22
1 PEMBUKA BICARA Salam untuk semua, Tahun ini adalah tahun ketiga www.keklapis.com di alam siber Alhamdulillah, kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk membuat peningkatan pada laman web, penemuan teknik terbaru dalam penyediaan kek lapis biasa, kek lapis sarawak & membuat bengkel-bengkel kek lapis sarawak. Dalam masa dua tahun kebelakangan ini, saya telah banyak mencuba resipi kek lapis yang terdapat di dalam buku kek lapis yang terdapat di pasaran. Antara buku yang menjadi sumber saya ialah buku yang ditulis oleh Puan Rabiah Amit dan Cik Deja Moss. Ada juga resipi-resipi lain yang peroleh dari alam siber dan bila cuba membuatnya, hasilnya tidak mengecewakan. Proses menulis ebook kali ini agak mencabar disebabkan oleh kecuaian saya sendiri. Gambar-gambar yang telah diambil telah “gone with the wind”, bila notebook saya diserang virus. Hampir putus asa saya dibuatnya. Bagaimanapun, minat saya terhadap seni pembuatan kek lapis sarawak ini begitu mendalam. Dengan kekuatan minat saya itu, saya teruskan usaha saya. Sehubungan itu, saya mohon maaf atas kelewatan mengeluarkan ebook ini. Saya berharap ebook membuat pelbagai jenis kek lapis ini mampu memberikan anda semua idea berkenaan seni pembuatan kek lapis sarawak yang begitu unik ini. Saya boleh dihubungi ditalian 016-2951473 & [email protected] , sekiranya anda memerlukan kefahaman lebih lanjut lagi. Segala maklum balas amatlah saya hargai dan ucapkan ribuan terima kasih. Akhir kata dari saya, KESABARAN ANDA MEMANG BERBALOI! Salam dari saya Nomie Aziz www.keklapis.com 1 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

  • Upload
    fazie2

  • View
    3.387

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

1

PEMBUKA BICARA Salam untuk semua,

Tahun ini adalah tahun ketiga www.keklapis.com di alam siber

Alhamdulillah, kerana diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk membuat

peningkatan pada laman web, penemuan teknik terbaru dalam penyediaan kek

lapis biasa, kek lapis sarawak & membuat bengkel-bengkel kek lapis sarawak.

Dalam masa dua tahun kebelakangan ini, saya telah banyak mencuba

resipi kek lapis yang terdapat di dalam buku kek lapis yang terdapat di pasaran.

Antara buku yang menjadi sumber saya ialah buku yang ditulis oleh Puan Rabiah

Amit dan Cik Deja Moss. Ada juga resipi-resipi lain yang peroleh dari alam siber

dan bila cuba membuatnya, hasilnya tidak mengecewakan.

Proses menulis ebook kali ini agak mencabar disebabkan oleh kecuaian

saya sendiri. Gambar-gambar yang telah diambil telah “gone with the wind”,

bila notebook saya diserang virus. Hampir putus asa saya dibuatnya.

Bagaimanapun, minat saya terhadap seni pembuatan kek lapis sarawak ini

begitu mendalam. Dengan kekuatan minat saya itu, saya teruskan usaha saya.

Sehubungan itu, saya mohon maaf atas kelewatan mengeluarkan ebook ini.

Saya berharap ebook membuat pelbagai jenis kek lapis ini mampu

memberikan anda semua idea berkenaan seni pembuatan kek lapis sarawak

yang begitu unik ini. Saya boleh dihubungi ditalian 016-2951473 &

[email protected], sekiranya anda memerlukan kefahaman lebih lanjut lagi.

Segala maklum balas amatlah saya hargai dan ucapkan ribuan terima kasih.

Akhir kata dari saya,

KESABARAN ANDA MEMANG BERBALOI!

Salam dari saya

Nomie Aziz

www.keklapis.com

1

Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 2: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

2

KANDUNGAN EBOOK

LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT PELBAGAI JENIS KEK LAPIS

Resipi

Tajuk Mukasurat

Resipi 1

Kek Lapis Rempah

4 – 22

Resipi 2

Kek Lapis Tikar Piqa

23 - 28

Resipi 3

Kek Lapis Prune

27-39

Resipi 4

Kek Lapis Keju

39 -44

Resipi 5

Kek Lapis Keju Bercoklat

44 - 65

2 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 3: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

3

LANGKAH DEMI LANGKAH MEMBUAT PELBAGAI KEK LAPIS

Kek Lapis Rempah Kulit Kayu Manis Hanya menggunakan 9 biji telur!

Kek Lapis Tikar Piqa

Kek Lapis Buah Prune

Kek Lapis Keju

Kek Lapis Keju Bercoklat

3

Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 4: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

4

Resipi Kek Lapis Rempah Kayu Manis

Berat terhasil: 1 kg dengan saiz 8” x 8”

Suhu membakar: 150º c

Di sini saya akan jelaskan secara asasnya bahan-bahan yang akan diperlukan

dalam membuat kek lapis. Saya suka memanggilnya asas kerana bahan-bahan

yang saya gunakan ini adalah yang paling ringkas,mudah didapati dengan kos

yang murah.

Bahan A

Bahan B

4 biji telur kuning

5 biji telur

175g gula castor

25g gula icing

1 sudu besar ovellette

½ sudu teh serbuk penaik

200g tepung cake atau hong kong flour

300 gram pure butter

2 sudu besar susu pekat manis

1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis

½ sudu vanilla

1 ½ sudu besar sirap perang

4 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 5: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

5

Proses mengadun Mengadun Bahan A

Bahan a

Bahan a

(timbangan)

4 biji telur kuning

5 biji telur

175g gula castor

25g gula icing

1 sudu besar ovellette

½ sudu teh serbuk penaik

200g tepung cake atau hong kong flour

80g telur kuning

300g telur

175g gula castor

25g gula icing

15g ovellette

2g serbuk penaik

200g tepung kek atau hong kong flour

Berat adunan

797gram (anggaran)

5 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 6: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

6

4 biji kuning telur

Pastikan telur disimpan di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Ini adalah untuk

memudahkan anda mengasingkan putih dan kuning telur

5 biji telur (jangan keliru ya!) Ia bermaksud putih dan kuning telur.

Gula aising + gula halus + ovalette

6 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 7: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

7

Campurkan telur + gula aising + gula halus + ovalette + vanilla essence

Tepung hong kong + baking powder diayak supaya tidak berketul

Campurkan tepung hong kong + telur + gula aising + gula halus + ovalette +

vanilla essence. Pukul dengan kelajuan rendah terlebih dahulu (nanti tepung

berterbangan pulak kalau laju sangat)

7 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 8: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

8

Bila nampak sudah sebati, tinggikan kelajuan mesin pengadun. Adunan akan

bertukar warna seperti gambar di bawah

Adunan a masih lagi kelihatan kekuningan. Teruskan memukul.

Adunan a masih lagi kelihatan kekuningan dan semakin pekat. Teruskan

memukul. 8

Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 9: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

9

Apabila adunan a, kelihatan keputihan seperti di bawah dan pekat. Ataupun

bila dikaut adunan tepung tidak jatuh, statik aje. So, bolehlah perlahankan dan

hentikan mesin pengadun anda. Mulakan adunan B pula

9 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 10: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

10

Proses mengadun Mengadun Bahan B

Adunan B

Adunan B

(secara timbang)

300 gram pure butter

2 sudu besar susu pekat manis

1 ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis

½ sudu vanilla

1 ½ sudu besar sirap perang

300 gram pure butter

30 gram susu pekat manis

6 gram sudu teh serbuk kulit kayu manis

2 gram sudu vanilla

6 gram sudu besar sirap perang

Berat adunan

344 gram (anggaran)

10 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 11: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

11

Mengadun Bahan B

Mentega haruslah lembut dan tidak terlalu keras semasa hendak memukul

Mentega + serbuk kayu manis + susu manis (tak payah letak serbuk kayu manis,

kalau tak suka rasa rempah-tapi kek yang terhasil memang kurang rasa rempah)

11 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 12: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

12

Mentega + serbuk kayu manis + susu manis dipukul sehingga kembang

(warnanya akan berubah kepada warna coklat yang cerah disebabkan oleh

serbuk kayu hitam)

(warnanya akan berubah kepada warna coklat yang cerah)

Adunan B ini boleh dipukul terlebih dahulu dan boleh disimpan di dalam peti

sejuk. Bila mahu memukul adunan A, adunan b ini hendaklah dikeluarkan lebih

awal dan dibiarkan lembut menteganya.

12 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 13: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

13

Adunan A + Adunan B

Berat adunan a 797 gram

Berat adunan b 344 gram

Jumlah 1,141gram @ 1kg 141 gram

Adunan A Adunan B

Adunan a dan adunan b dicampur

Adunan digaul hingga sebati. Adunan akan jadi begini setelah digaul sebati

Proses mengadun adunan kek lapis ini bergantung kepada kekuatan mesin

adunan anda. Untuk adunan ini ianya adalah dari 15 – 20 minit. Sekiranya anda

menggunakan mixer tangan masa yang diambil ialah antara 25 – 40 minit.

13

Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 14: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

14

Proses membakar

Panaskan oven anda pada suhu 180°c. Gunakan api atas bawah. Panaskan

sekurang-kurangnya 10 minit sebelum memulakan proses membakar.

Adunan kek lapis yang sudah sedia untuk dibakar.

14

Saya suka menggunakan spray yang diperbuat dari canola oil. Ada berbagai jenis

di pasaran. Senang digunakan. Anda boleh menggunakan shortening untuk

dialas pada acuan anda. Acuan yang saya gunakan adalah 8” x 8” x 3”.

Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 15: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

15

Selepas disapu shortening atau canola oil spray tadi, letak kertas minyak di

dalam acuan. Tujuannya untuk memudahkan kita mengeluarkan kek lapis yang

sudah dimasak. Lebihkan kertas minyak, dilipat ke bawah, supaya ia mudah

ditarik dari kek anda nanti.

15 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 16: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

16

Cara Melapis Kek Lapis

Ada dua cara yang anda boleh buat.

Cara pertama

Letakkan 4 sudu besar adunan kek lapis tadi. Seeloknya dibuat seperti di dalam

gambar. Tujuannya agar senang untuk kita ratakan adunan kek lapis ini.

1 sudu besar= 20 gram adunan

4 sudu besar = 80 gram adunan untuk setiap lapis.

Cara kedua

Berat adunan ialah 1kg 91 gram. Timbangkan setiap adunan sebanyak 100 gram

(maksima) ataupun 60 gram (minima). Jadi anda akan mendapat lebih kurang

10 lapisan kek @ 19 lapisan kek

Saya cadangkan anda menggunakan kaedah kedua kerana kek lapis yang terhasil

akan lebih cantik. Ini kerana lapisan kek tersebut akan lebih tersusun dan jelas

lapisannya.

16 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 17: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

17

Ratakan ia. Anda akan suka sangat menggunakan alat perata ataupun “comb

scraper” ini. Alat ini sungguh menyenangkan kerja anda. Kalau tak percaya

cubalah anda meratakan adunan tersebut dengan sudu anda memang leceh – ini

berdasarkan pengalaman sayalah. Tapi setelah anda sudah biasa, anda boleh

menggunakan sudu untuk meratakan adunan kek lapis.

Ok, lapisan pertama kek anda telah siap. Kemudian masukkan ke dalam oven

anda. Tukarkan suis ke api atas (top).bakarkan ia dengan api atas dengan suhu

150c dan bakar sehingga perang.

17 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 18: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

18

Ok, lapisan pertama kek anda telah siap dibakar. Kek lapis anda perlu

mempunyai warna seperti ini. Ini penting kerana warna inilah yang membentuk

lapis – lapis pada kek lapis anda. Selalunya masa yang diambil ialah dari 8 minit

hingga ke 10 minit.

Ok, keluarkan, lapiskan lagi seperti masa mula-mula tadi.

18 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 19: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

19

Ratakan dan bakar gunakan api atas sehingga habis adunan kek lapis anda. Suhu

bakar hanyalah 150°c - 160°c. Ini untuk memastikan bahawa kek lapis ini

lembut dan lembab.

Kek lapis yang dibakar pada suhu yang rendah iaitu dari 140°c-160°c biasanya

mengandungi kandungan mentega yang tidak banyak dan telur tidak banyak.

Sekira anda membakar lebih dari suhu yang ditetapkan kek lapis akan menjadi

kering

Pada adunan yang terakhir, tukarkan suhu oven kepada 180°c, gunakan api atas

dan bawah, bakar 10 minit dan sekiranya anda melihat kek lapis anda tidak

begitu perang, tukarkan kepada api atas sahaja dan bakar sehingga kek lapis

berwarna coklat keperangan. (jangan terhangus ya)

Keluarkan kek lapis anda dari oven. Tutupkan acuan kek tersebut dengan

19 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 20: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

20

aluminium foil. Ini untuk memastikan kek lapis anda lembut dan lembab. Kek

lapis yang sudah siap dan sejuk ,

Kek lapis yang telah dikeluarkan dari acuan tidak akan menampak lapisan-

lapisan kek yang kita buat tadi.. Jangan risau. Lapisnya memang tidak akan

nampak, melainkan anda memotongnya. Setelah memotong anda akan dapat

melihat lapisan kek. Untuk itu kita memanggilnya Kek Lapis ☺.

Kek Lapis siap untuk dimakan �

Tahniah untuk kek lapis anda yang pertama �

20

Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 21: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

21

Mempelbagaikan kek lapis anda

Dengan menggunakan resepi yang sama anda boleh meletakkan buah prune,

asam manis, coklat cip, badam cincang dan lain-lain. Antara kek lapis yang

mendapat sambutan ialah kek lapis buah prune dan kek lapis asam manis.

Anda boleh tidak meletakkan rempah serbuk kulit kayu manis sekiranya anda

tidak suka akan rasanya. Anda boleh menambah rasa seperti meletakkan rasa

‘chocolate paste”, “cappuccino paste” dan banyak lagi. Anda hanya perlu

menambah perasa dengan mengikut berat yang sama untuk serbuk kayu manis

tersebut iaitu 6 gram @ 2 sudu kecil.

Sekiranya anda ingin meletakkan prune, asam manis ataupun coklat cip ke atas

kek lapis anda, beratnya adalah seperti berikut. Boleh ditambah, tetapi jangan

terlalu banyak, nanti “over pulak” dan sudah tentu kos membuatnya meningkat.

Kek lapis prune

Buah prune: 120 gram prune (dicincang halus)

30 gram (di potong bulat untuk hiasan)

Kek lapis asam manis

Asam manis haw kar: 2 bungkus (berat 100 gram setiap satu)

Kek lapis coklat cip

Coklat cip : 200 gram

21 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery

Page 22: Langkah Demi Langkah Membuat Kek Lapis Anda Yang Pertama

22

Cara meletakkan prune, asam manis @ coklat chip ke dalam kek lapis

Setelah adunan kek lapis diratakan, letakkan asam manis, buah prune ataupun

coklat cip ke atas adunan tersebut.

22 Langkah Demi Langkah Membuat Pelbagai Kek Lapis Hakcipta : www.keklapis.com & Piqa Bakery