3
Laporan Kuiz IQ Peringkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanah Rata . Pada 16-20 April, diadakan pertandingan Kuiz IQ peringkat sekolah di SJK (T) Tanah Rata. Seramai 74 murid daripada tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan mengikut kelas. Pertandingan ini berbentuk akademik. Tema pertandingan ini adalah Murid Pintar Sekolah Cemerlang . Kami menjalankan pertandingan Kuiz IQ di bawah Persatuan Bahasa Tamil. Kami memilih pertandingan kuiz ini kerana pertandingan ini dapat meningkatkan tahap IQ dalam kalangan murid-murid S.J.K (T) Tanah Rata. Pn. Thavamalar dan Pn. Krishnammal menjadi penasihat bagi pertandingan kuiz ini. Sambutan yang diberikan oleh warga sekolah terhadap pertandingan ini adalah sangat menggalakkan. Pertandingan ini dijalankan selama 3 hari. Pada 18 April, kami melaksanakan kepada murid-murid tahun 3. Seterusnya, pada 19 April, murid-murid daripada tahun 4 menyertai pertandingan ini. Akhir sekali, pertandingan ini dijalankan bagi murid-murid tahun 5 dan 6. Pertandingan kuiz ini dijalankan selama 30 minit. Kami memilih 3 orang murid daripada setiap kelas sebagai pemenang. Pemenang pertandingan kuiz diberikan hadiah pada 23 April semasa perhimpunan. Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Daripada pertandingan kuiz ini, murid-murid meningkatkan pengetahuan am mereka. Kami dapat menerapkan perasaan cinta akan negara dalam diri setiap murid. Murid-murid telah melibatkan diri dengan penuh semangat dalam pertandingan kuiz ini. Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SJK (T) Tanah Rata. Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, Pn. Krishnammal yang banyak memberikan bimbingan kepada kami dalam melaksanakan pertandingan ini dengan sempurna.

Laporan kuiz

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

Page 1: Laporan kuiz

Laporan Kuiz IQ Peringkat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tanah Rata.

          Pada 16-20 April, diadakan pertandingan Kuiz IQ peringkat sekolah di SJK (T)

Tanah Rata. Seramai 74 murid daripada tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dalam

pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan mengikut kelas. Pertandingan ini

berbentuk akademik. Tema pertandingan ini adalah “Murid Pintar Sekolah

Cemerlang”.

Kami menjalankan pertandingan Kuiz IQ di bawah Persatuan Bahasa Tamil.

Kami memilih pertandingan kuiz ini kerana pertandingan ini dapat meningkatkan

tahap IQ dalam kalangan murid-murid S.J.K (T) Tanah Rata. Pn. Thavamalar dan

Pn. Krishnammal menjadi penasihat bagi pertandingan kuiz ini. Sambutan yang

diberikan oleh warga sekolah terhadap pertandingan ini adalah sangat

menggalakkan.

Pertandingan ini dijalankan selama 3 hari. Pada 18 April, kami melaksanakan

kepada murid-murid tahun 3. Seterusnya, pada 19 April, murid-murid daripada tahun

4 menyertai pertandingan ini. Akhir sekali, pertandingan ini dijalankan bagi murid-

murid tahun 5 dan 6. Pertandingan kuiz ini dijalankan selama 30 minit.

Kami memilih 3 orang murid daripada setiap kelas sebagai pemenang.

Pemenang pertandingan kuiz diberikan hadiah pada 23 April semasa perhimpunan.

Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Daripada pertandingan kuiz ini, murid-murid meningkatkan pengetahuan am

mereka. Kami dapat menerapkan perasaan cinta akan negara dalam diri setiap

murid. Murid-murid telah melibatkan diri dengan penuh semangat dalam

pertandingan kuiz ini.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan

oleh Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SJK (T) Tanah Rata. Kami juga

berterima kasih kepada guru penasihat, Pn. Krishnammal yang banyak memberikan

bimbingan kepada kami dalam melaksanakan pertandingan ini dengan sempurna.

Page 2: Laporan kuiz

Disediakan oleh,                                                                 28 Mac 2012

_______________

(VANITHA MUNUSAMY)

Setiausaha Pertandingan Kuiz

SJK (T) Tanah Rata, Cameron Highlands.

_______________

(VIKNESWARI PERUMAL)

Setiausaha Pertandingan Kuiz

SJK (T) Tanah Rata, Cameron Highlands.

Page 3: Laporan kuiz

Lampiran

LAPORAN BERGAMBAR PERTANDINGAN KUIZ IQ

PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012