4
15 Langkah mengatasi pencemaran udara Pengunaan Teknologi moden Pendedahan media massa kepada rakyat Penganjuran kempen-kempen Penganjuran aktiviti- aktiviti untuk melindungi alam sekitar di Penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

15

Langkah mengatasi pencemaran udara

Pengunaan Teknologi moden

Pendedahan media massa kepada rakyat

Penganjuran kempen-kempen

Penganjuran aktiviti-aktiviti untuk melindungi alam sekitar di sekolah

Penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum

Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Page 2: Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

16

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pertama, salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran udara ialah

penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar

adalah amat penting. Dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah

dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang

perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil

daripada penggunaan teknologi moden. Hal ini dapat mengurangkan kandungan

plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil

merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan pengurangan pencemaran

udara.Jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang

mencemarkan alam sekitar dengan adanya teknologi moden.

Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum

juga merupakan salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran udara.

Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja

dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk

rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah

mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat, cara

yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini

perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.

Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang

betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Hal ini kerana

mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu

perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.

Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini

media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara

pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa

tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam

Page 3: Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

17

menanggani masalah pencemaran. Antara media massa yang memainkan

peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.

Keempat, salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran udara adalah

dengan mengadakan kempen melindungi alam sekitar.Kempen ini adalah

sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang

melindungi alam sekitar ialah kempen sahabat alam dan sebagainya. Kempen-

kempen ini dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada peserta-

pesertanya.

Kelima,penganjuran pelabagai aktiviti untuk melindungi alam sekitar

juga merupakan salah satu langkah untuk mengatasi pencemaran.Aktiviti-aktiviti

seperti pameran tentang alam sekitar boleh diadakan untuk menyampaikan

maklumat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-

kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran

kepada masyarakat. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran di

samping juga dapat mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.