Litar pengguna

  • View
    8.816

  • Download
    8

Embed Size (px)

Text of Litar pengguna

Litar Pengguna

LITAR AKHIREmpat jenis litar akhir:Litar penggunaLitar KawalanLitar Akhir Litar Pencahayaan

Litar AkhirLitar PenggunaLitar pengguna berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi unit kawalan dari arus lebihan seperti litar pintas, beban lampauLitar AkhirLitar KawalanSetiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau) dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran dan sebarang bahaya yang mungkin terjadi. Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna bagi tujuan: 1. Pengasingan dan penyuisan. 2. Perlindungan arus lebihan 3. Perlindungan kebocoran arus ke bumi

1Kotak simpang2Fius perkhidmatan dan Penghubung Neutral 3Meter KWj4. Suis dan fius suia utama5Pemutus litar bocor ke bumi / PLBB6Kotak Fius AgihanKWJLitar KawalanLitar KawalanCara-Cara Pengasingan dan Penyuisan

Semua suis kutub tunggal yang dipasang pada sistem TN dan TT hendaklah hanya kepada pengalir fasa (hidup) sahaja. Pengalir neutral tidak perlu diputuskan kecuali pada :suis utamaalat perkakas pemanas di mana elemennya mungkin boleh disentuh.pengubah auto lampu discas yang tidak melebihi 1.5KV.suis yang digunakan hendaklah daripada jenis berangkai dan tentukan ia dapat memutuskan litar bersama dengan pengalir fasa.

Cara-Cara Perlindungan Arus Lebihan

Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN dan TT. Sekiranya terdapat pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah dapat memutuskan litar bersama pengalir fasa.Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis yang :dapat dikendalikan/putuskan litar secara automatik pada kadar yang ditetapkanberkeupayaan untuk memutuskan dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung semuladireka bentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila ia dikendalikan dan dapat memberi bekalan tanpa bahaya.

Litar KawalanPerlindungan Kebocoran Arus Ke Bumi

Semua bahagian pengalir (logam) dalam pemasangan pengguna yang terdedah perlu dibumikan dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan bersesuaian atau pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus dan voltan.

Kawalan Turutan

Kawalan turutan ialah turutan alat-alat kawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna, ini termasuklah pengasingan dan penyuisan, perlindungan kebocoran arus ke bumi. Susunan alat kawalan dan perlindungan dalam kawalan turutan adalah seperti berikut:Fius perkhidmatan dan penghubung neutral. Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus penggunaJangka kilowatt jam Mengukur jumlah tenaga yang digunakan bagi menetapkan kadar bayaran tariff.Litar Kawalan (samb)Suis utama Pengasing/penyuisan litar dan perlindungan arus lebihanPemutus litar bocor ke bumi Perlindungan kebocoran arus bumi dan pengasing litar - Papan agihan Sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan

Kawalan Turutan

Litar Akhir

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus elektrik. Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhit ialah :

i. Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.Litar Akhir (samb) ii. Untuk memastikan bahawa bahagian- bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan, pengujian atau kerja- kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.iii. Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar dari mengganggu litar yang lain. 1. Bagi sesuatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir, setiap litar akhir itu mestilah disambung dengan fius atau pemutus litar.

2. Pendawaian bagi setiap litar akhir mestilah diasingkan (secara elektrik) daripada litar kecil akhir yang lain. Bagi memudahkan tujuan pemeriksaan, pengalir neutral hendaklah disambung di dalam PFA sama seperti pengalir fasa.

3. Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan di setiap litar akhir mestilah tidak boleh kurang daripada kadar arus nominal alat perlindungan litar kecuali bagi litar akhir gelang.

Peraturan IEE Bagi Litar Akhir (Keperluan Umum)

Soket alur keluar jenis ini arus nominalnya 13A dan khusus digunakan untuk kegunaan rumah domestic. Tetapi ia juga sesuai digunakan untuk tempat selain rumah kediaman. Soket alur keluar boleh dibuat dengan menyambung secara litar jejari dan litar gelang.

Litar Akhir Soket Alur Keluar Jenis BS1363Litar Akhir Soket Alur Keluar Jenis BS1363

Litar jejari Litar gelangPendawaian Litar Gelang

Bagi menentukan jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz pengalir kabel yang digunakan ia hendaklah berpandukan kepada jadual 1.Bilangan soket alur keluar yang hendak disambung adalah tidak terhad tetapi dengan syarat ia mampu mengendalikan perlindungan arus lebihandan luas lantai kurang daripada yang ditetapkan.Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS 1363Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS1 363 (samb)

Kelonggaran kepelbagaian (diversity) tidak boleh digunakan bagi menentukan litar akhir soket alur keluar BS3036.Bagi sistem punca bekalan kuasa jenis TT (punca bumi tidak disediakan oleh pihak berkuasa pembekal), semua soket alur keluar mestilah dilindungi oleh alat arus residual (pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus) dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30mA. Peraturan IEE-Litar Jejari dan Gelang BS1 363

Setiap pengalir dalam litar kecil gelang mestilah bermula dari satu fius dalam papan agihan dan disambungkan pada setiap punca soket alur keluar dan berakhir di punca yang sama di papan agihan itu.Setiap litar akhir gelang mestilah mempunyai pengalir perlindungan bumi dan disambung seperti pengalir fasa dan neutral kecuali litar gelang itu dibuat di dalam konduit, sesalur atau dengan menggunakan kabel berlapikkan logam.Kapasiti membawa arus kabel (kadar arus kabel) mestilah tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau pemutus litar yang mengawal litar tersebut.

Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363Peraturan IEE Khas Untuk Litar Gelang BS 1363 (samb)

Apabila terdapat dua atau lebih litar gelang dipasang dalam satu bangunan yang sama, soket alur keluar itu mestilah diagihkan sama banyak.Alat tetap yang dipasang di dalam litar gelang mestilah disambung dari sulur berfius dengan kadar fiusnya tidak melebihi 13A. Sekiranya ia adalah alat pemasak elektrik, alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih dua meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar yang berkadar tidak melebihi 16A.Alat pemanas, pemanas air takungan lebih 15L dan pemanas immersion tidak boleh disambung pada litar gelang. Litar akhir berasingan perlu diagihkan bagi beban tersebut.

Sulur ialah satu cabang kabel yang disambung pada litar jejari dan gelang. Terdapat dua jenis sulur iaitu sulur tidak berfius dan sulur berfius.

1. Sulur tidak berfius

a) Sulur tidak berfius mestilah disambung pada : i. punca soket alur keluar ii. peti sambungan iii. papan agihan b) Kapasiti membawa arus kabel sulur mestilah lebih atau sama dengan pengalir litar gelang.

c) Bilangan yang boleh disambung ialah : i. 1 soket alur keluar ii. 1 soket alur keluar kembar iii. 1 alat pegun

Sulur2. Sulur berfiusJumlah bilangan sulur berfius tidak terhadSuhu berfius mestilah disambung pada peti berfiusKadar arus nominal fius tidak boleh melebihi kapasiti membawa arus kabel sulur dan jika ada persamaan ia mestilah tidak melebihi 13ASaiz minimum bagi pengalir kabel sulur berfius adalah seperti berikut: i. 1.5mm - Kabel penebat PVK pengalir kuprum ii. 2.5mm - Kabel penebat PVK pelapik kuprum pengalir aluminium iii. 1.0mm - Kabel penebat mineral pengalir kuprum

Sulur

Sulur berfius Litar Akhir Alat Pemasak Rumah Kediaman

Alat pemasak mudahalih mestilah disambung dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke soket alur keluar. Melainkan alat pemasak yang lebih daripada 4kW, ia tidak boleh dianggap mudah alih. Oleh itu bagi alat pemasak yang lebih daripada 3kW boleh disambung dengan menggunakan litar akhir tersendiri.

Peraturan IEE PemasakBagi menentukan permintaan arus litar akhir alat pemasak ia mestilah dinilai seperti berikut; i. 10A yang pertama ii. + 30% lebihan jumlah arus beban iii. + 5A jika terdapat soket alur keluar bersama dengan unit kawalan pemasak

Peraturan IEE Pemasak (samb)Litar akhir yang kadarnya 15A hingga 50A boleh membekal dua atau lebih alat pemasak elektrik dalam sebuah bilikSetiap alat pemasak elektrik mestilah dikawal oleh suis yang diasingkan daripada alat tersebut dengan jarak tidak lebih daripada 2meter dan di dalam bilik yang sama. Satu suis boleh mengawal dua alat pemasak dalam satu bilik, dengan syarat kedua-dua alat pemasak itu tidak lebih 2meter daripada suis tersebut

Litar Akhir Selain Daripada Alat PemasakLitar Akhir Lampu Litar akhir lampu biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas (kalimantang).

Selain daripada punca lampu beban-beban yang lain juga boleh disambung dari litar akhir lampu, contohnya kipas siling, kipas dinding dan sebagainya dengan syarat arus beban penuh kurang yang ditetapkan.