69
PENGHARGAAN Pertamanya, puji-pujian dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnia dar i-Nya kami akhirn ya ber jay a menyia pka n kaj ian, pembent angan dan lapora n ini deng an izinNya. Set erusnya set ing gi penghargaan kepada En Boon Jong Fook ata s tun juk aja r dan  bimbingan serta curahan ilmu yang diberikan kepada kami. Banyk perkara baru yang dapat dipela jar i dar i bel iau tentang peranan seorang gur u dalam pembinaan negara bang sa, juga tentang sejarah penubuhan negara yang tercinta. Seterusnya beliau banyak meniupkan semangat  patriotisme dalam jiwa kami. Ucapan terima kasih juga buat kedua-dua ibu bapa kami di kampung yang tidak putus-  putus berdoa untuk kejayaan kami di sini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada sahabat-sahabat yang dikasihi atas kerjasama dan dorongan yang diberikan kepada kami dalam usaha untuk menyempurnakan kajian ini. Semoga Tuhan mambal as bud i baik dan jasa kali an at as segalanya denga n penuh keberkataan dari-Nya. Sekian Ucapan jutaan terima kasih buat semua.

masyarakat majmuk 2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 1/69

 

PENGHARGAAN

Pertamanya, puji-pujian dan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan limpah kurnia

dari-Nya kami akhirnya berjaya menyiapkan kajian, pembentangan dan laporan ini dengan

izinNya.

Seterusnya setinggi penghargaan kepada En Boon Jong Fook atas tunjuk ajar dan

 bimbingan serta curahan ilmu yang diberikan kepada kami. Banyk perkara baru yang dapat

dipelajari dari beliau tentang peranan seorang guru dalam pembinaan negara bangsa, juga

tentang sejarah penubuhan negara yang tercinta. Seterusnya beliau banyak meniupkan semangat

 patriotisme dalam jiwa kami.

Ucapan terima kasih juga buat kedua-dua ibu bapa kami di kampung yang tidak putus-

 putus berdoa untuk kejayaan kami di sini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada sahabat-sahabat yang dikasihi atas kerjasama

dan dorongan yang diberikan kepada kami dalam usaha untuk menyempurnakan kajian ini.

Semoga Tuhan mambalas budi baik dan jasa kalian atas segalanya dengan penuhkeberkataan dari-Nya. Sekian Ucapan jutaan terima kasih buat semua.

Page 2: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 2/69

 

PENGENALAN

Perpaduan dan integrasi nasional merupakan satu perkara besar yang perlu didalami dan dihayati

oleh setiap individu dalam sebuah masyarakat majmuk bagi mencapai halatuju negara. Konsep

 perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan, tetapi merujuk kepada proses yang berbeza.

Perpaduan adalah proses penyatuan daripada semua aspek seperti fizikal, social, ekonomi dan

 politik tetapi tidak termasuk biological. Integrasi pula melibatkan semua penyataan di atas,

termasuk aspek biologikal. Konsep ini haru di pentingkan bagi negara Malaysia yang

mempunyai pelbagai kaum dengan pelbagai kebudayaan, agama dan ideologi. Tun Abdul Razak 

 pernah menyatakan bahawa ‘Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat

disalurkan untuk memajukan negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah

yang wujud daripada kepelbagaian tersebut’.

Perpaduan juga boleh didefinisikan sebagai satu proses begi mewujudkan satu identity

nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi budaya, social dan lokasi dalam sesebuah

unit politik. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses

asimilasi, amalgamasi dan pluralism. Asimilasi merujuk kepada proses perpaduan satu hala yang

menghasilkan kelompok dengan satu budaya, satu bahasa dan satu agama. Amalgamasi pula

merujuk kepada proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi (perkahwinan campur).Proses ini akan mewujudkan kelompok baru dengan budaya baru. Manakala pluralisme pula

merupakan satu proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat

mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan. Namun teori-teori di

atas merupakan teori antropologi dan kejayaan sesuatu proses itu sebenarnya dipengaruhi oleh

usaha yang dilaksanakan oleh pihak- yang terbabit.

Matlamat hidup bersama dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan tenteram hanya

tercapai dicapai apabila ada keterbukaan dan kesediaan setiap anggota masyarakat untuk belajar 

dan kenal antara satu sama lain. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, sudah wujud pelbagai

kaum dan bangsa. Dalam ruang lingkup bangsa Melayu pun, terdapat banyak kaum dan suku

 puak di dalamnya seperti Minang, Bugis, Banjar, Minang, Mendeleng. Begitu juga dengan

 bangsa Cina yang terdiri dari Canton, Hakka, Hokkien, Fuchew dan sebagainya.

Page 3: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 3/69

 

Kebanyakan Masyarakat Malaysia telah menerapkan amalan kesatuan dan perpaduan

dalam hidup bermasyarakat di negara ini. Penerapan yang berlaku ini telah membudayakan

kehidupan masyarakat di negara ini mengikut acuan prinsip perpaduan negara yang sifatnya

sejagat (universal). Masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini dapat hidup aman

tenteram kerana kefahaman mereka terhadap perbezaan fundamental (kepercayaan) di antara

mereka tidak dijadikan isu pokok, tetapi mengambil iktibar nilai-nilai sejagat (universal values)

yang ada dalam setiap agama, yang mengutamakan nilai-nilai murni dan berkasih saying sesama

manusia. Nilai-nilai sejagat ini dapat diterima-pakai sejak dulu lagi.

Pembangunan untuk semua kaum dan nilai agama merupakan dua unsur penting yang

mendasari perencanaan kerajaan Malaysia. Usaha yang dibawa oleh kerajaan menampakkan hala

tuju yang memupuk kepentingan pembangunan negara, tetapi sedikit sebanyak perubahan yangdibawa memerlukan masa dan keadaan sehingga ianya boleh digarap sepenuhnya dengan

kehendak hala tuju negara. Pada masa yang sama kita perlu akur bahawa kepelbagaian kaum dan

agama perlu diurus dengan baik melalui penjagaan maruah kaum daripada disalah tafsir oleh

 pihak tertentu. Islam sebagai agama rasmi negara tidak pula menidakkan agama lain dari terus

diamalkan secara aman dan bebas.

Sekiranya masyarakat pelbagai kaum gagal diintegrasikan berlandaskan agenda nasioanl

sudah tentu pihak pemerintah tidak akan dapat melaksanakan dasar dan hala tuju pembangunan

negara pada masa hadapan.

Apa yang penting dalam pada negara ini ialah sikap dan sifat keterbukaan kita dalam

memahami isu-isu semasa berkaitan agama dan perkauman mestilah ditunjangkan dengan rasa

hormat hidup bermasyarakat agar perpaduan negara dapat dikekalkan. Dasar yang dirangka oleh

kerajaan sama seperti sebuah lebuh raya. Sesuatu destinasi yang hendak dituju dengan selamat

ditentukan oleh sistem dan kemudahan yang mereka gunakan. Etika dan sikap pemanduan yang

 berhemah menjamin keselamatan mereka semasa di lebuhraya. Tujuannya ialah untuk sampai ke

destinasi yang hendak dituju, suatu destinasi yang baik.

Page 4: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 4/69

 

MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA

Kepercayaan dan Perayaan

Orang Melayu adalah golongan majoriti penduduk Malaysia dan terdapat di seluruh bahagian

negara ini, sama ada di Tanah Besar Semenanjung Mahu pun di Wilayah Timur iaitu Sabah dan

Sarawak. Sebahagian besar orang-orang Melayu terdapat di negeri-negeri Semenanjung dan

tempat yang paling ramai ialah di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

Orang-orang Melayu menganut agama Islam dan ini tercatat dalam Perlembagaan negara.

Sebahagian besar orang-orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan menjalankan kegiatan

  pertanian dan nelayan sementara sebahagian lagi tinggal d bandar-bandar dengan aktiviti

ekonomi yang berlainan pula. Sama ada dalam sektor swasta atau sektor awam.

Dalam kumpulan orang Melayu terdapat juga beberapa kumpulan kecil yang dikira

sebagai Melayu iaitu Jawa, Bugis, Minangkabau, Boyan, Banjar dan lain-lain. Dari segi

kebudayaan dan cara hidup orang-orang Melayu terdapat berbagai amalan dan perlakuan yang

ada kaitan dengan sistem kepercayaan dan sosial mereka.

Pada umumnya orang-orang Melayu mempunyai berbagai-bagai hari perayaan yang

disambut mengikut masa tertentu yang bercorak agama dan tradisi. Di antara hari perayaan yang

 bercorak keagamaan adalah Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, awal Muharram (tahun

 baru mengikut kalendar Islam), Hari Keputeraan Nabi Muhammad saw, hari Israk Mikraj.

Perayaan terbesar yang disambut oleh orang Melayu pada setiap tahun adalah Hari Raya

Aidilfitri. Perayaan ini disambut pada 1 Syawal mengikut kalendar Islam iaitu kalendar Hijriah.

Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan setelah 30 hari umat Islam berpuasa di

 bulan Ramadhan. Selain itu pada waktu ini umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah untuk 

diri sendiri bagi yang sudah mempunyai pendapatan sendiri atau dibayar oleh ibu bapa atau

Page 5: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 5/69

 

 penjaga sekiranya masih belum bekerjaya. Bayaran fitrah ini perlu kerana ini adalah sebahagian

daripada kewajiban orang Islam

Pada 10 malam terakhir ramadhan, yakni 10 hari sebelum menyambut Hari Raya

Aidilfitri, lampu-lampu pelita dipasang di sekeliling rumah untuk kemeriahan sebelum

menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, mengikut kepercayaan orang-orang tua pada malam-

malam ini roh ahli keluarga yang telah mati akan pulang ke rumah.

Pada malam Hari Raya Aidilfitri orang ramai akan pergi ke suarau atau masjid untuk 

 bertakbir. Ada juga yang telah menziarahi saudara mara atau jiran tetangga pada malam tersebut.

Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, Orang-orang Melayu umumnya akan bagun awal untuk mandi

sunat Aidilfitri sebelum ke masjid untuk bersolat jemaah Aidilfitri. Selepas itu mereka akan

 bersalam-salaman memohon kemaafan. Juadah yang selalu dijamu pada Hari Raya Aidilfitri

adalah ketupat, rending dan lemang.

Adat Menyambut Kelahiran

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami

isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak 

yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu

disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat

tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,

 bersalin dan selepas lahir.

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara

Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini

dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam

lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau

kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan

kedudukan bayi di dalam perut. Peralatan untuk upacara ini termasuk;

i) Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainanii) Segantang beras

iii) Sebiji kelapa

Page 6: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 6/69

 

iv) Beberapa urat benang mentah

v) Damar  

vi) Minyak kelapa atau minyak urutvii) Lilin

viii) Tepak sirih yang lengkap isinya

ix) Pengeras sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita

hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Seterusnya adat mandi

sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian

 perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana

  pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya

manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita

tadi bersalin.

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang

  bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan

membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain.

Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang

yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah

kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke

hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek 

dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.

Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu.

Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan

upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang

menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi

unsur-unsur budaya Hindu.

Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.

Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi

adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang

dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan

digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam

Page 7: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 7/69

 

rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping

itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu

disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong denganmenggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah

tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh

kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api

sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi

 perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara

ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.

Adat Membelah Mulut mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga

terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara

 bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah

mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas

yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu

menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak 

diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.

Dalam tempoh berpantang ibu dilarang dari makan sebarang

makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja

yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang

dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan

diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan

ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti

ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan

  bisa-bisa pada badan. Sebaliknya mereka digalakkan

memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan minum air suam

atau susu.

Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku

Ramuan asli untuk 

wanita lepas bersalin

Page 8: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 8/69

 

dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat

dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik 

dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat

mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada

 bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin.

Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur 

sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit

atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas

 bersalin.

Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang

dijalankan. Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal

 pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci

lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil

adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya,

dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur disamping ibunya.

Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau

Khamis. Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai;

i) Nasi kunyit dan lauk-lauk 

ii) Seekor ayam hidupiii) Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang

iv) Hadiah untuk bidan sepersalinan

Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di

dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan

dihias indah dengan bunga-bungaan. Selendang akan diikat di

kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara

  berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan

dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga

telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini.

Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak 

dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut.

Bengkung

Bayi diletakkan dalam

buaian yang dihias indah

Page 9: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 9/69

 

Di sesetengah tempat, Upacara Jejak Tanah juga dipanggil adat memijak tanah. Ia

sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil

dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini

dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara

mahupun barangan yang digunakan.

Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas

kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan.

Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan

dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam

tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya

 jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.

Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya

dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu

  beberapa hari selepas dilahirkan. Namun

demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan

akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya

ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan

dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki,

mereka akan menjalani adat bersunat atau juga

dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam

lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam

ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir 

dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak   perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang

menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Adat Perkahwinan

 

Kanak-kanak mandi untuk 

berkhatan

Page 10: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 10/69

 

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai

kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu

dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah

dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa

 peringkat penting.

Adat Merisik juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah

untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini

 penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu,

adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran

rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat

ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

 

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan

sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar 

 belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin

tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh

untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan

tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat

meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan

menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan

dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan

mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding

untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu,

 perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan

datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan

semasa majlis pertunangan kelak.

Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki

akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada

Page 11: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 11/69

 

hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak 

  perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan

utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih,

 pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih

 belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah  bendul.

Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas

atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah

hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki.

Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada

  juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada

wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan

dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara

rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh

 pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun

ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak. Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah

 berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua

wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika

 pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali

ganda.

Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu

yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan

merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala

 perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas

kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah

  boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan

dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan

Page 12: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 12/69

 

  perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh

mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari

sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan

 baju  melayu berwarna cerah dan majlis diadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya

sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan

kompang diadakan. Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain

hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya

 pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atau tok 

kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju

atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah danmenerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan

rumahtangga dari sudut agama. Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakan lafaz nikah

sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya

sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi "Aku nikahkan

dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai" dan

disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi "Aku terima nikahnya..(sama seperti yang

dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau

tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut

 berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran kerana

kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.

Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air 

sembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang

menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan

sebagai satu simbol bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinaiakan dijalankan di mana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk 

upacara ini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai

daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar. Wakil kedua-dua pihak akan

menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke

tapak tangan pengantin. Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga

Page 13: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 13/69

 

kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah

orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.Adat Berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat. Iaitu;

i) Berinai curi diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat

sahaja.ii) Berinai kecil diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran

tetangga dan sahabat handai.

iii) Berinai besar diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk 

 para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan.

Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin

  perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut

datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang

 berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.

Sebelum majlis perkahwinan dijalankan, berbagai persiapan akan dijalankan termasuklah

mendirikan bangsal penanggah, khemah tetamu, menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta

menyediakan bunga telur.

Majlis perkahwinan juga dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding. Ia merupakan

kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Pada hari

tersebut, majlis diadakan secara meriah dengan dihadiri oleh sanak saudara, jiran tetangga dan

sahabat handai. Kedua-dua mempelai akan memakai dengan pakaian pengantin, lazimnya baju

songket dan dihias indah dengan perhiasannya sekali. Pengantin perempuan akan diandam oleh

mak andam sebelum majlis persandingan bermula. Bagi mak andam tradisional, solekan

 pengantin didahului dengan jampi serapah untuk menaikkan seri muka pengantin dan diberi

makan sireh untuk membuang perasaan gemuruh. Ada juga pengantin yang dicukur bulu kening

dan dipotong anak rambutnya supaya kelihatan lebih menarik. Adat mengasah gigi juga

dilakukan bertujuan untuk meratakan gigi. Namun adat ini sudah tidak lagi diamalkan oleh

masyarakat Melayu hari ini.Pengantin lelaki akan diarak dengan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar dari

rumah penanggak menuju ke rumah pengantin perempuan. Kedatangan rombongan pengantin

lelaki akan disambut dengan taburan beras kunyit. Pengantin perempuan akan menyambut

kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman

rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan. Pada kebiasaannya, persembahan pencak silat

Page 14: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 14/69

 

atau juga dipanggil menyembah    pengantin akan

diadakan. Selepas itu, pengantin akan akan dibawa

naik ke rumah untuk adat bersanding pula. Di

sesetengah tempat, pengantin lelaki terpaksa melalui

 beberapa halangan di hadapan tangga, di muka pintu

atau di atas pelamin untuk mendapatkan pengantin

  perempuan. Oleh itu wakil pengantin lelaki perlu

membayar tebus  pintu atau tebus   pelamin. Pengantin

akan bersanding di atas pelamin yang dihias indah dan

antara yang terdapat di atas pelamin ialah bunga

 pahar. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan

 jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut.

Bunga telur yang telah siap digubah

Di sesetengah tempat, dua atau tiga hari selepas majlis perkahwinan, pasangan pengantin

tersebut akan menjalani upacara mandi sampat atau mandi berlimau. Upacara ini dilakukan

sebagai simbol kedua pengantin telah selamat bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Dalam upacara ini, kedua pengantin baru akan dimandikan dengan air mayang pinang, air kelapa

atau air limau. Adat ini hanya dilakukan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

Seminggu selepas itu, adat menyambut menantu atau mengundang menantu akan

diadakan. Di sesetengah tempat ia dipanggil majlis bertandang. Majlis perkahwinan akan

diadakan pula di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah semeriah majlis di rumah

  pengantin perempuan. Ada juga yang menjalankan majlis bertandang ini dengan hanya

mengadakan doa selamat yang dihadiri oleh saudara mara dan jiran sekampung tanpa

mengadakan majlis persandingan.

Pelamin yang telah siap dihias 

Page 15: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 15/69

 

Setelah beberapa hari di rumah pengantin lelaki, pasangan suami-isteri tersebut akan

dibawa melawat ke rumah kaum keluarga dan sanak saudara. Tujuannya adalah untuk 

merapatkan hubungan silaturrahim di samping kedua pengantin dapat berkenal-kenalan dengan

keluarga kedua belah pihak.

Adat Kematian

Mengikut ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. Dalam

masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara

sesama Islam adalah fardu kifayah.

Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati

ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara maradan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan

dibuat di masjid oleh tok imam.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari

kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua

tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang

menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan

mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.

Semasa mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan.

Mayat tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin. Sebelum dikebumikan, mayat

dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat. Mayat perempuan akan

dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan begitulah sebaliknya. Namun begitu

mereka yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.

 

Jenazah seterusnya dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain

 putih. Bagi jenazah lelaki, mereka perlu dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita pula

sebanyak lima lapis beserta telekung. Jenazah juga akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur 

 barus. Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup

mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya

Page 16: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 16/69

 

disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan

memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya

 beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-

mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut

 boleh menuntutnya pada waris si mati. Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan

lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu

 pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh

masyarakat Melayu pada hari ini.

Selepas itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan.

Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah

hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita

kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan

meratapi kematian tersebut. Tangisan dan

ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah

 perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.

Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan

tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.

Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah

dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah

keranda ditutup dan tanah ditimbus. Dua batang batu nesan

tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan

dicacak di atas kubur sebagai tanda. Seterusnya upacara

membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam. Selepas

talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur 

si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA

Kepercayaan dan Perayaan

Mengusung Keranda Ke Tanah Perkuburan

Batu nesan 

Page 17: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 17/69

 

Masyarakat cina di negara ini merupakan kaum bukan bumiputra yang paling ramai dan mereka

 berada di kebanyakan Bandar besar dan kecil serta menguasai seluruh perdagangan di negeri ini.

Mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan atau kelompok berdasarkan bahasa percakapan,

 profesion dan cara hidup yang berbeza.

Orang-orang Cina rata-rata menganut fahaman agama mereka iaitu Confucius, Taoisme

atau Buddha. Ada juga Orang Cina yang menganut agama Islam atau Kristian. Pada umumnya

Orang-orang Cina mempunyai banyak hari perayaan yang disambut mengikut masa tertentu

dalam setahun.

Orang-orang Cina mempunyai calendar yang mengandungi dua belas bulan dan dua belas

tahun mengikut nama bintang. Tahun-tahun itu adalah tahun Tikus, Lembu, Harimau, Gajah,

Arnab, Naga Ular, Kuda, Kambing, Monyet, Ayam Jantan, Anjing dan Babi. Setelah lengkap

dua belas tahun maka ia akan berbalik semula pada tahun mula dan seterusnya.

Setiap awal tahun oaring Cian akan menyambut hari perayaan yang dinamakan Tahun Baru

Cina. Ia merupakan perayaan yang terbesar bagi kaum Cina. Perayaan ini bukanlah merupakan

 perayaan keagamaan. Ia bermula pada awal tahun mengikut calendar Cina dan dirayakan selama15 hari, setelah itu ditutup dengan perayaan Chap Goh Meh.

Beberapa perkara penting perlu disiapkan dalam merayakan Tahun Baru Cina, dan setiap

 perkara ini membawa maksud tertentu bagi masyarakat Cina. Kuih Bakul, Kuih Bulan dan kuih

muih yang manis melambangkan kemanisan dalam hidup, murah rezeki dan subur. Buah limau

Mandrin pula melambangkan kemewahan dan kekayaan iaitu daripada warna emas buah

tersebut. Pada umumnya perayaan Tahun Baru Cina bermula pada 24 haribulan dua belas tahun

sebelumnya. Menurut keprcayaan mereka pada masa ini Dewa Dapur, Zhaojun dihantar ke

syurga untuk melaporkan kepada Maharaja Jade berkenaan ahli-ahli keluarganya. Untuk 

mendapatkan laporan yang baik maka Zhaojun dijamu dengan makanan yang manis-manis

seperti pulut manis dan daging manis.

Page 18: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 18/69

 

Pada petang Tahun Baru Cina seluruh ahli keluarga mestilah berkumpul di rumah orang tua

untuk makan malam keluarga atau ‘tuang yuen fan’. Pada waktu tengah malam pula, upacara

mid-night ceremony iaitu menerima dewa murah rezeki diadakan di hadapan rumah. Pada masa

ini mereka juga akan pergi ke berhala untuk bersembahyang dab berdoa. Upacara menziarahi

akan dilakukan pada waktu siang. Hanya orang-orang muda yang keluar menziarahi, manakala

orang-orang tua tidak boleh keluar rumah. Pada waktu ini, orang-orang muda yang belum

 berkahwin diberi ang pow.

Tarian Naga dipersembahkan pada Tahun Baru Cina melambangkan kebahagian hidup

 pada masa hadapan, disamping mengutip derma kebajikan. Mereka juga digalakkan bermain

mercun dan bunga api sebagai melambangkan kemewahan dan keuntungan dalam berniaga dan

 juga melambangkan berakhirnya yang lama dan bermulannya yang baru.

Selain itu, masyarakat Cina juga merayaan hari Keputeraan Tien Kuang iaitu persembahan

kepada tuhan Tien Kuang iaitu Dewa Syurga. Perayaan ini disambut di kuil-kuil. Seterusnya

adalah Hari Kuan Yin iaitu hari pemujaan Dewi Kuan Yin. Dewi Kuan Yin merupakan Dewi

Pengasih yang mengasihi kanak-kanak dan dikhaskan supaya tidak makan daging. Perayaan

Cheng Beng juga merupakan salah satu perayaan terbesar, ia merupakan hari memperingati roh-

roh nenek moyang mereka. Mereka akan pergi membersihkan kubur, membakar kertassembahyang, lilin dan setanggi. Mereka juga akan membawa makanan ke kubur untuk 

dipersembahkan pada roh si mati.

Seterusnya adalah perayaan Perahu Naga yang disambut untuk memperingati ulang tahun

kematian penyair agung Cina Che’e Yuan. Perayaan ini disambut dengan acara menukar hadiah

kuih Chung antara jiran-jiran dan kaum keluarga. Satu lagi perayaan yang disambut oleh kaum

Kantonis adalah Perayaan Puteri Tujuh Beradik. Perayaan ini disambut oleh gadis-gadis

Kantonis dengan memanjat doa kepada tuhannya agar perkahwinan mereka nanti akan bahagia.

Perayaan Hantu-hantu Lapar disambut oleh kaum Kantonis dan Hokkien dengan mengadakan

  persembahan makanan dan membakar kertas atau setanggi untuk mengelakkan mala petaka

kerana mengikut kepercayaan mereka pada masa tersebut iaitu sebulan dalam bulan ketujuh

hantu dilepaskan bergaul dengan manusia. Perayaan Kuih Bulan pula, jatuh pada 15 haribulan

Page 19: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 19/69

 

lapan Cina yang memperingati lagenda Cina tentang bidadari bulan bernama Chiang O akan

turun ke bumi. Mereka akan menyediakan Kuih Bulan dan bermain tanglung.

 Adat Kelahiran

 

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek 

ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina

semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak 

ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat

Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan

kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga

wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak 

lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama

nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan

apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya

ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir 

akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak 

mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayidari terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Sebarang konflik atau

 perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi

nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang

dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak 

tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka

kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan,

wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga

serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan

membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki atau

 perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila

kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah

 perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Page 20: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 20/69

 

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh

hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang

  baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk 

mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang

tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan

menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan

dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh

orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani

kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu

 pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuatdaripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama

ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat

mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu

apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan

kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya

diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan

membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut

Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut

sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi

rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah

kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga

 pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira

makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima

aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. Bunyi

nama mestilah sedap didengar . Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik 

seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Nama mestilah dibuat berdasarkan

kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Page 21: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 21/69

 

 Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama

mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang

mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan

mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat

kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala

menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih

terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

Adat Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan

melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi

yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.

Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat

dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu

eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan

implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk 

memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina

merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.

Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah

laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara

merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan

kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih

gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain.Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan

  perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan

 perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing

adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi

Page 22: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 22/69

 

membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan

 pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja

dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar 

menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui,

diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan

anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua

 pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian

dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk 

 penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana

 jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan

akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa

yang ditetapkan. Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari

  perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping

kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati

daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan.

 Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat

yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan

kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika

menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua

 pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua

keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor 

tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal

 pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinanatau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran

Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan

wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada

 pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas

kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat

Page 23: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 23/69

 

dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang

diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh

yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat

kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada

tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan

sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin

  perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian

 pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap

 pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah

atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Pengantin

Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada

masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan

diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas

 pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin

akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan

keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga

kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam

Page 24: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 24/69

 

masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan

tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan

 penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping

 bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin

akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat

 bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini

 

Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan.

Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.

Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.

Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli

keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akanmenandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa

orang saksi.

Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi

sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di

gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Adat Kematian

Masyarakat Cina begitu berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal

kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri. Berikut adalah

 penerangan mengenai adat resam masyarakat Cina berkaitan kematian.

Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi

 penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi

dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat.

Kemudiannya mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik. Lazimnya pakaian

tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Oleh itu adalah menjadi

kewajipan masyarakat Cina menyimpan pakaian perkahwinan untuk dipakai sewaktu meninggaldunia. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat

akan dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi

yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan

seseorang semasa hidupnya.

Page 25: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 25/69

 

Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki

menangis atau meratapi pemergian si mati. Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si

mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Lazimnya

tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata yang menunjukkan si mati telah

membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku,

roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina

yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak 

disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih

tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan

mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan

menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan

kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan

sehingga mayat dikebumikan.

Seterusnya mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada

zaman dahulu masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang

diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati.

Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding

golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda

akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah

 perkuburan.

Mayat diarak  ke Jirat

Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan

mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat

Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah. Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu

Page 26: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 26/69

 

kegemaran si mati ketika hidup. Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi

  jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya

iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam

akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam.

Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan

keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Pakaian ahli

keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian mereka akan

memakai baju jejaring yang diperbuat daripada jut atau sabut. Baju ini dipakai di bahagian luar 

 baju hitam. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut

logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cinacara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas

tersebut.

Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut

haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka

memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk 

menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di

dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan

kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak 

dilakukan lagi. Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian

mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting

kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal

dunia. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika

dibandingkan dengan tanah yang rata. Kebanyakan tanah perkuburan terletak di kawasan yang

 berhampiran jalan raya. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kawasan seperti itu akan

memudahkan roh si mati menemui jalan pulang.

Page 27: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 27/69

 

Upacara Pengebumian

 

Jiarat dibina di atas bukit

Upacara Penyembahan Kubur

Contoh duit yang dibakar

MASYARAKAT INDIA DI MALAYSIA

Kepercayaan dan Perayaan

Page 28: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 28/69

 

Kaum India merupakan penduduk ketiga teramai di Malaysia selepas kaum Cina. Sebahagian

 besar daripada mereka adalah masyarakat Tamil yang beragama Hindu dan mereka merupakan

 pendatang dari daerah-daerah pantai selatan negara India pada beberapa abad yang lalu. Namun

 pada masa kini, terdapat ramai juga kaum India yang menganut agama lain selain Hindu iaitu

Islam, Kristian dan Baha’.

Pada dasarnya masyarakat India di negara India mengamalkan sitem hidup berkelas-kelas

yang dipanggil kasta. Terdpat empat kasta, seperti yang diketahui umum iaitu Brahmin, Kastria,

Waisya dan Sudra. Masyarakat India di negara ini tidak menampakkan ciri kasta mereka

mungkin kerana pengaruh sekitar atau suasana sekeliling yang tidak menggalakkan system

tersebut.

Kuam India beribadat di rumah-rumah berhala atau kuil dan agama memainkan peranan

 penting dalam kehidupan sehari-harian mereka. Agama Hindu tidak mempunyai pengasasnya. Ia

merupakan kumpulan idea yang lahir daripada ahli fikir dan falsafah mereka sejak beribu tahun

yang lalu. Kepercayaan mereka tertumpu pada dewa-dewa dan dewi-dewi dan secara umumnya

ada tiga dewa utama iaitu Krisyna, Siva dan Visnu. Dewa-dewa ini dianggap sebagai raja

manakala manusia adalah rakyatnya.

Orang –orang hindu mempunyai beberapa hari untuk perayaan dalam setahun mengikut

calendar mereka. Kebanyakan perayaan adalah berkaitan dengan agama dan kepercayaan

mereka. Calendar Hindu juga terbahagi kepada dua belas bulan dan seiap bulan dibahagikan

kepada dua iaitu bulan terang dan bulan gelap.

Hari-hari perayaan yang besar bahagi agama Hindu adalah Deepavali, Thaipusam,

Thaiponggal, Navarathri dan Tahun Baru Hindu. Perayaan yang disambut secara besar-besaran

adalah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.

Perayaan Deepavali disambut pada bulan Tamil Aipasi iaitu sekitar bulan Oktober hingga

 November. Ia dirayakan pada masa bulan gelap. Konsep Deepavali adalah pesta bagi merayakan

Page 29: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 29/69

 

kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar mengatasi pihak yang tidak baik, tidak jujur dan

tidak benar atau menandakan kecerahan mengalahkan kegelapan, keadilan mengatasi kezaliman

dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Perkataan Deepavali beerti sebarisan lampu atau pelita

dan lampu itu melambangkan kecerahan dan kebaikan mengatasi kegelapan dan kejahatan. Ia

dapat dicapai setelah berlaku perjuangan dan pengorbanan dengan sabar dan tabah mengatasi

dugaan.

Perayaan ini juga berkait rapat dengan hukum karma iaitu kebaikan dan kejujuran yang

dilakukan akan mendapat ganjaran baik juga pada akhirnya, bergitu juga sebaliknya. Kaum

hindu akan mengadakan upacara pemujaan khas kepada roh-roh kaum keluarga mereka yang

telah mati pemujaan ini dilakukan di rumah, tempat-tempat ibadat, kuil-kuil atau mana-mana

tempat yang bersih dan suci di kawasan rumah mereka. Pemasangan pelita dan lampu di sekitar 

kawasan rumah atau rumah berhala adalah perkara wajib. Makanan iaitu kuih-muih, buah-

 buahan, minuman serta pakaian baru diletakkan di atas daun pisang yang dikelilingi pelita bagi

melambangkan sesuatu yang baik. Selepas upacara sembahyang, minyak khas disapu di atas

kepala diikuti dengan upacara mandi membersih dan menyucikan diri dari dosa di sungai atau

kolam. Selepas mandi mereka akan memakai pakaian yang baru dan bersih. Selepas upacara

tersebut barulah mereka kunjung mengunjung sanak saudara dan rakan taulan.

Perayaan Thaipusam disambut pada malam bulan penuh dalam bulan Thai mengikut

kalendar Tamil. Perayaan ini merupakan penghormatan kepada Dewa Muruga. Pada masa ini

orang ramai akan berkumpul di kuil terbesar iaitu Batu Caves dan Waterfalls, Pulau Pinang.

Mereka akan membawa persembahan kepada dewa tersebut iaitu barang-barang seperti roti, susu

lembu, madu lebah, buah-buahan serta bunga-bungaan. Barang-barang ini dibawa di atas kavadi.

Perarakan membawa kavadi ini merupakan acara kemuncak. Pembawa kavadi mencucuk-cucuk 

 badan dengan jarum atau lain-lain benda tajam sambil kavadi dibawa di atas kepala. Perbuatan

menyeksa diri ini dilakukan untuk membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan. Upacara ini

 berakhir apabila telah membawa persembahan tersebut dihadapan Dewa Muruga.

Perayaan Tahiponggal disambut oleh orang-orang Hindu pada hari pertama bulan Thai. Ia

merupakan pesta atau perayaan menuai. Beras atau gandum akan dimasak di halaman rumah dan

Page 30: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 30/69

 

dipersembahkan kepada matahari sebai sumber kehidupan. Kadang-kadang juga diadakan

 perkumpulan di rumah, orang ramai akan memasak nasi dan dimakan beramai-ramai sebagai

tanda kesyukuran atas hasil pertanian yang diperolehi.

Perayaan Maha Siva Rathiri adalah penghormatan kepada Dewa Siva dan diadakan di kuil.

Manakala perayaan Pangguni Uttiram pula adalah perayaan sembahyang Hindu iaitu sebagai

memperingati perkahwinan Dewa Rama dan Dewi Sita. Bagi menghormati Dewa Subramaniam

Hari Chitra Paurnami diadakan.

Adat Kelahiran

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamilmenjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk 

gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan

 Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di

dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin.

Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India.

Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang

telah bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. 

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu

gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak 

dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi

tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai

ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas,

sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta

 pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara

memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir 

(kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air 

Page 31: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 31/69

 

susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil

tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga

oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh

ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak  kuttu vilakku dihidupkan

sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga

disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan

dan bunga-bungaan.

Seterusnya upacara aalatti dijalankan iaitu dengan menyediakan air kunyit yang

dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-

tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang

cumanggali dan diputar mengikut arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita

hamil tersebut. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke dalam air  aalatti dan

menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu

rumah.

Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang disediakan. Nasi-

nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan dan seterusnya dibungkus dengan kain putihdan disimpul. Wanita hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika

 bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal lahir adalah perempuan,

sebaliknya pula adalah lelaki.

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan tinggal di rumah ibu

 bapanya selama sebulan selepas bersalin. Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan

masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi, pendidikan dan struktur lapisan

masyarakat.Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan dicatat dengan tepat

  bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan

mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi

mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di

Page 32: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 32/69

 

telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya

membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak 

membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin.

Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar 

nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada

 bayi tersebut.Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah

 bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama

untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada

lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan

campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan

minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang

 penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi

akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi

tersebut. Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima,

ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah

upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka

dariapada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang

dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut

arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para

cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu

dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain

di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar 

dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi

selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan

Page 33: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 33/69

 

dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas

 bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Air tersebut

digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan

 bagi mengelakkan sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas

 bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang wanita yang

  berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan

menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan

untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk 

melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang

 bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut.

Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk 

digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan

melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah

kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan

dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak 

dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan

anggota badan bayi.

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India.

Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara

dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi

tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan

hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia

dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang

tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.

Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai tanda kesyukuran.

Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir 

masyarakat India. Upacara pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan

memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan juga disediakan seperti

Page 34: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 34/69

 

kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke

dalam buaian dan namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan

memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan upacara sembahyang bagi

mendoakan kesejahteraan bayi.

 Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh

kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama

Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi

 perwatakannya kelak 

Adat Perkahwinan

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik, sub etnik,

kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial

merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras

dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi

secara langsung dari pihak yang terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai

dan saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taraga akan membantu

dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen

 perkahwinan yang berdaftar.

Kunjungan ke rumah pengantin dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal

 pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa

dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu

dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah

ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk 

kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat

yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima

hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang

sebagai tetamu dan tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan menghidang

air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan

Page 35: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 35/69

 

dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani para tetamu yang

 bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan.

Kali ini pengantin perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat  pen paarttal juga

 bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal 

dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21

aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara

tilikan dimanak  Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina

 poruttam/Natcattira poruttam,  Kana poruttam, Mahentira poruttam,  Pentiikka poruttam, Yooni

 poruttam,  Raasi poruttam,  Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam,  Racau poruttam dan

Veetai poruttam.Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan

membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan,

cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah pihak 

akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin

telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan

untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan

diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih

  pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan

mengenai hari perkahwinan dan tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan

sebagainya. Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan

 bertukar-tukar kalungan bunga.

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan parisam. Parisam biasa

adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan, manakala udan

 parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum

  perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis

Page 36: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 36/69

 

  pertunangan. Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh

kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam

 jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka

dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin lelaki

dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik 

tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan menyediakan

 buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak 

yang dipanggil sebagai kuttu vilakku diletakkan bersebelahan   puurana kumbum sebagai

menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu.

Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa  parisam yang mengandungi sari dan

diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan

menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan

 jemputan lain boleh melihat puurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal

 pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke

ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga

 pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal.

Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin ( pen paartal ), adat ikat janji

(niccayam) dan pemberian hadiah ( parisam) merupakan adat yang sering dilakukan oleh

masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara

tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perludijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat India. Kad

  jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna

  perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu

dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Page 37: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 37/69

 

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk 

dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit,

kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan sebagai

 paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah pengantin perempuan untuk diberi

kepada pengantin lelaki dan begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan

diberikan sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan

 pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu

dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti

lingath thaali, pottut thaali, tennant  thaali dan sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku

di kalangan masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari

sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang,

kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui

hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan

diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang

untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai thaalippadaiyal .

Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk   pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini

kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri

orang.Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat

mukuurtta kaal  ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk 

menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk 

dijadikan mukurtta kaal . Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai

lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai

menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti

sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan

 bermohon pada Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu

diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah berkahwin

Page 38: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 38/69

 

akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut dari pangkal hingga

hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna

merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke

dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan

oleh pengantin beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur 

 pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin berikrar akan

menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat

mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara

 pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam

masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam yang

mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi

hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil

dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara  Kanggenam iaitu

menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari

 perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum

hari perkahwinan.

Pengantin bersanding

Upacara perkahwinan dilakukan oleh  Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia

hingga hari tua.  Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung

cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu

dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga

Page 39: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 39/69

 

aras dada. Kedua mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar 

dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah

menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya,

memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti

(bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-

tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di

dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan

untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan

  perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal , pemberian manisan, hadiah, penghormatan kepada

 pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan

.

Kolem dan Khumbem Alipu (Mengarak Lampu) Minji (Sarung Cincin Lelaki)

 

Adat Kematian

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah

ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian

adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh .

Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara

ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.

Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman

vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan

 berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.

Page 40: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 40/69

 

Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat

 berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu

diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan

mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan

kain. kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di

atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan

disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan

yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang

tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu

suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga

ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau

halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja

 boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau

sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan

menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula

akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum dimandikan,

minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan

minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak 

tangan digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan

sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas

dimandikan, si mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan

dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu sebagai

langkah menghormati tetamu.

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah

kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggaloleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri hendaklah

duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan.

Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan

  pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan

kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher 

Page 41: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 41/69

 

 balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan

  bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang

 perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher 

 balu. Thaali itu seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.

Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat

akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang

dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut mayat berupa beras

yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum

dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang

diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan

 pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si

mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang neippantam.  Neip bermaksud

minyak sapi dan pantam adalah obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian

hujung dengan menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau

cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa

yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti

kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa ke

tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa

kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli keluarga akan

mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali sebagai tanda penghormatan.

 Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat

dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat pada

 periuk.  Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung

melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk ibu. Seseorang yangmembawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki

mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut

yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai menggantikan rambut.

Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi

dan bijan. Sepanjang perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi

Page 42: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 42/69

 

mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas berlakunya

sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan atau enam belas hari selepas

kematian. sekiranya mereka berkabung selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-

handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah tradisional

termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini dibawa untuk dipersembahkan kepada si

mati. Gambar atau potret si mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian

dikalungkan dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan lampu minyak 

dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang dimulakan dengan meminta Tuhan supaya

melindungi si mati. pada masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu

makanan dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil sebagai karumaati iaitu hari

 bersembahyang. Sebuah khemah yang lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias

dengan cantik dan seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata diikat

dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan ke dalam periuk. Kemudian batu

tersebut dibasahkan dengan air, susu, air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata

itu dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada masa yang sama lagu-

lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali

sembahyang, makanan dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan

 pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada pukul dua belas malam dan

yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk 

seperti keranda. Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh si mati

sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara bersembahyang, pedanda akan dibayar 

dengan upah berbentuk wang ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah

upacara karumaati.

Page 43: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 43/69

 

Kepecayaan, adat resam, agama dan kesenian masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak 

Masyarakat Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun,

Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian,

Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Begitu juga dengan

masyarakat di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku kaum antaranya Iban, Bidayuh,

Bisaya, Cina, Orang Ulu, Melayu dan banyak lagi. Keunikan yang terdapat dalam suku kaum ini

ialah nilai kepercayaan, adat resam, agama dan kesenian yang sudah lama diamalkan dan diguna

 pakai dalam kehidupan mereka. Dalam tajuk perbincangan ini, beberapa suku kaum yang utama

sahaja difokuskan untuk member sebanyak maklumat yang dapat dikongsi.

Page 44: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 44/69

 

Agama dan Kepercayaan

Agama dan kepercayaan merupakan salah satu ciri etnik di Sabah dan Sarawak yang istimewa.

Agama dan kepercayaan mereka biasanya telah dibawa oleh nenek moyang mereka dan

diamalkan sehingga sekarang.

Kepercayaan dan Agama 'Labus'. Kepercayaan ini dimonopoli oleh kaum Rungus di Sabah

yang berasal sebelum kedatangan mubaligh Kristian pada sekitar tahun 1950-an, satu-satuyakepercayaan suku kaum Momogun Rungus ialah kepercayaan animisme. Mereka menyebut

kepercayaan ini sebagai agama Labus (disebut Labvus).

Menurut agama ini apabila bangsa Momogun dianiaya atau dijajah oleh bangsa lain maka akan

  berlaku malapetaka yang tidak pernah terjadi seperti serangan penyakit dan fenomena alam

kepada sesiapa yg melakukannya terhadap Momogun. Hal ini dikatakan oleh Bobolizan

Guraumanuk sebagai wasiatnya kepada Momogun.

Agama Labus adalah satu agama yang diasaskan oleh Bobolizan Guraumanuk. Dia

menamakannya sebagai agama Labus yang bermakna:

1. AGAMA – berasal dari bahasa Rungus boleh dilakukan

o ‘A’ - boleh

o ‘Gama’ - buat / lakukan

2. LABUS – bermakna keluar/lepas dalam bahasa Rungus

Ringkasnya,agama Labus bermaksud satu set hukum momogun yang boleh dilakukan untuk 

melepaskan mereka dari hukuman, laknat, sumpahan atau murka dari tuhan.

Kepercayaan Nunuk Ragang

Page 45: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 45/69

 

Kepercayaan ini lahir disebabkan oleh sepohon pokok kayu ara yang besar hidup di tepi sebuah

danau yang dalam di sebuah belantara. Dalam bahasa Dusun, Nunuk bermaksud pokok kayu ara

manakala Ragang bermaksud merah. Pokok ini dipercayai telah menjaga keamanan masyarakat

Kadazandusun dan menceritakan bagaimana berkembangnya masyarakat ini serta perpindahan

mereka dari satu empat ke tempat lain.

Pengait

Pada zaman dahulu tengkorak manusia juga dikaitkan dengan cerita " pengait " atau dalam

 bahasa Inggerisnya sebagai " head hunter " satu panggilan kepada pemburu kepala manusia

untuk dijadikan berian kahwin ataupun sebagai tanda kepahlawanan. Pemberian ini kebiasaannya

diamalkan oleh suku kaum Iban di Sarawak di mana seorang lelaki tidak akan dapat memiliki

isteri sekiranya ia gagal menyumbangkan sekurang-kurangnya satu kepala manusia yang dia

 penggal sendiri.

Pada kira-kira abad ke-17 hingga abad ke-18 masyarakat Momogun dan Murut masih lagi

mempunyai kepercayaan bahawa tengkorak manusia boleh membawa kebaikan kepada mereka

lalu menggantung beberapa tengkorak manusia di atas Tangkob. Tangkob ialah peti berbentuk 

silinder dan mempunyai ketinggian kira-kira 3 hingga 4 kaki. Kepercayaan ini telah menyerap

sebagai salah satu budaya dan kepercayaan yang abadi di kalangan suku kaum tersebut. Tangkobdiperbuat daripada kulit kayu digunakan sebagai tempat menyimpan padi. Ianya terdapat dalam

  berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tempat ianya disimpan. Tangkob biasanya

ditempatkan di sulap Bangkawan, sulap yang mempunyai atap tetapi tidak berdinding. Bagi

mengelakkan semangat padi diganggu dan rezeki pemilik padi akan bertambah maka tengkorak 

manusia digantung di sebelah atas tangkob bersama-sama beberapa buah kerang gergasi, daun

silad kering dan tulang binatang.

Contoh tengkorak manusia

Page 46: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 46/69

 

Mamasi dan Managas

Agama Labus mempercayai calendar sendiri. Dalam agama ini, ia bermula sebagai kaamatan /

kokotuan ialah bulan satu. Kaamatan adalah tahun baru pada asalnya menurut agama Labus.

Kitaran tahunannya adalah 100 tahun. Selepas 100 tahun maka bermula lagi ke tahunpertama dan

demikianlah pusingan seterusnya. Ada dua perkara yang penting semasa dalam tempoh kitaran

100 tahun dalam calendar agama Labus iaitu Mamasi dan Managas.

Mamasi dan Managas merupakan kepercayaan yang sudah lama diamalkan dan dijalankan dalam

 bentuk sebuah upacara. Upacara Managas ini dilakukan kerana dosa-dosa zina, curi, penipuan,

 pembunuhan dan segala bentuk dosa-dosa manusia yang dilakukan dalam tempoh seratus tahun

sebelumnya lagi. Managas bermakna "melupuskan hutang dosa".Mengikut adat dan pantang

larang dalam upacara Managas ,ia haruslah dilakukan dengan mengorbankan seorang manusia

yang masih teruna atau perawan yang dibeli dari saudagar Brunei dan Sulu.

Upacara ini bertujuan untuk melindungi segala kesalahan bangsa. Korban haruslah teruna atau

  perawan. Jika korban itu tidak suci, maka akan berlaku malapetaka yang dashyat kepada

  pembekal korban tersebut. Dalam upacara managas manusia yg menjadi korban tidak boleh

disebut orang atau manusia tetapi haruslah disebut sebagai sada tagazo atau panagas. Disebabkan

 perbuatan dosa manusia maka korban teramatlah penting. Darah korban ternak hanya mampu

menutupi segalah dosa manusia dalam tempoh 50 tahun dan selepas itu pelupusan hutang dosa

harus dibayar dengan nyawa manusia melalui titisan darah korban managas.

Upacara Mamasi bermakna menyuburkan perjanjian managas yang dilakukan sekali untuk 

tempoh 50 tahun. Dengan memercikkan darah korban di bumi maka perjanjian telah

diperbaharui. Upacara Mamasi dilakukan oleh ketua kaum ini iaitu Bobolian Rovusan dan

korban yang digunakan ialah khinzir. Setelah perjanjian diperbaharui, maka tiada bencana alam

Page 47: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 47/69

 

dan penyakit yang akan menimpa kaum ini. Kedua-dua upacara ini dilakukan bagi menebus

dosa-dosa dalam tempoh kitaran 100 tahun.

Beberapa situasi upacara mamasi dan managas untuk menebus dosa.

Perayaan

Terdapat dua perayaan besar yang disambut oleh masyarakat Sabah dan Sarawak. Di Sabah,

Pesta Kaamatan merupakan perayaan besar bagi penduduk mereka. Perayaan ini disambut secara

 besar-besaran oleh Kadazandusun dan kaum lain di Sabah sebagai meraikan tuaian yang baik.Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31

Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan unduk ngadau, tarian tradisi dan upacara

kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan iaitu ketua pendita. Selain menari Sumazau dengan

alat muzik tradisi, tapai iaitu arak beras dihidangkan sebagai minuman istimewa.

Bagi masyarakat di Sarawak pula, mereka meraikan Hari Gawai yang dikenali juga sebagai

Gawai Dayak. Perayaan ini diraikan oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak. Perayaaan

ini menunjukkan tamatnya musim menuai padi dan biasanya disambut pada akhir bulan Mei atau

awal bula Jun setiap tahun. Tarian, minuman tuak iaitu arak beras merupakan perkara yang wajib

ada untuk kemeriahan perayaan ini. Perayaan ini dimulakan dengan meletakkan pokok ranyai

atau pokok istiadat di kawasan perayaan. Upacara dendangan satu puisi diikuti renjisan darah

ayam jantan kepada bahan persembahan merupakan amalan untuk pembukaan perayaan tersebut.

Page 48: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 48/69

 

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa

Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang

daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan

 persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta

Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh

masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan

diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan

makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria

sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan

menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan

giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik 

yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak 

dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras

rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Kesenian

Kesenian masyarakat Sabah dan Sarawak boleh dilihat dari sudut pakaian, alat muzik dan tarian.

Kesenian ini menjadi keunikan bagi setiap suku kaum untuk melambangkan identiti kaum

 pribumi itu sendiri.

Pakaian

Keindahan pakaian kaum etnik ini terserlah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran

tangan yang menghasilkannya. Ragamhias pada pakaian membentuk motif-motif etnik samada

dari tenunan, jalian manik dan labuci. Perhiasan diri dari perak dan manik yang sarat

melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya.

Page 49: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 49/69

 

Merupakan Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung dan sirat serta tali

  pinggang lampit dan manik-manik. Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.

Wanita memakai bidang berhias syiling dan loceng serta selampai dan marek empang. Perhiasan

diri dari perak seperti ringgitgobeng, gelang kelunchong dan sudu tinggi.

 

.

Lelaki orang Ulu menggayakan sunong dan bah berhias manik 

serta perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman

manik. Wanita Orang Ulu menggayakan busana dipanggil

 basung dan ta'ah berhias labuci dan hiasan kepala lavung indu

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban

asal pakaian Malanau. Baju kurung pendek 

warna hitam dipadankan dengan kain songket.

Di dada memakai dua helai selendang merah

dan perhiasan diri kepih dada dan kepih

sanggul.

Page 50: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 50/69

 

 

.

Lelaki Iban memakai jaket bulu kambing atau harimau bintangdipadankan dengan sirat kain tenun, pakaian kepala ketapu

  berhias perak dan bulu kenyalang. Wanita memakai pakaian

istiadat lengkap, bidang, selampai yang disilangkan di dada dan

marek empang. Perhiasan diri barangan perak, rawai, ringgit

gobeng dan sugu tinggi

Pakaian tradisional Melanau bag

Menggayakan potongan moden b

  broked oren keemasan, penggang

selendang sifonda berkopiah jawa

Page 51: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 51/69

 

Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang

fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang

daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga

warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling

 perak.

Pakaian lelaki Bidayuh. Jaket daripada kulit kayu

  jipo Boyuh dipadankan dengan cawat berlatarkan

warna biru, merah dan hitam. Lazimnya lelaki

Bidayuh memakai baju berlengan panjang dan seluar 

  berwarna hitam dan menyarungkan jipo di sebelah

luarnya.

Page 52: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 52/69

 

Pasangan orang Ulu. Lelaki memakai kulit kambing sunong dan cawat

satin serta perhiasan dikepala daripada burung kenyalang. Wanita

menggayakan ta’ah baldu merah berhiaskan labuci motif aso dan naga.

Alat muzik 

Alat muzik merupakan salah satu kesenian bagi kebanyakan kaum di Sabah

dan Sarawak. Alat muzik mereka kebanyakannya dihasilkan oleh ahli kaum

mereka sendiri kerana terkenal dengan kebolehan mereka yang kreatif 

menghasilkannya daripada bahan tumbuhan dan haiwan. Kegunaan alat

muzik ini ialah semasa menjalankan pelbagai upacara seperti perkahwinan,

Pasangan Melayu Sarawak menggayakan pakaian

tradisional. Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang

dan bersamping songket. Wanita berbaju Kurung

Teluk Belanga, kepala dihiasi selayah diserikan

selempang sarung di bahu.

Page 53: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 53/69

 

sambutan perayaan, kelahiran mahupun kematian. Antara alat muzik yang biasa digunakan ialah

gendang, gabang, gong, sumpoton, kulintangan dan kant

Kulintanagan

Gabang

 

Kant Gong Sompoton

Tarian

Masyarakat pribumi borneo ini memang terkenal dengan kelainan mereka dalam seni tarian.

Biasanya sewaktu majlis keraian dan perayaan mahupun sambutan untuk beberapa upacara lain,

tarian merupakan simbolik terhadap sesuatu majlis yang diadakan. Bebarapa jenis tarian yang

dapat diketengahkan di sini ialah tarian sumazau, limbai, sumayau, mangunatip, daling-daling

dan adai-adai.

Tarian sumazau

Selalunya tarian ini dipelopori oleh suku kaum Kadazandusun dan dipersembahkan pada musim

menanam dan menuai padi bagi mengelakkan unsure jahat, memuja semangat, merawat

kesakitan dan juga semasa berkumpul bersama iaitu keraian. Tarian ini akan diiringi oleh muzik 

yang perlahan dan lembut.

Tarian limbai

Ganda

Page 54: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 54/69

 

Tarian limbai kebiasaannya dipersembahkan oleh suku kaum Bajau. Tarian ini dimainkan untuk 

upacara majlis perkahwinan dan merupakan tarian yang melakonkan pengantin lelaki dan

rombongannya ke rumah pengantin perempuan.

Tarian mangunatip

Tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh suku kaum Murut. Dalam bahasa mereka, mangunatip

membawa maksud terperangkap atau tersepit. Dalam tarian ini, para penari akan menari di antara

atau di celah-celah buluh dan selalunya dipersembahkan sewaktu acara perayaan.

Tarian daling-daling

Selalunya tarian ini dipersembahkan oleh kaum Bajau di Semporna. Tarian daling-daling

membawa maksud darling jika diterjemah ke Bahasa Inggeris. Mempersembahkan sebuah tarian

yang menarik mengenai perempuan yang menjadi pujaan ramai.

Tarian Adai-adai

Dipersembahkan sebagai hiburan dalam pelbagai acara. Tarian ini merupakan nyanyian

 pantun oleh sekupulan penyanyi dan dipelopori oleh suku Brunei di Sabah.

Adat resam

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat

dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari bertadang, kelahiran, perkahwinan

sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam

merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat

menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Adat bertandang

Adat bertandang Kadazan/Dusun

Tetamu akan diajak duduk di atas tikar dan kebiasaannya tetamu akan dijamu denagnnasi dan air 

tapai. Apabila tetamu berkunjung, mereka senang akan kedatangan tetamu tersebut maka sejenis

Page 55: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 55/69

 

minuman lihing akan dijamu kapada tetamu. Minuman ini tersimpan di dalam tajau atau

tempayan tuan rumah. Cara menghidangkan minuman ini ialah dengan dituang ke dalam gelas

suki yang diperbuat daripada buluh dan diukir indah. Pada akhir kunjungan, tetamu akan

dihadiahkan seekor ayam oleh tuan rumah sebagai ucapan terima kasih.

Adat bertandang Suku Bajau

Adat bertandang mereka tidak jauh beza dengan masyarakat Islam kerana kebanyakan mereka

adalah penganut agama Islam. Adalah menjadi adat suku Bajau tetamu tidak boleh menolak 

sebarang permintaan atau pelawaan tuan rumah termasuklah makan sireh dan merokok. Ini

adalah untuk menjaga hati tuan rumah. Tetamu juga hendaklah menanggalkan kasut kecuai jika

diizinkan oleh tuan rumah.

 Adat bertandang Suku Murut

Mereka mengaanggap bertandang merupakan amalan yang baik yang akan

menjalinkankemesraan sesame mereka. Tetamu akan dijamu dengan air tapai. Kesopanan

merupakan elemen penting bagi suku Murut. Kaum wanita Yang tidak mempunyai suam atau

ahli lelakidilarang menerima kedatangan lelaki yang tidak ada tali persaudaraan dengannya. Bagi

setiap rumah yang dilawati mestilah ada seorang ketua lelaki yang menjadi penghuni tetaprumah

itu. Jika ada tetamu melawat pada malam hari, hendaklah membawa lampu suluh.

Adat kelahiran

Adat kalahiran suku Kadazan/Dusun

Semasa mengandung, beberapa pantang larang perlu diambilkira seperti ibu mangandung tidak 

dibenarkan memakan buah-buahan yang jatuh ke tanah. Ibu-ibu juga dilarang makan hati

 binatang. Mengikut adat, sekiranya si ibu melanggar pantang ini,maka anak yang dilahirkan

tidak panjang umur. Sebaik sahaja ibu selamat bersalin, seluruh isi rumah juga perlu berpantang

dan hanya keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat. Sebagai emnanakan sesebuah keluarga

sedang berpantang, sejenis daun Wongkang akan dilekatkan dihadapan pintu rumah.

Page 56: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 56/69

 

Anak yang baru dilahorkan idak boleh ditegur. Seseorang tidak boleh berkata comelnya anak 

yang dilahirkan itu, tetapi boleh mengeluarkan kata-kata yang sebaliknya seperti hodohnya bayi

yang dilahirkan itu. Mengikut adat dan kepercayaan mereka, dengan berbuat demikian, anak itu

akan hidup dengan baik dan panjang pula umurnya. Sekiranya anak dilahirkan di rumah mertua,

anak akan diberi nama oleh ibu mertua tersebut. Nama anak biasanya akan dipilih mengikut

nama pokok kayu, haiwan dan sebagainya. Terdapat beberapa amalan lain lagi bertujuanmenjaga

kesihatan ibu dan ipacara menyambut bayi seperti adat Bershukor dan adat Poporuba.

Adat kelahiran Suku bajau 

Adat kelahiran mereka tidak banyak jauh bezanya dengan masyarakat Melayu semenanjung.

Perbezaannya Cuma mereka menggantungkan pokok limau barli yang berduri di bawah rumah

untuk mengelakkan daripada diganggu hantu syaitan.

Adat kelahiran Suku Murut

Menurut suku kaum Murut, apabila seseorang ibu itu mengandung, dia tidak boleh memegang

atau mengusik sesuatu yang ganjil. Ibu juga dilarang berdiri di tepi pintu kerana perbuatan ini

akan mempengaruhi anak dalam kandungannya. Upacara Kangkab yang dijalankan oleh seorang

 bomoh akan dijalankan untuk keselamatan ibu hamil supaya dijauhi malapetaka ketika hendak 

melahirkan anak. Sekeoas bersalin ibu tidak dibenarkan makan sebarang lauk selama sebulan,

kecuali bubur nasi dan air akar kayu. Selepas genap empat puluh hari, upacara Angiru

Ralarompirot yang bermaksud pembuanagan tali pinggang akan dilakukan di rumah ibu mertua.

Adat kelahiran suku Iranon (Illanun)

Adat kelahiran suku kaum ini juga tidak banyak bezanya dengan cara masyarakat islam

menyambut kelahiran bayi kerana kebanyakan mereka menganuti agama islam. Seorang bidan

akan merawat kandungan si ibu sejak bulan pertama untuk menjaga kandungan supaya dalam

keadaan selamat. Upacara berlenggang perut juga dilakukan oleh bidan. Mereka akan

menyalakan unggun api di bawah rumah dan menggantungkan ranting-ranting limau hidup serta

  bariri ( sejenis alat tenun). Ini bertujuan untuk mengelak gangguan makhluk halus saat

Page 57: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 57/69

 

menunggu kelahiran. Selepas melahirkan anak, si bapa akan membacakan azan. Bagi anak 

 perempuan pula si bapa akan membacakan iqamat sahaja.

Adat perkahwinan

Adat perkahwinan Kadazan/Dusun

Adat perkahwinan suku kaum KadazanDusun berbeza mengikut daerah tertentu.Ibubapa

memainkan peranan penting dalam pemilihan jodoh anak-anak mereka. Ibubapa pihak lelaki

akan bertanya pada anak lelaki tentang gadis pilihan mereka.Jika anak lelaki berdiam diri

menunjukkan beliau bersetuju. Kemudian upacara peminangan akan dijalankan.

Jika pihak perempuan menerimanya, upacara menghantar mas kahwin pula menyusul. Perkara

ini akan dilakukan oleh ketua kampong dan beberapa orang saksi pihak lelaki dan perempuan.

Mas kahwin berupa seekor lembu, kerbau, tempayan, wang tunai, sebuah gong, meriamdan lain-

lain.

Adat perkahwinan kaum Iban

Istiadat perkahwinan orang Iban adalah sungguh meriah. Pengantin perempuan akan dipakaikan

dengan pakaian yang indah dan berbagai bentuk perhiasan. Dia akan diarak ke rumah pengantin

lelaki dengan iringan pukulan alat-alat muzik yang kuat. Mereka percaya bahawa bunyian alat

muzik yang kuat akan menghalang alamat-alamat yang tidak baik. Pada malam pengantin,

mereka akan masuk tidur awal bagi mengelakkan dari mendengar alamat-alamat yang tidak baik.

Di rumah pengantin lelaki, pengantin perempuan harus bangun pagi untuk menumbuk padikerana ibu mertuanya akan memastikan tiada beras untuk dimasak. Selepas tiga hari mereka akan

tinggal dirumah pengantin perempuan pula selama tiga hari juga. Pengantin lelaki akan

ditugaskan untuk mencari kayu api.

Adat perkahwinan Suku kaum Bajau

Page 58: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 58/69

 

Adat istiadat perkahwinan suku kaum Bajau agak menarik berbanding suku kaum lain. Sebaik 

sahaja seorang lelaki akan berkahwin, dia dikehendaki meninggalkan keluarganya dan berpindah

ke rumah bakal isterinya. Biasanya istiadat perkahwinan diatur oleh keluarga lelaki. Terdapat

 banyak keistimewaan dalam perkahwinan suku kaum Bajau. Salah satu daripadanya bakal suami

 berhak mewarisi rumah bakal isterinya dan berhak tinggal di rumah itu selama-lamanya. Semasa

istiadat perkahwinandijalankan, pengantin lelaki akan memaki baju dan seluar serta menunggang

kuda padi bersama-sama seorang pengapit. Mereka akan diiringi oleh beberapa orang lelaki

memakai tanjak berwarna-warni menuju ke rumah pengantin perempuan. Rombongan akan

dijemput masuk ke rumah perempuan dan hantaran perkahwinan diperiksa seterusnya akad nikah

dijalankan. Selapas itu adat bersiram atau upacara ‘Mandi Pengantin Bedah’ atau ‘Masa

Dibedak’ dijalankan.

Adat perkahwinan suku kaum Murut

Bagi suku kau Murut, memilih jodoh adalah urusan ibu bapa. Anak-anak gadis yang meningkat

remaja akan dipinang oleh ibu bapa si teruna. Sebaik sahaja pinangan diterima, kedua- dua pihak 

akan membincangkan mengenai mas kahwin. Biasanya istiadat perkahwinan akan berlangsung

selama lima hari berturut-turut. Tiga hari pertama di rumah pengantin perempuan dan dua hari

  berikutnya di rumah pengantin lelaki. Apabila rombongan pihak pengantin lelaki ke rumah

 pengantin perempuan, adalah menjadi adat pengantin lelaki tidak ikut bersama sebaliknya hanya

menunggu ketibaan pengantin perempuan.

Adat perkahwinan suku kaum Iranon (Illanun)

Adat bertunang kan dimulakan terlebih dahulu. Kebanyakansuku kaum ini beragama Islam.

Hanya segelintir sahaja yang beragama lain. Oleh itu, adat istiadatnya lebih kurang sama dengan

orang Melayu seperti hantaran dan persandingan. Menjelang hari perkahwinan, pengantin lelaki

dan ahli keluarganya akan bertolak ke rumah pengantin perempuan. Pihak pengantin peremuan

akan meminta pihak pengantin lelaki mempersembahkan silat (tinabao). Jika pihak pengantin

 perempuan berpuas hati, maka hantaran yang dibawa pihak pengantin lelaki akan dibenarkan

dibawa naik ke rumah. Mengikut adat suku kaum Iranon pengantin lelaki tidak boleh menyentuh

Page 59: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 59/69

 

tanah. Sebaik sahaja dibenarkan naik, pengantin lelaki akan diturunkan dari usungan dan

diangkat oleh beberapa orang lalu didudukkan di atas tilam yang disediakan.

Adat kematian

Adat kematian Suku kaum Kadazan/Dusun

Bagi suku kaum Kadazan, ada dua cara untuk membawa mayat ke tanah perkuburan. Pertama,

untuk orang kebanyakan, biasanya mereka akan membungkus mayat dengan kain dan diikat pada

sebatang kayu. Mayat orang kaya pula akan dimasukkan ke dalam keranda atau tajau. Kemudian

mayat akan diusung beramai-ramai ke tanah perkuburan dengan bunyi gong dan gendang serta

 bunyi mercun dan senapang. Setelah itu mayat dijampi oleh seorang tua yang berpengalaman

dalam jampi mantera sebelum dimasukkan ke dalam lubang. Sebatang kayu beringin dicacakkan

ke arah pusat si mati.

 Adat kematian suku kaum Bajau

Suku kaum Bajau kebanyakannya beragama Islam. Oleh itu, hamper semua amalan yang

dilakukan hamper sama dengan orang Melayu. Bagi adat mereka, mayat harus dikebumikan

dengan segera, jika tidak ada dikalangan mereka akan menjadi gila. Setelah selesai upacara

 pengkebumian, seorang ketua (imam) akan membacakan talkin sambil merayu-rayu dalam

 bahasanya agar si mati tidak mengganggu ketenteraman kampong tersebut. Suku kaum Bajau

 percaya si mati akan menjadi hantu selepas kematiannya. Oleh itu, kawasan perkuburan mereka

terletak jauh dari kedudukan kampung.

Adat kematian suku kaum Murut

Apabila berita kematian diketahui, keluarga si mati akan memukul gong. Seluruh penduduk 

kampung yang sibuk bekerja aka segera pulang ke rumah. Mengikut adat suku kaum Murut, jika

kematian tidak diberitahu segera, mereka akan didenda dengan seekorbabi untuk anak menantu

Page 60: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 60/69

 

dan ipar si mati. Mayat akan dimasukkan ke dalam tajau ( keranda). Tajau besar ini dikenali

sebagai ‘bangkalan’ dan bahagian mulutnya disumbat dengan kayu dan siringnya diletakkan

getah kayu. Bahagian atas tajau dilapisi dengan tanah liat. Selepas itu, sebuah lampu kecil akan

dipasang di atas tajau untuk mengelak daripada gangguan syaitan. Tajau akan diletakkan di

 bawah kolong rumah. Beberapa keeping daun terap yang kering akan digantung. Daun-daun ini

ditebuk supaya berbentuk seperti manusia. Tujuannya adalah untuk mengelak sebarang

gangguan pada roh si mati.

Adat kematian suku kaum Iranon

Kebanyakan suku kaum Iranon ialah penganut agama Islam. Oleh itu, amalan pengebumian

mereka lebih kurang sama dengan masyarakat Melayu. Cuma mereka mengamalkan dua cara

 pengebumian yang agak unik. Pertama ialah bagi golongan bangsawan di mana berita kematian

diumumkan dengan cara memukul ‘balu’. Cara kedua ialah dengan mengumumkan kematian

melalui ‘tabo’ di masjid untuk orang kebanyakan. Selepas upacara pengebumian, salah seorang

ahli keluarga si mati akan menunggu di kubur untuk mengemas dan membina pondok di atas

kubur. Selepas itu, pondok akan dijaga oleh beberapa orang dan mereka akan bermalam di situ

selama tujuh malam bagi golongan biasa dan empat puluh malam bagi golongan berada.

Page 61: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 61/69

 

REFLEKSI

 NADHIRAH BINTI ABDUL RAHIM

Dalam melaksanakan tugasan yang diberikan, saya mendapat pelbagai gambaran mengenai

tajuk yang bakal dibentangkan dan dibuat sedikit kajian mengenainya. Topik mengenai

 perpaduan ini begitu besar diperkatakan dan menjadi isu atau bualan hangat dalam berbagai- bagai peringakat sama ada dalam institusi pengajian, medan politik dan tentunya menjadi fokus

di arena perdebatan kebangsaan. Semasa mendapat undian tajuk ini yang memfokuskan kepada

 persamaan dan perbezaan pelbagai kaum dari aspek nilai hidup dan budaya, saya agak teruja

untuk membuat bacaan mengenainya dalam waktu yang agak padat dan terhad.

Semasa menjalankan pembacaan disamping membuat kajian sosial kecil dengan pertanyaan

kepada rakan-rakan serta anggota masyarakat setempat,pelbagai pandangan dapat dinilai apaila

menyentuh mengenai soal perpaduan dari aspek kepelbagaian kaum. Memang dilihat pelbagai

norma-norma kehidupan yang berbeza mengikut kaum tertentu dan inilah yang menjadi

keunikan Negara Malaysia, kaya dengan budaya dan masyarakat berbilang kaum hidup harmoni

di bawah satu bumbung.

Jika dilihat dari sudut budaya dan nilai hidup, pelbagai kaum memiliki berbagai jenis

 budaya samada dari segi agama, kepercayaan, kesenian perayaan mahupun adat resam. Dalam

setiap aspek nilai kehidupan dan kebudayaan tersebut memiliki keistimewaan yang tersendiri

yang kadangkala dianggap sebagai identity yang mahal kepada sesebuah komuniti kaum

tersebut. Perpaduan boleh dikekalkan antara kaum jika di antara kita mudah bertoleransi, mudah

memahami antara satu sama lain. Di sinilah pentingnya untuk kita mengetepikan sikap tidak 

mahu mengambil tahu tentang nilai kehidupan yang ada pada kaum-kaum lain. Dengan adanya

kefahaman dari aspek ini, kita akan mudah untuk menerima kenalan dari kaum lain dengan hati

Page 62: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 62/69

 

yang terbuka, menghormati setiap perbezaan yang wujud dan secara tidak langsung juga mudah

memaafkan kesalahan orang lain.

Selain daripada itu, kefahaman yang terus mendalam akan mewujudkan suasana baik untuk 

mengelakkan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap kaum lain dan berlaku jujur terhadap

mereka. Bagi pandapat saya, perpaduan bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa tetapi perlu

lahir dari kejujuran hati seseorang dengan nilai-nilai seperti kepekaan terhadap amalan hidup

yang berbagai bentuk.

Setelah selesai menjalankan tugasan ini, saya sendiri telah berjaya meningkatkan

kefahaman saya terhadap kepelbagaian ciri yang ada dalam aspek-aspek kaum yang telah

disebutkan sebelum ini. Terasa diri juga amat bertuah dapat hidup dalam sebuah negara yang

 berbilang bangsa, dapat berkawan dengan rakan-rakan yang berbangsa selain daripada melayu

seterusnya dapat mengetahui dan memahami betapa tingginya nilai perpaduan untuk terus hidup

dalam keadaan yang istimewa.

Page 63: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 63/69

 

REFLEKSI

RADZIAH BINTI MUHAMAD

Saya sangat teruja ketika mencari maklumat untuk meyiapkan tugasan ini kerana banyak 

 perkara baru yang saya dapat pelajari. Kepelbagaian bangsa, agama dan adat resam merupakan

suatu hikmah besar kepada setiap individu yang hidup serumpun dalam kepelbagaian kaum.

Kepelbagaian ini membolehkan setiap individu dalam masyakat memperlajari dan mengenali

antara satu sama lain keunikan serta manfaat yang wujud darinya. Dengan ini secara khusus

meletakkan asas pluraliti global dan kepelbagaian manusia yang merangsang serta menggalakkan

 berlakunya pertalian universal, kerjasama serta saling melengkapi, pertumbuhan tamadun dan

 bukannya kemelut.

Pada pandangan saya yang bakal bergelar seorang guru, saya merasakan bahawa konsep

 perpaduan dan kepelbagaian ini perlu dipasak dalam jiwa anak-anak bangsa sejak dari bangku

sekolah lagi. Mereka harus dibiarkan bergaul antara satu sama lain dan belajar mengenal

 budaya, adat resam, kepercayaan dan perayaan antara satu dengan yang lain. Apabila keadaan

ini dipupuk dari awal maka pengasingan tidak akan berlaku pada peringkat dewasa. Guru juga

memainkan peranan besar sebagai perantara untuk mewujudkan kasih sayang dan saling percaya

antara kaum pada peringkat sekolah. Dengan ini secara tidak langsung guru turut berperanan

dalam penbentukkan negara bangsa yang saling bersatu-padu dan utuh. Penerapan nilai ini perlu

ada dalam perancangan hidup setiap guru.

Setiap dari kita perlu sedar bahawa kepelbagaian ini iaitu kepelbagaian dari sudut

 pertuturan/bahasa serta warna kulit sesuatu bangsa itu merupakan satu rahmat untuk manusia

Page 64: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 64/69

 

mengembangkan ilmu pengetahuan dan belajar dari kalangan mereka apa sahaja yang dapat

memberikan kebaikan kepada manusia. Oleh itu, pengajaran yang mesti kita ambil ialah peluang

untuk belajar (menimba ilmu) dan semangat saling kenal-mengenali antara satu sama lain perlu

dikayakan kerana dengan cara ini masyarakat akan dapat memperkaya ilmu pengetahuan dan

mengaut sebanyak mungkin manfaat dari pengetahuan itu untuk memperbaiki kekuatan,

kelemahan, bakat dan keistimewaan.

RUJUKAN

Abdullah Taib, 1981.   Antropologi Budaya Sosial. Kuala Lumpur . Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Khati Galis, 1990.   Adat Perkahwinan Masyarakat Bisaya Sarawak . Kuala Lumpur; Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Major David Ng (Rtd), 1989. Malaya-Gaya Hidup antara 1990-1930. Petaling Jaya; Penerbit

Fajar Bakti.

 Norhayati binti Abu Bakar, 1995.  Adat Resam Suku Kaum di Sabah. Kuala Lumpur; Penerbit

Pustaka Cita Tinggi.

Shahnil Asma Saaid, 1995. Adat Resam Tradisional . Petaling Jaya; Penerbit Prisma Sdn. Bhd.

Siti Zainon Ismail, 2006. Pakaian Cara Melayu. Bangi; Universiti Kebangsaan Malaysia.

Taha Abd Kadir, 1985.  Hari Perayaan Penduduk Malaysia. Petaling Jaya; Penerbit Pelanduk 

Publication.

Page 65: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 65/69

Page 66: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 66/69

 

 _________________________________________________________________________ 

 

MATA PELAJARAN :

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

TAJUK :PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL;

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PELBAGAI KAUM DARI ASPEK 

AGAMA, KEPERCAYAAN, PERAYAAN, KESENIAN DAN ADAT RESAM

DISEDIAKAN OLEH :

KUMPULAN KPLI-SAINS JUN 2009

NADHIRAH BINTI ABDUL RAHIM

(860830-56-5992)

RADZIAH BINTI MUHAMAD(830912-06-5564)

DISEDIAKAN UNTUK :

EN BOON JONG FOOK 

INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA

KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

KEDAH DARUL AMAN

Page 67: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 67/69

 

Nadhirah binti Abdul Rahim

 NAMA

Nadhirah binti Abdul Rahim

 NO KAD PENGENALAN :

860830-565992

ASAL :

Rawang, Selangor Darul Ehsan

 NO TEL:

013-3588095

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :

Ijazah sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi)

Universiti Kebangsaan Malaysia

KUMPULAN :

KPLI-Sains ambilan Jun 2009

 NAMA MENTOR :

Puan Nooraini binti Othman

Page 68: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 68/69

 

 NAMA

Radziah binti Muhamad

 NO KAD PENGENALAN :

830912-06-5564ASAL :

Pekan, Pahang Darul Makmur

 NO TEL:

012-9624296

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN :

Ijazah sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Biologi)

Universiti Kebangsaan Malaysia

KUMPULAN :KPLI-Sains ambilan Jun 2009

 NAMA MENTOR :

Puan Nooraini binti Othman

Page 69: masyarakat majmuk 2

5/7/2018 masyarakat majmuk 2 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/masyarakat-majmuk-2 69/69

 

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1 Penghargaan 1

2 Pengenalan 2

3 Masyarakat Melayu di Malaysia

-Kepercayaan

-Perayaan-Adat Resam

3

4 Masyarakat Cina di Malaysia-Kepercayaan

-Perayaan

-Adat Resam

18

5 Masyarakat India di Malaysia-Kepercayaan-Perayaan

-Adat Resam

30

6 Kaum-kaum Minoriti di Malaysia

Kepercayaan-Perayaan

-Adat Resam

47

7 Refleksi 65

8 Rujukan 68