4
HARI TERBUKA PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019 Kuantan, Pahang, 31 Oktober 2019, Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan Hari Terbuka Psikologi Peringkat Negeri Pahang bagi Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2019 dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Program ini telah diadakan di Dewan Auditorium, KUIPSAS, Kuantan, Pahang. Program ini mengangkat tema Kesejahteraan Psikologi Ke Arah Pembangunan Kendiri Dan Kerjaya. Seramai 260 peserta dari pelbagai jabatan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang dan juga dari agensi luar menghadiri program tersebut. Tujuan program ini adalah meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi memenuhi keperluan golongan sasar kearah kesejahteraan psikologi. Selain itu,ia juga bagi memberikan pendedahan dengan lebih terperinci berkenaan perkhidmatan kaunseling dan psikologi dari pelbagai agensi dan jabatan di Negeri Pahang. Program ini juga sebagai salah satu langkah pencegahan kepada kumpulan sasar terutamanya kepada penjawat awam dalam menangani gangguan terhadap kesihatan mental. Ia juga membina kesedaran terhadap kesejahteraan psikologi dan melahirkan masyarakat yang kuat dari segi emosi, mental, fizikal dan kerohanian dalam mendepani pelbagai isu yang makin mencabar. Hari Terbuka Psikologi Peringkat Negeri Pahang ini di rasmikan oleh YH Dato' Zaman Azam Bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Antara panel jemputan bagi program ini ialah Prof. Dato; Dr Mansur Abdullah (Mantan Timbalan Naik Canselor UTM), Dr. Hjh Rusni Bt Abd Ghani (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi JPA Putrajaya), Dr. Sharafuddin Aisa Bin Hj Osman (Ketua Jabatan Psikologi Dan Kaunseling KUIPSAS), Dr. Tan Lee Khing ( Pakar Psikiatri, Hospital Tengku Ampuan Afzan ) dan Encik Abdul Hafiz Bin Mad Radzi (Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang) sebagai moderator forum. Pada Hari Terbuka Psikologi ini juga di adakan Majlis Pelancaran Modul Pengajaran dan Pembelajaran AKRAB serta Majlis Penamatan Program Pementoran Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2019. Adalah diharapkan program ini akan dapat memberi celik akal kepada pelbagai pihak berkaitan kepentingan kesejahteraan psikologi dalam meningkatkan kesihatan mental yang mendorong kepada pembangunan kendiri dan kerjaya.

Laporan ringkas Hari Terbuka Psikologi€¦ · HARI TERBUKA PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019 Kuantan, Pahang, 31 Oktober

  • Upload
    others

  • View
    32

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan ringkas Hari Terbuka Psikologi€¦ · HARI TERBUKA PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019 Kuantan, Pahang, 31 Oktober

HARI TERBUKA PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019

Kuantan, Pahang, 31 Oktober 2019, Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang telah menganjurkan Hari Terbuka Psikologi Peringkat Negeri Pahang bagi Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2019 dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Program ini telah diadakan di Dewan Auditorium, KUIPSAS, Kuantan, Pahang. Program ini mengangkat tema Kesejahteraan Psikologi Ke Arah Pembangunan Kendiri Dan Kerjaya.

Seramai 260 peserta dari pelbagai jabatan di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang dan juga dari agensi luar menghadiri program tersebut. Tujuan program ini adalah meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi memenuhi keperluan golongan sasar kearah kesejahteraan psikologi. Selain itu,ia juga bagi memberikan pendedahan dengan lebih terperinci berkenaan perkhidmatan kaunseling dan psikologi dari pelbagai agensi dan jabatan di Negeri Pahang. Program ini juga sebagai salah satu langkah pencegahan kepada kumpulan sasar terutamanya kepada penjawat awam dalam menangani gangguan terhadap kesihatan mental. Ia juga membina kesedaran terhadap kesejahteraan psikologi dan melahirkan masyarakat yang kuat dari segi emosi, mental, fizikal dan kerohanian dalam mendepani pelbagai isu yang makin mencabar.

Hari Terbuka Psikologi Peringkat Negeri Pahang ini di rasmikan oleh YH Dato' Zaman Azam Bin Mohamat Sarif @ Ahmat, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Antara panel jemputan bagi program ini ialah Prof. Dato; Dr Mansur Abdullah (Mantan Timbalan Naik Canselor UTM), Dr. Hjh Rusni Bt Abd Ghani (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi JPA Putrajaya), Dr. Sharafuddin Aisa Bin Hj Osman (Ketua Jabatan Psikologi Dan Kaunseling KUIPSAS), Dr. Tan Lee Khing ( Pakar Psikiatri, Hospital Tengku Ampuan Afzan ) dan Encik Abdul Hafiz Bin Mad Radzi (Penolong Pegawai Syariah, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Pahang) sebagai moderator forum. Pada Hari Terbuka Psikologi ini juga di adakan Majlis Pelancaran Modul Pengajaran dan Pembelajaran AKRAB serta Majlis Penamatan Program Pementoran Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2019.

Adalah diharapkan program ini akan dapat memberi celik akal kepada pelbagai pihak berkaitan kepentingan kesejahteraan psikologi dalam meningkatkan kesihatan mental yang mendorong kepada pembangunan kendiri dan kerjaya.

Page 2: Laporan ringkas Hari Terbuka Psikologi€¦ · HARI TERBUKA PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019 Kuantan, Pahang, 31 Oktober
Page 3: Laporan ringkas Hari Terbuka Psikologi€¦ · HARI TERBUKA PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019 Kuantan, Pahang, 31 Oktober
Page 4: Laporan ringkas Hari Terbuka Psikologi€¦ · HARI TERBUKA PSIKOLOGI PERINGKAT NEGERI PAHANG BAGI PENTADBIRAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PAHANG TAHUN 2019 Kuantan, Pahang, 31 Oktober