarkan perintah untuk membunuh semua anaklelaki yang berusia dua tahun ke bawah di Baitlahimdan kawasan yang berdekatan. Usia itu berdasarkanmaklumat yang diberikan oleh ahli-ahli ilmu bintangtentang masa bintang itu mula-mula muncul. 17 Olehyang demikian berlakulah apa yang dinubuatkan olehYeremia:18 ‘Satu suara terdengar di Ramah,

rintih ratap dan perkabungan.Rahel meratapi anak-anaknya,

tidak mungkin dilipur hatinya,kerana mereka tiada lagi.’

Pulang dari Mesir19 Selepas kematian Herodes, malaikat Tuhan menam-

pakkan diri dalam mimpi kepada Yusuf di Mesir. 20 Katamalaikat itu, ‘Bangunlah. Bawalah Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel, kerana orang yang hendak meragutnyawa Anak itu telah mati.’

21 Yusuf pun bangun lalu membawa Anak itu dan ibu-Nya ke tanah Israel. 22 Tetapi apabila mendengar ba-hawa Arkelaus telah naik takhta menggantikan bapanyaHerodes di Yudea, Yusuf pun takut pergi ke sana. Setelahmendapat peringatan daripada Allah dalam mimpi, diapun pergi ke Galilea. 23Diamenetap di kota yang bernamaNasaret. Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakanoleh para nabi: ‘Dia akan dipanggil Orang Nasaret.’

Matius 3:1 6 Matius 3:123

1Pada masa itu Yahya Pengimad menyampaikan beritaini di gurun di Yudea. 2 Dia berseru, ‘Bertaubatlah,kerana kerajaan syurga hampir tiba!’ 3 Yahyalah yangdimaksudkan dalam nubuat Nabi Yasyaya:‘Suara seorang berseru di gurun:“Sediakanlah jalan untuk Tuhan,

luruskan jalan untuk-Nya.” ’4 Pakaian Yahya diperbuat daripada bulu unta dan tali

pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang danmadu gurun. 5 Orang dari Baitulmaqdis, seluruh Yudeadan segenap kawasan sekitar Sungai Yordan datang men-dapatkan Yahya. 6Mereka mengaku dosa lalu diimadkanoleh Yahya di Sungai Yordan.

7 Ramai orang Farisi dan Saduki datang untuk diimad-kan. Apabila melihat mereka, Yahya berkata, ‘Hai orangdurjana! Siapakah yang memberitahumu bahawa kamudapat melepaskan diri daripada hukuman Allah kelak?8 Buktikanlah dengan perbuatan bahawa kamu telahbertaubat. 9 Jangan sangka kamu dapat melepaskan diridaripada hukuman dengan berkata, “Ibrahim moyangkami.” Ketahuilah, Allah berkuasa menjadikan batu-batuini anak cucu Ibrahim! 10 Kapak sudah tersedia untukmenebang pokok hingga ke akar umbinya. Setiap pokokyang tidak menghasilkan buah yang baik akan ditebangdan dihumbankan ke dalam api.

11 ‘Aku mengimadkanmu dengan air untuk menun-jukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yangdatang selepasku akanmengimadkanmudenganRoh Sucidan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakankasut-Nya pun aku tidak layak. 12Tangan-Nyamemegang

Matius 3:13 7 Matius 4:6nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandumyang bersih di dalam jelapang dan membakar sekam didalam api yang tidak mungkin padam.’

Isa diimadkan13 Ketika itu Isa meninggalkan Galilea lalu pergi ke

Sungai Yordan. Di situ Dia berjumpa dengan Yahya danmeminta diimadkan olehnya. 14Yahya cubamenolak den-gan berkata, ‘Sepatutnya Engkau yang mengimadkanku.Ini Engkau pula datang kepadaku!’

15 Tetapi Isa menjawab, ‘Biarkanlah demikian un-tuk sekarang, kerana dengannya kita akan menunaikansegala kebenaran.’ Yahya pun patuh.

16 Setelah diimadkan, Isa keluar dari air dengan segera.Lalu terbukalah langit dan dia melihat Roh Allah turunseperti burung merpati ke atas-Nya. 17 Kemudian ke-dengaran suara Allah berfirman, ‘Inilah Putera-Ku yangKukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan.’

4Godaan di padang gurun

1 Setelah itu Isa dibawa oleh Roh ke gurun untukdigoda Iblis. 2 Isa berpuasa empat puluh hari empatpuluh malam. Dia menanggung kelaparan. 3 Iblis datangkepada-Nya lalu berkata, ‘Jika Engkau Putera Allah, per-intahkanlah batu-batu ini menjadi roti.’

4 Isa menjawab, ‘Telah tersurat: “Manusia hidup bukandengan roti saja tetapi dengan setiap firman Allah.” ’

5 Selepas itu Iblis membawa Isa ke kota suci Baitul-maqdis dan meletakkan-Nya di puncak rumah ibadat.6 Iblis berkata kepada Isa, ‘Jika Engkau Putera Allah,terjunlah, kerana telah tersurat:“Allah akan memerintahkan

Matius 4:7 8 Matius 4:16malaikat-malaikat-Nya

menjaga-Mu dan mereka akanmenatang-Mu

supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.” ’7 Isa menjawab, ‘Tetapi telah tersurat: “Janganlah

engkau menduga Allah, Tuhanmu.” ’8 Iblis membawa pula Isa ke atas gunung yang amat

tinggi lalu menunjukkan semua kerajaan di dunia dankekayaannya. 9 Kata Iblis kepada Isa, ‘Semua ini akankuberikan kepada-Mu jika Engkau sujud menyembahku.’

10 Jawab Isa, ‘Nyah engkau, Iblis. Telah tersurat: “Hen-daklah engkau menyembah Allah, Tuhanmu dan kepada-Nya saja engkau beribadat.” ’

11 Iblis punmeninggalkan Isa dan paramalaikat datangmelayani-Nya.

Isa mula pelayanan di Galilea12 Apabila mendengar bahawa Yahya telah dipen-

jarakan, Isa pun pergi ke Galilea. 13 Dia tidak tinggaldi Nasaret tetapi di Kapernaum, sebuah kota di pinggirlaut Galilea di kawasan Zebulon dan Naftali. 14 Dengandemikian berlakulah nubuat Nabi Yasyaya:15 ‘Tanah Zebulon, tanah Naftali,

di pinggir laut, seberang Sungai Yordan,Galilea, tanah bangsa-bangsa asing.

16 Bangsa yang hidup dalam kegelapantelah melihat cahaya gemilang.Bagi mereka yang di bawahbayangan maut,Cahaya telah bersinar!’

Matius 4:17 9 Matius 4:2517 Isa pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya,

‘Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!’Pengikut Isa yang pertama

18 Sedang Isa berjalan di pinggir laut Galilea, Diaterpandang dua orang nelayan iaitu Simon, yang jugadipanggil Petrus, dan adiknya Andreas, sedang menjalaikan. 19 Isa berkata kepada mereka, ‘Ikutlah Aku. Akuakan mengajarmu menjala manusia menjadi pengikut-Ku.’ 20 Dengan serta-merta mereka dua beradik mening-galkan jala mereka lalu mengikut Isa.

21 Isa meneruskan perjalanan. Dia ternampak duaberadik lagi, Yakobus dan Yahya bersama bapa merekaZebedeus, sedangmengemaskan jala di dalam perahu. Isamemanggil dua beradik itu. 22 Seketika itu juga merekameninggalkan perahudan bapamereka lalumengikut Isa.

Isa menyembuhkan orang sakit23 Isa menjelajahi seluruh wilayah Galilea. Dia men-

gajar di saumaah dan menyampaikan berita baik ba-hawa kerajaan Allah hampir tiba. Dia menyembuhkansemua jenis penyakit dan kesakitan di antara mereka.24 Berita tentang Isa tersebar di seluruh Siria. Maka,ramailah orang yang menanggung pelbagai penyakit danpenderitaan, orang yang dirasuk roh iblis, yangmengidappenyakit gila babi, dan yang lumpuh, dibawa kepada-Nya dan disembuhkan oleh-Nya. 25 Ramai sekali orangmengikut-Nya: dari Dekapolis (bermaksud SepuluhKota),dari Baitulmaqdis, dari Yudea, dan dari kawasan di se-berang Yordan.

5Yang diberkati

Matius 5:1 10 Matius 5:12

1 Ketika Isa melihat orang ramai itu, Dia pun mendakike atas sebuah bukit lalu duduk. Kemudian datanglahpara pengikut-Nya kepada-Nya. 2Dia pun mula mengajarmereka:3 ‘Diberkatilah mereka yang terasa kelemahan rohani,

kerana kerajaan syurga untuk mereka.4Diberkatilah mereka yang bersedih,

kerana mereka akan terhibur.5Diberkatilah mereka yang lemah lembut,

kerana mereka akan mewarisi bumi ini.6Diberkatilah mereka yang

dahagakan kebenaran,kerana mereka akan dipuaskan.

7Diberkatilah mereka yang berpengasihan,kerana mereka akan dikasihani juga.

8Diberkatilah mereka yang suci hati,kerana mereka akan melihat Allah.

9Diberkatilah mereka yangmendamaikan manusia,kerana mereka akan dipanggilanak-anak Allah.’

10Diberkatilah mereka yang dianiayakerana menegakkan kebenaran,kerana kerajaan syurga untuk mereka.

11 ‘Diberkatilah kamu apabila orang menghina,menganiaya dan memfitnahmu kerana mengikut-Ku.12 Bersukacita dan bergembiralah, kerana ganjaran besartelah disediakan untukmu di syurga. Begitu jugalah paranabi zaman dahulu dianiaya.

Garam dan cahaya

Matius 5:13 11 Matius 5:22

13 ‘Kamu ialah garam bumi ini. Jika garam menjaditawar, tidakmungkinlahmasin semula. Tidaklah bergunalagi, hanya layak dibuang dan dipijak orang.

14 ‘Kamu ialah cahaya dunia ini. Kota di atas bukittidak mungkin tersembunyi. 15 Tiada siapa memasangpelita lalu menyorokkannya di bawah bekas; tentu diameletakkannya di atas kaki pelita untuk menerangi seisirumah. 16 Biarlah cahayamu juga bersinar di hadapanorang ramai, supaya mereka melihat perbuatanmu yangbaik lalu memuji Bapamu yang di syurga.

Isa dan hukum Taurat17 ‘Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan

Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untukmenghapuskan tetapi untukmenunaikan segala-galanya.18 Ingatlah: Selagi ada langit dan bumi, satu titik atauhuruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Tauratsebelumsemuanya ternyata berlaku. 19Dengandemikian,jika seseorang melanggar hukum yang terkecil pun danmengajar orang lain melanggarnya, dia akan tergolongantaramereka yangpaling rendahdalamkerajaan syurga.Sebaliknya, jika seseorang mematuhi Taurat dan menga-jar orang lain turut patuh, dia akan menjadi orang yangmulia dalam kerajaan syurga. 20Oleh itu ingatlah: Untukmemasuki kerajaan syurga, kamumestilahmelaksanakankehendak Allah lebih daripada guru Taurat dan orangFarisi.

21 ‘Kamu telah mendengar ajaran daripada nenekmoyang kita: “Jangan membunuh. Sesiapa yangmembunuh orang akan dihakimi.” 22 Tetapi sekarangAku berkata kepadamu: Sesiapa yang marah terhadapsaudaranya akan dihakimi. Sesiapa yang mencacisaudaranya akan dibawa ke hadapan Majlis Agama. Dan

Matius 5:23 12 Matius 5:32sesiapa yang memanggil saudaranya “bodoh” akan di-humbankan ke dalam api neraka.

23 ‘Oleh itu, jika kamu sedang meletakkan persemba-han kepada Allah di atas mazbah lalu teringat bahawasaudaramu bersanggit hati denganmu, 24 tinggalkanlahpersembahanmu, berdamai dahulu dengan saudaramu,kemudian barulah buat persembahanmu.

25 ‘Berdamailah dengan orang yang hendak men-dakwamu di mahkamah sewaktu kamu masih dalamperjalanan ke situ. Jika tidak, dia akan menyer-ahkanmu kepada hakim, kemudian hakim menyer-ahkanmu kepada pegawai berkenaan, yang akan memen-jarakanmu. 26Sudah pasti kamu akanmeringkuk di dalampenjara hingga kamu menjelaskan semua bayaran.

Berzina27 ‘Kamu telah mendengar ajaran ini: “Jangan berz-

ina.” 28 Tetapi sekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapayang memandang seorang wanita dengan berahi, telahberzina dengannya dalam hati. 29 Jika mata kananmumenyebabkan kamu berdosa, cungkil dan buangkanmataitu. Lebih baik kamu kehilangan satu bahagian tubuhmudaripada seluruh tubuhmu terhumban ke dalam neraka.30 Jika tangan kananmu menyebabkan kamu berdosa,potong dan buangkan tangan itu. Lebih baik kamukehilangan sebelah tanganmu daripada seluruh tubuhmumasuk ke dalam neraka.

Perceraian31 ‘Ada ajaran demikian: “Sesiapa menceraikan is-

terinya hendaklah memberinya surat cerai.” 32 Tetapisekarang Aku berkata kepadamu: Sesiapa menceraikanisterinya kecuali kerana zina, orang itu menyebabkanwanita tersebut berzina jika berkahwin lagi; dan sesiapa

Matius 5:33 13 Matius 5:44yang berkahwin dengan wanita yang diceraikan itu berz-ina juga.

Membuat sumpah33 ‘Kamu telah mendengar ajaran kepada nenek

moyang kita: “Jangan melanggar sumpah. Tunaikansumpahmu kepada Tuhan.” 34 Tetapi sekarang Akuberkata kepadamu: Janganlah bersumpah demi langit,kerana langit itu takhta Allah. 35 Jangan bersumpahdemi bumi, kerana bumi ini alas kaki-Nya. Atau demiBaitulmaqdis, kerana itu kota Raja Agung iaitu Allah.36 Demi kepalamu pun jangan, kerana kamu tidakberkuasa memutihkan atau menghitamkan rambutmuwalau sehelai. 37 Katakan saja “Ya” atau “Tidak” dankotakan kata itu. Yang lebih daripada itu datang daripadasi durjana.

Mata diganti mata38 ‘Kamu telah mendengar ajaran begini: “Mata di-

ganti dengan mata, gigi diganti dengan gigi.” 39 Tetapisekarang Aku berkata kepadamu: Janganlah membalasdendam terhadap orang yang berbuat jahat kepadamu.Malah jika seseorangmenampar pipi kananmu, palinglahpipi kirimu juga terhadapnya. 40 Jika seseorang hendakmendakwamu untuk mendapatkan bajumu, berikanlahjubahmu juga. 41 Jika sesiapamemaksamuberjalan sebatudengannya, pergilah dua batu bersamanya. 42 Jika seseo-rangmeminta sesuatu daripadamu, berikanlah. Jika sese-orang hendak meminjam sesuatu daripadamu, usahlahberpaling daripadanya.

Mengasihi musuhmu43 ‘Kamu telah mendengar ajaran berikut: “Kasihilah

sahabatmu dan bencilah musuhmu.” 44 Tetapi sekarangAku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan doakan

Matius 5:45 14 Matius 6:6orang yang menganiayamu. 45 Dengan demikian kamumenjadi anak-anak Bapamu yang di syurga; kerana Al-lah menerbitkan matahari yang dicipta-Nya untuk orangyang benar dan orang yang mungkar. Dia menurunkanhujan untuk orang yang taat mahupun yang ingkar akankehendak-Nya. 46 Jika kamu hanya mengasihi orangyang mengasihimu, layakkah kamu mendapat ganjarandaripada Allah? Bukankah pemungut cukai pun berbuatdemikian? 47 Jika kamu hanya beramah mesra den-gan saudara-saudara selingkungan, apakah kelebihanmudaripada orang lain? Orang yang tidak mengenal Al-lah pun melakukannya. 48 Hendaklah engkau sempurnaseperti Bapamu di syurga.

6Bersedekah kepada orang miskin

1 ‘Ingatlah: Jangan buat kerja amal di muka umum su-paya dilihat orang; kamu tidak akan mendapat ganjarandaripada Bapamu yang di syurga.

2 ‘Oleh itu, ketika kamu bersedekah kepada orangmiskin, jangan heboh-hebohkan seperti orangmunafik disaumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang. Orangbegitu sudahpun mendapat ganjaran mereka. 3 Apabilakamu bersedekah kepada orang miskin, jangan sampaitangan kirimu tahu apa yang dilakukan oleh tangankananmu. 4 Jangan siapapun mengetahuinya. Bapamuyang melihat amalmu yang tersembunyi itu akan mem-berikan ganjaran kepadamu.

Doa5 ‘Apabila kamu berdoa, janganlah seperti orang mu-

nafik. Mereka berdoa sambil berdiri di saumaah dan disimpang jalan supaya dilihat orang. Mereka itu sudahpunmendapatkan ganjaran mereka. 6Tetapi kamu, masuklah

Matius 6:7 15 Matius 6:15ke dalam bilik, tutup pintu dan berdoalah kepada Bapamuyang tidak dapat dilihat dengan mata. Dia mengetahuiapa yang kamu lakukan secara tersembunyi dan akanmemberikan ganjaran kepadamu. 7Ketika berdoa, jangancurah-curahkan kata-kata yang tidak bermakna, sepertiorang yang tidak mengenal Allah. Mereka menyangkaAllah akan mengabulkan permintaan mereka kerana doamereka itu panjang. 8 Jangan berbuat seperti mereka.Bapamu tahu apa yang kamu perlukan sebelum kamumemohonnya.

9 ‘Berdoalah demikian:“Ya Bapa kami yang di syurga,

Sucilah Nama-Mu.10Datanglah kerajaan-Mu.

Terlaksanalah kehendak-Mudi bumi sebagaimana di syurga.

11 Berilah makanan kami untuk hari ini.12Ampunkanlah kesalahan kami

sebagaimana kami mengampunimereka yang bersalah terhadap kami.

13 Janganlah biarkan kami tergoda,Selamatkanlah kami daripada si durjana.

Engkaulah yang memiliki kerajaan, kekuasaan dan kemu-liaan selama-lamanya. Amin.”

14 ‘Jika kamu mengampuni orang yang bersalahkepadamu, Bapamu yang di syurga akan mengampunkankesalahanmu juga. 15 Tetapi jika kamu tidakmengampunkan kesalahan orang, Bapamu yang di syurgajuga tidak akan mengampunkan kesalahanmu.

Berpuasa

Matius 6:16 16 Matius 6:2516 ‘Apabila kamu berpuasa, jangan tunjukkan muka

lesu seperti orang munafik. Mereka memperlihatkanwajah menderita supaya semua orang tahu merekaberpuasa. Mereka ini sudahpun mendapat ganjaranmereka. 17 Ketika berpuasa, basuhlah muka dan sikatlahrambutmu 18 supaya orang tidak tahu kamu berpuasa.Biarlahpuasamuhanyadiketahui olehBapamuyang tidakdapat dilihat dengan mata. Bapamu melihat perbu-atanmu yang tersembunyi itu dan memberikan ganjarankepadamu.

Harta di syurga19 ‘Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di sini

gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecahmasuk untuk mencurinya. 20Kumpulkan harta di syurga,kerana di situ gegat dan karat tidak dapatmerosakkannyaserta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya.21 Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimutertumpu.

22 ‘Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, selu-ruh tubuhmu dipenuhi cahaya. 23 Tetapi jika matamukabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalamtubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaan-nya!

24 ‘Seoranghamba tidakmungkinmengabdi diri kepadadua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang danmengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorangdan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapatmenjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.

Jangan runsing25 ‘Oleh itu, janganlah runsing tentang hidupmu, ten-

tang apa yang kamu makan atau minum, atau tentangtubuhmu, dan tentang apa yang akan kamu pakai untuk

Matius 6:26 17 Matius 7:3menutupnya. Bukankah hidup lebih daripada makanan,dan tubuh lebih daripada pakaian? 26 Lihatlah burungdi udara, yang tidak menyemai, menuai atau menyimpanhasil di jelapang; namun Bapamu yang di syurga mem-berinya makan. Bukankah kamu lebih bernilai daripadaburung? 27 Siapakah di kalanganmu yang dapat melan-jutkan usianya sedikit pun dengan bersikap runsing?

28 ‘Jadi, mengapakah kamu runsing tentang pakaian?Lihatlah bunga bakung di padang, yang tidak bekerja ataubertenun. 29 Tetapi Raja Sulaiman dengan segala kehe-batannya pun tidak berpakaian seindah bunga itu. 30 JikaAllah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari inidan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan mem-berimu pakaian? Sungguh tipis kepercayaanmu kepada-Nya! 31 Jangan runsing tentang makanan, minuman ataupakaianmu. 32 Kerunsingan ini dialami oleh orang yangtidak mengenal Allah. Bapamu yang di syurga tahubahawa kamu memerlukan semua itu. 33 UtamakanlahkerajaanAllahdan laksanakankebenaran-Nya; Allah akanmemberikan semua itu kepadamu. 34 Oleh itu, janganrunsing tentang hari esok, kerana hari esok akan runsingtentang hal-halnya sendiri. Setiap hari sudah cukupdengan kesusahan sehari.

7Menghakimi orang lain

1 ‘Jangan hakimi orang lain, supaya kamu tidak di-hakimi. 2 Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang,demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yangkamu gunakan untuk menghakimi orang lain akan digu-nakan Allah untuk menghakimi kamu.

3 ‘Mengapakah kamu perhatikan selumbar di matasaudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri

Matius 7:4 18 Matius 7:14tidak kamu sedari? 4 Bagaimanakah kamu dapat berkatakepada saudaramu, ‘Biarlah aku keluarkan selumbar darimata saudara,’ sedangkan kayu balak terpampang dimatamu sendiri? 5 Hai munafik! Keluarkanlah dahulukayu balak dari matamu, barulah penglihatanmu teranguntuk mengeluarkan selumbar dari mata saudaramu.

6 ‘Jangan berikan sesuatu yang suci kepada anjing, ataumutiara kepada babi, nanti dipijak-pijaknya lalu berpal-ing menyerangmu.

Nasihat supaya berdoa7 ‘Mintalah, dan kamu akan menerimanya; carilah, dan

kamu akan mendapatnya; ketuklah pintu, dan pintu akandibuka untukmu. 8 Setiap orang yang meminta akanmenerima, setiap orang yang mencari akan mendapat;dan setiap orang yang mengetuk, pintu akan dibukauntuknya.

9 ‘Bapa manakah akan memberikan batu kepadaanaknya yang meminta roti? 10 Bapa manakah akanmemberikan ular kepada anaknya yang meminta ikan?11Kamuyang berdosa pun tahumemberikan sesuatu yangbaik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang disyurga: Dia akan memberikan sesuatu yang baik kepadamereka yang meminta daripada-Nya. 12 Apa yang kamumahu orang lakukan kepadamu, lakukan kepada mereka,kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi.

Memilih jalan yang betul13 ‘Masuklah melalui pintu yang sempit, kerana pintu

gerbang dan jalan ke neraka itu lebar dan luas, maka ra-mai orang yangmemilihnya. 14Sebaliknya pintu dan jalanke hidup kekal itu sempit dan sukar. Hanya segelintirorang yang menjumpainya.

Pokok dan buahnya

Matius 7:15 19 Matius 7:2715 ‘Berjaga-jagalah tentang nabi palsu yang datang

kepadamudengan pakaian domba tetapi sebenarnya seri-gala ganas. 16 Kamu akan mengenal mereka daripadahasil perbuatan mereka. Pernahkah orangmemetik buahanggur dari rimbunan berduri? Atau pernahkah buahara dipetik dari semak berduri? 17 Pokok yang suburmenghasilkan buah yang baikmanakala pokok yang tidaksubur menghasilkan buah yang tidak baik. 18 Pokokyang subur tidakmungkinmenghasilkan buah yang tidakbaik dan pokok yang tidak subur tidak mungkin meng-hasilkan buah yang baik. 19 Setiap pokok yang tidakmenghasilkan buah yang baik akan ditebang dan dibakar.20Demikianlah kamu akanmengenal orang daripada hasilperbuatan mereka.

21 ‘Tidak semua orang yangmemanggil-Ku, “Junjungankami, Junjungan kami,” akan memasuki kerajaan syurga,tetapi hanya mereka yangmelaksanakan kehendak Bapa-Ku yang di syurga. 22 Pada hari itu ramai orang akanberkata kepada-Ku, “Junjungan kami, Junjungan kami,bukankah kami telah menyampaikan perkhabaran Allahdengan nama-Mu? Bukankah kami telah menghalau roh-roh iblis serta banyak melakukanmukjizat dengan nama-Mu?” 23 Tetapi aku akan menjawab, “Aku tidak menge-nalmu. Pergilah dari sini, hai kamu yang mungkar.”

Dua jenis asas24 ‘Sesiapa yang mendengar dan menurut kata-kata-

Ku ini ibarat orang bijak yang membina rumah di atasbatu. 25 Hujan mencurah, banjir melimpah dan anginkencang melanda, tetapi rumah itu tidak runtuh ker-ana berasaskan batu. 26 Sesiapa yang mendengar tetapitidak menurut kata-kata-Ku ini ibarat orang bodoh yangmembina rumah di atas pasir. 27Hujan mencurah, banjir

Matius 7:28 20 Matius 8:9melimpah dan angin kencang melanda, lalu runtuhlahrumah itu, punah ranap!’

28 Setelah selesai Isa menyampaikan kata-kata itu,orang ramai itu kagum akan cara Dia mengajar. 29 Isamengajar secara berwibawa, tidak seperti guru Tauratmereka.

8Seorang yang mengidap penyakit kusta

1 Isa turun dari bukit itu dan ramai orang mengikut-Nya. 2 Seorang yang mengidap penyakit kusta datangbersujud di hadapan-Nya sambil berkata, ‘Tuan, seki-ranya Tuan mahu, Tuan dapat menyembuhkanku.’

3 Isa menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orangitu sambil berkata, ‘Aku rela. Sembuhlah!’ Pada saat itujuga penyakitnya hilang. 4 Lalu Isa berkata kepadanya,‘Dengarlah, jangan beritahu sesiapa tentang perkara ini.Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada seorang imam.Selepas itu persembahkan korban sebagaimana diperin-tahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.’

Iman seorang ketua tentera5 Ketika Isa sampai di Kapernaum, seorang ketua

tentera Rom menjumpai-Nya dan merayu kepada-Nya:6 ‘Junjungan, hambaku sakit di rumah, terlantar di katiltidak dapat bergerak, dan amat derita.’

7 Isa menjawab, ‘Baiklah, Aku akan pergi menyem-buhkannya.’

8 Tetapi ketua tentera itu berkata, ‘Usahlah Junjungandatang ke rumahku. Aku tidak layak menyambut Jun-jungan sebagai tamu. Perintahkanlah sahaja, tentu diaakan sembuh. 9 Aku juga di bawah perintah pegawaiatasan tentera, dan ada askar di bawah tanganku. Apabilaaku menyuruh seorang askar, “Pergi!” dia pun pergi.

Matius 8:10 21 Matius 8:18Apabila aku menyuruh askar lain, “Mari!” dia pundatang. Apabila aku menyuruh hambaku, “Buat ini!” diamelakukannya.’

10 Isa terkagum mendengarnya lalu berkata kepadaorang ramai yangmengikut-Nya, ‘Belum pernah Kutemuiorang yang demikian teguh imannya, walau di Israel pun.11 Ketahuilah! Ramai orang akan datang dari timur danbarat lalu duduk menikmati jamuan bersama Ibrahim,Ishak dan Yakub dalam kerajaan syurga. 12 Sebaliknyaanak-anak kerajaan itu akan dihumbankan ke dalamkegelapan di luar; di sana akan terdapat ratapan dankertakan gigi.’

13Lalu Isa berkata kepada ketua tentera itu, ‘Pulanglah!Apa yang kamu percayai itu akan terjadi.’ Pada ketika itujuga sembuhlah hamba ketua tentera itu.

Isa menyembuhkan ramai orang14 Isa pergi ke rumah Petrus. Dia melihat ibu mertua

Petrus terbaring di katil kerana demam. 15 Apabila Isamenyentuh tangannya, serta-merta demamnya hilang.Dia pun bangun, dan melayan Isa.

16 Setelah hari petang, ramai orang yang dirasuk rohiblis dibawakan kepada Isa. Isa menghalau roh-roh iblisitu dengan sepatah kata sahaja. Dia juga menyembuhkansemua yang sakit. 17 Isa melakukan semua itu supayaterjadilah apa yang dikatakan oleh Nabi Yasyaya:‘Dialah yang membawa kelemahan kita

dan menanggung penyakit kita.’

Mengikut Isa18Apabila Isamelihat orang ramai di sekeliling-Nya, dia

pun menyuruh para pengikut-Nya pergi ke seberang laut

Matius 8:19 22 Matius 8:29itu. 19Seorang guru Taurat mendapatkan Isa lalu berkata,‘Tuan Guru, aku sanggup mengikut-Mu ke mana-manasaja.’

20 Isa menjawab, ‘Musang ada lubangnya dan burungada sarangnya, tetapi Putera Insan tidak ada tempatuntuk berehat.’

21 Seorang pengikut lain berkata, ‘Junjungan, izinkan-lah aku pulang dahulu untuk menguburkan jenazah ba-paku.’

22 Tetapi Isa menjawab, ‘Ikutlah Aku. Biarlah orangmati menguburkan orang mati mereka.’

Isa menenangkan badai23 Isamenaiki sebuah perahu, dan diikut oleh pengikut-

pengikut-Nya. 24 Tiba-tiba badai melanda dan om-bak mengganas sehingga perahu dipenuhi air. Ketikaitu Isa sedang tidur. 25 Para pengikut Isa datangmembangunkan-Nya. Mereka berkata, ‘Ya Junjungan,selamatkan nyawa kami semua daripada maut!’

26 Isamenjawab, ‘Mengapakah kamu takut? Begitu tipiskepercayaanmu kepada-Ku!’ Dia pun bangun memarahiangin dan ombak itu. Serta-merta semuanya tenangsekali.

27 Para pengikut Isa tercengang lalu berkata, ‘Angindan ombak pun mengikut perintah-Nya. Siapakah sebe-narnya Dia ini?’

Isa menghalau roh iblis28 Setelah tiba di seberang, di daerah Gadara, Isa

didekati oleh dua orang yang dirasuk roh iblis. Merekakeluar dari gua kubur. Kedua-duanya begitu ganassehingga orang tidak berani lalu di situ. 29 Apabilamereka melihat Isa, mereka berseru, ‘Apakah yang akanKaulakukan kepada kami, hai Putera Allah? Adakah

Matius 8:30 23 Matius 9:7Engkau hendak menghukum kami sebelum sampaimasanya?’

30 Ada sekawan babi sedang makan agak jauh darisitu. 31 Roh-roh iblis itu merayu kepada Isa, ‘Jika Engkauhendak menyuruh kami keluar, suruhlah kami masuk kedalam tubuh babi sekawan itu.’

32 Dan Isa memerintah roh-roh itu, ‘Pergilah’. Makaroh-roh itu pun keluar lalu memasuki babi-babi itu. Selu-ruh kawanan babi itu pun lari ke pinggir jurang laut laluterjun dan mati lemas. 33 Penjaga-penjaga babi itu larike bandar lalu menceritakan hal itu serta apa yang telahterjadi kepada kedua-dua orang yang dirasuk roh iblisitu. 34Seluruh penduduk bandar itu pun datang berjumpadengan Isa dan memohon-Nya pergi dari situ.

9Orang lumpuh disembuhkan

1 Isa menaiki sebuah perahu lalu ke seberang, dansampai di bandar tempat Dia tinggal. 2 Beberapa orangmembawa kepada-Nya seorang lumpuh yang terbaring diatas tikar. Ketika Isa menyedari betapa teguhnya imanmereka, Dia berkata kepada orang lumpuh itu, ‘Tegapkanhatimu, anak-Ku! Dosamu telah diampunkan.’

3 Sebilangan guru Taurat di situ berfikir dalam hati,‘Orang ini mengkufuri Allah!’

4 Isa tahu apa yang difikirkan oleh mereka itu lalu Diaberkata, ‘Mengapa kamu fikirkan perkara sejahat itu?5 Manakah yang lebih mudah dikatakan, “Dosamu telahdiampunkan,” atau “Bangun dan berjalan?” 6 Aku akanmembuktikan kepadamu bahawa di bumi ini Putera Insanberkuasa mengampunkan dosa.’ Kemudian Isa berkatakepada orang lumpuh itu, ‘Bangun, angkat tikarmu danpulanglah.’ 7 Orang lumpuh itu pun bangun lalu pulang

Matius 9:8 24 Matius 9:16ke rumahnya. 8 Melihat kejadian itu, orang di situ ke-takutan dan memuji Allah yang memberikan kuasa yangsedemikian besarnya kepada manusia.

Matius dipanggil mengikut Isa9 Isa meninggalkan tempat itu. Dalam perjalanan Dia

melihat seorang pemungut cukai bernamaMatius sedangduduk di tempat memungut cukai. Isa berkata, ‘IkutlahAku’. Lalu Matius berdiri dan mengikut-Nya.

10 Ketika Isa sedang makan di rumah Matius, ramaipemungut cukai dan orang berdosa makan bersama Isadan para pengikut-Nya. 11 Beberapa orang Farisi yangmelihat perkara itu bertanya kepada para pengikut Isa,‘Mengapa gurumu makan bersama pemungut cukai danorang yang berdosa?’

12 Isa terdengar pertanyaan mereka lalu menjawab,‘Orang sihat tidak memerlukan tabib; hanya orang sakityang memerlukannya. 13 Kajilah erti ayat ini: “Akumenghendaki belas kasihan, bukan binatang korban.”Itulah maka Aku datang bukan untuk memanggil orangbenar tetapi orang berdosa.’

Perkara tentang puasa14 Selepas itu para pengikut Yahya Pengimad menda-

patkan Isa lalu bertanya, ‘Mengapakah kami dan orangFarisi sering berpuasa tetapi para pengikut-Mu tidakberpuasa?’

15 Isa menjawab, ‘Pada hematmu, patutkah tetamu dijamuan perkahwinan bersedih semasa pengantin lelakimasih bersama mereka? Tentu tidak. Namun akan tibamasanya pengantin lelaki itu diambil daripada mereka.Ketika itulah mereka akan berpuasa.

16 ‘Tiada siapa akan menampal pakaian lama denganperca kain baru, kerana tampalan itu akan mengecut dan

Matius 9:17 25 Matius 9:27menyebabkan koyak yang lebih besar. 17 Begitu juga,tiada siapa akan menuangkan air anggur yang baru kedalam bekas kulit yang lama, kerana bekas itu akan pecahdan air anggur itu akan terbuang. Air anggur yang barupatut dituangkan ke dalam bekas kulit yang baru jugasupaya kedua-duanya selamat.’

Isa melakukan mukjizat18Sedang Isa berkata-kata dengan para pengikut Yahya

Pengimad, seorang ketua saumaah bersujud di hadapan-Nya lalu berkata, ‘Anak perempuanku baru meninggaldunia. Datanglah, letakkan tangan-Mu di atasnya su-paya dia hidup kembali.’ 19 Isa pun bangun lalu pergibersamanya, diiringi oleh para pengikut-Nya.

20 Ketika itu, ada seorang wanita yang telah mengi-dap penyakit pendarahan selama dua belas tahun. Diamendekati Isa dari belakang lalu menyentuh hujungjubah-Nya. 21 Fikir wanita itu dalam hatinya, ‘Apabilakusentuh jubah-Nya, pasti aku akan sembuh.’

22 Isa menoleh dan melihatnya lalu berkata kepadanya,‘Tetapkanlah hatimu, anak-Ku! Kerana imanmu kamusembuh.’ Serta-merta wanita itu sembuh.

23 Apabila Isa sampai di rumah ketua itu, Dia nampakpara pemain seruling dan semua orang di situ kelam-kabut. 24 Dia berkata, ‘Keluarlah kamu semua! Anak inibukan mati, cuma tidur.’ Mereka mula mentertawakan-Nya. 25 Tetapi setelah mereka keluar, Isa masuk ke bilikanak perempuan itu dan memegang tangannya lalu anakitu bangun. 26Khabar ini tersebar ke seluruh daerah itu.

Isa menyembuhkan orang buta27 Ketika Isa meninggalkan tempat itu, dua orang buta

mengikut-Nya sambil berseru, ‘Hai Anak Daud, kasihani-lah kami!’

Matius 9:28 26 Matius 9:3828Ketika Isamasuk ke rumah, kedua-dua orang buta itu

mendekati-Nya. Isa bertanya, ‘Percayakah kamu bahawaAku dapat menyembuhkanmu?’

‘Percaya, Junjungan!’ jawab mereka.29 Isa pun menyentuh mata mereka sambil berkata,

‘Kerana imanmu, terjadilah seperti apa yang kamu in-ginkan!’ 30 Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Isaberpesan kepada mereka bersungguh-sungguh, ‘Janganceritakan hal ini kepada siapapun.’ 31Tetapimereka pergimenyebarkan khabar tentang Isa ke seluruh daerah itu.

Isa menyembuhkan seorang bisu32 Selepas itu, seorang yang bisu kerana dirasuk roh

iblis dibawa kepada Isa. 33 Isa menghalau roh iblis itu danserta-merta orang itu mula berkata-kata. Semua yangmelihatnya tercengang lalu berkata, ‘Belum pernah kamilihat hal begini di Israel!’

34 Tetapi orang Farisi berkata, ‘Ketua roh iblis telahmemberi Isa kuasa untuk menghalau roh-roh iblis.’

Belas kasihan Isa terhadap orang35Demikianlah Isa berjalan, dari bandar ke bandar, dari

pekan ke pekan. Dia mengajar di saumaah dan menyam-paikan berita baik tentang kerajaan Allah. Dia menyem-buhkan orang daripada pelbagai penyakit. 36 Apabilamelihat orang yang ramai itu, Isa berasa kasihan ker-ana mereka bimbang dan tidak berdaya, ibarat sekawandomba tanpa gembala. 37 Kata Isa kepada para pengikut-Nya, ‘Tuaian banyak sekali tetapi penuai hanya segelintir.38Berdoalah kepada Tuan punya tuaian itu supaya meng-hantar pekerja untuk menuai.’

10Isa mengutus dua belas rasul

Matius 10:1 27 Matius 10:151 Isa memanggil dua belas orang pengikut-Nya lalu

memberi mereka kuasa untuk menghalau roh-roh dur-jana dan menyembuhkan pelbagai penyakit dan kesaki-tan.

2 Dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggilPetrus, dan saudaranyaAndreas; Yakobus dan saudaranyaYahya, iaitu anak-anak Zebedeus; 3 Filipus dan Bar-tolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungutcukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadius; 4 Simon orangPatriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Isa.

5 Isa mengutus dua belas orang rasul itu denganpetunjuk demikian: ‘Janganlah pergi ke daerah bangsa-bangsa asing atau ke kota orang Samaria. 6 Pergilahkepada domba-domba sesat antara bani Israel. 7 Pergilahdan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat.8 Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yangmati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukanroh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkankepadamu, limpahkanlah pemberian. 9 Janganlah bawawang emas, perak mahupun tembaga. 10 Jangan bawabekas untuk menerima sedekah, atau ganti pakaian,atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu. Seorangpekerja layak menerima apa yang diperlukannya.

11 ‘Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan,carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah dirumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. 12Ketikakamumasuk ke rumah itu, berilah salam. 13 Jika penghunidi rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu meres-tui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembalikepadamu. 14 Sekiranya sesuatu rumah atau bandarenggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu,tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debunya dari-pada tapak kakimu. 15 Sesungguhnya, Aku berkata

Matius 10:16 28 Matius 10:26kepadamu: pada hari penghakiman itu, hukuman atasSodomdan Gomora lebih ringan daripada atas bandar itu.16Dengarlah: Akumengutusmu seperti domba ke tengah-tengah sekawan serigala. Hendaklah kamu bijak sepertiular dan tulus seperti merpati.

17 ‘Berhati-hatilah, kerana kamu akan ditangkap laludiseret ke mahkamah, dan akan disebat di saumaahmereka. 18 Kerana-Ku, kamu akan dibawa ke hadapanpenguasa dan raja sebagai saksi kepada mereka dankepada bangsa yang tidak mengenal Allah. 19 Ketika di-hakimi, janganlah runsing tentang apa yang harus kamukatakan atau bagaimana kamu harus mengatakannya.Apabila sampai saatnya, kamu akan diberitahu apa yangharus kamu katakan. 20 Bukanlah kata-katamu sendiriyang akan kamu ucapkan, tetapi kata-kata Roh Bapamuyang dituturkan melaluimu.

21 ‘Saudara akan berlaku khianat terhadap saudara,bapa terhadap anak, dan anak terhadap bapa, lalu meny-erahkannya untuk dibunuh. 22 Setiap orang akan mem-bencimu kerana nama-Ku. Tetapi sesiapa yang bertahanhingga akhir akan diselamatkan. 23 Apabila kamu diani-aya di sesuatu bandar, larilah ke bandar lain. Ketahuilah,Putera Insan akan datang semula sebelum kamu sempatmenyampaikan ajaran-Ku di semua bandar di tanah Is-rael.

24 ‘Tiada murid yang melebihi gurunya; tiada hambayang melebihi tuannya. 25 Murid haruslah berpuas hatimenjadi seperti gurunya; hamba haruslah berpuas hatimenjadi seperti tuannya. Jika ketua keluarga dipanggilBeelzebul, betapa lagi ahli-ahli keluarganya!

26 ‘Jangan takut akan manusia. Segala yang tersem-bunyi akan dinyatakan; setiap rahsia akan didedahkan.

Matius 10:27 29 Matius 10:3927 Apa yang Kukatakan kepadamu secara sulit, sam-paikanlah kepada orang ramai. Apa yang dibisikkan ditelingamu, umumkanlah merata-rata. 28 Jangan takutakan mereka yang hanya dapat membunuh jasad tetapitidak berkuasa memusnahkan jiwa. Takutilah Allah yangberkuasa memusnahkan jasad dan jiwa di dalam neraka.29 Bukankah dua ekor burung pipit dibeli dengan hargasatu sen? Namun tidak seekor pun jatuh ke tanah tanpaizin Bapamu. 30 Setiap helai rambut di kepalamu pundihitung. 31 Oleh itu, usahlah takut. Di sisi Allah, kamulebih berharga daripada burung pipit!

32 ‘Sesiapa mengakui-Ku di hadapan orang ramai, akanKuakui di hadirat Bapa-Ku di syurga. 33 Sebaliknya,sesiapa yang menyangkal-Ku di hadapan orang ramai,akan Kusangkal di hadirat Bapa-Ku di syurga.

34 ‘Jangan sangka Aku datang untuk membawa damaike dunia. Aku datang bukan untuk membawa damai kedunia melainkan pedang. 35Dengan kedatangan-Ku,

“anak lelaki melawan bapanya,anak perempuan melawan ibunya,dan menantu perempuan melawan

ibu mertuanya.36Ahli keluarganya sendiri akanmenjadi musuhnya.”

37 ‘Sesiapa yang lebih mengasihi bapa atau ibunyadaripada-Ku, tidak layak menjadi pengikut-Ku. Begitujuga, sesiapa yang lebih mengasihi anaknya daripada-Ku,tidak layak menjadi pengikut-Ku. 38 Sesiapa yang engganmemikul salibnya dan mengikut-Ku, tidak layak menjadipengikut-Ku. 39Sesiapa yangmempertahankan hidupnya

Matius 10:40 30 Matius 11:6akan kehilangannya, dan sesiapa yang kehilangan hidup-nya kerana menjadi pengikut-Ku akan mendapat hidupkekal.

40 ‘Sesiapa yang menyambutmu, menyambut-Ku juga,dan sesiapa yang menyambut-Ku menyambut Dia yangmengutus-Ku. 41 Sesiapa yang menyambut seorang pesu-ruh Allah kerana dia pesuruh Allah, akan menerima gan-jaran seorang pesuruh Allah. Sesiapa yang menyambutseorang yang benar kerana dia seorang yang benar, akanmenerima ganjaran seorang yang benar. 42 Ingatlah: Sesi-apa yang memberi minum walau hanya air sejuk kepadaseorang pengikut-Ku yang paling rendah pun kerana diapengikut-Ku, akan menerima ganjaran.’

11Isa dan Yahya Pengimad

1Setelah Isa memberi petunjuk kepada dua belas orangpengikut-Nya itu, Dia meninggalkan tempat itu lalu pergimengajar dan menyampaikan perkhabaran daripada Al-lah di bandar-bandar berhampiran.

2Yahya Pengimad yangmeringkuk di penjara menden-gar tentang apa yang dilakukan oleh al-Masih. Yahyapun menyuruh beberapa orang pengikutnya untuk pergiberjumpa Isa. 3Mereka bertanya, ‘Adakah Tuan ini orangyang dijanjikan Allah akan datang, atau perlukah kamimenunggu orang lain?’

4 Isa menjawab, ‘Pulanglah, beritahu Yahya segala yangkamu dengar dan lihat: 5 Orang buta melihat, oranglumpuh berjalan, orang berpenyakit kusta sembuh, orangtuli mendengar, orang mati dihidupkan semula, danberita baik daripada Allah disampaikan kepada orangmiskin. 6 Berbahagialah orang yang tidak meragui-Ku!’

Matius 11:7 31 Matius 11:157 Ketika pengikut-pengikut Yahya beredar dari situ,

Isa berkata kepada orang ramai tentang Yahya: ‘Apabilakamu mendapatkan Yahya di gurun, apakah yang inginkamu lihat? Sehelai rumputmensiang yang ditiup angin?8 Kamu ke sana hendak melihat apa? Seorang yangberpakaian mewah? Orang yang berpakaian demikiantinggal di istana. 9 Katakanlah, kamu ke situ untukmelihat apa? Seorang nabi? Benar, malah lebih daripadanabi. 10 Tentang orang itulah telah tersurat dalam ayatKitab Suci:

“Aku akan menghantar utusan-Kuuntuk mendahului-Mu,

dialah yang akan menyediakan jalanbagi-Mu.”11 ‘Sesungguhnya Aku berkata kepadamu bahawa di an-tara mereka yang dilahirkan oleh perempuan, belumpernah muncul seorang pun yang lebih besar daripadaYahya. Ketahuilah: Yahya Pengimad lebih utama dari-pada semua orang yang pernah hidup di dunia. Namunbegitu, orang yang paling rendah antara yang menikmatikerajaan syurga lebih utama daripadanya. 12 Sejak ke-datangan Yahya Pengimad hinggalah ke hari ini, kera-jaan syurga telah diserang oleh orang yang ingin men-guasainya melalui kekerasan dan keganasan, dan orangyang ganas berusaha menguasainya dengan kekerasan.13 Kerana semua nabi termasuk Musa dengan Tauratbernubuat hingga datangnya Yahya. 14 Sekiranya kamumahu percaya akan perkhabaran mereka, Yahya itulahIlyas yang telah dinubuatkan kedatangannya. 15 Jikakamu ada telinga, dengarlah!

Matius 11:16 32 Matius 11:2416 ‘Dengan apakah dapat Kubandingkan manusia za-

man ini? Mereka ibarat anak-anak yang duduk di pasar,satu kumpulan berseru kepada yang lain:17 “Kami memainkan seruling lagu perkahwinan un-

tukmu,tetapi kamu enggan menari;

kami menyanyi lagu ratap,tetapi kamu enggan menangis.”

18 ‘Ketika Yahya datang, dia berpuasa dan tidak minumair anggur, lalu semua orang berkata, “Dia dirasuk rohiblis!” 19 Ketika Putera Insan datang, Dia makan danminum, lalu semua orang berkata, “Lihatlah dia ini: gelo-joh, pemabuk, kawan kepada pemungut cukai dan orangberdosa!” Namun demikian, kebijaksanaan terbukti be-nar dengan perbuatannya.’

Penduduk yang enggan bertaubat20 Isa mengecam bandar-bandar tempat Dia paling

banyak melakukan mukjizat, kerana penduduknya eng-gan bertaubat. 21 ‘Malangnya kamu, hai Korazin!Malangnya kamu, hai Baitsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukandi Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situbertaubat, dengan memakai kain guni dan membubuhabu di kepala. 22 Ketahuilah: Pada hari penghakimanitu kelak, Allah akan lebih mengasihani penduduk Tirusdan Sidon daripada kamu! 23Kamu juga, hai Kapernaum!Ingin kamu tinggikan diri sampai ke syurga? Kamu akandihumbankan ke neraka! Kalaulah mukjizat-mukjizatyang Kulakukan di kalanganmu itu Kulakukan di Sodom,tentu Sodom masih ada hingga kini! 24 Aku berkatakepadamu: Ketahuilah, pada hari itu kelak, hukuman ke

Matius 11:25 33 Matius 12:5atas Sodom lebih ringan daripada hukuman yang akankamu terima!’

Jemputan Isa25 Selepas itu Isa mengucap syukur, ‘Ya Bapa, Tuhan

langit dan bumi! Aku bersyukur kepada-Mu, keranaapa yang Kaurahsiakan daripada cerdik pandai, Kau-tunjukkan kepada kanak-kanak kecil, orang yang tidakterpelajar. 26Ya Bapa, memang inilah kehendak-Mu.’

27 ‘Bapa-Ku telahmenyerahkan segala-galanya kepada-Ku. Tiada yang mengenal Putera kecuali Bapa, dantiada yang mengenal Bapa kecuali Putera dan orang yangdiberitahu oleh Putera tentang Bapa.

28 ‘Marilah ke sisi-Ku, wahai kamu yang lelah memikulbeban berat; Aku akan membebaskanmu daripada be-banmu. 29 Ikutlah perintah-Ku dan terima ajaran-Ku, ker-ana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamuakan sejahtera. 30Perintah yangKuberi kepadamumudahditurut, dan beban yang Kuberi mudah dipikul.’

12Junjungan atas hari Sabat

1 Pada suatu hari Sabat, Isa berjalan melalui ladanggandum. Para pengikut-Nya lapar lalu memetik danmemakan gandum. 2Apabila orang Farisimelihat perkaraini, mereka berkata kepada Isa, ‘Lihatlah, pengikut-Mumelakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat!’

3 Isa menjawab, ‘Tidakkah kamu membaca apa yangdilakukan oleh Daud apabila dia dan anak buahnya lapar?4 Daud masuk ke dalam khemah Allah, lalu dia dan anakbuahnya makan roti persembahan, meskipun perbuatanitu dilarang iaitu hanya imam dibenarkan makan roti itu.5 Tidakkah kamu baca dalam Taurat Musa betapa setiaphari Sabat imam di rumah ibadat melanggar hukum hari

Matius 12:6 34 Matius 12:17Sabat? Namun, mereka tidak disalahkan. 6 Aku berkatakepadamu: Di sini ada yang lebih besar daripada rumahibadat. 7 Ada tersurat: “Aku menghendaki belas kasihan,bukan korban binatang.” Jika kamu benar-benar mema-hami ayat itu, tentulah tidak kamu salahkan orang yangtidak bersalah; 8 kerana Putera Insan adalah Junjunganatas hari Sabat.

9 Isa beredar dari situ lalu pergi ke sebuah saumaah.10 Di situ ada seorang yang lumpuh sebelah tangannya.Beberapa orang di sana cuba mencari salah Isa supayadapat mendakwa-Nya. Mereka bertanya kepada-Nya,‘Tidakkahmenyembuhkanorangpadahari Sabatmelang-gar hukum?’

11 Isa menjawab, ‘Apakah yang akan kamu lakukanjika seorang daripadamu mempunyai seekor domba, danpada hari Sabat domba itu terjatuh ke dalam lubang yangdalam? Tentulah kamu berusaha menyelamatkannya.12 Betapa lebih berharganya manusia daripada domba?Oleh itu, berbuat baik pada hari Sabat tidak melanggarhukum.’

13 Setelah itu, Isa berkata kepada orang yang lumpuhsebelah tangannya itu, ‘Hulurkanlah tanganmu.’ Orangitu punmenghulurkan tangannya yang lumpuh lalu pulihsama seperti tangan yang sebelahnya. 14Ketika itu orangFarisi beredar dari situ lalu berpakat hendak membunuhIsa.

Isa Hamba Allah15Apabila Isamengetahui pakatan itu, Dia punmening-

galkan tempat itu. Ramai orang mengikut-Nya dan ra-mai yang disembuhkan-Nya daripada pelbagai penyakit.16 Dia berpesan kepada mereka supaya jangan memberi-tahu sesiapa tentang-Nya. 17Dengan demikian terjadilahfirman Allah melalui Nabi Yasyaya:

Matius 12:18 35 Matius 12:2718 ‘Inilah hamba-Ku yang telah Kupilih,

Yang Kukasihi dan KuredaiRoh-Ku akan Kuanugerahkan kepada-Nya,

dan keadilan-Ku akandiisytiharkan-Nyakepada semua bangsa.

19Dia tidak akan bertengkar atau membentak,ataupun bersuara lantang di jalan raya.

20 Buluh yang halus terkulai tidak akan dipatahkan-Nya,Pelita yang malap tidak akandipadamkan-Nya,

Dia akan berjuang sehinggatercapai keadilan,

21 Bangsa-bangsa asing akan bersandarharap kepada-Nya.’

Isa dan Beelzebul22 Setelah itu seorang yang buta dan bisu kerana dira-

suk roh iblis dibawa kepada Isa lalu disembuhkan-Nya.23 Orang ramai di situ ketakjuban lalu bertanya samasendiri, ‘Mungkinkah dia ini Anak Daud?’

24Apabila orang Farisi mendengar tentang itu, merekamenjawab, ‘Dia dapat menghalau roh-roh iblis keranadiberi kuasa oleh Beelzebul, ketua roh iblis.’

25 Isa mengetahui isi hati orang Farisi itu lalu berkatakepada mereka, ‘Negeri yang berpecah kepada beberapabahagian yang bermusuhan tidak akan wujud lama. Ban-dar atau keluarga yang berpecah dan berlawan sesamasendiri akan hancur lebur. 26 Begitu juga, andainyaIblis mengusir Iblis, dia akan berpecah belah, danbagaimanakah kerajaannya dapat bertahan? 27 Kamuberkata Aku menghalau roh-roh iblis kerana diberi

Matius 12:28 36 Matius 12:36kuasa oleh Beelzebul. Kalau begitu, siapa yang mem-berikan kuasa menghalau roh-roh iblis kepada pengikut-pengikutmu? Oleh itu merekalah yang akan menjadihakimmu. 28 Tetapi jika Aku menghalau roh-roh iblisdengan Roh Allah, maka sesungguhnya kerajaan Allahsudah mula bertapak di kalanganmu.

29 ‘Atau bagaimanakah orang dapat memasuki rumahseorang yang gagah dan merampas harta bendanya seki-ranya orang yang gagah itu tidak diikat terlebih dahulu?Selepas itu, barulah dia dapat merompak rumahnya.

30 ‘Jika seseorang tidak berpihak kepada-Ku, inibererti dia menentang-Ku. Jika seseorang tidakmengumpulkan bersama-Ku, ini bererti dia mencerai-beraikan. 31 Ketahuilah: Orang yang berbuat dosa ataumengucapkan kata-kata kufur akan diampuni, tetapimereka yang mengkufuri Roh Suci tidak akan diampuni.32 Orang yang menentang Putera Insan dengan kata-katanya dapat diampuni, tetapi mereka yang menghinaRoh Suci tidak dapat diampuni, baik di dunia mahupundi akhirat.

33 ‘Jika kamu ingin mendapat buah yang baik, kamuharus mempunyai pokok yang baik. Jika pokok tidakbaik, buahnya pun tidak baik. Baik tidaknya pokokdiketahui daripada buahnya. 34 Hai kamu yang sepertiular berbisa, bagaimana dapat kamu tuturkan perkarayang baik sedangkan dirimu jahat? Orang mengucapkanapa yang terkandung dalamhatinya. 35Seorang yang baikmenuturkan hal-hal baik kerana hatinya penuh kebaikan.Seorang yang jahat menuturkan hal-hal jahat keranahatinya penuh kejahatan. 36 Aku berkata kepadamu:Pada hari penghakiman, setiap orang harus memper-tanggungjawabkan setiap katanya yang tidak sewajarnya

Matius 12:37 37 Matius 12:45dituturkan. 37Kata-katamu sendiri akan dijadikan ukuransama ada kamu bersalah atau tidak.’

Alamat Nabi Yunus38 Selepas itu beberapa orang guru Taurat dan orang

Farisi berkata kepada Isa, ‘Tuan Guru, kami ingin melihatsuatu alamat mukjizat daripada-Mu.’

39 Tetapi Isa menjawab, ‘Manusia zaman durjana dantidak setia ini ingin melihat alamat mukjizat. Tetapi satualamat pun tidak akan ditunjukkan kepadanya kecualialamat Nabi Yunus. 40 Sebagaimana Yunus tinggal tigahari tiga malam di dalam perut ikan besar, begitu ju-galah Putera Insan akan tinggal tiga hari tiga malam didalam perut bumi. 41 Pada hari akhir, penduduk Niniweakan bangkit bersama kamu, orang zaman ini. Merekaakan menuduhmu, kerana apabila mereka mendengarperkhabaran yang disampaikan oleh Yunus, mereka telahbertaubat; sedangkan kamu tidak, pada hal di hadapanmusekarang ada yang lebih besar daripada Yunus. 42 Padahari akhir, Ratu Syeba dari Selatan akan bangkit bersamakamu, orang zaman ini. Ratu itu akan menuduhmu, ker-ana dia telah datang dari hujung bumi untuk mendengarajaran Raja Sulaiman yang bijaksana; sedangkan kamutidakmendengar ajaran daripada yang ada di hadapanmusekarang dan yang lebih besar daripada Raja Sulaiman.

43 ‘Apabila roh durjana keluar daripada tubuh sese-orang, roh itu akan menjelajahi kawasan yang tandusuntuk mencari tempat tinggal. Sekiranya tempat tinggaltidak ditemuinya, 44 roh itu akan berkata, “Aku akanpulang ke rumah yang telah kutinggalkan.” Roh itupun pulang dan mendapati rumah itu kosong, bersih dankemas. 45 Roh itu lalu pergi memanggil tujuh roh lainyang lebih durjana daripadanya. Semuanya memasukitubuh orang itu dan menetap di situ. Akhirnya keadaan

Matius 12:46 38 Matius 13:9orang itu lebih teruk daripada dahulu. Inilah yang akanterjadi kepada manusia durjana zaman ini.’

Isa dan sanak saudara-Nya46 Sedang Isa berbicara dengan orang ramai, ibu dan

saudara-saudara-Nya datang berdiri di luar kerana hen-dak bercakap dengan Isa. 47 Seorang daripada orangramai itu memberitahu Isa, ‘Ibu dan saudara-saudaralelaki-Mu hendak bercakap dengan-Mu.’

48 Tetapi Isa menjawab, ‘Siapakah ibu-Ku? Siapakahsaudara-saudara lelaki-Ku?’ 49Dia menunjuk kepada parapengikut-Nya lalu berkata, ‘Inilah ibu-Ku dan saudara-saudara lelaki-Ku. 50 Sesiapa yang melakukan kehen-dak Bapa-Ku yang di syurga, merekalah saudara lelaki,saudara perempuan dan ibu-Ku.’

13Ibarat seorang penabur

1 Pada hari itu juga, Isa keluar dari rumah lalu dudukdi tepi laut. 2 Sungguh ramai orang datang berhimpunmendapatkan-Nya. Isa pun masuk ke dalam sebuahperahu dan duduk di situ manakala orang ramai ituberdiri di pantai. 3 Isa berbicara kepada mereka melaluiibarat: ‘Seorang penyemai benih telah pergi menabur.4 Sebahagian benih yang ditaburnya jatuh di tepi jalanlalu dimakan burung. 5 Sesetengahnya jatuh di tempat-tempat berbatu yang tidak banyak tanahnya. Benih itusegera bercambah kerana tanahnya tidak dalam. 6 Tetapiapabila matahari naik, tunas-tunas itu kering kepanasan,lantas layu kerana tidak berakar. 7Ada pula yang jatuh disemak duri, lalu tewas ditindas tumbuhan duri. 8Namun,ada yang jatuh di tanah yang subur dan memberikanhasil: seratus kali ganda, enampuluh kali ganda, atau tigapuluh kali ganda. 9 Sesiapa yang ada telinga, dengarlah!’

Matius 13:10 39 Matius 13:17

10 Para pengikut Isa datang bertanya kepada-Nya,‘Mengapa Junjungan bercakap kepada mereka melaluiibarat?’

11 Isa menjawab, ‘Kamu telah diberi anugerah untukmengetahui rahsia kerajaan syurga, tetapi mereka tidak.12 Sesiapa yang mempunyai sesuatu akan diberi lebihbanyak lagi, sehingga melimpah-limpah. Sebaliknya,sesiapa yang tidak mempunyai sesuatu, sedikit yang adapadanya pun akan diambil. 13 Aku bercakap kepadamereka melalui ibarat:‘ “Kerana mereka melihat tetapi tidak nampak,mereka mendengar tetapi tidak mengerti.”14 ‘Keadaan mereka ini tepat seperti terdapat dalamnubuat Nabi Yasyaya:

‘ “Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti;kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui.15Kerana hati umat ini telah buntu,

mereka pekakkan telinga,dan pejamkan mata.

Kalau tidak demikian, mereka tentu melihatdengan mata,mendengar dengan telinga,dan mengerti dengan hati,

lalu berpaling kepada-Kudan Aku menyembuhkan mereka.”

16 ‘Tetapi berbahagialah matamu kerana melihat,dan telingamu kerana mendengar. 17 Sesungguhnya,Kukatakan kepadamu, ramai nabi dan orang yang benarberhasrat melihat apa yang kamu lihat dan mendengar

Matius 13:18 40 Matius 13:28apa yang kamu dengar, tetapi hasrat mereka tidaktercapai.

18 ‘Oleh itu dengarlah maksud ibarat penyemai benih:19 Apabila seseorang mendengar perkhabaran kerajaanAllah dan tidakmemahaminya, akan datanglah si durjanamenyambar apa yang telah ditabur dalam hatinya. Oranginilah yang menerima benih di tepi jalan. 20 Orang yangmenerima benih di tempat-tempat berbatu pula bermak-sud orang yang mendengar perkhabaran itu dan terusmenerimanya dengan sukacita. 21 Tetapi perkhabaranitu tidak berakar dalam dirinya, maka hanya tahanseketika. Sebaik-baik dia menghadapi kesusahan ataupenganiayaan kerana perkhabaran itu, imannya pun lun-tur. 22 Orang yang menerima benih di semak duri ialahorang yang mendengar perkhabaran itu, tetapi kerunsin-gan tentang hal-hal duniawi dan godaan harta kekayaanmengasyikkannya lalu dia tidak dapat menghasilkan apa-apa. 23Tetapi orang yang menerima benih di tanah suburialah orang yang mendengar perkhabaran itu danmema-haminya lalu menghasilkan seratus kali, enam puluh kaliatau tiga puluh kali ganda.’

Ibarat tentang lalang di antara gandum24 Isa menceritakan satu ibarat lagi: ‘Kerajaan syurga

ibarat orang menabur benih yang baik di ladangnya.25 Pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur,musuhnya datangmenanam lalang di antara gandum itu.26Setelah gandum itumembesar, lalang pun tumbuh juga.

27 ‘Hamba peladang berkata, “Tuan menabur benihyang baik, dari mana pula datangnya lalang itu?”

28 ‘Jawab peladang itu, “Ini perbuatan musuh.”‘Hamba itu bertanya, “Adakah tuan hendak kami men-

cabut lalang itu?”

Matius 13:29 41 Matius 13:36

29 ‘ “Tidak,” jawab peladang itu, “takut tercabut gan-dum juga. 30Biarkanlah lalang tumbuh di antara gandumhingga sampai musim menuai. Ketika itu aku akanmenyuruh orang yang menuai nanti mencabut lalangdahulu, mengikat dan membakarnya. Selepas itu barulahgandum dituai dan disimpan di dalam jelapang.” ’

Ibarat tentang biji sesawi dan ragi31 Seterusnya Isa mengisahkan ibarat demikian: ‘Kera-

jaan syurga seperti sebutir biji sesawi yang dibawa olehseseorang untuk ditanam di ladangnya. 32 Biji sesawiitu paling kecil di antara semua benih, tetapi apabilatumbuh, menjadi tumbuhan yang lebih besar daripadasemua tumbuhan lain sehingga menjadi sebatang pokoktempat burung membuat sarang.’

33 Kemudian Isa menceritakan suatu ibarat lagi, ‘Ker-ajaan syurga seperti ini: Seorang wanita mencampurkansedikit ragi dengan tiga sukat tepung sehingga adunan itunaik.’

34 Demikianlah Isa mengajar orang ramai melaluiibarat. Tidak ada satu ajaran yang disampaikan-Nyakepada mereka tanpa ibarat. 35Maka terjadilah apa yangdikatakan oleh Nabi:‘Aku akan bertutur kepada mereka

melalui ibarat,Aku akan menyampaikan

kepada merekahal-hal yang dirahsiakan sejakdunia dicipta.’

Ibarat tentang lalang diterangkan36Selepas itu Isameninggalkan orang ramai lalumasuk

ke rumah. Pengikut-pengikut-Nya datang kepada-Nya

Matius 13:37 42 Matius 13:48lalu berkata, ‘Terangkanlah kepada kami maksud ibaratlalang di antara gandum itu.’

37 Isa berkata, ‘Orang yang menabur benih baik ituPutera Insan. 38 Ladang itu dunia; benih yang baik ituorang yang menjadi umat Allah manakala lalang ialahorang yang menyebelahi si durjana. 39 Musuh yangmenanam lalang itu Iblis. Masa menuai ialah hari akhirdan para penuai itu malaikat.

40 ‘Sebagaimana lalang dikumpulkan dan dibakar,demikianlah halnya akan terjadi pada hari akhir.41 Putera Insan akan memerintahkan malaikat-Nyamengumpulkan semua di kalangan umat-Nya yangmelakukan kejahatan dan yang menyebabkan orangberdosa. 42 Mereka akan dihumbankan ke dalamrelau yang berapi-api, tempat ratapan dan kertakangigi. 43 Orang yang benar akan bersinar laksanamatahari dalam kerajaan Allah, Bapa mereka. Jika kamumempunyai telinga, dengarlah!’

Ibarat tentang harta tersembunyi dan mutiara44 ‘Kerajaan syurga ibarat harta yang tersembunyi di

dalam sebidang tanah. Seseorang telah menjumpainyalalu menyembunyikannya semula. Setelah itu denganpenuh sukacita dia menjual segala yang dimilikinya lalumembeli tanah itu.

45 ‘Kerajaan syurga juga umpama seorang sauda-gar yang mencari mutiara yang paling tinggi nilainya.46 Apabila dia menjumpai mutiara yang paling bernilai,dia pun menjual semua yang dimilikinya lalu membelimutiara itu.

Ibarat tentang pukat47 ‘Kerajaan syurga juga seperti pukat yang dilabuhkan

ke dalam laut lalu mendapat aneka jenis ikan. 48 Setelahsarat dan ditarik ke darat, para nelayan memeriksanya,

Matius 13:49 43 Matius 13:58

lalu menyimpan yang baik dan membuang yang tidakbaik. 49 Demikianlah yang akan terjadi pada akhir za-man. Malaikat akan datang mengasingkan orang durjanadaripada orang yang benar. 50 Orang durjana itu akandihumbankan ke dalam relau yang berapi-api, tempatratapan dan kertakan gigi.

51 ‘Fahamkah kamu hal-hal ini?’ Isa bertanya kepadapara pengikut-Nya.

‘Kami faham,’ jawab mereka.52 Isa berkata, ‘Oleh itu setiap guru Taurat yang telah

menerima ajaran tentang kerajaan syurga adalah sepertiketua rumah yangmengeluarkan barang baru dan baranglama simpanannya.’

Isa ditolak di Nasaret53 Setelah itu, Isa pun beredar dari situ. 54 Lalu dia

pulang ke kampung halamannya. Di situ Dia mengajardi saumaah. Orang yang mendengar-Nya hairan lalubertanya, ‘Dari manakah dia mendapat kebijaksanaanbegini? Dari manakah dia mendapat kuasa melakukanmukjizat? 55 Bukankah dia anak tukang kayu? BukankahMaryam itu ibunya, dan Yakobus, Yusuf, Simon sertaYudas itu saudaranya? 56 Bukankah saudara-saudaraperempuannya ada bersama kita? Dari manakah diamendapat semua ini?’ 57Dengan demikianmerekamarahdengan-Nya.

Isa berkata kepada mereka, ‘Seorang Nabi dihormatikecuali di kampung halamannya dan di kalangan kaumkeluarganya sendiri.’

58 Isa tidak banyak melakukan mukjizat di situ keranamereka tidak percaya.

Matius 14:1 44 Matius 14:14

14Yahya dibunuh

1 Pada masa itu Herodes, raja wilayah, mendengartentang Isa. 2Herodes berkata kepada orang di bawahnya,‘Ini tentu Yahya Pengimad. Dia telah bangkit daripada ke-matian! Sebab itulah dia ada kuasa melakukan mukjizat.’

3 Sebelum itu Herodes telah memerintahkan supayaYahya ditangkap, diikat dan dipenjarakan, disebabkanHerodias, isteri saudaranya Filipus. 4 Yahya telah mem-beritahu Herodes, ‘Tuan bersalah mengahwini Herodias’5 Herodes hendak membunuh Yahya tetapi takut keranarakyat menganggapnya seorang nabi.

6 Pada hari jadi Herodes, anak perempuan Herodiasmenari di hadapanmajlis. 7Oleh sebab terlalu menikmatitarian itu, Herodes bersumpah akan memberikan apasaja yang diminta oleh gadis itu. 8 Disuruh oleh ibunya,gadis itu memohon kepala Yahya Pengimad di atas talampada waktu itu juga. 9 Walaupun dengan berat hati,Herodes terpaksa menunaikan permintaan itu keranatelah bersumpah di hadapan majlisnya. 10 Herodes punmemerintahkan orang pergi memancung kepala Yahyadi penjara. 11 Kepala Yahya diletakkan di atas talam dandiberikan kepada gadis itu. Gadis itumenyerahkan kepalaYahya kepada ibunya. 12 Selepas itu pengikut Yahyadatang mengambil jenazahnya dan mengebumikannya.Kemudian mereka pergi memberitahu Isa tentangnya.

Isa memberi makan kepada lima ribu orang13 Sebaik-baik mendengar tentang Yahya, Isa menaiki

perahu dan pergi seorang diri ke suatu tempat sunyi.Namun, orang ramai mendapat tahu lalu mengikut Isamelalui jalan darat dari kota. 14 Setelah Isa turun dari

Matius 14:15 45 Matius 14:26

perahu dan melihat mereka, hati-Nya berasa kasihan laluDiamenyembuhkan orang yang sakit di kalanganmereka.

15 Apabila menjelang petang, para pengikut Isamendapatkan-Nya lalu berkata, ‘Hari sudah hampirmalam dan kawasan ini terpencil. Suruhlah orang yangramai ini pergi, supaya dapat membeli makanan dipekan.’

16Tetapi Isa menjawab, ‘Mereka tidak usah pergi. Beri-lah mereka makan.’

17Kata para pengikut Isa, ‘Kita hanya ada lima buku rotidan dua ekor ikan.’

18 Isa berkata, ‘Bawalah makanan itu kepada-Ku.’ 19Diamenyuruh orang ramai itu duduk di atas rumput. Diamengambil makanan itu dan menengadah ke langit men-gucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada parapengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu.20Setiap orangmakan sehingga kenyangdan lebihanyangdikumpulkan oleh para pengikut Isa sebanyak dua belasbakul. 21 Jumlah yang makan kira-kira lima ribu oranglelaki, belum dihitung wanita dan kanak-kanak.

Isa berjalan di atas air22Setelah itu Isamenyuruh para pengikut-Nyamenaiki

perahu dan pergi ke seberang dahulu sementara Diamenyuruh orang ramai itu pulang. 23 Setelah menyuruhmereka pulang, Isa naik ke bukit seorang diri lalu berdoa.Apabila hari sudah lewat petang, Isa berada di situ se-orang diri. 24 Ketika itu perahu yang dinaiki oleh parapengikut-Nya sudah jauh ke tengah, terumbang-ambingkerana angin berhembus dari arah bertentangan.

25 Antara dinihari dan pagi, Isa berjalan di atas airmenghampiri mereka. 26 Apabila mereka melihat-Nya

Matius 14:27 46 Matius 15:2berjalan di atas air, mereka ketakutan lalu menjerit,‘Hantu!’

27 Isa segera berkata kepada mereka, ‘Tenanglah. AkuIsa. Jangan takut.’

28Petrus berkata, ‘Junjungan, jika benar Engkau, suruh-lah aku berjalan di atas air mendapatkan-Mu.’

29 ‘Marilah,’ sahut Isa.Petrus turun dari perahu dan mula berjalan di atas

air ke arah Isa. 30 Tetapi apabila menyedari betapa ken-cangnya angin, Petrus berasa takut lalu mula tenggelam.‘Junjungan! Selamatkan aku!’ serunya.

31 Isa segera menghulurkan tangan memegangnya laluberkata, ‘Engkau yang kurang percaya, mengapa engkauragu?’

32 Kedua-dua mereka menaiki perahu dan angin puntiada. 33 Selepas itu para pengikut Isa yang di dalamperahu menyembah-Nya sambil berkata, ‘SesungguhnyaEngkaulah Putera Allah!’

34 Mereka menyeberang ke Genesaret. 35 Orang disitu mengenal Isa lalu menyebarkan berita kedatangan-Nya ke serata daerah itu. Ramailah dibawa orang sakitkepada-Nya. 36 Mereka merayu Isa supaya mengizinkanorang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Dengan sen-tuhan itu sahaja pun mereka sembuh.

15Perintah Allah dan adat istiadat

1 Setelah itu beberapa orang Farisi dan guru Tauratdari Baitulmaqdis datang mendapatkan Isa lalu bertanya,2 ‘Mengapa pengikut-Mu melanggar adat nenek moyangkita? Mereka tidak membasuh tangan sebelum makan!’

Matius 15:3 47 Matius 15:14

3 Isa menjawab, ‘Mengapa kamu membelakangi perin-tah Allah demi mematuhi adat istiadatmu? 4Allah berfir-man, “Hormatilah ibu bapamu” dan “Orang yangmencaciibu bapanya mesti dihukum mati.” 5 Sebaliknya kamumengajar, “Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya,‘Apa yang patut kugunakan untuk menolong ayah danibu, telah kupersembahkan kepada Allah,’ 6 maka tidakperlulah orang itu menghormati ibu bapanya. Demikian-lah kamu menyatakan Firman Allah tidak berlaku atassebab adat istiadatmu.” 7 Kamu munafik! Benarlahnubuat Nabi Yasyaya tentangmu:8 “Allah berfirman: Bangsa inimenghormati-Ku dengan kata-kata

tetapi hati mereka jauh daripada-Ku.9 Sia-sialah mereka menyembah-Ku,

sedangkan ajaran yang mereka ajarkanialah peraturan manusia.” ’

10 Kemudian Isa memanggil orang ramai itu laluberkata kepada mereka, ‘Dengar dan fahamlah! 11 Apayang masuk ke mulut seseorang tidak menajiskannya,tetapi apa yang keluar dari mulutnya, itulah yang mena-jiskannya.’

12 Selepas itu para pengikut Isa mendapatkan-Nya danberkata, ‘Junjungan, tahukah Engkau bahawa orang Farisitersinggung dengan kata-kata-Mu?’

13 Isa menjawab, ‘Segala tanaman selain yang ditanamoleh Bapa-Ku di syurga akan dicabut. 14 Jangan hiraukanorang Farisi. Mereka itu orang buta yang memimpinorang buta. Apabila orang buta memimpin orang buta,kedua-duanya masuk ke dalam parit.’

Matius 15:15 48 Matius 15:28

15 Petrus berkata, ‘Terangkanlah maksud ibarat tadikepada kami.’

16 Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Kamu masihtidak faham. 17 Tidakkah kamu mengerti? Apa yang ma-suk ke dalam mulut seseorang turun ke perut lalu keluarsemula. 18 Sebaliknya, apa yang keluar dari mulut datangdari hati, dan inilah yang menajiskan. 19 Dari hati tim-bul fikiran jahat yang mendorong seseorang membunuh,berzina, berbuat cabul, mencuri, memberikan kesaksianpalsu, dan memfitnah. 20 Segala itulah yang menajiskan,bukan makan dengan tidak membasuh tangan mengikutadat.’

Wanita Kanaan yang percaya21 Isa beredar dari situ, dan pergi ke kawasan berham-

piran bandar Tirus dan Sidon. 22 Seorang wanita Kanaanyang tinggal di situ datang mendapatkan Isa sambilberseru, ‘Wahai Tuan, Anak Daud! Kasihanilah aku! Anakperempuanku dirasuk roh iblis, dan menderita!’

23 Isa diam tidak menjawab. Para pengikut-Nya mem-ohon kepada-Nya, ‘Suruhlah wanita itu pergi. Diamengikut kita meraung-raung.’

24 Isa berkata kepada wanita itu, ‘Aku diutus khususkepada orang Israel yang seperti domba sesat.’

25Wanita itu mendekati Isa dan menyembah-Nya sam-bil berkata, ‘Tuan, tolonglah aku.’

26 Isa menjawab, ‘Tidaklah wajar mengambil makanananak-anak danmencampakkannya kepada anak-anak an-jing.’

27 ‘Benar, Tuan,’ balas wanita itu, ‘tetapi anak-anakanjing pun makan sisa yang jatuh dari meja tuannya.’

28Oleh yangdemikian Isa berkata kepadanya, ‘Kamu se-orang wanita yang teguh iman. Apa yang kamu inginkanitu akan berlaku.’ Serta-merta anak wanita itu pulih.

Matius 15:29 49 Matius 15:39

Isa menyembuhkan ramai orang29 Isa beredar dari situ lalu berjalanmenyusur pesisiran

Laut Galilea. Setelah itu Dia mendaki sebuah bukit danduduk di situ. 30 Ramailah yang datang mendapatkan-Nya, membawa orang yang tempang, buta, lumpuh, bisudan yang mengidap pelbagai penyakit. Isa menyem-buhkan mereka. 31 Orang ramai tercengang melihatyang bisu bercakap, yang cacat dipulihkan, yang tempangberjalan, dan yang buta melihat, lalu mereka memujiTuhan orang Israel.

Empat ribu orang diberi makan32 Isa memanggil para pengikut-Nya lalu berkata, ‘Aku

kasihan kepada orang ramai ini. Sudah tiga hari merekabersama-Ku; sekarang mereka kehabisan makanan. Akutidak mahu menyuruh mereka pulang dengan perutkosong, kalau-kalau pengsan nanti di tengah jalan.’

33 Para pengikut-Nya berkata, ‘Di manakah dapat kamicari makanan yang cukup untuk orang seramai itu sedan-gkan kawasan ini terpencil?’

34 Isa bertanya, ‘Berapa banyak roti yang ada padamu?’‘Tujuh buku,’ sahut mereka, ‘dan beberapa ekor ikan

kecil.’35 Isa menyuruh orang ramai itu duduk di atas tanah.

36Dia mengambil tujuh buku roti dan ikan itu, mengucapsyukur kepada Allah lalu membahagikan makananitu dan menghulurkannya kepada para pengikut-Nyauntuk diberikan kepada orang ramai. 37 Setiap orangmakan sehingga kenyang, malah lebihan makananyang dikumpulkan oleh para pengikut-Nya tujuhbakul. 38 Jumlah yang makan empat ribu orang lelaki;belum dikira wanita dan kanak-kanak. 39 Setelah itu Isamenyuruh orang ramai itu pulang, lalu Dia berperahu kedaerah Magadan.

Matius 16:1 50 Matius 16:1216

Orang Farisi menduga Isa1 Beberapa orang Farisi dan Saduki datang kepada Isa.

Untuk menduga Isa, mereka meminta-Nya melakukanmukjizat sebagai bukti Dia datang daripada Allah.

2 Isa menjawab, ‘Ketikamatahari masuk, kamu berkata,“Cuaca baik, kerana langit merah.” 3 Pada waktu pagi,kamu berkata, “Cuaca buruk nanti, kerana langit merahmengancam.” Munafik! Kamu dapat meramalkancuaca dengan melihat alamat-alamat di langit, tetapikamu tidak dapat memahami alamat-alamat zaman ini.4 Manusia zaman yang durjana dan derhaka ini inginmelihat alamat mukjizat. Tetapi satu alamat pun tidakakan ditunjukkannya kecuali alamat Nabi Yunus.’ Setelahberkata demikian, Isa pun pergi dari situ.

5 Ketika para pengikut Isa berperahu ke seberang,mereka terlupa membawa roti. 6 Isa berkata kepadamereka, ‘Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi danSaduki.’

7 Mereka mula berkata-kata sesama sendiri, ‘Diaberkata begitu kerana kita tidak membawa roti.’

8 Isa tahu apa yang dikatakan olehmereka. Dia berkata,‘Mengapa kamu persoalkan hal tidak membawa roti?Tipis benar kepercayaanmu! 9 Belum fahamkah kamu?Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikanlima buku roti antara lima ribu orang? Berapa bakullebihan makanan yang kamu kumpulkan? 10 Bagaimanapula dengan tujuh buku roti yang Kubahagikan antaraempat ribu orang? Berapa bakul lebihan makanan yangkamu kumpulkan? 11 Mengapa kamu tidak mengertibahawa Aku tidak bercakap tentang roti. Berhati-hatilahdengan ragi orang Farisi dan Saduki.’ 12 Barulah mereka

Matius 16:13 51 Matius 16:21

faham bahawa maksud Isa bukannya ragi penaik rotitetapi ajaran orang Farisi dan Saduki.

Pengakuan Petrus13 Isa pergi ke daerah berhampiran kota Kaisarea Filipi.

Dia bertanya kepada para pengikut-Nya, ‘Menurut kataorang, siapakah Putera Insan ini?’

14 Mereka menjawab, ‘Ada yang berkata Yahya Pengi-mad; ada yang berkata Ilyas; ada pula yang berkataYeremia atau nabi lain.’

15 Isa bertanya, ‘Menurut kamu, siapakah Aku ini?’16 Simon Petrus menjawab, ‘Junjungan, Engkau ialah al-Masih, Putera Allah Yang Hidup.’

17 Isa berkata, ‘Berbahagialah engkau, Simon anakYunus! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapiBapa-Ku di syurga. 18 Oleh itu ketahuilah engkau Petrus,batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan Ku-bina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkan-nya. 19 Aku akan memberikan kunci kerajaan syurgakepadamu. Apa yang kauikat di dunia akan diikat jugadi syurga. Apa yang kauuraikan di dunia akan diuraikanjuga di syurga.’ 20 Selepas itu Isa berpesan kepada parapengikut-Nya supaya jangan memberitahu sesiapa ba-hawa Dia al-Masih.

Isa memberitahu tentang kematian-Nya21 Sejak itu, Isa mula berkata terus-terang kepada para

pengikut-Nya bahawa Dia harus pergi ke Baitulmaqdisdan menanggung banyak penderitaan yang disebabkanoleh pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Tau-rat. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga akandibangkitkan semula.

Matius 16:22 52 Matius 17:4

22 Petrus menarik Isa ke tepi lalu menegur-Nya, ‘Jun-jungan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Se-mua itu tidak boleh berlaku kepada-Mu, Junjungan!’

23 Isa berpaling sambil berkata kepada Petrus, ‘Pergilahdari sini, Iblis! Engkau menyakitkan hati-Ku keranafikiranmu itu fikiran manusia, bukan fikiran Allah!’

24 Kemudian Isa berkata kepada para pengikut-Nya,‘Jika sesiapa ingin mengikut-Ku, lupakan kepentingandiri, pikul salib dan ikut Aku. 25 Sesiapa yang memper-tahankan hidupnya akan kehilangan hidup, dan sesiapayang mengorbankan hidupnya kerana-Ku akan memper-oleh hidup. 26 Apalah gunanya jika seseorang memper-olehi seluruh dunia tetapi kehilangan hidupnya? Apakahyang dapat diberinya sebagai ganti untuk hidup itu?27 Sudah hampir waktunya Putera Insan datang bersamapara malaikat-Nya dengan kemuliaan Bapa-Nya. Padamasa itu Dia akan memberi balasan kepada setiap orangmenurut perbuatannya. 28 Sesungguhnya Aku berkatakepadamu, beberapa orang di sini tidak akan menemuimaut sebelum melihat Putera Insan datang sebagai Raja.’

17Isa dimuliakan di atas gunung

1 Enam hari selepas itu, Isa membawa Petrus, Yakobusdan Yahya, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas se-buah gunung yang tinggi. 2 Apabila mereka memandangIsa, merekamendapati-Nya berubah: Wajah-Nya bersinarsepertimatahari danpakaian-Nyaputih berkilau-kilauan.3 Mereka melihat pula Ilyas dan Musa berkata-kata den-gan Isa.

4 Petrus berkata kepada Isa, ‘Junjungan, sungguh baikbagi kita berada di sini. Kalau Junjungan mahu, biar

Matius 17:5 53 Matius 17:16kudirikan tiga buah khemah suci; satu untuk Junjungan,satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Ilyas.’

5 Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yangbersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu keden-garan suara berkata, ‘Inilah Putera-Ku yang Kukasihi dandengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-Nya!’

6 Mendengar suara itu, para pengikut Isa ketakutanlalu meniarap di tanah. 7 Isa datang menyentuh merekasambil berkata, ‘Bangunlah. Jangan takut.’ 8 Apabilamereka memandang keliling, tiada siapapun kelihatankecuali Isa.

9 Mereka turun dari atas gunung itu. Isa mengelu-arkan perintah, ‘Jangan beritahu sesiapapun apa yangtelah kamu lihat, selagi Putera Insan belum dibangkitkandaripada kematian.’

10 Para pengikut Isa bertanya kepada-Nya, ‘Menga-pakah guru Taurat berkata Ilyas mesti datang dulu?’

11 Isa menjawab, ‘Memang benar Ilyas mesti datangdulu untukmenyediakan semuanya. 12Tetapi sesungguh-nya Aku berkata kepadamu, Ilyas sudahpun datang tetapiorang tidak mengenalnya. Mereka berbuat sesuka hatikepadanya. Begitulah mereka akan lakukan kepada Put-era Insan.’ 13 Ketika itu barulah para pengikut Isa fahambahawa yang dimaksudkan-Nya ialah Yahya Pengimad.

Anak lelaki yang kerasukan roh iblis disembuhkan14 Setelah Isa dan ketiga-tiga orang pengikut-Nya itu

kembali kepada orang ramai, seorang lelaki datang berlu-tut di hadapan-Nya. 15 Lelaki itu berkata, ‘Tuan, kasihani-lah anakku! Diamengidap sakit gila babi dan penyakitnyasungguh teruk. Seringkali dia terjatuh ke dalam air atauapi. 16 Aku sudahpun membawanya kepada pengikut-pengikut-Mu, tetapimereka tidak dapatmenyembuhkan-nya.’

Matius 17:17 54 Matius 17:2717 Isa menjawab, ‘Hai angkatan yang tidak percaya dan

sesat ini. Berapa lama lagikah Akumesti ada bersamamu?Berapa lama lagikah Aku mesti bersabar denganmu?Bawa anak itu ke sini!’ 18 Isamengherdik roh iblis itu. Rohiblis itu pun keluar dari anak itu lalu dia sembuh serta-merta.

19 Para pengikut Isa mendapatkan-Nya dan bertanyaketika tiada orang lain di situ, ‘Mengapakah kami tidakdapat menghalau roh iblis itu?’

20 Isa menjawab, ‘Kerana kamu tidak beriman. Seki-ranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamudapat berkata kepada bukit, “Beralihlah ke situ!” makabukit itu akan beralih. Kamu dapat melakukan apasaja. 21 Jenis ini hanya dapat dihalau dengan berdoa danberpuasa.’

22 Ketika semua pengikut Isa berhimpun di Galilea, Isaberkata kepada mereka, ‘Putera Insan akan diserahkankepada manusia. 23Mereka akan membunuh-Nya, tetapiDia akan dibangkitkan semula pada hari ketiga.’ Menden-gar kata-kata itu, para pengikut Isa berdukacita.

Membayar cukai24 Apabila Isa dan para pengikut-Nya sampai di Kaper-

naum, pemungut-pemungut cukai rumah ibadat datangkepada Petrus lalu bertanya, ‘Adakah gurumu membayarcukai rumah ibadat?’

25 Petrus menjawab, ‘Tentu sekali.’Sebaik-baik Petrus masuk ke rumah, sebelum dia dapat

berkata apa-apa, Isa bertanya, ‘Simon, bagaimana pan-danganmu, daripada siapakah raja-raja dunia ini memu-ngut cukai, daripada anak-anak mereka atau orang lain?’

26 ‘Orang lain,’ jawab Petrus.‘Kalau begitu,’ kata Isa, ‘anak-anak tidak perlu mem-

bayar. 27 Tetapi usahlah kita singgung perasaan orang.

Matius 18:1 55 Matius 18:9Pergilah memancing di laut. Ambillah ikan pertamayang kautangkap, dan bukalah mulutnya. Engkau akanmendapati sekeping duit syiling sebesar empat dirham.Ambillah duit itu dan berikan kepada mereka, untuk-Kudan untukmu.’

18Yang terbesar di dalam kerajaan syurga

1 Pada ketika itu para pengikut Isa datang bertanyakepada-Nya, ‘Siapakah yang dianggap terbesar antaraorang di dalam kerajaan syurga nanti?’

2 Isa memanggil seorang kanak-kanak, disuruh-Nyaberdiri di hadapan mereka semua. 3 Isa pun berkata:‘Ketahuilah! Kecuali kamu bersikap seperti kanak-kanak,kamu tidak akan memasuki kerajaan syurga. 4 Oleh itu,orang yang dianggap terbesar dalam kerajaan syurgaialah yang merendah diri dan bersikap seperti kanak-kanak.

5 ‘Sesiapa yang meraikan kanak-kanak begini keranaAku, ertinya dia meraikan Aku. 6 Sesiapa yang menye-babkan seorang pengikut-Ku yang kecil ini melakukandosa, lebih baiklah jika batu kisaran diikatkan ke lehernyadan dia ditenggelamkan dalam laut yang dalam.

7 ‘Malanglah dunia yang penuh dengan perkara-perkara yang menyebabkan orang berdosa! Memangdosa tetap berlaku, tetapi malanglah orang yang menye-babkannya! 8 Sekiranya tangan atau kakimu menye-babkan kamu berdosa, potong dan buanglah tangan ataukaki itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tanganatau kaki tetapi menikmati hidup kekal, daripada kamumempunyai dua tangan dan dua kaki tetapi dihumbankanke dalam api neraka. 9 Sekiranya matamu menyebabkankamu berdosa, cungkil dan buanglah mata itu. Lebih

Matius 18:10 56 Matius 18:17baik kamu kehilangan sebelah mata tetapi menikmatihidup kekal, daripada kamu memiliki dua mata tetapidilontarkan ke dalam api neraka.

Ibarat tentang domba yang hilang10 ‘Hati-hatilah, jangan hinakan seorang daripada

pengikut-Ku yang kecil ini. Ketahuilah, malaikat-malaikat mereka sentiasa berada di hadirat Bapa-Ku disyurga. 11 Putera Insan datang untuk menyelamatkanorang yang sesat.

12 ‘Bagaimanapandanganmu? Jika seseorangmempun-yai seratus ekor domba dan seekor daripadanya sesat,apa yang akan dilakukannya? Tentulah dia mening-galkan sembilan puluh sembilan ekor domba yang sedangmerumput di bukit dan pergi mencari domba yang sesatitu. 13 Sesungguhnya, apabila dia menjumpainya, dombayang seekor itu lebihmenggembirakannya daripada sem-bilan puluh sembilan ekor yang lain itu. 14 Demikianlahjuga Bapamu yang di syurga, tidak mahu seorang punpengikut-Ku yang kecil ini sesat.

Saudaramu yang berdosa terhadapmu15 ‘Jika saudaramu berdosa terhadapmu, pergilah men-

dapatkannya dan tunjukkan kesalahannya. Lakukandiam-diam, antara kamu berdua sahaja. Sekiranya diamahu mendengar katamu, ertinya kamu berjaya men-dapat kembali saudaramu. 16 Jika tidak, bawalah se-orang dua bersamamu; kerana telah tersurat, “Setiaptuduhan harus disokong dengan kesaksian dua atau tigaorang saksi.” 17 Sekiranya dia enggan menerima nasihatmereka, maklumkan hal itu kepada jemaah. Jika nasihatjemaah pun tidak diterimanya, anggaplah dia sepertiorang yang tidak mengenal Allah atau pemungut cukai.

Matius 18:18 57 Matius 18:2918 ‘Sesungguhnya, apa yang kamu ikat di dunia akan

diikat di syurga, dan apa yang kamuuraikan di dunia akandiuraikan juga di syurga.

19 ‘Ketahuilah juga, setiap kali dua orang daripadamudidunia ini bersetuju untukmemohon sesuatu daripada-Ku,permohonan itu akan dikabulkan oleh Bapa-Ku di syurga;20 kerana apabila dua atau tiga orang berhimpun kerana-Ku, Aku ada di situ bersama mereka.’

Ibarat tentang pengampunan21 Petrus datang mendapatkan Isa lalu bertanya, ‘Jun-

jungan, jika saudaraku berdosa terhadapku, berapa ka-likah harus kuampuni dia? Sehingga tujuh kali?’

22 Isa menjawab, ‘Bukan tujuh kali. Tujuh puluh kalitujuh kali.’

23 ‘Kerana kerajaan syurga seperti berikut: Seorang rajahendak menyelesaikan kira-kira dengan para hambanya.24 Salah seorang hambanya yang berhutang sebanyaklima puluh juta keping wang perak dibawamengadapnya.25 Hamba itu tidak dapat menjelaskan hutangnya. Olehitu, rajamemerintahkan supaya hamba itu dijual bersamaanak isteri dan harta bendanya untuk membayar hutangitu.

26 ‘Hamba itu menyembah dan merayu, “Bersabarlahdenganku. Aku akan menjelaskan hutang itu.” 27 Rajaitu berasa kasihan kepadanya lalu menghapuskan segalahutangnya dan membebaskannya.

28 ‘Tetapi ketika hamba itu keluar, dia menemui se-orang hamba lain yang berhutang seratus keping wangperak kepadanya. Dia menangkap dan hendak mencekikrakannya itu sambil berkata, “Bayar semua hutangmu.”

29 ‘Rakannya itu menyembah dan merayu, “Bersabar-lah denganku. Aku akan menjelaskan hutangku.”

Matius 18:30 58 Matius 19:630 ‘Tetapi hamba itu tidakmempedulikan rayuan rakan-

nya. Malah dia memerintahkan supaya rakannya dipen-jarakan sehingga menjelaskan hutangnya. 31 Hamba-hamba lain dukacita melihatnya lalu mengadukan hal itukepada raja.

32 ‘Raja punmemanggil hamba yang tidak berhati perutitu lalu berkata, “Sungguhkejamperbuatanmu! Aku telahmenghapuskan segala hutangmu kerana kamu merayusupaya aku mengampunimu. 33 Bukankah sepatutnyakamu mengasihani rakanmu sebagaimana aku mengasi-hanimu?” 34 Dengan murkanya raja menitahkan supayahamba yang tidak berperikemanusiaan itu dipenjarakandan dihukum sehingga semua hutangnya dibayar.

35 ‘Begitulah Bapa-Ku yang di syurga akan memper-lakukan setiap orang daripadamu yang tidak mengam-puni saudaranya dengan ikhlas.’

19Perceraian

1 Selepas Isa selesai berkata tentang hal-hal itu, Diaberedar dari Galilea pergi ke Yudea di seberang SungaiYordan. 2 Ramai orang mengikut-Nya dan Dia menyem-buhkan orang sakit di situ.

3 Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Isa.Mereka bertanya, ‘Adakah Taurat kita membenarkan seo-rang lelaki menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?’

4 Isa menjawab, ‘Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suciyangmenyatakan betapa padamulanyaAllahmenjadikanlelaki dan perempuan? 5 Setelah itu Allah berfirman,“Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanyadan bersatu dengan isterinya lalumereka berduamenjadisatu.” 6Makamereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yangtelah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.’

Matius 19:7 59 Matius 19:15

7Kata orang Farisi itu, ‘Kalau begitu, mengapakahMusamemberikan hukum membenarkan seseorang lelakimenceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?’

8 Isa menjawab, ‘Musa membenarkan kamumenceraikan isteri kerana kamu terlalu sukar diajar.Tetapi pada mulanya bukanlah begitu. 9 Sesungguhnyajika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecualikerana isterinya melakukan pencabulan, dan lelaki ituberkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina.’

10 Para pengikut Isa berkata, ‘Kalau begitulah hidupsuami isteri, lebih baiklah tidak berkahwin langsung.’

11 Isa menjawab, ‘Tidak semua orang dapat menerimaajaran ini, hanyamereka yang dikurniai keupayaan untukmenerimanya. 12 Ada beberapa sebabnya seseorang itutidak berkahwin. Ada yang dilahirkan begitu, ada yangdibuat orang begitu, dan ada pula yang membuat dirinyabegitu untuk mengabdikan diri kepada Allah. Biarlahajaran ini diterima oleh yang mampu menerimanya.’

Isa memberkati kanak-kanak13 Beberapa orang membawa kanak-kanak supaya

diberkati oleh Isa dengan meletakkan tangan-Nya ke atasmereka serta mendoakan mereka. Tetapi para pengikutIsa memarahi orang yang membawa kanak-kanak itu.

14 Isa berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Biarlahkanak-kanak itu datang kepada-Ku, jangan larangmereka, kerana orang seperti inilah yang masuk kedalam kerajaan syurga.’ 15 Isa meletakkan tangan-Nya keatas kanak-kanak itu danmemberkati mereka. KemudianDia beredar dari situ.

Orang muda yang kaya

Matius 19:16 60 Matius 19:2616Pada suatu hari seorangpemudadatang berjumpa Isa

lalu bertanya, ‘Tuan Guru, apakah perbuatan baik yangharus aku lakukan untuk mendapat kehidupan kekal?’

17 Isa menjawab, ‘Mengapa kamu bertanya kepada-Kuapa yang baik? Hanya ada Satu yang baik. Sekiranyakamu ingin masuk ke dalam hidup, patuhilah hukum-Nya.’

18 Pemuda itu bertanya, ‘Hukum yang mana?’Isa menjawab, ‘ “Jangan membunuh; jangan berz-

ina; jangan mencuri; jangan berikan kesaksian palsu;19 hormati ibu bapamu; kasihi sesama manusia seba-gaimana kamu mengasihi diri sendiri.” ’

20 ‘Semua hukum ini telah kupatuhi,’ kata pemuda itu.‘Adakah lagi yang harus kulakukan?’

21 Isa menjawab, ‘Jika kamu ingin menjadi sempurna,jualkanlah segala harta bendamu dan sedekahkan wangitu kepada orang miskin. Kamu akan mendapat harta disyurga. Setelah itu, ikutlah Aku.’

22Apabila mendengar jawapan Isa, pemuda itu beredardari situ dengan dukacita, kerana dia seorang yang kaya-raya.

23 Isa pun berkata kepada para pengikut-Nya, ‘Sesung-guhnya, sukar sekali bagi orang kaya memasuki kerajaansyurga. 24 Aku berkata kepadamu, lebih mudah bagiseekor unta memasuki lubang jarum daripada seorangkaya memasuki kerajaan Allah.’

25 Para pengikut Isa hairan mendengar kata-kata itulalu bertanya, ‘Kalau begitu, siapakah yang dapat disela-matkan?’

26 Sambil memandang mereka Isa menjawab, ‘Hal itumustahil bagi manusia, tetapi bagi Allah tidak ada satupun yang mustahil.’

Upah mengikut Isa

Matius 19:27 61 Matius 20:627 Petrus berkata, ‘Kami telah meninggalkan segala-

galanya dan mengikut-Mu. Apakah yang akan kamiterima?’

28 Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya Akuberkata kepadamu, ketika Putera Insan duduk di atastakhta-Nya yang mulia dalam kerajaan Allah, kamupengikut-Ku juga akan bertakhta menghakimi dua belassuku Israel. 29 Setiap orang yang telah meninggalkanrumah, atau saudara lelaki, saudara perempuan, ibubapa, anak-anak, atau ladang kerana Aku, akanmenerimaseratus kali ganda apa yang ditinggalkannya dan akanmemperoleh hidup kekal. 30 Tetapi ramai orang yangsekarang terdahulu akan menjadi terakhir, dan yangsekarang terakhir akan menjadi yang terdahulu.

20Ibarat tentang pekerja di ladang anggur

1 ‘Kerajaan syurga seperti ibarat ini. Seorang tuanpunya ladang anggur keluar pada awal pagi untuk men-gupah orang bekerja di ladangnya. 2 Dia bersetuju mem-bayar upah yang biasa dibayar untuk bekerja sehari iaitusekepingwang perak. Dia punmenyuruhmereka pergi keladang.

3 ‘Pada pukul sembilan pagi, tuan punya ladang itukeluar lagi lalu melihat beberapa orang lain berdiri-diritanpa berbuat apa-apa di pasar. 4 Dia berkata kepadamereka, “Pergilah bekerja di ladang anggurku. Aku akanmemberimu upah yang berpatutan.” ’ 5 Mereka punpergi.

‘Pada pukul dua belas tengah hari dan pada pukultiga petang, begitu jugalah yang terjadi. 6 Pada kira-kirapukul lima petang dia pergi lagi ke pasar dan melihatbeberapa orang berdiri-diri tidak berbuat apa-apa. Dia

Matius 20:7 62 Matius 20:16

menanyamereka, “Mengapa kamumembuangmasa tidakmembuat apa-apa kerja?”

7 ‘Mereka menjawab, “Tiada siapa mengupah kamibekerja.”

‘Kalau begitu, pergilah bekerja di ladang anggurku,’kata tuan punya ladang itu.

8 ‘Setelah hari petang, tuan punya ladang angguritu berkata kepada ketua pekerja, “Panggillah pekerja-pekerja itu dan bayarlah upah masing-masing, mulaidaripada pekerja yang datang terakhir hingga kepadapekerja yang datang awal sekali.”

9 ‘Mereka yang bekerja dari pukul lima petang mener-ima sekeping wang perak seorang. 10 Oleh itu merekayang bekerja sejak pagi menjangka akan menerima ba-yaran yang lebih, tetapi mereka pun mendapat sekepingwang perak seorang. 11 Mereka pun mulalah bersungutkepada tuan punya ladang itu. 12 Mereka berkata,“Pekerja-pekerja yang bermula pada pukul lima itu cumabekerja sejam sedangkan kami sehari suntuk dalam panasmatahari. Tetapi tuan membayar kami dan mereka samasaja!”

13 ‘Tuan punya ladang itu menjawab kepada seo-rang daripada mereka, “Dengarlah, kawan, aku tidakmenipumu. Bukankah kamu telah bersetuju bekerjadengan upah sekeping wang perak sehari? 14 Ambillahupahmu dan pulanglah. Aku memang hendak mem-beri pekerja yang datang terakhir itu upah yang sama.15 Bukankah hakku berbuat sesuka hati dengan wangkusendiri? Mengapakah kamu busuk hati kerana akubermurah hati?” ’

16 Isa berkata lagi, ‘Begitulah, orang yang terakhirakan menjadi yang terdahulu, dan orang terdahulu akanmenjadi yang terakhir.’

Matius 20:17 63 Matius 20:25Isa memberitahu tentang kematian-Nya

17Ketika Isa sedang dalam perjalanan ke Baitulmaqdis,Dia mengajak kedua belas orang pengikut-Nya ke tepidan berkata hanya kepada mereka: 18 ‘Dengarlah, kitasekarang ke Baitulmaqdis. Di sana Putera Insan akandikhianati dan diserahkan kepada ketua imam dan guruTaurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman matikepada-Nya. 19 Kemudian mereka akan menyerahkan-Nya kepada bangsa yang tidak mengenal Allah. Dia akandiejek, disebat dan disalib oleh mereka. Tetapi pada hariketiga Dia akan dibangkitkan semula.’

Permintaan seorang ibu20 Setelah itu, isteri Zebedeus datang mendapatkan

Isa dengan kedua-dua orang anaknya. Dia bersujud dihadapan Isa dan memohon sesuatu.

21 ‘Apakah permintaanmu?’ tanya Isa.Ibu itu menjawab, ‘Junjungan berjanjilah bahawa apa-

bila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku ituakan duduk di kiri kanan-Mu.’

22 Isa berkata kepada kedua-dua orang anak lelaki ibuitu, ‘Kamu tidak tahu apa yang kamu minta itu. Sang-gupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akanKuminum?’

‘Sanggup,’ jawab mereka.23 Isa berkata kepada mereka, ‘Memang kamu akan

minum dari cawan-Ku dan diimadkan secara Aku diimad-kan. Tetapi Aku tidak berhak menentukan siapa yangakan duduk di kiri kanan-Ku kerana tempat itu milikmereka yang telah ditentukan oleh Bapa-Ku.’

24 Apabila sepuluh pengikut Isa yang lain menden-gar perkara itu, mereka marah kepada dua saudara itu.25Oleh yang demikian, Isa memanggil mereka semua laluberkata, ‘Kamu tahu bahawa di kalangan bangsa yang

Matius 20:26 64 Matius 21:2tidak mengenal Allah, orang yang berkuasa menindasrakyat, dan pegawai besar mereka mempunyai kuasaterhadap mereka. 26 Tetapi di kalanganmu bukan begitu.Sebaliknya, jika seorang daripadamu inginmenjadi orangbesar, dia mestilah melayan yang lain. 27 Sekiranyaseorang daripadamu hendak menjadi orang yang per-tama, dia haruslah menjadi hamba kepada orang lain.28Demikianlah Putera Insan: Dia datang bukan untuk di-layan, tetapi untuk melayan, serta menyerahkan nyawa-Nya untuk menjadi tebusan bagi umat manusia.’

Isa menyembuhkan dua orang buta29 Isa meninggalkan Yerikho bersama para pengikut-

Nya. Ramai orang mengikut mereka. 30 Dua orang butayangdudukdi tepi jalanmendengar bahawa Isa lalu di situlalu berseru, ‘Wahai Junjungan, Anak Daud, kasihanilahkami!’

31 Orang ramai memarahi mereka dan menyuruhmereka diam. Tetapi mereka berseru lebih lantang lagi,‘Wahai Junjungan, Anak Daud, kasihanilah kami!’

32 Isa berhenti lalu memanggil mereka dan bertanya,‘Apakah yang kamu mahu Kulakukan untukmu?’

33Mereka menjawab, ‘Junjungan, kami ingin melihat!’34 Isa mengasihani mereka. Dia menyentuh mereka,

dan dengan serta-merta mereka dapat melihat, lalumereka pun mengikut-Nya.

21Ketibaan Isa di Baitulmaqdis

1 Ketika hampir mendekati Baitulmaqdis, Isa dan parapengikut-Nya sampai di Baitfagi, sebuah pekan di BukitZaitun. Kemudian Isa menyuruh dua orang pengikut-Nya pergi ke situ terlebih dahulu. 2Dia berkata, ‘Pergilah

Matius 21:3 65 Matius 21:10

ke pekan yang di hadapan itu. Apabila kamu mema-sukinya, kamu akan melihat seekor keldai tertambat,serta anaknya. Lepaskan keldai itu dan bawa kedua-duanya kepada-Ku. 3 Sekiranya ada orang berkata apa-apa, katakan kepadanya, “Junjungan memerlukannya.”Dia akan terusmembenarkan kedua-dua keldai itu dibawapergi.’

4Dengan demikian berlakulah apa yang dikatakan olehnabi:5 ‘Katakanlah kepada puteri Sion,

“Rajamu datang kepadamudengan rendah hati, menunggangseekor keldai,seekor anak keldai yang muda.” ’

6 Kedua-dua orang pengikut Isa itu pun pergi men-jalankan segala yang disuruh-Nya. 7 Mereka membawakedua-dua ekor keldai itu. Setelah mengalas belakangkeldai itu dengan jubah mereka, mereka mendudukkanIsa ke atasnya. 8 Ramai orang membentangkan jubah diatas jalan manakala yang lain memotong ranting-rantingpokok dan menyelerakkannya di jalan. 9 Orang ramaiyang berjalan di hadapan dan di belakang Isa berseru-seru,‘Hosana bagi Anak Daud!’‘Diberkatilah Dia yang datang dengannama Tuhan!’‘Hosana di tempat yang maha tinggi!’10Apabila Diamasuk ke Baitulmaqdis, seisi kota itu kagumlalu bertanya, ‘Siapakah ini?’

Matius 21:11 66 Matius 21:2011Orang ramai itu berkata, ‘Inilah Isa, nabi dari Nasaret

di Galilea.’12 Setelah itu Isa masuk ke rumah ibadat dan mengusir

semua orang yang berjual-beli di situ. Dia menterba-likkan meja pengurup wang dan tempat duduk orangyang menjual merpati. 13 Dia berkata kepada mereka,‘Telah tersurat, “Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa,tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri.” ’

14 Selepas itu orang yang buta dan yang tempangdatang mendapatkan Isa di rumah ibadat, lalu Diamenyembuhkan mereka. 15 Tetapi apabila ketua imamdan guru Taurat melihat segala mukjizat yang dilakukan-Nya, dan kanak-kanak berseru di dalam rumah ibadat,‘Hosana bagi Anak Daud!’ mereka berasa marah.

16 Mereka berkata kepada Isa, ‘Kamu dengarkah apayang mereka katakan?’

Isa menjawab, ‘Ya, belum pernahkah kamu baca,“Dari mulut kanak-kanak dan bayi yang sedangmenyusu,

Engkau telah menyediakan puji-pujian.” ’17 Kemudian Dia meninggalkan mereka dan keluar darikota itu lalu pergi ke Baitani. Dia menginap di situ.

Pokok ara yang tidak berbuah18 Pada pagi esoknya, ketika Dia pergi semula ke kota

Baitulmaqdis, Dia berasa lapar. 19 Dia melihat sebatangpokok ara di tepi jalan. Apabila Dia mendekatinyadan mendapati pokok itu hanya berdaun tidak berbuah,Dia berkata kepadanya, ‘Janganlah berbuah lagi selama-lamanya.’ Serta-merta pokok itu layu dan mati.

20 Apabila dilihat oleh para pengikut-Nya, merekahairan dan bertanya, ‘Bagaimana pokok ara itu boleh layudan mati serta-merta?’

Matius 21:21 67 Matius 21:2921 Isa menjawab, ‘Sesungguhnya, aku berkata

kepadamu, jika kamu beriman tanpa ragu, kamu dapatmelakukan begitu juga kepada pokok ara itu, malahkamu boleh berkata kepada gunung ini, “Beralihlah danterhumbanlah ke dalam laut,” lalu hal itu akan terjadi.22 Apa sahaja yang kamu minta dalam doa dengan iman,akan kamu terima.’

Kuasa Isa dicabar23Apabila Isa masuk ke rumah ibadat, ketua imam dan

tua-tua datang kepada-Nya ketika Dia sedang mengajar,‘Dengan kuasa apakah kamu melakukan semua ini? Dansiapakah yang memberimu kuasa itu?’

24 Isa menjawab, ‘Aku juga akan bertanya sesuatukepadamu. Jika kamu memberitahu-Ku, Aku akan meny-atakan kepadamu dengan kuasa apa Aku melakukansegala ini: 25 Pengimadan Yahya dari manakah asalnya?Daripada Allah atau daripada manusia?’

Mereka pun berbincang sama sendiri, ‘Kalau kita kata,“Daripada Allah,” dia akan berkata, “Kalau begitu, men-gapa kamu tidak mempercayainya?” 26 Tetapi kalaukita kata, “Daripada manusia,” takut orang ramai marah,kerana mereka menganggap Yahya seorang nabi.’

27Oleh itu mereka menjawab, ‘Kami tidak tahu.’Isa berkata kepada mereka, ‘Aku pun tidak akan mem-

beritahumu dengan kuasa apa Aku lakukan semua ini.Ibarat tentang dua orang anak

28 ‘Tetapi bagaimana pandanganmu? Seorang ada duaorang anak lelaki. Dia mendapatkan yang sulung danberkata, “Anakku, pergilah bekerja hari ini di ladanganggurku.”

29 ‘Anak itu menjawab, “Aku tidak mahu,” tetapi kemu-dian dia menyesal lalu pergi bekerja di ladang bapanya.

Matius 21:30 68 Matius 21:37

30 ‘Ayah itu pergi pula mendapatkan anaknya yangkedua dengan kata-kata yang sama. Anak itu menjawab,“Baiklah, aku pergi, ayah,” tetapi dia tidak pergi.

31 ‘Antara dua itu, yang mana melakukan kehendakbapanya?’

Mereka menjawab, ‘Yang sulung.’Isa berkata kepada mereka, ‘Sesungguhnya, aku

berkata kepadamu, pemungut cukai dan pelacur akanmemasuki kerajaan Allah terlebih dahulu daripadamu.32 Yahya datang kepadamu untuk menunjukkan jalanyang benar tetapi kamu tidak percaya kepadanya;manakala pemungut cukai dan pelacur percayakepadanya. Setelah kamu melihat hal ini pun, hatimutidak menjadi lembut dan percaya kepadanya.

Ibarat tentang penyewa ladang33 ‘Dengarlah satu ibarat lagi: Seorang tuan punya

tanah memiliki ladang anggur. Dia memagar ladangitu, menggali lubang tempat memeras anggur, danmendirikan menara tempat berkawal. Kemudian diamenyewakan ladang anggur itu kepada beberapa orang,lalu pergi ke luar negeri. 34 Apabila sampai masanyauntuk mengumpulkan buah anggur, tuan punya ladangitu menghantar hamba-hambanya kepada penyewa-penyewa tersebut meminta bahagiannya daripada hasilladang itu.

35 ‘Tetapi para penyewa menangkap hamba-hamba itu.Ada yang dipukul, ada yang dibunuh, dan ada yangdirejam. 36 Tuan punya ladang itu menghantar hamba-hamba yang lain pula, lebih banyak lagi bilangannya.Tetapi hamba-hamba itu pun diperlakukan begitu juga.37Akhirnya tuan punya ladang itumenghantar puteranya

Matius 21:38 69 Matius 21:46

sambil berfikir, “Tentu mereka akan menghormati puter-aku.”

38 ‘Tetapi apabila mereka melihat putera tuan punyaladang itu, mereka berkata sama sendiri, “Marilah kitabunuh waris tuan punya ladang ini, supaya dapat kitarampas harta pusakanya.” 39Mereka punmenangkapnya,menghumbankannya ke luar ladang danmembunuhnya.’

40 Selepas itu Isa bertanya, ‘Apabila tuan punya ladangitu pulang, apakah yang akan dilakukannya kepadapenyewa-penyewa itu?’

41 Mereka menjawab, ‘Tentu dia akan membunuhsemua orang yang jahat itu dan menyewakan ladanganggurnya kepada orang lain yang sanggup memberikanbahagiannya daripada hasil ladang itu pada musimmemetik anggur.’

42 Isa berkata kepadamereka, ‘Tidakkah kamu baca apayang tersurat di dalam Kitab Suci:‘ “Batu yang dibuang oleh pembina

telah menjadi batu penjuru.Demikianlah perbuatan Tuhan;

Sungguh hebat di mata kami!”?43 ‘Sesungguhnya, hak untuk memasuki kerajaan Al-lah akan diambil daripadamu dan diberikan kepadabangsa yang memberikan hasil yang dikehendaki Allah.44 Sesiapa yang jatuh ke atas batu itu akan hancur; dansesiapa yang ditimpa batu itu akan digilis menjadi debu.’

45 Apabila ketua imam dan orang Farisi mendengaribarat-ibarat Isa, fahamlah mereka bahawa Dia bercakaptentang mereka. 46Oleh itu mereka cuba menangkap Isa.Tetapi mereka takut akan orang ramai yang menganggapIsa sebagai seorang nabi.

Matius 22:1 70 Matius 22:1222

Ibarat tentang majlis perkahwinan1 Isa bercakap lagi kepada orang ramai melalui ibarat.

2 Dia berkata, ‘Kerajaan syurga seperti ibarat ini. Seo-rang raja mengadakan majlis perkahwinan untuk anaklelakinya. 3 Raja menitahkan hamba-hambanya menjem-put orang ke majlis jamuan itu tetapi mereka engganhadir.

4 ‘Kemudian raja itu menghantar lagi hamba-hambanya yang lain. Titah raja itu, “Katakan kepadamereka, lembu yang terbaik telah disembelih, semuanyasudah siap, datanglah ke majlis perkahwinan.”

5 ‘Tetapi orang yang diundang tidak ambil peduli,masing-masing sibuk dengan kerjanya. Ada yang keladang, ada yang ke kedai. 6 Manakala yang lainmenangkap hamba-hamba itu lalu mendera dan mem-bunuh mereka. 7 Raja pun teramat murka lalu meni-tahkan tenteranya menghapuskan semua pembunuh itudan membakar kota mereka.

8 ‘Setelah itu raja memanggil hamba-hambanya danberkata, “Majlis perkahwinan sudah siap tetapi orangyang diundang tidak layak menghadirinya. 9 Sekarangpergilah ke jalan raya dan jemput seramai mungkinorang yang kamu temui ke majlis perkahwinan ini.”10 Hamba-hamba raja itu pun pergi ke jalan raya lalumengumpulkan semua orang yang ditemui, tidak kirabaik atau pun jahat, maka penuh sesaklah balai majlisjamuan itu dengan tetamu.

11 ‘Raja itu masuk melihat para tetamunya. Dilihat-nya seorang yang tidak memakai pakaian untuk majlisperkahwinan. 12Raja berkata kepadanya, “Bagaimana en-gkau dapat masuk ke sini dengan tidak memakai pakaianuntuk majlis perkahwinan?” Orang itu terdiam.

Matius 22:13 71 Matius 22:2413 ‘Raja itu pun berkata kepada hamba-hambanya, “Ikat

kaki dan tangan orang ini, buangkan dia ke kegelapan diluar. Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.”

14 ‘Ramai yang dipanggil, tetapi cuma sedikit yangdipilih.’

Membayar cukai kepada Kaisar15Beberapa orang Farisi pergi dan berpakat bagaimana

hendak memerangkap Isa dengan menyoal kata-katayang digunakan-Nya. 16 Mereka menghantar parapengikut mereka dan sebilangan orang Herodes menda-patkan Isa dan berkata, ‘Tuan Guru, kami tahu Engkauikhlas, dan terus-terang mengajarkan kehendak Allahberdasarkan yang benar kepada manusia. Engkau tidaktakut kepada sesiapapun kerana Engkau tidak pilih kasih.17 Jadi, katakanlah pendapat-Mu kepada kami. Haruskahkita membayar cukai kepada Kaisar atau tidak?’

18 Isa mengetahui niat jahat mereka lalu berkata,‘Hai munafik! Mengapa kamu cuba memerangkap-Ku?19Tunjukkanmatawang yang kamugunakan untukmem-bayar cukai.’ Mereka memberikan mata wang itu kepadaIsa. 20 Isa bertanya kepada mereka, ‘Gambar dan namasiapakah ini?’

21 ‘Kaisar,’ jawab mereka.Lalu Isa berkata kepada mereka, ‘Kalau begitu, berikan

milik Kaisar kepada Kaisar, dan berikan milik Allahkepada Allah.’

22 Mereka tercengang mendengar kata-kata Isa, lalupergi dari situ.

Perkahwinan dan kebangkitan23 Pada hari itu juga, beberapa orang Saduki datang

mendapatkan Isa. Menurut kepercayaan golongan ini,orangmati tidak akan bangkit semula. 24Mereka berkata,

Matius 22:25 72 Matius 22:39

‘Tuan Guru, ajaran Musa begini: Jika seseorang lelakimeninggal dunia tanpa anak, maka saudara lelakinyaharus berkahwin dengan balunya untuk mendapatkanzuriat. 25 Dahulu ada tujuh orang adik-beradik tinggal disini. Yang sulung berkahwin, kemudian meninggal duniatanpa anak. Jadi, saudara yang kedua pun berkahwindengan balunya. 26 Saudara yang kedua itu pula mening-gal dunia tanpa anak. Demikianlah terjadi seorang demiseorang hingga saudara yang ketujuh. 27Akhirnya wanitaitu meninggal dunia. 28 Pada hari kebangkitkan orangmati, isteri siapakah wanita itu? Ketujuh-tujuh saudaraitu telah berkahwin dengannya.’

29 Isa menjawab, ‘Tanggapanmu salah sama sekali.Kamu tidak memahami Kitab Suci dan kuasa Allah.30 Apabila orang mati dibangkitkan semula, mereka akanmenjadi seperti malaikat di syurga. Mereka tidak berkah-win. 31 Tentang soal orang mati dibangkitkan semula,tidakkah kamu baca firman Allah: 32 “Akulah Tuhan yangdisembah oleh Ibrahim, Ishak dan Yakub.” Oleh itu, DiaAllah Tuhan orang hidup, bukan Allah Tuhan orangmati.’

33Orang ramai kagum mendengar ajaran Isa.Perintah yang terutama

34 Apabila orang Farisi mendengar betapa Isa menye-babkan orang Saduki terdiam, mereka pun datangberkumpul. 35 Seorang guru Taurat antara mereka cubamemerangkap Isa dengan suatu soalan: 36 ‘Tuan Guru,perintah manakah yang terutama dalam Taurat?’

37 Isa menjawab, ‘ “Kasihilah Allah, Tuhanmu dengansepenuh hati, dengan sepenuh jiwa dan dengan sepenuhfikiranmu.” 38 Inilah perintah yang terutama dan ter-penting. 39 Perintah kedua sama pentingnya: “Kasihilahsesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu

Matius 22:40 73 Matius 23:6sendiri.” 40 Seluruh Taurat Musa dan ajaran nabi-nabiberasaskan dua perintah ini.’

41 Isa bertanya kepada orang Farisi yang berkumpul itu:42 ‘Apa pendapatmu tentang al-Masih? Anak siapakahDia?’

‘Anak Daud,’ jawab mereka.43 ‘Kalau begitu,mengapakahDaud, ketika diilhami Roh

Suci, menyebut-Nya “Junjungan”? Daud berkata,44 “Tuhan telah berfirman kepada Junjunganku:

‘Duduklah di kanan-Ku,sehingga Kujadikan musuh-Mu

alas kaki-Mu.’ ”45 ‘Jika Daud menyebut Dia yang diutus oleh Allah itu

“Junjungan,” bagaimana mungkin Dia itu anak Daud?’46 Tidak seorang pun terjawab soalan Isa. Sejak hari itu,tiada siapa berani menanya Isa apa-apa.

23Isa mengecam orang Farisi

1 Isa berkata kepada orang ramai dan para pengikut-Nya: 2 ‘Guru Taurat dan orang Farisi menduduki kerusiMusa. 3 Oleh itu, patuhilah dan turutilah perintah yangdiajarkan oleh mereka. Tetapi jangan contohi perbu-atan mereka, kerana tidak selaras dengan ajaran mereka.4Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikulke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahumenolong orang memikul beban itu.

5 ‘Mereka melakukan sesuatu hanya untuk dilihatorang. Lihatlah betapa besarnya bekas ayat Kitab Suciyangdiikatkanpada dahi dan lenganmereka, serta betapapanjangnya rumbai jubah mereka. 6Mereka suka dudukdi tempat terbaik di majlis jamuan dan kerusi khas di

Matius 23:7 74 Matius 23:18saumaah. 7 Mereka suka dihormati orang di pasar, dansuka dipanggil “Tuan Guru.”

8 ‘Janganlah suruh orang memanggilmu “Tuan Guru,”kerana kamu semua bersaudara dan Gurumu hanya satu.9 Janganlah panggil sesiapapun di dunia ini “Bapa,” ker-ana kamu hanya mempunyai satu Bapa yang di syurga.10 Janganlah suruh orang memanggilmu “Pemimpin,”kerana pemimpinmu hanya satu, iaitu al-Masih. 11Orangyang terbesar antaramu haruslah menjadi pelayanmu.12 Orang yang meninggikan diri akan direndahkan, danorang yang merendahkan diri akan ditinggikan.

13 ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi!Kamu munafik! Kamu menghalang orang memasuki ker-ajaan syurga. Kamu bukan sahaja enggan memasuki ker-ajaan syurga; kamu halang pula orang lain yang berusahauntuk memasukinya. 14 Malanglah kamu, guru Tauratdan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu menipu baludan merampas rumahnya, kemudian pura-pura berdoapanjang. Oleh itu, kamu akan menerima hukuman yanglebih berat.

15 ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi!Kamumunafik! Kamumerentas lautan dandaratanuntukmenarik seseorang menganut agamamu. Namun, setelahberjaya, kamu menjadikannya isi neraka yang dua kalilebih buruk daripadamu.

16 ‘Malanglah kamu, pemimpin yang buta! Kamumengajar orang demikian, “Jika seorang bersumpah demirumah ibadat, dia tidak terikat pada sumpahnya. Tetapijika dia bersumpah demi emas di dalam rumah ibadat,dia terikat pada sumpahnya.” 17 Hai orang bodoh danbuta! Yang mana lebih penting, emas atau rumah ibadatAllah yang menjadikan emas itu suci? 18 Kamu jugamengajar orang begini, “Jika seseorang bersumpah demi

Matius 23:19 75 Matius 23:28mazbah, dia tidak terikat pada sumpahnya; tetapi jika diabersumpahdemi persembahandi atasmazbah, dia terikatpada sumpahnya.” 19 Hai orang yang buta hati! Yangmanakah lebih penting, persembahan atau mazbah yangmenjadikan persembahan itu suci? 20 Ketahuilah apa-bila seseorang bersumpah demi mazbah, dia bersumpahdemi mazbah dan demi segala persembahan di atasnya.21 Apabila seseorang bersumpah demi rumah ibadat, diabersumpah demi rumah ibadat itu dan demi Dia yangtinggal di situ. 22 Apabila seseorang bersumpah demisyurga, dia bersumpah demi takhta Allah dan demi Diayang duduk di atas takhta itu.

23 ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi!Kamu munafik! Kamu memberikan sepersepuluh dari-pada pelbagai jenis rempah seperti selasih, adas manisdan jintan kepada Allah. Tetapi kamu tidak mematuhiajaran Taurat yang benar-benar penting seperti keadilan,belas kasihan dan kesetiaan. Kamu harus mengerjakansemua ini tanpa melalaikan ajaran yang lain. 24 Haipemimpin yang buta! Agas kamu tapis, tetapi unta kamutelan.

25 ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi!Kamu munafik! Kamu membersihkan bahagian luarcawan dan pinggan, sedangkan bahagian dalamnyapenuh dengan hasil kekerasan dan kerakusanmu. 26 Haiorang Farisi yang buta hati! Bersihkan bahagian dalamcawan itu, bahagian luarnya akan bersih juga.

27 ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi!Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih:cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulangdan mayat yang busuk. 28 Begitulah kamu! Pada lahirnyakamu orang yang benar, tetapi sebenarnya kamu durjanadan munafik.

Matius 23:29 76 Matius 23:39

29 ‘Malanglah kamu, guru Taurat dan orang Farisi!Kamu munafik! Kamu membina makam yang indahuntuk nabi-nabi dan menghiasi kubur orang yang benar.30Kamuberkata, “Kalaulah kami hiduppada zamannenekmoyang kami dulu, tentu kami tidak akan mengikutperbuatanmereka yangmenumpahkan darah para nabi.”31 Jadi, kamu sendirimemberikan kesaksian bahawa kamuketurunan pembunuh nabi! 32 Kalau begitu, teruskandan sempurnakanlah apa yang dimulakan oleh nenekmoyangmu!

33 ‘Hai kamu seperti ular, bahkan kamu seperti ularberbisa! Bagaimana kamu dapat melepaskan diri dari-pada azab neraka? 34 Sesungguhnya Aku akan mengutusnabi, orang bijaksana dan guru kepadamu. Kamu akanmembunuh dan menyalib mereka. Yang lain pula kamusebat di dalam saumaah, dan buru dari kota ke kota.35 Dengan demikian darah semua orang benar yang ter-tumpah di bumi akan ditanggungkan kepadamu: mulaidaripada darah Habil yang tidak bersalah itu hinggakepada darah Zekaria anak Berekia, yang kamu bunuh diantara rumah ibadat dan mazbah. 36 Sesungguhnya, Akuberkata kepadamu, semuanya itu akan ditanggungkankepada keturunan zaman ini.

37 ‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuhnabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali akuingin mendakap semua pendudukmu seperti ibu ayammenaungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamutidak mahu. 38 Rumahmu akan ditinggalkan dan ter-biar. 39 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, mulaisekarang engkau tidak akan melihat-Ku lagi sehinggaengkau berkata, “Diberkatilah Dia yang datang dengannama Tuhan.” ’

Matius 24:1 77 Matius 24:1324

Tanda-tanda akhir zaman1 Apabila Isa melangkah keluar dari rumah ibadat,

para pengikut-Nya datang mendapatkannya lalu menun-jukkan bangunan-bangunan rumah ibadat itu. 2 Isaberkata kepada mereka, ‘Lihatlah semuanya ini! Sesung-guhnya, Aku berkata kepadamu, satu batu pun tidak akantinggal di tempatnya; semuanya akan dirobohkan.’

3 Ketika Isa duduk di atas Bukit Zaitun, para pengikut-Nya datangmendapatkan-Nya. Padamasa itu tiada oranglain di situ. Mereka bertanya, ‘Junjungan, beritahulahkami bila semuanya akan terjadi? Apakah tanda-tandakedatangan-Mu dan akhir zaman?’

4 Isa menjawab, ‘Waspadalah, jangan terpedaya.5Ramai orang akan datang dengan nama-Ku dan berkata,“Akulah al-Masih!” Mereka akan menipu orang ramai.6 Kamu akan mendengar tentang peperangan dan desas-desus peperangan, tetapi jangan gentar. Itu semua mestiterjadi, tetapi bukanlah bererti akhir zaman sudah tiba.7Bangsa akan bertarung dengan bangsa, kerajaan dengankerajaan. Kebuluran dan gempa bumi akan berlaku dimerata-rata. 8 Segala ini cuma permulaan, ibarat sakitsebelum bersalin.

9 ‘Setelah itu kamu akan ditangkap dan diserahkanuntuk diseksa dan dibunuh. Semua orang akan mem-bencimu kerana kamu pengikut-Ku. 10 Pada masa ituramai pengikut-Ku yang tidak lagi beriman kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan membenci.11 Ramai nabi palsu akan tampil memperdaya orangramai. 12 Kejahatan semakin merebak sehingga kasihsayang hampir luput dari hati manusia. 13 Namun,sesiapa yang bertahan ke saat akhir akan diselamatkan.

Matius 24:14 78 Matius 24:2714 Injil tentang kerajaan Allah akan disebarkan ke selu-ruh pelosok bumi sebagai suatu kesaksian kepada semuabangsa. Selepas itu barulah tiba akhir zaman.

Seksaan yang besar15 ‘Oleh itu, apabila kamu melihat “Kekejian yang

membawa kebinasaan” yang disebut oleh Nabi Daniel ditempat suci (biarlah para pembaca memperhatikanya),16 ketika itu orang yang di Yudea mesti lari ke pergunun-gan. 17 Orang yang di atas bumbung ketika itu usahlahmasuk ke rumah mengambil apa-apa. 18 Orang yang diladang janganlah pulang mengambil jubah. 19 Sungguhdahsyat bagi ibu yang mengandung dan menyusui anak.20 Berdoalah semoga kamu tidak terpaksa melarikan diripada musim dingin atau hari Sabat. 21 Ketika itu akanberlaku kesengsaraan yang belum pernah berlaku sejakdunia dicipta sampai sekarang, dan yang tidak akan per-nah berlaku lagi. 22 Kalaulah Allah tidak menyingkatkanmasa itu, tiada seorang pun akan selamat. Namun,untuk umat pilihan-Nya, Allah menyingkatkan masa itu.23 Pada masa itu, jika orang berkata kepadamu, “Lihat,al-Masih ada di sini!” atau “Dia ada di situ!” janganlahpercaya. 24 Kerana beberapa al-masih palsu dan nabipalsu akan datang dengan pelbagai mukjizat serta kea-jaiban untuk menipu orang. Sebilangan umat pilihanAllah pun mungkin turut terpedaya. 25 Dengarlah! Akumemberitahumu semua ini sebelum terjadi.

26 ‘Jika orang berkata kepadamu, “Lihat! Dia ada digurun!” janganlah kamu ke sana. Dan jika merekaberkata, “Dia ada di dalam bilik!” usahlah kamu percaya.27 Sesungguhnya, Putera Insan akan datang seperti kilatyang memancar di seluruh langit, dari timur hingga ke

Matius 24:28 79 Matius 24:39barat. 28 Di mana ada mayat, di situlah berkerumunnyaburung pemakan bangkai.

Kedatangan yang mulia29 ‘Tidak lama selepas kesengsaraan masa itu,

“matahari akan gelapdan bulan tidak bersinar lagi;

Bintang-bintang akan bergugurandari langit, dan kuasa-kuasaangkasa akan digoncang.”

30 ‘Tanda Putera Insan akan kelihatan di langit. Se-mua suku bangsa di bumi akan menangis melihat PuteraInsan di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yangagung. 31 Sangkakala akan dibunyikan dengan kuatnya,dan Putera Insan akan menghantar malaikat-malaikat-Nya ke seluruh pelosok bumi untuk menghimpunkanumat pilihan Allah.

32 ‘Ambillah iktibar daripada pokok ara. Apabila dahan-nya hijau, lembut dan mula bertunas, kamu tahu musimpanas hampir tiba. 33 Demikianlah apabila kamu melihatperkara-perkara ini, tahulah kamu bahawa waktunya su-dah dekat, sudah di ambang pintu. 34 Sesungguhnya, Akuberkata kepadamu, segala ini akan terjadi sebelum orangyang hidup hari ini mati semuanya. 35 Langit dan bumiakan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya.

Nasihat supaya berjaga-jaga36 ‘Namun demikian, tiada siapa yang mengetahui hari

atau waktunya, baik para malaikat di syurga mahupunPutera. Hanya Bapa yang tahu. 37 Apabila Putera Insandatang, samalah nanti seperti zaman Nuh. 38 Sebelumbanjir melanda, orang makan minum dan berkahwin,hinggalah waktu Nuh masuk ke bahtera. 39 Mereka

Matius 24:40 80 Matius 24:51tidak sedar apa yang berlakuhingga banjirmemusnahkanmereka. Demikianlah kelak apabila Putera Insan datang.40Pada masa itu, antara dua orang yang sedang bekerja diladang, seorang dibawa pergi dan seorang ditinggalkan.41Antara dua orang wanita yang sedang menggiling gan-dum, seorang akan dibawa manakala yang seorang lagiditinggalkan.

42 ‘Berjaga-jagalah, kerana kamu tidak mengetahuiwaktunya Junjunganmu akan datang. 43 Ingatlah: Seki-ranya tuan rumahmengetahui bilamasanya pencuri akandatang, dia tidak akan tidur. Dia tidak akan membiarkanpencuri masuk ke rumahnya. 44 Kamu juga hendaklahsentiasa bersedia. Putera Insan akan datang pada saatyang tidak kamu sangka.

45 ‘Siapakah hamba yang setia dan bijaksana? Di-alah yang diamanahkan oleh tuannya menjadi pengurusrumahnya dan memberi makan kepada hamba yang lainpada waktu tertentu. 46 Bahagialah hamba itu jika diadidapatimenjalankan tugas padawaktu tuannya kembali.47 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, tuan itu akanmengamanahkan segala harta bendanya kepada hambaitu. 48 Tetapi jika hamba itu durjana, dia akan berkatadalam hatinya, “Masih lama lagi masanya tuanku akanpulang.” 49 Dia pun memukul hamba-hamba yang lain,dan makan minum dengan kaki botol. 50 Tuan hamba ituakan kembali pada hari yang tidak disangkanya, dan padawaktu yang tidak diketahuinya. 51 Dia akan membunuhhamba itu dan membuangnya ke tempat orang munafik.Di sanalah akan terdapat ratapan dan kertakan gigi.

25Ibarat sepuluh anak dara

Matius 25:1 81 Matius 25:141 ‘Kerajaan syurga ibarat sepuluh orang anak dara yang

membawa lampu dan berjalan keluar untuk menyambutpengantin lelaki. 2 Lima orang daripada mereka itu bijakmanakala yang lima lagi kurang berakal. 3 Yang kurangberakal membawa lampu sahaja tanpa bekalan minyak.4 Yang bijak membawa bekalan minyak bersama lampu.5 Apabila pengantin lelaki lewat tiba, mereka semuanyamengantuk lalu tertidur.

6 ‘Pada waktu tengah malam terdengar seruan, “Pen-gantin lelaki sudah dekat; pergilah menyambutnya!”

7 ‘Kesemua anak dara itu pun membetul-betulkanlampu mereka. 8 Yang kurang berakal berkata kepadayang bijak, “Berilah kami minyakmu itu sedikit, keranalampu kami hampir padam.”

9 ‘Tetapi yang bijak menjawab, “Kami tidak dapatmemberimu, nanti tidak cukup minyak ini; pergilah beliminyak daripada penjual.”

10 ‘Sementara yang kurang berakal pergi membeliminyak, pengantin lelaki pun sampai. Semua merekayang sudah sedia terus mengiringinya ke majlis perkah-winan, maka pintu pun ditutup.

11 ‘Kemudian barulah anak dara yang berlima lagi itutiba lalu berseru, “Tuan, tuan, bukalahpintuuntuk kami!”

12 ‘Tetapi pengantin lelaki berkata, “Sesungguhnya akutidak mengenalmu.”

13 ‘Oleh itu berjaga-jagalah, kerana kamu tidak tahuhari dan waktunya Putera Insan datang.

Ibarat tentang wang emas14 ‘Kerajaan syurga boleh juga diibaratkan demikian:

Seorang lelaki hendak pergi ke tanah asing yang jauh,

Matius 25:15 82 Matius 25:24lalu memanggil hamba-hambanya untuk berpesan men-jaga hartanya. 15 Kepada yang seorang dia mem-beri lima keping wang emas, kepada seorang lagi duakeping, kepada yang seorang lagi sekeping, masing-masing menurut kebolehannya. Setelah itu dia punbertolak. 16Hamba yang menerima lima keping emas itumemperniagakannya, lalu mendapat untung lima kepingemas lagi. 17 Demikian juga yang menerima dua kepingemas, dia mendapat laba dua keping lagi. 18 Tetapi yangmenerima sekeping itu menggali lubang dan menyem-bunyikan wang tuannya di situ.

19 ‘Selepas beberapa lama, tuan kepada hamba-hambaitu pulang lalu menyelesaikan kira-kira dengan mereka.20Hamba yang menerima lima keping wang emas dahulumembawakan lima keping lagi sambil berkata, “Tuan,tuan telah memberiku lima keping wang emas. Lihatlah,aku telah mendapatkan lima keping lagi dengannya.”

21 ‘Tuannya berkata kepadanya, “Syabas, wahai hambayang baik dan setia. Kamu setia mengurus yang sedikit,maka aku akan memberimu kuasa mengendalikan yangbanyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.”

22 ‘Yang telah menerima dua keping wang emas puladatang lalu berkata, “Tuan, tuan telah memberiku duakeping wang emas. Lihatlah, aku telah mendapatkan duakeping lagi dengannya.”

23 ‘Tuannya berkata kepadanya, “Syabas, wahai hambayang baik dan setia. Kamu setia mengurus yangsedikit. Aku akanmemberimukuasamengendalikan yangbanyak. Nikmatilah kebahagiaan kurnia tuanmu.”

24 ‘Kemudian hamba yang menerima sekeping wangemas itu datang lalu berkata, “Tuan, aku tahu tuanberhati batu. Tuan menuai tanpa menyemai, memungut

Matius 25:25 83 Matius 25:35hasil tanpa menabur benih. 25 Jadi aku takut, lalu ku-sorokkanwang emas tuan itu di dalam tanah. Lihat, itulahhak milik tuan.”

26 ‘Tetapi tuannya menjawab, “Hai hamba yang jahatdan pemalas, kamu tahu aku menuai tanpa menyemai,memungut hasil tanpa menabur benih. 27 Oleh itusepatutnya kamu simpan wang itu di dalam bank, su-paya ketika aku pulang, aku menerima wang itu denganfaedahnya.

28 ‘ “Sekarang, wang sekeping itu kusuruh ambil dari-padamu dan berikan kepada yang mempunyai sepuluhkeping wang emas. 29 Demikianlah, kepada setiap orangyang ada, akan diberi lebih lagi, menjadikan dia penuhdengan kelimpahan; sebaliknya orang yang tidak ada, apayang ada padanya pun akan diambil. 30 Buangkan hambayang tidak berguna ini ke dalam kegelapan di luar. Di sanaakan terdapat ratapan dan kertakan gigi.”

Hukuman31 ‘Apabila Putera Insan datang dengan segala

kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Diaakan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya. 32 Semuabangsa akan berhimpun di hadapan-Nya, dan Dia akanmengasing-asingkan mereka, sebagaimana gembalamengasing-asingkan domba daripada kambing. 33 Diaakan meletakkan domba di sebelah kanan-Nya dankambing di sebelah kiri-Nya.

34 ‘Kemudian Raja itu akan berkata kepadamereka yangdi sebelah kanan-Nya, “Marilah, kamu yang diberkatioleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disedi-akan untukmu sejak dunia dicipta. 35 Kerana Aku la-par dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dankamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu

Matius 25:36 84 Matius 25:45menerima-Ku masuk ke rumahmu; 36 Aku tidak berpaka-ian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamumelawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datangkepada-Ku.”

37 ‘Orang yang benar itu pun bertanya, “Junjun-gan, bilakah kami melihat-Mu lapar dan memberi-Mu makanan, melihat-Mu dahaga dan memberi-Muminuman? 38 Bilakah kami melihat-Mu orang asingdan menerima-Mu masuk ke rumah, melihat-Mu tidakberpakaian dan memberi-Mu pakaian? 39 Bila pula kamimelihat-Mu sakit, atau di dalam penjara, dan datangkepada-Mu?”

40 ‘Raja akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkatakepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yangpaling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinya kamumelakukannya kepada-Ku.”

41 ‘Selepas itu Dia akan berkata kepada mereka yangdi sebelah kiri-Nya, “Nyahlah dari sisiku, kamu yangterlaknat, ke dalam api abadi yang telah disediakan untukIblis dan para penyokongnya; 42 kerana Aku lapar dankamu tidak memberi-Kumakanan; Aku dahaga dan kamutidak memberi-Ku minuman. 43 Aku orang asing dankamu tidak menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidakberpakaian dan kamu tidak memberi-Ku pakaian; Akusakit, Aku di dalampenjara, dan kamu tidakmelawat-Ku.”

44 ‘Mereka akan berkata, “Junjungan kami, bilakahkami melihat-Mu lapar, atau dahaga, orang asing, atautidak berpakaian, atau sakit, atau di dalam penjara, dantidak mengambil berat tentang-Mu?”

45 ‘Dia akan menjawab, “Sesungguhnya, Aku berkatakepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepadayang paling kecil antara saudara-saudara-Ku ini, ertinyakamu tidak melakukannya kepada-Ku.”

Matius 25:46 85 Matius 26:1246 ‘Mereka itu akan menanggung azab hukuman

selama-lamanya, manakala mereka yang benar akanmenikmati hidup kekal.’

26Rancangan untuk membunuh Isa

1 Setelah selesai Isa menyampaikan semua ini, Diapun berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, 2 ‘Kamu tahubahawa dua hari lagi perayaan Paska menjelang, danPutera Insan akan diserahkan untuk disalib.’

3 Ketua-ketua imam, guru-guru Taurat dan tua-tua berhimpun di rumah Imam Besar yang bernamaKayafas. 4 Mereka berpakat untuk memperdaya Isa danmembunuh-Nya. 5 Tetapi mereka berkata, ‘Janganlahdilakukan pada masa perayaan, takut orang ramaimerusuh.’

Isa dituangi minyak6 Apabila Isa berada di Betani di rumah Simon, yang

menghidap penyakit kusta, 7 seorang wanita mendekati-Nya dengan sebuah bekas alabaster berisi minyak wangiyang amat mahal, lalu menuangkan minyak itu ke ataskepala-Nya ketika Dia sedang bertelekan di meja.

8 Apabila pengikut-pengikut-Nya melihat perbuatanwanita itu, mereka marah lalu berkata, ‘Mengapa mem-bazir begini? 9 Minyak wangi ini boleh dijual denganharga yang tinggi dan wangnya boleh diberikan kepadaorang miskin.’

10 Tetapi apabila Isa mengetahui kemarahan mereka,Dia berkata, ‘Mengapakah kamu menyusahkanwanita ini? Dia telah melakukan sesuatu yang baikuntuk-Ku. 11 Orang miskin akan sentiasa ada disekelilingmu, tetapi Aku tidaklah sentiasa bersamamu.12 Dengan menuangkan minyak wangi ini ke atas

Matius 26:13 86 Matius 26:22tubuh-Ku, dia melakukannya untuk pengebumian-Ku.13 Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, di mana-manapun kelak Injil ini disampaikan di serata dunia, apa yangtelah dilakukan oleh wanita ini akan dikisahkan jugasebagai kenangan kepadanya.’

Yudas mengkhianati Isa14 Selepas itu, seorang daripada dua belas orang

pengikut Isa, bernama Yudas Iskariot, pergi berjumpadengan ketua-ketua imam. 15Dia berkata kepada mereka,‘Apakah yang sanggup kamu berikan kepadaku kalaukuserahkan Dia kepadamu?’ Mereka memberinya tigapuluh keping wang perak. 16 Sejak itu dia pun mencaripeluang untuk mengkhianati Isa.

Perjamuan Tuhan17 Pada hari pertama Perayaan Roti Tidak Beragi,

pengikut-pengikut Isamendapatkan-Nya lalu berkata, ‘Dimanakah Junjungan mahu kami sediakan jamuan Paskauntuk-Mu?’

18 Isa menyuruh mereka ke bandar, mencari seorangtertentu dan mengatakan kepadanya, ‘Guru berkata,“Masa-Ku sudah hampir; Aku akan menyambut per-ayaan Paska di rumahmu bersama para pengikut-Ku.”’ 19 Pengikut-pengikut Isa menjalankan arahan-Nya lalumenyediakan jamuan perayaan Paska.

20 Menjelang malam, Dia pun bertelekan di mejabersama pengikutnya yang dua belas itu. 21Sambilmakanitu Dia berkata, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu,seorang daripadamu akan mengkhianati-Ku.’

22Mereka sungguh berdukacita, dan setiap orang dari-pada mereka berkata kepada-Nya, ‘Junjungan, tentunyaaku bukan orang itu?’

Matius 26:23 87 Matius 26:32

23 Isa menjawab, ‘Orang yang mencecahkan tangan-nya bersama-Ku ke dalam bekas akan mengkhianati-Ku. 24 Putera Insan memanglah harus pergi seba-gaimana telah tersurat, tetapi malanglah orang yangmengkhianati-Nya! Lebih baik lagi bagi orang itu jikatidak dilahirkan.’

25 Ketika itu Yudas yang akan mengkhianati-Nyabertanya, ‘Tuan Guru, akukah orangnya?’

Isa berkata kepadanya, ‘Kamu telah mengatakannya.’26 Ketika mereka sedang makan, Isa mengambil

roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan danmembahagikannya kepada pengikut-pengikut-Nyasambil berkata, ‘Ambil dan makanlah, ini tubuh-Ku.’

27 Kemudian Dia mengambil cawan air anggur danmengucap syukur kepada Allah lalu memberikannyakepadamereka sambil berkata, ‘Minumlah darinya, kamusemua. 28 Kerana ini darah-Ku bagi perjanjian baru,ditumpahkan untuk umat manusia supaya hapus dosamereka. 29Tetapi, Aku berkata kepadamu, Aku tidak akanminumair anggur dari saat ini hinggalah hari Akuminumair anggur bersamamu dalam kerajaan Bapa-Ku.’

30 Setelah menyanyikan sebuah lagu suci mereka punberedar ke Bukit Zaitun.

31 Kemudian Isa berkata kepada mereka, ‘Kamu semuaakan goyah kerana-Ku malam ini, sebagaimana telahtersurat:“Aku akan merebahkan Gembala,

dan kawanan domba akanbertempiaran.”

32 ‘Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akanmendahului kamu ke Galilea.’

Matius 26:33 88 Matius 26:42

33 Petrus menjawab, ‘Kalaupun semua yang lain goyahkerana-Mu, Junjungan, aku tidak akan goyah.’

34 Isa berkata kepadanya, ‘Sesungguhnya, Aku berkatakepadamu, padamalam ini juga, sebelum ayam berkokok,engkau akan menyangkal-Ku tiga kali.’

35 Petrus berkata kepada Isa, ‘Kalaupun aku terpaksamati bersama-Mu, aku tidak akan menyangkal-Mu, Jun-jungan!’ Demikian jugalah kata pengikut-pengikut-Nyayang sebelas orang lagi.

Di taman Getsemani36 Selepas itu Isa pergi bersama mereka ke sebuah

tempat bernama Getsemani, lalu Dia berkata kepadamereka, ‘Duduklah di sini sementara Aku berdoa di sana.’37 Isa membawa bersama-Nya Petrus dan kedua-dua anakZebedeus. Dia mula berdukacita dan amat berpilu hati.38Dia berkata kepadamereka, ‘Jiwa-Ku sungguh dukacita,bagaikan mati. Duduklah di sini berjaga bersama-Ku.’

39 Isa pergi jauh sedikit dari situ lalu sujud menyem-bamkanmuka ke tanah dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, kalaulahdapat, edarkanlah cawan ini daripada-Ku; namun, biarlahkehendak-Mu berlaku, bukan kehendak-Ku.’

40 Kemudian Dia pergi kepada pengikut-pengikut-Nyadan mendapati mereka telah tertidur; lalu Dia berkatakepada Petrus, ‘Apa? Satu jam pun kamu tidak dapatberjaga bersama-Ku?’ 41 Berjaga dan berdoalah, takutnanti kamu tergoda. Memang rohani rela, tetapi jasmanilemah.’

42 Bagi kali kedua, Dia pergi dan berdoa, ‘Ya Bapa-Ku, jika cawan ini tidak mungkin beredar daripada-Kumelainkan Kuminum, biarlah kehendak-Mu berlaku.’

Matius 26:43 89 Matius 26:53

43 Selepas itu Dia mendapati mereka tidur lagi, keranamata mereka sungguh mengantuk. 44 Dia pun mening-galkan mereka dan pergi berdoa lagi, bagi kali ketiga. Diamengucapkan kata-kata yang sama.

45 Setelah itu Dia mendapatkan pengikut-pengikut-Nya lalu berkata, ‘Adakah kamu masih tidur dan bere-hat? Lihatlah, masanya telah menjelang, dan PuteraInsan sedang dikhianati untuk diserahkan ke tanganorang berdosa. 46 Bangunlah, ayuh kita pergi. Lihat,pengkhianat-Ku sudah tiba.’

Isa ditangkap47Ketika Dia sedang berkata-kata itu, seorang daripada

pengikut-Nya yang dua belas, Yudas, datang diiringiorang yang sangat ramai dan bersenjatakan pedang sertabelantan. Mereka datang daripada ketua-ketua imamdan tua-tua. 48 Pengkhianat Isa telah menyatakan isyaratkepada mereka, ‘Yang kucium nanti, itulah orangnya;tangkaplah Dia.’ 49 Dengan segera dia menghampiri Isasambil berkata, ‘Selamat sejahtera, Tuan Guru!’ lalumencium-Nya.

50 Isa berkata kepadanya, ‘Kawan, mengapakah kamudatang?’

Orang ramai itu pun menangkap Isa. 51 Tiba-tiba se-orang pengikut Isa menghunus pedangnya lalu menetakhamba Imam Besar, sehingga telinganya putus.

52 Tetapi Isa berkata kepada pengikut-Nya itu, ‘Simpansemula pedangmu di tempatnya yang wajar, kerana se-mua yang menggunakan pedang akan musnah dimakanpedang. 53 Adakah kamu sangka Aku tidak boleh berdoasupaya Bapa-Ku menghantar lebih daripada dua belas

Matius 26:54 90 Matius 26:63

tentera malaikat untuk menolong-Ku? 54 Bukankah keja-dian inimesti berlaku supaya yang tersurat di dalamKitabSuci ternyata benar?’

55 Kemudian Isa berkata kepada orang ramai itu,‘Patutkah kamu datang, bagaikan hendak menangkapperompak, dengan pedang dan belantan, untukmembawa-Ku pergi? Hari demi hari Aku dudukbersamamu, mengajar di rumah ibadat, dan kamu tidakmenangkap-Ku. 56 Tetapi segala ini dilakukan untukmenunaikan apa yang tersurat di dalam kitab nabi-nabi.’ Setelah itu semua pengikut Isa meninggalkan-Nya,masing-masing melarikan diri.

Isa di hadapan Majlis Agama57 Orang yang menangkap Isa membawa-Nya kepada

Kayafas, Imam Besar. Di situ guru-guru Taurat dan tua-tua telah berhimpun. 58 Petrus mengikut dari jauh ke ba-hagian laman dalam rumah Imam Besar, lalu masuk danduduk di kalangan hamba-hamba di situ untuk melihatkesudahan perkara itu.

59 Ketua-ketua imam dan seluruh Majlis Agama telahmencari kesaksian palsu terhadap Isa supaya dapatmembunuh-Nya. 60 Tetapi mereka tidak berjaya. Sung-guhpun ramai saksi palsu yang tampil, tidak didapatikesaksian yang dikehendaki itu.

Akhirnya dua orang saksi tampil 61 dengan kesak-sian: ‘Orang ini telah berkata, “Aku dapat memusnahkanrumah Allah dan membinanya semula dalam tiga hari.” ’

62 ImamBesar berdiri lalu berkata kepada Isa, ‘Tidakkahkamu menjawab apa-apa? Apakah yang didakwakan olehdua orang ini terhadap-Mu?’ 63 Tetapi Isa berdiam diri.

Matius 26:64 91 Matius 26:73Imam Besar berkata kepada-Nya, ‘Demi Allah yang

hidup, katakan kepada kami, adakah kamu ini al-Masih,Putera Allah?’

64 Isa berkata kepadanya, ‘Benarlah seperti katamu.Namun, Aku berkata kepadamu, kemudian hari kelakkamu akan melihat Putera Insan duduk di sebelah kananYang Maha Kuasa, dan datang dalam awan di atas langit.’

65 Kemudian Imam Besar mengoyak-ngoyakkan paka-iannya sambil berkata, ‘Dia telah melafazkan kata-katakufur! Apa perlunya saksi lagi? Sekarang kamu telahmendengar kata-kata kufur-Nya! 66 Bagaimana pendap-atmu?’

Mereka menjawab, ‘Dia patut dibunuh.’67 Setelah itu mereka meludah muka-Nya dan

memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya. 68 Merekaberkata, ‘Bernubuatlah pada kami, hai al-Masih! Siapayang memukul-Mu?’

Petrus menyangkal Isa69 Sedang Petrus duduk di laman dalam rumah itu, se-

orang hamba perempuan datang dan berkata kepadanya,‘Kamu pun bersama Isa dari Galilea.’

70Tetapi Petrusmenyangkal di hadapanmereka semua,‘Aku tak tahu apa yang kaukatakan itu.’

71 Setelah Petrus pergi ke luar ke pintu gerbang, se-orang perempuan lagi melihatnya dan berkata kepadaorang di situ, ‘Orang ini pun bersama Isa orang Nasaret.’

72 Petrus menyangkal lagi sambil bersumpah, ‘Aku takkenal orang itu!’

73 Tidak lama kemudian orang yang berdiri-diri disitu menghampiri Petrus dan berkata kepadanya, ‘Sudahtentu kamu juga seorang daripada mereka; ini jelas dari-pada loghatmu.’

Matius 26:74 92 Matius 27:974 Petrus pun mengucapkan kutuk dan sumpah, ‘Aku

tak kenal orang itu!’Serta-merta ayam berkokok. 75 Lalu Petrus teringat

kata-kata Isa kepadanya, ‘Sebelum ayam berkokok, en-gkau akan menyangkal-Ku tiga kali.’ Petrus pun keluardari situ lalu menangis dengan amat kesalnya.

27Yudas menggantung diri

1 Setelah siang, semua ketua imam dan tua-tuaberpakat untuk membunuh Isa. 2 Mereka menyuruhorang mengikat-Nya. Kemudian mereka membawa-Nyalalu menyerahkan-Nya kepada gabenor, Pontius Pilatus.

3 Apabila Yudas yang mengkhianati-Nya melihat ba-hawa Isa telah dijatuhi hukum mati, dia menyesali per-buatannya lalu mengembalikan tiga puluh keping wangperak ke hadapan ketua-ketua imam dan tua-tua. 4Yudasberkata, ‘Aku berdosa menyebabkan tumpahnya darahorang yang tidak bersalah.’

Kata mereka, ‘Apa kami peduli? Tanganilah sendiri!’5Yudas punmencampakkan keping-kepingwangperak

itu ke dalam rumah ibadat lalu pergi menggantungdirinya.

6 Ketua-ketua imam memungut wang perak itu laluberkata, ‘Menurut hukum, kita tidak boleh memasukkanwang ini ke dalam perbendaharaan rumah ibadat, keranawang ini harga darah.’ 7 Mereka bermesyuarat lalumenggunakan wang itu untuk membeli ladang tukangtembikar bagi dijadikan tempat perkuburan orang asing.8Oleh itu padang tersebut dipanggil Padang Darah hinggahari ini. 9 Dengan demikian berlakulah kata-kata NabiYeremia: ‘Makamereka punmengambil tiga puluh keping

Matius 27:10 93 Matius 27:21wang perak itu, harga Dia yang telah dinilai oleh anak-anak Israel, 10 lalu membeli padang untuk pengebumianorang asing, demikian firman Tuhan kepadaku.’

Isa di hadapan Pilatus11 Gabenor bertanya kepada Isa yang berdiri di hada-

pannya, ‘Adakah Kamu Raja orang Yahudi?’Isa berkata, ‘Begitulah seperti katamu.’12 Ketika Dia dituduh oleh ketua-ketua imam dan tua-

tua, Dia tidak berkata suatu apa. 13 Kemudian Pila-tus berkata kepada-Nya, ‘Tidakkah kamu dengar be-tapa banyaknya tuduhan terhadapmu dalam kesaksianmereka?’ 14 Tetapi Isa tidak berkata sepatah pun, se-hingga amat hairan gabenor melihat-Nya.

15 Pada perayaan Paska, lazimnya gabenor membe-baskan dari penjara seorang yang dikehendaki oleh orangramai. 16 Pada masa itu ada seorang banduan yangterkenal jahatnya, bernama Barabas. 17 Setelah merekaberhimpun, Pilatus bertanya, ‘Yangmana kamumahu akubebaskan dan serahkan ke tanganmu, Barabas atau Isayang dipanggil al-Masih?’ 18Gabenormengetahui bahawamereka telahmenyerahkan Isa kepadanya kerana iri hati.

19 Sedang gabenor duduk di atas kerusi penghakiman,isterinya berkirim pesan kepadanya, ‘Jangan apa-apakanorang yang tidak bersalah; hari ini aku banyak menang-gung azab dalam mimpi kerana-Nya.’

20 Tetapi ketua-ketua hakim dan tua-tua dapatmeyakinkan orang ramai supaya meminta Barabasdibebaskan dan Isa dibunuh.

21 Gabenor berkata kepada mereka, ‘Yang mana antaradua orang ini kamu mahu aku bebaskan dan serahkan ketanganmu?’

Mereka menjawab, ‘Barabas!’

Matius 27:22 94 Matius 27:3122 Pilatus bertanya kepada mereka, ‘Jadi, apa yang

harus kubuat dengan Isa yang dipanggil al-Masih?’Kesemua mereka berkata kepadanya, ‘Salibkan Dia!’23 Gabenor berkata, ‘Mengapa, apakah kejahatan yang

telah dilakukan-Nya?’Tetapi mereka berseru semakin lantang, ‘Salibkan Dia!’24Apabila Pilatusmelihat bahawa dia tidak dapatmem-

pengaruhi mereka malah mereka mula hendak merusuh,dia mengambil air lalu membasuh tangannya di hadapanorang ramai itu sambil berkata, ‘Aku bebas daripada ke-salahan menumpahkan darah orang yang baik ini. Kamutanganilah sendiri.’

25 Kesemua mereka menjawab, ‘Biarlah darah-Nya ter-tanggung di atas kami dan zuriat kami.”

26 Pilatus pun membebaskan Barabas kepada mereka;dan setelah menyesah Isa, dia menyerahkan-Nya untukdisalib.

Askar mengejek Isa27Kemudian askar-askar gabenormembawa Isa ke balai

istananya dan menghimpunkan seluruh pasukan tenteradi situ. 28 Mereka melucutkan pakaian-Nya dan men-yarungkan jubah ungu ke tubuh-Nya. 29Merekamembuatmahkota daripada duri lalu meletakkannya di atas kepalaIsa dan menggenggamkan mensiang di tangan kanan-Nya. Kemudian mereka berlutut kepada-Nya sambilmengejek-Nya, ‘Hai Raja orang Yahudi!’ 30 Selepas itumereka meludahi-Nya dan memukul kepala-Nya denganmensiang itu. 31Setelah selesaimerekamempermainkan-Nya,merekamelucutkan jubah ungu itu danmengenakansemula pakaian-Nya lalu membawa-Nya untuk disalib.

Isa disalib

Matius 27:32 95 Matius 27:4332 Dalam perjalanan, mereka bertemu dengan seorang

lelaki dari Kirene bernama Simon. Mereka memaksanyamengangkat kayu salib Isa. 33Mereka pun sampai di suatutempat dipanggil Golgota, bermakna Tempat Tengko-rak. 34 Di situ mereka memberi-Nya air anggur masambercampur hempedu dan menyuruh-Nya minum. Tetapisetelah merasanya, Dia enggan minum. 35 Selepas itumereka menyalib-Nya, dan membahagikan pakaiannyadenganmembuang undi, maka berlakulah seperti yang dinubuatkan:

‘Mereka bahagikan pakaian-Kuantara mereka,

untuk mendapat pakaian-Ku mereka membuang undi.’

36 Kemudian mereka duduk berjaga di situ. 37 Di ataskayu salib Isa mereka memaparkan tuduhan terhadap-Nya: INILAH ISA RAJA ORANG YAHUDI. 38 Dua orangperompak disalib bersama-Nya, seorang di kanan danseorang di sebelah kiri-Nya. 39 Orang yang lalu disitu melemparkan kata-kata kufur kepada-Nya. Sambilmenggeleng-gelengkan kepala 40 mereka berkata, ‘En-gkau dapat memusnahkan rumah ibadat dan membi-nanya semula dalam tiga hari; selamatkanlah diri-Mu!Kalau Engkau Putera Allah, turunlah dari kayu salib itu.’

41 Begitu jugalah ketua-ketua imam, guru-guru Tau-rat dan tua-tua, turut mengejek Isa: 42 ‘Dia telahmenyelamatkan orang lain; diri-Nya sendiri tidak dapatdiselamatkan-Nya. Kalau benar dia Raja Israel, turunlahdari kayu salib itu sekarang, baru kami percaya kepada-Nya. 43Dia percayakan Allah. Biar Allah menyelamatkan-Nya sekarang, kalau Allah mahu mengakui-Nya; kerana

Matius 27:44 96 Matius 27:56Dia berkata, “Aku Putera Allah.” ’ 44 Perompak yang dis-alib bersama Isa pun menghina-Nya dengan kata-katademikian.

45 Dari tengah hari hingga tiga petang, seluruh negeriitu diselubungi kegelapan. 46Kira-kira pukul tiga petang,Isa berseru dengan suara yang lantang, ‘Eloi, Eloi, lamasabakhtani?’ maksudnya ‘Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, men-gapa Kautinggalkan Aku?’

47 Sesetengah orang yang berdiri di situ berkata, apa-bila mendengar seruan-Nya itu, ‘Orang ini memanggilIlyas.’

48 Serta-merta seorang daripada mereka mengambilspan, memenuhinya dengan air anggurmasam danmele-takkannya pada mensiang lalu menawarkannya kepadaIsa sebagai minuman. 49 Yang lain berkata, ‘Jan-gan hiraukan Dia; mari kita lihat kalau Ilyas datangmenyelamatkan-Nya.’

50 Isa berseru lantang sekali lagi, lalu menyerahkanroh-Nya dengan nafas terakhir.

51 Sejurus itu tirai rumah ibadat koyak dari atas kebawah, bumi digegar gempa dan batu-batu pejal terbelah;52 kubur-kubur terbuka; dan banyak jenazah orang yangtaat akan Allah dibangkitkan semula; 53 mereka keluardari kubur dan selepas Isa dibangkitkan semula, merekamasuk ke kota suci itu dan menampakkan diri kepadasebilangan besar orang di situ.

54 Apabila ketua tentera dan orangnya yang mengawalIsa melihat gempa bumi serta kejadian-kejadian lain,mereka pun ketakutan lalu berkata, ‘Benarlah Dia PuteraAllah!’

55 Ramai wanita yang telah mengikut Isa dari Galileadanmelayani-Nya ada di situ, melihat dari jauh. 56Antara

Matius 27:57 97 Matius 27:66

mereka ialahMaryamMagdalena danMaryam ibu kepadaYakobus dan Yusuf serta ibu kepada anak-anak Zebedeus.

Isa dimakamkan57Apabila malammenjelang, datang seorang hartawan

dari Arimatea, bernama Yusuf, yang telah menjadipengikut Isa. 58 Dia pergi menghadap Pilatus dan mem-ohon jenazah Isa. Pilatus pun memerintahkan orangmenyerahkan jenazah itu kepadanya. 59 Yusuf mengam-bil jenazah itu dan mengkafankannya dengan kain linenyang bersih. 60 Dia membaringkan jenazah itu di dalamsebuah makam miliknya yang baru digalinya daripadabatu pejal. Kemudian dia menggulingkan sebuah batubesar menutup pintu makam itu, lalu pergi dari situ.61 Ketika itu Maryam Magdalena ada di situ, begitujuga Maryam yang seorang lagi. Mereka sedang dudukberhadapan makam itu.

62 Pada keesokannya, iaitu sehari selepas Hari Persedi-aan, ketua-ketua imam dan orang Farisi datang beramai-ramai menghadap Pilatus. 63 Mereka berkata, ‘Tuan,kami teringat, sewaktu Dia masih hidup si penipu itu adaberkata, “Selepas tiga hari Aku akan bangkit.” 64 Olehitu, silalah tuan perintahkan supaya dipastikan makam-Nya tidak dapat dibuka hingga tamat hari ketiga. Kamitakut kalau-kalau para pengikut-Nya datang pada waktumalamdanmencurimayat-Nya dibawapergi, lalu berkatakepada orang ramai, “Dia telah bangkit daripada kema-tian.” Penipuan ini pasti lebih dahsyat daripada penipuanpertama.’ 65 Pilatus berkata kepada mereka, ‘Bawalahbeberapa pengawal. Pergilah sendiri, buat apa yang kamufikirkan perlu untuk menjaga makam itu.’ 66 Merekapun pergi melakukannya. Mereka memperkukuh makamitu supaya tidak dapat dibuka langsung, dan merekamenugaskan pengawal berjaga di situ.

Matius 28:1 98 Matius 28:1128

Kebangkitan Isa1Selepas hari Sabat, ketika fajarmenyingsing pada hari

pertama minggu itu, Maryam Magdalena dan Maryamyang seorang lagi pergi melihat makam Isa. 2 Tiba-tibaterjadi gempa bumi yang hebat, kerana seorang malaikatTuhan turun dari syurga lalu menggulingkan batu yangmenutup makam itu dan duduk di atasnya. 3 Wajahnyalaksana kilat dan pakaiannya seputih salji. 4 Para pen-gawal menggeletar ketakutan apabila melihatnya, lalumenjadi seperti orang mati.

5 Tetapi malaikat itu berkata kepada perempuan-perempuan itu, ‘Jangan takut, aku tahu kamu mencariIsa yang telah disalib. 6 Dia tidak ada di sini, keranaDia telah bangkit semula, seperti yang dikatakan-Nya.Marilah lihat tempat Dia dibaringkan dulu. 7 Kemudian,segeralah pergi dan katakan kepada para pengikut-Nyabahawa Dia telah bangkit daripada kematian, dan Diamendahului kamu ke Galilea. Di sana kamu akanmelihat-Nya. Lihatlah, aku telah memberitahumu.’

8Mereka pun keluar dari makam itu dengan takut danamat gembira, lalu berlari untuk membawa berita itukepada para pengikut Isa. 9 Dalam perjalanan, tiba-tibaIsa menemui mereka sambil berkata, ‘Salam sejahtera!’Lalu mereka pun mendekati Isa dan memegang kaki-Nyaserta menyembah-Nya. 10 Kemudian Isa berkata kepadamereka, ‘Jangan takut. Pergilah dan suruh saudara-saudara-Ku ke Galilea. Di sana mereka akan melihat-Ku.’

Laporan pengawal11 Sementara perempuan itu sedang dalam perjalanan,

beberapa orang pengawal tersebut masuk ke kota danmelaporkan kepada ketua-ketua imam apa yang telah

Matius 28:12 99 Matius 28:20terjadi. 12 Setelah bermesyuarat dengan tua-tua, merekamemberikan sejumlah wang yang besar kepada askar-askar yang berkawal itu 13 serta berpesan, ‘Beritahuorang, “Para pengikut-Nya datang pada waktu malamdan mencuri mayat-Nya lalu dibawa pergi sewaktu kamisedang tidur.” 14 Kalau hal ini sampai ke telingagabenor, kami akan melembutkan hatinya dan kamutidak akan diapa-apakan.’ 15 Mereka menerima wangitu dan melakukan apa yang diarahkan. Cerita ini biasadisebarkan di kalangan orang Yahudi hingga sekarang.

Perintah untuk memberitakan Injil16 Kemudian, pengikut Isa yang sebelas itu pergi ke

Galilea, ke gunung yang telah ditetapkan oleh-Nya. 17 Disana mereka melihat-Nya lalu menyembah-Nya. Na-mun demikian, ada antara mereka yang ragu. 18 Isaberkata kepada mereka, ‘Segala kekuasaan telah dis-erahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.19 Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa pengikut-Ku.Imadkan mereka dengan nama Bapa, Putera dan RohSuci. 20 Ajar mereka supaya taat akan segala perkarayang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasabersamamu, hingga ke akhir zaman.’

100Kitab Suci Zabur dan Injil

Contextualized New Testament in the Malay language of Malaysia.Copyright © 2013 Pengamat Kitab MuliaLanguage: Bahasa Malaysia (Malay)This translation is made available to you under the terms of the Creative CommonsAttribution-No Derivatives license 4.0.Youmay share and redistribute this Bible translation or extracts from it in any format,provided that:

You include the above copyright and source information.You do not make any derivative works that change any of the actual words or

punctuation of the Scriptures.Pictures includedwith Scriptures and other documents on this site are licensed just forusewith those Scriptures and documents. For other uses, please contact the respectivecopyright owners.2014-04-01PDF generated using Haiola and XeLaTeX on 13 Jun 2019 from source files dated 1 Dec2018648b665b-0b0d-5152-8152-17df023a0827