32
MAKALAH BIOGRAPI TOKOH ISLAM DISUSUN OLEH : 1. Ares Yudha 2. Reza Saputra 3. Ryan Winandar PEMBAHASAN MASALAH TENTANG BIOGRAPI AL-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA 1

Makalah Biograpi Tokoh Islam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Deskripsi

Citation preview

Page 1: Makalah Biograpi Tokoh Islam

MAKALAH BIOGRAPI TOKOH ISLAM

DISUSUN OLEH :

1. Ares Yudha2. Reza Saputra3. Ryan Winandar

PEMBAHASAN MASALAH TENTANG

BIOGRAPI AL-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA

1

Page 2: Makalah Biograpi Tokoh Islam

DAFTAR ISI :

PENDAHULUAN …………………………………………………………..3

SEJARAH HIDUP…………………………………………………………..4

GURU DAN SUMBER ILMU…..........................................5

PENGALAMAN HIDUP………………………………………………….7

KARYA AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA…………….8

TAFSIR AL-MANAR………………………………………………………9

TAREKAT……………………………………………………………………..10

PERSOALAN TAQLID……………………………………………………11

PEMIKIRAN AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA……18

KEWAFATAN……………………………………………………………….22

KESIMPULAN……………………………………………………………….23

2

Page 3: Makalah Biograpi Tokoh Islam

PENDAHULUAN

Alhamdulillah akan nikmat Iman juga Islam, disusuli selepas itu nikmat akal yang cerdas, badan yang cergas, masa yang lapang, ibu bapa yang penyayang. Lain-lain nikmat tidaklah muat tempatnya untuk penulis tuliskan kerana infiniti kiraannya. Sudah lama penulis idamkan untuk menulis akan AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA & PEMIKIRAN beliau dan segala puji bagi Allah – berkait dengan kerja kursus mata pelajaran Aliran Pemikiran Moden – dapat juga akhirnya penulis tamatkan bacaan dan menulis.

Penulis berharap tulisan ini akan diambil manfaat oleh sekalian umat Islam. Inilah yang penulis tinggalkan dan semoga tulisan ini akan dikira Allah s.w.t sebagai amalan solih yang ganjarannya tidak putus-putus.

Penulis mengharapkan akan dengan membaca, memahami, dan menulis sebegini, dapatlah sedikit sebanyak menguatkan akal dan hati penulis untuk terus mengikut jejak-jejak generasi awal yang Allah s.w.t. meredhai mereka dan mereka juga meredhai Allah s.w.t.

Sekali lagi penulis berterima kasih kepada Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid kerana sudi menberi bimbingan dan tunjuk ajar yang bernilai dalam mata pelajaran Iktibar Sejarah Rasul dan tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan kepada ibu bapa penulis, Hajjah Che Mun Che Din dan Haji Baharudin Othman kerana segala pengorbanan dan tunjuk ajar yang tidak ternilai.

Akhir kata, terima kasih.

3

Page 4: Makalah Biograpi Tokoh Islam

SEJARAH KELAHIRAN

Nama penuh beliau ialah Al-Sayyid Muhammad Rashid bin al-Sayyid Ali Rida bin Sayyid Muhammad Shams al-Din bin Sayyid Muhammad Baha al-Din bin Sayyid Munla Ali Khalifah al-Baghdadi. Dilahirkan pada 27 Jamadil Awwal tahun 1282 Hjirah bersamaan 23 September 865 Masihi di al-Qalamun yang merupakan sebuah perkampungan kecil di Syria.

4

Page 5: Makalah Biograpi Tokoh Islam

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pada peringkat awal, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mendapat pendidikan tidak formal daripada bapanya yang juga merupakan seorang ulama. Bapa beliau adalah seorang yang bermazhab Syafie dan bertugas sebagai imam masjid di Qalamun.

Beliau berasal dari keluarga yang sangat soleh serta berpengalaman dalam pengetahuan Islam. Banyak dari ahli keluarganya dipanggil sheikh kerana keluasan dalam ilmu pengetahuan Islam. Di samping itu, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida memulakan pengajian awal secara tidak formal daripada bapanya dan kemudian di kuttab di perkampungan al-Qalamun. Di sini beliau belajar membaca al-Qur’an dan menulis, mempelajari nahu, matematik dan menghafal al-Quran.

Selepas tamat pengajian asas, beliau menyambung pengajiannya di peringkat rendah di Madrasah al- Ibtida’iyyah al-Rashidiyyah di Tarablus. Pada tahun 1299 Hijrah atau 1882 Masihi beliau memulakan pengajiannya di Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiyyah di Tarablus. Selepas itu beliau meneruskan perguruan dengan al-Shaykh Husayn al-Jisr di Madrasah al-Rahbiyyah dan juga di rumah gurunya di Tarablus. Dalam 1884 hingga 1885 Masihi pertama kali beliau

didedahkan pada al-Wuthqa `al-Urwa, jurnal yang ditulis oleh Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Akhirnya beliau berhasil untuk menemui Sheikh Muhammad Abduh. Usul dan saran pertama yang ditujukan kepada Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida daripada Sheikh Muhammad Abduh adalah agar beliau menulis tafsir Al-Quran dengan kaedah yang digunapakai dalam penulisannya di majalah al-Urwah al-Wustqa. Hal ini kerana Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida melihat kaedah yang digunapakai oleh Sheikh Muhammad Abduh

5

Page 6: Makalah Biograpi Tokoh Islam

amat jelas dan difahami tidak kira golongan mujtahid mahupun golongan masyarakat awam seperti golongan muqallid. Pada tahun 1314 Hijrah bersamaan 1897 Masihi beliau meninggalkan Syria untuk Kaherah bersama Sheikh Muhammad Abduh dan tahun berikutnya mereka melancarkan majalah al-Manar. Ia sebuah jurnal tulisan mingguan dan kemudian diterbitkan kepada bulanan yang terdiri tafsir-tafsir Al-Quran. Setelah lapan tahun menuntut akhirnya pada tahun 1315 Hijrah beliau dianugerahkan oleh gurunya Ijazah Alamiyyah.

6

Page 7: Makalah Biograpi Tokoh Islam

GURU DAN SUMBER ILMU

Guru-guru yang banyak membentuk keperibadian beliau ialah;

• al-Sheikh Muhammad Abduh (m.1323H/1905M)

Orientas dakwah yang dikemukakan oleh Sheikh Muahammad Abduh mencakupi tiga perkara utama; Pertama: Membebaskan akal fikiran umat Islam daripada belenggu taklid. Kedua: Menjadikan agama sebagai rakan kongsi untuk segala ilmu kehidupan. Ketiga: Memahami agama melalui metod salaf ummah.

Beliau juga aktif dalam menumpukan dakwah dalam islahnya dalam bidang pendidikan. Usaha ini ditumpukan di Universiti Al-Azhar Mesir. Beliau berpandangan supaya diintegrasikan diantara ilmu agama dan ilmu moden, juga supaya umat Islam member tumpuan dalam pendidikan Bahasa Arab.

• al-Sayyid Jamal al-Din al-Afghani (m.1315H/1879M)

Kaedah pembaharuan yang dibawa oleh beliau ialah kesatuan umat Islam berteraskan keimanan kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih, juga politik berasakan agama. Beliau berpendapat unsure secular adalah penyebab kemunduran umat Islam.

• al-Shaykh Muhammad al-Qawaqji (m.1305H/1888M)

• al- Shaykh Abd al-Ghani al-Rafi (m.1308H/1890M)

• al-Shaykh Mahmud Nashabah (m.1308H/1890M)

• al-Shaykh Muhammad Husayn al- Jisr (m.1327H/1909M)

7

Page 8: Makalah Biograpi Tokoh Islam

PENGALAMAN HIDUP

• As-Sayyid Muhammad Rashid Rida meninggalkan Mesir pada tahun 1908 untuk melawat Negara kelahiran beliau iaitu Syria. Beliau mengasaskan Al-Jamiah Al-Khairiah Al-Islamiah di sana.

• As-Sayyid Muhammad Rashid Rida berangkat ke Istanbul pada tahun 1909. Di sana beliau melihat terdapat tiga golongan ulamak dan ahli pemikir umat Islam. Pertama: Golongan yang terpengaruh dengan secular. Kedua: Para ulamak tradisionalis. Ketiga: Para ulamak modenis. Golongan yang ketiga ini dirapati oleh As-Sayyid Muhammad Rashid Rida kerana selari dengan pemikiran beliau. Beliau juga berada di Istanbul untuk mewujudkan sekolah integrasi di antara ilmu agama dan ilmu barat.

• Tahun 1912, beliau dijemput untuk menghadiri persidangan tahunan Jamiah Nadwah Al-Ulamak di Lucknow India.

• Tahun 1916, beliau ke Hijjaz untuk menunaikan ibadah haji.

• Tahun 1920, beliau berkunjung ke Syria sekali lagi dan dilantik sebagai Presiden Kongres Syria.

• Tahun 1925, beliau sekali lagi ke Hijjaz untuk menghadiri Persidangan Islam yang dianjurkan oleh Malik Abd Aziz As-Saud.

• Tahun 1931, beliau ke Palestin untuk menghadiri Persidangan Islam yang diadakan di Baitul Maqdis untuk membincangkan masalah Palestin. Persidangan ini diusahakan oleh Mufti Palestin, Sheikh Amin Al-Husayn yang pernah menjadi anak murid beliau.

8

Page 9: Makalah Biograpi Tokoh Islam

KARYA AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA

Selain Tafsir AlManar yang menjadi karya utama As-Sayyid Muhammad Rshid rida, beliau telah menghasilkan banyak karya yang dikategorikan kepada karya asli yang dihasilkan oleh beliau sendiri seperti majalah majalah al-Manar (1898-1935), al-Wahy al-Muhammadi (1938), al-Manar wa al-Azhar (1933), `Aqidah al-Salib (1912), Yusr al-Islam fi Usul al-Tashri` al-`Am (1956), Tafsir Surah Yusuf (1926), Tafsir al-Fatihah wa Sitt Suwar min Khawatim al-Qur’an (1934), Tafsir al-Qur’an al-Karim atau Tafsir al-Manar (1926), al-Khilafah wa al-Imamah al-`Uzma(1922), al-Wahdah al-Siyasiyyah wa al-Ukhuwwah al-Diniyyah (1946). Selain itu, beliau juga banyak menghasilkan karya berbentuk ulasan dan kritikan serta karya berbentuk risalah ringkas.

9

Page 10: Makalah Biograpi Tokoh Islam

TAFSIR AL-MANAR

Tafsir al-Manar pula adalah sebuah buku yang terdiri daripada idea, buah fikiran dan gagasan yang dilontarnya yg boleh dijadikan panduan kepada umat Islam tapi malangnya beliau meninggal sebelum menyiapkannya pada 1935. Tafsir ini mengungkap ayat-ayat al-Quran dengan memberi pengertian yang mudah difahami dan memberi kesan yang mendalam. Tafsir Al-Manar adalah salah satu kitab tafsir yang banyak berbicara tentang budaya dan kemasyarakatan. Suatu corak penafsiran yang menitikberatkan penjelasan ayat Al-Qur’an pada segi-segi ketelitian penyusunannya ayatnya, kemudian menyusun kandungan ayat-ayatnya dalam suatu penyusunan yang indah dengan penekanan pada tujuan utama turunnya Al-Quran.

Bagi beliau Islam yang sebenar bukan terletak pada tempat-tempat yang berpretij seperti al-Azar dan lain-lain. Di dalam Tafsir al-Manar beliau mempersoalkan beberapa persoalan terutama mengenai masalah kemasyarakatan.

10

Page 11: Makalah Biograpi Tokoh Islam

TAREKAT

• Tarekat Syadziliyyah

Beliau mulai mempelajari tasawuf dari gurunya, Husain Al-Jisr. Setelah beliau menggali dan memperdalam ilmu dan ushuluddin, sadarlah ia bahwa membaca Wirid tersebut termasuk bidah. Kerana itu, ia pun meninggalkannya dan lebih memilih untuk membaca dan mempelajari al-Quran.

• Tarekat Naqsyabandiyyah

Mengenai hal ini, As-Sayyid Muhammad Rashid Rida menyebutkan bahwa yang membuatnya bersungguh mempelajar Tasawuf adalah pesona kitab ‘Ihya’ ‘Ulum ad-Diin’ karya Imam Al-Ghazali.

Kemudian beliau meminta kepada gurunya dalam tarekat Syadziliyyah, Muhammad Al-Qawiqji untuk memperkenankannya untuk tetap menjalankan tarekat Syadziliyyah secara formalitas saja.

Setelah bertahun-tahun menjalani kehidupan sebagai Sufi, beliau menuturkan pengalamannya, “Saya sudah menjalani Tarekat Naqsyabandiyyah, mengenal yang tersembunyi dan paling tersembunyi dari misteri-misteri dan rahsia-rahsianya. Aku telah mengarungi lautan Tasawuf dan telah meneropong intan-intan di dalamnya yang masih kokoh dan buih-buihnya yang terlempar ombak.

Namun akhirnya petualangan itu berakhir ke tepian damai, ‘pemahaman Salaf ash-Shalih’ dan tahulah aku bahwa setiap yang bertentangan dengannya adalah kesesatan yang nyata.”

Beliau terpengaruh lagi adalah beliau buku-buku karya Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab.

11

Page 12: Makalah Biograpi Tokoh Islam

PERSOALAN TAQLID

Perkataan taqlid dari sudut literasi bermaksud mengikut, menghias, menunjuk, atau melakukan sesuatu perkara tanpa membuat sebarang pemerhatian dan penelitian. Sementara ulama fiqh mendefnisikan taqlid sebagai melakukan sesuatu perkara atau meninggalkannya dengan merujuk kepada pendapat orang lain tanpa mengetahui dalilnya. Bagi al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, taqlid bermaksud mengikuti sesetengah orang yang dihormati, dipercayai atau orang yang disangka baik mengenai perkara-perkara yang tidak diketahui kedudukannya samaada betul atau salah, baik atau buruk dan sesuatu yang membawa kebaikan atau kejahatan.

Amalan bertaqlid di kalangan umat Islam berlaku kerana mereka menganggap pintu ijtihad telah tertutup. Ia berpunca apabila golongan muqallidin berpendapat tidak ada individu yang menepati syarat sebagai mujtahid. Keadaan ini mendorong kepada amalan taqlid berterusan khususnya pada kurun keempat iaitu selepas tiga kurun terbaik seperti disifatkan oleh Nabi s.a.w. Seterusnya membawa perpecahan di kalangan umat Islam. Hal ini berlaku kerana setiap kelompok mengikut dan berpegang kepada pendapat seseorang tokoh mengenai sesuatu perkara, walaupun ia bertentangan dengan dalil-dalil al-Quran, As-Sunnah, pendapat majoriti sahabat dan tabiin. Pandangan golongan muqallidin itu ditentang oleh al-Sayyid Muhammad Rashid Rida kerana ia menggambarkan tentang ketidakyakinan umat Islam kepada diri sendiri dan buruk sangka terhadap orang lain, malah ia juga membuktikan sikap terlalu mengagungkan ulama silam.

Secara umum Muhammad Abduh, Jamal al-Din al-Afghani dan Rashid Rida menyalahkan apa yang dinyatakan oleh pemerintah Muslim ketika itu, dan beberapa sufi yang menentang penglibatan para ulama dalam politik serta meninggalkan apa yang dianggap sebagai tulisan Islam yang sebenar.

12

Page 13: Makalah Biograpi Tokoh Islam

Sedangkan di dalam al-Quran dan As-Sunnah terdapat banyak dalil yang menunjukkan taqlid dalam masalah agama tidak dibenarkan dan larangan ini juga ditegaskan oleh para ulama salaf. Malah Rasulullah s.a.w. memberi peringatan keras kepada umat Islam supaya tidak mengikut kesilapan yang dilakukan oleh golongan ilmuan menerusi sabdanya yang bermaksud:

“Janganlah ada di kalangan kamu orang yang bertaqlid terhadap agamanya dengan mengikut seseorang lelaki. Sekiranya lelaki itu beriman, dia beriman dan jika lelaki itu menjadi kufur, dia turut kufur. Sesungguhnya tidak ada ikutan pada kejahatan.”

Aspek lain menonjolkan alahan dan sensitiviti beliau terhadap amalan taqlid buta yang melibatkan masalah pokok dalam agama, kerana taqlid buta adalah lambang kejumudan dan kejahilan. Beliau menyarankan supaya masyarakat Islam mengutamakan pandangan yang benar berdasarkan neraca akal dan bukan sekadar bertaqlid kepada individu tertentu yang hanya berasaskan kepada sangkaan semata-mata. Keadaan ini membawa beliau mengkritik ajaran batiniyyah seperti Bahaiyyah, Qadyaniyyah dan sesetengah ajaran sufi yang bertaqlid kepada ajaran imam dan guru-guru mereka secara membabi buta. Para pengikutnya menolak sumber ijtihad, sama ada yang diperolehi menerusi akal atau qiyas yang menjadi sebahagian daripada sumber ilmu. Malah sikap pesimisnya terhadap budaya taqlid itu, kadangkala mendorong al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mengkritik gurunya sendiri seperti al-Shaykh Husayn al-Jisr dan tokoh ulama yang lebih utama seperti al-Imam al-Ghazali dan lain-lain, tetapi kritikannya halus berasaskan budaya ilmu dan dengan penuh beradab.

Kefahaman al-Sayyid Muhammad Rashid Rida tentang ajaran al- Quran menyebabkan beliau tidak dapat menerima taqlid buta yang berkaitan dengan

13

Page 14: Makalah Biograpi Tokoh Islam

masalah agama, kerana bertentangan dengan tuntutan mencari ilmu yang diwajibkan ke atas setiap Muslim, tidak menepati konsep ilmu menurut al-Quran yang menjadikan dalil yang kukuh dan fakta yang tepat sebagai sumber ilmu seperti firman Allah:

“Tidak ada di sisimu dalil tentang ini. Adakah kamu berkata terhadap Allah tentang apa yang kamu tidak ketahui”

Perkataan al-sultan dalam ayat di atas bermaksud al-burhan iaitu dalil atau bukti yang diperlukan oleh seseorang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan seterusnya membolehkan mereka membincangkan pelbagai masalah khususnya yang berkaitan dengan agama. Dengan kata lain amalan taqlid dalam agama adalah sesuatu yang bertentangan dengan aspirasi al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Selain itu, beliau juga menjadikan 112 surah Hud berikut sebagai panduan.

Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida secara jelas menganjurkan umat Islam mengikut nas dan menjauhi takwilan akal dan menjauhi bertaqlid dalam perkara-perkara agama yang menyentuh persoalan akidah dan ibadat. Seterusnya dalam usaha untuk menjelaskan tentang larangan bertaqlid, al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mengemukakan pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam al-Syawkani[10] mengenai kedudukan taqlid. Menurut beliau, al-Imam al-Shawkani menjelaskan bahawa para ulama berselisih pendapat tentang bertaqlid kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan cabang agama. Kemudian beliau mengemukakan pula pendapat al-Qarafi yang berkata: Mazhab Maliki dan jumhur ulama berpendapat wajib menggunakan ijtihad dan ditegah daripada bertaqlid. Beliau seterusnya menjelaskan pula pandangan al-Imam Ibn Hazm yang mendakwa bahawa ulama sepakat melarang umat Islam daripada bertaqlid dan beliau seterusnya memetik kata-kata al-Imam Malik: “Aku adalah seorang manusia biasa, kadang-kadang salah dan kadang-kadang betul. Oleh itu hendaklah

14

Page 15: Makalah Biograpi Tokoh Islam

kamu meneliti pandanganku mana-mana yang menepati al-Qur’an dan al-Hadith hendaklah kamu ambil dan menolak mana-mana yang bertentangan”.

Kenyataan yang ditegaskan al-Imam Malik itu yang melarang daripada bertaklid adalah sama dengan pendapat al-Imam al-Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah. Apa yang pasti kehidupan berlandaskan agama memerlukan ilmu pengetahuan yang bersumberkan maklumat yang tepat dan jauh daripada unsur-unsur syak dan tidak pula berdasarkan andaian. Kehidupan beragama tidak selari dengan falsafah taklid yang bersifat mengongkong kehidupan manusia, justeru al-Sayyid Muhammad Rashid Rida menyifatkan budaya taklid sama seperti seorang kanak- kanak yang terikat dengan bapa atau seorang murid yang bergantung kepada guru.

Senario ini adalah tidak sesuai dilakukan oleh seorang Islam yang berfikiran matang dan bebas. Banyak faktor yang menyebabkan al-Sayyid Muhammad Rashid Rida menolak taklid buta, antaranya taklid tidak sesuai dengan fitrah semulajadi manusia, kerana Allah memberi penghormatan yang besar kepada manusia dengan penganugerahan akal yang berfungsi untuk menilai sesuatu perkara sama ada baik atau buruk. Lantaran itu manusia disaran supaya proaktif, mengembeling tenaga dan bebas mencari kebenaran dengan berpandukan dalil dan bukannya bertaklid secara membabi buta. Budaya taklid buta tidak disenangi oleh golongan reformis bagi perpecahan ummah, malah dilihat oleh al-Imam al-Shawkani sebagai ancaman kepada kesatuan ummah. Oleh itu pembaharuan Islam yang diperjuangkan oleh al-Sayyid Muhammad Rashid Rida adalah bertitik tolak daripada tujuan di atas dan juga untuk membebaskan umat Islam daripada kesesatan orang-orang terdahulu seperti yang berlaku kepada kaum Thamud, Madyan dan sebagainya. Senario itu dijelaskan oleh Allah menerusi firmanNya:

15

Page 16: Makalah Biograpi Tokoh Islam

“Mereka berkata: wahai Shu`ayb adakah sembahyang kamu menyuruh supaya kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapa-bapa kami atau supaya jangan kami melakukan terhadap harta kami apa yang kami sukai?”

Menurut beliau lagi, sekiranya amalan bertaklid merupakan hujah yang dapat diterima Allah, maka sudah pasti Allah menerima taklid semua umat, kerana Allah bertindak dengan penuh adil dan saksama kepada semua manusia. Lantaran itu ulama-ulama besar menolak amalan taklid, malah tidak keterlaluan apabila al-Imam Ibn al-Jawzi dalam kitab Talbis Iblis mengganggap golongan muqallid sebagai golongan yang tidak yakin dengan apa yang diikuti dan perbuatan taklid itu dilihat merosakkan fungsi akal manusia.

Walaubagaimanapun bagi al-Imam al-Shatibi, orang yang betul-betul awam yang tidak mengerti dalam masalah agama dibolehkan bertaklid dengan memenuhi dua syarat berikut:

• Tidak boleh bertaklid kecuali pada orang yang benar-benar ahli di bidang agama.

• Tidak boleh mengikat dirinya serta menutup dirinya dari mengikut selain mazhabnya, jika telah jelas pendapat mazhabnya itu lemah, maka wajib baginya mengikuti yang lebih kuat dan jelas kebenarannya.

Pendapat ini dilihat lebih sederhana berbanding pendapat al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, kerana mengharamkan taklid secara mutlak adalah menafikan golongan awam yang benar-benar jahil terhadap agama. Sedangkan mewajibkan taklid dan menutup pintu ijtihad bererti menghilangkan universal Islam yang sentiasa relevan dan responsive terhadap keperluan zaman. Padahal banyak hal-

16

Page 17: Makalah Biograpi Tokoh Islam

hal baru yang tidak mampu dijawab dan ditangani kecuali dengan ijtihad. Kerana itu setiap orang perlu ditempatkan sesuai dengan kemampuan dan situasinya.

17

Page 18: Makalah Biograpi Tokoh Islam

PEMIKIRAN AS-SAYYID MUHAMMAD RASHID RIDA

Secara umum pandangan Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida tentang kajian mengapa umat Islam mundur dalam segala segi peradaban. Ia melihat bahawa kemunduran itu terjadi kerana ketidakmampuan umat Islam mengimbangkan antara ajaran-ajaran Islam dengan masalah kemakmuran duniawi, padahal ajaran Islam merangkumi kedua-dua hal tersebut. Umat Islam ketika ini dikatakan leka dan melebihi duniawi kerana tidak mahu ketinggalan dalam zaman yang moden ini. Tetapi umat Islam tidak tahu bahawa mereka sememangnya sudah ketinggalan jauh akibat terlalu mementingkan kemodenan tersebut dan meninggalkan ajaran Islam yang dapat membantu mereka. Jika ajaran Islam difahami dan ditaati sebaik-baiknya, umat Islam akan memperolehi kekuatan, kehormatan, peradaban tinggi, dan kesejahteraan.

Ringkasnya, umat Islam akan menjadi jantung peradaban dunia selama mereka menjadi Muslim yang sebenarnya. Menurut Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, ada sesuatu yang telah hilang dari pangkuan umat Islam, iaitu sifat-sifat jihad yang sebenar.

Pemahaman jihad kini terpesong disebabkan salah tafsir al-Quran yang menambah buruk keadaan masyarakat Islam. Jihad yang dimaksud ialah usaha dinamik dan hal itu terdapat pada ajaran Islam. Umat Islam harus bersikap aktif, berusaha keras dan rela memberi pengorbanan harta dan jiwa, demi mencapai cita-cita perjuangan. Sifat-sifat inilah yang membawa umat Islam di zaman klasik terdahulu dapat menguasai dunia. Akan tetapi pada masa kini, yang memiliki sikap dinamik ini adalah orang-orang Eropah. Oleh kerana itu, mereka mampu menaklukkan alam, mereka rela mengorbankan kehidupan dan harta demi bangsanya. Di samping itu, mereka memiliki kesetiaan yang tidak seorang pun dari mereka berani mengkhianatinya.

18

Page 19: Makalah Biograpi Tokoh Islam

Keadaan seperti sedemikian inilah sebenarnya juga dapat dimiliki umat Islam kembali, tetapi dengan cara yang berbeza dengan Barat. Jika orang Barat aktif dan dinamik kerana melepaskan agama mereka dan menggantikannya dengan prinsip kebangsaan, maka umat Islam pula dapat memperolehnya dari ajaran agamanya sendiri. Walaupun Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mengakui kemajuan peradaban Barat, tetapi beliau tidak setuju dengan faham sekular Barat, iaitu pemisahan agama dari perasaan kebangsaan atau politik negara. Menurut Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, umat Islam tidak perlu meniru Barat dalam fahaman kebangsaan ini, kerana dalam ajaran Islam rasa kebangsaan itu menjurus menbangunkan atas dasar keagamaan.

Dalam hal ini, beliau memahami kebangsaan atau nasionalisme tidak dalam erti kesamaan etnik, akan tetapi dalam erti suatu umat yang sama agamanya, yakni umat Islam. Kemungkinan beliau menghidupkan konsep itu sebagai reaksi terhadap nasionalisme yang dibawa oleh Napoleon, yang pengaruh kuat negara-negara Islam pada waktu itu. Seiring dengan konsep tersebut, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida menginginkan kesatuan dunia Islam. Untuk itu beliau berharapan terhadap kepemimpinan Turki Uthmaniah, akan tetapi pemerintahan Turki Uthmani akhirnya runtuh. Harapannya beralih pula kepada kerajaan Ibn al-Saud.

Beliau juga menganjurkan pembentukan organisasi al-Jamiah al-Islamiyah di bawah naungan khalifah, berdasarkan prinsip persaudaraan Islam yang menghapuskan ikatan-ikatan perkauman dan menyusun peraturan untuk segenap kaum muslimin dalam suatu masyarakat. Oleh itu, Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida mengemukakan idea islah masyarakat Islam dalam pelbagai bidang menerusi Tafsir al-Manar dan beberapa karya yang lain. Idea tersebut adalah hasil daripada pengamatan beliau terhadap fenomena yang berlaku dalam masyarakat Islam.

19

Page 20: Makalah Biograpi Tokoh Islam

Ekoran itu, muncul tafsiran yang bersifat semasa dalam usaha merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat Islam. Pendekatan yang digunakan ini adalah untuk membetulkan akidah dan mengembalikan masyarakat Islam kepada ajaran al-Quran yang sebenar. Gerakan ini adalah berlandaskan dan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai model dalam penentuan pemahaman iman disamping menjadikan sahabat-sahabat dan para salaf soleh sebagai rujukan beraqidah.

Yakni memberikan petunjuk bagi kehidupan manusia, dan merungkaikan pengertian ayat tersebut dengan hukum-hukum alam yang berlaku dalam masyarakat dan kemajuan peradaban manusia. Agenda pembaharuan Islam yang diperjuangkan olehnya membawa pengaruh kepada perkembangan Islam khususnya di alam Melayu. Penerapan juga dilakukannya dalam sistem politik dengan mengemukakan gagasan kesatuan umat Islam sambil menolak sekularisasi Barat yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara. Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Qur’an dan al-sunnah dan manhaj salafi.

Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim. Falsafah beliau jelas mewakili suatu transasi dari modernis, rasional, liberal dan reformis tradisi

yang diwakili oleh Muhammad Abduh dan Jamal al-Din Al-Afghani dengan falsafah supremasi Muslim dan radikal dari Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Justeru, pemikiran beliau dikatakan berada tahap bersederhana yang mengimbangi reformis tradisional dan reformis radikal serta membela kepentingan Islam di seluruh dunia tanpa perbezaan antara mazhab atau doktrin.

20

Page 21: Makalah Biograpi Tokoh Islam

Walaupun pemikirannya merupakan rentetan dari pemikiran Abduh namun idea beliau dipandang sah dan menjadi satu pusat untuk menjana kembali Islam dan membawa kepada keserasian dengan moden atau peradaban tamadun kini.

Bagi beliau, penghayatan yang mendalam terhadap ajaran Islam yang berpaksi kepada nilai-nilai tauhid pasti memberi kesan mendalam kepada kehidupan seseorang individu Muslim. Ia seperti yang ditegaskan oleh Ibn Qayyim yang menganggapnya sebagai asas dan teras, seperti

akar tunjang bagi sepohon pokok atau hati bagi manusia. Islam menolak kekeliruan-kekeliruan yang terdapat pada sesetengah menusia, dimana mengetengahkan fikrah Islam serta menyebarkan fikrah Islam kepada orang ramai dengan jelas dan terang. Dalam usaha tersebut, tidak boleh menghilangkan walau pun satu huruf daripada fikrah Islam yang sebenar. Apabila hati itu bersih dan mantap, maka lahirnya tindakan pancaindera yang selari dengan sunnah Allah.

Hal sedemikian difahami dengan mendalam oleh al-Sayyid Muhammad Rashid Rida, justeru sukar bagi beliau berkompromi dengan beberapa amalan negatif yang berlaku dalam masyarakat Islam seperti tawassul, amalan berunsur syirik, bidah dan khurafat serta taqlid buta dan sebagainya yang banyak diberi penekanan oleh al- Sayyid Muhammad Rashid Rida dalam Tafsir al-Manar.

21

Page 22: Makalah Biograpi Tokoh Islam

KEWAFATAN

Al-Sayyid Muhammad Rashid Rida telah meninggal dunia secara mengejut di dalam kereta sekembalinya daripada terusan Suez menuju ke Kaherah pada 22 Ogos 1935. Jenazah beliau disemadikan di Kaherah, Mesir.

22

Page 23: Makalah Biograpi Tokoh Islam

KESIMPULAN

Kupasan isu islah masyarakat yang dipaparkan dalam Tafsir al-Manar adalah sebahagian daripada perjuangan dakwah mengembalikan masyarakat kepada ajaran al-Quran yang sebenar. Tafsiran yang semasa dengan meraikan keperluan masyarakat menjadi tarikan kepada masyarakat berinteraksi dengan karya tersebut. Ia juga menarik minat para sarjana meneliti dan mengkaji idea islah tersebut dengan lebih mendalam. Justeru perbincangan islah masyarakat yang melibatkan persoalan taklid, tawassul, bidah, khurafat dan perayaan Mawlid Nabi banyak yang dapat diambil manfaat dan melambangkan penguasaan ilmu dan peradaban. Ia juga memperlihatkan sikap sebenar al-Sayyid Muhammad Rashid Rida terhadap perkara-perkara tersebut.

Beliau tidak berkompromi dengan hal-hal yang telah jelas kebenarannya tidak mempunyai dalil, tidak wajar dilakukan oleh umat Islam memandangkan ia tidak bersumberkan al-Quran dan hadis. Ia juga tidak pernah diakui oleh para sahabat, tabiin atau para imam mujtahid seperti al-Imam Malik, al-Thawri, al-Awzai, al-Layth bin Sad, Abu Hanifah, al-Shaf`i, Ahmad bin Hanbal[17] dan sebagainya. Serta tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah

golongan yang mencampur adukkan di antara masalah ibadat dan adat malah cuba menjadikan adat sebagai syiar. Bagi beliau, ini menimbulkan kekeliruan kepada golongan awam. Justeru usaha beliau mengupas ayat-ayat al-Quran dengan sumber-sumber yang sahih dan muktabar adalah untuk mengislah masyarakat Islam dan menunjukkan mereka jalan yang sebenar.

23

Page 24: Makalah Biograpi Tokoh Islam

SEKIAN DAN TRIMAKSIH

24