Click here to load reader

Laporan KBAT

  • View
    270

  • Download
    12

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kemahiran berfikir aras tinggi

Text of Laporan KBAT

  • GGGE 6633

    ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    1

    NAMA DAN NOMBOR MATRIK :

    MUHAMMAD NURHIZAMI BIN ABD RAHIM (P73776)

    SATHIS A/L MANIOM (P69109)

    KOD DAN NAMA KURSUS :

    GGGE 6633 ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    SESI PENGAJIAN :

    2 2013/2014

    TAJUK TUGASAN :

    LAPORAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM MATEMATIK

    NAMA PENSYARAH :

    DR. ROSLINDA BINTI ROSLI

  • GGGE 6633

    ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    2

    KANDUNGAN

    UNIT TAJUK HALAMAN

    1.0 PENGENALAN 3

    2.0 DEFINISI BERFIKIR 4

    2.1 Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) 5

    2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 7

    2.3 Punca Penekanan Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 10

    3.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 11

    4.0 TUJUAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

    DIPERKENALKAN

    12

    5.0 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM

    MATEMATIK

    13

    5.1 Bukan Rutin 14

    5.2 Lembaga Peperiksaan 17

    5.3 Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 18

    5.4 Programme International Student Assessment (PISA) 20

    5.5 Heuristik 21

    5.6 i-Think 23

    6.0 PERANAN GURU DALAM MENINGKATKAN

    KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

    25

    7.0 ISU DAN CABARAN DALAM AMALAN KEMAHIRAN

    BERFIKIR ARAS TINGGI

    26

    8.0 CADANGAN DAN TINDAKAN MENGATASI ISU DAN

    CABARAN

    28

    9.0 KESIMPULAN 29

    10.0 RUJUKAN 30

  • GGGE 6633

    ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    3

    1.0 PENGENALAN

    Perkembangan dan kuasa sesebuah negara ditentukan berdasarkan tahap ilmu dan kemahiran

    yang dikuasai oleh rakyat negara berkenaan. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan

    Malaysia diberi tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran yang

    mantab menerusi system pendidikan yang sistematik. Menyedari perkara ini, Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan kepada konsep kemahiran

    berfikir aras tinggi untuk melahirkan warga negara yang dapat berdaya saing menjelang abad ke-

    21.

    Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran

    berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran berfikir aras tinggi pada kebiasaannya dirujuk

    kepada empat aras teratas dalam taksonomi Bloom, iaitu, mengaplikasi, menganalisis, menilai

    dan mencipta. Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956.

    Taksonomi bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar

    kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko Kemahiran kognitif merupakan domain

    taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki

    kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman,

    aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

    Kemahiran berfikir aras tinggi itu berlaku apabila seseorang itu mendapat maklumat baru,

    menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan

    memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

  • GGGE 6633

    ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    4

    2.0 DEFINISI BERFIKIR

    Berfikir adalah satu proses yang perlu difahami dengan teliti. Menurut kamus dewan edisi

    keempat, berfikir ialah proses menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Kamus dewan

    edisi kedua pula menyatakan bahawa berfikir merupakan amalan bekerja dengan otak untuk

    membuat sesuatu keputusan. Berfikir adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,

    memberi sebab, atau membuat penentuan (Beyer, B.K, 1991) berdasarkan makulamat yang

    diberikan kepada mereka. Menurut Nickerson, Perkins dan Smith (1985), pula menyatakan

    bahawa berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh

    seseorang individu.

    Berfikir juga merupakan proses pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan

    penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu (Fraenkel, J.R, 1980) untuk tindakan selanjutnya.

    Mayer, R.E. (1977) memberi maksud berfikir ialah satu proses yang melibatkan pengelolaan

    operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan

    untuk menyelesaikan masalah.

    Nordin Tahir (PIPP) pula berpendapat pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk

    mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai kemungkinan idea atau

    ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan

    masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

    Pentaksiran George (1970) juga hampir sama dengan pentaksiran Nordin Tahir, dimana menurut

  • GGGE 6633

    ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    5

    beliau pemikiran adalah suatu proses penyelesaian masalah dan pelakuan semula jadi yang

    kompleks.

    Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir berkait dengan pemikiran lateral

    yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, ia juga berfikir untuk melihat

    sesuatu dengan pelbagai pendapat untuk menyelesaikan masalah. Menurut Confucius, seorang

    ahli falsafah Cina, belajar tanpa berfikir adalah sesuatu yang sia-sia manakala belajar tanpa

    berfikir merupakan satu perkara yang sangat berbahaya. Dewey (1944) juga menyatakan bahawa

    berfikir merupakan kaedah pembelajaran pintar dan pembelajaran yang menggunakan minda.

    2.1 Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)

    Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua, iaitu, kemahiran berfikir aras rendah dan kemahiran

    berfikir aras tinggi. Kemahiran berfikir aras rendah ditakrifkan sebagai penggunaan potensi

    minda yang terhad yang berfokus kepada aplikasi rutin. Menurut Senk, Beckman &

    Thompson(1997), kemahiran berfikir aras rendah berlaku apabila pelajar menyelesaikan masalah

    dimana penyelesaian masalah tersebut menggunakan algoritma yamg biasa, tiada justifikasi,

    penerangan atau bukti diperlukan dan hanya satu jawapan sahaja yang betul.

    Schmal (1973) pula mendefinisikan kemahiran berfikir aras rendah sebagai mengingat

    semula fakta, melakukan operasi yang mudah, atau menyelesaikan masalah secara biasa. Ia tidak

    memerlukan pelajar menyelesaikan masalah diluar kebiasaan. Menurut Resnick (1987), ciri

    kemahiran berfikir aras rendah ialah mengingat semula maklumat atau aplikasi konsep atau

  • GGGE 6633

    ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    6

    pengetahuan dalam situasi yang biasa. Thompson (2008) pula berpendapat, secara umumnya

    kemahiran berfikir aras rendah ialah menyelesaikan masalah dalam situasi dan konteks yang

    biasa atau mengaplikasi algoritma yang biasa kepada pelajar.

    Dalam pemikiran aras rendah, penggunaan pemikiran adalah sangat terhad, di mana

    pelajar hanya disogokkan dengan jawapan-jawapan yang menyebabkan pelajar malas untuk

    berfikir. (Som & Mohd Dahlan). Dalam kaedahan pemikiran ini, pelajar akan hanya mengingat

    bahan-bahan yang telah dipelajari daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada

    perbuatan mengingat semula teori yang lengkap.

    Onosko and Newman (1994) & Rajendran (1998) menyatakan bahawa kemahiran berfikir

    aras rendah, pemikiran digunakan secara terhad dan perkara yang mereka fikirkan adalah bersifat

    rutin dan mekanistik. Pelajar hanya perlu mengingat kembali maklumat yang terancang yang

    telah mereka pelajari sebelum ini. Menggambarkan, membandingkan, merumuskan,

    menghubungkait, penyelesaian adalah antara proses yang terlibat dalam kemahiran berfikir aras

    rendah.

    Dalam Model Taksonomi Bloom (1956), kemahiran berfikir aras rendah ialah dua aras di

    peringkat rendah iaitu pengetahuan dan pemahaman. Pengetahuan ialah mengingat kembali

    maklumat yang diterima manakala pemahaman ialah memahami setiap maklumat yang diterima.

    Pendekatan mengajar kemahiran berfikir aras rendah ialah memberi tindak balas terhadap fakta

    di mana maklumat-maklumat penting telah diberi, menulis semula maklumat khusus yang

  • GGGE 6633

    ASAS PENDIDIKAN MATEMATIK

    7

    diketengahkan dalam perkataan sendiri atau menukar bentuk penulisan jenis yang lain tanpa

    menghilangkan fakta yang asal (Barret, 1967) dan seterusnya memproses data.

    Teknik soalan yang digunakan dalam kemahiran berfikir aras rendah adalah soalan

    tertutup. Soalan sebegini terus fokuskan jawapan sahaja berbanding kefahaman dan kemahiran

    pelajar. Antara bentuk soalannya ialah mendefinisi, mengingat, mengulang, menyenaraikan,

    mengenal pasti, mendeskripsi, memberi contoh, membanding dan menghubung kait. Sebagai

    rumusannya, kemahiran berfikir aras rendah boleh dikatakan hanya melibatkan kemahiran

    mengingat semula atau hafalan. Pelajar tidak mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia

    ada untuk menyelesiakan sesuatu masalah.

    2.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

    Kemahiran berfikir aras tinggi ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan

    boleh mempunyai banyak penyelesaian. Hal ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan

    cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seseorang itu perlu lebih

    kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian.

    Kemahiran berfikir aras tinggi adalah merupakan empat aras teratas dalam taksonomi Bloom,

    iaitu, mengaplikasi, menganalisis, menganalisa, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran

    kritial, pemikiran kreatif, pem