LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

  • View
    221

  • Download
    2

Embed Size (px)

Text of LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

1

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

OBJEKTIF AM

UNI T

1

Memahami bengkel.

dan

mengetahui

amalan

keselamatan yang diamalkan di kilang dan di

OBJEKTIF KHUSUSDi akhir unit ini anda dapat : Menerangkan kepentingan keselamatan diri di kawasan kilang dan bengkel. Menyatakan apakah faktor penyumbang kepada kemalangan dan bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Menghuraikan bagaimana amalan keselamatan dapat dipraktikkan secara efektif dalam pengendalian alat dan mesin di kilang dan di bengkel.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

2

INPUT1.0 PENGENALAN UTAMAKAN KESELAMATAN Seperti mana yang anda lihat di mana-mana kilang, bengkel, tapak bina, tapak ujian dan di pelbagai premis yang memerlukan kesedaran keselamatan yang tinggi dikalangan pengguna dan pengunjungnya. Kenyataan tersebut dibuat dalam bentuk papan tanda yang besar atau dilukis dengan jelas dan terang di dinding-dinding premis tersebut. Secara tidak langsung, kenyataan tersebut menggambarkan satu bentuk peringatan yang keras dan jelas berhubung pentingnya aspek keselamatan diutamakan di premis-premis tersebut. Apa yang membuatkan keselamatan diberikan penekanan yang lebih adalah kerana persekitaran dan keadaan premis tersebut biarpun dalam keadaan tenang tetapi jika tidak diuruskan dan dioperasikan dengan berhati-hati, ia dengan mudah mengundang bencana besar kepada penggunaannya.

1.1

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN. Kecuaian : Kemalangan sering berlaku disebabkan oleh kecuaian, oleh itu tumpuan terhadap kerja amat penting untuk menghindarkan daripada berlakunya kemalangan. Kejahilan : Pekerja-pekerja harus memahami cara penggunaan dan pengendalian fungsi-fungsi mesin dan alatan yang digunakan. Pemakaian : Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali leher, tidak seharusnya dipakai. Pemakaian pakaian keselamatan perlu

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

3

sentiasa dititik beratkan merangkumi beberapa peralatan keselamatan seperti goggles, apron, sarung tangan, kasut getah dan sebagainya. Kebersihan : keadaan persekitaran di bengkel perlu sentiasa bersih dan kemas. Sesetengah besi bulat seperti batang paip, jika terpijak akan tergelincir dan terjatuh. Lantai bengkel mestilah bebas daripada minyak dan gris. Gunakan bahan buangan yang bersih, bahan buangan yang lama kemungkinan mengandungi besi-besi potongan dan sebagainya. Peralatan Tangan : Pemegang penukul yang telah longgar atau kasar permukaannya tidak seharusnya digunakan lagi. Pemegang files mestilah dipasang dengan ketat, sekiranya tidak, selumbar (tang) akan masuk kedalam tangan. Alatan tangan yang tidak dipasang dengan rapi akan terlucut atau longgar. Apabila menggerudi, adalah perlu untuk memegang benda kerja dengan kemas dan selamat dengan cara mengepitnya dengan ragum. Apabila mencanai (grinding) selalulah memakai topeng mata (goggles). Peralatan Jentera : semua alat dan peralatan berjentera perlu berada dalam keadaan baik dan tiada skru yang longgar atau terkeluar. Pastikan juga roda alat pengasah (abrasive Wheels) dalam keadaan baik dan dan perjalanannya dalam arah dan kelajuan yang betul. Jangan buang atau alihkan bahan-bahan buangan berhampiran bahagian alat jentera yang bergerak. Sebarang pembetulan, pengubahan atau penetapan semula (reset) alat mestilah dalam keadaan alat tersebut tidak berfungsi dan tiada arus elektrik yang mengalir ketika itu.

PERINGATAN : Kaji dengan mendalam konsep asas fungsi dan konsep kerja bagi sesuatu jentera, ia termasuklah bagaimana mematikan alat jentera tersebut dalam waktu kecemasan. Jauhkan diri anda dari bahagian yang bergerak. Jangan sesekali membetulkan sebarang alat semasa jentera sedang bergerak dan

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

4

berfungsi. Biarkan alat jentera yang berpusing atau bergerak berhenti dengan sendirinya jika anda mematikan suis. Hentikan alat jentera sebelum mengukur semula benda kerja. Jangan biarkan orang lain mengawal suis untuk anda (strating switch) ; SATU ORANGSATU JENTERA. Elektrik : Jangan gunakan logam lembut yang rosak. Gunakan alat pekakas yang bertebat dan dibumikan dimana sahaja yang mungkin. Dalam hal apa sahaja sekalipun berhati-hati dengan wayar hidup. Mengangkat : jangan sekali-kali mengangkat gearrs atau sesuatu kerja melainkan benda tersebut tidak terlalu berat. Berhati-hati dengan penggunaan takal pengangkat yang digunakan. Semua rantai, takal, cangkuk yang digunakan mestilah tidak melebihi muatan maksimum peralatan tersebut.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

5

AKTIVITI UNIT 11 2 Bagaimanakah faktor pakaian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan? Jelaskan faktor kemalangan yang diakibatkan oleh peralatan tangan dan jentera. 3 Senaraikan secara ringkas 8 faktor penting yang menyebabkan kemalangan di bengkel. 4 Apakah kemungkinan buruk yang akan berlaku sekiranya anda membiarkan orang lain mengawal suis jentera yang anda sedang kendalikan?

Fahamkan dengan jelas maksud soalan sebelum menjawab.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

6

MAKLUMBALAS UNIT 1 (A)1. Pakaian yang longgar, tidak berbutang atau baju berbulu, tali leher, tidak seharusnya dipakai. Sebagai contoh, tali leher yang dipakai mungkin tersepit pada mesin semasa membongkok. 2. Peralatan tangan : komponen alat tangan yang tidak ketat dan longgar seperti besi tukul yang longgar atau pemasangan skru yang longgar menyebabkan alat tangan hilang berubah sifat dan mendatangkan bahaya. Peralatan jentera : bahagaian yang bergerak jika tidak dipasang dengan betul akan mendatangkan bahaya. Contohnya piring gergaji pada Radial Arm Saw, jika ikatan skrunya longgar piring yang berputar pada halaju tinggi mungkin akan terkeluar yang sangat merbahaya jika terkena tubuh. 3. a kecuaian b. kejahilan c. pemakaian d. kebersihan e. peralatan tangan f. peralatan jentera g. elektrik h. mengangkat 4. Kemungkinan berlakunya salah faham yang menyebabkan rakan mengaktifkan mesin pada masa anda tidak bersedia dan sedang melakukan kerja pada mesin tersebut. Kecederaan mungkin berlaku.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

7

INPUT1.2MENERANGKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERADA DIDALAM BENGKEL Terdapat beberapa aspek keselamatan yang perlu diambil kira. Aspek-aspek ini merangkumi beberapa perkara utama : 1.2.1 SIKAP : Terdapat beberapa cara yang dapat membina sikap positif terhadap keselamatan. Antaranya adalah seperti dibawah : Menunjukkan teladan yang baik semasa berada didalam bengkel pensyarah ataupun pengajar perlu menitikberatkan aspek keteladanan yang memainkan peranan penting dalam membentuk sikap dan sahsiah para pelajarnya. Contoh : Pensyarah memperlihatkan imej yang baik dari segi pemakaian dan tatacara penggunaan alat mengikut prosedur agar dapat dicontohi oleh pelajar. Mengadakan taklimat atau ceramah keselamatan menganjurkan ceramah/taklimat berhubung dengan keselamatan di bengkel dari masa ke semasa sebagai satu usaha berterusan menyedarkan para pelajar tentang amalan keselamatan yang baik. Ceramah dan taklimat ini boleh disertakan bersama kempen-kempen keselamatan atau Minggu Keselamatan . hal ini dapat menarik minat pelajar seterusnya kesedaran berterusan akan terus dapat dipupuk.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

8

Sifat cermat, bertanggungjawab dan timbang rasa bergantung kepada pembentukan sikap dan perasaan yang rasional.

1.2.2

ORGANISASI : Dalam usaha membentuk disiplin yang tinggi dikalangan pelajar dalam menjalankan kerja di bengkel, adalah penting diwujudkan satu organisasi pentadbiran dikalangan pelajar bagi tujuan penyelarasan serta memastikan kerja-kerja dijalankan dalam keadaan teratur, berdisiplin dan penuh tanggungjawab. Contoh Organisasi paling asas adalah terdiri daripada Foreman, Penolong Foreman dan Pelajar-pelajar. Foremans sebagai ketua bengkel bertanggungjawab memastikan disiplin terkawal selain bertindak sebagai penyelia terhadap kerja pelajar-pelajar dalam menentukan cara kerja yang teratur dan sistematik. Foreman juga bertindak melantik petugas-petugas yang berfungsi dalam hal-hal kebersihan, keselamatan alat dan disiplin. Secara tidak langsung ia dapat membantu pensyarah mengawal kelas seterusnya menguatkuasakan peraturan dan meningkatkan keselamatan.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 1.2.3 PERATURAN AM KERJA-KERJA PERABOT

7102

9

Dalam melaksanakan kerja-kerja pembuatan perabot, terdapat beberapa peraturan am yang perlu diambil kira : Anda dimestikan memakai pakaian yang sesuai semasa

menjalankan kerja-kerja amali didalam bengkel. Menjaga alat-alat yang telah dipinjam dari stor seterusnya memulangkan alatan yang telah diambil kembali ke tempat asalnya. Paku-paku, habuk-habuk, potongan-potongan kayu perlulah

dipastikan tidak berada diatas meja kerja. Kebersihan diatas meja kerja adalah sangat penting. Pastikan sebelum anda meninggalkan bengkel, anda sudah mengemas segala alat dan pekakas pertukangan tidak tertinggal diatas meja atau dimana-mana kawasan bengkel. Demikian juga dengan alatan jentera, pastikan suis-suis setiap jentera dimatikan. Jika pensyarah/juruteknik tiada didalam bengkel, anda dilarang sama sekali melakukan sebarang kerja atau menggunakan mesin tanpa diawasi oleh pensyarah/ juruteknik. 1.2.4 ALATAN DAN PAKAIAN KESELAMATAN Merangkumi aksesori yang dipakai semasa menjalankan kerjakerja seperti ; a) Topi Keselamatan dipakai bagi melindungi bahagian kepala. b) Goggles sebagai pelindung mata dari habuk atau bendasing. c) Sarung tangan getah dipakai semasa mengandalikan cat-cat, bahan kimia pelarut, mengangkat kepingan kayu dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

7102

10

d) Kasut getah dipakai untuk mengelakkan kecederaan kaki selain bertindak mengel