57
1.0 PENGENALAN 1.1 LARI JARAK JAUH Secara tidak rasmi, terdapat tiga acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan, 5000 meter dan acara 10000 meter. Daripada ketiga-tiga acara ini hanya 5000 meter turut disertai oleh wanita, manakala dua acara lagi adalah khusus untuk lelaki sahaja. Selain daripada itu, dalam beberapa perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan. Penyertaan acara ini terbuka kepada lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa , acara ini biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita. Acara ini tidak diadakan untuk lelaki dewasa. Pihak penganjur sesuatu pertandingan olahraga boleh menetapkan acara-acara yang sesuai diadakan dalam sesuatu perjumpaan itu. Pemilihan acara ini bagaimanapun harus dipersetujui oleh IAAF. Di peringkat sekolah, berkemungkinan penganjur menghadkan bilangan acara sehingga 1500 meter sahaja untuk lelaki dan wanita. Ini disebabkan acara pada jarak jauh yang lebih daripada itu mungkin terlalu jauh bagi pelajar- pelajar sekolah. Dalam perjumpaan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, acara-acara yang

Larian Jarak Jauh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

OlahRaga

Citation preview

Page 1: Larian Jarak Jauh

1.0 PENGENALAN

1.1 LARI JARAK JAUH

Secara tidak rasmi, terdapat tiga acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan, 5000 meter dan acara 10000 meter. Daripada ketiga-tiga acara ini hanya 5000 meter turut disertai oleh wanita, manakala dua acara lagi adalah khusus untuk lelaki sahaja. 

Selain daripada itu, dalam beberapa perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan. Penyertaan acara ini terbuka kepada lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa , acara ini biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita. Acara ini tidak diadakan untuk lelaki dewasa.

Pihak penganjur sesuatu pertandingan olahraga boleh menetapkan acara-acara yang sesuai diadakan dalam sesuatu perjumpaan itu. Pemilihan acara ini bagaimanapun harus dipersetujui oleh IAAF. Di peringkat sekolah, berkemungkinan penganjur menghadkan bilangan acara sehingga 1500 meter sahaja untuk lelaki dan wanita. Ini disebabkan acara pada jarak jauh yang lebih daripada itu mungkin terlalu jauh bagi pelajar-pelajar sekolah. Dalam perjumpaan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, acara-acara yang dinyatakan di atas adalah termasuk dalam senarai acara yang dipertandingkan dalam sukan olahraga, sejak bertahun-tahun dahulu, sehingga sekarang.

1.2 SEJARAH LARI JARAK JAUH

Sejarah lari sememangnya tidak tertulis secara autentik

Page 2: Larian Jarak Jauh

sejak manusia mula berlari sebagai prestasi atau untuk kejohanan. Sejak kecil lagi kita telah mampu berjalan dan berlari, namun ianya tidak tercatat sebagai satu bentuk olahraga atau sebagai satu prestasi untuk mengetahui siapa yang terpantas atau terhebat. Terdapat versi yang mengatakan lari jarak jauh ini bermula daripada bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani dan Persia di kota Marathonas, Pulau Egina Yunani. 

Pasukan Persia mengalami kekalahan dan pasukan Yunani yang memenangi perang tersebut, telah memerintahkan salah seorang pasukannya untuk membawa pesanan. Si pembawa pesanan berlari ke Athena yang letaknya sejauh 40.8 km (25.4 miles) dalam sehari untuk mengkhabarkan kemenangannya. Sesampainya di kota, si pembawa pesanan berteriak dan dia akhirnya pengsan dan meninggal dunia. Untuk mengenang kemenangan terhadap perang tersebut dan untuk menghormati si pembawa pesanan maka beberapa tahun selepas itu diadakan perlawanan lumba lari dan sukan ini semakin berkembang menjadi satu sukan olahraga. Disebabkan prestasi atau pencapaian yang memberangsangkan, sukan ini terpecah menjadi berbagai cabang larian.

Dikhabarkan cabang olahraga larian seperti marathon yang pertama kali dipertandingkan dalam olimpik telah diadakan di kota Athens. Acara ini telah dimenangi oleh Eucles dan pada perlumbaan yang berikutnya acara ini dimenangi oleh atlet dari Filipina. Setelah mengalami pelbagai kejadian dan mengambil masa yang panjang, perlumbaan ini berubah menjadi salah satu acara olimpik dan pada tahun yang berikutnya, perlumbaan ini mendapat julukan olimpik moden. Olahraga ini berkembang menjadi beberapa cabang yang dibagikan dalam beberapa jarak dan tempoh yang tertentu. 

Page 3: Larian Jarak Jauh

Dalam perkembangnya cabang olahraga larian ini terbahagi menjadi larian cepat jarak pendek (sprint), larian jarak sedang (middle distance), dan larian jarak jauh (long distance). Lari jarak pendek pula dibahagikan lagi menjadi larian jarak 50m, 55m, 60m, 100m, 150m, 200m, 300m, 400m dan 500m. Larian jarak sedang pula tebahagi kepada acara 800m, 1500m, dan 3000m. Untuk larian jarak jauh pula dibahagikan menjadi acara 500m, 10.000m, half marathon, dan marathon. Pada saat ini, perkembangan yang lebih pesat lagi dan kecenderungan terhadap penambahbaikan bagi acara ini telah digabungkan dengan cabang olahraga lain seperti lari halang rintang, triathlon, pentathlon, heptathlon dan decathlon.

Walaupun aktiviti berlari untuk menyihatkan badan atau memelihara fizikal badan tidak tercatat sejak bila namun secara logiknya dapat dikatakan bahawa manusia menjadikan aktiviti berlari ini sebagai satu sukan setelah merasakan banyak manfaat yang dapat diperoleh dari aktiviti larian. Walaupun dunia semakin moden dan manusia semakin kurang berlari namun tetap timbul kesedaran bagi mereka untuk menjadikan aktiviti berlari sebagai satu sukan yang dapat memelihara kesihatan. 

Malah, aktiviti berlari kini menjadi sebahagian hobi manusia zaman moden dan mendapar tempat yang meluas dalam acara sukan di peringkat dunia. Aktiviti berlari pada zaman sekarang juga telah menjadi seakan satu ‘trend’ atau gaya hidup yang menjadi tarikan dan galakan tidak kira umur, bangsa, dan agama. Hal ini membuktikan bahawa sukan berlari ini mampu memberi banyak manfaat dan seharusnya menjadi kebiasaan kepada masyarakat kini. 

2.0 TEMPAT ACARA LARI JARAK JAUH DILANGSUNGKAN

Page 4: Larian Jarak Jauh

2.1 GELANGGANG

Larian jarak jauh ini terbahagi kepada beberapa acara seperti acara 1000m, 2000m, 3000m, 5000m, 10000m perlumbaan lebuhraya dan merentas desa.Bagi acara 1000 m, tempat atau arena yang akan digunakan ialah di gelanggang balapan. Gelanggang balapan ini berbentuk bujur dan balapan ini dibina daripada rumput, asphalt atau bahan synthetic dan biasanya mengandungi lapan lorong. Dalam pertandingan yang menggunakan peraturan IAAF, acara seperti acara 800 m dan ke atas, lari berganti-ganti yang lebih daripada 4x400m dan acara-acara yang seumpamanya dijalankan dalam satu pusingan sahaja. Kedudukan lorong atau permulaan ditentukan dengan undian.

2.2 LEBUHRAYA ATAU JALAN RAYA

Larian jarak jauh lebuhraya pula diadakan di sepanjang jalan raya yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh semua ahli IAAF. Jarak standard bagi acara ini untuk atlit lelaki dan wanita ialah 10km, 15km, 20km, separuh marathon, 25km, 30km, marathon (42.195km), 100km dan lari berganti-ganti jalan raya. Perlumbaan hendaklah diadakan di atas jalan yang berturap. Walau bagaimana pun, sekiranya ketiadaan lalu lintas atau wujudnya keadaan yang menyebabkannya tidak sesuai dijalankan, acara ini boleh dijalankan di laluan pejalan kaki atau laluan basikal di tepi jalan tersebut tetapi bukan di atas rumput atau di bahu jalan yang lembut.

Page 5: Larian Jarak Jauh

2.3 MERENTAS DESA

Bagi acara merentas desa pula, jarak yang ditetapkan bagi kejohanan Berpasukan Merentas Desa Dunia yang telah di persetujui oleh IAAF ialah :

KATAGORI JARAK LARIANLELAKI 12km LELAKI JUNIOR 8kmWANITA 8kmWANITA JUNIOR 6km

Page 6: Larian Jarak Jauh

Laluan merentas desa hendaklah direka di kawasan terdedah atau di kawasan hutan kayu, jika boleh dilindungi dengan rumput, mempunyai halangan semulajadi agar boleh digunakan oleh pereka laluan untuk membina satu laluan perlumbaan yang menarik. Laluan yang digunakan hendaklah cukup luas dan bukan hanya untuk menempatkan haluan tetapi juga segala kemudahan yang digunakan.

3.0 PERALATAN

Dalam acara larian jarak jauh ini, atlit tidak memerlukan sebarang peralatan ketika acara atau perlumbaan yersebut berlangsung. Peralatan yang dimaksudkan dalam acara ini ialah peralatan seperti pakaian.Peralatan seperti pakaian amat penting kepada kemajuan dan prestasi pelari. Seseorang pelari yang berpakaian kemas dan bersih menunjukkan sifat disiplin diri yang baik. Pelari perlu memakai singlet atau kemeja ‘T’ yang sesuai dan tidak terlalu ketat. Pakaian yang terlalu ketat akan menghalang pergerakan tubuh badan, begitu juga ketika memilih seluar pendek. Pelari tidak perlu membeli kasut yang terlalu mahal tetapi memilih kasut yang tahan, selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. 

Page 7: Larian Jarak Jauh
Page 8: Larian Jarak Jauh

4.0 LATIHAN ANSUR MAJU

Bagi menjadi seorang atlit lari jarak jauh yang hebat, latihan sangat penting. Tiada jalan pintas bagi seorang pelari jarak jauh untuk mencapai kejayaan sewenang-wenangnya melainkan melalui latihan yang sangat ketat di samping disiplin yang mantap. Malah, memiliki bentuk fizikal yang sesuai juga belum tentu menjamin kejayaan dan ketahanan seorang pelari jarak jauh.

Pada asasnya, latihan yang berkesan perlulah di bawah tunjuk ajar seseorang yang lebih berpengalaman dalam sukan ini memandangkan banyak risiko yang dihadapi serta masa latihan yang agak panjang bagi membentuk seorang pelari jarak jauh yang benar-benar tahan lasak kerana sukan ini sangat mementingkan stamina dan

Page 9: Larian Jarak Jauh

teknik larian yang betul. 

Seorang pelari jarak jauh haruslah mematuhi empat perkara penting dalan prinsip latihan lari jarak jau iaitu latihan meningkatkan stamina, merangka jadual dan larian, latihan angkat berat dan kaedah mengekal dan meningkatkan larian. Berikut adalah beberapa aktiviti berbentuk latihan ansur maju bagi seorang pelari jarak jauh:

i) JogingJogging merupakan salah satu aktiviti yang banyak digunakan dalam latihan pelari jarak jauh. Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pelari di samping meningkatkan stamina dan daya tahan mereka. Joging adalah berlari pada jarak jauh di samping melakukan beberapa latihan fizikal yang bertujuan memberi ketahanan dan kelenturan kepada pelari. Ini membolehkan pelari berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam acara jarak jauh. Cara paling baik dalam berjoging bagi meningkatkan prestasi pelari jarak jauh ialah dengan menggunakan cara larian yang berbagai-bagai kelajuan atau berlari bersama bebanan.Selain itu, pelari juga boleh membuat latihan jogging di kawasan yang berhalangan seperti di jalan yang berbukit-bukau atau di kawasan tepi pantai bagi meningkatkan daya tahan dan stamina pelari.

ii) Latihan Angkat Berat

Setiap pelari harus mengikuti latihan angkat berat sebagai keperluan asas mereka. Hal ini pentig bagi

Page 10: Larian Jarak Jauh

meningkatkan daya tahan otot mereka agar mereka tidak mudah tercedera ketika berlari pada jarak yang jauh. Namun begitu, tidak semestinya latihan ini diadakan setiap hari, memadailah sekadar seminggu sekali atau dua kali. Bentuk latihan hendaklah berunsur pelaziman yang melibatkan semua anggota tubuh badan dan tidak hanya tertumpu pada bahagian kaki sahaja. 

iii) Latihan Pelaziman

Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persedia awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan bersama latihan lain atau sebagai gabungan dengan latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke semasa. Ada baiknya latihan pelaziman merangkumi tiga aspek utamanya seperti berikut:

1. Latihan memanaskan badan. Aktiviti memanaskan badan ini perlulah dilakukan dengan mengikut cara yang betul dan merangkumi setiap anggota badan. Hal ini penting untuk kecederaan ketika pelari membuat latihan larian. 

Page 11: Larian Jarak Jauh

Selain itu, aspek seperti lari pecut dalam jarak tertentu juga dilakukan bertujuan meningkatkan kadar denyutan nadi dan melancarkan peredaran darah sebelum memulakan latihan. 

2. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian.

a) mendaki bukit

ing.jpg

Page 12: Larian Jarak Jauh

b) berbasikal

c) berenang

Page 13: Larian Jarak Jauh

d) latihan di gimnasium

Page 14: Larian Jarak Jauh

3. Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

5.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG UMUM LARI JARAK JAUH

PERMULAAN

Larian hendaklah dimulakn dengan letupan pistol.Kata perintah yang standard bagi larian jarak jauh hendaklah digunakan.Bagi perlumbaan antarabangsa, amaran lima minit, tiga minit dan satu minit hendalkah diberikan.Stesen hadapan di garisan permulaan hendaklah disediakan dan peserta-peserta dari satu-satu pasukan akan berbaris memanjang ke belakang.

STESEN PERSEGARAN

Air atau minuman yang bersesuaian hendaklah disediakan di permulaan dan penamat perlumbaan.Bagi semua acara, minuman hendaklah disediakan pada

Page 15: Larian Jarak Jauh

setiap pusingan jika keadaan cuaca memerlukan ia di sediakan.

LARIAN MENDAKI

Larian mendaki gunung dijalankan merentasi desa yang sebahagian besar halangannya tidak di atas jalan raya dan membabitkan begitu banyak pendakian atau menuruni pendakianJaran pendakian lebih kurang yang dicadangkan dan kadar pendakian untuk perlumbaan antarabangsa ialah :KEBANYAKANNYA MENDAKI MULA/TAMAT DI TEMPAT YANG SAMAJARAK PENDAKIAN JARAK PENDAKIANLELAKI SENIOR 12km 1200m 12km 750mLELAKI JUNIOR 8km 800m 8km 500mWANITA SENIOR 8km 800m 8km 500mWANITA JUNIOR 4km 400m 4km 250m

Laluan boleh dibuat dengan mempunyai pusingan.

PENSKORAN

Setelah perlumbaan selesai, para hakim hendaklah memutuskan kedudukan-kedudukan muktamat para peserta setiap pasukan yang bertanding, mencampurkannya dan mengisytiharkan pasukan yang memperoleh jumlah yang terendah sebagai pemenang.Dalam menilai agregat tersebut, kedudukan akhir setiap seorang peserta hendaklah dikeluarkan dan kedudukan berikutnya diselaraskan.Jika terdapat jumlah yang seri, kemenangan akan di berikan kepada pasukan yang peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terakhir pasukan yang seri dengannya. 

5.1 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KHUSUS 5000

Page 16: Larian Jarak Jauh

Meter

Acara Lari Jarak Jauh 5000 Meter. Acara lari jarak jauh 5000 meter dijalankan dalam 12 ½ pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh lima kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 12 ½ pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan acara 200 meter, tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter. Aturan Dan Cara Larian Pelari akan berlari sebanyak 12 ½ pusingan balapan bersaiz 400 meter. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga tamat larian untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di dalam balapan dan tidak mengganggu pe;ari lain.Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat (biasanya loceng) atau siren apabila pelari mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan larian. Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai baru dibenarkan untuk berlari. Pelari boleh berlari sama ada dengan memakai kasut, spikes ataupun tanpa berkasut,tetapi pastikan kasut itu tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan mendapat kecederaan. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepadapelari lain dengan niat untuk menghalangnya berlari, mencederakan atau membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian.

Teknik Larian 

Page 17: Larian Jarak Jauh

Seperti setiap acara yang ingin disertai oleh seseorang atlit, peserta untuk acara 5000 meter ini juga memerlukan latihan intensif yang mungkin memakan masa yang agak lama, sebelum menyertai sesuatu pertandingan. Disebabkan jarak yang jauh sudah tentu banyak tenaga, stamina yang tinggi, daya ketahanan yang teguh dan keyakinan pada diri sendiri diperlukan daripada seseorang pelari acara ini. Tidak ada istilah untuk mengambil bahagian dalam acara ini sekadar mencuba atau secara suka-suka.

Permulaan 

Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri, tidak kira pelari itu sudah teerkenal ataupun tidak, lelaki atau wanita. Apabila terlalu ramai peserta yang layak untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan, mereka akan melalui peringkat saringan. Bagaimanapun kebiasaannya disebabkan jarak yang jauh untuk acara ini, pihak penganjur tidak mengadakan peringkat saringan ataupun separuh akhir. Sebaliknya mereka akan terus mengadakan peringkat akhir dengan bilangan peserta yang lebih ramai sedikit daripada acara lain.Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Untuk acara-acara seperti ini pegawai-pegawai pencatat pusingan untuk setiap peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan mencatat pusingan yang telah dilepasi oleh setiap pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan jumlah pusingan yang berkurangan daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu. 

Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika terus berlaku di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada kemungkinan

Page 18: Larian Jarak Jauh

gangguan peserta lain semasa berlari. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak yang tidak terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping menyimpan tenaga untuk membuat pecutan pada peringkat akhir larian. Sekiranya tidak terdaya memecut, memadai jika pelari dapat meningkatkan kelajuannya untuk mencapai garisan penamat.

Melakukan Larian 

Walaupun kederasan larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari, tetapi dalam acara 5000 meter ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan sepanjang larian. Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya berkurangan, menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku, adalah penting bagi pelari berlari sambil menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan kelajuan sehingga ke peringkat akhir larian. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri dan tidak mudah terpengaruh oleh larian pelari lain sehingga boleh menjejaskan larian sendiri.

Ada kalanya kita lihat pelari yang tidak dapat mengekalkan lariannya dan terpaksa berhenti tanpa menghabiskan larian. Mungkin pelari berkenaan sudah kehilangan tenaga dan keupayaan untuk meneruskan larian dan dengan demekian dia tidak mempunyai harapan untuk memenangi acara ini. Sebagai seorang olahragawan yang terlatih dalam acara lari jarak jauh ini, tindakannya itu seharusnya tidak terjadi. Pelari tersebut harus cuba menamatkan lariannya, walaupun peluangnya untuk memenangi acara itu sudah tiada. Semangat kesukanan harus dijadikan alasan untuk peserta menghabiskan larian itu.

Page 19: Larian Jarak Jauh

Bagi mengelakkan perkara sebegini daripada terjadi dan untuk menjadikan larian lebih berkesan, berikut adalah beberapa cara atau teknik yang mungkin boleh digunakan sebagai panduan dalam melaksanakan larian ini :

Berlari di lorong yang paling dalam. 

Berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar dan permulaan untuk acara ini sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pelari. Pelari mesti berusaha untuk mendapatkan lorong paling dalam.

Cuba mengekalkan kepantasan. 

Pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari mengikut dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam kumpulan, sambil bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak terakhir larian.

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri. 

Pelari hendaklah mengelakkan diri daripada berlari mengikut rentak dan teknik larian peserta lain, sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri. Hanya pelari itu sahaja yang tahu akan keupayaannya ketika perlumbaan dijalankan. Jika ada pelari yang memintas di hadapan adalah lebih baik membiarkannya, tetapi jangan sampai ketinggalan jauh daripadanya.Meningkatkan kepantasan pada akhir larian Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk

Page 20: Larian Jarak Jauh

membuat pecutan pada peringkat akhir larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan kelajuan dalam mencapai garisan penamat.

Tempat larian

Seperti dalam acara 5000 meter, pegawai perlumbaan juga akan membunyikan loceng atau siren memberi isyarat apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya. Dalam satu pusingan akhir itu, pelari boleh membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang akan digunakan. Seperti yang dinyatakan, pelari hendaklah meningkatkan larian pada peringkat akhir lariannya. Cara menamatkan larian untuk acara ini adalah sama, iaitu dengan mendepankan bahagian torso.

5.2 Acara Lari Jarak Jauh 10 000 Meter

Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna pelari akan berlari sejauh 10 kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 25 pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan penamat acara larian. Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini juga tidak disertai oleh kaum wanita. 

Aturan Larian

Sebagai panduan, berikut adalah sebahagian daripada aturan dan undang-undang larian untuk acara 10 000 meter. Pelari dinasihatkan supaya memahami aturan ini sebelum dia dapat mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan atau perlumbaan.Pelari akan berlari sebanyak 25 pusingan balapan bersaiz 400 meter.Pelari akan

Page 21: Larian Jarak Jauh

berlari mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga akhir larian untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.Pelari dibenarkan berhenti atau berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di balapan dan tidak mengganggu pelari lain yang sedang berlari.

Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat arat siren apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan dibenarkan untuk berlari serta mempunyai nombor peserta serta logo atau bendera pasukan atau negara yang diwakilinya. Pelari boleh berlari sama ada dengan kasut, spikes ataupun tanpa berkasut, tetapi kasut itu hendaklah tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan kecederaan kepada pelari itu atau pelari lain. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk menghalangnya untuk berlari, untuk mencederakannya atau untuk membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian. Pelari hendaklah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanaan dan tidak bermegah jika mencapai kemenangan serta tidak pula berkecil hati atau kecewa jika tidak berjaya.

Teknik Larian

Disebabkan acara 10 000 meter ini juga merupakan acara lari jarak jauh, cara atau teknik larian acara ini juga adalah sama dengan acara 5000 meter. Sebelum seseorang pelari berhasrat untuk mengambil bahagian dalam acara ini, dia hendaklah sihat tubuh badan dan telah mengikuti latihan intensif dan bersistem selama satu tempoh tertentu, supaya dia benar-benar bersedia

Page 22: Larian Jarak Jauh

secara fizikal dan mental. Bayangkan jika pelari itu tidak bersedia, dia akan berlari sejauh 10 000 meter, sudah tentu akan membebankan dirinya.Walaupun secara umumnya, teknik larian acara 10 000 meter ini adalah sama dengan larian 5000 meter, pelari harus bijak membuat perancangan supaya lariannya berkesan dan tidak mendatangkan kemudaratan kepadanya. Perancangan adalah penting disebabkan jaraknya yang jauh, sudah tentu memerlukan banyak tenaga, stamina dan daya ketahanan daripada pelari yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini yang merupakan acara larian paling jauh dalam olahraga. Dengan kata lain, pelari hendaklah serius dalam acara ini sama ada dari segi latihan ataupun perlumbaan.

Permulaan 

Gaya berdiri adalah cara biasa yang digunakan oleh pelari dalam perlumbaan 10 000 meter ini. Setelah semua pelari bersedia, mereka akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai peralatan serta pakaian yang sesuai. Pegawai pencatat pusingan sudah tentu akan sibuk dengan senarai nama peserta yang mengambil bahagian. Mereka mencatat setiap pusingan yang dilepasi oleh para pelari bagi mengelakkan kemungkinan pelari berlari dengan bilangan pusingan yang berkurangan atau berlebihan.Kedudukan pelari di garisan permulaan adalah sama. Garisan permulaan bagi acara ini ialah padaa permmulaan 400 meter, tetapi pada garisan lurus bukan seperti untuk permulaan 400 meter. Pegawai permulaan akan memastikan semua peserta bersedia, sebelum pegawai pelepas memberi isyarat untuk memulakan perlumbaan. Arahan atau isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas adalah sama. Sebaik perlumbaan bermula , pelari akan cuba memasuki lorong yang paling dalam bagi mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang lebih jauh jika lorong luar digunakan. Sebaik-

Page 23: Larian Jarak Jauh

baiknya pelari hendaklahmemulakan larian dengan agak laju sedikit bagi melepaskan diri daripada kumpulan pelari lain, jika tidak sudah tentu pelari berkenaan akan berlari bersama pelari lain dalam kumpulan.

Melakukan Larian 

Tidak dapat dinafikan bahawa tidak mungkin pelari untuk acara ini mampu berlari dengan kederasan yang tinggi dan dikekalkan di sepanjang jarak. Pelari hendaklah berlari pada kelajuan yang sama dan meningkatkan sedikit kelajuan pada peringkat akhir larian. Apa yang penting ialah pelari hendaklah dapat menyimpan tenaga untuk kekal sepanjang larian. Pelari yang tidak dapat menyimpan tenaga sudah tentu mendapati sukar untuk meneruskan atau menamatkan larian. Seperkara lagi ialah pelari hendaklah berlari mengikut rentak dan keupayaan sendiri tanpa mengikut atau pengaruh oleh larian pelari lain. 

Berlari pada lorong bahagian dalam

Pelari harus berusaha berlari di lorong paling dalam supaya jarak tidak berlebihan berbanding berlari di lorong luar.

Mengekalkan kepantasan

Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah mengekalkan kepantasan yang sama sepanjang larian. Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namun dia harus berusaha mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dan menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan larian pada akhir perlumbaan.

Berlari mengikut rentak dan cara sendiri

Jangan sekali-kali berlari mengikut rentak lawan untuk

Page 24: Larian Jarak Jauh

acara jarak jauh keran pe;ari sendiri akan terperangkap dan mungkin tidak dapat menamatkan larian.

Menyimpan tenaga

Pelari harus bijak berlari tanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan larian disebabkan keletihan, kehausan dan ketiadaan tenaga.

Menamatkan Larian

Selepas para pelari melepasi pusingan ke 24, yang bermakna mereka mempunyai baki satu pusingan lagi untuk menamatkan larian, loceng atau siren akan dibunyikan oleh pegawai perlumbaan. Ketika inilah pelari akan membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang akan mereka lakukan semasa menamatkan larian acara ini. 

6.0 CATATAN REKOD ACARA LARI JARAK JAUH

6.1 REKOD DUNIA LARI JARAK JAUH 1000m

MEN:

World Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 3:43.13 Hicham El Guerrouj 14/09/1974 MAR Roma 07/07/1999 

World Junior Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 3:50.25 Alex Kipchirchir 26/11/1984 KEN Rieti 07/09/2003 

Area Records Area Perf Athlete DOB Nat Venue Date AFRICA 3:43.13 Hicham El Guerrouj 14/09/1974 MAR

Page 25: Larian Jarak Jauh

Roma 07/07/1999 ASIA 3:47.97 Daham Najim Bashir 08/11/1979 QAT Oslo 29/07/2005 EUROPE 3:46.32 Steve Cram 14/10/1960 GBR Oslo 27/07/1985 NORTH,CENTRAL AMERICA&C. 3:46.91 Alan Webb 13/01/1983 USA Brasschaat 21/07/2007 OCEANIA 3:48.98 Craig Mottram 18/06/1980 AUS Oslo 29/07/2005 SOUTH AMERICA 3:51.05 Hudson de Souza 25/02/1977 BRA Oslo 29/07/2005 

WOMEN

World Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 4:12.56 Svetlana Masterkova 17/01/1968 RUS Zürich 14/08/1996 

World Junior Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 4:17.57 Zola Pieterse 26/05/1966 GBR Zürich 21/08/1985 

Area Records Area Perf Athlete DOB Nat Venue Date AFRICA 4:20.79 Hassiba Boulmerka 10/07/1968 ALG Oslo (Bislett) 06/07/1991 ASIA 4:17.75 Maryam Yusuf Jamal 16/09/1984 BRN Bruxelles 14/09/2007 EUROPE 4:12.56 Svetlana Masterkova 17/01/1968 RUS Zürich 14/08/1996 NORTH,CENTRAL AMERICA&C. 4:16.71 Mary Slaney 04/08/1958 USA Zürich 21/08/1985 OCEANIA 4:22.66 Lisa Corrigan 02/12/1984 AUS Melbourne 02/03/2007 SOUTH AMERICA 4:30.05 Soraya Vieira Telles 06/09/1958

Page 26: Larian Jarak Jauh

BRA Bratislava 09/06/1988

6.2 REKOD DUNIA LARI JARAK JAUH 3000m

MEN

World Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 7:20.67 Daniel Komen 17/05/1976 KEN Rieti 01/09/1996 

World Leading 2008 Perf Athlete DOB Nat Venue Date 7:48.26 Craig Mottram 18/06/1980 AUS Brisbane 28/02/2008 

World Junior Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 7:28.78 Augustine Kiprono Choge 21/01/1987 KEN Doha 13/05/2005 

Youth - World Best Performance Perf Athlete DOB Nat Venue Date 7:32.37 Abraham Cherkos 23/09/1989 ETH Lausanne 11/07/2006 

Area Records Area Perf Athlete DOB Nat Venue Date AFRICA 7:20.67 Daniel Komen 17/05/1976 KEN Rieti 01/09/1996 ASIA 7:30.76 Gamal Belal Salem 12/09/1978 QAT Doha 13/05/2005 EUROPE 7:26.62 Mohammed Mourhit 10/10/1970 BEL Monaco 18/08/2000 NORTH,CENTRAL AMERICA&C. 7:30.84 Bob Kennedy 18/08/1970 USA Monaco 08/08/1998 OCEANIA 7:32.19 Craig Mottram 18/06/1980 AUS Athína (Olympic Stadium) 17/09/2006 

Page 27: Larian Jarak Jauh

SOUTH AMERICA 7:39.70 Hudson de Souza 25/02/1977 BRA Lausanne 02/07/2002 WOMEN

World Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 8:06.11 Junxia Wang 09/01/1973 CHN Beijing 13/09/1993 

World Leading 2008 Perf Athlete DOB Nat Venue Date 9:04.51 Donna MacFarlane 18/06/1977 AUS Hobart 18/01/2008 

World Junior Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 8:28.83 Zola Pieterse 26/05/1966 GBR Roma 07/09/1985 

Youth - World Best Performance Perf Athlete DOB Nat Venue Date 8:36.45 Ningning Ma 20/09/1976 CHN Jinan 06/06/1993 

Area Records Area Perf Athlete DOB Nat Venue Date AFRICA 8:23.23 Edith Masai 04/04/1967 KEN Monaco 19/07/2002 ASIA 8:06.11 Junxia Wang 09/01/1973 CHN Beijing 13/09/1993 EUROPE 8:21.42 Gabriela Szabo 14/11/1975 ROU Monaco 19/07/2002 NORTH,CENTRAL AMERICA&C. 8:25.83 Mary Slaney 04/08/1958 USA Roma 07/09/1985 OCEANIA 8:35.31 Kimberley Smith 19/11/1981 NZL Monaco 25/07/2007 SOUTH AMERICA 9:02.37 Delirde Maria Bernardi 27/04/1969 BRA Linz 04/07/1994 

6.3 REKOD DUNIA LARI JARAK JAUH 5000m

Page 28: Larian Jarak Jauh

MEN

World Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 12:37.35 Kenenisa Bekele 13/06/1982 ETH Hengelo 31/05/2004 

World Leading 2008 Perf Athlete DOB Nat Venue Date 13:11.99 Craig Mottram 18/06/1980 AUS Melbourne 21/02/2008 

World Junior Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 12:52.61 Eliud Kipchoge 05/11/1984 KEN Oslo 27/06/2003 

Area Records Area Perf Athlete DOB Nat Venue Date AFRICA 12:37.35 Kenenisa Bekele 13/06/1982 ETH Hengelo 31/05/2004 ASIA 12:51.98 Saif Saaeed Shaheen 15/10/1982 QAT Roma 14/07/2006 EUROPE 12:49.71 Mohammed Mourhit 10/10/1970 BEL Bruxelles 25/08/2000 NORTH,CENTRAL AMERICA&C. 12:58.21 Bob Kennedy 18/08/1970 USA Zürich 14/08/1996 OCEANIA 12:55.76 Craig Mottram 18/06/1980 AUS London (CP) 30/07/2004 SOUTH AMERICA 13:19.43 Marilson dos Santos 06/08/1977 BRA Kassel 08/06/2006 

WOMEN

World Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 

Page 29: Larian Jarak Jauh

14:16.63 Meseret Defar 19/11/1983 ETH Oslo 15/06/2007 

World Leading 2008 Perf Athlete DOB Nat Venue Date 15:24.03 Georgie Clarke 17/06/1984 AUS Sydney 16/02/2008 

World Junior Records Perf Athlete DOB Nat Venue Date 14:30.88 Tirunesh Dibaba 01/10/1985 ETH Bergen 11/06/2004 

Area Records Area Perf Athlete DOB Nat Venue Date AFRICA 14:16.63 Meseret Defar 19/11/1983 ETH Oslo 15/06/2007 ASIA 14:28.09 Bo Jiang 13/03/1977 CHN Shanghai 23/10/1997 EUROPE 14:24.68 Elvan Abeylegesse 11/09/1982 TUR Bergen 11/06/2004 NORTH,CENTRAL AMERICA&C. 14:44.80 Shalane Flanagan 08/07/1981 USA Walnut, CA 13/04/2007 OCEANIA 14:47.60 Benita Johnson 06/05/1979 AUS Berlin 06/09/2002 

7.0 REFLEKSI INDIVIDU 

SITI AMI NADIAH BINTI ZAKARIAPPISMP BM/PJ/KSSEMESTER 2 2009

Alhamdulillah, saya Siti Ami Nadiah binti Zakaria, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Jasmani kami iaitu En Wan Suhaimi bin Wan

Page 30: Larian Jarak Jauh

Setapa dengan jayanya. Beliau telah memberikan taklimat dan tunjuk ajar kepada kami sebelum kami memulakan tugasan ini.

Semasa menerima tugasan ini, saya menghadapi sedikit masalah untuk memulakan tugasan kerana saya agak kabur dengan kehendak soalan tugasan ini. Namun setelah mendapat penerangan yang mendalam daripada pensyarah, saya kemudian mendapat gambaran awal dan kemudian bertindak mencari maklumat bagi tugasan ini.

Saya bertindak mencari maklumat dari buku-buku di perpustakaan mengenai peraturan-peraturan, undang-undang serta sejarah berkenaan tajuk kumpulan saya iaitu lari jarak jauh. Namun, sedikit kesulitan dihadapi memandangkan buku yang terdapat di perpustakaan agak terhad tetapi saya bertindak bijak dengan saling berkongsi dan bertukar-tukar buku dengan rakan. Selain daripada buku, saya juga mencari maklumat melalui internet seperti gambar-gambar dan video berkenaan sukan jarak jauh ini. Di sini, saya harus berhati-hati dalam memilih maklumat dari sumber internet kerana kebanyakkan maklumat agak terpesong dan tidak memenuhi kehendak soalan.

Dalam menyiapkan tugasan ini juga, saya berasa bersyukur kerana saya dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai sukan jarak jauh. Secara tidak langsung juga, saya dapat memantapkan lagi aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan spiritual dalam diri saya. Akhir kata, saya sangat berharap agar tugasan seperti ini dapat diperkembang lagi dan seterusnya memberi manfaat serta sekaligus membolehkan pelajar menguasai dan memahami dengan lebih mendalam mengenai sukan jarak jauh yang semakin popular ini. 

Page 31: Larian Jarak Jauh

NORFAIZAH BINTI AJALIPPISMP BM/PJ/KS SEMESTER 2 2009

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya sempurnakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) untuk Kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP SEMESTER 2 2009 ) dengan jayanya . Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah yang saya hormati iaitu En. Wan Suhaimi bin Wan Setapa di atas bantuan dan tujuk ajar yang diberikan. Saya dan rakan-rakan telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan saya telah ditempatkan bersama sahabat saya iaitu Siri Ami Nadiah binti Zakaria dalam satu kumpulan.

Pada kali ini tugasan yang harus saya lengkapkan agak mencabar berbanding dengan tugasan yang saya terima pada tahun lalu.Tugasan pada kali ini benar-benar menguji kecekapan dan kebolehan saya dan rakan-rakan dalam menggunakan komputer. Saya dan rakan-rakan diminta untuk mencari rakaman video latihan yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang saya peroleh iaitu lari jarak jauh. Saya dan rakan-rakan kemudiannya diminta untuk memuatkan rakaman video latihan tersebut ke dalam bentuk CD.Namun begitu tugasan ini sebenarnya memberi seribu satu manfaat kepada saya khasnya dan kepada rakan-rakan amnya dalam proses untuk mengembangkan dan mempertingkatkan ilmu pengetahuan bukan sahaja ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani malah ilmu mengenai perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat yang semakin penting pada masa kini.

Pada awalnya saya dan rakan-rakan telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja

Page 32: Larian Jarak Jauh

kursus ini seperti kesulitan untuk melayari internet bagi mencari maklumat dan untuk memuat turun video rakaman di samping kepayahan untuk mencari maklumat di perpustakaan kerana buku-buku yang diperlukan amat terhad. Bagi mengatasi masalah ini, saya dan rakan sekumpulan saya telah mencari alternatif lain untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Saya dan ahli kumpulan saya banyak berkolaborasi bersama rakan-rakan yang lain, senior-senior dan pensyarah untuk mendapatkan pandangan mengenai ketepatan maklumat yang diperolehi.

Kesimpulannya, tugasan ini nyata mampu membentuk diri saya untuk menjadi seorang guru yang berkemahiran dan perpandangan jauh di masa hadapan seterusnya melahirkan anak didik yang berintelektual dan dapat mendukung Falsafah Pendidikan Negara dengan jayanya.Diharapkan tugasan ini diterima oleh pensyarah saya dan dapat menjadi salah satu bahan rujukan kepada para guru pelatih yang lain di masa hadapan. 

Sekian.Terima Kasih.Wassalam.

8.0 BIBLIOGRAFI

Teng Boon Tong. Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. PetalingJaya, Pearson Malaysia Sdn. BHd. 2001Wee Eng Hoe. Panduan Pengajaran Olahraga. Shah Alam, Karisma PublicationsSdn. Bhd. 2002Buku Peraturan Olahraga KOAM 2008-2009, Kuala Lumpur, Kesatuan OlahragaAmatur Malaysia, 2008

Page 33: Larian Jarak Jauh

http://www.runnersguide.com/http://www.youtube.com/user/TheSlowRunnershttp://www.iaaf.org/index.htmlhttp://maswafi.blogspot.com/2008/05/larian-jarak-jauh.htmlhttp://10000m.tripod.com/TEKNIK_LATIHAN.htmLast edited by emeraldunggu on 2009-04-02, 09:59:24 am, edited 8 times in total.emeraldunggu

 Posts: 2Joined: 2009-01-09, 02:59:29 am

Top

Lari Jarak Jauh

by suhaimi bm3 on 2009-02-17, 12:31:43 am

CODE: SELECT ALL

kertas kerja ini disediakan oleh:-

suhaimi bin suliman

mohd fitri bin che mohamed

BM/PJ/KS

1.0 PENGENALAN

1. Spesifikasi Acara

Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna

pelari akan berlari sejauh 10 kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 25

pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan

penamat acara larian. Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam

kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini juga tidak disertai oleh kaum

wanita.

2. Arena

Page 34: Larian Jarak Jauh

Acara lari jarak jauh 10 000 meter berlangsung di gelanggang yang berbentuk bujur. Balapan atau

tempat berlari dibina daripada rumput, ‘asphalt’ atau bahan ‘synthetic’ dan biasanya mengandungi

lapan lorong. Acara lari adalah dijalankan di lorong balapan. 

3. Peralatan

Peralatan seperti pakaian amat penting kepada kemajuan dan prestasi pelari. Seseorang pelari

yang berpakaian kemas dan bersih menunjukkan sifat disiplin diri yang baik. Pelari perlu memakai

singlet atau kemeja ‘T’ yang sesuai dan tidak terlalu ketat. Pakaian yang terlalu ketat akan

menghalang pergerakan tubuh badan, begitu juga ketika memilih seluar pendek. Pelari tidak perlu

membeli kasut yang terlalu mahal tetapi memilih kasut yang tahan, selesa dan mempunyai ciri-ciri

keselamatan. 

2.0Peraturan & undang-undang 

Sebagai panduan, berikut adalah peraturan dan undang-undang larian jarak jauh 10 000 meter.

Pelari dinasihatkan supaya memahaminya terutamanya semasa mengambil bahagian dalam

kejohanan atau perlumbaan. 

1. Pelari akan berlari sebanyak 25 pusingan balapan bersaiz 400 meter.

2. Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.

3. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga akhir larian untuk memenangi sebarang kedudukan.

Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan. 

4. Pelari dibenarkan berhenti atau berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian,

tetapi dia mesti berada di balapan dan tidak mengganggu pelari lain yang sedang berlari.

5. Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat ( biasanya loceng ) atau siren apabila pelari

mempunyai baki larian satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.

6. Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan dibenarkan untuk berlari serta mempunyai

Page 35: Larian Jarak Jauh

nombor peserta serta logo atau bendera pasukan atau negara yang diwakilinya. 

7. Pelari boleh berlari sama ada dengan kasut, spikes ataupun tanpa berkasut, tetapi kasut itu

hendaklah tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan mendatangkan kecederaan kepada

pelari itu serta pelari lain.

8. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan serta undang-undang yang ditetapkan oleh

IAAF.

9. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain dengan niat untuk menghalangnya

berlari, untuk mencederakannya atau untuk membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan

memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian.

10. Pelari hendaklah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanan dan tidak

bermegah jika mencapai kemenangan serta tidak pula berkecil hati atau kecewa jika tidak berjaya.

3.0Teknik latihan kemahiran asas 

Dalam sukan olahraga dan acara jarak jauh khasnya, tidak ada jalan singkat untuk seseorang

mencapai kejayaan melainkan menerusi latihan. Seseorang pelari itu mungkin mempunyai

kelebihan semula jadi seperti bentuk fizikalnya yang sesuai tetapi tidak mungkin dia akan berjaya

jika dia tidak memberi perhatian kepada latihan.

Latihan yang berkesan haruslah diawasi oleh jurulatih atau guru pengawas atau seseorang yang

lebih berpengalaman dalam acara ini. Semasa dalam menjalani latihan untuk acara lari jarak jauh,

pelari hendaklah mematuhi empat perkara penting. Ini merangkumi latihan meningkatkan stamina,

merangka jadual dan larian, latihan angkat berat dan kaedah mengekal dan meningkatkan larian.

Jurulatih harus merangkumkan empat aepek ini dalam latihan untuk pelari jarak jauh.

i) Joging

Joging adalah berlari pada jarak jauh di samping melakukan beberapa latihan fizikal yang bertujuan

Page 36: Larian Jarak Jauh

memberi ketahanan dan kelenturan kepada pelari. Ini membolehkan pelari berkemampuan untuk

mengambil bahagian dalam acara jarak jauh. Cara paling baik dalam berjoging bagi meningkatkan

prestasi pelari jarak jauh ialah dengan menggunakan cara larian yang berbagai-bagai kelajuan

atau berlari bersama bebanan.

ii) Latihan Pelaziman 

Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persediaan

awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan bersama latihan lain atau sebagai gabungan dengan

latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke

semasa. Latihan ini merangkumi tiga aspek utama sepeti berikut :

Latihan memanaskan badan yang antara lain merangkumi aspek-aspek seperti jogging dan lari

pecut untuk jarak tertentu. 

Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian. 

Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan. 

iii) Latihan Angkat Berat

Sebagai olahragawan, setiap pelari harus mengikuti latihan angkat berat sebagai keperluan asas

mereka. Latihan ini tidak semestinya diadakan setiap hari, memadailah sekadar seminggu sekali

atau dua kali. Bentuk latihan hendaklah berunsur pelaziman yang melibatkan semua anggota

tubuh badan.

4.0Teknik Larian 

1. Berlari pada lorong di bahagian dalam

Page 37: Larian Jarak Jauh

Pelari harus berusaha berlari di lorong paling dalam supaya jarak tidak berlebihan berbanding

berlari di lorong luar.

2. Mngekalkan Kepantasan

Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah mengekalkan kepantasan yang sama

sepanjang larian. Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namun dia harus berusaha

mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dengan menyimpan sedikit tenaga untuk

meningkatkan larian pada akhir perlumbaan.

3. Berlari mengikut rentak dan cara sendiri

Jangan sekali-kali berlari mengikut rentak lawan untuk acara jarak jauh kerana pelari sendiri akan

terperangkap dan mungkin tidak dapat menamatkan larian.

4. Menyimpan tenaga

Pelari harus bijak berlari tanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan

larian disebabkan keletihan, kehausan dan ketiadaan tenaga.

BAHAN BARU

Larian Jarak Jauh

Secara tidak rasmi, terdapat tiga acara lumba lari yang boleh dikategorikan sebagai acara lari jarak

jauh, iaitu 3000 meter lari berhalangan, 5000 meter dan acara 10000 meter. Daripada ketiga-tiga

acara ini hanya 5000 meter turut disertai oleh wanita, manakala dua acara lagi adalah khusus

untuk lelaki sahaja. 

Selain daripada itu, dalam beberapa perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat kebangsaan

ataupun antarabangsa, terdapat juga acara lari jarak jauh sejauh 3000 meter tanpa halangan.

Penyertaan acara ini terbuka kepada lelaki dan wanita. Di peringkat antarabangsa , acara ini

biasanya diadakan untuk bahagian junior dan wanita. Acara ini tidak diadakan untuk lelaki dewasa.

Page 38: Larian Jarak Jauh

Pihak penganjur sesuatu pertandingan olahraga boleh menetapkan acara-acara yang sesuai

diadakan dalam sesuatu perjumpaan itu. Pemilihan acara ini bagaimanapun harus dipersetujui oleh

IAAF. Di peringkat sekolah, mungkin penganjur menghadkan bilangan acara sehingga 1500 meter

sahaja untuk lelaki dan wanita. Ini disebabkan acara pada jarak jauh yang lebih daripada itu

mungkin terlalu jauh bagi pelajar-pelajar sekolah. Dalam perjumpaan sukan utama dunia seperti

Sukan Olimpik, acara-acara yang dinyatakan di atas adalah termasuk dalam senarai acara yang

dipertandingkan dalam sukan olahraga, sejak bertahun-tahun dahulu, sehingga sekarang.

Acara Lari Jarak Jauh 5000 Meter. 

Acara lari jarak jauh 5000 meter dijalankan dalam 12 ½ pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna

pelari akan berlari sejauh lima kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 12 ½

pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempet permulaan acara 200 meter,

tetapi garisan permulaan tidaklah seperti dalam acara 200 meter. 

Aturan Dan Cara Larian 

Pelari akan berlari sebanyak 12 ½ pusingan balapan bersaiz 400 meter. Pelari akan berlari tanpa

mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah berlari dari mula hingga tamat larian untuk memenangi

sebarang kedudukan. Pelari yang menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada

perlumbaan.Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi

dia mesti berada di dalam balapan dan tidak mengganggu pe;ari lain.Pegawai perlumbaan akan

membunyikan isyarat (biasanya loceng) atau siren apabila pelari mempunyai baki satu pusingan

lagi untuk menamatkan larian. Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai baru dibenarkan

untuk berlari. Pelari boleh berlari sama ada dengan memakai kasut, spikes ataupun tanpa

berkasut,tetapi pastikan kasut itu tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan mendapat

kecederaan. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang

ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepadapelari lain dengan niat

untuk menghalangnya berlari, mencederakan atau membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan

akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang bertindak demikian.

Teknik Larian 

Seperti setiap acara yang ingin disertai oleh seseorang atlit, peserta untuk acara 5000 meter ini

juga memerlukan latihan intensif yang mungkin memakan masa yang agak lama, sebelum

menyertai sesuatu pertandingan. Disebabkan jarak yang jauh sudah tentu banyak tenaga, stamina

yang tinggi, daya ketahanan yang teguh dan keyakinan pada diri sendiri diperlukan daripada

seseorang pelari acara ini. Tidak ada istilah untuk mengambil bahagian dalam acara ini sekadar

mencuba atau secara suka-suka.

Page 39: Larian Jarak Jauh

Permulaan 

Semua peserta akan memulakan acara ini dengan menggunakan gaya berdiri, tidak kira pelari itu

sudah teerkenal ataupun tidak, lelaki atau wanita. Apabila terlalu ramai peserta yang layak untuk

mengambil bahagian dalam sesuatu perlumbaan, mereka akan melalui peringkat saringan.

Bagaimanapun kebiasaannya disebabkan jarak yang jauh untuk acara ini, pihak penganjur tidak

mengadakan peringkat saringan ataupun separuh akhir. Sebaliknya mereka akan terus

mengadakan peringkat akhir dengan bilangan peserta yang lebih ramai sedikit daripada acara lain.

Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan peralatan

yang sesuai. Untuk acara-acara seperti ini pegawai-pegawai pencatat pusingan untuk setiap

peserta atau beberapa peserta tertentu. Mereka akan mencatat pusingan yang telah dilepasi oleh

setiap pelari supaya tidak ada pelari yang berlari dengan jumlah pusingan yang berkurangan

daripada yang lain tetapi memenangi perlumbaan itu. 

Pelari akan cuba memasuki lorong paling dalam berlari sebaik sahaja permulaan dilakukan oleh

pegawai pelepas. Ini bertujuan mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang jauh sedikit jika

terus berlaku di lorong luar serta untuk mengelakkan diri daripada kemungkinan gangguan peserta

lain semasa berlari. Pelari seboleh mungkin hendaklah berusaha mengelakkan diri daripada

kumpulan pelari yang ramai, sebaik-baiknya hendaklah mengekori pelari di hadapan pada jarak

yang tidak terlalu jauh dan mengekalkan larian di samping menyimpan tenaga untuk membuat

pecutan pada peringkat akhir larian. Sekiranya tidak terdaya memecut, memadai jika pelari dapat

meningkatkan kelajuannya untuk mencapai garisan penamat.

Melakukan Larian 

Walaupun kederasan larian bergantung kepada ketahanan dan keupayaan daya seseorang pelari,

tetapi dalam acara 5000 meter ini, kederasan tidak dapat dikekalkan berterusan sepanjang larian.

Setelah berlari beberapa jarak tertentu, pelari akan keletihan dan tenaganya berkurangan,

menyebabkan lariannya menjadi perlahan. Untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,

adalah penting bagi pelari berlari sambil menyimpan tenaganya dengan cara mengekalkan

kelajuan sehingga ke peringkat akhir larian. Pelari hendaklah berlari mengikut rentak larian sendiri

dan tidak mudah terpengaruh oleh larian pelari lain sehingga boleh menjejaskan larian sendiri. 

Ada kalanya kita lihat pelari yang tidak dapat mengekalkan lariannya dan terpaksa berhenti tanpa

menghabiskan larian. Mungkin pelari berkenaan sudah kehilangan tenaga dan keupayaan untuk

meneruskan larian dan dengan demekian dia tidak mempunyai harapan untuk memenangi acara

ini. Sebagai seorang olahragawan yang terlatih dalam acara lari jarak jauh ini, tindakannya itu

seharusnya tidak terjadi. Pelari tersebut harus cuba menamatkan lariannya, walaupun peluangnya

untuk memenangi acara itu sudah tiada. Semangat kesukanan harus dijadikan alasan untuk

Page 40: Larian Jarak Jauh

peserta menghabiskan larian itu.

Bagi mengelakkan perkara sebegini daripada terjadi dan untuk menjadikan larian lebih berkesan,

berikut adalah beberapa cara atau teknik yang mungkin boleh digunakan sebagai panduan dalam

melaksanakan larian ini :

Berlari di lorong yang paling dalam. 

Berlari di lorong yang paling dalam dapat mengurangkan jarak sebenar larian. Ini disebabkan

seseorang itu akan berlari pada jarak yang lebih jauh jika dia menggunakan lorong luar dan

permulaan untuk acara ini sebenarnya tidak memberikan kelebihan kepada mana-mana pelari.

Pelari mesti berusaha untuk mendapatkan lorong paling dalam.

Cuba mengekalkan kepantasan. 

Pelari hendaklah berusaha mengekalkan kepantasan sendiri. Ada baiknya jika pelari mengikut

dengan rapat mana-mana pelari yang mendahului larian. Satu cara lagi ialah dengan berlari dalam

kumpulan, sambil bersedia untuk meninggalkan kumpulan itu pada jarak terakhir larian.

Berlari mengikut rentak keupayaan sendiri. 

Pelari hendaklah mengelakkan diri daripada berlari mengikut rentak dan teknik larian peserta lain,

sebaliknya hendaklah mengikut rentak dan strategi sendiri. Hanya pelari itu sahaja yang tahu akan

keupayaannya ketika perlumbaan dijalankan. Jika ada pelari yang memintas di hadapan adalah

lebih baik membiarkannya, tetapi jangan sampai ketinggalan jauh daripadanya.

Meningkatkan kepantasan pada akhir larian 

Walaupun kebanyakan pelari tidak terdaya lagi untuk membuat pecutan pada peringkat akhir

larian, namun setidak-tidaknya dia hendaklah menyimpan sedikit tenaga untuk meningkatkan

kelajuan dalam mencapai garisan penamat.

Tempat larian

Page 41: Larian Jarak Jauh

Seperti dalam acara 5000 meter, pegawai perlumbaan juga akan membunyikan loceng atau siren

memberi isyarat apabila pelari mempunyai satu pusingan lagi untuk menamatkan lariannya. Dalam

satu pusingan akhir itu, pelari boleh membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang

akan digunakan. Seperti yang dinyatakan, pelari hendaklah meningkatkan larian pada peringkat

akhir lariannya. Cara menamatkan larian untuk acara ini adalah sama, iaitu dengan mendepankan

bahagian torso.

Acara Lari Jarak Jauh 10 000 Meter

Acara lari jarak jauh 10 000 meter dijalankan dalam 25 pusingan balapan 400 meter. Ini bermakna

pelari akan berlari sejauh 10 kilometer. Oleh sebab jumlah keseluruhan pusingan ialah 25

pusingan, ini bermakna permulaan untuk acara ini ialah pada tempat permulaan di garisan

penamat acara larian. Oleh sebab jaraknya agak jauh, acara 10 000 meter ini tidak terdapat dalam

kebanyakan kejohanan olahraga di peringkat sekolah. Acara ini juga tidak disertai oleh kaum

wanita. 

Aturan Larian

Sebagai panduan, berikut adalah sebahagian daripada aturan dan undang-undang larian untuk

acara 10 000 meter. Pelari dinasihatkan supaya memahami aturan ini sebelum dia dapat

mengambil bahagian dalam sesuatu kejohanan atau perlumbaan.Pelari akan berlari sebanyak 25

pusingan balapan bersaiz 400 meter.Pelari akan berlari mengikut lorong tertentu. Pelari hendaklah

berlari dari mula hingga akhir larian untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang menarik

diri dikira batal dan terkeluar daripada perlumbaan.Pelari dibenarkan berhenti atau berjalan

sebentar jika perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di balapan dan tidak

mengganggu pelari lain yang sedang berlari.

Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat arat siren apabila pelari mempunyai satu

pusingan lagi untuk menamatkan lariannya.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan

dibenarkan untuk berlari serta mempunyai nombor peserta serta logo atau bendera pasukan atau

negara yang diwakilinya. Pelari boleh berlari sama ada dengan kasut, spikes ataupun tanpa

berkasut, tetapi kasut itu hendaklah tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan kecederaan

kepada pelari itu atau pelari lain. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan serta undang-

undang yang ditetapkan oleh IAAF. Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari lain

dengan niat untuk menghalangnya untuk berlari, untuk mencederakannya atau untuk

membatalkan lariannya. Pegawai perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat pelari yang

bertindak demikian. Pelari hendaklah mengambil bahagian dengan penuh semangat kesukanaan

dan tidak bermegah jika mencapai kemenangan serta tidak pula berkecil hati atau kecewa jika

Page 42: Larian Jarak Jauh

tidak berjaya.

Teknik Larian

Disebabkan acara 10 000 meter ini juga merupakan acara lari jarak jauh, cara atau teknik larian

acara ini juga adalah sama dengan acara 5000 meter. Sebelum seseorang pelari berhasrat untuk

mengambil bahagian dalam acara ini, dia hendaklah sihat tubuh badan dan telah mengikuti latihan

intensif dan bersistem selama satu tempoh tertentu, supaya dia benar-benar bersedia secara

fizikal dan mental. Bayangkan jika pelari itu tidak bersedia, dia akan berlari sejauh 10 000 meter,

sudah tentu akan membebankan dirinya.

Walaupun secara umumnya, teknik larian acara 10 000 meter ini adalah sama dengan larian 5000

meter, pelari harus bijak membuat perancangan supaya lariannya berkesan dan tidak

mendatangkan kemudaratan kepadanya. Perancangan adalah penting disebabkan jaraknya yang

jauh, sudah tentu memerlukan banyak tenaga, stamina dan daya ketahanan daripada pelari yang

ingin mengambil bahagian dalam acara ini yang merupakan acara larian paling jauh dalam

olahraga. Dengan kata lain, pelari hendaklah serius dalam acara ini sama ada dari segi latihan

ataupun perlumbaan.

Permulaan 

Gaya berdiri adalah cara biasa yang digunakan oleh pelari dalam perlumbaan 10 000 meter ini.

Setelah semua pelari bersedia, mereka akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan

memakai peralatan serta pakaian yang sesuai. Pegawai pencatat pusingan sudah tentu akan sibuk

dengan senarai nama peserta yang mengambil bahagian. Mereka mencatat setiap pusingan yang

dilepasi oleh para pelari bagi mengelakkan kemungkinan pelari berlari dengan bilangan pusingan

yang berkurangan atau berlebihan.

Kedudukan pelari di garisan permulaan adalah sama. Garisan permulaan bagi acara ini ialah padaa

permmulaan 400 meter, tetapi pada garisan lurus bukan seperti untuk permulaan 400 meter.

Pegawai permulaan akan memastikan semua peserta bersedia, sebelum pegawai pelepas memberi

isyarat untuk memulakan perlumbaan. Arahan atau isyarat yang diberikan oleh pegawai pelepas

adalah sama. Sebaik perlumbaan bermula , pelari akan cuba memasuki lorong yang paling dalam

bagi mengelakkan diri daripada berlari pada jarak yang lebih jauh jika lorong luar digunakan.

Sebaik-baiknya pelari hendaklahmemulakan larian dengan agak laju sedikit bagi melepaskan diri

daripada kumpulan pelari lain, jika tidak sudah tentu pelari berkenaan akan berlari bersama pelari

lain dalam kumpulan.

Page 43: Larian Jarak Jauh

Melakukan Larian 

Tidak dapat dinafikan bahawa tidak mungkin pelari untuk acara ini mampu berlari dengan

kederasan yang tinggi dan dikekalkan di sepanjang jarak. Pelari hendaklah berlari pada kelajuan

yang sama dan meningkatkan sedikit kelajuan pada peringkat akhir larian. Apa yang penting ialah

pelari hendaklah dapat menyimpan tenaga untuk kekal sepanjang larian. Pelari yang tidak dapat

menyimpan tenaga sudah tentu mendapati sukar untuk meneruskan atau menamatkan larian.

Seperkara lagi ialah pelari hendaklah berlari mengikut rentak dan keupayaan sendiri tanpa

mengikut atau pengaruh oleh larian pelari lain. Umumnya teknik larian 10 000 meter ini adalah

sama seperti larian 5000 meter atau sebarang jarak jauh yang lain.

Berlari pada lorong bahagian dalam

Pelari harus berusaha berlari di lorong paling dalam supaya jarak tidak berlebihan berbanding

berlari di lorong luar.

Mengekalkan kepantasan

Selepas melakukan larian dengan baik, pelari hendaklah mengekalkan kepantasan yang sama

sepanjang larian. Walaupun pelari keletihan selepas jarak tertentu, namun dia harus berusaha

mengekalkan kelajuan itu sehingga tamat larian dan menyimpan sedikit tenaga untuk

meningkatkan larian pada akhir perlumbaan.

Berlari mengikut rentak dan cara sendiri

Jangan sekali-kali berlari mengikut rentak lawan untuk acara jarak jauh keran pe;ari sendiri akan

terperangkap dan mungkin tidak dapat menamatkan larian.

Menyimpan tenaga

Pelari harus bijak berlari tanpa menggunakan tenaga yang banyak sehingga gagal meneruskan

larian disebabkan keletihan, kehausan dan ketiadaan tenaga. 

Menamatkan Larian

Page 44: Larian Jarak Jauh

Selepas para pelari melepasi pusingan ke 24, yang bermakna mereka mempunyai baki satu

pusingan lagi untuk menamatkan larian, loceng atau siren akan dibunyikan oleh pegawai

perlumbaan. Ketika inilah pelari akan membuat perancangan sendiri tentang bentuk larian yang

akan mereka lakukan semasa menamatkan larian acara ini. Walaupun pada peringkat ini

kebanyakan pelari sudah keletihan dan mulai kehilangan tenaga, jika boleh pelari hendaklah

meningkatkan sedikit kepantasan pada peringkat akhir larian. Peserta yang paaling awal tiba di

garisan penamat diistiharkan pemenang. 

Keperluan Latihan

Dalam sukan olahraga dan acara jarak jauh khasnya, tiada jalan singkat atau mudah untuk

seseorang mencapai kejayaan melainkan melalui latihan. Seseorang pelari itu mungkin

mempunyai kelebihan semula jadi yang ditambah dengan bentuk fizikalnya yang sesuai tetapi

tidak mungkin dia akan menjadi pelari jarak jauh yang berjaya jika dia tidak memberi perhatian

serious kepada latihan. Latihan yang berkesan haruslah diawasi oleh jurulatih atau guru pengawas

atau seseorang yang lebih berpengalaman dalam acara itu. Jurulatih itu juga hendaklah

menjadualkan corak latihan yang akan dijalankan dan pelbagai aspek lain berkaitan dengan pelari

dan acara larian itu.

Dalam menjalani latihan untuk lari jarak jauh, pelari hendaklah mematuhi empat perkara penting

yang wajar diikuti oleh setiap setiap pelari jarak jauh. Perkara ini merangkumi latihan

meningkatkan stamina, merangka jadual dan larian, latihan angkat berat dan keadah mengekal

dan meningkatkan larian. Jurulatih harus merangkumkan empat aspek ini dalam latihannya. Ada

antara jurulatih mempunyai keadah dan cara masing - masing dalam mengendalikan latihan tetapi

hakikatnya mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkan larian pelarinya

dan mencipta sesuatu ytang diharapkan.

Joging

Jogging adalah berlari pada suatu jarak yang jauh di samping melakukan beberapa latihan fizikal

yang bertujuan memberi ketahanan dan kelenturan kepada pelari supaya dia berkemampuan

untuk mengambil bahagian dalam acara jarak jauh itu. Latihan ini adalah satu bentuk latihan yang

sesuai, walaupun ada antara mereka yang tidak bersetuju, kerana mereka beranggapan bahawa

larian untuk joging tidak mengikut kehendak dan kelajuan yang sesuai untuk acara jarak jauh.

Bagaimanapun latihan ini adalah lebih sesuai sebagai latihan di luar musim sebagai cara

mengekalkan kecergasan diri dan persedian untuk latihan sebenar. Cara paling baik dalam

berjoging bagi meningkatkan prestasi pelari jarak jauh ialah dengan menggunakan cara larian

yang berbagai - bagai kelajuan atau berlari bersama bebanan.

Latihan Pelaziman

Page 45: Larian Jarak Jauh

Latihan pelaziman bertujuan meningkatkan stamina pelari hendaklah diadakan sebagai persedia

awal pelari. Latihan ini biasanya diadakan bersama latihan lain atau sebagai gabungan dengan

latihan larian. Pelari boleh meningkatkan bilangan dan jenis latihan yang sesuai dari semasa ke

semasa. Ada baiknya latihan pelaziman merangkumi tiga aspek utamanya seperti berikut:

1. Latihan memanaskan badan yang antara lain merangkumi aspek - aspek seperti berjoging dan

lari pecut untuk jarak tertentu.

2. Latihan mingguan yang agak berlainan daripada latihan harian.

3. Mengadakan latihan secara berterusan mengikut jadual yang ditetapkan.

Latihan Angkat Berat

Sebagai olahragawan, setiap pelari harus mengikuti latihan angkat berat sebagai keperluan asas

mereka. Tidak semestinya latihan ini diadakan setiap hari, memadailah sekadar seminggu sekali

atau dua kali. Bentuk latihan hendaklah berunsur pelaziman yang melibatkan semua anggota

tubuh badan.

REKOD LARI JARAK JAUH.

Haile Gebrselassie

Rekod pingat Olimpik 

Haile Gebrselassie 

Peserta untuk Ethiopia 

Olahraga lelaki 

Sukan Olimpik 

Emas Atlanta 1996 10000 m 

Emas Sydney 2000 10000 m 

Kejohanan Olahraga Dunia 

Emas Stuttgart 1993 10000 m 

Emas Gothenburg 1995 10000 m 

Emas Athens 1997 10000 m 

Emas Seville 1999 10000 m 

Perak Stuttgart 1993 5000 m 

Perak Paris 2003 10000 m 

Gangsa Edmonton 2001 10000 m 

Haile Gebrselassie (lahir 18 April 1973 di Asella, Provinsi Arsi, Habsyah) ialah seorang pelari jarah

jauh dan atlet jalan raya. Kini beliau merupakan pemegang rekod dunia dalam 20K dan maraton.

Beliau telah memecahkan 25 rekod dunia dan memenangi kebanyakan acara Sukan Olimpik dan

kejohanan dunia dalam acara larian jarak jauh.

Page 46: Larian Jarak Jauh

Kehidupan awal

Haile Gebrselassie terlibat di peringkat antarabangsa sejak 1992 apabila menang acara 5000 m

dan 10,000 m di Kejohanan Athletik Remaja Dunia . Kemudian menang lagi acara 10,000 m di

Kejohanan Trek dan Padang Dunia tahun 1993, 1997, 1999. Beliau mendapat tempat ke-2 acara

5000 m dalam kejohanan dunia. 1994, beliau menang pingat gangsa dalam Kejohanan Rentas

Negara Dunia IAAF . Kemudian memecahkan rekod duania dengan 12.56.96 dalam acara 5000 m ,

mengalahkan Said Said Aouita.

Pada 1995, Gebrselassie berlari 10000 m dalam masa 26:45.53 di Hengelo, Netherland . Musim

panas yang sama, di Zurich, Switzerland, Gebrselassie berlari 5000 m dalam masa 12:44.39.

Teknik

Menurut biografi beliau dalam lamanweb Majlis Olimpik Antarabanga, beliau membesar di sebuah

ladang di Ethiopia dan berlari 10 km setiap pagi pergi ke sekolah dan berlari balik ke rumah.

Latihan ini bersama beg penuh buku-buku , membentuk postur kaki yang kuat dan kejap.

Pencapaian

1993 

Kejohanan Olahraga Dunia 1993 

10,000 m - pingat emas 

5,000 m - pingat perak 

Kejohanan Olahraga Afrika 1993 

5,000 m - pingat perak 

10,000 m - pingat gangsa 

1994 

Kejohanan Merentas Desa Dunia IAAF 1994 - pingat gangsa 

1995 

Kejohanan Olahraga Dunia 1995 

10,000 m - pingat emas 

1996 

Sukan Olimpik 1996 

10,000 m - pingat emas 

1997 

Kejohanan Olahraga Dunia 1997 

10,000 m - pingat emas 

Page 47: Larian Jarak Jauh

Kejohanan Tertutup Dunia IAAF 1997 

3,000 m - pingat emas 

1999 

Kejohanan Olahraga Dunia 1999 

10,000 m - pingat emas 

Kejohanan Tertutup Dunia IAAF 1999 

1,500 m - pingat emas 

3,000 m - pingat emas 

2000 

Sukan Olimpik 2000 

10,000 m - pingat emas 

2001 

Kejohanan Olahraga Dunia 2001 

10,000 m - pingat gangsa 

Kejohanan Separuh Marathon Dunia 2001 - juara 

2003 

Kejohanan Tertutup Dunia IAAF 2003 

3,000 m - pingat emas 

Kejohanan Olahraga Dunia 2003 

10,000 m - pingat perak 

Catatan peribadi terbaik

Luar

Jarak Catatan Tarikh Lokasi 

1,500 m 3:33.73 6 Jun 1999 Stuttgart 

1 batu 3:52.39 27 Jun 1999 Gateshead 

3,000 m 7:25.09 28 Ogos 1998 Brussels 

Dua batu 8:01.08 31 Mei 1997 Hengelo 

5,000 m 12:39.36 13 Jun 1998 Helsinki 

10,000 m 26:22.75 1 Jun 1998 Hengelo 

10 km (jalan raya) 27:02 11 Disember 2002 Ad-Dawhah 

15 km (jalan raya) 41:38 11 November 2001 Nijmegen 

Sepuluh batu (jalan raya) 44:24 4 September 2005 Tilburg 

20 km (trek) 56:26.0 27 Jun 2007 Ostrava, Republik Czech 

Satu jam (trek) 21,285 m 27 Jun 2007 Ostrava, Republik Czech 

20 km (jalan raya)* 55:48 15 Januari 2006 Phoenix 

Separuh marathon 58:55 15 Januari 2006 Phoenix 

25 km (jalan raya) 1:11:37 12 Mac 2006 Alphen aan den Rijn

(tidak diiktiraf oleh IAAF) 

Marathon 2:04:26 30 September 2007 Berlin 

Page 48: Larian Jarak Jauh

*melalui sebahagian acara separuh marathon

Dalam dewan

Jarak Catatan Tarikh Lokasi 

1,500 m 3:31.76 1 Februari 1998 Stuttgart 

2,000 m 4:52.86 15 Februari 1998 Birmingham 

3,000 m 7:26.15 25 Januari 1998 Karlsruhe 

Dua batu 8:04.69 21 Februari 2003 Birmingham 

5,000 m 12:50.38 14 Februari 1999 Birmingham 

SEJARAH LARI JARAK JAUH

Sejarah lari memang tidak tertulis secara otentik sejak kapan manusia berlari sebagai prestasi atau

untuk kebugaran. Sejak manusia ada, sebenarnya telah dapat berjalan dan berlari, namun tidak

tercatat sebagai olah raga prestasi untuk mengetahui tercepat dan terkuat. Ada versi yang

mengatakan bermula dari bangsa Yunani yang sedang dilanda peperangan antara kaum Yunani

dan Persia di kota Marathonas Pulau Egina Yunani. Pasukan Persia mengalami kekalahan dan

pasukan Yunani yang memenangkan perang, memerintahkan salah seorang pasukannya untuk

membawa pesan. Si pembawa pesan berlari ke Athena sepanjang 40.8 km (25.4 miles) dalam

sehari untuk mengabarkan kemenangannya sesampainya di kota sambil berteriak yang akhirnya

pingsan dan meninggal dunia. Untuk mengenang kemenangan perang tersebut dan menghormati

si pembawa pesan maka beberapa periode diadakan lomba lari dan semakin berkembang menjadi

olah raga prestasi modern dan terpecah menjadi berbagai cabang lari.

Konon kabarnya cabang olah raga lari marathon pertama kali dilombakan dalam olimpiade yang

diadakan di kota Athena dimenangkan oleh Eucles dan pada lomba berikutnya dimenangkan oleh

Philippides. Setelah mengalami berbagai event dan waktu, lomba ini berubah menjadi Olimpiade

dan pada periode selanjutnya mendapat julukan olimpiade modern. Olah raga ini pun berkembang

menjadi beberapa cabang yang dibagi dalam jarak tempuh tertentu. Dalam perkembangnya

cabang olah raga lari terbagi menjadi lari cepat jarak pendek (sprint), lari jarak sedang (middle

distance), lari jarak jauh (long distance). Lari jarak pendekpun terbagi lagi menjadi lari jarak 50m,

55m, 60m, 100m, 150m, 200m, 300m, 400m, 500m. Pada jarak menengah terbagi 800m, 1500m,

3000m. Untuk lari jarak jauh dibagi menjadi 500m, 10.000m, half marathon, dan marathon. Saat

ini perkembangan lebih pesat lagi dan cenderung digabungkan dengan cabang olah raga lain

seperti lari halang rintang, triathlon, pentathlon, heptathlon, decathlon.

Sedangkan aktifitas lari sebagai kebugaran/pemeliharaan fisik badan tidak tercatat, apakah sejak

manusia muncul di bumi sudah memiliki kegiatan berlari dalam hidupnya atau setelah beberapa

keturunan baru ada kegiatan lari. Namun secara logis dapat dikatakan bahwa manusia memiliki

Page 49: Larian Jarak Jauh

kaki untuk beraktifitas tentunya dari kecil sudah dapat berlari-lari untuk bergembira atau mengejar

sesuatu. Dari hasil berlari yang kemudian dia merasakan manfaat yang dirasakan setelah

beraktifitas maka selanjutnya manusia memelihara aktifitas lari dalam hidupnya. Kecenderungan

manusia pada saat tumbuh dewasa juga beraktifitas lari mengejar hewan dengan berburu

menggunakan alat buruan seperti tombak atau batu. 

Semakin modern manusia hidup pada suatu era semakin sedikit aktifitas berjalan dan berlari. Lama

kelamaan menyadari bahwa manusia tetap membutuhkan oleh raga lari dalam aktifitasnya untuk

memelihara kesehatanya. Sehingga menjadi kecenderungan bahwa manusia memilih olah raga lari

dalam hidupnya untuk dijadikan kebiasaan atau hobi. Kini, dalam era modern keinginan manusia

tidak hanya dijadikan sekedar hobi, namun berubah menjadi klub sehat dan menjadi gaya hidup

bahkan untuk bersosialisasi. Yang berarti bahwa tidak hanya olah raga lari untuk prestasi saja yang

berkembang dan digabungkan dengan cabang olah raga lainnya, namun olah raga lari non prestasi

(untuk kebugaran) juga mengalami perkembangan yang digabungkan dengan aktifitas lain

manusia. Suatu saat akan muncul klub olah raga lari non prestasi menjadi trend gaya hidup seperti

klub bike to work atau klub body building.

suhaimi bm3

 

Posts: 10

Joined: 2009-01-11, 01:41:37 pm

Rujukan : http://ipgkkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=68&t=172