Mahkamah Syariah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pengajian Am 1

Citation preview

Mahkamah SyariahMahkamah Rayuan Syariah Mahkamah Tinggi Syariah Mahkamah Rendah Syariah

Sejarah Pada kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. UndangUndang Islam mula digunakan apabila pembesar dan rajaraja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undangundang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie" kata Hakim Edmond JC Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux). "Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton Mah. Rayuan Ngri Melayu Bersekutu (1927) 6 FMSLR 128).

Kejatuhan Melaka pada 1511, Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mmepunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis).

Pada 1880 Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880. (kahwin & cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada rajaraja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama.

Sejak Tahun 1952 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang diPertuan Agong.

Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undangundang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Akta 505). Setiap negeri mempunyai Mahkamah Syariah sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Senarai 2 Butiran 1 untuk mengadili orang Islam. Mahkamah Syariah berperanan untuk mengadili orang Islam mengikut hukum agama Islam (berdasarkan AlQuran dan Sunnah/Hadis). Mahkamah Syariah mempunyai kedudukan sebagai entiti yang boleh membuat keputusan kehakiman tetapi sering dipertikaikan di mahkamah sivil.

Tujuan & Peranan Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan asSunnah. Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.

Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.

Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lainlain perkara mungkar Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Struktur Mahkamah Syariah Di Wilayah Persekutuan terdapat : a) Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; b) Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya c) Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan

Di bawah Seksyen 40 (1) Akta 505, Yang diPertuan Agong atas nasihat Menteri boleh menubuhkan Mahkamah Syariah Rayuan di tempat yang difikirkan perlu. Di bawah Seksyen 40 (2) Akta 505, Yang diPertuan Agong atas nasihat Menteri boleh menubuhkan Mahkamah Syariah Tinggi di tempat yang difikirkan perlu. Di bawah Seksyen 40 (3) Akta 505, Yang diPertuan Agong atas nasihat Menteri boleh menubuhkan Mahkamah Syariah Rendah di tempat yang difikirkan perlu.

Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi(dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam halhal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.

Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terhad kepada kuasa tempatan sahaja. Mahkamah Syariah menguruskan permohonan pendaftaran kes-kes syariah seperti mal, jenayah, dan faraid. Mahkamah Syariah membicarakan kes sivil dan jenayah yang melibatkan orang beragama Islam sahaja. Mengendalikan kes-kes rayuan mal dan jenayah serta mengeluarkan sijil faraid.

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.

Perlembagaan Malaysia 1965 Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut: 1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja 2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau 3. 6 bulan penjara atau 4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984 Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut: 1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja 2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau 3. 3 tahun penjara atau 4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau 5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Bidang Kuasa Sivil Kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah melibatkan pasangan (pertunangan, perkahwinan, penceraian, fasakh). Mahkamah Syariah juga membicarakan tentang wakaf atau harta pusaka dan wasiat. Mahkamah Syariah turut mengendalikan kes berkaitan anak (hak penjagaan, pemberian nafkah dan pengambilan anak angkat).

Kes Sivil Di Mahkamah Syariah kesalahan matrimoni (perkahwinan, perceraian & nafkah); pembahagian harta benda (harta sepencarian) akibat perceraian; pertunangan; hak penjagaan anak; wakaf; dan warisan harta pusaka.

Bidang Kuasa Jenayah Kes jenayah yang dikendalikan di Mahkamah Syariah adalah berkaitan nafsu (berzina, khalwat, tidak berpuasa, berjudi, minum arak, isteri lebih daripada empat dan melibatkan diri dalam pertandingan ratu cantik yang mendedahkan aurat). Mahkamah Syariah juga mengendalikan kes berkaitan kewajipan (tidak membayar zakat, fitrah atau mendera anak). Kes jenayah yang berkaitan agama (menyebar ajaran sesat dan mengaku diri sebagai nabi) juga dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Kes Jenayah Di Mahkamah Syariah kesalahan matrimoni (berkahwin lebih daripada empat orang isteri); menjual, membeli & meminum minuman keras; tidak membayar zakat dan fitrah (baitulmal); pengambilan anak angkat; zina @ persetubuhan haram; berkhalwat; berjudi; tidak berpuasa; menyebarkan ajaran sesat; menukar agama; melacur; dan menyertai pertandingan ratu cantik/berpakaian yang menjolok mata.

Kriteria Hakim Mestilah seorang warganegara Malaysia. Mempunyai pengetahuan luas tentang hukum syarak dan berkelulusan undang-undang Islam. Berpengalaman memegang jawatan selama 10 tahun sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi Pendakwa Mahkamah Syariah atau Pendakwa Syariah sesuatu negeri.

Mahkamah Rayuan Syariah Mahkamah Rayuan Syariah terdiri daripada Ketua Hakim, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakimhakim Besar Wilayah-wilayah dan Negeri-negeri Ketua Hakim Syarie (menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah). Anggota Mahkamah Rayuan Syariah dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat atau selepas berunding dengan Majlis Agama Islam.

Fungsi Mahkamah Rayuan Syariah ialah mendengar rayuan yang dibuat oleh sesuatu pihak yang tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah diperuntukkan di bawah Seksyen 52 (1) (2) dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 1993 (Akta 505). Keputusan rayuan bergantung kepada pendapat majoriti anggota Mahkamah Rayuan Syariah.

Bidang Kuasa Mahkamah Rayuan Syariaha) Mendengar rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah; b) Mengawas dan menyemak kes Mahkamah Tinggi Syariah; c) Mengendalikan prosiding sama ada mal atau jenayah, memanggil dan memeriksa rekod dari Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Rayuan Syariah Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Mengurangkan hukuman Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara.

Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan Setiap rayuan akan didengar sekurangkurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

Mahkamah Tinggi Syariah1. Keanggotaan Mahkamah Tinggi Syariah ialah mempunyai seorang Ketua Hakim yang dilantik oleh sultan atas nasihat Menteri Besar.

Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariaha) Membicarakan sebarang kesalahan di bawah Enakmen Akta Undang-undang Islam (1984). b) Membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam dan boleh dihukum di bawah mana-mana undangundang yang sedang dikuatkuasakan.

c) mendengar dan membuat prosiding orang Islam seperti: i. Perkahwinan, rujuk, penceraian, nusyuz, fasakh (pembubaran perkahwinan, faraq (pemisahan kehakiman) dan masalah suami isteri, wakaf, baitulmal dan zakat; ii. Penganiayaan ajaran sesat, khalwat, zina, tidak berpuasa, judi dan minuman keras; iii. Kes yang berkaitan pelupusan atau tuntutan kepada harta yang berbangkit;

iv. Kes berkaitan nafkah orang tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan atau jagaan (hadhanak) budak-budak; v. Pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian; vi. Wakaf atau nazr; vii. Menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Tinggi Syariah Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid Menguruskan kes-kes rayuan Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri).

Mahkamah Rendah Syariah1. Mahkamah Rendah Syariah merupakan mahkamah terendah dalam urutan mahkamah yang mengurus kes berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (1993). 2. Keanggotaan Mahkamah Rendah Syariah terdiri daripada seorang Ketua Hakim, Hakimhakim Mahkamah Syariah dan pendakwah agama.

3. Golongan perkhidmatan awam atau bidang yang berkaitan guaman boleh dilantik untuk mengendalikan kes. 4. Anggota hakim Mahkamah Rendah Syariah dilantik oleh sultan atas nasihat Ketua Hakim Syariah.

Bidang Kuasa Mahkamah Rendah Syariaha) Mendengar dan memutuskan kes berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 47 (1); b) Membicarakan kes bidang kuasa jenayah yang dilakukan oleh orang Islam dengan hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh enakmen atau undang-undang bertulis tidak melebihi RM2 000 atau penjara satu tahun atau keduaduanya; c) Menyiasat, menerima aduan dan membuat pemeriksaan;

d) Mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding, Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya dalam kes mal, dengan jumlah atau nilai perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi RM50 000 atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang; e) Mendakwa kes oleh pendakwa agama; f) Kuasa mal Mahkamah Rendah Syariah diwartakan dari semasa ke semasa.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Rendah Syariah Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah bicarakan kes-kes di peringkat daerah.

Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undangundang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undangundang kekeluargaan mengikut negeri

Bi l. 1 Johor

Negeri

Nama Akta / Enakmen Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor

Rujukan 5/1990

Enakmen Undang-undang 2 Negeri Sembilan 7/1983 Keluarga Islam Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis

3 Pahang

3/2005

4 Perak

13/1991

5 Perlis

4/1992

6

Enakmen Undang-undang Pulau Pinang Keluarga Islam Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor

2/1985

7

Selangor

4/1984

8

Terengganu

Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor

12/1985

9

Kedah

Enakmen Keluarga Islam Kedah

1/1984

10 Kelantan

Enakmen Keluarga Islam Kelantan 1/1983

11 Melaka

Enakmen Keluarga Islam Melaka

8/1983

12 Sabah

Enakmen Keluarga Islam Sabah

15/1992

13 Sarawak

Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak

5/1991

14 W. Persekutuan

Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan

(A303) 1983 pindaan / (A828)

Prestasi Mahkamah Syariah Menurut Senator Mejar Jeneral (B)Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebanyak 90 peratus kes-kes melibatkan Mahkamah Syariah berjaya diselesaikan dalam tempoh 12 bulan, sekali gus melenyapkan tuduhan pihak tertentu terhadap institusi itu yang dikatakan lewat menyelesaikan sesuatu kes dan kerap tertangguh.