21
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL 2 Semester 2 -2013/2014 TAJUK UJIKAJI 10: PROJEK LITAR 7 LED STEPS LIGHT BBL 20503-KEMAHIRAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK NAMA PENSYARAH :SITI IDZURA BT YUSUF LAPORAN AMALI MAKMAL TUGASAN INDIVIDU NAMA PELAJAR :ZURINA BT ZAHARI

Laporan amali elektronik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

yes

Citation preview

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIAFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL2 Semester 2 -2013/2014

TAJUK UJIKAJI 10: PROJEK LITAR 7 LED STEPS LIGHTBBL 20503-KEMAHIRAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIKNAMA PENSYARAH :SITI IDZURA BT YUSUFLAPORAN AMALI MAKMALTUGASAN INDIVIDU

NAMA PELAJAR:ZURINA BT ZAHARINO.MATRIKS: DB110737OBJEKTIF AM:1. Melakukan kerja amali Projek Litar 7 Led Steps Light mengikut proses yang betul2. Menggunakan alatan tangan yang betul dalam proses Amali Projek Litar 7 Led Steps Light3. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk menyiapkan proses amali.

OBJEKTIF KHUSUS:1. Mengetahui proses etching2. Mengetahui proses drilling3. Mengetahui proses pematerian4. Memasang komponen pada Litar PCB5. Menguji litar PCB

PENGENALAN:Projek Litar 7 Led Steps Light merupakan projek elektronik yang memerlukan kemahiran membaca dan memahami lukisan skematik dan menyediakan litar pada PCB( Printed Circuit Board ). Lukisan skematik ialah lukisan yang dilukis menggunakan simbol komponen dan memindahkan hasil baca pada litar PCB. Litar PCB yang dihasilkan untuk projek ini memerlukahan kita memindahkan lukisan skematik pada PCB dengan cara melukisan dengan menggunakan permanent marker diatas PCB. Setelah PCB dilukis dengan litar proses etching dilakukan untuk menimbul litar yang dilukis dipermukaan PCB. Ketelitian untuk menghasilkan litar pada PCB perlu untuk menghasilkan lukisan yang dilukis sempurna Sebarang kesilapan membuat membuat garisan pada PCB perlu dielakkan untuk memastikan projek yang dihasilkan kelak berfungsi. Selepas proses etching selesai, PCB yang dicelup dalam larutan diangkat dan dilapkan. Kemudian proses menanggalkan garisan permanent markel dengan larutan thinner dengan cara menggosokkannya. .Setelah garisan litar terhasil pada PCB proses menebuk lubang pada litar dilakukan . Proses ini dilakukan untuk membolehkan kaki komponen dipasang. Setelah kaki komponen dipasang, kerja pematerian dilakukan.

PROSES -AMALI PROJEK LITAR 7 LED STEPS LIGHT1. Melihat dan memahami gambarajah litar Bahan yang diperlukan Maklumat yang diberi dalam litar

Rajah: Litar skematik

2. Senarai bahan komponen elektronik

BILNAMA BAHANKETERANGAN

1Kapasitor (50v) -Berfungsi untuk menyimpan dan membuang cas

-Keupayaan kapasitor untuk menyimpan cas elektrik ini disebut kapasitan

2.LED

-Diod pemancar cahayaadalah diod yang boleh menyala apabila arus elektrik mengalir melaluinya. -L.E.D adalah singkatan bagi Light Emitting Diod

3.Suis

-Suis tekan On/Off

-Berfungsi membuka dan menutup litar

4.Perintang boleh laras

-Perintang boleh laras, juga dipanggil potentiometer mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah dari kosong sehingga maksimum mengikut nilainya.

5.Perintang Tetap-Perintang 1.5 kilo ohm-Perintang 510 ohm -Perintang ataupun resistor dalam Bahasa Inggeris adalah komponen yang memberi rintangan terhadap aliran arus dan menghasilkan voltan susut merentasinya-Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang tidak boleh diubah-Nilai perintang diukur dalam unit ohm.

6.IC 555 -Pada dasarnya aplikasi utama IC NE555 ini digunakan sebagai Timer (Pewaktu) dengan operasi rangkaian monostable dan Pulse Generator (Pembangkit Pulsa) dengan operasi rangkaian astable. Selain itu, dapat juga digunakan sebagai Time Delay Generator dan Sequential Timing.

7.Kapasitor Tanpa Kutub

-Mempunyai 2 kaki yang tidak mempunyai kekutuban-Bersaiz kecil dan menyimpan cas elektrik yang sedikit-Contoh kapasitor tanpa kutub ialah kapasitor seramik dan kapasitor mika

8.IC 4015

-Terdiri daripada beberapa komponen elektronik yang membentuk satu litar lengkap atau separa lengkap dalam satu pakej yang kecil-Fungsinya adalah untuk mengecilkan saiz litar yang kompleks supaya dapat menjimatkan ruang

9Bateri 9 Volt -Sumber bekalan kuasa

10.Multimeter Analog

-Menguji keterusan litar

3. Peralatan yang digunakanBIL.NAMA ALATKETERANGAN

1.Drilling machine

-Menebuk lubang pada PCB (Printed Circuit Board )

2.Playar Pemotong Sisi -Memotong dan menjalur wayar

3.Penjalur wayar spring

-Menjalur dan memotong wayar

4.Pemateri

-Digunakan untuk mencairkan bahan pateri

5.Pemegang Alat Pemateri

-Digunakan untuk memegang alat pemateri

yang panas

6Pemegang Bod Litar

-Digunakan untuk memegang bod litar yang mengandungi komponen untuk dipateri

7Penyedut Bahan Pateri -Digunakan untuk menyedut bahan pematerian ketika kerja-kerja pembetulan litar dilakukan

8.Fluks(Bahan lakur )

Berfungsi untuk mencegah terjadinya oksida pada permukaan logam bod litar yang dipaterikan, membersihkan logam bod litar yang hendak dipateri dan memudahkan pateri yang cair mengalir .

4. Langkah KerjaLangkah 1

-Dapatkan bahan projek ( Litar PCB, Kertas las dan Kertas karbon

-Permukaan litar PCB digosok dengan kertas las-Kertas karbon digunakan untuk menekatkan gambar litar

Langkah 2

-Dapatkan litar skematik

-Tekapkan gambar litar dengan kertas karbon pada litar PCB

-Hitamkan garisan litar yang ditekap dengan menggunakan permanent marker

-Pastikan garisan dihitamkan mengikut garisan litar yang dibekalkan dengan teliti

Langkah 3

-Etching litar PCB beberapa minit dalam larutan.-Lihat semula litar PCB yang direndam,lapkan dengan kain kering-Jika garisan putus, PCB dilapkan dan dihitamkan dengan permanent marker sekali lagi dan diremdamkan dalam larutan-Selepas proses etching berjaya dibuat, PCB dilapkan dengan larutan thiner untuk menanggalkan garisan permanent marker dengan menggosok dipermukaan PCB.

Langkah 4

--Proses menebuk lubang pada Litar PCB dengan menggunakan drilling machine.

-Proses ini dilakukan untuk membolehkan komponen dipasang pada litar PCB

-Proses ini dilakukan dengan penuh hati-hati untuk memastikan proses penebukan lubang dilakukan dengan kemas

Langkah 5

-Pemasangan kaki komponen pada PCB berpandukan litar skematik-Pemasangan kaki komponen mestilah mengambil kira kekutuban kaki komponen

Langkah 6

-Setelah semua kaki komponen dipasang dilitar PCB , Kerja pematerian dilakukan.

-Pematerian dilakukan supaya proses sambungan atau cantuman kaki komponen dan litar PCB kekal.

-Pastikan bahan pateri yang digunakan tidak memasuki garisan litar yang lain

-Pastikan kaki komponen dan tamatan dipateri dengan kemas

Langkah 7

-Kaki komponen yang siap dipateri dilitar PCB

-Setelah ujian litar dengan menggunakan bateri 9v, litar yang dipasang tidak dapat berfungsi disebabkan masalah pada litar yang terputus

-Semasa proses penebukan litar PCB, jarak antara lubang yang jauh menyukarkan untuk kaki IC memasuki dengan tepat.

5. Langkah Keselamatan

1. Memakai kasut getah keselamatan di dalam bengkel.2. Gunakan alatan yang betul untuk tugasan tertentu3. Simpan alat di tempat yang betul selepas digunakan4. Bersihkan bengkel selepas digunakan5. Pastikan semua suis elektrik ditutup sebelum meningglkan bengkel6. Pastikan tangan tidak basah semasa mengendalikan alatan elektrik7. Jangan terlalu membebankan litar elektrik dengan menyambung banyak perkakas elektrik dalam satu soket

KESIMPULAN:Proses membuat Projek Litar 7 LED Steps Light merupakan satu proses yang mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Untuk menghasilkan litar projek, kerja memindahkan litar skematik pada litar PCB dengan cara menekap gambar litar pada PCB. Litar yang ditekap dihitamkan dengan satu lapisan menggunakan permanent marker pada litar PCB. Setelah memastikan semua garisan telah dihitamkan., Proses etching dilakukan, untuk memastikan lapisan logam yang tidak diperlukan dibuang. Proses ini mengambil masa, untuk menghilangkan lapisan logam. Litar PCB yang siap etching dilapkan dan kemudian digosok dengan thiner untuk menghilangkan permanent marker. Litar PCB melalui proses menebuk lubang. Kerja pemasangan komponen dilakukan dan kemudian kaki komponen dipateri.

Proses membuat projek , memerlukan kemahiran membaca litar skematik dan mengenal kekutuban kaki komponen dan kemahiran mengguna alat pematerian. Kemahiran ini mestilah dikuasai untuk mendapat hasil kerja yang baik dan projek yang dihasilkan berfungsi.

Melalui projek ini secara tidak langsung kami mendapat pengetahuan bagaimana proses etching dilakukan. Di sekolah litar PCB yang digunakan oleh pelajar telah siap ditebuk lubangnya. Kami puas walaupun hasil kerja tidak berfungsi disebabkan masalah pemasangan IC, tetapi kerja pemasangan komponen dan kerja pematerian kami lakukan dengan baik

Rujukan

1.

.