12
LAPORAN MENTOR MENTEE KUMPULAN PI080D10 Nama Program : Program Jalinan Ukhwah Tarikh Program : 9 & 10 Februari 2013 ( Sabtu & Ahad ) Tempat Program : Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang Penganjur : Pusat Asasi UiTM Puncak Alam Peserta : Kumpulan PI080D10 Pensyarah Pengiring : Puan Nurul Huda Binti Mohd Noor Ringkasan Perjalan Program : Pada 9 Februari, kami berkumpul di Kolej Angsana pada jaml 8.15 pagi. Tepat jam 9.00 pagi, kami bertolak ke Bentong dengan menaiki bas yang telah disediakan. Atas kesesakan lalulintas yang tidak dapat dielakkan, kami tiba di Dusun Eco Resort pada jam 2.00 petang. Ketibaan kami disambut baik oleh Encik Wan yang merupakan salah seorang staf Dusun Eco Resort.

Laporan Mentor d10 Nurul Huda Binti Mohd Noor

Embed Size (px)

DESCRIPTION

a

Citation preview

  • LAPORAN MENTOR MENTEE KUMPULAN PI080D10

    Nama Program : Program Jalinan Ukhwah

    Tarikh Program : 9 & 10 Februari 2013 ( Sabtu & Ahad )

    Tempat Program : Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang

    Penganjur : Pusat Asasi UiTM Puncak Alam

    Peserta : Kumpulan PI080D10

    Pensyarah Pengiring : Puan Nurul Huda Binti Mohd Noor

    Ringkasan Perjalan Program :

    Pada 9 Februari, kami berkumpul di Kolej Angsana pada jaml 8.15 pagi. Tepat jam 9.00 pagi,

    kami bertolak ke Bentong dengan menaiki bas yang telah disediakan. Atas kesesakan lalulintas

    yang tidak dapat dielakkan, kami tiba di Dusun Eco Resort pada jam 2.00 petang. Ketibaan kami

    disambut baik oleh Encik Wan yang merupakan salah seorang staf Dusun Eco Resort.

  • Selamat tiba di Dusun Eco Resort

  • Bergambar beramai-ramai di perkarangan pintu masuk Dusun Eco Resort

  • Memandangkan perjalanan dari pintu masuk ke kawasan aktiviti Dusun Eco Resort

    adalah sejauh 5 km dan berliku-liku, kami dimaklumkan bahawa kami perlu menaiki trak yang

    disediakan oleh pihak Dusun Eco Resort untuk tiba di kawasan aktiviti tersebut. Secara tidak

    langsung, kami berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan ke

    kawasan tersebut.

    Tiba di Dusun Eco Resort dengan menaiki trak

    Setibanya kami di sana, kami diberi tak taklimat ringkas tentang peraturan dan aktiviti-

    aktiviti yang bakal kami lakukan. Kami berasa amat teruja kerana kami dimaklumkan bahawa

    kami akan melakukan aktiviti-aktiviti yang akan menguji kecekalan dalam menempuh rentas

    halangan seperti aktiviti jungle trekking . Sebelum aktiviti bermula, kami makan tengah hari

    terlebih dahulu. Kemudian, kami mengagihkan kunci bilik kepada setiap ketua kumpulan. Kami

  • diberi masa 30 minit untuk solat dan mempersiapkan diri. Kami memilih untuk menginap di

    chalet kerana ianya lebih selesa dan lebih kondusif.

    Encik Wan memberikan taklimat keselamatan dan aktiviti

  • Makan tengah hari

  • Kawasan chalet

    Aktiviti : Jungle Trekking

  • Kami berjaya tiba di puncak

    Aktiviti jungle trekking memakan masa selama 2 jam. Aktiviti bermula pada jam 4.00

    petang dan tamat pada jam 6.00 petang. Alhamdulillah, setiap halangan dalam hutan tersebut

    berjaya kami hadapi. Aktiviti ini sedikit sebanyak telah meningkatkan keyakinan diri kami dalam

    mengahadapi situasi yang mencabar.

    Selepas itu, kami diberi masa 2 jam untuk solat dan merehatkan diri. Pada jam 8.00

    malam, kami berkumpul semula untuk aktiviti seterusnya iaitu barbeque . Pada masa yang

    sama, kami telah menjalankan dua permainan yang dijalankan secara individu dan

    berkumpulan. Hadiah bagi pemenang juga telah kami sediakan.

  • Aktiviti : Barbeque

  • Aktiviti : Games penyampaian hadiah

    Kami menjalankan aktiviti tersebut sehingga jam 11.00 malam. Alhamdulillah, segala

    aktiviti pada hari Sabtu dapat dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama semua peserta.

    Pada keesokan harinya iaitu pada 10 Februari, Kami berkumpul di Dewan Makan untuk

    bersarapan. Tanpa melengahkan masa, tepat jam 8.30 pagi, kami menjalankan aktiviti flying

    fox . Aktiviti sangat mencabar dan menguji daya ketahanan seseorang. Namun begitu, setiap

    peserta berjaya menjalankan aktiviti ini tanpa rasa takut. Sesudahnya tamat aktiviti ini, kami

  • melakukan aktiviti bebas sehingga jam 11.30 hari. Pada jam 12.30 hari kami bertolak ke UiTM

    Puncak Alam.

    Alhamdulillah, program Jalinan Ukhwah tamat dengan jayanya. Kami sangat berpuas

    hati kerana objektif utama kami menjalankan aktiviti ini iaitu ingin menyemarakkan ukhwah

    dalam kalangan peserta tercapai dengan jayanya. Para peserta juga telah memberikan

    kerjasama dan komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti ini dijalankan.

    Masalah / kekangan yang dihadapi :

    1. Mengikut perancangan yang telah ditetapkan, kami akan tiba di Dusun Eco

    Resort pada jam 11.00 pagi kerana perjalanan dari Puncak Alam ke Bentong

    hanya 2 jam. Namun atas kesesakan lalulintas yang tidak dapat dielakkan, kami

    tiba di Dusun Eco Resort pada jam 2.00 petang, iaitu 3 jam lewat daripada waktu

    yang ditetapkan. Jadi, kami terpaksa makan tengah hari dan bersiap untuk

    aktiviti pada petang itu dengan tergesa-gesa.

    Manfaat program kepada kami :

    1. Dapat mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin dalam kalangan rakan sekelas dan

    mentor.

    2. Dapat memupuk semangat saling bekerjasama antara satu sama lain dalam

    menyelasaikan sesuatu tugasan.

    3. Dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang peserta dalam menghadapi situasi

    yang mencabar.

    4. Memantapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam kalangan

    peserta.

  • Cadangan penambahbaikan / Harapan :

    1. Kami bercadang agar Pusat Asasi boleh meningkatkan lagi jumlah peruntukan yang

    dibiayai agar peserta tidak perlu menambahkan wang mereka sendiri untuk

    menjalankan aktiviti tersebut. Hal ini kerana tidak semua peserta mampu untuk

    menambahkan wang mereka bagi menampung kos aktiviti yang diperlukan.

    Kami berharap agar program yang bermanfaat ini dapat dijalankan dalam tempoh

    yang lebih panjang dan dipenuhi dengan aktiviti- aktiviti yang berfaedah pada masa

    akan datang.

    Disediakan oleh : Nor Sueie Sofea Binti Abdullah

    Jawatan : Setiausaha Program

    No. Pelajar : 2012246086