13
BIODATA Nama : Julius anak Patrick Jantina : Lelaki Nombor Kad Pengenalan : 930610 – 13 – 5019 Nombor Matriks : 201106493 Nombor Telefon Bimbit : 019 – 4685155 Bangsa : Bidayuh Kumpulan Pengajian : PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ( PKMP ) SK 1 Semester : Satu Stesyen/Sekolah : - Alamat Tetap : D/A Patrick anak Jawung, SMK Serian, Jalan Ilmu, 94700 Serian, Sarawak. No. Telefon Rumah : 019 – 4853072 Status Perkhawinan : Bujang Nama Waris yang Terdekat : Patrick anak Jawung Perhubungan : Bapa

laporan reflektif

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan reflektif

Citation preview

BIODATA

Nama : Julius anak PatrickJantina : LelakiNombor Kad Pengenalan : 930610 13 5019 Nombor Matriks : 201106493Nombor Telefon Bimbit : 019 4685155 Bangsa : BidayuhKumpulan Pengajian : PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran ( PKMP ) SK 1Semester : SatuStesyen/Sekolah : - Alamat Tetap : D/A Patrick anak Jawung, SMK Serian, Jalan Ilmu, 94700 Serian, Sarawak.No. Telefon Rumah : 019 4853072 Status Perkhawinan : BujangNama Waris yang Terdekat : Patrick anak JawungPerhubungan : BapaNombor Telefon Waris : 013 8055346 Nama Pensyarah Mentor : Dr. Haji Rozana bin Haji Bolhasan

1.0 PENGENALAN

Pada khamis 29 Ogos 2013 yang lalu, satu ceramah yang berkaitan dengan Etiket dan Protokol telah diadakan bertempat di Auditorium TAZA bermula jam 2.00 petang. Penceramah yang dijemput untuk mempengerusikan ceramah ini adalah Encik Azahary Ahmad yang merupakan kaunselor di Pejabat Pendidikan Daerah. Ceramah yang diadakan ini diadakan seiring dengan program yang terdapat pada Program Bina Insan Guru khas bagi semua pelajar PISMP Januari 2013. Ceramah ini bertujuan bagi menerangkan kepada para bakal guru mengenai tatatertib yang harus dipraktikkan oleh seorang guru terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Hal ini kerana setiap tingkah laku yang ditunjukkan mencerminkan personaliti serta kreadabiliti seseorang itu.

2.0 OBJEKTIF

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Melalui program bina insan guru ini pelajar dapat mencapai objektif berikut:I. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru ( BIG )II. Membina kualiti peribadi dan professional sebagai seorang insane guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat.III. Meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan Negara.

3.0 KANDUNGAN

Etiket Sosial didefinisikan sebagai satu bentuk, cara dan upacara yang diwujudkan secara kurang formal tetapi diterima dan diamalkan oleh masyarakat, dalam sesuatu profesion dan hubungan rasmi.Ceramah ini membincang tentang etiket sosiai. Etiket sosial bermaksud peraturan pergaulan, budi bahasa serta adab tertib dalam sesuatu kelompokmasyarakat dan sesuatu pekerjaan, atau ketetapan dan kod imej yangditerima dalam upacara seperti di dalam istana atau dalam majlis formal ataumasyarakat am.

Nilai etiket yang tinggi mempertingkatkan imej seseorang itu. Antarakomponen etiket ialah perkenalan, berpakaian, perbualan, gaya diri, berjalan, duduk, berdiri, makan dan majlis diraja. Dalam komponen berpakaian, terdapat 3 eiemen penting iaitu cita rasa pakaian, kesesuaian pakaian dalam pelbagai situasi, serta penampilan danpenggayaan diri. Pakaian menampiikan imej seseorang. Penilaian dari segi kedudukan ekonomi, tahap pelajaran, tahap kedudukan sosial, kejayaan, moral, tahapboleh dipercayai, kecanggihan atau kehebatan, imej kendiri dan masahadapan seseorang boleh dinilai melalui pakaian yang dipakainya. Oleh itu,pakaian yang sesuai amatlah penting.Nilai etiket yang tinggi mempertingkatkan imej seseorang itu. Antarakomponen etiket ialah perkenalan, berpakaian, perbualan, gaya diri, berjalan, duduk, berdiri, makan dan majlis diraja. Dalam komponen berpakaian, terdapat 3 eiemen penting iaitu cita rasa pakaian, kesesuaian pakaian dalam pelbagai situasi, serta penampilan danpenggayaan diri. Pakaian menampiikan imej seseorang. Penilaian dari segi kedudukan ekonomi, tahap pelajaran, tahap kedudukan sosial, kejayaan, moral, tahapboleh dipercayai, kecanggihan atau kehebatan, imej kendiri dan masahadapan seseorang boleh dinilai melalui pakaian yang dipakainya. Oleh itu,pakaian yang sesuai amatlah penting.

Walaupun kesesuaian berpakaian amatlah dititik berat, namun ia tidaksemestinya pakaian yang mahal asalkan sesuai. Pakaian yang dipakai perlu sederhana, sesuai dengan bentuk badan, warna kulit, bentuk muka, dan padanan warna. Terdapat lima peraturan untuk bergaya. Antaranya ialah mengenali bentuk badan diri, potongan dan warna pakaian yang dipilih, kesesuaian pakaian, kesesuaian dengan umur, serta kesesuaian dengan badan. Pakaian yang baik ialah pakaian yang memenuhi syarat padanan warna, keselesaan, bahan yang baik, fesyen dan kesesuaian.

Kesesuaian pakaian lelaki melibatkan pemilihan jenis kain, corak kain dan bentuk kolar, peraturan asas memakai tali leher, Papaya lounge suit, perhiasan, padanan warna, serta kasut dan stokin.

4.0 Laporan Reflektif

Pertama sekalinya ingin saya ucapkan penghargaan kepada Tuhan kerana telah memberi saya peluang untuk berkesempatan menghadiri ceramah yang amat sesuai dan berguna ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada pihak penganjur kerana telah mengadakan satu sesi ceramah yang begitu berguna terutama kepada kami bakal-bakal guru. Sesungguhnya ceramah yang diadakan ini amat dinantikan oleh seseorang bakal guru bagi membolehkan kami mempersiapkan diri kami dari segi luaran mahupun dalaman untuk mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Melalui ceramah ini, banyak manfaat yang telah saya perolehi. Antaranya adalah mengetahui tentang cara ataupun kaedah bagi memastikan kita berupaya mengenakan pemakaian yang padan dan sesuai. Kesesuaian dan kepadanan sesuatu pemaikaian adalah penting bagi menampakkan personality diri yang positif. Ini juga menunjukkan sikap profesioanalisme pada diri seseorang itu. Hal ini bersesuaian bagi seorang guru kerana guru merupakan salah satu agen sosialisasi yang akan berdepan dengan masyarakat. Dengan personality yang kemas serta menarik mampu menanamkan sikap dan pandangan positif di mata masyarakat. Ceramah ini juga memberikan saya pengetahuan yang lebih mendalam mengenai bagaimana untuk menyesuaikan pemakaian dengan situasi semasa. Setiap majlis terutama majlis rasmi pasti mempunyai protokol pemakaian masing-masing. Dengan adanya protokol sebegini maka kita haruslah berupaya menyesuaikan pemakaian kita agar tidak bertentangan dengan majlis yang dihadiri. Ini juga menunjukkan akan sikap professional kita terutama sebagai seorang guru yang kerap dijadikan role model ataupun contoh di pandangan masyarakat. Selain daripada cara-cara pemakaian, ceramah ini juga memberikan saya pengetahuan baru iaitu protocol ataupun tatatertib di meja makan. Tatatertib yang sopan haruslah ditunjukkan terutama semasa majlis formal kerana ini merupakan salah satu pengetahuan dan kemahiran yang harus kita kuasai dalam kehidupan. Tatatertib di meja makan di majlis-majlis rasmi adalah berlainan dengan majlis yang tidak rasmi. Hal ini kerana majlis rasmi kebiasaan terdiri daripada tetatmu-tetamu kehormat yang diadakan dengan penuh adat sopan. Melalui ceramah ini, saya mengetahui tentang cara penggunaan sudu, garpu, cara memulakan untuk makan dan juga cara untuk meninggalkan meja makan. Malah kami juga didedahkan tentang cara-cara untuk penyediaan meja makan untuk majlis rasmi seperti susunan sudu,garpu, pinggan dan juga gelas. Pendedahan sebegini sedikit sebanyak mampu melatih kami agar mampu menyediakan sendiri susunan mengikut protokol bagi sesebuah majlis rasmi kelak. Kemahiran yang diperoleh ini mampu diterapkan dan juga diajarkan kepada para pelajar kelak supaya para pelajar terbuka mindanya mengenai tatatertib serta protokol dan menghadiri majlis. Bukan sahaja kepada pelajar malah pendedahan sebegini juga mengajar kami para guru pelatih untuk menyemai sikap bersopan santun di meja makan kerana kita sedia maklum para bakal guru ini merupakan golongan dewasa yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun. Kebiasaannya golongan ini kurang mementingkan sikap bersopan santun di meja makan terutama di majlis rasmi kerana keinginan yang tinggi terhadap makanan. Jadi melalui pendedahan dalam ceramah sebegini mampu menyedarkan golongan ini untuk mula menyemai sikap bersopan di meja makan untuk menjaga nama baik dan juga personality diri masing-masing. Oleh yang demikian, ceramah etiket dan protokol ini seharusnya diteruskan dari masa ke masa supaya sikap yang ada dalam diri seseorang itu mampu dikekalkan dan kemahiran yang telah diasah mampu digunakan dengan sebaiknya. Pelaksanaan program sebegini juga akan memberikan satu sikap baru yang positif terutama pada bakal guru agar kami mampu menyediakan diri kami untuk menjadi contoh kepada masyarakat terutama bagi golongan yang kurang menerima pendedahan.

5.0 PENILAIAN KENDIRI

Sesungguhnya ceramah ini memberikan banyak manfaat kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain dan memberikan kami persedian bagi melengkapkan diri dengan sahsiah dan personaliti yang baik. Pendedahan awal sebegini sedikit sebanyak membantu kami bagi menggambarkan situasi sebenar yang akan kami hadapi kelak. Hal ini kerana sebagai seorang bakal guru, kami haruslah berupaya menyertai dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang memlibatkan majlis rasmi. Dengan adanya pendedahan sebegini maka ini mampu mengelakkan kami berasa kekok kelak. Selain itu melalui ceramah ini saya mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru terutama mengenai tatatertib semasa menghadiri majlis rasmi. Tatatertib yang sopan menggambarkan personaliti seseorang itu. Jadi sebagai seorang guru saya haruslah menunjukkan personaliti yang baik agar saya mampu menggalas tugas saya sebagai seorang agen sosialisasi kepada masyarakat. Personaliti yang baik mampu menjadikan saya sebagai contoh yang boleh dicontohi oleh anak-anak murid pada masa akan datang. Sememangnya perkara yang baik akan dicontohi oleh masyarakat demi kebaikan diri kita masing-masing. Menjadi agen sosialisasi juga mampu menjadikan saya menjalankan tanggungjawab untuk berkhidmat untuk masyarakat selain daripada mengajar mereka ilmu pengetahuan. Ceramah etiket dan protokol ini juga membolehkan saya mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan di meja makan dengan cara yang sesuai. penggunaan yang salah mampu menjatuhkan air muka seseorang tersebut dan dengan adanya pendedahan sebegini maka perkara sedemikian mampu dielakkan. Ini juga mampu menyemaikan sikap bersopan semasa makan dalam diri masing-masing. Sikap sebegini akan menjadikan seseorang itu mampu bersabar dan bersikap rasional dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak dilupakan juga ceramah ini membolehkan pelajar yang tidak mengetahui akan etika di meja makan mengetahui akan etika tersebut selain mampu mempraktiskannya. Selain daripada mendapat pengetahuan dan kemahiran baru, saya juga berupaya untuk menilai akan penampilan yang sering saya gunakan dalam kehidupan harian. Penampilan yang kemas dan sesuai akan mencerminkan diri seseorang itu. Sebagai seorang bakal guru saya haruslah menggunakan pemakaian yang bersesuai dengan situasi agar mampu memberikan kepercayaan dan keyakinan dalam diri pelajar dan juga masyarakat. Ini sekali gus mampu menyemaikan sikap yang positif dalam diri pelajar untuk mencontohi penampilan diri saya yang kemas dan bersesuaian. Cara sebegini juga mampu menghindarkan para pelajar dari pengaruh-pengaruh pemakaian yang tidak sopan dan bertentangan dengan norma kehidupan masyarakat.