21
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 2018 - 1 - 1.0 PENGENALAN Bahagian Pemantauan, Penilaian dan Teknologi Bangunan (BPPTB), Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan telah menerima satu permohonan untuk melaksanakan pemeriksaan ke atas Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor melalui rujukan surat (31)JKR.B.BGN.600-4/2/98 JLD 36 bertarikh 5 Disember 2018 (rujuk lampiran 1). Satu sesi lawatan pemeriksaan keadaan bangunan oleh BPPTB telah diadakan pada 10 Disember 2018 melalui rujukan surat JKR/SKS(FB)/090.050/1 Jld. 11 (28) (rujuk lampiran 2). Pasukan tinjauan awalan ini adalah terdiri dari dengan kerjasama dari pasukan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raja Daerah Petaling dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Pegawai pegawai yang terlibat adalah seperti berikut: i. Sr Dr. Syamilah Bt Yacob Juruukur Bangunan Kanan, BPPTB, CSFB ii. Sr Christina Edmund Rambayan Juruukur Bangunan, BPPTB, CSFB iii. Mior Wahidun Asuat Md Sabri Juruukur Bangunan, BPPTB, CSFB iv. Ahmad Bin Misro JKR Daerah Petaling v. Zairohasli Bt Mohamad Yani JKR Daerah Petaling vi. Mohd Al Hafiz Bin Hamid JKR Daerah Petaling vii. Azri Bin Muhamad JKR Daerah Petaling viii. Ramli Bin Salleh JKR Daerah Petaling ix. Zulhelmi Bin Alias JKR Daerah Petaling x. Khalil Bin Abd Rani JKR Daerah Petaling xi. Shahzulkifli Bin Zuki JKR Daerah Petaling xii. Nur Zalila Binti Abdul Aziz Jurutera Awam, JKR Negeri Selangor xiii. Siti Yusnina Bt Mohd Jainuddin Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor xiv. Harith Fadhillah Bin Tamyas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor xv. Mohd Sazlee Bin Shaharudin Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor xvi. Nor Aina Binti Arifin Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor xvii. Nor Izani Bt Manaf Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor xviii. Hisham Bin Jani Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor xix. Fahrurrazi Bin Md Shukri Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

  • Upload
    lydien

  • View
    389

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 1 -

1.0 PENGENALAN

Bahagian Pemantauan, Penilaian dan Teknologi Bangunan (BPPTB), Bahagian Senggara

Fasiliti Bangunan telah menerima satu permohonan untuk melaksanakan pemeriksaan ke

atas Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor melalui rujukan surat

(31)JKR.B.BGN.600-4/2/98 JLD 36 bertarikh 5 Disember 2018 (rujuk lampiran 1).

Satu sesi lawatan pemeriksaan keadaan bangunan oleh BPPTB telah diadakan pada 10

Disember 2018 melalui rujukan surat JKR/SKS(FB)/090.050/1 Jld. 11 (28) (rujuk

lampiran 2). Pasukan tinjauan awalan ini adalah terdiri dari dengan kerjasama dari

pasukan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raja Daerah Petaling dan

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Pegawai – pegawai yang terlibat adalah

seperti berikut:

i. Sr Dr. Syamilah Bt Yacob – Juruukur Bangunan Kanan, BPPTB, CSFB

ii. Sr Christina Edmund Rambayan – Juruukur Bangunan, BPPTB, CSFB

iii. Mior Wahidun Asuat Md Sabri – Juruukur Bangunan, BPPTB, CSFB

iv. Ahmad Bin Misro – JKR Daerah Petaling

v. Zairohasli Bt Mohamad Yani – JKR Daerah Petaling

vi. Mohd Al Hafiz Bin Hamid – JKR Daerah Petaling

vii. Azri Bin Muhamad – JKR Daerah Petaling

viii. Ramli Bin Salleh – JKR Daerah Petaling

ix. Zulhelmi Bin Alias – JKR Daerah Petaling

x. Khalil Bin Abd Rani – JKR Daerah Petaling

xi. Shahzulkifli Bin Zuki – JKR Daerah Petaling

xii. Nur Zalila Binti Abdul Aziz – Jurutera Awam, JKR Negeri Selangor

xiii. Siti Yusnina Bt Mohd Jainuddin – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

xiv. Harith Fadhillah Bin Tamyas – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

xv. Mohd Sazlee Bin Shaharudin – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

xvi. Nor Aina Binti Arifin – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

xvii. Nor Izani Bt Manaf – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

xviii. Hisham Bin Jani – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

xix. Fahrurrazi Bin Md Shukri – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Page 2: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 2 -

2.0 OBJEKTIF

a) Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti kerosakan pada

bangunan ini seperti yang dilaporkan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam

Selangor.

b) Mengemukakan syor pembaikan yang bersesuaian dan tindakan keselamatan yang

perlu dilaksanakan

3.0 METODOLOGI PEMERIKSAAN

a) Menjalankan pemeriksaan fizikal secara visual ke atas kerosakan yang dilaporkan;

b) Perbincangan bersama pihak pelanggan, JKR Selangor dan JKR Daerah Petaling

mengenai kerosakan yang dilaporkan;

c) Semakan dokumen seperti pelan-pelan terbina bangunan, dokumen kontrak dan

lain-lain yang berkenaan; dan

d) Membuat analisa terhadap kerosakan yang dilaporkan.

4.0 MAKLUMAT BANGUNAN

Perpustakaan Raja Tun Uda ialah bangunan 6 tingkat yang terletak di Jalan Kelab Golf

13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor dan dibawah seliaan Perbadana

Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Perpustakaan Raja Tun Uda beroperasi pada

setiap hari dan ditutup pada cuti umum. Dibuka pada orang awam pada setiap isnin –

Jumaat 9.30agi – 6pm dan Sabtu – Ahad dari 9.30pagi – 5petang.

Perpustakaan Raja Tun Uda ini dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan dan ruang

seperti Bilik Teater, Kafeteria, 6D Room, Bilik Seminar, Taman Kanak – Kanak, Pejabat,

dan Perpustakaan. Perpustakaan Raja Tun Uda ini dibina pada tahun 2005 dan mula

diduduki pada tahun 2011.

Page 3: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 3 -

Lokasi Kedudukan Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam

5.0 MAKLUMAT PROJEK

LATAR BELAKANG

Alamat penuh Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100

Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Tahun bangunan mula dibina 2007

Kategori bangunan Perpustakaan

Jenis struktur bangunan Konkrit Tetulang dan Cladding Glass Wall

Agensi pelaksana JKR Negeri Selangor

Jenis Kontrak Reka dan Bina

Kontraktor Majulia Group Sdn Bhd

Perunding Kumpulan Senireka Sdn Bhd

Lain-lain maklumat Walaupun projek yang dilaksanakan secara

reka dan bina, pelantikan perunding

Arkitek adalah dilaksanakan oleh Arkitek

JKR.

Page 4: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 4 -

6.0 HASIL PEMERIKSAAN

Hasil pemeriksaan secara visual keatas kerosakan yang dilaporkan adalah seperti pelan

lantai bangunan PPAS (rujuk lampiran 3) manakala pemeriksaan fizikal keatas kerosakan

yang dilaporkan sebagaimana gambar-gambar pada lampiran 4.

Bangunan yang telah diperiksa adalah berdasarkan kepada laporan pemeriksaan struktur

bangunan PPAS, Selangor oleh JKR Petaling. Lokasi pemeriksaan adalah pada aras 4,

aras 1 dan aras bawah bangunan. Lokasi kerosakan ditandakan pada pelan lantai

bangunan dan keratan rentas bangunan (rujuk Lampiran 5)

Pemeriksaan dilaksanakan pada dinding parapet aras 4, dinding dan lantai di aras 1 dan

aras bawah ruang teater dan bahagian luar bangunan. Perbincangan bersama pelanggan

juga dibuat bagi memastikan ketersediaan dan kecukupan dokumen bagi menyemak

perincian pada kerosakan yang dilaporkan. Semakan kepada dokumen sedia ada

mendapati bahawa tiada pelan perincian tersedia terutama perincian kepada dinding

parapet bangunan PPAS.

6.1 Aras 4 bangunan PPAS

a) Binaan dinding parapet ini adalah dari jenis batu bata tanah liat (Gambar 1)

b) Terdapat keretakan melintang pada sambungan dinding parapet di anjung lantai

cantilever pada bahagian luar bangunan (Gambar 2)

c) Terdapat keretakan melintang pada beberapa bahagian atas dan tengah dinding

parapet (Gambar 3)

d) Terdapat keretakan melintang pada tiang dan dinding di Bilik Seminar Tingkat 4

(Gambar 4)

e) Terdapat keretakan lepaan pada sambungan siling dan dinding di ruang stor proses

buku (Gambar 5)

f) Terdapat pokok tumpang yang tumbuh di beberapa tempat disepanjang lantai

cantilever pada bahagian luar bangunan (Gambar 6)

6.2 Tingkat 1 Bangunan PPAS (Bahagian Kanak-kanak)

a) Terdapat tanda lembap atau kesan resapan air pada dinding dalam di Bilik

Aktiviti Kanak Kanak (Gambar 7)

b) Lantai di ruang Bilik Aktiviti Kanak Kanak didapati mengalami kelembapan dan

menyebabkan papan lapis yang dipasang mengalami kereputan, kulat dan

serangan anai-anai (Gambar 8)

Page 5: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 5 -

6.3 Aras bawah Bangunan PPAS (Bahagian Teater)

a) Terdapat keretakan plaster pada tiang di ruang Bilik Santai (Gambar 9)

6.4 Bahagian Luar bangunan

a) Terdapat keretakan melintang pada bahagian dinding luar bangunan (Gambar 10)

c) Tiang dari jenis mild steel (MS) berkarat (Gambar 11)

d) Jarak Bangunan PPAS dan laluan pejalan kaki yang terlalu rapat. Dimana

keadaan ini menyukarkan kerja-kerja pembaikian yang akan dilaksanakan

(Gambar 12 dan 13)

7.0 RUMUSAN

Tiang dari jenis MS didapati berkarat dan bocor. Air didapati keluar dari tiang tersebut.

Bahagian bawah tiang MS juga didapati sejuk berbanding pada bahagian atas tiang.

Keadaan ini berkemungkinan terdapat kebocoran pada kimpalan bahagian atas tiang dan

menyebabkan air masuk ke dalam tiang MS. Selain daripada itu pengaratan pada tiang ini

juga disebabkan oleh kelemahan dalam kerja-kerja penyenggaraan selain disebabkan

kehadiran air dan tindakan udara Semakan terperinci perlu dilaksanakan bagi

memastikan cadangan pembaikan kepada pengaratan serta air di dalam tiang diselesaikan

tanpa mengganggu integriti tiang tersebut.

Dinding parapet yang dibina di atas lantai cantilever adalah dari jenis batu bata tanah liat.

Pelan princian bagi pembinaan dinding ini tidak diperolehi. Walaubagaimana pun binaan

dari jenis batu bata jenis tanah liat ini disahkan oleh Akitek Perunding Kumpulan

Senireka Sdn Bhd. Keretakan yang berlaku di sepanjang 40 meter dinding parapet sedia

ada adalah berkemnungkinan disebabkan oleh impak gegaran dari kerja-kerja pembinaan

baru yang bersebelahan. Selain daripada itu kelemahan dalam kerja-kerja

penyenggaraan teruatama dalam mengenalpasti keretakan di peringkat awal

menyebabkan keretakan yang berlaku bertambah serius.

Keretakan melintang pada sambungan dinding parapet batu bata di anjung lantai

cantilever pada bahagian luar bangunan adalah bukan dari jenis keretakan struktur

memandangkan dinding ini dibina hanya untuk kemasan fasad bangunan PPAS. Begitu

juga keretakan pada bahagian lain pada bangunan dimana keretakan yang berlaku adalah

keretakan pada lepaan sahaja.

Page 6: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 6 -

Hasil tinjauan juga menunjukan bahawa kategori lebar retak yang berlaku antara julat

1mm hingga 10mm. Nilai lebar retak paling rendah adalah 1mm dan nilai lebar yang

paling tinggi adalah 10mm. Manakala ukuran nilai lebar retak paling kerap wujud adalah

5mm lebar. Manakala didapati juga kedudukan dinding parapet mengalami kecondongan

pada waktu ianya diperiksa. Ukuran numerik lebar retak bagi dinding parapet ditunjukkan

sebagaimana dalam grid pelan dan gambar di Lampiran 5.

Selain daripada itu, hasil tinjauan menunjukkan bahawa laluan pejalan kaki yang baru

siap dibina adalah terlalu rapat dengan bangunan utama PPAS. Keadaan ini boleh

menyukarkan kerja-kerja pembaikian yang akan dilaksanakan.. Segala pembaikian

kepada keretakan yang berlaku pada aras 4 bangunan PPAS perlu dilaksanakan

sebaiknya dengan mengurangkan kerosakan, gangguan dan pencemaran kepada binaan

sedia ada.

8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hasil penemuan yang diperolehi dari tinjauan ini, mendapati bahawa

keretakan yang berlaku di aras 4 bangunan PPAS ini boleh membahayakan pengguna

bangunan walaupun keretakan tersebut bukan keretakan struktur. Selain daripada itu

keadaan tiang MS yang dikhuatiri telah berkarat juga perlu diberi perhatian. Sehubungan

dengan itu tindakan pembaikan segera bagi tujuan keselamatan pengguna bangunan

tersebut perlu diambil bagi memastikan bangunan selamat untuk digunakan.

Oleh itu, dicadangkan supaya pihak PPAS menutup laluan bawah kepada orang ramai

terutama pada bahagian yang berlaku keretakann sehingga kerja-kerja membaikpulih

keretakan selesai. Walaubagaimana pun ianya tertakluk kepada tindakan pengesyoran

dari Unit Forensik Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS). CKAS perlu

menjalankan kajian dan pemeriksaan segera pada keretakan berkenaan; dan laporan

CKAS yang merangkumi cadangan serta pengesyoran kepada tindakan pembaikan segera

yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pelanggan.

Page 7: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 7 -

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

........................................................ ...............................................

Mior Wahidun Asuat Md Sabri Sr. Christina Edmund Rambayan

Juruukur Bangunan Juruukur Bangunan Kanan

BPPTB, CSFB BPPTB, CSFB

JKR IP Malaysia JKR IP Malaysia

Disahkan Oleh:

.........................................

Sr Dr Syamilah Binti Yacob

Juruukur Bangunan Kanan

BPPTB, CSFB

JKR IP Malaysia

Page 8: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 8 -

LAMPIRAN 1

Page 9: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 9 -

LAMPIRAN 2

Page 10: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 10 -

LAMPIRAN 3

Page 11: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 11 -

LAMPIRAN 4

Page 12: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 12 -

LAMPIRAN 4

Gambar 1

Gambar Bata Tanah Liat sebagai bahan utama pembinaan dinding parapet

Gambar 2

Keretakkan melintang pada dinding parapet

Gambar 3

Keretakkan pada bahagian atas dan tengah dinding parapet

Page 13: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 13 -

Gambar 4

Keretakan lepaan pada tiang dan dinding

Gambar 5

Keretakan lepaan pada siling dan dinding

Gambar 6

Pokok Tumpang pada ruangan dinding parapet

Page 14: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 14 -

Gambar 7

Kelembapan pada dinding (kesan lembap kesan dari keretakan bahagian luar

bangunan)

Gambar 8

Kelembapan pada dinding dan lantai

Gambar 9

Keretakkan lepaan pada tiang

Page 15: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 15 -

Gambar 10

Keretakan pada bahgian dinding luar bangunan

Gambar 11

Tiang Berkarat

Gambar 12

Jarak antara susur gajah dengan bangunan yang terlalu dekat

Page 16: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 16 -

LAMPIRAN 5

Page 17: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 17 -

LAMPIRAN 5

A B C D E F

X

X X X

X X

X

X

X X

X

X X X X X

X X X X X X

X

Saiz :

1mm Saiz Julat:

1 – 5mm Saiz: 5mm

Saiz Julat:

1 – 6mm Saiz Julat:

5 – 8mm

Saiz Julat:

5 – 10mm

X X

Petunjuk:

X - <1.00mm

X - >5.00mm

Page 18: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 18 -

LAMPIRAN

KERATAN RENTAS SECTION E-E BANGUNAN YANG MENUNJUKKAN PEMBINAAN DINDING PARAPET PADA ARAS 4 BANGUNAN.

Page 19: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 19 -

LAMPIRAN 5

Lokasi A: Grid 9B – Grid 10

Lokasi B: Grid 10 – Grid 10

Julat saiz keretakkan

ialah diantara 1mm –

5mm

Julat saiz

keretakkan ialah

diantara 1mm –

5mm

Dinding parapet

sedikit condong

ke luar /kanan

Page 20: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 20 -

LAMPIRAN 5

Lokasi C: Grid 11 –Grid 12

Lokasi D: Grid 12 – Grid 13

Julat saiz keretakkan

ialah diantara 1mm –

6mm

a - Lebar retak 65mm

b - Kedalaman retak

50mm

Dinding parapet

sedikit condong ke luar

/ kanan

Julat saiz keretakkan

ialah diantara 5mm –

8mm

a - Julat lebar retak

23mm – 43mm

b - Julat kedalaman

retak 23mm – 34mm

Dinding parapet

sedikit condong ke

luar / kanan

a

b

a

b

Page 21: Laporan Tinjauan Awalan bagi Tujuan Kajian Dilapidasi ...epsmg.jkr.gov.my/images/b/be/Laporan_Tinjauan_Awalan_Library_Raja_Tun_Uda.pdfLaporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja

Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

2018

- 21 -

LAMPIRAN 5

Lokasi E: Grid 13- Grid 14

Lokasi F: Grid 14 – Grid 15

Julat saiz

keretakkan ialah di

antara 5mm – 8mm

a- Julat lebar retak

23mm – 43mm

b – Julat

kedalaman retak

30mm

Dinding parapet

sedikit condong ke

luar / kanan

Julat saiz keretakkan

ialah di antara 4mm –

10mm

a- Julat lebar retak

24mm – 80mm

b- Julat kedalaman

retak 10mm – 25mm

Dinding parapet

sedikit condong ke

luar

a

b

a

b