14
MARZIETA BT AZMAN A142657 PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB DR.MAHERAM AHMAD JABATAN PENGAJIAN ARAB & TAMADUN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Laras bahasa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Laras bahasa

MARZIETA BT AZMAN A142657

PPPJ 2443TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB

DR.MAHERAM AHMADJABATAN PENGAJIAN ARAB & TAMADUN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: Laras bahasa

LARAS BAHASA

Page 3: Laras bahasa

DEFINISI LARAS BAHASA

gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi.

Laras akan sentiasa berubah-ubah berdasarkan fungsi dan keadaan.

setiap laras menitikberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.

Za’ba (1962): laras ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya atau bentuk peribahasanya.

Brian Seaton (1982): laras ialah satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti umur, jantina dan tajuk percakapan.

Page 4: Laras bahasa

JENIS-JENIS LARAS BAHASA

Abdullah Hassan (1997) membahagikan laras bahasa kepada beberapa jenis, iaitu:

Laras Bahasa Umum Laras Bahasa Teknikal Laras Bahasa Undang-undang Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Himbauan Laras Bahasa Klasik Laras Bahasa Kreatif Laras Bahasa Kanak-kanak Laras Bahasa Iklan

Page 5: Laras bahasa

LARAS BAHASA UMUM

Mudah difahami

contoh: Sarah p pasar raya untuk beli barang-barang dapur

Menggugurkan penggunaan kata sendi nama

contoh: Adik jatuh gaung = adik jatuh ke dalam gaung

Menggunakan ragam bahasa umum

contoh: lain kali buatlah lagi (bahasa terbalik)

biarkan aku sendiri (bahasa merajuk)

Menggunakan ayat pendek dan ringkas

contoh: Saya pergi ke pasar.

Page 6: Laras bahasa

LARAS BAHASA TEKNIKAL

Laras teknikal digunakan oleh para pakar untuk berkomunikasi dengan

pakar lain yang sebidang.

Laras teknikal bermakna semua jenis teks di dalam semua jenis bidang

kepakaran sama ada bidang sains tulen, teknologi, sains pengurusan dan

lain-lain bidang kepakaran.

Page 7: Laras bahasa

LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG

• Laras undang-undang ialah sejenis laras teknikal.

• Laras undang-undang mempunyai ciri-ciri kelainannya tersendiri iaitu tidak mengandungi gambar, jadual, simbol dan sebagainya serta struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang.

• Contoh: Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman disampaikan.

Page 8: Laras bahasa

LARAS BAHASA AGAMA

i. Terdapat unsur bahasa klasik terutama pada kosa katanya.

ii. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu agama.

iii. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias dan ibarat.

Contoh: Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai ''al-jannah'' yang bermaksdu sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan....

Page 9: Laras bahasa

LARAS BAHASA HIMBAUAN

• Fungsi utama laras himbauan ialah untuk mendorong atau menarik perhatian orang supaya melakukan sesuatu perbuatan yang mungkin berbentuk positif ataupun negatif.

• Laras Himbauan mempunyai ciri-ciri seperti berikut; banyak menggunakan perkataan yang membawa makna ’ajak’ atau ’tegah’, banyak menggunakan contoh, kes dan cerita yang selaras dengan tajuk, menampilkan faedah-faedah sesuatu perbuatan, menampilkan akibat buruk sesuatu perbuatan dan juga bentuk bahasa peribadi yang menggunakan ganti nama orang pertama menjadi ciri utama laras ini.

• Laras Himbauan terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan.

• Contohnya khutbah, kempen, pujukan, rayuan dan doa.

Page 10: Laras bahasa

LARAS BAHASA KLASIK

• Laras Klasik mempunyai ciri-ciri seperti teks asal ditulis dalam tulisan Jawi, tidak menggunakan tanda bacaan dan tidak menggunakan perenggan.

• Banyak menggunakan struktur ayat pasif, terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat yang tidak digunakan lagi dalam bahasa moden seperti arakian, hatta, kalakian, empunya dan persetua.

• Laras Klasik juga mengandungi kosa kata bahasa istana seperti beta, patik, bersemayam.

• Tidak terdapat imbuhan asing untuk pembinaan istilah sains dan teknikal seperti dalam bahasa Melayu moden, iaitu eka, dwi, mono, bi dan pra.

• Contoh Laras Klasik seperti; Hatta berapa antaranya maka rangga dan Raden Aria pun datanglah dari benua Keling itu. Maka dipersembahkan oranglah kepada Seri Betara mengatakan Raden Aria dan Rangga sudah datang. Petikan: Kassim Ahmad (1971) Hikayat Hang Tuah,hlm 106.

Page 11: Laras bahasa

LARAS BAHASA KREATIF

• Menggunakan struktur ayat aktif dan pasif.

• Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama.

• Menggunakan bahasa pelambangan dan kiasan.

• Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa dan bahasa hiasan.

• Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi.

• harus mempunyai kata-kata yang segar dan bertenaga supaya dapat melukiskan gambaran yang cukup jelas dan hidup kepada pembaca.

• Contohnya Kuala Semantan biarpun berabad lagi engkau tetap akan gemilang, Namamu kan lebih harum menjunjung sekalian nama, Nama pahlawan yang hilang, Hilang di zaman silam (Puisi ”Kuala Semantan Namamu Kan Tetap Gemilang”Karya Aripin Said)

Page 12: Laras bahasa

LARAS BAHASA KANAK-KANAK

Laras Bahasa Kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti;

• Kosa katanya terdiri daripada kata akar, kata nama konkrit, kata kerja dan kata adjektif.

• Kosa katanya kurang berbanding dengan kosa kata untuk orang dewasa

• Bilangan imbuhan yang digunakan terhad, dan imbuhan untuk membentuk kata abstrak tidak terdapat dalam laras ini.

• Struktur ayat yang banyak digunakan ialah struktur ayat aktif bentuk tunggal.

• Bahasa perlambangan langsung tidak digunakan dan begitu juga dengan bentuk bahasa yang berbunga-bunga.

• Contoh Laras Bahasa Kanak-kanak; Suatu ketika dulu, ada seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Di suatu hari yang sesuai, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura mengesot dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.

Page 13: Laras bahasa

LARAS BAHASA IKLAN

• Fungsi utama laras ini untuk memperkenalkan dan menjual barangan atau perkhidmatan yang diiklankan.

• Laras Bahasa Iklan mempunyai ciri-ciri seperti;terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat ketara pada iklan yang bercetak,terdapat penggunaan gambar bergerak dan muzik dengan jelas pada laras iklan pandang-dengar iaitu dalam filem dan televisyen,struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal,menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan,menggunakan ungkapan istilah dan juga menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti kaedah umpan,pujukan,kemesraan,gesaan dan doa.

Page 14: Laras bahasa

CONTOH LARAS BAHASA IKLAN