22
1 LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS - CONNECTING THE UNCONNECTED (NBOS-CTU) KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM) PENGENALAN KKMM adalah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan dengan Visi, Misi dan Objektif berikut: VISI Masyarakat Terhubung & Berinformasi MISI Menghubung Rakyat Membina Masyarakat Bermaklumat Menggerak Ekonomi Digital Memperkasa Industri Kreatif OBJEKTIF 1. Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dasar-dasar dan perundangan berkaitan keselamatan dan integriti teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia; 2. Menyebar dan memasar maklumat kerajaan di peringkat kebangsaan dan global; 3. Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan industri kandungan secara kreatif dan inovatif; dan 4. Membangun dasar dan program keselamatan maklumat dan infrastruktur komunikasi.

LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

  • Upload
    others

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

1

LAPORAN HASIL INOVASI

INISIATIF NBOS - CONNECTING THE UNCONNECTED (NBOS-CTU) KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM)

PENGENALAN

KKMM adalah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan dengan Visi,

Misi dan Objektif berikut:

VISI

Masyarakat Terhubung & Berinformasi

MISI

Menghubung Rakyat

Membina Masyarakat Bermaklumat

Menggerak Ekonomi Digital

Memperkasa Industri Kreatif

OBJEKTIF

1. Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dasar-dasar

dan perundangan berkaitan keselamatan dan integriti teknologi maklumat,

komunikasi dan multimedia;

2. Menyebar dan memasar maklumat kerajaan di peringkat kebangsaan dan global;

3. Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan industri kandungan

secara kreatif dan inovatif; dan

4. Membangun dasar dan program keselamatan maklumat dan infrastruktur

komunikasi.

Page 2: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

2

LAPORAN INOVASI

1. Latar Belakang Projek

1.1. Inisiatif NBOS - Connecting The Unconnected (NBOS-CTU) atau

dalam Bahasa Melayu, Negaraku: Menghubung Menyatu adalah

merupakan cetusan idea KKMM berdasarkan kesedaran bahawa

masih terdapat sejumlah satu (1) juta penduduk (216,000 isi rumah)

di kawasan pedalaman seluruh Malaysia tiada atau terhad akses

kepada perkhidmatan internet, TV dan radio. Antara sebab utama

yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kerana kawasan

berkenaan tidak mendatangkan keuntungan kepada penyedia

perkhidmatan Komunikasi.

1.2. Tanpa perkhidmatan telekomunikasi tersebut, masyarakat pedalaman

akan terus ketinggalan daripada arus pembangunan negara. Keadaan

ini akan membantutkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan

rakyat sebagaimana yang disasarkan oleh Kerajaan dalam

Rancangan Malaysia dan Wawasan 2020.

2. Objektif Projek

2.1. Justeru, matlamat utama inisiatif NBOS-CTU adalah untuk

memperkasakan sejuta rakyat di kawasan pedalaman melalui

pendekatan "digitising " dan "humanising" atau dalam Bahasa

Melayu “Mendigitalkan” dan “Merakyatkan” penyampaian

perkhidmatan komunikasi agar komuniti berkenaan mendapat akses

kepada

a) maklumat asas dan hiburan;

b) penyampaian perkhidmatan dan pendidikan dalam talian; dan

c) latihan kemahiran serta peluang penjanaan pendapatan

dalam talian.

Page 3: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

3

3. Proses Pelaksanaan Inovasi (in-house)

3.1. Kronologi Cetusan Idea

a) YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha (KSU) dalam Mesyuarat

Pengurusan Tertinggi (MPT), KKMM Bil. 10/2016 bertarikh 25 Mac

2016 (Jumaat) telah mencadangkan supaya satu program yang

dinamakan Connecting The Unconnected (CTU) diwujudkan

menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

(NBOS) memandangkan program berkenaan mempunyai elemen-

elemen NBOS iaitu low cost, high impact dan rapid execution.

Cabutan Minit Mesyuarat MPT Bil 10/2016, 25 Mac 2016

Page 4: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

4

b) Susulan daripada keputusan mesyuarat tersebut, satu Core Team

NBOS-CTU di bawah KKMM telah ditubuhkan dengan Unit KPI,

KKMM sebagai Sekretariat NBOS-CTU. Fungsi utama Core Team

tersebut adalah untuk membincang, memantau dan menilai

cadangan idea dan pelaksanaan NBOS-CTU.

Struktur Organisasi Core Team KKMM

Page 5: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

5

c) Hasil daripada sesi brainstorming dan perbincangan di peringkat

Core Team NBOS-CTU dan Pengurusan Atasan KKMM, satu

kertas kerja cadangan pelaksanaan Inisiatif NBOS-CTU telah

disediakan mengikut Garis Panduan Penyediaan Inisiaitif NBOS-

CTU oleh Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan (NSU

MOF).

Model ERRC dan Strategic Canvas NBOS-CTU

Garis Panduan oleh NSU

MOF bagi Penyediaan Inisiatif

NBOS menggunakan proses

bottom-up

Kertas Cadangan KKMM

bagi Pelaksanan Inisiatif

NBOS-CTU

Page 6: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

6

Kertas cadangan tersebut seterusnya diangkat kepada pihak NSU

MOF untuk proses penilaian melibatkan Panel Penilai Inisiatif

Baharu NBOS mengikut kriteria yang ditetapkan.

Pembentangan Cadangan Inisiatif NBOS-CTU kepada NSU MOF pada 27 Jun 2016

Sesi Perbincangan KKMM bersama NSU MOF

d) Inisiatif NBOS-CTU telah diluluskan dan disenaraikan sebagai

inisiatif baharu NBOS dalam NBOS Summit pada 8 September

2016 yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri.

YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha KKMM bersama ahli Mesyuarat NBOS Summit pada 8 September 2016

Page 7: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

7

4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan

4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan Sasaran

CTU mensasarkan kepada komuniti yang tinggal di kawasan

pedalaman berdasarkan empat (4) kriteria, iaitu:

a) Terpencil – hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan

empat roda, bot dan helicopter;

b) Tiada atau terhad liputan connectivity internet, TV dan radio;

c) Terdiri daripada golongan isi rumah B40; dan

d) Kekurangan perkhidmatan asas seperti kemudahan kesihatan

dan pusat komuniti.

4.2. Perubahan Kehidupan Pendalaman Sebelum dan Selepas

Pelaksanaan NBOS-CTU

Ilustrasi perubahan kehidupan penduduk di kawasan pedalaman

sebelum dan selepas pelaksanaan NBOS-CTU

Page 8: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

8

Memberi akses jaringan connectivity internet kepada penduduk pedalaman

Komuniti pedalaman mendapat akses kepada siaran TV dan Radio membolehkan penduduk menerima informasi terkini dari dunia luar

Sebelum Selepas

Pembangunan infrastruktur telekomunikasi di kawasan pedalaman

Pemasangan peralatan satelit penyiaran melalui kolaborasi bersama ASTRO di bawah NBOS

Menerusi Humanising Communications, CTU membawa perkhidmatan pelbagai Agensi Kerajaan ke kawasan pedalaman.

Page 9: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

9

5. Impak Inovasi terhadap kumpulan sasar / perkhidmatan / jabatan /

agensi / Negara:

5.1. Elemen Inovatif/Kreativiti (Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik)

a) Kaedah Pelaksanaan Inisiatif NBOS-CTU

Berpaksikan pada prinsip NBOS iaitu High Impact, Low Cost,

Rapid Execution dan Sustainable, inisiatif CTU dilaksanakan

melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi, antara lain, adalah

seperti syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telcos

dan ASTRO), Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan NGO

berkaitan.

Senarai peranan Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat

Page 10: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

10

Penggunaan strategi NBOS dalam pelaksanaan NBOS-CTU

dilihat mampu dilaksanakan dengan lebih pantas berbanding

kaedah konvensional dan sekali gus membantu mengurangkan

kos pelaksanaan oleh Kerajaan.

Page 11: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

11

b) NBOS-CTU menggunakan dua (2) pendekatan inovatif dalam

pelaksanaannya bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat

dan terhubung serta meningkatkan taraf hidup penduduk

pedalaman. Kedua-dua elemen tersebut adalah seperti berikut:

“Digitising Communications”

“Digitising communications” yang melibatkan

pembangunan infrastruktur telekomunikasi seperti

pembinaan dan naiktaraf menara telekomunikasi untuk

capaian internet yang lebih tinggi. Menara telekomunikasi

yang dibina atau dinaiktaraf akan digunakan secara

optimum oleh syarikat penyedia perkhidmatan

telekomunikasi (Telcos) yang secara langsung menjimatkan

kos dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi.

Penggunaan optimum menara telekomunikasi oleh

Telcos menjimatkan kos pembangunan infrastuktur

telekomunikasi di kawasan pedalaman

Page 12: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

12

Menerusi NBOS, KKMM juga bekerjasama dengan pihak

ASTRO dalam penyediaan penyiaran digital satelit

(Satellite Broadcasting-ASTRO NJOi dan Televisyen)

secara percuma kepada golongan B40 di kawasan

pedalaman yang layak.

“Humanising Communications”

Manakala, pendekatan “humanising communications”

pula akan menekankan aspek komunikasi bersemuka di

mana rakyat yang terputus hubungan di kawasan

pedalaman dapat ditautkan melalui “touch point” yang

disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan menerusi aktiviti

lawatan dan pemberian bantuan kepada penduduk yang

terdiri daripada golongan B40.

Pemasangan satelit penyiaran NJOi oleh pihak

ASTRO

Menerusi NBOS-CTU, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat memberi perkhidmatan dalam talian bagi pendaftaran kad pengenalan di rumah penduduk

pedalaman.

Page 13: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

13

Berteraskan prinsip NBOS, KKMM tidak bekerja secara

silo tetapi bekerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan

untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh penduduk pedalaman. Contohnya, kerjasama

bersama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) untuk

membaikpulih rumah daif di Hulu Terengganu sempena

pelaksanaan NBOS-CTU.

Penglibatan TLDM dalam program pembaikan rumah daif di bawah insiatif NBOS-CTU

KKMM berkolaborasi dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa touch point kepada penduduk di

kawasan pedalaman di bawah NBOS-CTU

Page 14: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

14

5.2. Elemen Keberkesanan

a) Gambaran faedah yang nyata diperolehi

Menerusi “Digitising and Humanising Communications”,

Rakyat akan mendapat manfaat dari segi akses kepada

perkhidmatan dan sumber maklumat serta peluang penjanaan

pendapatan baharu dalam talian. Ia juga dapat mengurangkan

jurang penyampaian maklumat Kerajaan kepada masyarakat

dan merapatkan hubungan Pemimpin dengan Rakyat selaras

dengan hasrat program CTU untuk „Menghubung Menyatu‟

komuniti pedalaman.

Penghargaan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri KSN dalam

mesyuarat NBOS Summit pada 8 November 2017 dan 16 November 2017 di atas inisiatif

KKMM untuk bekerjasama dengan rakan strategik NBOS bagi memberi bantuan kepada

golongan miskin selain mendigitalkan perkhidmatan telekomunikasi

Page 15: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

15

b) Peningkatan produktiviti/kepuasan dan Penjanaan pendapatan

Menerusi elemen humanising communications di bawah

NBOS-CTU, program pembaikan rumah daif dilaksanakan

melalui kerjasama dengan rakan strategik NBOS dapat

menjimatkan masa dan kos dan membolehkan pemilik rumah

di kawasan pedalaman yang miskin tinggal di rumah yang

selamat dan selesa sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk

merakyatkan perkhidmatan komunikasi.

NBOS-CTU memberi manfaat dari segi akses kepada perkhidmatan dan

sumber maklumat serta peluang penjanaan pendapatan baharu dalam

talian serta mengurangkan jurang penyampaian maklumat Kerajaan

kepada masyarakat dan merapatkan hubungan Pemimpin dengan Rakyat

Page 16: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

16

5.3. Elemen Signifikan a) Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan

b)

c)

d)

Hasil daripada jaringan telekomunikasi yang baik, penduduk dapat

akses kepada maklumat dan perkhidmatan dalam talian internet

bila-bila masa dan di mana jua sekali gus mengurangkan kos dan

masa penduduk pedalaman untuk mendapatkan maklumat dan

perkhidmatan.

Menerusi NBOS, CTU

membawa agensi

Kerajaan seperti

Kementerian Kesihatan

untuk memberi

perkhidmatan

pemeriksaan kesihatan di

rumah penduduk

pedalaman.

NBOS-CTU telah memberi

manfaat kepada penduduk

pedalaman dari segi akses

kepada peluang penjanaan

pendapatan baharu melalui

perniagaan dalam talian.

Page 17: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

17

e) Penjimatan masa/kos/sumber manusia

Bagi KKMM, penjimatan kos melebihi 50% melalui kolaborasi

dengan pihak penyediaan perkhidmatan seperti Telekom

Malaysia dan ASTRO.

Bagi penerima manfaat pula, penjimatan kos dan masa yang

signifikan dari segi akses maklumat dan perkhidmatan dalam

talian.

Proses pencarian maklumat menerusi internet

menjadi pantas dan mudah

Penjimatan kos di bawah program NBOS-CTU

Page 18: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

18

f) Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

Inisiatif NBOS-CTU telah mendapat maklumbalas positif daripada

penerima manfaat di kawasan pedalaman. Berdasarkan hasil

Kajian Keberkesanan Program Menghubung Menyatu (NBOS-

CTU) KKMM 2017 (Penilaian Program Tahun 2016) yang

berpandukan pada strategi ERRC (Eliminate, Reduce, Raise,

Create) di bawah NBOS, KKMM telah mencapai 116% tahap

kepuasan pelanggan di mana 70% (sasaran asal: 60%)

responden amat berpuas hati mengenai pencapaian objektif

program NBOS-CTU bagi pelaksanaan 16 projek perintis NBOS-

CTU pada tahun 2016.

Laporan Kajian Keberkesanan Program Menghubung Menyatu (NBOS-CTU) KKMM 2017

(Penilaian Program Tahun 2016)

Page 19: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

19

5.4. Elemen Relevan

a) Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional

Menghapuskan halangan connectivity dan

mengurangkan digital divide antara masyarakat bandar

dan kawasan pedalaman selaras dengan hasrat

Kerajaan untuk mencapai pembangunan inklusif dan

kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dirancang sejak

RMKe-10;

Sejajar dengan Visi KKMM untuk mewujudkan

masyarakat bermaklumat dan terhubung serta

meningkatkan taraf hidup komuniti di kawasan

pedalaman melalui akses kepada maklumat asas dan

hiburan, penyampaian perkhidmatan dan latihan

kemahiran serta peluang penjanaan pendapatan dalam

talian.

Community Empowerment - membolehkan komuniti

pedalaman turut serta dalam agenda pembangunan

negara hasil daripada penyebaran maklumat dan

medium perhubungan serta komunikasi yang lebih

mudah dan cepat (digital connection dan satellite

broadcasting).

Meningkatkan hubungan mesra antara agensi kerajaan

dan masyarakat setempat serta hubungan antara agensi

kerajaan yang terlibat dalam program melalui NBOS

seiring dengan hasrat inisiatif NBOS-CTU untuk

“Menghubung Menyatu” stakeholder dan pelangan.

Page 20: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

20

6. Pengiktirafan diterima

Inisiatif NBOS-CTU yang diterajui oleh KKMM telah mendapat pujian dan

penghargaan yang tinggi daripada pelbagai pihak atas sumbangannya kepada

penduduk pedalaman di seluruh Malaysia dengan menggunakan pendekatan

inovatif iaitu NBOS dalam pelaksanaannya.

Penghargaan daripada YAB. Timbalan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Ketua

Setiausa Negara dalam mesyuarat NBOS Summit pada 8 November 2017 dan 16

November 2017 di atas inisiatif dan tindakan segera KKMM untuk bekerjasama

dengan rakan strategik NBOS bagi memberi bantuan kepada golongan miskin

selain mendigitalkan perkhidmatan telekomunikasi

Page 21: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

21

PENUTUP

CTU adalah merupakan cetusan idea KKMM berdasarkan kesedaran bahawa masih

terdapat sejumlah satu (1) juta penduduk (216,000 isi rumah) di kawasan

pedalaman seluruh Malaysia tiada atau terhad akses kepada internet, TV dan

radio. Antara sebab utama yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kerana

kawasan berkenaan tidak mendatangkan keuntungan kepada penyedia

perkhidmatan Komunikasi.

Justeru, selaras dengan Visi KKMM bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat

dan terhubung, inisiatif CTU dicadangkan untuk memperkasakan satu (1) juta

penduduk di kawasan pedalaman melalui pendekatan digitising dan humanising

penyampaian perkhidmatan Komunikasi dengan akses kepada maklumat asas dan

hiburan, penyampaian perkhidmatan dan latihan kemahiran serta peluang

penjanaan pendapatan dalam talian.

Penghargaan penduduk kampung kepada Kerajaan atas bantuan pembaikan

rumah daif di bawah NBOS-CTU

Page 22: LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS ...s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2448-insiatif-nbos...7 4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan 4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan

22

Menggunakan Strategi NBOS yang berpaksikan pada empat (4) prinsip iaitu

berimpak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan, KKMM

bekerjasama dengan pelbagai agensi Kerajaan dan syarikat swasta untuk

menyelesaikan masalah dan cabaran untuk meningkatkan kualiti penyampaian

perkhidmatan komunikasi Kerajaan di kawasan pedalaman seluruh Malaysia.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat: Sekretariat NBOS-CTU, KKMM Tel. : 03-8911 5133 Emel : [email protected]