12
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT NAMA PELAJAR : SAPURA BINTI BISAM PROGRAM : KESIHATAN NAMA SEKOLAH : SK . CORONATION PARK NAMA PROJEK / AKTIVITI : CERAMAH TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI OBJEKTIF : i. Memberi pendedahan kepada warga SKCP dan pelajar cara Gaya Hidup Sihat dan Makanan yang seimbang. ii.Membantu warga sekolah SKCP dan pelajar untuk merancang pemakanan yang boleh menjana minda untuk fizikal dan rohani yang sihat. STRATEGI PELAKSANAAN : i. Program ini akan dijalankan secara PERKONGSIAN PINTAR dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Utara. ii. Pejabat Kesihatan akan menyediakan penceramah jemputan, bahan bahan untuk pameran dan juga pemeriksaan kesihatan sepanjang program ini dijalankan. REFLEKSI : 1

Laporan Gaya Hidup Sihat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Gaya Hidup Sihat

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

NAMA PELAJAR : SAPURA BINTI BISAM

PROGRAM : KESIHATAN

NAMA SEKOLAH : SK . CORONATION PARK

NAMA PROJEK / AKTIVITI : CERAMAH

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI

OBJEKTIF :

i. Memberi pendedahan kepada warga SKCP dan pelajar cara

Gaya Hidup Sihat dan Makanan yang seimbang.

ii.Membantu warga sekolah SKCP dan pelajar untuk

merancang pemakanan yang boleh menjana minda untuk fizikal

dan rohani yang sihat.

STRATEGI PELAKSANAAN :

i. Program ini akan dijalankan secara ’ PERKONGSIAN

PINTAR ’ dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta

Utara.

ii. Pejabat Kesihatan akan menyediakan penceramah jemputan,

bahan – bahan untuk pameran dan juga pemeriksaan kesihatan

sepanjang program ini dijalankan.

REFLEKSI :

Kekuatan projek / aktiviti

1

Page 2: Laporan Gaya Hidup Sihat

i. Mendapat kerjasama yang positif dengan pihak pentadbir

terutama guru besar,penolong kanan serta mentor.

ii. Mendapat kerjasama yang positif dari pihak Kesihatan Daerah

Kinta Utara

iii. Kerjasama yang baik daripada murid dan guru-guru SKCP

Kelemahan projek / aktiviti :

Program ini tidak mengikut seperti yang dirancang kerana

mengalami masalah pertembungan program aktiviti ‘Doktor

Muda” daripada pihak penceramah pada hari yang sama di 5

buah sekolah dalam Negeri Perak ,dan Pihak kesihatan Daerah

Kinta hanya boleh memberi ceramah tanpa penglibatan

pameran dan pemeriksaan kesihatan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

i. Mengadakan minggu kesihatan iaitu selama 3 hari

berbanding 1 hari kerana banyak info yang boleh diperolehi oleh

murid.

ii. Melibatkan ibubapa serta masyarakat sekitar.

KESIMPULAN

Program ini berjaya dilaksanakan walaupun hanya ceramah sahaja

kerana murid kelihatan amat berminat dengan topik ini serta penceramah

memahami audien yang mendengar kerana audien tidak jemu dan bosan.Selain

daripada itu banyak info yang bermaklumat diperolehi untuk warga SKCP yang

boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian mereka untuk kesihatan minda , rohani

dan jasmani.

Saya bersyukur dan berpuashati walaupun terdapat beberapa

kekangan yang timbul ianya dapat diatasi dan dilaksanakan dengan jayanya.

2

Page 3: Laporan Gaya Hidup Sihat

REFLEKSI KESELURUHAN

Penilaian Guru

Hari pertama berada di Sekolah Coronation Park sebagai pelatih guru PGSR amat

bermakna buat saya .Gembira bercampur tekanan. Sekolah yang merupakan tempat

saya praktikal ini mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran.Saya bertukar ke sekolah ini pada tahun 2010 bulan Oktober.

Program ini diwujudkan sejak tahun 1996. Sewaktu itu, program ini masih berada di

skala yang kecil . Mereka menggunakan sebuah kelas sahaja. Guru-guru pula

menggunakan sedikit ruang di dalam kelas tersebut sebagai tempat rehat guru.

Pada permulaan program ini dahulu, hanya terdapat sedikit sahaja pelajar

pendidikan khas. Namun sehingga tahun 2012, mereka berkembang daripada 1

kelas kepada 13 kelas.

Program ini sudah banyak membangun setelah 16 tahun diwujudkan. Jika dahulu,

guru hanya menumpang ruang di dalam kelas pelajar, namun kini mereka sudah

mempunyai bilik rehat guru yang bersama guru perdana. Selain itu, program ini juga

mempunyai 6 orang pembantu pengurusan murid. Mereka membantu guru-guru

dan para pelajar di sini. Mereka membantu guru daripada segi menyediakan salinan

lampiran mengajar, serta membuat tugas-tugas lain. Bagi pelajar pula, mereka

membantu pelajar untuk memesan makanan di kantin dan sekiranya terdapat aktiviti

luar bilik darjah, mereka membantu mengurus murid.

Waktu persekolahan bermula pada pukul 7.40 pagi. Pada kebiasaannya,pada hari

Isnin pelajar-pelajar akan berhimpun di dalam dewan untuk perhimpunan rasmi.

Selepas guru bertugas menjalankan perhimpunan rasmi ,saya melakukan

pemerhatian diseluruh kelas pendidikan khas iaitu KPK Kenanga sehingga KPK1 –

KPK 6 serta innovasi, disamping mengikut jadual waktu mengajar dan masuk ke

kelas mengikut jadual yang disediakan.

3

Page 4: Laporan Gaya Hidup Sihat

Para pelajar kelihatan mesra apabila saya memasuki kelas mereka, Pada hari

tersebut interaksi antara saya dan pelajar-pelajar di sini berkembang dengan positif.

Mereka memberikan kerjasama yang baik dengan saya. Interaksi antara guru pula

baik, disebabkan saya sudah mengenali mereka semasa zaman persekolahan

dahulu. serta mereka juga rakan seperjawatan saya.

Kelas yang ajar ialah kelas KPK Kenanga. Dalam kelas ini, ada 8 orang pelajar.

Namun 4 orang pelajar tidak hadir ke sekolah. Apabila saya masuk untuk

pemerhatian, pelajar-pelajar tersebut kelihatan rajin untuk membuat kerja. 4 orang

pelajar ini dikenali dengan Kalai, Ammar, Kaness dan Tang.Mereka mengalami slow

learner, Palsi ,Down Dindrom dan autism

Di dalam kelas ini, mereka menggunakan papan putih untuk belajar. Penggunaan

papan putih ini, pada pendapat saya amat sesuai untuk pelajar pendidikan khas.

Tulisan yang ditulis di papan putih kelihatan dan mudah dilihat.Di dalam kelas-kelas

pendidikan khas ini juga terdapat rak penyimpanan buku pelajar, rak simpanan

kasut, dan almari. Kelas tersebut juga ceria disamping terdapat beberapa mobil

kenderaan untuk bahan bantu belajar.

Saya merangka kerja untuk program internship saya pada minggu kedua .pada

minggu kedua merupakan minggu UPSR jadi saya tidak boleh mengadakan

ceramah tersebut.Saya merancang mengadakan ceramah pada minggu ke empat

tetapi tarikh belum ditetapkan memandangkan saya tidak mendapat jawapan

daripada penceramah bahagian kesihatan Daerah Kinta utara..

Pada minggu yang ketiga iaitu pada hari Khamis saya telah menghantar surat

kepada Pendidikan Kesihatan Negeri untuk mengadakan ceramah di

sekolah.Setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan tersebut.Saya telah

menyusun tentatif dan jawatankuasa pelaksana bagi program tersebut.(Sila lihat

pamphlet).

Pada hari Rabu saya mendapat jawapan daripada Kesihatan negeri bahawa mereka

tidak dapat mengadakan pameran kerana terlibat dengan program Doktor muda

4

Page 5: Laporan Gaya Hidup Sihat

dengan Kementerian pelajaran Malaysia.Hanya ceramah kesihatan sahaja yang

dapat disampaikan.Namun begitu saya tetap bersyukur kerana pada awalnya saya

risau jika kesemua permintaan saya ditolak.Alhamdulillah.

Pada hari Khamis berlangsunglah program yang direncanakan.Saya amat bersyukur

kerana penceramah tersebut iaitu Cik Aniza dapat menyampaikan ceramah beliau

dengan baik sekali serta mendapat sambutan yang baik daripada murid dan

guru.Banyak info dan maklumat bermanfaat mengenai kesihatan dan pemakanan

yang kami perolehi.Program tersebut berjalan dengan jayanya.

Secara keseluruhannya , saya sangat gembira dan berterima kasih kepada rakan

dan pihak pentadbir kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh

yaya internship.Sepanjang saya disini, dapat diperhatikan bahawa sekolah ini

mampu menjadi contoh sekolah intyegrasi yang baik di mana Kelas Aliran Perdana

dan Kelas Pendidikan Khas dapat bersama-sama dalam pelbagai aktiviti

sekolah.Tahniah saya ucapkan kepada Guru Besar , En.Yusuf Rafael yang

menguruskan sekolah ini dengan baik dan guru besar yang mengetahui banyak

maklumat perjawatan.Beliau amat efisen dalam menjalankan tugas bukan sahaja

dalam bidang pentadbiran namun dalam pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan kepada pelajar amat berkesan.Beliau menjadi role model guru-guru di

sekolah ini.

Dalam bidang Kurikulum ,Hal Ehwal Murid dan kokurikulum segalanya diatur dan

dilaksanakan dengan baik.Saya juga mendapati semangat guru-guru disini mendidik

para pelajar sungguh berkobar-kobar disamping penggunaan ict, kaedah dan teknik

yang digunakan untuk perkembangan inteleketual pelajar ke tahap yang optimum .

Dari aspek infrastruktur dan kemudahan sekolah ,pada pandangan saya kemudahan

– kemudahan ini perlu diberi penambahbaikan dari semasa ke semasa terutama

dari segi keselamatan dan kemudahan prasarana kepada pelajarTerutamanya

kepada pelajar pendidikan Khas dimana terdapat longkang-longkang disekeliling

kawasan sekolah , ianya perlu ditutup agar kemalangan dalam kawasan sekolah

dapat dielakkan.Dalam menjayakan NKRA dibidang Pendidikan, saya cadangkan

5

Page 6: Laporan Gaya Hidup Sihat

agar PraSekolah aliran perdana diwujudkan selain daripada PraSekolah Pendidikan

Khas.Selain daripada ianya sebagai satu cara mendidik permata-permata negara ini

daropada peringkat rendah , kewujudan PraSekolah perdana dapat menambahkan

bilangan pelajar dalam Kelas Kurikulum Sekolah Rendah dari darjah 1 hingga 6.

Selain itu,kemudahan-kemudahan untuk pelajar Pendidikan khas juga sepatutnya

dipertingkatkan bagi membantu para pelajar aliran khas lebih selesa dalam

menuntut ilmu.Antara kemudahan tersebut adalah menyediakan tandas untuk OKU

kerana terdapat beberapa pelajar yang menggunakan kerusi roda.Sekiranya

kemudahan tersebut disediakan , mudahlah bagi pelajar yang berkerusi roda untuk

membuang air kecil dan besar sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada

orang lain.Alangkah baiknya jika kerajaan dapat menyediakan Pegawai Terapi

Pertuturan ataupun Jurupulih fisioterapi di sekolah ini.

Kesimpulannya ,saya mendoakan agar SKCP ini dapat terus berkembang maju

kehadapan dalam menghasilkan anak bangsa yang cemerlang dan mampu bersaing

dipersada dunia dan akan terus cemerlang dan gemilang pada masa

hadapan.Secara kesimpulannya ,Program Internship yang dilaksanakan

memberikan kebaikan kepada saya kerana disamping pengetahuan yang sedia ada

dimana ianya dapat diasah dalam diri saya malah ianya juga mengeratkan

hubungan saya dengan pengurusan sekolah dan semua guru sejawatan.

6

Page 7: Laporan Gaya Hidup Sihat

RANGKA KERJA INTERNSHIP PELATIH PGSR

Bil Tarikh Perancangan

1. Minggu 1

( 3-7 September .

2012)

i.Berjumpa dengan Mentor serta pentadbir untuk

mendapat maklumat mengenai pengurusan sekolah.

2. Minggu 2

( 9-13 September

2012)

ii. Mendapatkan maklumat mengenai murid.

ii.Merancang program yang akan

dilaksanakan.Berbincang dengan mentor.

3. Minggu 3

( 17-20 September

2012)

i.Menyiapkan kertas kerja dan mendapatkan

pengesahan daripada pihak Kesihatan Daerah Kinta

Utara.

ii.Menghantar surat jemputan penceramah

4. Minggu 4

( 23-29 September

2012)

i.Berbincang bidang tugas AJK pelaksana

ii.Program dijalankan.

5. Membuat laporan refleksi.

............................................ ......................................

Tandatangan guru Tandatangan Mentor

7

Page 8: Laporan Gaya Hidup Sihat

Gambar sekitar aktiviti program Gaya Hidup Sihat

Juruacara sedang membacakan biodata penceramah

Cik Aniza ,penceramah sedang berinteraksi dengan pelajar.

Tanda terima kasih daripada pihak sekolah

8

Page 9: Laporan Gaya Hidup Sihat

Antara poster dan modul yang di bawa oleh penceramah.

poster

9