LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS - CONNECTING .LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS - CONNECTING

  • View
    223

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS - CONNECTING .LAPORAN HASIL INOVASI INISIATIF NBOS - CONNECTING

1

LAPORAN HASIL INOVASI

INISIATIF NBOS - CONNECTING THE UNCONNECTED (NBOS-CTU) KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (KKMM)

PENGENALAN

KKMM adalah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan yang diwujudkan dengan Visi,

Misi dan Objektif berikut:

VISI

Masyarakat Terhubung & Berinformasi

MISI

Menghubung Rakyat

Membina Masyarakat Bermaklumat

Menggerak Ekonomi Digital

Memperkasa Industri Kreatif

OBJEKTIF

1. Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan memantau dasar-dasar

dan perundangan berkaitan keselamatan dan integriti teknologi maklumat,

komunikasi dan multimedia;

2. Menyebar dan memasar maklumat kerajaan di peringkat kebangsaan dan global;

3. Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan industri kandungan

secara kreatif dan inovatif; dan

4. Membangun dasar dan program keselamatan maklumat dan infrastruktur

komunikasi.

2

LAPORAN INOVASI

1. Latar Belakang Projek

1.1. Inisiatif NBOS - Connecting The Unconnected (NBOS-CTU) atau

dalam Bahasa Melayu, Negaraku: Menghubung Menyatu adalah

merupakan cetusan idea KKMM berdasarkan kesedaran bahawa

masih terdapat sejumlah satu (1) juta penduduk (216,000 isi rumah)

di kawasan pedalaman seluruh Malaysia tiada atau terhad akses

kepada perkhidmatan internet, TV dan radio. Antara sebab utama

yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kerana kawasan

berkenaan tidak mendatangkan keuntungan kepada penyedia

perkhidmatan Komunikasi.

1.2. Tanpa perkhidmatan telekomunikasi tersebut, masyarakat pedalaman

akan terus ketinggalan daripada arus pembangunan negara. Keadaan

ini akan membantutkan pembangunan inklusif dan kesejahteraan

rakyat sebagaimana yang disasarkan oleh Kerajaan dalam

Rancangan Malaysia dan Wawasan 2020.

2. Objektif Projek

2.1. Justeru, matlamat utama inisiatif NBOS-CTU adalah untuk

memperkasakan sejuta rakyat di kawasan pedalaman melalui

pendekatan "digitising " dan "humanising" atau dalam Bahasa

Melayu Mendigitalkan dan Merakyatkan penyampaian

perkhidmatan komunikasi agar komuniti berkenaan mendapat akses

kepada

a) maklumat asas dan hiburan;

b) penyampaian perkhidmatan dan pendidikan dalam talian; dan

c) latihan kemahiran serta peluang penjanaan pendapatan

dalam talian.

3

3. Proses Pelaksanaan Inovasi (in-house)

3.1. Kronologi Cetusan Idea

a) YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha (KSU) dalam Mesyuarat

Pengurusan Tertinggi (MPT), KKMM Bil. 10/2016 bertarikh 25 Mac

2016 (Jumaat) telah mencadangkan supaya satu program yang

dinamakan Connecting The Unconnected (CTU) diwujudkan

menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

(NBOS) memandangkan program berkenaan mempunyai elemen-

elemen NBOS iaitu low cost, high impact dan rapid execution.

Cabutan Minit Mesyuarat MPT Bil 10/2016, 25 Mac 2016

4

b) Susulan daripada keputusan mesyuarat tersebut, satu Core Team

NBOS-CTU di bawah KKMM telah ditubuhkan dengan Unit KPI,

KKMM sebagai Sekretariat NBOS-CTU. Fungsi utama Core Team

tersebut adalah untuk membincang, memantau dan menilai

cadangan idea dan pelaksanaan NBOS-CTU.

Struktur Organisasi Core Team KKMM

5

c) Hasil daripada sesi brainstorming dan perbincangan di peringkat

Core Team NBOS-CTU dan Pengurusan Atasan KKMM, satu

kertas kerja cadangan pelaksanaan Inisiatif NBOS-CTU telah

disediakan mengikut Garis Panduan Penyediaan Inisiaitif NBOS-

CTU oleh Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan (NSU

MOF).

Model ERRC dan Strategic Canvas NBOS-CTU

Garis Panduan oleh NSU

MOF bagi Penyediaan Inisiatif

NBOS menggunakan proses

bottom-up

Kertas Cadangan KKMM

bagi Pelaksanan Inisiatif

NBOS-CTU

6

Kertas cadangan tersebut seterusnya diangkat kepada pihak NSU

MOF untuk proses penilaian melibatkan Panel Penilai Inisiatif

Baharu NBOS mengikut kriteria yang ditetapkan.

Pembentangan Cadangan Inisiatif NBOS-CTU kepada NSU MOF pada 27 Jun 2016

Sesi Perbincangan KKMM bersama NSU MOF

d) Inisiatif NBOS-CTU telah diluluskan dan disenaraikan sebagai

inisiatif baharu NBOS dalam NBOS Summit pada 8 September

2016 yang dipengerusikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri.

YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha KKMM bersama ahli Mesyuarat NBOS Summit pada 8 September 2016

7

4. Proses Sebelum dan Selepas Pelaksanaan

4.1. Kriteria Pemilihan Lokasi dan Kumpulan Sasaran

CTU mensasarkan kepada komuniti yang tinggal di kawasan

pedalaman berdasarkan empat (4) kriteria, iaitu:

a) Terpencil hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan pacuan

empat roda, bot dan helicopter;

b) Tiada atau terhad liputan connectivity internet, TV dan radio;

c) Terdiri daripada golongan isi rumah B40; dan

d) Kekurangan perkhidmatan asas seperti kemudahan kesihatan

dan pusat komuniti.

4.2. Perubahan Kehidupan Pendalaman Sebelum dan Selepas

Pelaksanaan NBOS-CTU

Ilustrasi perubahan kehidupan penduduk di kawasan pedalaman

sebelum dan selepas pelaksanaan NBOS-CTU

8

Memberi akses jaringan connectivity internet kepada penduduk pedalaman

Komuniti pedalaman mendapat akses kepada siaran TV dan Radio membolehkan penduduk menerima informasi terkini dari dunia luar

Sebelum Selepas

Pembangunan infrastruktur telekomunikasi di kawasan pedalaman

Pemasangan peralatan satelit penyiaran melalui kolaborasi bersama ASTRO di bawah NBOS

Menerusi Humanising Communications, CTU membawa perkhidmatan pelbagai Agensi Kerajaan ke kawasan pedalaman.

9

5. Impak Inovasi terhadap kumpulan sasar / perkhidmatan / jabatan /

agensi / Negara:

5.1. Elemen Inovatif/Kreativiti (Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik)

a) Kaedah Pelaksanaan Inisiatif NBOS-CTU

Berpaksikan pada prinsip NBOS iaitu High Impact, Low Cost,

Rapid Execution dan Sustainable, inisiatif CTU dilaksanakan

melalui kolaborasi dengan pelbagai agensi, antara lain, adalah

seperti syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (Telcos

dan ASTRO), Kerajaan Negeri, Agensi Kerajaan dan NGO

berkaitan.

Senarai peranan Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat

10

Penggunaan strategi NBOS dalam pelaksanaan NBOS-CTU

dilihat mampu dilaksanakan dengan lebih pantas berbanding

kaedah konvensional dan sekali gus membantu mengurangkan

kos pelaksanaan oleh Kerajaan.

11

b) NBOS-CTU menggunakan dua (2) pendekatan inovatif dalam

pelaksanaannya bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat

dan terhubung serta meningkatkan taraf hidup penduduk

pedalaman. Kedua-dua elemen tersebut adalah seperti berikut:

Digitising Communications

Digitising communications yang melibatkan

pembangunan infrastruktur telekomunikasi seperti

pembinaan dan naiktaraf menara telekomunikasi untuk

capaian internet yang lebih tinggi. Menara telekomunikasi

yang dibina atau dinaiktaraf akan digunakan secara

optimum oleh syarikat penyedia perkhidmatan

telekomunikasi (Telcos) yang secara langsung menjimatkan

kos dalam pembangunan infrastruktur telekomunikasi.

Penggunaan optimum menara telekomunikasi oleh

Telcos menjimatkan kos pembangunan infrastuktur

telekomunikasi di kawasan pedalaman

12

Menerusi NBOS, KKMM juga bekerjasama dengan pihak

ASTRO dalam penyediaan penyiaran digital satelit

(Satellite Broadcasting-ASTRO NJOi dan Televisyen)

secara percuma kepada golongan B40 di kawasan

pedalaman yang layak.

Humanising Communications

Manakala, pendekatan humanising communications

pula akan menekankan aspek komunikasi bersemuka di

mana rakyat yang terputus hubungan di kawasan

pedalaman dapat ditautkan melalui touch point yang

disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan menerusi aktiviti

lawatan dan pemberian bantuan kepada penduduk yang

terdiri daripada golongan B40.

Pemasangan satelit penyiaran NJOi oleh pihak

ASTRO

Menerusi NBOS-CTU, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dapat memberi perkhidmatan dalam talian bagi pendaftaran kad pengenalan di rumah penduduk

pedalaman.

13

Berteraskan prinsip NBOS, KKMM tidak bekerja secara

silo tetapi bekerjasama dengan pelbagai Agensi Kerajaan

untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh penduduk pedalaman. Contohnya, kerjasama

bersama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) untuk

membaikpulih rumah daif di Hulu Terengganu sempena

pelaksanaan NBOS-CTU.

Penglibatan TLDM dalam program pembaikan rumah daif di bawah insiatif NBOS-CTU

KKMM berkolaborasi dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk membawa touch point kepada penduduk di

kawasan pedalaman di bawah NBOS-CTU

14

5.2. Elemen Keberkesanan

a) Gambaran faedah yang nyata diperolehi

Menerusi Digitising and Humanising Communications,

Rakyat akan mendapat manfaat dari segi akses kepada

perkhidmatan dan sumber maklu