Upload
niza-wahida-w
View
689
Download
21
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Lirik Lagu ini merupakan llirk lagu kanak-kanak. Selamat Berhibur !
“BANGUN PAGI”
Bangun pagi gosok gigi, Cuci muka terus mandi, Pakai baju minum susu, Salam ayah dan ibu,
Pergi sekolah jalan kaki, Jumpa cikgu depan pintu, Selamat pagi cikgu Sa'amah, Selamat pagi Cikgu Aishah,
Rajin belajar cikgu ajar, Pandai tulis, pandai lukis, Pandai nyanyi, baca buku, Semuaorang suka hati.
kalau kita rajin usaha, Ibu bapa gembira, Mari kawan sama-sama, Pasti kita berjaya !
"TANGAN SAYA"
Tangan di kepalaku, Di muka dan dibahu, Di pinggang, di sisi, Di belakang ku sembunyi,
Ku angkat tinggi, Jejari ku menari , Ke depan tangan ku, Tepuk tangan bersama, YES
"MANA IBU"
Mana ibu, mana ibu, Di sini, Di sini, Apa khabar awak, Saya khabar baik, Lari sembunyi, lari sembunyi (ulang untuk telunjuk, hantu, manis dan kelingking)
"TANYA SAMA POKOK"
Tanya sama pokok, Apa sebab goyang, Nanti jawab pokok, Angin yang goyang.
, Tanya sama angin, Apa sebab goyang, Nanti jawab angin, Tanyalah awan.
Awan nanti kata, Aku kandung air, Sampai tempat teduh, Aku pun cair.
Lihat dalam air, Nampak bayang-bayang, Campak satu batu, Bayang pun hilang.
"RUMAH KECIL SAYA"
Rumah kecil saya, Ada taman bunga, Bunga warna warni, Harum dan wangi,
Rumah kecil saya, Ada tingkap dua, Langsir warna biru, Dibuat ibu.
"RAMA-RAMA"
Dari ulat jadi kepompong, Tidur nyenyak dalam kelongsong, Cukup masa kelongsong pecah, POM! POM! Jadilah rama-rama yang indah,
Rama-rama terbang merata, Hisap madu di pohon bunga, Sungguh cantik aneka warna, Tapi sayang hidup tak lama,
Begitulah hidup manusia, Pada ALLAH kita berdoa, Agar jadi insan mulia, Tapi sayang hidup tak lama.
"MATA SAYA"
Mata saya dua, Hidung saya satu, Telinga saya dua, Kiri dan kanan,
Kaki saya dua, pakai kasut baru, Mulut saya satu, Tak henti makan.
"ANGKAT TANGAN"
Angkatlah tangan kanan, Angkatlah tangan kiri, Goyangkan tangan kanan, Goyangkan tangan kiri,
Tunjukkan kaki kanan, Tunjukkan kaki kiri, Hentakkan kaki kanan, Hentakkan kaki kiri.
"IKAN KEKEK"
Ikan kekek mak iloi,iloi, Ikan gelama mak ilai,ilaiSungguh cantik adikku amboi, Tapi ketawa mengilai-ngilai.
Ikan kekek mak iloi,iloi, Ikan gelama mak ilai,ilaiKalau adik nak jadi pandai, Mari belajar,janganlah lalai.
Ikan kekek HOI !, Ikan Kekek.......
"GAJAH"
Gajah berkaki empat, Gelek,gelek, Gajah belalai panjang, Gelek,gelek,
Gading dia panjang, Tapi tidak makan orang, Kalau adik ingin tahu, Apa makan gajah, La, La, La, La................... Gajah makan tebu.
"GAJAH 2"
Apabila bila bulan terang berseri, Seekor gajah keluar menari,
Lenggok ke kanan, dan lenggok ke kiri, Jemput seekor, keluar menari.
"GAJAH 3"
Belalai gajah panjang, Badan hitam besar, Kaki macam tiang, Dua telinga lebar,
Telinga macam kipas, Jalan bongkok-bongkok, Gajah tidak malas, Kuat tolak pokok.
"AWAN"
Awan bergerak, gerak, Putih seperti kapas, Rupa cantik bercorak, Bergerak dengan bebas.
"KERETA KECIL"
Bapaku pulang dari kota, Bapaku belikan kereta, Kereta kecil warna merah, Boleh ku bawa ke sekolah,
Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Pon, Kereta kecil ku berbunyi, Marilah adik mari naik, Boleh ku bawa ke rumah nenek.
"ULAT GONGGOK"
Datanglah ulat gonggok, Jalan berlenggang lenggok, Di manakah kaki saya, Kalau ia tak jumpa,
Kan ku cari jua, Walau pun ke kampung JawaLompatlah, lompatlah, Di manakah kaki saya,
Kalau ia tak jumpa, Kan ku cari jua, Walau pun ke kampung Jawa.
"BINTANG KECIL"
Bintang kecil di langit yang tinggi, Amat indah menghias angkasa, Aku ingin terbang dan menari, Jauh tinggi di tempat kau berada.
"BILA KITA BERKUMPUL"
Bila kita berkumpul, Berkumpul, berkumpul, Bila kita berkumpul, Rasa gembira,
Kawan ku, kawan mu, Kawan mu, kawan ku. Bila kita berkumpul rasa gembira.
“LAGU TIGA KUPANG”
Lagu tiga kupang Saku penuh padi Enam ekor burung Masuk dalam kuali
Bila sudah masak Burung nyanyi saja Tentu sedap makan Beri pada raja
( korus ) Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam Mahu jemur tepung Datang burung hitam Pagut batang hidung
BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau, Kenapa engkau kurus ?, Macam mana aku tak kurus, Rumput panjang sangat, (2x)
Rumput oh rumput, Kenapa panjang sangat ?,
Macam mana aku tak panjang, Kerbau tak makan aku.....
Kerbau oh kerbau, Kenapa tak makan rumput ?, Macam mana aku naka makan, Perut aku sakit (2X)
Perut oh perut, Kenapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit, Kayu api basah(2X)
Kayu oh kayu, Kenapa engkau basah?, Macam mana aku tak basah, Hujan timpa kayu (2X)
Hujan oh hujan, Kenapa engkau timpa kayu, Macam mana aku tak timpa,Katak panggil aku (2X)
Katak oh katak, Kenapa panggil hujan ?, Macam mana aku tak panggil, Ular nak makan aku (2X)
Ular oh ular, Kenapa nak makan katak ?, Macam mana aku tak makan, Memang makanan aku... (2x)
“BURUNG KAKAK TUA”
Burung kakak tua,Hinggap di jendela, Nenek sudah tua, Giginya tinggal dua.
Lecum.. lecum....lecum ulala.... Lecum.. lecum....lecum ulala....lecum.. Lecum....lecum ulala.... Giginya tinggai 2.
“CAN MALI CAN”
Can Mali Can Ooo Ooo, Can Mali Can Ooo Ooo, Can Mali Can,Ketipung Payung.
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can,Ooo Ooo Can Mali Can, Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung, Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can. Ooo Ooo Can Mali Can,Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung.
“ANAK RUSA NANI”
Anak rusa Nani, Baru kembang ekor, Apa salah kami,Lalu tidak tegur.
Anak rusa Nani, Baru pandai jalan, Apa salah kami, Harap di maaf kan..
“JONG-JONG INAI”
Jong jong inai Mak ipong waja wali ( 2X ) Jong jong inaiMak ipong waja wali Sepak tunggul inai Berdarah ibu kaki( 2X )
Semangkuk jerluk Sepinggan dagang Tak cukup pulut Tambah nasi dagang( 2X )
Jong jong inai Mak ipong waja wali( 2X )
“RASA SAYANG”
Rasa sayang hey Rasa sayang sayang hey Hey lihat nona jauh Rasa sayang sayang hey ( di ikuti dengan pantun klasik/tradisional )
Rasa sayang hey Rasa sayang sayang hey Hey lihat nona jauh Rasa sayang sayang hey
“TEPUK AMAI-AMAI”
Tepuk amai-amai Belalang kupu-kupu Tepuk ramai-ramai Emak upah susu
Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak ada kerja
“KUCING SAYA”
Saya ada kucing Ekornya panjang Bulu warna putih Cantik berbelang
Bila saya panggil Dia pun datang Tersangat manjanya Saya pun sayang
Saya beri makan Nasi campur ikan Beri minum susu Riang selalu
Jaga waktu malam Tidur waktu siang Tersangat manjanya Saya pun sayang
“ANGKAT TANGAN”
Angkatlah tangan kanan, Angkatlah tangan kiri, Goyangkan tngan kanan, Goyangkan tangan kiri.
Tunjukkan kaki kanan,
Tunjukkan kaki kiri, Hentakkan kaki kanan, Hentakkan kaki kiri.
“KU TANAM POKOK BUNGA”
Ku tanam pokok bunga Bunga mawar namanya Ku siram dan kujaga Lama besar jadinya
Ku petik bunga mawar Ku selit di telinga Ku jalan sini sana Harum wangi baunya
“MANA CACING”
Mana cacing (2X) Di sini (2X) Hidup dalam tanah (2X) Sembunyi (2X)
Mana cacing (2X) Makan apa (2X) Saya makan daun (2X) Sedapnya (2X)
Tune: lagu mana ibu
“LOMPAT SI KATAK LOMPAT”
Lompat si katak lompat Lompatlah tinggi-tinggi Katak berkaki empat Bertelur dalam perigi
Telur dilindung buih Menetas jadi berudu Berenang di dalam air Ke hilir mencari ibu
c/o: Berudu-berudu makin membesar Tumbuh kaki belakang Kaki depan keluar Ekor panjang hilang
Berudu dah cukup sifat Jejari mula melekat Anak katak menjadi kuat Ke darat terus melompat
“LOMPAT SI KATAK LOMPAT – VERSI TRADISIONAL”
Lompat si katak lompat Lompatlah tinggi-tinggi Cepatlah adik cepat Cepatlah bangun pagi-pagi
c/o: Kalau adik malas lagi Malas bangun pagi La la la la la la la ( 2x) Nanti kita rugi.
“AIR PASANG PAGI”
Air pasang pagi Surut pukul lima Nyonya bangun pagi Siram pokok bunga
Pokok bunga Melur Tanam tepi batas Itik bertelur ayam menetas
Cik Baba jatuh dalam parit Cik Aminah ketawa jerit-jerit Naik kereta api sampai Kuala Lumpur Jumpa bini cantik terselit dalam dapur pur pur pur pur.......
“BUNYI JAM”
Tik tok tiki tiki tok Bunyi jam di dinding rumahku Tik tok tiki tiki tok Masa terus berlalu Belajar bermain masanya tertentu
Tra la la tra la la Tra la li tra la la Tra la lu tra la lu Aku belajar selalu
Tik tok tiki tiki tok Bunyi jam mengingatkanku Tik tok tiki tiki tok Masa terus berlalu.
“KERETA API”
Cus cus cus keretapi, Cus cus cus cus bunyinya Laju-laju ke depan hebat sekali Tar tar tar bunyi roda Pon pon bunyi semboyan Saya sangat gembira Bersama kawan-kawan
“SAYANG KELUARGA”
Satu satu saya sayang ibu dua saya sayang ayah Tiga tiga sayang adik kakak 1 2 3 sayang semuanya.
“RAJIN ADIK RAJIN”
Rajin adik rajin Rajinlah belajar Bila besar nanti Boleh tunjuk ajar Ayah juga ibu Gembira selalu Melihat adikku Rajin baca buku
“ANGIN”
Lembut hembusannya dapat ku rasa Tak nampak rupanya pegang tak jaya Bertiup Perlahan ku rasa nyaman Bila jadi ribut orang pun takut Banyaklah gunanya banyak bencana Jangan dirisaukan kurniaan Tuhan Kadang kala kencang dia memberang Kadang kala dingin itulah angin.
“BINTANG KECIL”
Bintang kecil di langit yang tinggi amat indah menghias angkasa aku ingin terbang dan menari jauh tinggi ke tempat kau berada Aku ingin terbang dan menari Jauh tinggi ke tempat kau berada
“HUJAN DAH TURUN”
Tip tap tip tap hujan dah turun Tip tap tip tap hujan dah turun Tip tap tip tap baju dah basah Mari kita ambil payung.
“LABAH-LABAH”
Satu labah labah, Cuba panjat tinggi, Bila hujan turun,Labah cepat lari,Terbit matahari, Hujan tiada lagi, LabaH- labah cuba panjat, Sekali lagi.
“TEKO COMEL”
Saya teko comel Cantik dan menarik Ini tangkai saya Ini muncung saya
Bila wap keluar saya pun berbunyi Angkat saya dan tuangkannya
“HUJAN”
Tik tok.. tik tok.., hujan dah turun Tik tok.. tik tok.., Hujan dah turun Tik tok.. tik tok.. Baju dah basah Mari kita ambil payung..
“PONDOK DI HUTAN”
Sebuah pondok di dalam hutan, Si anak rusa di tingkap memandang, Seekor arnab berlari-lari, Mengetuk pintu,
” tolong-tolong” katanya ”Si pemburu nak tembak saya”
Mari masuk ke dalam Bersuka ria..
“BURUNG-BURUNG RIANG”
Pagi dah menjelma, Bersinar suria, Hari pun cerah,
Burung-burung pula, Terbang sini sana Menyayi riang
Bila hari petang Burung-burung pulang Masuk ke sarang
Hari mulai gelap Suria pun terbenam Hari pun malam.
“BAJU BARU”
Ku pakai baju baru Dibeli oleh ibu Sungguh riang rasa hatiku Bila berjalan-berjalan Bersama kawan-kawan Akan ku pakai baju baru Bila berjalan jalan Bersama kawan-kawan Akan ku pakai baju baru
(ULANG 2X)
“DENGAR PESANAN”
Dengar pesan ibu Dengar pesan Ayah Rajin baca buku Rajin ke sekolah
Dengar pesan guru Buat kerja rumah Balik tolong ibu
Juga tolong ayah ( 2x) “RAMA-RAMA”
Sayapnya berwarna-warni Sesungut bercabang dua Menghisap madu manis rasanya Itulah dia si rama-rama
“PENGAKAP MUDA”
Taat pada perintah Tuhan
Raja dan Negara
Membantu tiap masa
Patuh undang-undangnya
Kami ahli pengakap muda
Buat habis baik
“SEMUT”
Semut semut semut jalan beriring
Di atas titi melintas sungai
Membawa hasilan berkawan-kawan
Tak kenal erti penat dan jemu
Lihat lihat lihat semut bekerja
Berbadan kecil berhati besar
Setiap usaha pastikan jaya
Sayang matinya kerana gula
Hey hey hey mari contohi
Budaya semut
Rajin berusaha bersatu-padu
Penuh harmoni hidup bahgia sepanjang masa
“LAYANG-LAYANGKU”
Angin bertiup
Awan berarak
Sayupnya layangku
Melayang di angkasa
Lihat layangku
Ke kiri ke kanan
Terbang megah indah
Menghiasi angkasa raya
“UNTUK AYAH DAN IBU”
Betapa suci murni jasa ayah ibu
Yang mengasuh dan mendidik dengan sempurna
Tiada balas dipinta hanya kasih mesra
Agar anaknya menjadi orang berguna
Oh ayah oh ibu
Sejahteralah hidupmu
Doaku pintaku
Setiap masa dan waktu untukmu
Ayah dan ibu
Syurgaku
“MAIN LOMPAT”
Mari main lompat bersama kawan
Lompat ke kiri lompat ke kanan
Pusingkan badan
Tepuk di atas tepuk di bawah
Kecilkan badan
Lompat tinggi sampai ke awn
“LOMPAT-LOMPAT”
Lompat-lompat lompat katak lompat
Lompat-melompat dalam kolam
Berenang-renang, bersukaria
Sambil menyanyi riang
Berenang-renang, bersukaria
Sambil menyanyi riang
“KAMI MURID DARJAH DUA”
Kami murid darjah dua,
Suka menyanyi serta membaca,
Bangun pagi cepatlah mandi,
Supaya kita tidak dikeji.
Kami murid darjah dua
Suka menyanyi serta membaca
Mari kita bertepuk tangan
Menyanyi dengan hati yang riang
“BERGALOP”
Lari-larilah bergalop
Dengan langkah sama-sama
Buatlah satu bulatan
Bergalop berpusing
Mari-mari semua
Bergalop sama-sama
Pusing-pusing keliling
Dengan langkah yang sama
“BUNGA MAWAR”
Kutanam pokok bunga
Bunga mawar namanya
Kusiram dan kujaga
Lama besar jadinya
Kupetik bunga mawar
Kuletak di kepala
Kujalan sini sana
Harum wangi baunya
“LENGGANG KANGKUNG”
Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung tepi telaga ( 2 kali )
Balik dari menyabung
Makanlah nasi sahaja ( 2 kali )
“GEYLANG SI PAKU GEYLANG”
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
“DODOILAH DODOI”
Dodoilah dodoi
Adik jangan menangis
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dalam buaian
Pejamkanlah matamu sayang
Tenanglah kau dalam buaian
“HIDUP BURUNG”
Aku burung di dalam sangkar
Hidup terkurung
Hatiku susah
Ingin aku terbang bebas
Berkawan-kawan
Tinggi di awan
“BILA DEWASA”
Bila aku sudah dewasa
Aku ingin jadi tentera
Selalu sedia menjaga Negara
Berani berjuang
Musuh akan ku tentang
“RASA SAYANG”
Rasa sayang eh
Rasa sayang sayang eh
He lihat nona jauh
Rasa sayang sayang eh
Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Tanam ubi tanam keledek
Keladi birah di tepi tangga
Kita nyanyi adik-beradik
Kalau salah tidak mengapa
“MALAYSIAKU”
Tanah airku Malaysia jaya
Tanah tempatnya tumpah darahku
Berbagai bangsa ada bersama
Aman dan damai amalan kita
“ANGIN”
Lembut hembusannya dapat kurasa
Tak Nampak rupanya pegang tak jaya
Bertiup perlahan kurasa nyaman
Bila jadi rebut orang pun takut
Banyaklah guna, banyak bencana
Jangan dirisaukan, ciptaan Tuhan
Kadangkala kencang, dia memberang
Kadangkala dingin, itulah angina
“MENAMPI PADI”
Marilah kita menampi padi
Lenggok ke kanan lenggok ke kiri
Tua dan muda turutlah serta
Itulah amalan yang mulia
Tampilah tampi segera
Dengan lenggok yang sama
Cepatlah cepat semua
Bekerjalah bersama
“MENYANYI GEMBIRA”
Wahai kawan-kawan mari bersama
Menyanyi gembira ikut irama
La la la la la la bertepuk sama
La la la la la la sambil bergaya
“KEBERSIHAN DIRI”
Bersihkan diri sendiri
Mandi serta gosok gigi
Buangkan kotor di badan
Untuk jaga kebersihan
Pakaian bersih dipakai
Supaya cantik berseri
Janganlah lupa dan lalai
Jaga kebersihan diri
“HORMATKAN BENDERA KITA”
Lihatlah bendera kita
Berkibar dengan megahnya
Menjadi lambang Negara
Negara Malaysia jaya
Marilah hormat bersama
Bendera negara kita
Tandanya rakyat setia
Rakyat Negara Malaysia
“TERBANG BURUNG TERBANG”
Terbang burung terbang
Tinggi di awan
Bebas di angkasa
Berkawan-kawan
Makan di bendang
Ulat belalang
Bila dah kenyang
Tentu akan pulang
“ADIK MANIS”
Adikku yang manis
Janganlah menangis
Emak masak tumis
Bayam dengan remis
Adikku yang manja
Rajin buat kerja
Ibu juga bapa
Merasa gembira
“HIDUP GEMBIRA”
Sayang ibu, sayang ayah
Sayang adik, abang dan kakak
Kami semua, sungguh gembira
Riang ria keluarga bahagia
Hati senang, hidup riang
Kami semua sayang – menyayang
Ayah ibu, raja dan ratu
Yang selalu membelai daku
“BUAH-BUAHAN MALAYSIA”
Durian ciku buah rambutan
Rasanya jadi idaman
Berbagai bentuk rupanya
Buah-buahan Malaysia
Buahlah manggis putih isinya
Duku langsat dan papaya
‘Pabila musim pun tiba
Dijual merata-rata
*‘Pabila – Apabila
“AKU BURUNG TIUNG”
Aku burung-burung tiung berperi
Riang di dalam sangkarku ini
Suaraku seperti manusia
Menegur dan bertanya siapa
Aku burung-burung tiung
Sungguh pandai berperi
Aku burung-burung tiung
Sungguh pandai berperi
“CIKGU BUDIMAN”
Selamat pagi kami ucapkan
Kepada cikgu sungguh budiman
Terima kasih saya dan rakan
Ilmu berguna cikgu curahkan
“BAHASA KITA”
Bahasa Malysia, bahasa Negara
Cintailah bersama
Alat perhubungan perpaduan bangsa
Bahasa jiwa bangsa
“ULIK-ULIK MAYANG”
Ulik mayang mayang diulik
Ulik dengan jala jemala
Datang satu datang semua
Ala sayang datang semua
“NYAMUK”
Terbang terbang nyamuk durjana
Mengisap darah manusia
Bermacam penyakit darinya
Demam denggi dan malaria
Nyamuk mesti kita hapuskan
Di desa ataupun di pecan
Botol, tin sampah dibersihkan
Air bertakung dikeringkan
“PADIKU”
Padi padiku masak berwarna emas
Rasa hatiku gembira paling puas
Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi
Pergilah pergi wahai burung jangan hinggap
Ho ho ho hoi, ho ho ho hoi
Semoga engkau tidak akan kena tangkap
“BUNYI SEMUA”
Ing-ing-ing bunyi biola
Tu-tu-tu bunyi seruling
Bum-bum-bum bunyi rebana
Cing-cing-cing bunyi kerincing
Ing-tu-bum-cing bunyi semua
Ing-tu-bum-cing bunyi semua
“BERMAIN DI PANTAI”
Mari semua ke pantai berkelah
Bersama ibu dan ayah
Bermain sepanjang pantai yang indah
Mengutip kerang dan kepah
Jangan bermuram dan bersedih hati
Menyanyilah dan menari
Tetapi janganlah lupakan diri
Nanti menyusah sendiri
“THE MORE WE GET TOGETHER”
The more we get together, together
The more we get together, the merrier we’ll be
For your friends are my friends
And my friends are your friends
The more we get together the merrier we’ll be
“JASA AYAH DAN IBU”
Oh ayah oh ibu yang kusayang
Kau tempat bermanja siang malam
Engkaulah tempat ku berlindung
Untuk hidup dan belajar ilmu
“KUALA LUMPUR”
Kuala Lumpur bandar yang permai
Berbilang bangsa aman damai
Suburlah tanah berbagai hasilnya
Ibu negeri Negara Malaysia
Bandar kita menjadi Wilayah
Sibuk dan sesak jalan raya
Bangunan melangit dan indah juga
Bandar inilah kemegahan kita
“KELUARGA BAHAGIA”
Kasih pada ibu, taat pada bapa
Hormat pada guru,mambawa bahagia
Ibu dan bapa serta keluarga
Bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang
Masa tidak menunggu kita
Dari itu janganlah leka
Jangan menderhaka pada orang tua
Amalan hidup kita mereka yang rajin berusaha
Hidup bahagia dan sempurna
Ingat pada Tuhan hindar kejahatan
Keluarga bahagia
Kasih pada ibu, taat pada bapa
Hormat pada guru, membawa bahagia
Ibu dan bapa serta keluarga
Bimbinglah kami dengan penuh kasih sayang
“KASIH IBU”
Kasih ibu sejati
Membawa bahagia
Haruslah dihormati
Hidupmu sempurna
Janganlah kau derhaka
Terhadap ibu
Budinya amat besar
Terhadap kamu
Dari itu sentiasa
Hormat ibu bapa
Agar hidup bahagia
Selama-lamanya
“BURUNG TUKANG”
Suatu malam bulan terang
Terdengar bunyi burang tukang
Di atas pokok berbunyi riang
Macam orang bertukang
Tok tok tok rajinnya
Apa yang diketuknya
Tok tok tok bertukang
Kerja sepanjang malam
Ketukannya tak jemu-jemu
Apa ditukang ku tak tahu
Hatiku hairan kutanya ibu
Bunyinya yang begitu
“NASIHAT GURU”
Tiap hari guru berpesan
Rajin selalu baca buku
Pesan guruku itu
Tidaklah kulupakan
Supaya kumenjadi maju
Guru selalulah berkata
Hormat kepada orang tua
Tolong ibu dan bapa
Walau apa pun kerja
Itulah anak yang berjasa
“CITA-CITA”
Di waktu pagi ku pergi sekolah
Hawanya sejuk nyaman terasa
Kurasa segar tiada terkira
Bersama kawan-kawan kami gembira
Tiaplah hari pergi sekolah
Belajar tulis juga membaca
Bilalah besar mengganti ayah
Majukan bangsa juga negara
“MAJUKAN DIRI”
Marilah kawan-kawan semua
Majukanlah diri kita
Marilah sertai gerak kerja
Agar kita maju jaya
Di bidang sukan di bidang seni
Latih kemahiran diri
Anak s’ri gala dan pandu putri
Bentuk disiplin diri
Marilah kita sama berusaha
Majukanlah diri kita
Badan sihat otak pun kan cergas
Itu tujuan utama
“BATIK”
Kain putih dicorak-corak
Warna-warna berbunga-bunga
Itulah warisan budaya negara
Pakaian harian bangsa Malaysia
Kain batik baju pun batik
Nampak indah dipakai cantik
Mari kakak abang, mari adik-adik
Juga ibu ayah cuba pakai batik
“CIPTAAN TUHAN”
Ayuh kawanku
Kita ke taman
Melihat bunga
Indah berseri
Ikan di kolam
Menari-nari
Sungguh indahnya
Ciptaan Tuhan
“KAMPUNGKU”
Tenangnya suasana kampungku indah permai
Burung-burung nan berkicau riang
Angina bertiup perlahan mendayu-dayu
Bagaikan mengalun irama rindu
Oh! lihatlah sawah nan terbentang
Hasil yang subur, petani riang
Bukit menghijau sungguh indah dipandang
Itulah kampungku yang terbilang
“SUKAN SEKOLAHKU”
Petang sabtu minggu yang lalu
Hari Sukan Sekolahku
Di tengah padang berbaju putih seluar warna biru
Perbarisan sangat kemasnya, biar panas tak dirasa
Semangat sukan perlulah ada tak kira apacara
Berlumba lari kita sertai untuk pasukan kita
“PEKERTI MULIA”
Berbudi bahasalah kita semua
Satu amalan mulia
Sopan-santun dijaga di mana saja
Pasti akan Berjaya
Jangan berkata bohong
Buruk padahnya
Dari itu semaikanlah pekerti mulia
“COMEL MANJA”
Comel namanya Manja, dalam keluarganya
Elok paras wajahnya,Fasih bertutur kata
Girang Si Manja girang, abang kakaknya sayang
Bapa ibunya kata, Comel namanya Manja
Do Re Mi Fa So La Ti Do’
Do’ Ti La So Fa Mi Re Do
“SAYANGKU”
Sayang adikku sayang
Mari belajar sama
Jangan fikiran melayang
Hingga kita terlupa
Sayang adikku sayang
Tunaikan kewajipan
Untuk hidup gemilang
Kau akan pasti jaya
“BUNGA DI TAMAN”
Putih bersih si bunga melur
Pakainya di sangul
Harum wangi si bunga tanjung
Di karang di susun
Berbagai warna bunga mawar
Di sanjung di gemar
Berseri-seri bakawali
Kembang di malam hari
Segar mekar bunga di taman
Di baja di siram warna warni berseri-seri yang memikat hati
Tak ku lupa si bunga raya
Kebangsaan kita
Menjadi lambang perpaduan rakyat aman sentosa
“JIRAN TETANGGA”
Jiran tetangga harus diutama
Tolong menolong bertegur sapa
Bantu membantu dan bekerja sama
Berpadu padu aman negara
Bergotong-royong
Pakat muafakat
Akan tercapai apa yang dihasrat
Kunjung mengunjung
Beramah mesra
Itu amalan yang mulia
“SUARA IBU”
Selembut angin mendayu
Suaramu membisik di telingaku
Dengan nada yang mesra
Kau membuat jiwaku gagah
Kan ku ingat selalu
Kata-katamu hai ibu yang ku sayang
Hanyalah kepadamu
Ku janjikan bakti sejati yang mulia
“BERPANTUN”
Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutanglah budi dibawa mati
Buah cmpedak diluar pagar
Ambillah galah tolong jolokkan
Kamilah budak baru belajar
Salah dan silap harap maafkan
“TREK TEK TEK”
Kalau tidak kerana bintang
terek tek-tek
Takkan bulan terbit tinggi
terek tek-tek
Kalau tidak kerana abang
Tak kan saya datang ke mari
terek tek-tek
Kalau roboh kota Melaka
terek tek-tek
Papan di Jawa saya dirikan
terek tek-tek
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa saya serahkan
terek tek-tek
Pohon sena dahannya sena
terek tek-tek
Sena patah menimpa perigi
terek tek-tek
Tahun mana bulan yang mana
Boleh kita berjumpa lagi
terek tek-tek
Pasang pelita di waktu senja
terek tek-tek
Biar benyala sampai ke pagi
terek tek-tek
Berkat cinta saling memuja
Dapat kita berjumpa lagi
terek tek-tek
“IKAN KEKEK”
Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama mak ilai-ilai
Nanti adik mak iloi-iloi
Pulang sama mak ilai-ilai
Ada satu si ikan parang
Badannya panjang berbelang-belang
Isinya sikit banyak tulang
Sedap dimakan kalau masak pindang
“MALAYSIA BERJAYA”
Malaysia Malaysia Negara yang jaya
Malaysia Malaysia bebas dan merdeka
Seluruh rakyat berpadu bersatu
Menentang angkara murka
Kami ingin berdamai diantara bangsa
Dengan sorak sorai gembira
Di seluruh Negara
Malaysia sudah Berjaya
Rakyat makmur dan sentosa
“LANANG SI PAKU LANANG”
Lanang si paku Lanang
Lananglah datang di Gunung Sari
Bukanlah Lanang
Si mamuk pinang sayang
Lananglah masuk sijantung hati
Lanang si paku Lanang
Lanang datang di Gunung Ledang
Bukanlah Lanang
Si mabuk pinang sayang
Lananglah mabuk si ikal mayang
Lanang si paku Lanang
Lananglah datang dengan berkolek
Bukanlah Lanang
Si mabuk pinang sayang
Lananglah mabuk si cantik molek
Lanang si paku Lanang
Lananglah datang dengan bersamping
Bukanlah lanang
Si mabuk pinang sayang
Lananglah mabuk si putih kuning
Lanang si paku Lanang
Lananglah datang dari seberang
Bukanlah Lanang
Si mabuk pinang sayang
Lananglah mabuk si kasih sayang
“KE PASAR MALAM”
Oh mari-mari bersama, ke pasar malam di sana
Ramai orang sentiasa, tak kira tua dan muda
Ku ingin beli makanan, pisang goreng, apam balik
Pau, sate rojak buahan, untuk ibu juga adik
“MELAWAT MUSIM MENUAI”
Lihat jauh nun si sana, tekun petani kerja
Buah padi masak kuning, isteri kerja sama
Potong-memotong membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk indang tampi
Kini mesin jadi pengganti
“OLD TEXAS”
I’m going to leave
Old Texas now
They’ve got no use
For the long horn cow
“PLANTING RICE”
Planting rice is never fun
Bent from morn’ til set of sun
Cannot stand and cannot sit
Cannot rest for a little bit
When the early sun beams break
You will wonder as you wake
In what muddy neighborhood
There is work and the pleasant food
Chorus:
Planting rice is no fun
Bent from morn’til set of sun
Cannot stand cannot sit
“JINGKLI NONA”
Jingkli nona Jingkli nona,
Euquere casar,
Jingkli nona Jingkli nona,
Euquere casar,
Casanao temporta, Quelai lou pasar,
Casanao temporta, Quelai lou pasar,
Tem canao tem, Quando tem sallar mao tem,
Tem canao tem, Quando tem sallar mao tem,
“DI TANJONG KATONG”
Di Tanjong Katong, Airnya biru,
Di situlah tempat, Mencuci mata,
Duduk sekampong, Lagikan rindu,
Kononlah pulaknun jauh di mata,
Arak-arak k’lapap puan,
Tidak puan K’lapa Bali,
Harap hati papa Tian,
Tidaklah tuan siapa lagi.
“KEMEGAHAN NEGARA KU”
Selamatlah Malaysia raya,
Negaraku yang ku cintailah,
Seumumnya maha perkasa,
Kedaulatan dewimu pertiwi,
Malaysiaku maha Berjaya,
Negaraku indah murni,
Selamatlah Malaysia raya,
Negaraku ibu pertiwi.
“RAKYAT MALAYSIA”
Sungguh bertuah rakyat Malaysia,
Hidupnya megah bersuka ria,
Neg’rinya masyhur, Makmur dan subur,
Pemimpin bijak, Amanah jujur,
Semua kaum hidup berganding bahu,
Bekerja sama, Cergas dan maju,
Bangunlah kita, Sebagai rakyat,
Junjung matlamat wawasan keramat.
“TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR”
Twinkle twinkle little star,
How I wonder what you are,
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky,
Twinkle twinkle little star,
How I wonder what you are. ( 2 kali )
“SURIRAM”
Suriram ram suriram ram ram,
Suriramku yang manis,
O aduhai suriram sayang,
Putih kining dipandang manis.
Buah cempedak di luar pagar – suriram,
Ambillah galah tolong jolokkan – suriram,
Sayalah ini baru belajar sayang,
Kalaulah salah tolong tunjukkan.
“NO ONE KNOWS”
No one knows as well as I,
How to mow the grassy meadow,
No one knows as well as I,
How to make the sickle fly,
When the summer hay is driest,
When the fragrant grass is highest,
No one knows as well as I,
How to make the sickle fly.
“IF YOU’RE HAPPY”
If you’re happy and you know it,
Clap your hand, ( clap, clap )
If you’re happy and you know it,
Clap your hand, ( clap, clap )
If you’re happy and you know it,
Then your face will surely show it,
If you’re happy and you know it,
Clap your hand, ( clap, clap )
If you’re happy and you know it,
Tap your toe ( tap, tap )
If you’re happy and you know it,
Tap your toe ( tap, tap )
If you’re happy and you know it,
Then your face will surely show it,
If you’re happy and you know it,
Tap your toe ( tap, tap )
If you’re happy and you know it,
nod your head ( nod, nod )
If you’re happy and you know it,
nod your head ( nod, nod )
If you’re happy and you know it,
Then your face will surely show it,
If you’re happy and you know it,
nod your head ( nod, nod )
“HUJAN EMAS”
Pabila suria menyeri,
Menguntum harapan di hati,
Dari sanubari ini,
Inginkan kejayaan suci,
Walaupun jauh di rantau,
Mengejar pancaran cahaya,
Ibu pertiwiku yang abadi,
Penyuluh arah hidup murni.
Curahkan kasih sayangmu,
Berikan bakti sicimu,
Pada tanahairmu tercinta,
Menuju kepuncak bahagia.
Apa jua yang terjadi,
Hatiku tetap pada nusa,
Hujan emas negeri orang,
Baiklah negeri sendiri.
“JONG-JONG INAI”
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki
Semangkuk jeluk sepinggan dadar
Tak cukup pulut tambah nasi dagang
Semangkuk jeluk sepinggan dadar
Tak cukup pulut tambah nasi dagang
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
Jong jong inai Mak Ipung Rajawali
“KE SEKOLAH”
Ting, ting, ting, Bunyi pukul enam
Hari mula terang
Ku bangun terus siap sedia,akan ke sekolah
Ku pakai baju yang bersih, kemas sekali
Berjalan berkawan-kawan, riangnya hati
Ku minta izin ayah dan ibu, pergi ke sekolah
Ingin menjadi orang berguna, membela bangsa
“HARI NAK HUJAN”
Angin bertiup, awan berarak
Itu tandanya, hari nak hujan
Kilat menyambung, guruh berdentum
Itu tandanya, hari nak hujan
Hujan pun turun membasah bumi
Penghuni alam rasa bersyukur
“HADIAH HARI LAHIR”
Alangkah gembira hatiku
Menyambut hari lahirku
Ayah hadiahkan padaku
Sepasang sepatu baru
Ke sekolah aku menuju
Dengan sepatu yang baru
Akan ku jaga setiap waktu
Hadiah hari lahirku
“AYAM DAN MUSANG”
Ibu ayam dikejar musang ( kiok,kiok,kiok,kiok )
Anak ayam cari ibunya ( ciap,ciap,ciap,ciap )
Ibu ayam berlari, terus lari
Dan ditangkap musang
Anak ayam mencari, terus cari
Ibunya yang hilang
Oh kasihan, oh kasihan, aduh kasihan
Oh kasihan, oh kasihan, aduh kasihan
Aduh kasihan, aduh kasihan
“BURUNG DAN SUASANA”
Pagi dah menjelma, bersinar suria
Hari pun terang
Burung-burung pula, terbang sini sana
Menyanyi ria
Bila hari petang, burung-burung pulang
Masuklah ke sarang
Hari mulai kelam, suria terbenam
Hari pun malam.
“MAIN LAYANG-LAYANG”
Mari kawan-kawan, kita pergi ke padang
Ayuh kita bermain, dengan kawan-kawan
Main laying-layang, main sampai petang
Lihat layangku terbang, hati rasa girang
Mari kawan-kawan, kita pergi ke padang
Ayuh kita bermain, dengan kawan-kawan
Terbang layang terbang, tinggi mencapai awan
Sayup bila dipandang, cantik berkilau
“BERDAYUNG SAMPAN”
Marilah kawan-kawanku semua
Sama-sama berdayung
Sambil berdayung kita bergembira
Menyanyi sama-sama
Dayung-dayung sampan lajulah laju
Menuju ke seberang
Sambil mengharung ombak dan gelombang
Kita bersama riang
“ANAK ITIK TOK WI”
Anak itik Tok Wi
Mandi dalam kolam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sendi tulang
Ubat apa Tok Wi
Ubat limau lelam
Sakit apa Tok Wi
Sakit sengal tulang
“SUNGAI”
Airmu mengalir
Dari gunung jauh di sana
Jernih dan sejuknya
Sungguh indah dipandang mata
Kau tetap mengalir
Walau apa halangan tiba
Tak berhenti-henti
Hingga sampai di laut nanti
Masa juga kan berlalu
Tak menunggu kita
Gunakanlah sepenuhnya
Janganlah leka
“IBUKU SAYANG”
Ibu yang ku sayang, tempatku bermanja
Jasamu ku kenang, hingga akhir masa
Ibu mendidikku, dengan penuh mesra
Jasamu berikan, ku sanjung ku puja
Ku berjanji setia, mengikut kata-kata
Apa yang terjadi, tetap ku hadapi
“BURUNG-BURUNG”
Kasihan kau burung
Mangapa engkau dikurung
Terbanglah bebas di awan
Bermain berkawan-kawan
Wahai burun-burung
Penghibur hati yang rawan
Menyanyi bersiul-siul
Berkejaran dalam taman
“MEMANCING IKAN”
Pakcik suka pergi memancing ikan
Pancing dari pagi hingga ke petang
Dibawanya bekal bersama umpan
Banyak dapat ikan hatinya senang
Pakcik balik rumah bila dah petang
Ikan pun digoreng dimasak pindang
Ajak kawan-kawan jiran tetangga
Pakcik sekeluarga makan besama
“JAMBATAN TAMPARULI”
Tadau kotolu, ontok tadau do tamu
Pamanau aku po nogi, kuminaa id Tamparuli
Pak pak ka tuni, tuni do kasut tinggi
Sumunsui dilo jambatan, Jambatan Tamparuli
Araat nasib ku, naratu oh kasut ku
Sutakin ku pod dii nolu, ontok pamanau oku
Nunu ka pod dii, nousuk ku posorili
Tamu hilo Tamparuli, mogihum do kasut tinggi
“TERJEMAHAN BAHASA MELAYU”
Di hari rabu, aku pergi ke tamu
Pergi tamu Tamparuli, ramai berjual beli
Pak pak berbunyi, kasut bertumut tinggi
Berjalan senangnya hati, Jambatan Tamparuli
Malang nasibku, kasut sudah terjatuh
Tinggal saja sarung kaki, ku jalan susah hati
Buat apa lagi, pergi ke sana sini
Masuk tamu Tamparuli, mencari kasut tinggi
“SANG KANCIL DENGAN BUAYA”
Dengarlah suatu cerita
Sang Kancil dengan buaya
Sang Kancil jalanlah berjalan
Sampai di tepi sungai
Nampaklah di seberang sana
Banyak pohon buahan
Segala buaya yang ada
Beratur sampai sana
Sang Kancil pun melompat-lompat
Mengira dengan cepat
Satu, dua, tiga dan empat
Ia sampai ke darat
“TAMAN NEGARA”
Tiga neg’ri turut bersama
Pembinaan taman Negara
Kelantan, Terengganu dan Pahang
Taman hutannya luas terbentang
Harimau singa yang perkasa
Gajah kuatnya tak terhingga
Unggas-unggas serta serangga
Bersama-sama hidup di rimba
* neg’ri – negeri
“WAU BULAN”
E wau bulan, e wau bulan
E wau bulan teraju tiga
E wau bulan, e wau bulan
E wau bulan teraju tiga
Ini malam, sama –sama
Sama-sama bersukaria
Ini malam, sama –sama
Sama-sama bersukaria
“TARI LENGGANG”
Lenggang kanan, lenggang kiri, kita menari
Lenggok kanan, lenggok kiri, terus menari
Kita jagakita pupuk budaya asli
Bertepuk tangan, menari menghibur hati
“ARE YOU SLEEPING?”
Are you sleeping? Are you sleeping?
Brother John, Brother John
Morning bells are ringing, morning bells are ringing
Ding Dong Bell, Ding Dong Bell
“PENGAKAP MUDA”
Saya menjadi pengakap muda
Patuh kepada undangnya
Cekal dan tabah hati
Jujur dipercayai, sedia berbakti
Kasih kepada binatang semua
Berguna kepada bangsa
Tidak kira siapa
Semua bersaudara, sedia menolong
“RENTAP”
Biar mati bergalang tanah
Demi Sarawak tempat tumpah darah
Menentang penjajag tidak kepalang
Terus berentap pahlawan parang hilang
Menentang penjajah tidak kepalang
Terus berentap pahlawan parang hilang
Bangkitlah Rentap wira Skrang
Lambang semangat Anak Kenyalang
Di Bukit Sadok kubu dibina
Bergadai nyawa demi nusa
Di Bukit Sadok kubu dibina
Bergadai nyawa demi nusa
“OH MALAYSIA”
Oh Malaysia, oh Malaysia, Negaraku tercinta
Aman makmur sentiasa, indahnya neg’ri kita
Rakyatnya berbilang bangsa, cita-cita serupa
Rukunegara kita, asas hidup sejaht’ra
Marilah kawan-kawan bersama, kekalkan perpaduan
Bersatu teguh bercerai roboh, kita amal bersama
Kita bela kita bina, bergerak kita maju
Semoga hidup kita, bahagia selalu
“AZAM KITA”
Wahai teman semua
Kuatkan azam kita
Rajinlah belajar sentiasa berusaha
Untuk mencapai cita
Mari ikrar bersama
Janji sumpah setia
Pabila dewasa kita kan berjasa
Pada nusa dan bangsa
“BUDI BAHASA”
Budi bahasa mulia
Sopan santun dijaga
Awasilah berkata
Hormat sentiasa
Jangan meninggikan diri
Sifat yang terkeji
Rakan semua lari
Dirimu kan rugi
“SENJA MENJELANG”
Bila senja menjelang
Burung pun terbang pulang
Mancari-cari sarang
Di dahan pohon ara
Matahari terbenam
Cahaya mula hilang
Terasa segarudara
Menanti senja menjelang
“ANAK AYAM”
Anaklah ayam, anak ayam turun sepuluh
Mati seekor, mati seekor tinggal sembilan
Mari belajar, mari belajar bersunggug-sungguh
Supaya kita, supaya kita tak ketinggalan
Anaklah ayam, anak ayam turun sembilan
Mati seekor, mati seekor disambar helang
Kalaulah kita, kalau kita dah ketinggalan
Ilmu tak ada, ilmu tak ada kawan pun kurang
“HIDUP BERBAKTI”
Hidup yang berbakti, cita-cita suci
Amalan yang mulia, teguhkan negara
Wahai rakan semua, sambutlah seruan
Berbaktilah kepada negara
Negara Malaysia, tanah tumpah darah
Berbilanglah kaum, juga bangsa
Mari kita semua, bersatulah padu
Jauhkan sengketa, hidup bahagia
“KERJA BAPAKU”
Bapaku seorang guru
Balik ke rumah pukul satu
Waktu petang periksa buku
Bila malam mengajarku
Bapaku seorang tani
Pergi ke kebun waktu pagi
Penat lelah tidak terperi
Cari makan untuk kami
Bapaku seorang doktor
Tugasnya berat setiap masa
Sungguh taat dan berjasa
Orang sakit jumpa dia
“NASI LEMAK”
Nasi lemak nasi lemak
Mari makan nasi lemak
Kita makan waktu pagi
Tidak lapar siang hari
Ada lauk sambal tumis
Kalau pedas jangan nangis
Mari lekas adik manis
Kalau lambat nanti habis
“NASIHAT ORANG TUA”
Nasihat ‘rang tua
Jagalah tutur kata
Curang tamak dan dengki
Jangan simpan di hati
Nasihat ‘rang tua
Buat baik berpada
Jahat jangan sekali
Barulah disegani
“NASIHATKU”
Wahai rakanku semua
Yang jauh dan dekat
Ingatlah nasihat guru
Yang sangat berguna
Janganlah main waktu belajar
Dengarlah apa kata guru
Buatlah apa guru suruh
Tuntutlah ilmu
“ROW YOUR BOAT”
Row row row your boat,
Gently down the stream
Merrily merrily merrily merrily
Life is but a dream
“HANG TUAH”
Lahirlah seorang putra perkasa
Hang Tuah namanya diberi
Anak bertuah kesanyangan bonda
Nama bonda Dang Merduwati
Banyaklah jasa kepada Negara
Taat setia titah dijunjung
Masyhurlah Melaka merata-rata
Ramai pedagang datang berkunjung
“BUAH TEMPATAN”
Durian, manggis dan rambutan
Menjadi kegemaran
Berbagai bentuk buah-buahan
Buah-buahan tempatan
Mari kawan-kawan semua
Pergi ke dusun saya
Cubalah rasa buah tempatan
Lazat jadi ingatan
“AKU DAN LABAH-LABAH”
Ku terpandang labah-labah
Gigih membuat sarangnya
Tidak pernah putus asa
Walau angin membinasa
Jejariku genggam erat
Dengan tekad dan semangat
Ingin terus berus’ha
Sehingga Berjaya
Umpama labah-labah
Membuat sarangnya
“AKAN KU BALAS JASA”
Bila aku telah dewasa
Aku akan membalas jasa
Ibu ayah tercinta, jasamu tak ku lupa
Mendidik ku hingga sempurna
Ibu ayah tercinta, jasamu tak ku lupa
Mendidik ku hingga sempurna
“BIARKAN BUNGA BERKEMBANG”
Biarkan bunga berkembang
Di atas tangkainya
Janganlah kau petik sayang
Nantikan merana
Bunga berkembang di dalam hati
Tak mungkin lagi aku menghindari’
Kasih dan sayang telah bersemai
Diri ku seakan bermimpi
Sengaja aku nyanyikan lagu yang syahdu
Selalu aku kenangkan kasihmu pada ku