Laporan Majlis Hari Anugerah Cemerlang

Embed Size (px)

Citation preview

Laporan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Pada 23 Mac 2011 Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba mengadakan Majlis hari Anugerah Cemerlang.Majlis yang bermakna ini telah diadakan di Dewan Semarak. Aktiviti tahunan sekolah ini bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini serta tidak langsung dapat membakar semangat pelajar berkenaan agar terus gigih berusaha. Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar yang lain dapat menjadikan para pelajar cemerlang ini sebagai model. Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh jawatankuasa penganjuran majlis yang terdiri daripada para guru. Guru-guru ini pula dibantu oleh beberapa orang pelajar. Urusan hadiah dan latihan persembahan pelajar dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja menyusun kerusi dan menghiasi pentas dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak dua kali bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Alief bin Mohd Sanusi. Selepas bacaan doa, Pengetua dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah menyampaikan ucapan. Seterusnya, tetamu kehormat, iaitu Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tuan Haji Abdullah bin Saad menyampaikan ucapan sebelum merasmikan majlis.

Seterusnya, acara penyampaian hadiah diadakan. Sebanyak 80 orang pelajar menerima pengiktirafan berdasarkan kategori tertentu, antaranya termasuklah pelajar terbaik setiap kelas, pelajar terbaik bagi setiap tingkatan, pelajar terbaik dalam mata pelajaran tertentu, pelajar cemerlang kokurikulum, pelajar contoh, pelajar cemerlang PMR dan pelajar cemerlang SPM. Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan pentas seperti sketsa, nyanyian, nasyid dan sebagainya oleh para pelajar. Selepas itu, hadiran dipersilakan menikmati jamuan ringan. Secara keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar. Tuan pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak jawatankuasa penganjuran majlis yang bekerja keras untuk memastikan majlis itu berlangsung dangan lancar. Pengerusi jawatankuasa pula mengucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang. Disediakan oleh, k@y@tri (KAYATRI a/p SUBRAMANIAM) Setiausaha Jawatankuasa Penganjuran, Majlis Hari Anugerah Cemerlng, Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba. 27 MAC 2011