12
PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN AKAR UMBI KEBANGSAAN (MYTID)2015 ANJURAN INSTITUT SUKAN NEGARA DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TARIKH PELAKSANAAN : 5 NOVEMBER 2015 TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG BARU 2 NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG BARU 2, 68100 BATU CAVES, SELANGOR KOD SEKOLAH : BBA 7101 NAMA AKTIVITI : PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN AKAR UMBI KEBANGSAAN (MYTID) 2015 MASA PELAKSANAAN : 2.30 PETANG – 5.00 PETANG KEHADIRAN MURID : 100 ORANG KEHADIRAN GURU : 10 ORANG PENGLIBATN MURID : MURID SEBAGAI PESERTA UJIAN PENGLIBATAN GURU : 5 ORANG GURU SEBAGAI PENGUJI 5 ORANG GURU SEBAGAI GURU PENGIRING

Laporan Tid

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan Tid

Citation preview

Page 1: Laporan Tid

PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN AKAR UMBI KEBANGSAAN (MYTID)2015 ANJURAN INSTITUT SUKAN NEGARA DENGAN

KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH PELAKSANAAN : 5 NOVEMBER 2015

TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG BARU 2

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG BARU 2, 68100 BATU CAVES, SELANGOR

KOD SEKOLAH : BBA 7101

NAMA AKTIVITI : PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT SUKAN AKAR UMBI KEBANGSAAN (MYTID) 2015

MASA PELAKSANAAN : 2.30 PETANG – 5.00 PETANG

KEHADIRAN MURID : 100 ORANG

KEHADIRAN GURU : 10 ORANG

PENGLIBATN MURID : MURID SEBAGAI PESERTA UJIAN

PENGLIBATAN GURU : 5 ORANG GURU SEBAGAI PENGUJI 5 ORANG GURU SEBAGAI GURU PENGIRING

Page 2: Laporan Tid

1.0 PENGENALAN

Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan (MyTID) ini

merupakan program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dibawah

Institut Sukan Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program ini merupakan program bagi pencarian bakat di peringkat akar umbi iaitu

dalam kalangan murid tahun 1 untuk melahirkan satu kelompok atlet muda. Program

Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan (MyTID) ini adalah mengikut

keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di

mana Institut Sukan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia akan

bekerjasama untuk menyaring seramai 100 000 orang murid darjah 1 sekolah

rendah bermula dari tahun 2015. MyTID akan dilaksanakan di seluruh Negara

secara bersistematik dan berperingkat bermula tahun 2015.

2.0 KUMPULAN SASARAN

100 pelajar tahun 1 daripada Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 yang diuji

oleh 5 orang penguji dan dibantu oleh 5 orang guru pengiring seperti senarai nama

yang berada pada bahagian Lampiran 1, Lampiran 2 dan Lampiran 3

3.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Pelaksanaan

2.00 petang – 2.15 petang - Peserta berkumpul

- Guru Pengiring mengambil kehadiran mengikut kumpulan

masing-masing

-Taklimat daripada penguji.

2.15 petang – 2.45 petang - Regangan dan pemanasan badan

2.45 petang – 4.45 petang - Para peserta melaksanakan ujian mengikut stesen-stesen

yang ditetapkan

4.45 petang - Majlis Penutupan

5.00 Petang Bersurai

Page 3: Laporan Tid

3.0 LAPORAN

Program Pembangunan Bakat Sukan Akar Umbi Kebangsaan (MyTID) di

Sekolah Kebangsaan Selayang Baru 2 dilaksanakan pada 5 November 2015 pada

hari Khamis. Program ini dilaksanakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Selayang

Baru 2. Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang murid tahun 1 yang

terdiri murid-murid lelaki dan perempuan daripada 5 kelas yang berlainan.

Setelah mendapat arahan bagi melaksanakan program ini di sekolah, para

penguji telah mengenal pasti 5 orang guru pengiring bagi melancarkan proses

pelaksanaan program. Memandangkan beberapa kekangan seperti keadaan jerebu

yang melanda baru-baru ini, jawatankuasa pelaksanaan program ini di sekolah

mengambil keputusan untuk menjalankan saringan terhadap kesemua murid tahun 1

terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya dilaksnakan.

Apabila barang-barang keperluan yang diperuntukkan telah dibekalkan dan

telah diagihkan, pihak jawatankuasa bersetuju untuk melaksanakan proses saringan

terhadap murid tahun satu pada 2 November 2015. Saringan ini merangkumi

taklimat awal berkaitan pelaksanaan program dan juga beberapa maklumat penting

yang lain seperti tahap kesihatan murid dan sebaginya. Kesemua murid yang tidak

mempunyai masalah kesihatan telah melakukan saringan ujian terhadap bateri-

bateri ujian yang ditetapkan. Berdasarkan keputusan saringan tersebut, seramai 100

orang telah dipilih sebagai peserta ujian.

Pada 3 November 2015, para peserta My TID yang berjaya pada peringkat

saringan telah diedarkan dengan surat kebenaran melaksanakan aktiviti ini. Surat

tersebut telah diedarkan oleh para guru kelas kepada 100 orang murid tersebut.

4 November 2015, beberapa persiapan akhir sebelum pelaksanaan program

ini di sekolah telah dilaksanakan. Antaranya termasuklah hal-hal berkaitan

penetapan akhir menu makanan murid, penetapan stesen-stesen ujian dan

melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan dalam borang keputusan ujian.

Pada 5 November 2015, pelaksanaan ujian dimulakan dengan sesi

pendaftaran dimana kesemua peserta berkumpul di kawasan perhimpunan mengikut

kumpulan yang ditentukan. Para guru pengiring mengambil kehadiran dan membuat

Page 4: Laporan Tid

susunan giliran agar proses ujian berjalan lancar. Para peserta kemudiannya diberi

sedikit taklimat ringkas oleh penguji.

Program bermula dengan aktiviti pemanasan badan dan regangan. Kemudian

para peserta mula bergerak mengikut kumpulan ke stesen-stesen yang telah

ditetapkan. Kumpulan ini bergerak secara bergilir-gilir ke 5 stesen yang telah

ditetapkan mengikut jenis bateri ujian. Terdapat 5 stesen yang mewakili 5 bateri

ujian iaitu, Antropometrik yang merangkumi ukuran tinggi dan berat, stesesn

Koordinasi dimana stesen ini merupakan stesen yang melibatkan murid melakukan

ujian baling dan tangkap, stesesn kuasa yang melibatkan bateri ujian jenis lompat

jauh berdiri, stesen kelenturan iaitu ujian jangkauan melunjur, dan stesen dimana

menguji kepantasan iaiatu stesen ujian 20 meter lari pecut.

Persediaan tempat ujian yang dilaksanakan di Dewan SK Selayang Baru 2

Page 5: Laporan Tid

Murid berkumpul sebelum bergerak ke stesen-stesen yang ditetapkan.

Murid sedang melakukan ujian baling dan tangkap di stesen koordinasi dipantau

oleh penguji.

Page 6: Laporan Tid

Stesen bagi Bateri ujian Antropometrik.

Page 7: Laporan Tid

Bateri ujian bagi Kuasa iaitu ujian lompat jauh berdiri. Penguji melakukan

demonstrasi pada setiap kumpulan sebelum peserta melaksanakan ujian.

Page 8: Laporan Tid

Stesen Ujian Kelenturan.

Page 9: Laporan Tid

Stesen ujian kelajuan bagi ujian 20 meter lari pecut. Peserta ujian sedang

melakukan ujian mengikut diperhatikan oleh penguji dan guru pengiring.

Page 10: Laporan Tid

4.0 PENUTUP

Kesemua ujian telah dilaksanakan oleh kesemua 100 orang peserta berakhir

pada jam 4.30 petang. Setiap peserta di beri masa untuk makan. Semua peserta

berkumpul semua untuk majlis penutupan dan sesi fotografi. Keseluruhan program

telah tamat pada jam 5.00 petang.

Setelah selesai ujian dijalankan, para penguji mula memasukkan data ujian

ke dalam sistem yang disediakan menggunakan ID masing-masing. Kesemua data

ujian bagi 100 orang peserta telah dimasukkan kedalam sistem.