Lp Rozimah Bidin 07 24

Embed Size (px)

Citation preview

TARIAN DABUS : SATU APLIKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISI MELAYU

INSTITUT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN PENGKOMERSILAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

ROZIMAH BT BIDIN MAZIAH BT AB RASHID

JUN 2007

COPYRIGHT UiTM

TARIAN DABUS : SATU APLIKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISI MELAYU

DISEDIAKAN OLEH

ROZIMAH BT BIDIN MAZIAH BT AB RASHID

JUN 2007

COPYRIGHT UiTM

in

UNTVERSITITEKNOLOGIMARA CAWANGAN PERAK KAMPDS SERIISKANDAR PE3ABAT PENGARAH KAMPUS 32600 BOTA, PERAK DARUL RIDZUANTel: 05-3742001 Faks : 05-3742211 E-Mail: [email protected]

Surat Kami Tarikh

: :

100-CPK(PK.URDC. 9/19) 14Julai2004

Cik Rozimah bt. Bidin Pensyarah Fakulti Senilukis & Senireka UiTM Cawangan Perak.

Tuan/Puan TAJUK PROJEK : TARIAN DABUS - SATU APLEKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISIMELAYU Dengan honnatnya perkara di atas dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pehyelidikah dan Perundingan UiTM Cawangan Perak pada 13 Mei 2004 telah membuat keputusan seperti berikut: 1. Bersetuju meluluskan cadangan penyelidikan yang telah dikemukakan oleh puan dan puan Maziah bt. Abd. Rashid. 2. Tempoh projek penyelidikan ini ialah 12 bulan, iahu mulai 01 Oktober 2004 hingga 30 September 2005. 3. Kos yang diluluskan ialah sebanyak RM19,904.20. 4. Penggunaan geran diluluskan hanya akan diproses seteiah perjanjian ditandatangani. 5. Semua pembelian peralatan yang kosnya melebihi RM500.00 satu item perlu menggunakan pesanan Jabatan Universiti Teknologi MARA (LO). Pihak tuan/puan juga dikehendaki mematuhi peraturan penerimaan peralatan. 6. Kertas kerja boleh dibentangkan seteiah 75% deraf awal laporan akhir projek siap. Walaubagaimana pun, tuan/puan perlu membuat permohonan kepada Unit Penyelidikan dan Perundingan untuk pembentangan. 7. Pihak tuan/puan dikehendaki mengemukakan Laporan Kemajuan Projek Penyelidikan dari masa ke semasa. Laporan akhir pula perlu dihantar sebaik sahaja projek penyelidikan disiapkan.

COPYRIGHT UiTM

Bersama-sama ini disertakan Perjanjian untuk ditandatangani oleh pihak puan. Sila penuhkan perjanjian berkenaan dengan menggunakan pen dakwat hitam dan kembalikan ke Unit Penvelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan (URDC) untuk tindakan selanjutnya, Sekian, terima kasih. 'SELAMAT MENJALANKAN PENYELIDEKAN'

Yangbenar

\MSUiPROF. MADYA DR. ABDULLAH MOHAMAD SAID, PMP Pengarah Kampus UiTM Cawangan Perak s.k 1. Ketua Biro IRDC, UiTM Shah Alam 2. Koordinator URDC, UiTM Cawangan Perak 3. Timbalan Bendahari, UiTM Cawangan Perak

yoa/xfiibbsjKfi.

COPYRIGHT UiTM

Tarikh No. Fail Projek

: :

3DJun2007 100-CPK(PK.URDC. 9/19)

Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam

Ybhg. Prof.,

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN "TARIAN DABUS : SATU APLIKASI MULTIMEDIA TARIAN TRADISI MELAYU". Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk "Tarian Dabus : Satu Aplikasi Multimedia Tarian Tradisi Melayu". Sekian, terima kasih.

Yang benar,

RQZWAP BIDIN Ketua Projek Penyelidikan

IV COPYRIGHT UiTM

KUMPULAN PENYELIDIK

ROZIMAH BIDIN Ketua Projek

MAZIAH AB RASHID Ahli

Tandatangan

COPYRIGHT UiTM

V

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna. Di antaranya: Prof. Dr. Abdullah Mohamad Said, PMP (Pengarah Kampus UiTM Perak) Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mohd Harun (Koordinator URDC UiTM Perak) Dr. Siti Nolizaiha bt. Harun (Mantan Koordinator URDC UiTM Perak) Prof. Madya Dr. Hjh Rodzyah bt. Haji Mohd Yunus (Mantan Koordinator URDC UiTM Perak) dan Pn Safiah bt. Salleh, Puan Norkiah bt. Nawawi, dan En Mahiyud-Din Zakaria, En Seteh Anjang Ria dan Ahli Kumpulan Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, Kg Gajah, Perak Pengarah dan Kakitangan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perak Pengarah dan Kakitangan Jabatan Muzium Taiping, Perak Pengarah dan Kakitangan Muzium Negara Malaysia dan Semua pihak yang telah memberi kerjasama dan sokongan di dalam menjayakan penyelidikan ini

vi COPYRIGHT UiTM

ISI KANDUNGAN

Penghargaan Daftar Ilustrasi Daftar Rajah Abstrak

vii ix x xi

1.0 Pengenalan 1.0.1 Latarbelakangkajian 1.0.2 Pernyataan Masalah 1.0.3 Objektif 1.0.4 Kepentingan Projek 1.0.5 Skop Projek / Batasan Kajian 1.0.6 Definisi Terma / Konsep 2.0 Perihal Tarian 2.0.1 Definisi 2.0.2 Jenis-jenis Tarian Melayu 2.0.3 Tarian Dalam Masyarakat Melayu 3.0 Kajian Literatur 4.0 Kaedah Kajian 4.0.1 Rekabentuk kajian 4.0.2 Prosidur Analisis 5.0 Tarian Dabus 5.0.1 Sejarah 5.0.2 Tokoh 5.0.3 Perkembangan Tarian Dabus di Malaysia 5.0.4 Definasi Dabus 5.0.5 Aktor atau ahli-ahli Tarian Dabus 5.0.6 Peralatan 5.0.7 Persiapan Awal dan Aturan Tarian 5.0.8 Cara Tarian Dabus dipersembahkan 6.0 Langkah Tarian Dabus 6.0.1 Langkah Satu atau Sembah Pahlawan 6.0.2 Langkah Dua atau Lirik 6.0.3 Langkah Tiga atau Lang Sewah 6.0.4 Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga

2 3 3 4 4 6 9 9 9 10 12

24 24

25 28 31 32 32 37 73 75 78 81 82 82 82

COPYRIGHT UiTM

Vll

7.0

Ragam Dasar Langkah Tarian Dabus 7.0.1 Petunjuk Ragam Dasar 7.0.2 Ragam Dasar Langkah Satu atau Sembah Pahlawan 7.0.3 Ragam Dasar Langkah Dua atau Lirik 7.0.4 Ragam Dasar Langkah Tiga atau Lang Sewah 7.0.5 Ragam Dasar Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga Mesej 8.0.1 8.0.2 8.0.3 8.0.4 8.0.5 dan Keistimewaan Tarian Dabus Penggunaan senjata tajam dalam Tarian Dabus Alat Penyampai nasihat Alat berkomunikasi Alat penyebaran Agama Islam Alat pengembangan Seni Tari

84 87 91 96 101 107 107 110 111 112 113 115 115 116 117 117 118 119 131 133 136

8.0

9.0

Aplikasi Multimedia 9.0.1 Pengenalan 9.0.2 Definasi Multimedia 9.0.3 Aplikasi Multimedia dalam kebudayaan Melayu 9.0.4 Fungsi Aplikasi Multimedia dalam seni tari Melayu 9.0.5 Tarian Dabus dalam Multimedia Interaktif 9.0.6 Kaedah Produksi

10.0 Dapatan Penyelidikan 11.0 Cadangan 12.0 Kesimpulan

Bibliografi Lampiran A Ilustrasi 3 2 - 3 8 paparan muka depan menu dan Submenu Set Multimedia CD ROM Tarian Dabus Set Multimedia CD ROM Tarian Dabus

144 145

Lampiran B -

COPYRIGHT UiTM

viii

DAFTARILUSTRASI

Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi Ilustrasi 32-38

1 2 : 3 4 5 6 7 8 9 : 10 11 : 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

En Seteh b. Anjang Ria Khalifah Tarian Dabus En Nasarudin b. Abdullah Sani Penasihat Tarian Dabus Penari-penari Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, Kg Gajah Pemuzik Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, Kg Gajah Anak Dabus Tradisional Anak Dabus Tiga Kelopak Anak Dabus Tiga Kelopak Berhujung Tumpul Anak Dabus Tiga Kelopak Tanpa gegelang Anak Dabus Tombol Proses Menegangkan Gendang Dabus Gendang Dabus Gong yang digunakan dalam persembahan Bahan Jampi dan Penawar Bekas Perasap yang dinyalakan Kemenyan dan Bekas Perasap Berteh yang digunakan untuk membuka gelanggang Beras dan Kemenyan Air Tepung Penawar Daun Pemulih atau Daun Kabung Daun Setawar Daun Sepenuh Daun Ati-ati berwarna Merah Daun Ati-ati berwarna Hijau Bercorak Daun Rumput Sambor Daun Gabong Khalifah sedang menjampi anak dabus Khalifah sedang menjampi lengan penari Pn Fatimah bt Seteh sedang mencucuk anak dabus ke lengan Penari sedang mencucuk anak dabus ke lengan Aksi mencucuk lengan gaya dahulu Aksi mencucuk lengan gaya moden Paparan muka depan menu dan Submenu Set Multimedia CD ROM Tarian Dabus

29 29 35 37 39 40 41 42 42 45 45 47 58 59 59 60 61 62 64 64 65 65 66 67 67 72 72 105 109 109 110

144

COPYRIGHT UiTM

IX

DAFTAR RAJAH

Rajah

1

:

Salasilah Kumpulan Tarian Dabus Kg Tanjung Bidara, Kg Gajah diketuai oleh En. Seteh b. Anjang Ria 30 85 85

Rajah Rajah Rajah Rajah

2a : 2b : 2c : 2d :

Tapak kaki kiri dan kanan Tapak kaki separuh bermakna penari menjengket Tapak kaki kiri penuh bergaris luar dan tapak kaki kanan bergaris luar Tapak kaki kanan penuh bergaris luar dan tapak kaki kiri bergari sluar

86 86 86 88 93 94 98 99

Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah Rajah

2e : 3 :

Tanda arah undur ke belakang dan ke depan Ragam Dasar Langkah Satu atau Sembah Pahlawan Ragam Dasar Langkah Dua atau Lirik melangkah ke kanan Ragam Dasar Langkah Dua atau Lirik melangkah ke kiri Ragam Dasar Langkah Tiga atau Lang Sewah pusing kiri Ragam Dasar Langkah Tiga atau Lang Sewah pusing kanan Ragam Dasar Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga (melompat menggunakan kaki kiri dan kaki kanan diangkat) Ragam Dasar Langkah Empat atau Rentak Tengah Tiga (melompat menggunakan kaki kanan dan kaki kiri diangkat)

4a : 4b : 5a : 5b : 6a : 6b :

103 104 121 124

Rajah Rajah

7 8

: :

Proses Pembangunan Produk Multimedia Tarian Dabus Organigram Proses Penghasilan Multimedia Tarian Dabus

COPYRIGHT UiTM

X

ABSTRAK

Tarian tradisi Melayu sekarang ini masih mendapat tempat istimewa di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. Tarian tradisi ini sering dipersembahkan di dalam upacara-upacara kebudayaan dan majlis-majlis tertentu kerana ianya mempunyai banyak keistimewaan. Zaman sains dan teknologi yang serba canggih pula membantu menyemarakkan lagi keindahan lenggok tari sehingga menyentuh jiwa. Menyedari hakikat ini timbullah satu dorongan penyelidik untuk menghayati keindahan gerak tari salah satu tarian tradisi Melayu iaitu Tarian Dabus. Justeru itu penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan mendokumentasikan keindahan pergerakan Tarian Dabus. Pendokumentasian Tarian Dabus dilakukan dalam aplikasi multimedia berasaskan komputer. Kaedah

penyelidikan adalah menerusi observasi, temubual dan proses penghasilan multimedia. Proses penghasilan multimedia ini menggabungkan elemen-elemen media seperti teks, grafik, audio, animasi langkah kaki dan video persembahan tarian. Dapatan dari penyelidikan ialah penyelidik berjaya menghasilkan satu set Multimedia CD ROM Tarian Dabus. CD ROM ini memuatkan maklumat Tarian Dabus yang merangkumi aspek aktor, alatan, kostum, muzik, doa, dan pergerakan persembahan tari. Perisian yang digunakan adalah Director MX dan mod penyampaian menerusi komputer.

Penyusunan elemen media di dalam CD ROM Tarian Dabus adalah teratur dan interaktif yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna. Penyelidik berharap penyelidikan ini memberi sumbangan yang bermakna kepada pencinta seni tari tempatan dan masyarakat umum dalam menghayati keindahan gerak tari yang unik menerusi teknologi terkini. Tarian Dabus adalah budaya tempatan perlu dihargai dan dijagai agar tidak pupus dek zaman, tidak lekang dek hujan.

COPYRIGHT UiTM

xi

1.0 Pengenalan

Penyelidikan berkaitan dengan budaya tempatan perlu diberi perhatian serius kerana ia memainkan peranan penting dalam memelihara budaya tradisional Melayu. Penduduk Malaysia terdiri dari berbagai kaum yang kaya dengan budaya tradisi masing-masing yang diwarisi sejak zaman-berzaman. Pelbagai bentuk budaya tradisi masih warisan

wujud sehingga kini yang didapati dalam berbagai bidang

seperti, bidang seni suara, seni lakonan, seni tari dan sebagainya. Budaya yang wujud dalam setiap kelompok masyarakat pada suatu masa dahulu dipercayai telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup pada masa itu. Umpamanya Seni Silat yang mempunyai fungsi dan kelebihannya tersendiri, pelbagai jenis seni tari samada berbentuk hiburan mahu pun berunsur spiritual dan Iain-lain bidang yang dianggap sebati dan kemestian dalam kehidupan seharian mereka. Setiap negeri di Malaysia mempunyai warisan budayanya tersendiri yang menjadi kebanggaan dan masih dipelihara dan dipertontonkan bagi mengekalkan khazanah negara. Di Negeri Perak terdapat beberapa jenis tarian yang telah diwarisi sejak dahulu lagi seperti Tarian Dabus, Tarian Bubu, Lukah dan Iain-lain. Tarian Dabus adalah tarian yang paling popular dan mendapat sambutan masyarakat terutamanya di daerah Perak Tengah. Tarian Dabus merupakan satu kesenian rakyat. Selain di negeri Perak terdapat juga di negeri Selangor dan Melaka. Tarian ini menggabungkan beberapa aspek bunyian puisi seperti, gendang dabus, gong dan zikir serta goyangan anak dabus yang bergemercik. Puisi yang disampaikan dalam bentuk irama zikir adalah terdiri dari zikir puisi Melayu dan Arab. Kemuncak Tarian Dabus ialah adegan mencucuk benda tajam pada salah satu anggota badan bagi menunjukkan kekebalan

COPYRIGHT UiTM1

penari. Tarian Dabus telah dimainkan beratus tahun dahulu, dan menjadi tarian warisan keluarga yang masih diamalkan sehingga kini. Sehingga hari ini tarian tersebut masih dipertontonkan bagi memelihara warisan budaya tradisi di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, kesenian dan Warisan Malaysia. Penyelidikan mengenai tarian ini perlu dilakukan agar tarian ini dapat dikekalkan dan didokumentasikan sebagai salah satu bahan rujukan pada masa depan. Justeru itu sejajar dengan perkembangan teknologi yang kian canggih, sememangnya langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengekalkan Tarian Dabus dari terus pupus ditelan zaman. Sehubungan dengan itu satu penyelidikan yang terperinci perlu dilaksanakan dan seterusnya didokumentasikan dengan menggunakan teknologi terkini sesuai dengan budaya hidup masa kini.

1.0.1 Latar belakang kajian Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai bentuk budaya seperti tarian, silat dan sebagainya yang masih diwarisi sehingga kini khususnya di kalangan orang-orang Melayu. Budaya ini jika tidak dipelihara atau direkodkan ia akan hilang begitu sahaja setelah ahli-ahli yang menggiatkan budaya tersebut meninggal dunia. Sebagai langkah permulaan bagi mengekalkan budaya di negeri Perak ini, penyelidik telah memilih salah satu tarian tradisi Perak iaitu Tarian Dabus sebagai bahan penyelidikan. Penyelidikan ini hanya difokuskan pada Tarian Dabus yang dimainkan di Tanjung Bidara, Kampung Gajah sahaja. Keseluruhan maklumat yang berkaitan dengan Tarian Dabus di Kampung Tanjung Bidara dikumpul dan didokumenkan terdiri dari aspek aktor, alatan, kostum, muzik, doa, dan pergerakan tarian. Keenam aspek ini dihuraikan secara terperinci dan

dipersembahkan dalam bentuk CD ROM. Aspek pergerakan menjadi fokus utama

COPYRIGHT UiTM2

dalam kajian ini, justeru itu langkah pergerakan ditunjukkan dalam bentuk animasi, audio dan video. Menerusi CD ROM ini diharapkan pengguna secara tidak langsung dapat menghayati Tarian Dabus dengan lebih baik. Di samping itu pembaca boleh berinteraktif untuk memahami tarian tersebut, malah pembaca boleh membaca teks, visual grafik untuk memahami gerakan tari dengan menggunakan kaedah animasi, audio dan video.

1.0.2 Pernyataan Masalah Tarian Dabus adalah satu tarian tradisional Melayu atau tarian rakyat negeri Perak yang begitu unik. Namun begitu akhir-akhir ini Tarian Dabus semakin pupus dan terpinggir. Kalau adapun hanya dianggotai oleh generasi tua. Kemasyuran tarian ini suatu ketika dahulu menjadikannya satu tarian yang popular dan digemari oleh segenap lapisan rakyat. Namun dewasa ini Tarian Dabus kurang mendapat tempat dihati masyarakat khususnya golongan muda. Hakikat ini telah mendorong penyelidik untuk menjalankan penyelidikan bertujuan mendokumentasikan keindahan

pergerakan Tarian Dabus dalam set aplikasi multimedia. Diharapkan tarian ini terus berkembang dari satu generasi ke satu generasi. Sekiranya perhatian dapat diberikan dengan sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab usaha menghidupkan Tarian Dabus dan mengekalkan keaslian tarian tersebut boleh dilaksana dengan sempurna.

1.0.3 Objektif Objektif penyelidikan ini adalah untuk: 1. 2. mendokumentasikan keindahan pergerakan tari dalam Tarian Dabus. mendokumentasikan Tarian Dabus dalam aplikasi multimedia.

COPYRIGHT UiTM3

3.

mengumpul maklumat dan mengekalkan warisan tarian Melayu agar tidak pupus akibat pengaruh asing, perubahan gaya dan corak hidup

masyarakat moden.

1.0.4 Kepentingan Projek Kepentingan penyelidikan adalah untuk: 1. memperkenalkan kepada generasi baru bahawa tarian tradisi Melayu amat 2. 3. kaya dengan keindahan dan keunikan yang tersendiri.

menjadikan salah satu sumber rujukan dalam bentuk multimedia. meneruskan usaha mengekalkan keindahan pergerakan seni tarian tradisi Melayu iaitu Tarian Dabus.

1.0.5 Skop Projek/Batasan Kerja Skop projek ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pemilihan tarian, fokus, dan lokasi kajian.

a. Pemilihan tarian Pemilihan tarian adalah terhad kepada tarian tradisi Melayu sahaja iaitu Tarian Dabus. Tarian Dabus ialah tarian rakyat yang dimainkan di kalangan masyarakat Melayu tradisi sekitar Kampung Tanjung Bidara, Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah, di negeri Perak. b. Fokus Penyelidikan ini akan hanya difokuskan kepada Keindahan Pergerakan dalam tarian. Dua aspek utama dalam pergerakan tarian yang akan diselidiki ialah aspek pertama langkah-langkah tarian merangkumi aktor, alatan, kostum, muzik, doa dan

COPYRIGHT UiTM4

pergerakan. Aspek kedua ialah mesej yang hendak disampaikan. Seni Tarian Dabus merupakan seni yang menekankan kepada elemen pergerakan tubuh badan, ruang, masa dan tenaga. Asas Tarian Dabus merupakan satu pergerakan yang dilakukan dalam berbagai-bagai corak lantai. Daripada pergerakan ini empat pergerakan lagi dihasilkan iaitu penari bertinggung di hadapan pentas, pergerakan kaki kiri dan kanan, pergerakan melompat dan mengulang pergerakan melompat. Tarian Dabus menegaskan pergerakan kaki manakala tangan digunakan untuk memegang peralatan (anak dabus). Tarian ini mempunyai repertoire pergerakan yang terhad yang diulang berkali-kali dalam persembahan. Dari aspek estetika Tarian Dabus adalah satu tarian Melayu yang dipengaruhi oleh tingkahlaku budaya orangorang Melayu. Unsur-unsur tingkahlaku mempengaruhi tarian dabus yang dilakukan secara perlahan-lahan, indah dan lemah lembut seperti pergerakan anatomi contohnya pada tubuh badan terutama tangan, lengan, jari, badan dan kepala. Di dalam sesuatu Tarian Dabus yang dipersembahkan mempunyai sesuatu mesej yang hendak disampaikan oleh penari-penari. Sudah menjadi satu konsep atau idea di dalam kehidupan masyarakat Melayu sesuatu perkara itu tidak dinyatakan secara 'terbuka' sebaliknya ia disampaikan secara simbolik atau ada mesej disebaliknya (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1994). Mesej yang disampaikan akan mewakili sesuatu yang lain dan mungkin perkara-perkara yang abstrak dilambangkan supaya jelas makna dan maksudnya. Di dalam Tarian Dabus pergerakan dan alatan yang digunakan dalam persembahan adalah merupakan satu simbolik kepada mesej yang hendak disampaikan kepada penonton yang berkaitan dengan aspek sosiobudaya, ekonomi, politik dan agama.

COPYRIGHT UiTM5

c. LokasiKajian Tarian Dabus terdapat di beberapa daerah lain di negeri Perak seperti di Bagan Datoh, Kampung Pasir Panjang, Setiawan suatu ketika dahulu dan juga di negeri Selangor serta Melaka. Namun begitu, kajian ini hanya akan ditumpukan di sekitar Negeri Perak khususnya di Kampung Tanjung Bidara, Kampung Gajah, Daerah Perak Tengah sahaja.

1.0.6 Definisi Terma/Konsep

a. Definisi Dabus Dabus bermaksud 'besi atau lembing yang tajam' dalam bahasa Bugis. Dalam persembahan Tarian Dabus ini ia lebih dikenali sebagai anak dabus iaitu alat yang dipegang oleh penari semasa menari. Alat ini akan digoncang sambil

menghentakkannya oleh penari untuk menghasilkan bunyi gemercik.

b. Penari, Pemuzik dan Guru Penari-penari terdiri daripada kaum lelaki dan wanita. Jumlah penari adalah tidak terhad antara seramai 8 orang hingga 10 orang ahli atau lebih ramai lagi mengikut permintaan penonton. Pemuzik adalah orang yang bertanggung jawab memainkan alat muzik ketika persembahan. Jumlah pemuzik juga tidak terhad terdiri antara 8 orang hingga 10 orang yang kebanyakkannya terdiri dari kaum lelaki. Guru merupakan ketua dalam sesuatu persembahan. Guru yang dikenali juga sebagai khalifah memgang peranan paling penting. Guru akan membaca doa dan jampi, bersyair mengikut senikata dari kitab berzanji dan menyediakan air penawar dan melakukan rawatan pemulihan kepada penari-penari.

COPYRIGHT UiTM6

c. Peralatan i. Anak dabus - alat yang digunakan dalam tarian yang dipegang oleh penari semasa menari. Alat ini mempunyai hujung yang tajam yang berfungsi untuk mencucuk pada mana-mana anggota badan terutamanya pada bahagian lengan penari ketika mereka menari. ii. Tepung Tawar - air yang dimasukkan ke dalam satu bekas, di dalamnya dimasukkan umbut pisang dan daun setawar. Kegunaannya adalah untuk memulihkan luka iaitu mengurangkan bisa besi dan menghentikan pendarahan. Encik Seteh b. Anjang Ria (Khalifah Tarian Dabus Tanjung Bidara) mengumpamakan bahawa air penawar ini seperti 'Sejuk batang pisang, begitu sejuk ditikam besi'.

d. Kostum i. Penari - kostum penari terbahagi kepada dua jenis iaitu untuk penari lelaki dan penari wanita. Pada masa dahulu penari lelaki memakai pakaian berupa pakaian pahlawan yang terdiri dari baju Melayu hitam dan seluar hitam % panjang, sampin hitam dan kain putih diikat di kepala. Manakala penari wanita pula memakai pakaian berupa Puteri Perak berwarna hitam. Sekarang ini penari lelaki memakai baju Melayu dan baju batik. Manakala penari wanita masih memakai baju puteri Perak tetapi tidak lagi terikat dengan warna hitam. Kostum yang dipakai oleh penari bergantung kepada tempat persembahan hendak diadakan. ii. Guru atau khalifah - kostum atau pakaian guru pada masa duhulunya memakai pakaian seperti pahlawan Melayu tetapi sekarang guru memakai baju Melayu biasa, seluar, sampin (songket) dan songkok. Sekarang ini guru atau khalifah turut memakai baju batik dan bersongkok.

COPYRIGHT UiTM

iii. Ahli Muzik - ahli muzik kebanyakannya terdiri dari lelaki. Mereka memakai pakaian baju Melayu. Mereka juga turut memakai baju batik dan bersongkok.

e. Doadanjampi Doa dan jampi berlaku serentak. Doa dan jampi kendalikan oleh guru atau khalifah sahaja. la dibaca sebelum dan selepas tarian dengan cara memegang sebiji kemenyan dan diperasapkan ke sekeliling gelanggang. Doa dan jampi dibaca dalam bahasa Arab dan Melayu. Doa dan jampi dilaksanakan bagi mengelak sebarang kecelakaan sepanjang persembahan Tarian Dabus. f. Unsur Lupa Unsur lupa dalam Tarian Dabus adalah separuh lupa sahaja. Penari berada dalam keadaan separuh lupa dengan ratib, zikir, paluan gendang dabus dan gong serta bunyian gemercing anak dabus. Unsur separuh lupa pernah diamalkan oleh kumpulan Tarian Dabus pada masa dahulu. Namun begitu unsur-unsur lupa tidak dipraktikkan lagi disebabkan pengaruh agama Islam yang tidak menggalakkan unsur-unsur sedemikian.

COPYRIGHT UiTM8

2.0 Perihal Tarian

2.0.1 Defmisi Secara umumnya tarian ialah pergerakan tubuh badan manusia yang membawa sesuatu maksud seperti komunikasi, estetika, emosi, disertai dengan muzik, juga menjangkau pengaruh kawalan minda dan badan, kadangkala berunsur spritual dan kadangkala hanya sekadar satu senaman untuk kecergasan badan (Gell, Alfred,1985). Defmisi tarian yang dikemukakan oleh Joan C. (1993) "Dance is the making of rhythmical steps and movements for their own sake (as againt steps and movements done in order to go somewhere, to do work, or to dress oneself)'. Terdapat pakar sejarah tarian dan muzik telah mendifinisikan seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak geri berirama yang indah.

2.0.2 Jenis Tarian Melayu Dalam kebudayaan Melayu terdapat pelbagai jenis tarian. la merangkumi tarian Melayu tradisional dan tarian Melayu moden. Corak tarian Melayu tradisional mempunyai dua pergerakan iaitu pergerakan yang lemah lembut dan pergerakan yang rancak. Kedua-dua pegerakan ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Umumnya tarian Melayu tradisional terbahagi kepada empat kategori iaitu; i. ii. iii. iv. Tarian Istana Tarian rakyat Tarian rakyat pengaruh Arab dan Parsi Tarian khusus untuk leiaki

COPYRIGHT UiTM9

2.0.3 Tarian dalam masyarakat Melayu Seni Tari mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan manusia dan alam. Tarian dalam alam Melayu diertikan sebagai seni yang halus. Di sebalik kehalusan gerak-geri yang ditunjukkan melalui lenggang lenggok dan ayunan tangan yang lembut itu sebenarnya terdapat cerita-cerita yang menarik. Menurut Sharif Mohd Faisal Sh. Mahmud (2002) dalam menggayakan ataupun menarikan tarian-tarian ini, masyarakat Melayu selalunya mengambil unsur-unsur fenomena semulajadi seperti ribut, kemarau, gempabumi dan sebagainya untuk tujuan dijadikan motif dalam merencanakan lenggok tari tarian yang dipersembahkan. Tarian dalam dunia Melayu merupakan satu pelengkap dan berfungsi dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Mohd Ghouse Nasuruddin (1994) menyatakan perkembangan tarian tradisi Melayu bermula dari pergerakan ritual yang ringkas, kemudian berkembang kepada tarian rakyat sehinggalah kepada tarian istana yang lebih kompleks dan halus. Tarian yang dipersembahkan oleh masyarakat Melayu itu mempunyai dua fungsi iaitu aspek sekular dan spritual. Fungsi sekular ialah mendidik dan menyambungkan cerita dongeng, legenda, adat tradisi dan hiburan. Manakala aspek spritual ialah memberi maksud yang lebih mendalam sebagai saluran untuk menghubungi, mempelawa dan memuja semangat animisme. Tarian Melayu terbahagi kepada empat bahagian iaitu drama tari, tarian istana, tarian rakyat dan tarian Melayu moden. Drama tari merujuk kepada tarian yang mempunyai pergerakkan dan berfungsi seperti mak yong, menora dan Iain-lain. Tarian istana pula bermula dari istana seperti tarian asyik, tarian joget gamelan di mana keseluruhan tarian dikendalikan oleh pihak istana. Tarian rakyat terdiri dari berbagai-bagai jenis tarian yang kebanyakannya merupakan hiburan di waktu lapang. Tarian rakyat bermula sejak zaman kuno (berunsur animisme) sehingga kedatangan

COPYRIGHT UiTM10

Islam ke Tanah Melayu. Antara tarian rakyat berunsur animisme ialah gunungan, ulik gambuh dan balai yang lebih kepada persembahan semangat padi. Manakala setelah kedatangan Islam ke Nusantara, tarian rakyat mula mengalami perubahan sedikit demi. Di antaranya adalah seperti penambahan unsur-unsur zikir memuji Allah dan Nabi Muhammad S.A.W dalam tarian dabus, hadrah dan rodat. Tarian Melayu Moden merupakan tarian yang diciptakan untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden seperti joget, inang, asli dan Iain-lain (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1994). Sesuatu struktur bentuk tarian atau pergerakan tari dipengaruhi oleh suku kaum, organisasi sosio-ekonomi, agama dan politiknya. Begitulah dalam tarian Melayu. Orang Melayu cintakan keamanan, sopan santun dan saling hormat menghormati di antara satu dengan lain sehinggakan mempengaruhi gaya tarian mereka yang dilakukan secara perlahan-lahan, indah dan lembut. Pergerakan tari yang indah dan lembut dalam tarian Melayu melibatkan pergerakan anatomi pada bahagian atas tubuh terutamanya pada pergerakan tangan, lengan, jari, badan dan kepala. Pergerakan kaki pula akan mengatur langkah samada ke depan, belakang, kiri dan kanan. Sesetengah tarian yang penarinya perlu memegang peralatan seperti Tarian Dabus penarinya memegang anak dabus, tarian kuda kepang penarinya memegang kuda kepang dan Iain-lain, maka pergerakan kaki lebih diutamakan berbanding dengan pergerakan tangan. Dari segi pakaian atau kostum setiap jenis tarian Melayu mempunyai kostumnya tersendiri. la mempunyai potongan tertentu. Kostum yang dipakai bersesuaian pula dengan pergerakan tarian itu sendiri samada pergerakan yang lemah lembut atau rancak. Kostum bukan sahaja dipakai oleh penari malah turut dipakai oleh guru dan pembantu seperti pemain muzik, pembantu dan sebagainya.

COPYRIGHT UiTM11

3.0 Kajian Literatur

Perhubungan baik di antara semua masyarakat di Malaysia amat penting untuk mewujudkan masyarakat majmuk Malaysia yang harmoni. Bentuk-bentuk

perhubungan universal yang ada dalam masyarakat Malaysia adalah dalam pelbagai corak. Salah satunya adalah menerusi tarian. Tarian adalah satu bentuk komunikasi universal bukan lisan. la terbentuk di kalangan masyarakat di mana melaluinya kita berupaya menghayati budaya sesuatu kaum. Menurut Bagong Kussudiardjo (1981) tarian bererti keindahan gerak anggota-anggota badan manusia yang bergerak, berirama dan berjiwa atau dapat juga diberi erti bahawa seni tari adalah keindahan bentuk dari anggota badan manusia yang bergerak, berirama dan berjiwa yang harmonis. Tarian dianggap sebagai suatu bentuk seni yang pertama diusahakan oleh manusia kerana ia tidak memerlukan sebarang peralatan, kecuali tubuh badan manusia. Bentuk dan stail tarian yang awal menggunakan tarian sebagai alat untuk berkomunikasi dengan roh nenek moyang yang dipercayai oleh mereka, apa yang dirujuk hari ini sebagai fenomena semulajadi, seperti ribut petir, gempa bumi, letupan gunung berapi, kemarau, dan seumpamanya (Mohd Ghouse Nasuruddin,1994). Dalam setiap persembahan tarian melibatkan elemen 'primary' dan

'secondary'. Pauline Koner (1993) menyatakan "Primary element deal with the act is emotion, motivation, focus, dynamic and movement, which are as vital as fire, air, earth, and water are to life. Secondary Element deal with the craft and include an analysis and study of stage levels example platforms, steps, boxes and ladders; hand props like fans, chiness ribbons, elastic, hoops, chairs; fabric like various leghts and textures of cloth; costumes like long skirts, caftan's and period suggestions. Finally

COPYRIGHT UiTM12