40

Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

  • Upload
    vothien

  • View
    268

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr
Page 2: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Isi Kandungan

Kandungan muka surat

Pengenalan 1

Tarikh Lawatan 1

Tempat Lawatan 1

Tujuan Lawatan 1

Fokus Lawatan 1

Hasil Dapatan Lawatan 1

- Penilaian umum

- Penilaian khusus

- Penilaian sampingan

Perbincangan 5

Rumusan Perbincangan 6

Kesimpulan 7

Maklumat gambar (Lampiran)

i

Page 3: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

1. Pengenalan

Dua orang pegawai dari Sabah, iaitu Dr. Chacho Haji Bulah ( Timbalan Setiausaha Hasil

Bumi, Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri) dan Encik Masri Pudin ( Heads of Sawit

Plantations, Sawit Kinabalu) telah ditaja oleh Japan International Cooperation Agency

(JICA) untuk melakukan lawatan ini.

1.1. Tarikh Lawatan

Lawatan ini diadakan pada 20 hingga 26 Oktober 2013

1.2. Tempat Lawatan

Kawasan utama yang dilawati adalah merupakan kilang / syarikat/ institut / pejabat yang

terlibat atau mempunyai kaitan secara langsung dalam industri pemprosesan arang

bambu dan biomass carbonization di Bandar-bandar di Bahagian Fukuoka, Selatan Jepun

iaitu di Bandaraya Yame, Bandaraya Kitakyushu dan Bandar (kawasan Pedalaman) Shimane.

(Peta lakaran tempat dilawati dikepilkan dalam Lampiran Maklumat Gambar)

2. Tujuan Lawatan

Lawatan ini diadakan adalah untuk meninjau dan mendapatkan pendedahan serta

pengalaman mengenai industri pembinaan dan operasi “ Yamasen Pool-type Oven dan

“carbonization technology “ di Fukuoka, Jepun

3. Fokus Lawatan

3.1. Pemprosesan dan penghasilan pelbagai bahan produk dari batang bamboo

3.2. Pemprosesan bahan karbon biomass melalui kaedah Yamasen Pool-type Oven

4. Hasil Dapatan Lawatan

4.1. Penilaian umum:

Lawatan ini memberi pendedahan, pengalaman dan juga perkongsian ilmu mengenai

senario nilai-nilai budaya yang diwarisi dan terus diamalkan oleh orang-orang Jepun,

semangat bekerja,cara hidup mereka dan pendekatan teknologi yang diterapkan oleh

1

Page 4: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

kilang-kilang bertaraf sederhana dalam pengurusan industri bambu dan biomass yang

digunapakai untuk menjana hasil pendapatan dan seterusnya membangun sumber alam

khasnya di Bandaraya Yame dan amnya di negeri Jepun.

4.2. Penilaian khusus

(Lawatan ke kilang pemprosesan bambu)

i) Terdapat dua buah kilang yang dilawati di Yame yang memproses pokok-pokok

bambu, iaitu kilang berskala besar (hanya menggunakan 10 orang pekerja) dan

kilang berskala sederhana (hanya menggunakan 4 orang pekerja). Hasil penilaian

pemerhatian didapati kilang-kilang ini membudayakan penggunaan teknologi

sebagai sumber tenaga . Penggunaan tenaga sumber manusia agak terhad dan

terbatas, iaitu sebagai contohnya, seorang Pengurus Kilang (Factory Manager)

yang berskala sederhana yang mempunyai 4 orang tenaga pekerja tersebut akan

melakukan berbagai jenis pekerjaan, termasuk memandu kenderaan untuk

mengangkut dan meletakkan pokok-pokok bambu untuk dibakar dalam oven

yang dicipta khas oleh kilang tersebut untuk membakar , memproses dan

menghasilkan arang bambu (bamboo charcoal)

ii) Kilang Bamboo Techno Co. Ltd telah dipilih oleh JICA sebagai kajian pemprosesan

arang bambu berskala sederhana dalam lawatan ini. Kilang ini terletak di

kawasan bangunan yang disewa oleh Bamboo Techno berkenaan yang pernah

diduduki oleh murid-murid sekolah menengah di Yame yang mana operasi kilang

hanya dijalankan oleh 4 orang pekerja (seperti yang diterangkan tersebut di

atas). Walaupun kilang ini berskala sederhana dalam melaksanakan operasi

kilang yang menghasilkan arang bambu, ia telah menjalin kerjasama dengan

Kyushu Institute of Technology di Jepun untuk menghasilkan kajian dan

menjadikan produk arang bambu sebagai penyumbang kepada pengekalan

penghasilan alam sekitar yang bersih berkonsepkan “carbonization technology

melalui kaedah biomass Yamasen Pool-Type Oven ”. Adalah difahamkan (melalui

maklumat Pengurus Operasi Kilang Bamboo Techno Co. Ltd yang mengiringi

lawatan kami iaitu Dr. Nobuhiko Yasuda) (maklumat beliau perolehi dari JICA) ;

seramai 2 orang pegawai kanan daripada Sawit Kinabalu Sabah akan

ditempatkan di kilang ini selama 2 minggu pada akhir bulan November 2013

untuk mempelajari Yamasen Pool-Type Oven secara lebih terperinci mengenai

“carbonization technology” yang difahamkan cuba di laksanakan di Sabah

berkonsepkan “ technology-transfer”.

( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )

2

Page 5: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

iii) Semasa lawatan ke kilang pemprosesan arang bambu di kilang Bamboo Techno,

batang bambu yang telah dibakar dalam oven khas diproses dalam 2

peringkat untuk dipasarkan, iaitu dalam bentuk ketulan dan dalam bentuk serbuk

. Arang bambu dalam bentuk ketulan digunakan untuk menyerap kotoran air

untuk menghasilkan air yang bersih berkonsepkan carbonization technology,

sementara arang bambu dalam bentuk serbuk akan diproses selanjutnya untuk

dicampurkan dengan bahan-bahan tertentu untuk menghasilkan berbagai jenis

produk seperti baja, sabun, makanan, plastik mesra alam , piring ( pinggan

mangkuk) dan sebagainya.

( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )

iv) Sisa buangan batang bambu yang tidak diproses untuk dijadikan arang turut

digunakan sebagai bahan pembakar untuk membakar batang bambu dalam

oven di kilang. Ini bermakna, penggunaan produk batang bambu dioptimumkan

secara maksima tanpa ada yang dibuang untuk dijadikan sebagai sampah,

khususnya di kilang yang memngeluarkan dan memproses baja “biomass” yang

dilawati di Shimane yang menggunakan sistem Yamasen.

( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )

v) Tanaman pokok bambu (selain teh hijau) adalah tanaman utama di Yame . Selain

diproses di kilang untuk menghasilkan arang dan serbuk arang bambu, pucuk

bambu juga begitu popular dijadikan sebagai bahan makanan di Yame.

Pentadbiran Yame didapati mengambil pendekatan secara bersungguh-sungguh

untuk mempromosi produk yang dihasilkan oleh pokok bambu ini.

vi) Selain melawat kilang pemprosesan arang bambu, lawatan turut diadakan di

Kyushu Institute of Technology yang mengadakan jalinan rangkaian kerjasama

dengan kilang Bamboo Techno Co. Ltd . Salah seorang ahli akademik Kyushu

Institue of Technology, iaitu Profesor Yoshihito Shirai merupakan tenaga

pengajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) . Pelajar-pelajar beliau dari UPM

(yang mengambil ijazah PhD dan Serjana) kami temui di Kyushu Institute ini.

Sebahagian mereka turut membuat kajian dan penyelidikan mengenai arang

bambu, termasuk “biomass carbonization”.

( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )

3

Page 6: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

4.3. Penilaian sampingan:

i) Keadaan rupa bumi Yame adalah berbukit. Hanya sekitar kurang 10% adalah

tanah rata. Namun, rupa bumi yang berbukit tidak menjadi penghalang kepada

pentadbiran Yame untuk dijadikan sebagai kawasan pelancungan dan kawasan

rekreasi dengan tanaman ladang bunga. Selain tanaman bunga, kawasan rekreasi

tersebut turut ditampilkan dengan berbagai penampilan ukiran kayu yang

berupa ukiran haiwan dan sebagainya. Ini memperlihatkan penampilan daya

imaginasi dan kreativiti yang tinggi yang menarik perhatian pelawat yang datang

ke taman bunga.

( Rujukan lanjut dalam bentuk maklumat bergambar yang diLampirkan )

ii) Penggunaan kawasan tanah di Yame dilakukan secara optimum oleh pentadbiran

Yame. Kawasan yang berbukit ditanami oleh pokok bambu, sementara kawasan

tanah rata yang sedikit jumlahnya ditanami dengan tanaman teh hijau, pokok

buah-buahan seperti limau serta diusahakan secara produktif dengan tanaman

padi. Pentadbiran Yame dilihat mengekalkan konsep “penggunaan tanah secara

optimum” di samping mengekalkan kehijauan alam sekitar. Kawasan sungainya

yang nampak cetek (kecuali pada musim hujan banjir akan berlaku) juga

kelihatan bersih dan tidak bersampah.

iii) Secara umumnya, penduduk Jepun amat berdisiplin. Mereka mematuhi undang-

undang dan peraturan yang cuba dijadikan oleh mereka sebagai satu cara hidup

yang dijadikan amalan dan budaya pemikiran (mind-set). Sebagai kajian contoh,

saya bersama saudaraMasri Pudin ditempatkan di hotel Bandaraya Yame selama

2 hari dan 3 malam. Keadaan Bandaraya Yame begitu sepi. Banyak kedai yang

telah ditutup dan tidak menjalankan perniagaan (Difahamkan ramai penduduk

Bandaraya ini, khususnya golongan remajanya telah berhijrah ke bandar-bandar

utama seperti di Fukuoka, Kitakyushu dan Tokyo) Pada waktu malam, keadaan

jalanraya di Bandaraya Yame hanya digunakan oleh beberapa buah kereta.

Namun, pemandu kereta masih tetap mematuhi peraturan jalanraya untuk

berhenti di hadapan lampu isyarat merah, walaupun pada masa berhenti

tersebut tidak ada pun sebuah kereta yang lalu di hadapannya.

iv) Minuman teh hijau dijadikan sebagai minuman tradisi dan utama di Yame.

Minuman ini juga turut dijadikan sebagai minuman rasmi dalam sebarang

upacara rasmi yang diadakan di pejabat. Sebagai contohnya, semasa meraih

4

Page 7: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

v) sambutan lawatan hari pertama kami ke Bandaraya Yame bersama dengan

Mayor Bandaraya ini, kami hanya disajikan dengan “ secawan teh hijau “ tanpa

kuih. Begitu juga, “teh hijau” sahaja disajikan kepada kami ketika kami

mengadakan perbincangan serta upacara penutupan rasmi lawatan kami pada

hari terakhir di pejabat Mayor Bandaraya Yame berkenaan. Begitu juga, semasa

kami dibawa melawat ke rumah Presiden kilang Bamboo-Tech, kami selaku

tetamunya hanya disajikan secawan “teh hijau”. Ini bermakna,sajian ‘teh hijau”

kepada mana-mana tetamu dalam majlis rasmi merupakan satu penghormatan

dalam menampilkan identiti produk Jepun di sesebuah kawasan yang

berkonsepkan “ Satu kawasan, Satu Produk ”

5. Perbincangan

Satu sesi perbincangan yang merumuskan mengenai lawatan 5 hari ini telah diadakan di bilik

mesyuarat , di pejabat Bandaraya Yame pada 25 Oktober 2013. Sesi perbincangan ini

dihadiri oleh penjawat-penjawat utama yang berkaitan dalam lawatan “Program for

Biomass Carbonization Yamasen Pool-Type Oven” ini, iaitu :

Pengerusi sesi perbincangan :

Mr. Tanaka Hiroyuki,

Director of Partnership Program Division

Japan International Cooperation Agency (JICA ) Kyushu

Ahli-ahli (Malaysia ) :

i) Dr. Chacho Haji Bulah

Pejabat Hasil Bumi,

Jabatan Ketua Menteri

Negeri Sabah

ii) Encik Masri Pudin

Sawit Kinabalu,

Negeri Sabah

Ahli-ahli (Jepun) :

i) Puan Kusako Eiko,

Senior Coordination for International Cooperation

Partnership Program Division

Japan International Cooperation Agency (JICA ) Kyushu

5

Page 8: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

iii) Encik Hiroaki Kondou

(President / Representative Director)

Bamboo-Techno Co.Ltd, Yame-shi Fukuoka

iv) Dr. Nobuhiko Yasuda,

Assistant Research Engineer ,

Bamboo-Techno Co.Ltd, Yame-shi Fukuoka

v) Encik Kamata Hisayoshi,

Representative of Yame City

vi) Encik Kenichi Ezaki,

The Asahi Shimbun (Japan’s Leading Newspaper)

Fukuoka

(Prof. Dr. Yoshihito Shirai, Director of Malaysia Super Satellite Campus. Kyushu Institute of

Technology in University Putra Malaysia (UPM) juga turut hadir pada awal sesi hari

pertama perbincangan dan lawatan (sesi perkenalan) dengan Mayor, Bandaraya Yame yang

diselaraskan oleh JICA . Beliau berkongsi pandangan secara ringkas mengenai pelaksanaan

Biomass Carbonization di UPM yang diseliakan oleh beliau serta cadangan beliau untuk

melawat daerah Kinabatangan di Sabah untuk meninjau ladang kelapa sawit dan keadaan

sungai di Kinabatangan )

6. Rumusan perbincangan

Beberapa pandangan dan cadangan yang telah dikongsikan dalam perbincangan ini telah

dirumuskan seperti berikut :

i) Pihak JICA bersetuju untuk mengkaji cadangan dan pandangan yang diajukan

oleh wakil Sawit Kinabalu, Encik Masri Pudin (turut disokong oleh Dr. Chacho Haji

Bulah) supaya lawatan selama 2 minggu yang berorientasikan latihan yang

diuruskan oleh JICA terhadap 2 orang pegawai Sawit Kinabalu untuk mempelajari

teknologi Biomass Carbonization Yamasen Pool-Type Oven di Yame pada bulan

November 2013 turut diberikan latihan di Kyushu Institute of Technology yang

melakukan penyelidikan mengenai biomass dan arang .

ii) Profesor Yoshihito Shirai yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di

Kyushu Institue of Technology dan di Universiti Putra Malaysia (UPM) didapati

mempunyai banyak pengalaman di Malaysia, khususnya mengenai produk kelapa

sawit yang merupakan penyumbang utama hasil pertanian di negeri Sabah

khasnya dan di Malaysia amnya. Senario produk tanaman kelapa sawit yang

merupakan tanaman pertanian utama di negeri Sabah dan produk utama

6

Page 9: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

tanaman bambu yang terdapat di Yame merupakan dua jenis tanaman yang

amat berbeza. Oleh itu, JICA disarankan supaya dapat menggunakan pengalaman

dan pendedahan Profesor Yoshihito Shirai di Malaysia untuk turut terlibat

dalam proses mengkaji kesesuaian tanaman kelapa sawit untuk tujuan

penghasilan biomass carbonization. Konsep ini dapat diterjemahkan melalui

gabungan kajian dan penyelidikan antara dua institusi pengajian tinggi ini, iaitu

Kyushu Institute of Technology dan UPM.

iii) Lawatan singkat yang hanya memakan masa dua jam ke pejabat eco- town di

Kitakyushu amat berfaedah. Walaupun lawatan ke tempat ini bukan lawatan

utama dalam program yang diadakan ini, namun nilai pembelajaran yang telah

diperolehi adalah berimpak tinggi. Tayang video yang disaksikan mengenai

kejayaan eco-town yang diberikan anugerah “ The Environmental Future City

(2011) dan Bandaraya yang meraih “Environmental Leadership” oleh United

Nation (UN) pada tahun 1992 adalah amat baik digunakan sebagai “benchmark”

kepada Bandaraya lain di dunia, khususnya dari sudut pengurusan alam

persekitarannya yang bersih dan berbudaya “Green Growth City”. Perkara ini

di”highlight” dalam perbincangan.

iv) Ucapan terima kasih disampaikan oleh kedua-dua wakil dari negeri Sabah kepada

pihak JICA dan semua mereka yang terlibat dalam menjayakan program lawatan

ini.

( Mayor Bandaraya Yame turut hadir untuk menyampaikan ucapan ringkas beliau

dan merasmikan penutupan sesi perbincangan)

7. Kesimpulan

Berdasarkan kepada penilaian hasil dapatan lawatan dan juga rumusan sesi perbincangan

tersebut di atas, maka program lawatan ini secara keseluruhannya dapat dianggap memberi

manfaat dari sudut pendedahan, pembelajaran dan pengalaman. Pendedahan,

pembelajaran dan pengalaman yang dapat dijana dan diperolehi adalah dalam bentuk

perbandingan dan berlakunya perbezaan mengenai budaya dan teknologi yang diamalkan

oleh orang Jepun dalam amalan bekerja, khususnya di Yame. Mereka tidak banyak

menggunakan sumber tenaga manusia (mungkin disebabkan kekurangan belia) dan

kekangan ini cuba diatasi dengan menggunakan teknologi (mesin). Seorang pekerja

berstatus “Pengurus” dalam kilang turut melakukan kerja-kerja buruh dengan menyusun

7

Page 10: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

batang-batang bambu dalam “oven” di samping melakukan kerja-kerja dalam pejabat. Oleh

kerana berlakunya perbezaan jenis produk yang dihasilkan di negeri Sabah yang

bersumberkan kelapa sawit berbanding arang bambu yang dihasilkan di Yame, maka

Biomass Carbonization Yamasen Pool-Type Oven memerlukan penyelidikan lebih lanjut,

sebelum projek seperti ini dilaksanakan di negeri Sabah. Salah satu pendekatan ialah

melakukan usaha secara berkolaborasi dan bersepadu dalam melakukan penyelidikan yang

melibatkan tiga organisasi teknikal , iaitu:

i) Sawit Sabah

ii) Kyushu Institute of Technology

iii) Universiti Putra Malaysia (UPM)

Laporan disediakan oleh :

Dr. CHACHO HAJI BULAH

Timbalan Setiausaha Hasil Bumi

8

Page 11: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Maklumat

Bergambar

9

Page 12: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

10

Page 13: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Perbincang mengenai program lawatan dengan wakil

Mayor Bandaraya Yame, Prof. Dr. Yoshihito Shirai dari

Kyushu Institute of Technology dan UPM, wakil dari

Bamboo-Techno Co.Ltd dan wakil dari JICA di bilik

mesyuarat Bandaraya Yame pada 22 Oktober 2013

Perbincangan yang dipengerusikan oleh Encik

Tanakan Hiroyuki (Director of Partnership Program

Division) (JICA Kyushu-Yame) mengenai rumusan

dapatan lawatan dan perkongsian pandangan

/ cadangan- cadangan dengan wakil Mayor

Bandaraya Yame, wakil dari Bamboo-Techno

Co.Ltd dan wakil lain JICA di bilik mesyuarat

Bandaraya Yame pada 25 Oktober 2013

11

Page 14: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Bergambar kenangan pada hari terakhir

lawatan bersama dengan Mayor Bandaraya

Yame (dari kiri Encik Tanakan Hiroyuki, Encik

Hiroaki Kaondou (Presiden Bamboo-Techno

Co.Ltd., Encik Masri Pudin (Sawit Kinabalu) ;

Dr. Chacho Hj.Bulah (Pejabat Hasil Bumi, JKM)

Dr. Nobuhiko Yasuda (Bamboo-Techno Co.Ltd)

dan Mayor Bandaraya Yame

12

Page 15: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Liputan lawatan di akhbar utama Jepun, Asahi Shinbun

Terjemahan : ASAHI SHINBUN bertarikh 22 Oktober 2013

Pemindahan teknologi arang bambu di Malaysia

oleh Kenichi Esaki.

Dua tetamu dari Malaysia membuat lawatan ke Bandaraya

Yame untuk mempelajari tentang teknologi arang bambu

pada 21 Oktober 2013. Mereka ialah Dr. Chacho Haji Bulah

dari Pejabat Hasil Bumi dan rakan beliau, Encik Masri Pudin

dari Sawit Sabah. Jadual lawatan mereka selama seminggu

tertumpu di Bandaraya Yame dan Bandaraya Kitakyusyu.

Menurut Encik Masri, industri utama di Malaysia ialah

kelapa sawit . Beliau menjelaskan bahawa kelapa sawit

adalah merupakan antara penyumbang utama pendapatan

yang produktif .

13

Page 16: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Taklimat perkongsian pengalaman oleh

wakil Bamboo Techno Co.Ltd

Dr.Nobuhiko Yasuda, (Assistant Research Engineer) yang

mewakili Bamboo Techno Co.Ltd sedang menyampaikan

taklimat dan penerangan mengenai perusahaan arang

bambu yang dihasilkan oleh kilang Bamboo Techno

Co.Ltd. Beliau merupakan orang yang banyak diberikan

tanggungjawab menjalankan operasi kilang ini, iaitu

mereka cipta dan mereka bentuk kilang pembakaran

“oven” bambu bagi Bamboo Techno Co.Ltd. Menurut

Dr.Nobuhiko Yasuda , latihan Biomass Carbonization

yang diperolehi oleh beliau dari Yamasen Pool-Type

Oven di Shimane telah banyak membantu beliau

mengembangkan industri arang bambu berskala

sederhana (medium-scale industry) Bamboo Techno

Co. Ltd ini mengenai sistem biomass carbonization.

14

Page 17: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Pokok-pkok bambu di bawah ini adalah

merupakan tanaman utama di Yame, Jepun

15

Page 18: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Batang-batang bambu tua yang sudah dikeringkan

dilonggok untuk diproses (dibakar) dalam oven untuk

dijadikan arang bambu atau serbuk bambu

16

Page 19: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Encik Yoshihiro Umeno, Pengurus Jualan Kilang

Bamboo- Techno Co. Ltd, sedang menyusun batang-batang

bambu yang diangkutnya dari kenderaan pengangkutan

di perkarangan kilang tersebut. Beliau bertugas melakukan

kerja-kerja rutin ini seorang diri tanpa pembantu.

Jentera pengangkut digunakan untuk mengangkat

dan memindahkan batang-batang bambu yang telah

disusun oleh Encik Yoshihiro Umeno untuk diletakkan

dalam oven pembakaran bambu oleh Pengurus Kilang

Bamboo- Techno Co. Ltd, Encik Nobuyoshi Ushizima

17

Page 20: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Batang-batang bambu diletakkan ke dalam

oven pembakaran bambu

Oven ini dapat memuatkan sebanyak 6 ton batang

bambu. Kemudian , ia ditutup dengan penutup khas

samasa pembakaran dilakukan yang mengambil

masa 3-4 hari penuh untuk menghasilkan

sebanyak 2 ton arang bambu.

18

Page 21: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

2 ton arang bambu berupaya menghasilkan 5 buah

karung guni arang bambu . Sebuah karung guni

arang bambu beratnya 400 kilo dengan harga dipasaran

20,000 yen atau RM 600.00. Oleh itu, pendapatn bagi 5 buah

guni arang bambu ialah 100,000 yen (RM 3,000.00)

Sisa-sisa bahan buangan bambu disimpan dan digunakan untuk

membakar batang-batang bambu dalam oven pembakaran bamboo

19

Page 22: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Ketiga-tiga mesin di bawah ini digunakan sebagai

mesin pemprosesan arang bambu oleh Kilang Bamboo-

Techno Co. Ltd untuk memproses serbuk bambu

20

Page 23: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Selain Kilang Bamboo- Techno Co. Ltd yang baru beroperasi selama beberapa tahun yang

dikategorikan sebagai kilang berskala sederhana (medium - scale industry) di Yame ,

terdapat lagi sebuah kilang besar di Yame yang mengusahakan perusahaan pemprosesan

bambu, iaitu Techiban Bamboo Factory . Kilang ini telah beroperasi selama lebih 20 tahun

di Yame. Kilang ini memproses batang bambu berjumlah 2,500 tan setahun yang dibeli

daripada penanam-penaman pokok bambu di sekitar Yame. Kilang ini mampu

mengeluarkan 200 bungkusan arang bambu (serbuk kasar) sehari. Setiap bungkusan arang

bambu beratnya ialah 6 kilogram. Arang-arang bambu yang diproses ini, khususnya

dalam bentuk serbuk kasar digunakan untuk baja pertanian yang berfungsi untuk

menyuburkan tanah dan juga digunakan untuk bahan campuran makanan binatang seperti

lembu, babi dan sebagainya. Selain itu, arang bambu (yang bukan bentuk serbuk kasar)

turut digunakan untuk menyerap bau busuk, membersihkan air dan air sungai yang

dihasilkan dengan gabungan bahan simen. Serbuk arang bambu ini juga digunakan sebagai

bahan campuran untuk menghasilkan produk cuka bambu untuk membunuh serangga,

menghasilkan kosmetik (sabun) yang baik untuk kulit dan digunakan sebagai bahan

campuran mee dan lain-lain.

Techiban Bamboo Factory yang dilawati

21

Page 24: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Techiban Bamboo Factory yang dilawati

22

Page 25: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Berbagai produk batang bambu yang dihasilkan

oleh kilang-kilang pemprosesan bambu di Yame

Arang bambu dalam bentuk serbuk kasar

Arang bambu yang digunakan sebagai

perhiasan yang dijual di pasar raya

Arang bambu yang dijual dengan

harga 650 yen (RM 22.00)

23

Page 26: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Air yang keluar dari paip ini merupakan air sungai yang

dimasukkan dalam tangki air yang mempunyai beberapa

batang arang bambu yang diletakkan di dalam tangki air tersebut .

Air paip ini boleh diminum terus kerana berkeadaan

bersih dan selamat diminum setelah diproses oleh arang bambu

24

Page 27: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Arang bambu yang dicampurkan dengan bahan simen

yang berfungsi untuk membersihkan air sungai

Serbuk atau tepung arang bambu ini mendapat permintaan

pasaran yang tinggi oleh kilang-kilang yang memproses

dan membuat plastic (bio-plastik) yang mesra pengguna.

Harga sekilo bagi serbuk (tepung) arang bambu ini ialah

500 yen (RM 15.00) . Ia mempunyai pelbagai kegunaan

untuk menghasilkan berbagai jenis produk yang digunakan

sebagai bahan campuran untuk menghasilkan berbagai jenis

produk seperti produk cuka bambu untuk membunuh serangga,

menghasilkan kosmetik (sabun) yang baik untuk kulit dan

digunakan sebagai bahan campuran makanan

seperti mee dan bahan campuran untuk menghasilkan

produk plastik yang mesra pengguna dan sebagainya lagi

25

Page 28: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Pemilik kilang Techiban Bamboo Factory sedang menjelaskan

kepelbagaian jenis produk yang dihasilkan oleh arang bambu

semasa kunjungan lawatan diadakan di kilang beliau.

Produk sabun daripada bahan campuran serbuk arang bambu yang

dikatakan begitu popular digunakan dalam kalangan gadis Jepun

26

Page 29: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Gambar kepelbagaian mengenai jenis produk yang

dihasilkan oleh arang (serbuk) bambu

Lawatan ke Kyushu Institute of Technology yang menjalankan

kajian penyelidikan mengenai arang bambu di Bandaraya

Kitakyusyu (di bahagian utara Bandaraya Yame)

27

Page 30: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Profesor Madya Dr. Yoshito Ando yang banyak melakukan

kajian dan penyelidikan di Kyushu Institute of Technology

mengenai Alam sekitar dan Kitar semula sedang memperagakan

mangkuk plastik yang mesra alam dan mesra pengguna yang

mana 50% kandungan plastik ini diperbuat dengan

campuran serbuk arang bambu

28

Page 31: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Dr. Hidayah Ariffin yang berasal dari Malaysia dan Pensyarah Kanan

di UPM dalam bidang Bioprocess Engineering and Environmental

Biotechnology ditempatkan bertugas selama 9 bulan di Kyusyu

Institute of Technology untuk membuat kajian kitaran dan penghasilan

semula bioplastic dan penggunaan sepenuhnya biomas sebagai

“value added-product”. Di samping pengkajian biomass bambu,

beliau turut membuat perbandingan kajian yang melibatkan produk

biomass kelapa sawit (yang dihasilkan di hadapan beliau)

Senarai para pelajar Malaysia dari UPM yang telah menamatkan pengajian

ijazah dan ijazah kedoktoran di Kyusyu Institute of Technology

29

Page 32: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Melawat kilang “Lab” Kyusyu Institute of Technology

Orang ini sedang menghasilkan arang bambu

di kilang “Lab” Institute of Technology

30

Page 33: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Lawatan ke Pool-Oven Type

Biomass Carbonization di Shimane

(Pemprosesan biomass charcoal atau arang biomas

melalui kaedah Yamasen Pool-Oven Type)

Longgokan bahan buangan batang bamboo yang diambil

dari kilang dan pengusaha/penanam pokok bambu

untuk dgunakan sebagai bahan bakar bagi menghasilkan

biomass charcoal atau arang biomas

Tempat pembakaran atau oven

Tempat pembakaran atau oven bahan buangan

pertanian yang mempunyai keluasan 7.5 X 4.5 meter

(Hanya sebuah kilang Biomass jenis pembakaran terbuka

bahan sisa pertanian yang diberi lesen beroperasi di

Negara Jepun seperti ini, iaitu hanya Pool-Oven Type

Biomass Carbonization yang terdapat di Shimane ini)

yang telah beroperasi selama 20 tahun lebih

31

Page 34: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Semua semua bahan buangan pertanian yang tidak digunakan lagi

akan dikumpul dan dibakar secara terbuka (tidak bertutup) di “oven”

ini untuk menghasilkan “biomass carbonization” yang dijual di kilang

-kilang untuk kegunaan sebagai baja tanah pertanian, khususnya tanah

jenis berasidik ( difahamkan arang atau serbuk biomass ini mampu menyerap

dan mengurangkan kandungan tanah berasidik) . “Oven” ini berupaya

memuatkan sisa buangan bahan pertanian seberat 50 ton untuk dibakar

selama 5 hari dan hasil selepas pembakaran ialah 10 ton arang

biomass (Harga sekilo arang biomasa ialah 80 yen (lebih kurang RM 2.65 )

32

Page 35: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Arang biomass yang dihasilkan melalui pembakaran

sisa buangan bahan pertanian dalam oven dalam

bentuk ketulan kasar dan halus

33

Page 36: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Encik Akio Yamamoto atau lebih dikenali sebagai “Yamasen”

merupakan pengusaha utama “biomass charcoal” atau arang

biomas yang satu-satunya diberikan lesen untuk mengusahakan

industri “ biomass carbonization ”di Negara Jepun. Industri yang

diusahakan oleh beliau ini telah pernah di berikan

liputan berita di media televisyen Jepun

Pinggan/mangkuk plastik, kayu penyepit dan mee (berwarna hitam)

di bawah ini dihasilkan dengan campuran daripada bahan arang bambu

34

Page 37: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Encik Akio Yamamoto dan isteri sedang mencuba minuman

teh Sabah sebagai hadiah buah tangan untuk mereka

Menonton tayangan video mengenai sejarah Eko- Town

Bandaraya Kitakyusyu yang pernah meraih anugerah

“ The Environmental Future City (2011) dan Bandaraya

yang meraih “Environmental Leadership” oleh

United Nation (UN) pada tahun 1992

35

Page 38: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Lawatan sampingan ke Taman Rekreasi

Taman Bunga di Bandaraya Yame

36

Page 39: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Ukiran kayu dua ekor kuda dan cendawan di dalam Taman Bunga

Ukiran kayu pelbagai jenis binatang

37

Page 40: Laporan Lawatan Industri Biomass Carbonization di Jepun oleh Dr

Ukiran kayu rantai gergasi dalam Taman Bunga

38