11
LONTAR PELURU SEJARAH Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga.Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry O’Brien. FIZIKAL PELURU Peluru dipebuat daripada besi, tembaga atau logam Bentuknya mesti bulat dan mempunyai pemukaan yang licin Berat peluru adalah berbeza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan : PERATURAN ASAS LONTAR PELURU BI L BERAT PELURU KELAS 1 2.72 kg MSSM Bawah 12 Lelaki/Perempuan 2 4.00 kg MSSM Bawah 18 dan Bawah 15 Perempuan 3 4.55 kg MSSM Bawah 15 Lelaki 4 5.45 kg MSSM Bawah 18 5 7.265 kg Dewasa Lelaki 6 4.005 kg Dewasa Perempuan

LONTAR PELURU 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sports

Citation preview

LONTAR PELURU

SEJARAHLontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejohanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi padu atau tembaga.Berat peluru adalah berbeza mengikut kategori, untuk murid sekolah rendah, peluru yang digunakan adalah seberat 2.72kg. Terdapat pelbagai teknik lontaran iaitu gaya bersilang langkah, gaya berdiri, gaya langkahan ke belakang dan gaya Parry OBrien.

FIZIKAL PELURUPeluru dipebuat daripada besi, tembaga atau logam

Bentuknya mesti bulat dan mempunyai pemukaan yang licin

Berat peluru adalah berbeza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan :

BILBERAT PELURUKELAS

12.72 kgMSSM Bawah 12 Lelaki/Perempuan

24.00 kgMSSM Bawah 18 dan Bawah 15 Perempuan

34.55 kgMSSM Bawah 15 Lelaki

45.45 kgMSSM Bawah 18

57.265 kgDewasa Lelaki

64.005 kgDewasa Perempuan

PERATURAN ASAS LONTAR PELURU

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m

Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan

Peluru mesti mendarat dalam sector 40 Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas peluru dilepaskan

Pelontar boleh keluar dari bahagian belakang bulatan lontaran selepas peluru mendarat

KEMAHIRAN ASAS LONTAR PELURU PEGANGAN PELURU

Pegang peluru menggunakan 3 jari ditengah-tengah

Jari kelingking disisi peluru (memberi sokongan sisian)

Pergelangan tangan haruslah membengkok lurus

MENYOKONG PELURU

Rapatkan peluru pada leher dan bahagian bawah dagu

Pangkal tangan menghadap ke luar dan siku berada jauh sedikit daripada badan

TEKNIK MELONTAR PELURU

Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

Gaya melungsur selangkah

Gaya Parry O BrienGAYA BERDIRI DAN MELONTAR (TANPA LUNGSURAN)

Lakuan sedia

Peserta berdiri di hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala ke arah lontaran.

Letak peluru di bahagian yang sesuai (di bawah telinga)

Rendahkan badan dan bengkokkan kaki kanan yang terletak hampir dengan garis pusat bulatan.

Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang

Kilasan badan

Bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan

Kemudian diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas

Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru

Lontaran

Tolakan peluru perlu diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat

Peluru dilontar keluar dari tangan menuju ke hadapan dan ke atas

Tangan pelontar mengakhiri pergerakan ini dalam keadaan lurus

GAYA MELUNGSUR SELANGKAH

Lakuan sedia

Peserta berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan kawasan lontaran

Letak peluru di bawah telinga, bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan.

Kaki kiri dibiarkan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan dengan hujung kaki)

Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya dibengkokkan sedikit

Lungsuran

Dripada lakkuan sedia menolakk dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan.

Lungsuran mesti dilakukan secara pantas dan licin

Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan tegakkan badan semasa melungsur)

Kaki kiri pelontar diletakkan di hadapan bulatan

Kilasan badan

Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serentak dengan kilasan badan.

bahu dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakangLontaran

Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah llontaran), kaki yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga badan terangkat melentik.

Disusuli pula dengan pergerakan menolak peluru ~ bermula dengan bahu diikuti dengan tangan yang memegang peluru

Tangan mengikut peluru sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat.

Kedua-dua kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar

Pulihan

Ia bertujuan bagi mengelak pelontar hilang keimbangan dan terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru ~ pergerakan pulihan hendaklah dilakukan jika perlu

Bawa kaki kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membanu imbangan badanGAYA PARRY O BRIEN

1. Memegang peluru yang

2. Pembaling mengambil posisi mulaan terletak di tapak jari tangan kanan,

dengan belakangnya menghadap dengan siku dibengkokkan

ke arah lontaran dan dan peluru terletak di atas bahu. berdiri di bahagian belakang bulatan.

3. Sebagai persediaan untuk luncuran,

4. Kaki bebas di bawa ke hadapan pembaling membongkokkan sebagai persediaan untuk luncuran. badannya ke hadapan dan pada masa yang samamembengkokkan kaki kanannya yang berada di hadapan. Kaki bebas (kaki kiri) diletak di belakang untuk mengimbangkan badan.

5. Untuk memulakan luncuran, kaki kiri

6. Kaki kiri diletakkan sertamerta dekat ditendang ke belakang ke arah lontaran,

papan penahan tanpa mengubah

diikuti serta merta dengan meluruskan kedudukan bahagian atas badannya. kaki kanan. Kaki kanan meluncur atas tapak kaki yang rata ke tengah bulatan.

7. Kaki diluruskan dengan cepat dan 8. Kaki kanan menggerakkan pinggul ke

badan di angkat dan memutar sedikit. atas dan ke hadapan. Bahu menghadap

ke hadapan.

9. Siku Kanan diangkat tinggi untuk

10. Untuk mencegah diri dariterjatuh ke luar menghasilkan lontaran yang bulatan,pembaling akan melompat amat berkesan sementara kaki untuk memindahkan berat badannya kiri masih menyentuh bulatan daripada kaki kiri ke kanan. sehingga peluru telah dilepaskan dari tangan.Lontar Peluru Gaya Membelangkangi Kawasan Lontaran

Teknik ini merupakan p-eringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Mulakan dengan membelangkangi arah membuat lontaran.

Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri

di belakang.

Angkat kaki kiri sedikit.

Turunkann kaki kiri berhampiran dengan papan penahan

dalam kawasan lontaran.

Pusingkan bahu dan pinggang kea rah lontaran.

Tolak peluru keluar sekuat mungkin.

CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

Jarak lontaran diukur dari kesan lontar peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagain dalam penahan atau garis bulatan

Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran

Pita ukur ditarik sehingga di tengah bulatan

Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan mPERATURAN MELONTAR PELURU

1. Peluru dilontar dari bahu dengan satu tangan sahaja.

2. Kedudukan tangan yang melontar peluru tidak boleh rendah daripada kedudukan tangan semasa memegang.

3. Lontaran dibuat dari dalam bulatan.

4. Pembatalan berlaku;

(a) Jika pelontar menyentuh mana-mana kawasan di luar bulatan.

(b) Jika pelontar keluar dari bahagian hadapan bulatan selepas melontar.(c) Bila pelontar menyentuh bahagian atas penyendal di hadapan bulatan.

(d) Pelepasan peluru yang tidak betul:

i. Semasa melontar kedudukan tangan lebih rendah daripada tangan sebelum lontaran dibuat.ii. Jika tidak dibawa ke belakang bahu, tangan yang melontar.(e) Bila pelontar melebihi masa 1 minit yang dibenarkan5. Jika pelontar perlu melakukan lontaran dua kali berturut-turut, maka masa 2 minit dibenarkan di

antara dua lontaran tersebut.

6. Bendera kuning diangkat 15 saat sebelum tempoh yang dibenarkan tamat.

7. Hakim berkuasa menukar tempat pertandingan tetapi ini mesti dilakukan selepas satu pusingan lontaran dibuat.8 . Pertandingan bermula , maka tidak bolehmenggunakan alatan untuk tujuan latihan

tidak kira guna bulatan, alat atau tanpa alat yang boleh tinggalkan kesan.

9. Tidak boleh balut tangan kecuali luka.

10. Tidak boleh memakai sarung tangan.

11. Pakaian hendaklah sopan tidak menjolok mata.LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan.

2. Pastikan orang yang berada di keliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akandilakukan oleh perserta.

3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukanserentak.4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah di ajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru.

5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka.

6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain.

7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran.8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilahdiletakkan dalam satu kumpulan

9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam.

10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.

11. Arahan guru mestilah TERANG, JELAS dan TEGASAKTIVITI LATIHAN KEMAHIRAN BERANSUR MAJU1) Latihan menggunakan bola besar. Memegang bola besar (2 tangan) di sebelah bahu kanan secara berdiri dan melangkah. Tolak bola ke depan (kiri/kanan)

2) Latihan berpasangan Duduk berhadapan dengan pasangan. Pegang bola dengan 2 tangan atas bahu kanan/kiri. Tolak bola ke pasangan yang bertentangan.

Melutut berhadapan dan tolak ke pasangan yang bertentangan (kiri / kanan)

Berdiri berhadapan dan tolak bola ke pasangan yang bertentangan (kiri / kanan)

3) Latihan Ketinggian Lontaran4) Latihan Jarak Lontaran

Tandakan gelung rotan pada 3 kedudukan dekat, sederhana dekat dan jauh. Pelajar akan melontar ke dalam mana-mana gelung rotan tersebut.

5) Latihan Ketepatan

Tandakan gelung rotan dan pelajar akan melontar ke dalam gelung rotan tersebut.