5
Langkah-langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik Pemandangan indah di Tasik Kenyir Negara kita sememangnya sangat terkenal dengan keindahan flora dan faunanya dikalangan para pelancong baik dari dalam negeri mahupun dari luar negeri. Banyak panorama dan pengalaman menarik yang boleh dinikmati seperti rangkaian pantai-pantai, taman-taman negara, hutan-hutan simpan, tasik-tasik dan sebagainya yang menyerlahkan keunikannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, keindahan ini tidak dapat lari daripada isu-isu alam sekitar yang saban hari terpampang dan tersiar di pelbagai media cetak dan elektronik seperti pembalakan haram, pencemaran alam sekitar, pengeboman ikan dan sebagainya. Begitu banyak isu dan permasalahan yang melibatkan alam sekitar di negara kita. Malahan di seluruh dunia sekalipun. Apakah yang menyebabkan semua permasalahan ini? Mengapa mesti berlaku kemusnahan khazanah alam yang sebenarnya lebih awal wujud di muka bumi ini sebelum kewujudan manusia? Banyak lagi persoalan- persoalan yang bersangkut paut dengan alam sekitar. Tidak dapat lari daripada isu-isu seperti ini ialah tasik-tasik. Sebarang elemen (sama ada semulajadi atau akibat aktiviti manusia) yang mengganggu keseimbangan tasik, akan memusnahkan ekosistem tasik berkenaan. Hakikatnya, walau apa jua isu dan masalah yang mengancam ekosistem tasik itu, langkah- langkah pemuliharaan dan pemeliharan perlu diambil oleh semua pihak di setiap peringkat. Nilai-nilai pembangunan lestari perlu diletakkan sebagai kepentingan utama oleh para pemaju dan

Langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik

  • Upload
    fisju

  • View
    57

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

writing

Citation preview

Page 1: Langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik

Langkah-langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik

Pemandangan indah di Tasik Kenyir       Negara kita sememangnya sangat terkenal dengan keindahan flora dan faunanya dikalangan para pelancong baik dari dalam negeri mahupun dari luar negeri. Banyak panorama dan pengalaman menarik yang boleh dinikmati seperti rangkaian pantai-pantai, taman-taman negara, hutan-hutan simpan, tasik-tasik dan sebagainya yang menyerlahkan keunikannya yang tersendiri.

       Walau bagaimanapun, keindahan ini tidak dapat lari daripada isu-isu alam sekitar yang saban hari terpampang dan tersiar di pelbagai media cetak dan elektronik seperti pembalakan haram, pencemaran alam sekitar, pengeboman ikan dan sebagainya. Begitu banyak isu dan permasalahan yang melibatkan alam sekitar di negara kita. Malahan di seluruh dunia sekalipun. Apakah yang menyebabkan semua permasalahan ini? Mengapa mesti berlaku kemusnahan khazanah alam yang sebenarnya lebih awal wujud di muka bumi ini sebelum kewujudan manusia? Banyak lagi persoalan-persoalan yang bersangkut paut dengan alam sekitar.                 Tidak dapat lari daripada isu-isu seperti ini ialah tasik-tasik. Sebarang elemen (sama ada semulajadi atau akibat aktiviti manusia) yang mengganggu keseimbangan tasik, akan memusnahkan ekosistem tasik berkenaan. Hakikatnya, walau apa jua isu dan masalah yang mengancam ekosistem tasik itu, langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharan perlu diambil oleh semua pihak di setiap peringkat. Nilai-nilai pembangunan lestari perlu diletakkan sebagai kepentingan utama oleh para pemaju dan pengusaha yang terlibat dalam pelbagai projek pembangunan sosioekonomi.

Pencemaran yang mengancam ekosistem tasik

Page 2: Langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik

       Terdapat beberapa usaha yang boleh diambil bagi mengatasi masalah kemerosotan ekosistem tasik di negara kita. Dalam hal ini, antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah seperti ;

1) Langkah perundangan.

i) Penguatkuasaan undang-undang.

- laksanakan pengawasan dan pemantauan teliti, tindakan tegas termasuk mengenakan denda dan kompaun, tarik balik lesen operasi, penjara terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati mencemarkan sumber-sumber air tasik sama ada pengusaha kilang, petani, penternak, pemilik restoran, orang perseorangan dan sebagainya.

Logo JAS- dilaksanakan oleh JAS selaku agensi kerajaan yang bertanggungjawab dan diberi kuasa sepenuhnya di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.- kerjasama daripada pihak kerajaan yang lain dan agensi bukan kerajaan (NGOs) serta pihak media sepeti TV3 amat perlu dalam memantau, mengawal-selia dan melaporkan segala aktiviti ekonomi yang dikenalpasti berpotensi mengancam ekosistem sesebuah tasik.- ini sangat penting agar langkah pencegahan di peringkat awal dapat diambil.- untuk itu, JAS perlu cepat bertindak terhadap setiap laporan yang dikemukakan.

ii) Mewartakan tasik-tasik sebagai taman perlindungan - Tasik Chini, Tasik Kenyir, Taman Tasik Pergau, Taman Tasik Permaisuri (Cheras, KL) dsb.

2) Langkah pengurusan strategik

i) Merawat air tasik yang tercemar khususnya akibat pencemaran sisa kilang dan air kumbahan.

ii) Menyedia dan memperbanyakkan loji rawatan air- dalam hal ini, hanya air yang telah dirawat sahaja dibenarkan dialirkan semula ke dalam tasik.- loji perawatan ditempatkan di sekitar tebing tasik.

iii) Menyediakan sistem perangkap sampah yang efisien- perlu utk bersihkan sungai dan seterusnya menyekat aliran sampah daripada memasuki sistem tasik melalui sungai-sungai.

iv) Pihak pengusaha kilang-kilang perlu bertanggungjawab supaya tidak menjadikan tasik  sebagai tempat pembuangan sisa industri mereka.- sisa efluen dirawat di tempat khusus dan bukannya dibuang terus ke dalam tasik.

v) Mempertingkatkan usaha R&D serta teknologi.

Page 3: Langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik

- perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk mewujudkan teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian yang tidak mencemarkan air tasik bagi menjamin sumber-sumber air tasik yang bersih di masa hadapan.

Kempen kesedaran alam sekitar

3) Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.- perlu untuk menyedarkan segenap lapisan masyarakat tentang kepentingan menjaga dan memelihara tasik dan air tasik sebagai sumber penerus kepada kehidupan.- kempen "Hargailah Air", "Sungaiku Hidupku", "Cintailah Sungai Kita" "Cintai Alam Sekitar", Sambutan Hari Air Sedunia dan sebagainya.- pendidikan formal dan tidak formal - di sekolah-sekolah, diterapkan dalam subjek tertentu spt Geografi, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, dsb., tubuhkan pasukan pengawas alam sekitar, Kelab Pencinta Alam, dsb- anjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti gotong-royong membersihkan tasik, aktiviti riadah dan sukan air agar mendatangkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air tasik dan ekosistem tasik kepada persekitaran kita.

Kempen Cintailah Alam Sekitar

Page 4: Langkah Mengatasi Kemerosotan Ekosistem Tasik

Debat Alam Sekitar

Pasukan Rakan Alam Sekitar

Kesimpulannya, semua pihak harus berasa bertanggungjawab dalam memastikan suber air tasik dan ekosistemnya terus terpelihara seiring dengan pembangunan yang giat bagaikan 'cendawan tumbuh selepas hujan'.