12
Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan 21 Mei 2019

Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

  • Upload
    hakhanh

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

Laporan Pemerhatian

Pilihan Raya Kecil

P.186 Sandakan

21 Mei 2019

Page 2: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

1

Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil

P.186 Sandakan

1. Pengenalan

Pilihan Raya Kecil (PRK) P.186 Sandakan dijalankan selepas kematian penyandangnya iaitu

YB Datuk Stephen Wong Tien Fatt dan kerusi parlimen itu diisytiharkan kosong oleh Speaker

Dewan Rakyat, YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof pada 29 Mac 2019. Hari penamaan

calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan pada

11 Mei 2019. Terdapat 5 calon yang bertanding dalam PRK ini, iaitu calon Parti Bersatu

Sabah(PBS) Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon Parti Tindakan Demokratik(DAP) Vivian Wong

Shir Yee serta tiga calon bebas, Haji Hamzah bin Abdullah, Sulaiman Abdul Samat dan Chia

Siew Yung.

BERSIH 2.0 telah menghantar 2 pemerhati pilihan raya yang terdiri daripada urusetia dan

sukarelawan BERSIH 2.0 untuk menjalankan pemerhatian dalam PRK kali ini.

BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi:

1) Penamaan calon

2) Kempen pilihan raya

3) Pengundian awal

4) Pengundian dan pengiraan undi biasa

5) Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi

BERSIH 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya

sepanjang tempoh PRK termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon,

sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.

Bersih 2.0 telah mencatatkan 19 kes yang berkaitan dengan salah laku dan kesalahan

pilihan raya. Pecahan kes mengikut kategori dan parti politik adalah seperti berikut:

Kategori salah laku dan kesalahan Pilihan Raya

DAP/PH/Warisan PBS Bebas/Lain-lain

Total

Rasuah dan beli undi - - - -

Penjamuan 1 1 2

Penggunaan aset kerajaan

2 - - 2

Mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan

- - 2 2

Berkempen pada hari undi

5 2 1 8

Pengaruh tidak wajar kerajaan

1 - - 1

Lain-lain 2 1 1 4

Jumlah kesalahan 11 3 5 19

Page 3: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

2

2. Penamaan calon

Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap proses penamaan calon di SMJK Tiong

Hua Sandakan.

SPR telah membenarkan maksimum 100 penyokong setiap calon yang bertanding dengan

menyediakan khemah kepada para penyokong di perkarangan SMJK Tiong Hua Sandakan.

SPR telah menyediakan dua khemah untuk setiap calon PBS dan DAP namun hanya dua

khemah untuk semua calon bebas menyebabkan ada antara mereka yang tiada tempat

duduk.

Pengasingan penyokong parti dan calon bebas oleh pihak polis amat memuaskan. Pihak polis

telah menetapkan tempat berkumpul untuk penyokong parti kerajaan dan parti pembangkang

serta calon bebas di dua tempat yang berlainan berhampiran dengan pusat penamaan calon.

Walaupun begitu, masih terdengar sorakan berbentuk makian terhadap parti DAP oleh

penyokong calon bebas dan parti PBS.

Namun secara keseluruhannya, proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang

insiden yang tidak diingini.

3. Kempen Pilihan Raya

Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti kempen pilihan raya.

Semua salah laku dan kesalahan pilihan raya sebelum dan semasa pilihan raya telah

didokumentasikan.

3.1 Parti DAP/Warisan/Pakatan Harapan

Bersih 2.0 telah mencatatkan 11 isu berkenaan salah laku DAP/Warisan/Pakatan

Harapan semasa tempoh berkempen.

3.1.1 Penjamuan

1. Pada 25 April 2019, DAP telah mengadakan jamuan dalam program Ramah Mesra

Bersama Rakyat di Balai Raya Sim-Sim. Di dalam ceramah tersebut DAP memperkenalkan

calon mereka untuk PRK Sandakan iaitu Vivian Wong Shir Yee.1

2. Pada 3 Mei 2019, AJK Surau Al-Furqan menganjurkan “Majlis Kenduri Sekampung

Bersama Ketua Menteri Sabah”. Majlis tersebut turut dihadiri oleh ADUN dan Menteri Belia

dan Sukan Sabah, YB Datuk Frankie Poon, ADUN Luyang YB Phoong Jin Tze dan calon

DAP, Vivian Wong. Ketua Menteri Sabah dalam ucapannya menyebut “Kalau undi Vivian

maksudnya undi kerajaan, kalau undi Vivian undi Datuk Shafie”. Majlis tersebut diadakan di

perkarangan Surau Al-Furqan.2

Aktiviti penjamuan adalah melanggari Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

1 https://www.facebook.com/vivianwongshiryee/videos/358314554795255/-(lihat minit 1:30) 2 Laporan Pemantau Bersih 2.0

Page 4: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

3

Gambar: Majlis Kenduri Sekampung Bersama Ketua Menteri Sabah dan dihadiri oleh calon

DAP Sandakan serta pemimpin DAP Sabah

3.1.2 Penggunaan Aset Kerajaan

1. Pada 30 April 2019, calon DAP PRK Sandakan, Vivian Wong bersama Teresa Kok, Menteri

Industri Utama ketika menerima memorandum daripada Persatuan Peniaga Cina Tawau

(Tawau Chinese Chamber of Commerce). Dialog tersebut dianjurkan oleh Lembaga Minyak

Sawit Malaysia (MPOB) dengan dipengerusikan oleh ahli lembaga MPOB. Dialog tersebut

tertutup namun calon DAP Vivian Wong boleh masuk untuk bersama-sama menerima

memorandum tersebut.3

Gambar: Teresa Kok bersama calon DAP menerima memorandum

2. Pada 9 Mei 2019, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Jo-Anna Rampas berkempen

di Pulau Berhala bersama kumpulan kempen Parti Warisan dengan menaiki bot polis dan

dipandu oleh polis sendiri.

3 http://www.facebook.com/282296091858802/posts/2221875624567496/

Page 5: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

4

Gambar: Setiausaha Politik Ketua Menteri menaiki bot polis untuk kempen di Pulau Berhala

3.1.3 Pengaruh Tidak Wajar Kerajaan

1. Pada 9 Mei 2019, Ketua Menteri Sabah DSP Shafie Apdal mengarahkan Menteri

Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong untuk meneliti

status geran tanah di Kg Forest dan Jalan Buli Sim-Sim supaya dapat dibina kemudahan di

kawasan tersebut Ketika beliau menghadiri program Ketua Menteri Sabah bersama penduduk

Kampung Forest, Jalan Buli Sim-Sim. Perbuatan tersebut merupakan pengaruh tidak wajar

terhadap pengundi dengan menggunakan kuasa jawatan ketua menteri.4

Gambar: Ketua Menteri Sabah memberi ucapan di Kampung Forest

3.2 Lain-lain

3.2.1 Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum

1. Calon bebas Haji Hamzah Abdullah menuduh kerajaan DAP/Warisan telah membuat

sebuah pulau untuk pendatang asing tanpa izin(PATI). Tuduhan itu telah dijawab oleh Ketua

4 https://www.sabahnewstoday.com/teliti-status-kampung-forest-jalan-buli-sim-sim-ketua-menteri/

Page 6: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

5

Menteri pada 17 April 2019 lagi bahawa pulau tersebut untuk pelarian perang, bukannya

PATI.5

Gambar: Tangkap layar status Facebook Hamzah Abdullah

2. Mantan Menteri Besar Johor, Datuk Sri Haji Mohamed Khaled Nordin telah memuatnaik

gambar calon DAP Vivian Wong yang memakai tudung dan mengucapkan selamat berpuasa

kepada pengundi di Sandakan di laman Facebook beliau. Gambar tersebut telah diubahsuai

daripada versi asal dan telah menyebabkan perasaan tidak puas hati netizen terhadap Vivian

Wong. Mohamed Khaled Nordin membuangnya tidak lama selepas gambar itu tular. DAP

Sandakan juga telah menafikan mereka telah memuatnaik gambar tersebut.6

5 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/04/17/sabah-cm-says-proposed-island-settlement-for-war-refugees-not-illegals/1744124 6 https://www.theborneopost.com/2019/05/10/doctored-picture-of-vivians-ramadan-greeting-posted-on-facebook/

Page 7: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

6

Gambar: Status Facebook Khaled Nordin sebelum dipadamkan

4. Pengundian Awal

Pemerhati Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi pengundian awal di Rumah Kelab

IPD Sandakan dan Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin. Beberapa isu telah

diperhatikan:

1. Di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin dan Rumah Kelab IPD Sandakan hanya satu

pintu disediakan untuk keluar dan masuk bilik pengundian menyebabkan sedikit kesesakan

aliran pergerakan pengundi terutamanya di Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin yang

mempunyai bilangan pengundi yang lebih ramai.

2. Kami mendapati dakwat kekal yang dicelup pada jari pengundi tidak kekal lama apabila

boleh dihilangkan dengan menggunakan kerosene. Ini berlaku di Mes Pegawai Kanan

Pasukan Polis Marin apabila seorang anggota telah membasuhkanya dengan menggunakan

kerosene.

Secara keseluruhannya proses pengundian awal berjalan lancar.

5. Pengundian dan Pengiraan Biasa

Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian di 12 pusat mengundi, iaitu:

1. SK Sri Tanjung Papat 1 7. SMK Konven St Cecilia

2. SK Sri Tanjung Papat 2 8. SMK Muhibbah

3. SK Sungai Anib 1 9. SJK(C) Cheng Min 4. Tadika Chi Hwa 10. Wisma Perbandaran

5. SMK Sandakan 11. Wisma Sandaraya 6. SMK St Mary Sandakan 12. Wisma Warisan

Beberapa masalah telah diperhatikan:

5.1 Ketidakpatuhan peraturan pilihan raya

5.1.1 Kempen pada hari pengundian

Pemerhati BERSIH 2.0 mendapati 8 kes yang melibatkan PBS, DAP/Warisan dan calon bebas

berkempen di luar pusat mengundi dan berkempen di media sosial. Kebanyakan kes yang

direkodkan adalah di pusat mengundi SK Sri Tanjung Papat. Sebagai rekod, pihak SPR telah

Page 8: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

7

beberapa kali mengarahkan perayu undi ini untuk beredar daripada hadapan pusat mengundi

tersebut namun ada yang tidak beredar dan ada yang bergerak ke kawasan berdekatan untuk

merayu undi. Perbuatan merayu undi pada hari mengundi merupakan satu kesalahan di

bawah seksyen 26(1)(f) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bersih 2.0 juga mendapati 1 kes calon bebas Hamzah Abdullah berkempen di laman sosial

Facebook apabila beliau memuatnaik status di laman Facebook beliau untuk merayu

pengundi memangkah lambang Pokok pada kertas undi. Kiriman itu dibuat pada pada jam

3.55 pagi hari mengundi.

Gambar: Perayu undi di hadapan SK Sri Tanjung Papat

Gambar: Kiriman status Facebook Hamzah Abdullah

Page 9: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

8

5.1.2 Perbelanjaan mengangkut pengundi

Pemerhati Bersih 2.0 mendapati masih ada pihak yang mengangkut pengundi pada hari

pengundian. Kebanyakan kenderaan yang berjaya Pemerhati Bersih 2.0 rekodkan adalah di

pusat mengundi SK Sri Tanjung Papat dan SK Sungai Anib 1. 6 kenderaan dengan bendera

PBS telah dikesan membawa pengundi pergi dan balik daripada pusat mengundi tersebut. 2

kenderaan dengan bendera DAP juga telah dikesan membawa pengundi pergi dan balik

daripada pusat mengundi tersebut. Sebuah lagi kereta saga dengan pelekat tertulis “Untuk

Pergi Mengundi di Tanjung Papat” yang tidak dapat dikenalpasti daripada pihak yang mana

juga telah kelihatan menurunkan pengundi di SK Sri Tanjung Papat.

Hal ini menimbulkan persoalan bahawa perbelanjaan untuk kenderaan tersebut yang telah

melanggar seksyen 20(3) dan (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Gambar: Kenderaan membawa bendera parti politik mengambil dan menurunkan penumpang

5.1.3 Menentukan identiti pengundi

Pemerhati Bersih 2.0 mendapati 2 kes individu daripada PBS dan DAP yang telah menyemak

dan mengenal pasti pengundi dalam jarak 50 meter daripada pusat mengundi. Menurut

seksyen 26(e)(i) dan (ii) Akta Kesalahan Pilihan Raya, ia merupakan satu kesalahan sekiranya

seseorang menyemak dan mengenalpasti identiti pengundi dalam jarak 50 meter dari pusat

mengundi.

Page 10: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

9

Gambar: Slip menunjukkan tempat mengundi dan ada ejen menyemak senarai nama

pengundi

5.1.4 Pondok Panas di luar pusat mengundi

Pemerhati Bersih 2.0 hanya mendapati 1 kes yang berkaitan dengan barung semakan daftar

pemilih atau lebih dikenali sebagai pondok panas diwujudkan di luar pusat mengundi. Barung

ini disediakan oleh parti DAP/Warisan tidak jauh daripada pusat mengundi SK Sri Tanjung

Papat. Perbuatan mendirikan barung tersebut telah melanggari seksyen 26(1)(c) Akta

Kesalahan Pilihan Raya.

Gambar: Pondok Panas di hadapan SK Sri Tanjung Papat

5.2 Kemudahan Pusat Pengundian

1. Pusat pengundian di Wisma Sandaraya dibuat di tempat letak kereta sangatlah tidak sesuai

sebagai pusat mengundi kerana keadaannya yang tidak selamat disebabkan jalan masuk ke

pusat pengundian tersebut agak curam serta jauh bagi pengundi yang menggunakan kerusi

roda serta warga emas kerana hanya saluran 1 dan 2 mengundi di sana. Cuaca yang panas

menyebabkan keadaan yang sangat tidak selesa kepada petugas pilihan raya di sana.

Semasa pengiraan undi keadaan menjadi sedikit gelap menyebabkan KTM terpaksa

memasang lampu limpah bagi membantu proses pengiraan undi.

Page 11: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

10

Gambar: Keadaan pusat pengundian di Wisma Sandaraya

2. Saluran 1 di SMK Muhibbah yang terletak di Dewan Terbuka juga tidak sesuai kerana

terdedah kepada cuaca panas. Ejen Tempat Mengundi di saluran ini terdedah kepada cuaca

panas sepanjang hari walaupun ada usaha daripada SPR memasang kain untuk menutup

cahaya matahari namun ianya tidak mencukupi.

Gambar: Saluran 1 dan 2 di SMK Muhibbah

5.3 Isu petugas tempat mengundi

Secara keseluruhannya kerani tempat mengundi jelas tugas mereka. Namun terdapat satu

kes di tempat mengundi saluran 2 Wisma Sandaraya di mana terlalu ramai pegawai SPR

memberikan arahan kepada Ketua Tempat Mengundi(KTM) sehinggakan KTM menjadi keliru

dan kelam kabut menyelesaikan tugasan beliau.

6. Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi

BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap proses penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi di Dewan Aktiviti SMJK Tiong Hua Sandakan.

Secara keseluruhannya proses berjalan lancar dan keputusan dapat diketahui dengan cepat.

7. Kesimpulan

Secara keseluruhan PRK Sandakan berjalan dengan lancar dan teratur oleh SPR. Ada usaha

SPR yang wajar diberikan pujian terutamanya dalam memberi keselesaan kepada pengundi

yang kurang upaya ataupun yang tidak mempunyai kenderaan. SPR ada menyediakan kerusi

Page 12: Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil P.186 Sandakan · Pilihan Raya Kecil (PRK) ... Hari penamaan calon PRK Sandakan telah ditetapkan pada 27 April 2019 dan hari mengundi ditetapkan

11

roda yang mencukupi kepada pengundi warga emas serta golongan kurang upaya. Selain itu

SPR juga ada menyediakan “buggy-car” untuk mengangkut pengundi kurang upaya dari

pagar sekolah ke barung SPR seperti di SK Sungai Anib 1, malah SPR juga ada menyediakan

kenderaan untuk mengangkut pengundi di pusat mengundi di atas bukit atau pusat mengundi

yang mempunyai kawasan yang luas serta kekurangan tempat letak kereta.

Walaupun demikian ketidakpatuhan kepada peraturan pilihan raya masih lagi berleluasa

terutama pada hari pengundian. Namun begitu kami ada beberapa cadangan untuk

dipertimbangkan oleh SPR:

1. Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya(PPKPR) wajar bekerjasama dengan SPR untuk

memberikan taklimat kepada calon yang bertanding peraturan-peraturan pilihan raya agar

mereka maklum kegiatan yang boleh dan kegiatan yang dilarang oleh Akta Kesalahan Pilihan

Raya.

2. PPKPR dan petugas harus bekerjasama dengan pasukan polis untuk bertindak lebih tegas

bagi memastikan tiada kegiatan merayu undi dilakukan di hadapan pagar pusat-pusat

pengundian.

3. Pihak polis wajar mensegerakan urusan pemberian permit kepada calon atau ejennya

tanpa menunggu masa yang lama kerana tempoh berkempen terutamanya ketika pilihan raya

kecil adalah singkat.