14
LAPORAN OUTREACH PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063 DISEDIAKAN OLEH: PELAJAR PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063 KUMPULAN U (7) KHAIRIL AMAN BIN KAMARUZAMAN : D20141067791 NABILAH BINTI MAZLAN : D20141067821 SITI NUR ASMAT BINTI HASHIM : D20141067824 NIK DAYA ERNA BINTI KAMARUDDIN : D20141067822

Laporan Outreach KKD 2063

  • Upload
    d067791

  • View
    457

  • Download
    41

Embed Size (px)

Citation preview

LAPORAN OUTREACH PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063

DISEDIAKAN OLEH: PELAJAR PEMBANGUNAN SAHSIAH KKD2063KUMPULAN U (7)

KHAIRIL AMAN BIN KAMARUZAMAN : D20141067791NABILAH BINTI MAZLAN : D20141067821SITI NUR ASMAT BINTI HASHIM : D20141067824NIK DAYA ERNA BINTI KAMARUDDIN : D20141067822WAN MARDIAH BINTI WAN SALLEH : D20141067823NURHIDAYU BINTI ABDULLAH : D20141067825

PENGENALAN

Program yang kami laksanakan ini adalah di bawah subjek universiti, iaitu pembangunan sahsiah ( KKD2063) semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam subjek ini. Dalam subjek ini kami perlu melaksanakan satu program yang berkaitan dengan sahsiah diri, ini bertujuan untuk membentuk jati diri seseorang menjadi lebih baik dan seterusnya menjadi seorang guru yang berjaya, bukan hanya pada intelek, tapi pada segenap sudut sama ada sudut lahiriah atau rohaniah.Subjek ini sangat menitikberat tentang sahsiah diri pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan lagi skop pembelajaran. Subjek ini menggunakan pendekatan yang sangat baik, iaitu memberi satu tugasan kepada pelajar untuk mengetuai satu program yang melibatkan orang ramai. Keadaan ini memberikan satu kesedaran, kesungguhan, ketekunan bagi menjayakan program tersebut.Bagi menjayakan sesuatu program, perlu ada semangat yang kuat untuk mengharungi cabaran semasa melaksanakannya. Banyak pengajaran yang telah diambil semasa melaksanakan program outreach ini. Salah satu daripadanya, apabila kami perlu berhadapan dengan orang ramai untuk mengajak mereka menyertai program yang kami jalankan. Ini adalah salah satu bahagian yang mana ia menguji kesabaran, keberanian untuk berhadapan dengan situasi tersebut.Selain itu, subjek ini memberi banyak impak yang sangat positif sama ada dari sudut rohani, jasmani, dan mental, ini dapat diaplikasikan semasa perlaksanaan program outreach. Selain itu, subjek ini telah berjaya dalam membentuk jati diri pelajar-pelajar untuk terus maju kehadapan bagi membina satu keyakinan dalam diri masing-masing.

LATAR BELAKANG

Subjek pembangunan sahsiah ini menerapkan satu elemen yang penting untuk melahirkan pelajar yang berjaya dari sudut lahiriah dan rohaniah. Program yang kami jalankan ini adalah untuk menyempurnakan satu tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dibawah subjek pembangunan sahsiah ( KKD2063 ). Keadaan ini menunjukkan bahawa subjek ini sangat cakna akan perkara yang melibatkan prestasi dan sahsiah pelajar.Program yang kami jalankan ialah pada 1 November 2014 iaitu pada hari sabtu, program ini berlangsung pada pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Seramai 11 orang yang hadir bagi menjayakan aktiviti yang kami laksanakan ini. Konsep program yang kami laksanakan ini ialah untuk mengukur semangat daya saing antara pelajar dan seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. Kelompok sasaran kami ialah pelajar kaunseling, iaitu mereka perlu menyertai aktiviti yang kami jalankan ini bagi menyempurnakan syarat yang telah ditetapkan. Program ini dinamakan think and act secara bahasanya ia bermaksud fikir dan lakukan, tetapi maksud yang lebih mendalam lagi ialah berfikir untuk menjelmakan satu perbuatan untuk menghasilkan sesuatu perkara yang berkualiti. Aktiviti yang kami sediakan ialah ball expert, skipping speed, kasut mu tunggu aku datang, indah khabar dari rupa dan puzzle. Permainan pertama ialah ball expert, permainan ini memerlukan semangat yang tinggi dalam menyelesaikannya. Kedua, permainan skipping speed, ia memerlukan satu sifat kerjasama antara ahli kumpulan yang lain, manakala kasut mu tunggu datang melibatkan kepekaan semasa menerima arahan. Indah khabar dari rupa ialah permainan yang melibatkan satu ketelitian dalam melakukan satu perkara untuk menghasilkan perkara yang bermutu. Permainan yang terakhir ialah puzzle, iaitu permainan yang menguji kepantasan setiap kumpulan bagi menyiapkan puzzle tersebut.

REFLEKSI

Program yang kami jalankan ini adalah untuk menguji tahap bagaimana kesungguhan kami terhadap program yang kami jalankan supaya apa yang dirancang menjadi sebuah program yang baik dan berlangsung dengan jayanya. Keadaan ini memberi banyak impak yang positif kepada kami dalam membentuk sahsiah diri kami sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa suatu hari nanti.Kami sangat teruja dalam melaksanakan program ini, kerana ia melibatkan orang ramai dan memberi pengalaman yang berharga kepada kami semasa dan sebelum aktiviti ini dijalankan. Dengan itu, kami juga dapat meningkatkan daya fikiran secara kreatif dan produktif, ekoran itu, kami sedar bahawa sikap bertanggungjawab adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu program dengan baik.Dalam sesebuah kumpulan sifat toleransi adalah penting, ini kerana sifat ini adalah satu sifat yang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk melahirkannya. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain pada awalnya, tetapi oleh kerana kami mempunyai satu sifat toleransi, ia memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada kumpulan kami. Sifat toleransi ini kami tunjukkan semasa kami menjalankan program outreach.Kesabaran memainkan peranan yang penting semasa kami mulakan program ini. Tahap kesabaran diuji apabila pelajar kaunseling dan psikologi menarik diri dalam program yang kami jalankan ini, walau bagaimanapun kami mengambil pendekatan yang lain bagi memastikan program yang kami aturkan ini menjadi dan tidak tergendala. Dengan itu, kami sangat bersyukur kerana program kami akhirnya berjalan seperti mana kami rancang. Sesungguhnya Allah itu maha Pengasih lagi maha Penyayang.Untuk merealisasikan sesebuah program ia memerlukan semangat kerjasama ahli kumpulan untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu dan berkualiti. Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kami lalui bagi menyiapkan tugasan ini tetapi ia memberi banyak pengalaman baru dan berharga kepada kami semua.

MAKLUM BALAS KELOMPOK SASARAN

Rajah 1

Rajah 1 di atas menunjukkan antara maklum balas yang diberi oleh kelompok sasaran. Setiap maklum balas adalah berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini bertujuan mengetahui refleksi peserta mengenai aktiviti-aktiviti yang mereka sertai. Berdasarkan rajah tersebut, aktiviti puzzle menguji kepantasan berfikir apabila setiap peserta yang dibahagikan mengikut kumpulan dikehendaki mencantum semula puzzle tersebut dalam masa 5 minit. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan puzzle tersebut boleh meneruskan permainan di checkpoint yang lain. Aktiviti ball expert pula menguji daya ketahanan fizikal apabila peserta dikehendaki mengimbang bola sebanyak 10 kali secara bergilir-gilir antara ahli kumpulan. Pada umumnya, aktiviti ini mampu melahirkan ciri individu yang komited dalam mencapai sesuatu matlamat. Dalam aktiviti seterusnya iaitu skipping speed yang memerlukan para peserta melompat tali skipping sebanyak 15 kali bersama-sama, peserta berpendapat bahawa aktiviti ini memerlukan sifat kerjasama dan yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila peserta dikehendaki untuk melompat tali skipping tersebut bersama-sama seterusnya mewujudkan nilai kerjasama untuk menamatkan permainan tersebut. Di samping itu, persepsi peserta tentang aktiviti seterusnya yang dinamakan kasut mu tunggu aku datang iaitu aktiviti yang memerlukan seorang daripada ahli kumpulan menutup mata sambil mencari kasut seterusnya dibantu oleh ahli kumpulan yang lain dikatakan sangat menguji kepekaan. Ahli kumpulan hendaklah menggunakan petunjuk untuk membantu rakan yang menutup mata mencari kasut. Petunjuk yang dimaksudkan ialah sesuatu kod yang mudah difahami untuk mencari kasut yang diletakkan secara rawak. Seterusnya, peserta berpendapat bahawa aktiviti indah khabar dari rupa menguji ketelitian individu. Hal ini demikian kerana aktiviti ini memerlukan peserta melukis sesuatu lukisan yang ditunjukkan oleh penganjur seterusnya ditunjukkan kepada ahli-ahli kumpulan yang lain untuk melukis semula mengikut had masa yang ditetapkan.

PENUTUP

Kesimpulannya, melalui pelaksanaan program outreach pembangunan sahsiah ini, kami memperolehi banyak pengalaman baru untuk membina satu sahsiah diri yang unggul. Program ini mengajar kami erti kepimpinan yang sebenar apabila kami diberi peluang untuk mengendalikan program outreach ini yang merupakan satu program yang dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar mahupun kepada kami sendiri sebagai penganjur. Selain itu, kami dapat mencungkil bakat individu, seterusnya menggalakkan penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program outreach ini. Program outreach ini juga dilihat dapat melatih diri pelajar untuk menyelesaikan satu tugasan dengan baik dan sempurna. Hal ini berkait rapat dengan keperibadian sesorang untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Program yang dijalankan ini sangat relevan untuk membentuk diri pelajar melalui praktikal dan pada dasarnya dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat dan pelajar untuk membina satu ikatan teguh selari dengan hasrat negara yang inginkan anak bangsa yang berkebolehan daripada aspek kokurikulum dan kurikulum. Program seperti ini perlu dilaksanakan bukan hanya di peringkat universiti, malah ia perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah dan menengah bertujuan memantapkan lagi sifat kepimpinan dalam setiap individu bagi meneruskan kesinambungan aspirasi negara.

LAMPIRAN

TAKLIMAT PESERTA

AKTIVITI PUZZLE

AKTIVITI KASUT MU TUNGGU AKU DATANG

AKTIVITI SKIPPING SPEED

AKTIVITI BALL EXPERT

AKTIVITI INDAH KHABAR DARI RUPA

PENYAMPAIAN HADIAH DAN BERSURAI