18
BAB 1 : Pengenalan 1.1 Latar belakang Projek Projek pembinaan perisian multimedia yang bertajuk mengenal buah- buahan tempatan yang telah dirancang dengan rapi ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang berguna kepada kanak-kanak. Secara khasnya, kepada pelajar prasekolah. Kami diminta untuk membuat satu koswer mengenai abjad dan kami telah memilih mengenai buah-buahan. Tajuk koswer kami adalah “ Mari Mengenal Buah-Buahan Tempatan “ . Kandungan yang telah kami muat turun di dalam koswer ini adalah beberapa jenis buah-buahan tempatan dan kami mengajar mereka cara untuk mengeja dan menyebut nama buah-buahan tersebut. Menerusi perisian ini kanak-kanak diperkenalkan dengan pelbagai jenis buah- buahan temptan dan mereka dapat membezakan antara buah-buahan tempatan dengan buah-buahan luar negara. Kami telah menyediakan beberapa buah-buahan tempatan untuk mereka kenal dan bezakan setiap jenis buah-buahan tersebut. Dengan adanya perisian ini kanak-kanak dapat belajar dengan seronok . Manakala guru- guru dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan gembira dan jayanya serta koswer ini boleh dijadikan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Koswer ini memberi penekanan kepada elemen multimedia berjenis animasi kerana ingin mewujudkan keseronokan kanak-kanak dalam mempelajari jenis-jenis buah-buahan tempatan. Adalah diharapkan menerusi perisian multmedia ini dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan kanak-kanak tentang jenis buah-buahan tempatan . 1.2 Matlamat Projek 1. Membina kaedah baru untuk memudahkan proses pangajaran dan pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal buah-buahan tempatan. 1

Laporan mmp(print)

  • Upload
    alyn94

  • View
    271

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 1 : Pengenalan

1.1 Latar belakang Projek

Projek pembinaan perisian multimedia yang bertajuk mengenal buah-buahan tempatan yang telah

dirancang dengan rapi ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang berguna kepada kanak-kanak.

Secara khasnya, kepada pelajar prasekolah. Kami diminta untuk membuat satu koswer mengenai abjad

dan kami telah memilih mengenai buah-buahan. Tajuk koswer kami adalah “ Mari Mengenal Buah-Buahan

Tempatan “ . Kandungan yang telah kami muat turun di dalam koswer ini adalah beberapa jenis buah-

buahan tempatan dan kami mengajar mereka cara untuk mengeja dan menyebut nama buah-buahan

tersebut. Menerusi perisian ini kanak-kanak diperkenalkan dengan pelbagai jenis buah-buahan temptan dan

mereka dapat membezakan antara buah-buahan tempatan dengan buah-buahan luar negara. Kami telah

menyediakan beberapa buah-buahan tempatan untuk mereka kenal dan bezakan setiap jenis buah-

buahan tersebut. Dengan adanya perisian ini kanak-kanak dapat belajar dengan seronok . Manakala guru-

guru dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan gembira dan jayanya serta koswer

ini boleh dijadikan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Koswer ini memberi penekanan

kepada elemen multimedia berjenis animasi kerana ingin mewujudkan keseronokan kanak-kanak dalam

mempelajari jenis-jenis buah-buahan tempatan. Adalah diharapkan menerusi perisian multmedia ini dapat

meningkatkan pemahaman dan pengetahuan kanak-kanak tentang jenis buah-buahan tempatan .

1.2Matlamat Projek

1. Membina kaedah baru untuk memudahkan proses pangajaran dan pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal buah-buahan tempatan.

2. Membantu kanak-kanak dan pelajar pra sekolah untuk mengenali dengan mudah dan cepat sesuatu perkara yang akan disampaikan.3. Mengenal dan menamakan buah-buahan tempatan di Malaysia .

4. Menarik minat kanak-kanak dengan pengunaan teknologi menjadi lebih menarik dan seronok.5. Mendedahkan kanak-kanak dengan pengunaan teknologi .

6. Menjadikan pembelajaran lebih bermakna kepada kanak-kanak.

7. Memberi peluang kepada kanak-kanak berinteraksi secara terus dengan perisian yang dibina.

1

1.3Objektif Projek

1. Kanak-kanak dapat mengenal buah-buahan tempatan dengan lebih mudah. 2. Kanak-kanak dapa mengenal buah-buahan tempatan yang terdapat di negara kita.3. Kanak-kanak dapat membezakan setiap jenis buah-buahan yang terdapat di Malaysia.4. Kanak-kanak mendapat pendedahan awal tentang teknologi dan aplikasi baru.5. Menyampaikan maklumat pelbagai ciri dan bentuk media seperti grafik,bunyi, animasi dan lain-lain.6. Memupuk kebolehan dan kecerdasan kanak-kanak dengan kepelbagaian aktiviti.

1.4Sasaran Pengguna

Guru

- Memberikan kemudahan kepada guru untuk mendapatkan bahan tambahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kemudahan ini guru dapat menjalanankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya.

Pelajar

- Kanak-kanak dan pelajar pra sekolah. Kanak-kanak dapat belajar dengan seronok dan dapat memahami semua yang diterangkan dengan mudah.

1.5Pembahagian Tugas Keseluruhan

Nurazlin binti Mohamed Napis- Menyediakan bahagian wordpress.

Siti Husniyah binti Sajimin - Menyediakan bahagian koswer.

Nur Syazwanie binti Rosli - Menyediakan laporan akhir untuk koswer.

1.6Jangka Masa Pembangunan

1. Fasa Awal pada 14/3/2015 hingga 19/3/2015 selama 6 hari2. Fasa Analisis pada 23/3/2015 hingga 1/4/2015 selama 10 hari

2

3. Fasa Rekabentuk pada 10/4/2015 hingga 18/4/2015 selama 9 hari4. Fasa Pembangunan koswer pada 22/4/2015 hingga 5/5/2015 selama 13 hari5. Fasa operasi dan Sokongan pada 8/5/2015 hingga 12/5/2015 selama 5 hari6. Pembentangan Kumpulan pada 28/5/20157. Penghantaran laporan akhir projek pada 29/5/2015

BAB 2: Pelaksanaan dan Pembangunan

2.1Perisian yang digunakan :

1. Audacity2. Adobe Photoshop CS3. Grafik4. Animasi5. Microsoft Power point6.Microsoft Words

2.2 Kaedah Pengajaran yang digunakan dalam pembangunan produk .

1.Latihan - Latihan dapat melatih kanak-kanak untuk lebih berpengetahuan dan lebih peka serta dapat mengenali buah-buahan tempatan dengan lebih cekap.

2. Tutorial - Kaedah ini dapat membantu kanak-kanak untuk bermain permainan yang disediakan dengan lebih mudah dan interaktif.

3.Permainan - Permainan dapat menarik minat kanak-kanak untuk menggunakan permainan dengan cekap dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dengan bermain.

2.3 Elemen-elemen multimedia yang digunakan dalam pembangunan produk.

1. AUDIO- Bunyi banyak digunakan di dalam koswer kami. Bunyi dapat menarik minat kanak-kanak untuk lebih fokus dan belajar mengenai pelajaran yang ingin disampaikan .

2. ANIMASI- Animasi digunakan untuk memberikan kanak-kanak berasa seronok untuk mengunakan aplikasi ini.

3

3. TEKS- Penggunaan teks di dalam koswer ini digunakan untuk memberikan penjelasan mengenai sesuatu.

4. VIDEO- Video yang digunakan didalam koswer ini dimuatnaik daripada internet. Video yang menunjukkan mengenai tajuk yang telah diberikan dapat membantu kanak-kanak untuk lebih memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru.

5. GRAFIK- Gambar-gambar yang digunakan di dalam koswer ini dimuat naik daripada sumber tertentu. Kami memilih gambar yang bersesuaian untuk menarik minat kanak-kanak untuk belajar .

2.4 Proses Pembangunan(Gunakan model ADDIE)

1. Analisis (ANALISYS)

Dalam analisis, kami telah mengenal pasti masalah pembelajaran mengenal jenis-jenis buah-buahan tempatan . Analisis ini juga mengambil kira persekitaran pembelajaran, permasalahan pengguna, dan garis masa untuk menyelesaikan projek tersebut. Permasalahan dikenalpasti melalui pemerhatian . Kami mengenalpasti punca masalah tersebut supaya matlamat dan objektif koswer kami dapat dicapai dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pengguna dan juga keperluan pengguna untuk proses pembelajaran berlangsung.

2. Rekabentuk (DESIGN)

Kami telah mencari konsep yang sesuai untuk kanak-kanak dibawah umur 6 tahun untuk menjalankan proses pembelajaran mengenal jenis buah-buahan tempatan. Kami menghasilkan sebuah papan cerita yang lebih terperinci dan prototaip sering dibuat serta rupa reka bentuk grafik, antara muka pengguna dan kandungan ditentukan di dalam proses ini.

3. Pembangunan koswer (DEVELOPMENT)

Dalam pembangunan koswer, banyak yang telah diperbaiki daripada prototaip semasa proses reka bentuk akan dijadikan sebagai produk akhir untuk digunakan oleh pengguna sasaran.

4. Pelaksanaan (IMPLEMENTATION)

Dalam proses pelaksanaan, pelan akan dimasukkan ke dalam tindakan dan prosedur untuk dijadikan latihan kepada kanak-kanak dan guru. Kemudian koswer yang telah dibangunkan akan dihantar dan diagihkan kepada kanak-kanak tersebut. Setelah sampai kepada pengguna akhir, keberkesanan koswer ini dinilai bagi tujuan penambahbaikan di kemudian hari.

4

5. Penilaian (EVALUATE)

Setelah pengguna menggunakan koswer tersebut, penilaian akan dilakukan bagi memastikan kandungan bahan pengajaran yang disediakan bersesuaian dengan tahap kumpulan sasaran iaitu kanak-kanak dibawah umur 6 tahun untuk mengenal jenis-jenis buah-buahan tempatan.

BAB 3 : Penilaian Produk

3.1 Komponen/kriteria Penilaian

Kami telah mengedarkan borang soal selidik ini kepada guru untuk menilai tahap keberkesanan koswer yang telah dibina kepada 10 orang kanak-kanak 6 tahun kebawah sebagai penambahbaikkan .

Bil Item Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju Sangat Setuju

1 Antara muka ramah pengguna (user friendly)

2 Saiz teks yang digunakan sesuai dan mudah dibaca

3 Jenis teks yang digunakan sesuai dan mudah dibaca

4 Pemilihan grafik sesuai dengan kandungan

5 Pemilihan grafik sesuai dan menarik

6 Pemilihan video/animasi/ audio sesuai dengan isi kandungan

7 Menggunakan warna latar belakang yang sesuai

8 Dapat mengekalkan minat

9 Terdapat hala tuju maklumat di setiap halaman

10 Icon/teks navigasi yang memudahkan pengguna

11 Navigasi yang membenarkan pengguna keluar pada bila-bila masa dan di mana jua halaman.

12 Navigasi yang membenarkan penguna mencapai mana-mana halaman tanpa perlu ke menu utama

13 Pengguna tidak sesat semasa meneroka koswer

14 Pengguna mudah untuk mencapai maklumat yang diperlukan

15 Pautan-pautan berfungsi sepenuhnya dengan tepat

3.2 Pengguna yang dinilai

Bil. Nama Umur

5

1. Ida Safzatul Iffa binti Halim 52. Nurul Aishah binti Adnan 63. Nurain binti Mohd Nor 64. Mohd Faiz bin Mahmud 65. Arif Danial bin Omar 56. Nur Fakhirah binti Bahari 57. Muhamad Syafiq bin Rosli 58. Muhamad Shazwan bin Rosli 59. Nur Syamim binti Ramlan 610. Mohamad Aiman binti Ismail 5

3.3 Kekurangan dan Kelemahan Koswer yang anda telah bangunkan.

Antara kekurangan dan kelemahan yang dihadapi semasa menbangunkan koswer ini adalah :

1. Antara muka ramah pengguna (user friendly) yang mendapat kritikan daripada penguna.2. Pilihan jenis audio yang kurang sesuai.3. Jenis tulisan yang kurang menarik.

BAB 4 : Kesimpulan

4.1 Perubahan Papan Cerita

6

PAPAN CERITA KANDUNGAN

Bahagian ini kami telah mengubahsuai sedikit dari segi susun atur butang(button) pilihan tersebut kerana ingin selaraskan dengan latar belakang yang telah kami pilih dan hasilnya adalah seperti dibawah.

Hasil akhir bagi paparan kandungan koswer yang telah dibina.

7

PAPAN CERITA JOM NYANYI

Bahagian ini tidak mempunyai perubahan yang banyak kerana kami tidak memasukan A1 iaitu gambar animasi yang sebelum ini kami rancang untuk memasukkan bersama. Ini kerana kami juga ingin selaraskan dengan latar belakang yang sudah kami pilih. Hasil akhir adalah seperti dibawah.

Hasil akhir bagi paparan jom nyanyi.

8

PAPAN CERITA VIDEO

Bahagian ini kami mempunyai masalah untuk memasukan video kedalam koswer dan kami terpaksa mencari inisiatif lain supaya paparan video ini dapat diwujudkan. Kami menggunakan hyperlink bagi pengguna melihat video yang kami masukkan dan kami juga menyediakan beberapa pilihan video untuk pengguna itu sendiri

memilih.Hasil akhir paparan bagi video.

9

PAPAN CERITA LATIHAN

Bahagian ini kami cuma alihkan kedudukan T23 iaitu jawapan bagi latihan kepada G34 iaitu gambar buah-buahan. Dimana hasilnya adalah seperti gambar dibawah.

Hasil akhir bagi paparan latihan.

10

PAPAN CERITA PAPARAN KELUAR

Bahagian ini kami cuma ganti A2 iaitu animasi kartun kepada latar belakang yang berjenis animasi.

Hasil akhir bagi paparan keluar.

11

4.2 Masalah dan Kekangan yang dihadapi.

Antara permasalahan dan kekanganyang dihadapi dalam penyediaan keseluruhan koswer ini adalah :

1. Kekurangan sumber rujukan yang boleh digunakan untuk membangunkan koswer ini.2. Kurangnya sambutan daripada pihak pengguna terhadap koswer yang telah dibina ini .3. Kekangan masa kerana mempunyai tugasan untuk subjek yang lain.4. Kurangnya kemahiran dalam bidang ini menyukarkan lagi proses pembinaan koswer ini.

4.3 Penyelesaian yang dilakukan.

Beberapa penyelesaian yang dapat dikenalpasti dalam permasalahan penyediaan keseluruhan koswer ini adalah :

1. Mencari contoh-contoh tajuk koswer di dalam internet dan buku kanak-kanak .2. Mendapatkan sokongan yang teguh daripada ibubapa kanak-kanak tersebut untuk menggunakan koswer ini dirumah.3. Membuat pembahagian tugas sesama ahli kumpulan supaya dapat meringankan tugasan dan menjimatkan masa.4.Membuat rujukan dan menelaah contoh pembelajaran kanak-kanak dalam bentuk video dan mempelajarinya dari satu tahap ke tahap seterusnya.

4.4 Cadangan PenambahbaikanAntara cadangan untuk penambahbaikkan koswer ini adalah :

1. Muka ramah pengguna akan diperbaiki supaya memenuhi kepuasan kesemua pengguna yang menggunakan koswer yang telah dibangun tersebut.2. Menggunakan audio yang bersesuaian dengan minat kanak-kanak bagi menarik minat mereka untuk mempelajari buah-buahan tempatan melalui koswer ini.3. Mencari dan menggunakan jenis-jenis tulisan yang menarik supaya dapat mewujudkan keseronokan kepada pengguna.4. Mengasah lagi kemahiran dalam bidang multimedia untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif dan inovatif.

12

LAMPIRAN

Borang soal selidik

Penilaian Terhadap Reka bentuk Antara Muka dan Navigasi

Bil Item Sangat Tidak Setuju

Tidak Setuju

Setuju Sangat Setuju

1 Antara muka ramah pengguna (user friendly)

2 Saiz teks yang digunakan sesuai dan mudah dibaca

3 Jenis teks yang digunakan sesuai dan mudah dibaca

4 Pemilihan grafik sesuai dengan kandungan

5 Pemilihan grafik sesuai dan menarik

6 Pemilihan video/animasi/ audio sesuai dengan isi kandungan

7 Menggunakan warna latar belakang yang sesuai

8 Dapat mengekalkan minat

9 Terdapat hala tuju maklumat di setiap halaman

10 Icon/teks navigasi yang memudahkan pengguna

11 Navigasi yang membenarkan pengguna keluar pada bila-bila masa dan di mana jua halaman.

12 Navigasi yang membenarkan penguna mencapai mana-mana halaman tanpa perlu ke menu utama

13 Pengguna tidak sesat semasa meneroka koswer

14 Pengguna mudah untuk mencapai maklumat yang diperlukan

15 Pautan-pautan berfungsi sepenuhnya dengan tepat

13

Rujukan

Amir Hasan Dawi (2002). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim:Quantum Books.

Chandra Devi (2007). Getting teachers hooked on technology. News Straits Times,24-25.

Chandra Devi (2007). Electronic learning centres for schools. News Straits Times,11.

Gan Siowck Lee (2001). The rhetoric and reality of e-learning. News Straits Times,18-20.

Suraya (2001). Teaching methods for online classroom. News Straits Times, 21-22.Dipetik daripada www.cikgu.net.my , Di luar lingkaran: Melahirkan ‘E-Pembaca’sebagai pilihan pada 17 Januari 2008.

14