16
www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera MPPG Fun Ride 1.0 MENARIK DI DALAM : MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS MPPG LAWATAN PENGGREDAN SPB-PBT 2018 DI MPPG SEMINAR GREEN CITY AGENDA KARNIVAL MINGGU UTC QIAMULLAIL “JOURNEY TO JANNAH”

LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

BERITA

PASIRGUDANG

BIL.

10

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

OKTOBER2018

LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASAPEMBANGUNAN WANITA DAN PELANCONGAN

NEGERI JOHOR

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

MPPGFun Ride 1.0

MENARIK DI DALAM :MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH

AHLI MAJLIS MPPG

LAWATAN PENGGREDANSPB-PBT 2018 DI MPPG

SEMINAR GREEN CITY AGENDA

KARNIVAL MINGGU UTC

QIAMULLAIL“JOURNEY TO JANNAH”

Page 2: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

PENASIHATTuan Haji Zainor bin AdaniYang Dipertua MPPG

KETuA EdITorEncik Sulaiman bin IsmailSetiausaha MPPG

PENoloNg KETuA EdITorPuan Faridah binti Abd HamidKetua Unit Korporat dan Perhubungan Awam

PENgArANgEncik Nik Masri bin Moharani

PEmbErITA- Encik Basar bin Kallil- Encik Anuar bin Abd Ghani- Puan Kamilah binti Salim- Encik Zulfadly bin Othman

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhamad Sayut- Encik Muhammad Amirul Hidayat bin Mohd Fazil

AJK SIDANG REDAKSI 2018

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected]

......................................................

Diterbitkan olehuNIT KorPorAT dAN PErHubuNgAN AWAm

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan Negeri Johor.

Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis MPPG.

MPPG Fun Ride 1.0.

Karnival Minggu UTC.

Lensa MPPG Oktober 2018.

Lensa Edisi Khas : Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Zon Selatan 2018.

Seminar Green City Agenda Sempena World Day of Architecture 2018.

Seminar Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Perkongsian Pengalaman Persijilan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA).

Perkongsian Pengalaman Pengurusan Pembangunan dan Penyelenggaraan MPPG.

Qiamullail “Journey To Jannah”.

Tahsin Solat.

Lawatan Penggredan SPB-PBT 2018 di MPPG.

Info Terkini : Keroncong MPPG.

3

46789

10

11

12

14

13

1516

AlhAmdulillAh, marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keagungan, limpah rahmat dan perkenannya, dapat kita bersiaran lagi melalui perutusan Berita Pasir Gudang (BPG) bagi edisi bulan Oktober. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi pada hari ini dan pada hari-hari yang akan datang.

Masa berlalu begitu pantas. Diam tak diam kita telahpun berada di bulan Oktober pada tahun ini. Sepanjang perkhidmatan sejak di tempatkan di MPPG pada Julai yang lalu sekiranya diimbau sejenak, MPPG telah dapat melalui dan melepasi beberapa fasa penting pada tahun ini. Contohnya seperti kejayaan menaiktaraf ISO 9001 dan ISO 14001 kepada versi 2015 di mana persijilan bagi ISO 9001:2015 telahpun diperolehi bagi tempoh 27 Februari 2018 hingga 26 Februari 2021. MPPG juga telah menerima persijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan menjadi PBT pertama di Johor yang menerimanya. Pada masa ini MPPG sering menerima permohonan untuk mengadakan lawatan-lawatan daripada agensi kerajaan dan swasta yang ingin berkongsi pengalaman mengenai EKSA.

Sepanjang bulan Oktober telah menyaksikan bagaimana MPPG telah menerima beberapa pengiktirafan seperti penerimaan anugerah “1st Place National Scroll Award 2018 Neighbourhood Garden Initiative” sempena “Majlis Pelancaran Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Malaysia Tahun 2018” yang telah diadakan pada 13 Oktober 2018 di Jinjang Utama, Kepong. MPPG juga telah menerima pengiktirafan daripada Malaysian Green Technology

Corporation berikutan penglibatan aktif dalam pelaksanaan Low Carbon Cities Frame Work & Assessment System (LCCF) di KLCC pada 18 Oktober 2018.

Beberapa program signifikan seperti penganjuran Seminar Alam Sekitar, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, Seminar ‘Green City Agenda’ sempena ‘World Day Of Architecture’, program “Fun Ride 1.0”, Karnival Minggu UTC Pasir Gudang dan beberapa penganjuran acara sukan bersempena Sambutan Hari Sukan Negara 2018 turut berjalan lancar dan berjaya dilaksanakan.

Seterusnya bagi melengkapkan peristiwa pada bulan ini, MPPG telahpun melaksanakan penganjuran Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi tambahan 11 orang (Fasa ke-2) bagi melengkapkan bilangan Ahli Majlis MPPG pada masa ini adalah seramai 23 orang. MPPG juga telah menerima kunjungan dan lawatan pengauditan daripada pihak Inspektorat Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT).

Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini bagi merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga kerja MPPG, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga Pasir Gudang yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memberi kerjasama di atas pencapaian yang dikecapi dan menjayakan segala aktiviti dan program anjuran MPPG.

Akhirnya, kepada semua warga kerja MPPG diharapkan dapat terus fokus dan mengekalkan momentum dengan semangat yang tinggi bekerjasama

BERITA PASIR GUDANG2

PEruTuSAN YANg dIPErTuAMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

KANDUNGAN

melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan jujur, berkhidmat sebagai penjawat awam yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat dan pihak berkepentingan sepertimana yang diharapkan oleh kepimpinan di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri lebih-lebih lagi harapan semua orang yang berada di bawah pentadbiran MPPG. Kita hendaklah sentiasa peka serta memahami dasar-dasar kerajaan yang dibuat dari semasa kesemasa, agar boleh bertindak sebagai duta penyampai maklumat bagi pihak MPPG.

Insyallah, semoga dapat kita bersua lagi pada edisi yang akan datang.

Tuan haji Zainor bin AdaniYang dipertua mPPG

Page 3: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

......................................................

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

Antara orang ramai yang hadir dalam sesi forum yang diadakan.

BAGI MEMPERkENALkAN beberapa lokasi pelancongan menarik di sekitar Pasir Gudang, satu lawatan bersama Lawatan YB Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan Negeri Johor menyelusuri Sungai Johor telah diadakan pada Sabtu, 20 Oktober 2018.

Turut bersama-sama dalam lawatan ini ialah YB Dato’ Seri Che Zakaria bin Mohd Salleh, ADUN Permas, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, wakil dari Tourism Johor, rakan-rakan media dan pegawai-pegawai MPPG.

Lawatan bermula dengan menaiki bot di Jetti Lembaga Pelabuhan Johor menyusuri Sungai Johor ke YOYO Rakit Resort & Fishing Centre, ke Chalet Terapung Selat Mendana, Kong-Kong. Para peserta lawatan juga menikmati hidangan makan tengahari di Selat Mendana.

Destinasi terakhir adalah ke Sarang Buaya Pasir Gudang, sesi taklimat telah diberikan kepada semua peserta bagi menerangkan tujuan dan matlamat pembinaan Sarang Buaya Pasir Gudang.

Penyampaian Cenderahati kepada YB Liow Cai Tung, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan Negeri Johor turut diadakan sebagai acara penutup lawatan ini.

LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASAPEMBANGUNAN WANITA DAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR

Sesi bergambar bersama YB Liow Cai Tung, YB Dato’ Seri Che Zakaria bin Mohd Salleh,Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji Zainor bin Adani dan juga Ahli Majlis di sekitar lokasi lawatan.

Page 4: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

BERITA PASIR GUDANG4 BERITA PASIR GUDANG4

MAJLIS MengAngKAT SUMPAH AHLI MAJLISMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG SESI 2018/2019

FASA kE2 Majlis mengangkat sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi sesi 2018/2019 telah berlangsung pada 20 Oktober 2018 yang lalu bertempat di Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Seramai 11 orang Ahli Majlis telah mengangkat sumpah dihadapan Tuan Haji Zainor bin Adani, Yang DiPertua MPPG. Majlis tersebut turut disaksikan oleh YB Dato’ Seri Che Zakaria Mohd Salleh, ADUN Permas dan YB S. Gopalakrishnan, ADUN Tiram.

Majlis mengangkat sumpah fasa pertama yang melibatkan seramai 12 orang Ahli Majlis telah diadakan pada 18 Julai 2018 yang lalu. Sehingga kini seramai 23 orang secara rasminya telah pun mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Antara tugas dan peranan Ahli Majlis ialah bertindak sebagai Wakil Rakyat, menjadi penasihat kepada Majlis, merupakan sebahagian daripada sistem pentadbiran PBT, meluluskan Undang-Undang kecil, bertindak sebagai Penggubal dan Pendukung Dasar Majlis, serta penyemak pelaksanaan dasar dan juga tenaga penggerak masyarakat.

Pihak pengurusan dan seluruh warga kerja MPPG mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan Ahli Majlis MPPG yang dilantik. Semoga tugas ini dapat digalas dengan penuh tanggungjawab dan atas dasar keprihatinan khusus kepada rakyat Pasir Gudang.

Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji Zainor bin Adani menyerahkan surat perlantikan dan ikrar angkat sumpah kepada kesemua Ahli Majlis.

Ahli Majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MPPG.

Page 5: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Page 6: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

1.0

BERITA PASIR GUDANG6 BERITA PASIR GUDANG6

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (MPPG) melalui Unit Sukan Jabatan Pembangunan Masyarakat buat julung kalinya menganjurkan MPPG Fun Ride 1.0 pada 13 Oktober 2018. Penganjuran ini merupakan koloborasi pertama MPPG bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor, Majlis Daerah Tangkak, Pejabat Tanah Tangkak bersama kelab berbasikal di Pasir Gudang antaranya Kelab Basikal Wacycles, Geng Basikal Surau Kota Masai, Kelab Basikal Taman Rinting dan Kelab Basikal Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Kira-kira 100 orang telah terlibat dalam konvoi kayuhan basikal ini yang melibatkan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Konvoi kayuhan basikal ini turut dibantu Polis Diraja Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh En Sulaiman bin Ismail, Setiausaha MPPG selaku wakil rasmi Tuan Yang Dipertua MPPG, bersama barisan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Ketua-Ketua Jabatan MPPG di Dataran

MPPG Fun RideAl Hamra pada jam 7.30 pagi. Jarak laluan program ini adalah sejauh 36.6 km bermula dari Dataran Al Hamra hingga ke Sarang Buaya Pasir Gudang dan berpatah balik ke Tanjung Puteri Golf Resort dan akan berakhir di Dataran Al Hamra semula dengan mengambil masa 2 jam 30 minit. Majlis telah diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan 10 cabutan nombor bertuah.

Sesi bergambar bersama peserta-peserta selepas tamat acara Fun Ride.

Page 7: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

UTC

1.0

kEMUDAhAN PUSAt tRANFoRMASI BANDAR atau UTC Pasir Gudang telah dibina dengan kos perbelanjaan sebanyak RM23 juta melalui peruntukan Unit Strategik Nasional Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah RM20 Juta dan selebihnya RM3 Juta telah ditanggung oleh pihak MPPG. Mengikut statistik sehingga kini didapati lebih kurang seramai 300 ribu pelanggan telah berurusan sejak dibuka kepada orang ramai pada 31 Disember 2017.

Baru-baru ini bagi menjadikan institusi ini terus menjadi tumpuan dan dimanfaatkan oleh masyarakat dengan sebaik-baiknya satu program Karnival Minggu UTC telah dianjurkan mulai daripada 12 hingga 14 Oktober. Di antara objektif program dianjur adalah bertujuan bagi mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan UTC Pasir Gudang secara berterusan dan mendekatkan segala kemudahan perkhidmatan kerajaan atau agensi berkaitan kepada masyarakat setempat meliputi kawasan-kawasan sekitarnya seperti Permas Jaya, Johor Jaya dan Pengerang.

Bersempena program ini, beberapa jabatan kerajaan dan agensi telah terlibat mengadakan pameran dan perlaksanaan aktiviti sepanjang karnival berlansung seperti pihak SPR, Lembaga Urusan Tabung Haji, Hospital Penawar, MARA, Job Malaysia, EPF, Jabatan Tenaga Kerja, Saito Akademi, Bank Muamalat, Pejabat Perumahan SUK dan lain-lain.

Selain penganjuran pameran bertepatan dengan sambutan Hari Sukan Negara yang jatuh pada 14 Oktober beberapa acara sukan telah dianjurkan seperti Kejohanan Terbuka Memanah (Trio), Kejohanan Terbuka (Wanita) Netball 3 On 3, Kejohanan Terbuka (Lelaki) Hoki 3 On 3, Kejohanan Terbuka (Lelaki) Soccer 3 On 3, Kejohanan Terbuka (Lelaki/Wanita) Wall Climbing dan Pertandingan Boling 10 Pin ‘B” Graded.

En. Kumaresan A/L Karuppiah, selaku Timbalan Pengarah Kanan, Unit Strategik Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia telah hadir bersama YB Dato’ Seri Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh, ADUN Permas serta Setiausaha MPPG, En. Sulaiman bin Ismail bagi menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Minggu UTC Pasir Gudang.

KArNIVAl mINggu

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 7

En. Kumaresan A/L Karuppiah (tengah), selaku Timbalan Pengarah Kanan,Unit Strategik Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia bergambar

bersama YB Dato’ Seri Haji Che Zakaria bin Mohd Salleh, ADUN Permasserta Setiausaha MPPG, En. Sulaiman bin Ismail (kiri) dan warga kerja UTC.

Page 8: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

BERITA PASIR GUDANG8

OKTOBER 2018OKTOBER 2018

Taklimat ringkas lawatan.

Taklimat ringkas lawatan ke Sarang Buaya.Sesi bergambar bersama warga kerja

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Lawatan Dewan Bandaraya Kuching Utara

Penyampaian Cenderahati olehPn. Lar. Zanariah Binti Kadir

Lawatan MB Johor ke Tapak Hospital Pasir Gudang

Sesi bergambar bersama anggota kerja & pelajar UTHM.

Taklimat ringkas lawatan ke UTC Pasir Gudang.

LAWATAN UTHM

Majlis Bukit Dahlia Berselawat2018

Penyampaian Sijil Penghargaan oleh Yang Dipertua MPPG Tuan Haji Zainor bin Adani.

Perhimpunan Pagi Bulan Oktober 2018

Sambutan hari lahir anggota MPPG bulan Oktober 2018

Page 9: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

Ucapan ringkas oleh YB Liow Cai Tung Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Pelancongan Negeri Johor.

Berada di barisan hadapan (tengah) YB Liow Cai Tung, bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang, YB Tuan Hassanbin Abdul Karim bagi menyempurnakan majlis penutup Sambutan Bulan Kaunseling Peringkat Zon Selatan 2018.

BULAN KAUNSELINGPERINGKAT ZON SELATAN 2018

Sambutan

Page 10: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

MPPG MELALUI JABAtAN kAwALAN BANGUNAN dan Pertubuhan Arkitek Malaysia Cawangan Selatan telah menganjurkan Seminar ‘Green City Agenda’ bersempena ‘World Day Of Architecture 2018’ pada 24 & 25 Oktober 2018 bertempat Persada Johor Bahru. Kolaborasi menganjurkan program seumpama ini merupakan kali ketiga dilaksanakan. Usaha ini amat jelas memperlihatkan kesungguhan pihak MPPG dalam menetap dan menyatakan halatuju bagi menjadikan Pasir Gudang sebagai Zon Perbandaran Hijau walaupun Pasir Gudang memang dikenali sebagai kawasan industri terbesar di selatan tanah air. Ini juga adalah merupakan di antara inisiatif bagi menggerak dan menetapkan garis panduan dalam setiap pembangunan di Pasir Gudang

BERITA PASIR GUDANG1 0

kelak akan berlandaskan Green City Agenda pada masa akan datang. Seminar ini juga mampu dijadikan sebagai platform bagi membincangkan serta berkongsi pengalaman dan kepakaran tentang penggunaan teknologi hijau dan inovasi dalam memenuhi kemampanan pembinaan dengan mengoptimumkan kos tanpa mengabaikan kualiti.

Sepanjang dua hari seminar berlangsung sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan selain perlaksanaan satu sesi forum bersama Jabatan Kerajaan Tempatan dan PBT Johor. Disertai oleh 110 orang peserta terdiri daripada perunding arkitek, jurutera, pemaju serta pegawai-pegawai yang berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara.

JALAN CANGGUNG -KOTA MASAI

Pelancaran buku pertandingan Idea Reka Bentuk Masjid Johor 2018 dan majlis penyampaian hadiah pertandingan Idea Reka Bentuk Masjid Johor 2018 telah disempurnakan oleh YB Mazlan bin Bujang, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor semasa Majlis Makan Malam Gala diadakan. Di antara lain tujuan pertandingan diadakan adalah bagi mencari dan menetapkan identiti senibina “Masjid Johor”.

Majlis perasmian seminar pula telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Sr Dzulkefly bin Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor.

SEmINArGREEN CITY AGENDA SEmPENA WORLD DAY OF ARCHITECTURE 2018

Pelancaran Seminar Green City Agenda oleh Yang Dipertua MPPG,Tuan Haji Zainor bin Adani bersama YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad (tiga dari kiri).

Lawatan ke tapak pameran olehYB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad.

Yang Dipertua MPPG bergambar bersama YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad selakuPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor

dan juga peserta-peserta dari pelbagai jabatan dan bidang.

Page 11: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

SEMINARALAM SEKITAR, KESELAMATANDAN KESIHATAN PEKERJAAN

SEMINARALAM SEKITAR, KESELAMATANDAN KESIHATAN PEKERJAANMAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG (MPPG) dengan kerjasama Johor Skill Development Centre (PUSPATRI), Pasir Gudang Emergency Mutual Aid (PAGEMA), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Johor (JKKP) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JAS) telah menganjurkan Seminar Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Tema “Safety, Health & Environment Towards Industry 4.0”.

Seminar ini telah berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 9 hingga 10 Oktober 2018 bertempat di Hotel Amansari Residence Resort, Seri Alam, Johor.

Ianya telah dirasmikan oleh Pengurus Besar Unit Swadaya Insan Negeri Johor iaitu Dr Haji Khalid bin Haji Jusoh selaku wakil rasmi kepada YB Dr S. Ramakrishnan, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Johor.

Antara objektif yang ditekankan ialah:- Memaklumkan perkembangan semasa perkara-perkara

yang berkaitan dengan Akta Alam Sekeliling 1974 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

- Memaklumkan perkembangan semasa perkara-perkara yang berkaitan dengan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

- Untuk membantu sektor industri dalam menyelesaikan masalah/ isu yang berkaitan dengan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

- Untuk memberi galakan kepada sektor industri supaya menglibatkan diri dalam program yang berkaitan dengan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Sebanyak tujuh (7) kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Semuga ilmu yang diperolehi oleh peserta seminar akan diaplikasikan dalam menyelesaikan isu-isu alam sekitar, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Lawatan ke tapak pameran oleh Pengurus Besar Unit Swadaya Insan Negeri Johor, Dr. Haji Khalid bin Haji Jusoh selaku wakil rasmi kepada

YB Dr. S. Ramakrishnan, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan,Sumber Manusia & Perpaduan Negeri Johor.

Page 12: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

BERITA PASIR GUDANG1 2

wARGA kERJA MPPG khususnya daripada Jabatan Kewangan dan beberapa Jabatan lain yang terlibat secara langsung dalam Audit Indeks Akauntabiliti pada tahun 2016 yang lalu telah membuat lawatan kerja penandaarasan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 14 hingga 17 Oktober 2018 baru-baru ini.

Kunjungan ke LADA dibuat adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman daripada pihak LADA yang telah memperolehi persijilan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA). SAGA merupakan sistem perakaunan dan kewangan berkomputer (sama ada yang dibangunkan atau pakej perakaunan di pasaran yang diubah suai) untuk agensi kerajaan mematuhi semua keperluan prinsip perakaunan diterima umum dan kriteria pematuhan SAGA yang telah ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

PeRKOngSIAn PengALAMAnPERSIJILAN STANDARD ACCOUNTING SYSTEMFOR GOvERNMENT AGENCIES (SAGA)

Penyampaian cenderahati oleh Puan Mariaton binti Ibrahimselaku Akauntan MPPG kepada Puan Azryda binti Mohd Akib,

Pengurus Kewangan LADA.

Lawatan kerja ini juga adalah merupakan insentif kepada warga kerja yang terlibat secara langsung di dalam Audit Indeks Akauntabiliti 2016 di atas kejayaan MPPG memperolehi 4 bintang.

Bermula awal 2015, Jabatan Akauntan Negara telah berkerjasama dengan Jabatan Audit Negara bagi mengambil kira elemen pematuhan SAGA sebagai skop tambahan dalam pengauditan Indeks Akauntabiliti. Sehubungan dengan itu agensi yang telah mendapat pengiktirafan pematuhan SAGA akan mendapat lebihan skor.

Semoga dengan lawatan penanda arasan ini MPPG akan mendapat pengiktirafan pematuhan SAGA dalam tempoh terdekat.

Sesi perkongsian pengalaman sedang berlangsung bersama dengan pegawai LADA.

Page 13: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

PERKONGSIAN PENGALAMANPENGURUSAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN MPPGPADA 2 oktoBER, MPPG telah menerima lawatan kerja dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Johor. Delegasi rasmi seramai 16 orang yang diketuai oleh Puan Hajah Nor Azrah binti Ayub, Pegawai Perancang Bandar dan Desa telah disambut oleh Tuan Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji Zainor bin Adani.

Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi fungsi dan tanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur khususnya yang melibatkan kawasan perindustrian dan perumahan di Pasir Gudang.

Delegasi lawatan telah diberi taklimat dan kemudiannya telah dibawa melawat Kawasan Rumah Pangsa Taman Air Biru, Kawasan Perindustrian Tg. Langsat dan akhir sekali di Sarang Buaya Pasir Gudang.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

Lawatan ke kawasan perumahan pangsaTaman Air Biru, Pasir Gudang.

Lawatan ke Sarang Buaya Pasir Gudang.

Deligasi lawatan bergambar bersama Yang Dipertua MPPG Tuan Haji Zainor bin Adani.

Page 14: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

BERITA PASIR GUDANG1 4

QIAMULLAIL merupakan satu amalan yang amat digalakkan bagi umat Islam. Ibadah fardhu yang ditunaikan setiap hari dengan diiringi ibadah-ibadah sunat seperti amalan qiamullail akan dapat membentuk jiwa dan rohani yang lebih mantap. Kita hendaklah merebut peluang yang ada untuk menunaikan amalan qiamullail yang tidak pernah ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Sehubungan dengan itu, Biro Agama Kelab Sukan Dan Kebajikan MPPG tidak melepaskan peluang khususnya bersempena Awal Muharam 1440H untuk menjalankan program “Journey To Jannah” pada Jumaat 5 Oktober 2018 bermula jam 4 pagi hingga 7 pagi di Masjid Annur Kompleks Pusat Bandar khusus untuk warga kerja MPPG dan Ahli Kariah Masjid An Nur.

Majlis dimulai dengan Zikir Munajat, diikuti dengan solat sunat Tahajjud, solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat fardu Subuh dan diakhiri dengan Tazkirah.

SoLAt tELAh DIFARDhUkAN pada malam Isra’ dan Mi’raj. Istimewanya kefardhuan solat adalah ianya diterima secara langsung oleh Nabi Muhammad SAW, tanpa ada perantaraan malaikat Jibrail AS.

Ini menunjukkan ibadah solat itu adalah penting dan utama dalam kehidupan seharian seseorang muslim. Sembahyang merupakan ibadah penting, istimewa dan unik bagi seorang muslim.

Sembahyang dapat menghubungkan insan yang diciptakan dengan penciptanya secara langsung. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud “Sembahyang itu tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya”- Hadis riwayat Baihaqi.

Berdasarkan perkara tersebut, Biro Agama Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (KSKMPPG) dengan kerjasama Masjid An Nur, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang telah pun mengadakan KURSUS “TAHSIN SOLAT” pada 21 Oktober 2018 yang lalu di Dewan Auditorium MPPG khusus untuk warga kerja MPPG dan masyarakat Pasir Gudang amnya.

QIAMULLAIL ”JOURNEY TO JANNAH”

TAHSIN SolAT

Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberikan pendedahan cara melaksanakan solat yang betul berdasarkan pandangan Mazhab Syafie di samping menambahkan kefahaman terhadap rukun solat serta seterusnya memastikan seseorang muslim itu tidak lalai dalam solat atau meninggalkan solat.

Antara peserta yang menghadiri kursus Tahsin Solat.

Page 15: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

MPPG tELAh PUN menerima lawatan Penggredan Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Dan Wilayah Persekutuan Labuan (SPB-PBT 2018) pada 24 Oktober 2018 yang lalu. Seramai 6 orang pegawai panel penilai daripada Bahagian Dasar Dan Inspektorat Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah terlibat dalam lawatan tersebut.

SPB-PBT yang dahulunya dikenali sebagai Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menilai tahap penyampaian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara setiap 2 tahun sekali. Melalui penilaian tersebut, PBT akan diberi penarafan bintang yang bersesuaian berdasarkan markah yang diperolehi. Penilaian ini juga bertujuan untuk mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prestasi melalui persaingan sihat dalam kalangan PBT. Selain itu penilaian ini membantu PBT supaya sentiasa berusaha untuk memantapkan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, pelanggan dan stakeholders.

Penilaian SPB-PBT 2018 merupakan penilaian kali kelima untuk 101 PBT di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan. Penilaian kali ini mengguna pakai indikator yang telah dikemaskini melalui pengayaan input hasil daripada sesi sumbang saran oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu di peringkat Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya serta pengalaman perlaksanaan SPB-PBT pada 2016. Pengayaan input ini dilaksanakan sejajar dengan dasar,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

LAWATAN PENGGREDANSPB-PBT 2018 DI MPPG

perundangan dan peraturan Kerajaan semasa yang telah mengalami perubahan serta amalan terbaik (best practices) yang diterima pakai khususnya oleh pejabat-pejabat kerajaan.

MPPG telah pun mendapat 5 bintang dalam Sistem Penarafan Bintang PBT yang telah diadakan pada tahun 2016. Semoga pencapaian 5 bintang ini akan dapat dikekalkan oleh MPPG dalam sesi SPB-PBT 2018 yang telah berlangsung baru-baru ini.

Sesi audit sedang dijalankan.

Yang Dipertua MPPG, Tuan Haji Zainor bin Adani bergambar bersama Pegawai Panel Penilai.

Page 16: LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN … · Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh ... seperti penerimaan anugerah “1st Place National

BIL PERtANDINGAN LokASI/ ANJURAN kEDUDUkAN1 Pertandingan Keroncong Terbuka

Malaysia 2018Stadium Melawati Shah Alam

Selangor JOHAN

2 Pertandingan Anugerah Lagu Johor 2016

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johordan Astro Production)

JOHAN(kategori keroncong

asli)

3 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014.

Kerajaan Negeri Johor (Yayasan Warisan Johor)

JOHAN(kategori keroncong

asli)

4 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-8 2014

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

JOHAN & ke-4(kategori nyanyian

solo dewasa)

5 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2014

Universiti Putra Malaysia & Majlis Perbandaran Subang Jaya JOHAN

6 Pertandingan Letusan Muzik Etnik Kreatif dan Kontemporari 2013

Universiti Putra Malaysia & Majlis Perbandaran Subang Jaya KEEMPAT

7 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

JOHAN(kategori keroncong

kontemporari)

8 Pertandingan Nyanyian dan Kumpulan Keroncong Terbuka Johor Kali ke-7 2012.

Kerajaan Negeri Johor(Yayasan Warisan Johor)

KETIGA(kategori keroncong

asli)

Keroncong MPPG ditubuhkan pada 2007 di bawah pengurusan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Keroncong MPPG dianggotai oleh 7 orang pemuzik yang terdiri dari anggota kerja Majlis Perbandaran

Pasir Gudang ini sendiri. Keroncong MPPG telah mendapat sentuhan didikan dan latihan dari jurulatih muzik Yayasan Warisan Johor, Encik Ismail bin Bahari.

Selain membuat persembahan-persembahan dalaman, Keroncong MPPG juga sering mendapat jemputan persembahan dari pelbagai agensi swasta dan kerajaan antaranya seperti persembahan untuk Majlis Makan Malam Korporat, Program Keraian dan Majlis Perkahwinan sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Keroncong MPPG juga banyak mencipta kejayaan di pertandingan-pertandingan keroncong dan muzik etnik kreatif di antaranya mendapat Johan dalam pertandingan Keroncong Terbuka Malaysia 2018 dan Johan dalam pertandingan Nyanyian dan Keroncong Terbuka Johor kali ke 8 Yayasan Warisan Johor Kategori Keroncong Asli.

Untuk tempahan, sila hubungi :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang.

Tel : 07-254 7777Faks : 07-251 5260

Encik Rahman Esa :017-651 3200

Puan Nadztasha Mohd Puad :016-750 1887

KeroncongMPPG