Kurikulum Matematik Sekolah Bestari

Embed Size (px)

DESCRIPTION

rph mte tahun 3

Citation preview

KURIKULUM MATEMATIK SEKOLAH BESTARIOleh;Tengku Zawawi b Tengku ZainalPENGENALANKurikulum ialah suatu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Matlamat kurikulum banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh matlamat hidup individu, masyarakat, negara, dan dunia. Manakala perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia yang bersifat universal, banyak mempengaruhi matlamat dan keperluan individu, masyarakat dan negara.Pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah rendah dan menengah telah mengambil kira pelbagai keperluan individu dan masyarakat, khususnya dalam pembinaan insan dan penghayatan budaya ilmu. Ternyata kesannya belum begitu nyata. Walau bagaimanapun usaha-usaha untuk mencapai cita-cita murni itu masih berjalan dan perlu diteruskan. Namun begitu kita harus peka kepada setiap perubahan yang melanda dunia dan masyarakat pada hari ini. Arus perubahan yang dibawa oleh kuasa teknologi maklumat menuntut kita melakukan sesuatu, agar kekuatan dan kelebihan yang dijanjikan dapat dimanfaat bersama untuk memantapkan idea dan pelaksanaan yang sedang berjalan. Di samping itu perancangan untuk merangka agenda perubahan khususnya untuk mengatasi kelemahan yang sedia ada perlu dilakukan supaya selaras dengan matlamat dan dasar yang digubal.Langkah Malaysia untuk mengamalkan pendemokrasian pendidikan dibuat melalui dasar " Pendidikan untuk Semua" . Dasar ini dilaksanakan di sekolah dalam negara ini dengan menyediakan satu kurikulum yang sama untuk semua pelajar. Dengan kemajuan dalam bidang teknologi, pelaksanaan dasar pendidikan untuk semua dapat diperkemaskan lagi dengan mengambil kira keupayaan pelajar yang pelbagai. Pengguanaan teknologi dapat mengoptimumkan pengajaran pembelajaran.Pembangunan negara yang pesat memasuki era teknologi maklumat membawa bersama cabaran kepada usaha untuk membentuk masyarakat madani. Selain perlunya perkembangan minda yang sihat dan pemikiran global, penekanan yang sama harus diberikan kepada perkembangan sahsiah, akhlaq dan budaya supaya tercapai hasrat untuk menjadi sebuah negara maju secara menyeluruh.Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar pemikiran. Dengan yang demikian, matematik telah menjadi satu daripada bidang ilmu yang terpenting dalam sebarang usaha pembinaan insan.Rangka kurikulum matematik abad ke 21 yang dicadangkan di sini mengandaikan bahawa sistem persekolahan yang diamalkan sekarang masih kekal bersama-sama dengan semua prinsip pendidikan yang sedang dan akan terus dilaksanakan.

KANDUNGANKandungan Kurikulum Bestari Matematik masih sama dengan KBSR di peringkat sekolah rendah ,dan KBSM di peringkat sekolah menengah. Aritmetik, algebra, geometri dan trigonometri adalah bidang matematik yang asas yang perlu dikuasai oleh semua. Di peringkat persekolahan yang lebih tinggi, kalkulus merupakan bidang yang perlu. Matematik gunaan seperti statistik, mekanik dan sebagainya merupakan bidang pilihan dalam matematik. Kedalaman dan olahan kandungan bagi bidang-bidang matematik ini akan bergantung kepada peringkat kematangan pelajar. Salah satu daripada bahagian kandungan kurikulum matematik perlu juga membincangkan tentang teknologi seperti alat-alat untuk kira-mengira, teknik pengiraan dan algoritma menyelesaikan masalah. STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARANPelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai muallim, murabbi, muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam menghadapi kerenah globalisasi . Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari: Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna; Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran; Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik; Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri; Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari; Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah akses kendiri.Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.

SUMBER PENGAJARAN PEMBELAJARANBahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media cetak masih lagi diperlukan sebagai sumber pengetahuan matematik. Walau bagaimanapun peranan bahan sebagai sumber pengetahuan boleh juga dipikul oleh media elektronik seperti cakera padat, pita video dan sebagainya. Bentuk bahan dalam media elektronik mungkin menjadi lebih popular memandangkan kos kertas yang semakin lama semakin meningkat berbanding dengan kos media elektronik yang sebaliknya. Selain daripada bahan kurikulum dan sokongannya, beberapa peralatan untuk tujuan membantu pengajaran dan pembelajaran adalah perlu bagi memenuhi keperluan kandungan kurikulum. Antaranya ialah alat kira mengira seperti sempoa, kalkulator dan komputer. Kalkulator saintifik dan perisian komputer yang sesuai adalah perlu sebagai alternatif kepada peralatan matematik yang digunakan sekarang seperti buku sifir, peralatan geometri dan sebagainya. PRASARANA P ~ P MATEMATIKDengan kandungan, strategi dan bahan yang diperlukan untuk melaksanakan kurikulum matematik abad ke 21, prasarana berikut harus disediakan untuk pelaksanaan kurikulum yang licin dan optimum : Makmal matematik Komputer dan perisian Kalkulator saintifik Kit matematik [bahan dan alat bantu mengajar bagi tajuk tertentu] Modul matematik [bahan pengajaran] STRUKTUR KURIKULUM Pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa hadapan perlu mengambil kira keupayaan pelajar dalam menguasai matematik mengikut umur mental atau peringkat kematangan pelajar. Kelas-kelas matematik perlu dibahagikan untuk menampung pelajar pelbagai kebolehan. Kurikulum perlu direkabentuk supaya bersifat modular supaya segala tuntutan prinsip pendidikan dapat dipenuhi dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan berlandaskan prinsip-prinsip tersebut. Rajah berikut mencadangkan struktur kurikulum matematik yang bersifat modular. Setiap kubus mewakili satu modul

SISTEM PENILAIAN Dua peringkat penilaian masih dilaksanakan iaitu penilaian di peringkat pusat dan penilaian berasaskan sekolah. Perbezaan yang mungkin ada ialah dari segi cara penilaian itu dilaksanakan. Pada masa sekarang usaha sedang dijalankan untuk mewujudkan rangkaian komputer antara sekolah. Jika rancangan ini berjalan dengan sempurna, rangkaian komputer harus dimanfaatkan sepenuhnya. Penilaian pengajaran dan pembelajaran berasaskan sekolah dapat dijalankan dengan pantas dan berkesan, lantas meringankan beban pengajaran dan pembelajaran para guru. Sebagai contoh, guru boleh mengemukakan ujian atau masalah kepada pelajar melalui terminal komputernya. Item ujian ini akan terpapar di terminal komputer para pelajar. Pelajar memberi respons mereka melalui terminal komputer mereka. Masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah, ketepatan respons setiap pelajar akan diproses oleh sistem komputer dan direkodkan dalam satu rangkaian data. Analisis respons pelajar diperoleh sama ada secara serta merta atau dilihat kemudian. Dengan analisis ini para guru dapat mengetahui tindakan susulan yang perlu diambil oleh guru sama ada untuk meneruskan pengajarannya ke tajuk yang lain atau mengambil langkah bimbingan dan pemulihan dahulu. Walau bagaimanapun perisian sistem begini perlu dibangunkan terlebih dahulu. Sistem penilaian sebegini boleh dikembangkan kepada sistem penilaian peringkat pusat untuk dijadikan peperiksaan secara 'on-line'. Walau bagaiamanapun, kaedah yang sedia ada ( off line ) masih diperlukan , khususnya bagi tempat-tempat yang masih tidak memiliki kemudahan komputer dan rangkaiannya.

KURIKULUM BESTARI MATEMATIK SEKOLAH RENDAHBerdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah diolah khusus untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar pendidikan seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi.MatlamatKurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran mantik serta berkemahiran menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah supaya berupaya menangani cabaran dalam era teknologi maklumat.ObjektifUntuk mencapai matlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah, kurikulumnya mempunyai objektif seperti berikut:1. mengetahui dan memahami konsep, definisi, hukum, prinsip, dan teorem di bawah bidang pembelajaran yang berkaitan dengan nombor operasi perkaitan bentuk dan ruang masa, jisim dan wang statistik1. menguasai kemahiran operasi asas matematik iaitu, penambahan pengurangan pendaraban pembahagian1. menguasai kemahiran asas matematik iaitu membuat anggaran dan penghampiran mengukur mengendali data mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta mengenal perkaitan dan mewakilinya secara matematik menggunakan algoritma dan perkaitan menyelesai masalah1. berkomunikasi dan menaakul secara matematik 2. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk menyelesai masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan seharian. 3. menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep dan menyelesaikan masalah. 4. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara mantik, bersistem, heuristik, tepat, dan teliti 5. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Organisasi KurikulumKeperluan negara, dasar pendidikan dan bidang ilmu menjadi prinsip dalam penentuan kandungan kurikulum serta organisasinya. Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah meliputi pengetahuan dan kemahiran matematik yang sesuai dengan keupayaan pelajar serta relevan dengan keperluan dalam era teknologi maklumat. Selain pengetahuan dan kemahiran matematik, pemupukan sikap dan nilai yang menjadi kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah tersenarai dalam Jadual 1.Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah disusun mengikut 3 bidang utama : Nombor; Operasi ; AplikasiSetiap bidang tersebut seterusnya disusun dalam 3 lajur iaitu : Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Sumber / Teknik / AktivitiSemua pelajar di Sekolah Bestari mengikuti bidang pembelajaran yang sama. Penguasaan kemahiran matematik yang dihasratkan dalam tajuk yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran dinyatakan sebagai Hasil Pembelajaran. Hasil Pembelajaran terbahagi kepada 3 aras untuk mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan pelajar. Skop kandungan matematik bagi aras-aras ini dijelaskan seperti berikut:

Aras 1( Asas ) :mencakupi kemahiran asas dalam semua bidang pembelajaran dengan dengan kedalaman yang mencukupi serta penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.Aras 2 ( Maju ) : mencakupi kemahiran pada tahap yang lebih tinggi dalam semua bidang pembelajaran dengan memberi penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.Aras 3 ( Cemerlang ) : mencakupi kemahiran yang merupakan lanjutan daripada Aras 1 dan Aras 2 dalam semua bidang pembelajaran serta memberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam bidang kajian yang lainKekompleksan bidang pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. Pada setiap aras unsur kreatif perlu diperkembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran

PengetahuanKemahiranSikap dan Nilai

Nombor Operasi Perkaitan Bentuk dan ruang Masa, Jisim, dan Wang Statistik Melakukan operasi asas Membuat anggaran dan penghampiran Mengukur Mengendali data Mewakili maklumat dalam bentuk graf dan carta Mengenal perkaitan dan mewakilinya secara matematik Menggunakan algoritma dan perkaitan Menyelesaikan masalah Berpemikiran mantik Bersistem Tepat Teliti Tekun Yakin Berpemikiran global Nilai-nilai murni

Rajah 1: Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah

Sikap dan nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah dibentuk dan dipupuk melalui aktiviti dan bahan pengajaran pembelajaran matematik. Aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan dibawah lajur Sumber / Teknik / Aktiviti.Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah dibahagikan kepada 2 tahap, Tahap 1 dan Tahap 2. Skop kandungan bagi setiap tahap ditentukan berdasarkan objektif pendidikan matematik tahap berkenaan. Jadual 2 menggambarkan organisasi dan skop Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah:Tahap ITahun 1Kurikulum matematik di tahap ini membolehkan pelajar celik nombor dan melakukan oreasi asas untuk menyelesaikan masalah harian yang mudah

Tahun 2

Tahun 3

Tahap IITahun 4Kurikulum matematik di tahap ini membolehkan pelajar mengikuti bidang pengajian di peringkat yang lebih tinggi dengan lebih berkesan serta berfungsi dalam kehidupan seharian

Tahun 5

Tahun 6

Rajah 2: Skop Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah

Strategi Pengajaran dan PembelajaranCiri-ciri bestari dalam Kurikulum Matematik Sekolah Bestari dijelmakan dalam amalan pengajaran pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses kendiri serta mengikut kemajuan kendiri.Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian ,tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik bermakna ,berguna ,menyeronokkan dan mencabar.Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah disusun sedemikian rupa untuk memberi keluwesan kepada guru melaksanakan pengajaran dan pembalajaran dengan berkesan. Guru menentukan sama ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain. Secara umumnya , Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah memerlukan pelajar menguasai semua hasil pembelajaran di Aras 1 dan Aras 2 pada sesuatu tahun persekolahan.Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu tahun tersebut. Di peringkat ini , pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang Pembelajaran lain dalam tahun yang sama. Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar serta dibantu dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Contoh yang menunjukkan pengoperasian Kurikulum Matematik Bestari Sekolah Rendah secara umumnya digambarkan dalam rajah berikut:[ Rajah 1 di sini ]Bahan pengajaran pembelajaran yang digunakan dalam Sekolah Bestari mengandungi unsur diagnostik kendiri. Manakala penilaian dilaksanakan secara berterusan dan terbina dalam pengajaran pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat penekanan dan prinsip dalam Kurikulum Matematik Sekolah Bestari.

KURIKULUM BESTARI MATEMATIK SEKOLAH MENENGAHSepertimana dalam KBSM, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah adalah lanjutan dan kesinambungan kepada Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Rendah. Walau bagaimanapun pelaksanaannya berlaku secara serentak. Di mana pada peringkat permulaan (1999) , Kurikulum Bestari Matematik akan mula diguna pakai di Tahun 1, Tingkatan 1, dan Tingkatan 4. Ini adalah disebabkan oleh isi kandungan ( Tajuk / Bidang Pembelajaran ) yang masih sama. Perubahan yang ketara adalah dari segi kaedah pengajaran pembelajaran serta sistem pentaksiran. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diolah khusus untuk mengambil kira penekanan baru dalam dasar pendidikan seiring dengan perkembangan dalam bidang teknologi.MatlamatKurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah bertujuan membentuk pelajar yang berpemikiran mantik, bersistem serta berketrampilan menggunakan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam teknologi maklumat.ObjektifMatlamat Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dicapai berdasarkan objektif-objektif berikut yang membolehkan pelajar;1. mengetahui dan mengetahui konsep, definisi, hukum, prinsip dan teorem yang berkaitan dengan nombor, bentuk, dan perkaitan; 2. memperkukuhkan dan memperluaskan pengetahuan kemahiran operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi; 3. menguasai kemahiran asas matematik iaitu: membuat anggaran dan penghampiran; mengukur dan membina; mengendali data; mewakili dan mentafsir data; mengenal perkaitan dan mewakilinya secara matematik; menggunakan algorithma dan perkaitan; menyelesaikan masalah;1. berkomunikasi dan menaakul secara matematik; 2. menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi merancang strategi untuk menyelesaikan masalah secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian; 3. menghubungkaitkan antara idea-idea matematik dan dengan bidang ilmu yang lain; 4. menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina pemahaman konsep dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu matematik; 5. membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara matik, bersistem, heuristik, tepat, dan teliti; 6. memupuk sikap yang positif terhadap matematik; 7. menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

Organisasi KurikulumKeperluan negara, dasar pendidikan dan bidang ilmu menjadi prinsip dalam penentuan kandungan kurikulum serta organisasinya. Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah meliputi pengetahuan dan kemahiran matematik yang sesuai dengan keupayaan pelajar serta relevan dengan keperluan dalam era teknologi maklumat. Selain pengetahuan dan kemahiran matematik, pemupukan sikap dan nilai yang menjadi kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah tersenarai dalam Jadual 1.Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diolah supaya menunjukkan bidang pembelajaran yang dirangkumi serta hasil yang dihasratkan. Penulisan kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dipersembahkan mengikut tiga lajur iaitu Bidang Pembelajaran, Hasil Pembelajaran, dan Sumber / Teknik / Aktiviti.Semua pelajar akan mengikuti bidang pembelajaran yang sama. Semua tajuk dan konsep bagi setiap Tingkatan disenaraikan dalam lajur Bidang Pembelajaran. Penerangan konsep hendaklah betul dan sesuai dengan kebolehan dan pengalaman pelajar.PengetahuanKemahiranSikap dan nilai

Nombor dan operasi Bentuk dan ruang Perkaitan dan fungsi Melakukan operasi asas Membuat anggaran dan penghampiran Mengukur dan membina Mengendali data Mewakili dan mentafsir Mengenal perkaitan dan mewakilinya secara Matematik Menggunakan algoritma dan perkaitan Menyelesaikan masalah Berpemikiran Mantik Bersistem Tepat Teliti Tekun Yakin Itqan Nilai-nilai murni

Jadual 1: Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah

Penguasaan kemahiran matematik yang dihasratkan dalam tajuk yang terkandung di bawah Bidang Pembelajaran dinyatakan sebagai Hasil Pembelajaran.Hasil Pembelajaran terbahagi kepada tiga aras untuk mengambil kira kadar pembelajaran dan keupayaan pelajar. Skop kandungan matematik bagi aras-aras ini dijelaskan seperti berikut : Aras 1 ( Asas ): mencakupi kemahiran asas dalam semua bidang pembelajaran dengan dengan kedalaman yang mencukupi serta penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.Aras 2 ( Maju ) : mencakupi kemahiran pada tahap yang lebih tinggi dalam semua bidang pembelajaran dengan memberi penekanan yang wajar dalam penyelesaian masalah dan berkomunikasi.Aras 3 ( Cemerlang ) : mencakupi kemahiran yang merupakan lanjutan daripada Aras 1 dan Aras 2 dalam semua bidang pembelajaran serta memberi peluang untuk Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik.Kekompleksan Bidang Pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3. Pada setiap aras, unsur kritis dan kreatif diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sikap dan nilai yang terkandung dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dibentuk dan dipupuk melalui aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran matematik. Aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan di bawah lajur Sumber/ Teknik/ Aktiviti . Selain itu, lajur ini memaparkan penjelasan tambahan apabila perlu bagi pelbagai perkara seperti skop kandungan ,kaedah pengiraan tertentu, penegasan tertentu, contoh, cadangan strategi pengajaran dan cadangan penggunaan.Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah diagihkan kepada dua tahap iaitu Tahap Menengah Rendah dan Tahap Menengah Atas . skop kandungan bagi Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah bagi setiap tahap ditentukan berdasarkan objektif pendidikan matematik tahap berkenaan.Kuriklum Matematik di tahap Sekolah Menengah Rendah bertujuan untuk membolehkan pelajar mengikuti bidang kajian yang teknikal atau memasuki bidang kerjaya yang bukan teknikal. Manakala Kurikulum Matematik ditahap Sekolah Menengah Atas membolehkan pelajar mengikuti sebarang bidang pengajian tinggi yang bukan teknikal.Untuk membolehkan pelajar ditahap Sekolah Menengah Atas mengikuti pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknikal, mereka perlu mengikuti Kurikulum Bestari Matematik Tambahan.

Strategi Pengajaran dan PembelajaranPembelajaran berfikrah dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah dijelmakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan pembelajaran berlaku secara akses kendiri serta mengikut kemajuan kendiri.Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan pelajar dengan berbantukan teknologi yang bersesuaian ,tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran matematik bermakna ,berguna ,menyeronokkan dan mencabar.Kandungan Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah disusun sedemikian rupa untuk memberi keluwesan kepada guru melaksanakan pengajaran dan pembalajaran dengan berkesan. Guru menentukan sama ada pelajar layak mengikuti pembelajaran ke aras yang lebih tinggi dalam sesuatu tajuk atau mengikuti pembelajaran tajuk yang lain. Secara umumnya , Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah memerlukan pelajar menguasai semua hasil pembelajaran di Aras 1 dan Aras 2 pada sesuatu tahun persekolahan.Pelajar yang berkeupayaan boleh meneruskan pembelajaran sehingga Aras 3 dalam sesuatu tahun tersebut. Di peringkat ini , pelajar akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan abstrak. Pelajar yang dapat menguasai kesemua aras dalam tempoh yang singkat boleh meneruskan pembelajaran ke Bidang Pembelajaran lain dalam tahun yang sama. Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran pelajar serta dibantu dengan penggunaan bahan berteknologi menjamin bahawa hasil pembelajaran dapat dikuasai sekurang-kurangnya sehingga ke Aras 2. Dalam menentukan peralihan aras atau peralihan bidang pembelajaran, guru perlu mengambil kira perkara berikut: sama ada penguasaan kemahiran dalam sesuatu bidang pembelajaran adalah prasyarat bagi bidang pembelajaran yang lain; memberi keutamaan meneruskan bidang pembelajaran yang difikirkan lebih mudah berbanding dengan bidang pembelajaran yang lebih sukar;Contoh yang menunjukkan pengoperasian Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah secara umumnya di gambarkan dalam rajah di sebelah.Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mengandungi unsur diagnostik kendiri supaya pelajar dapat mengenal pasti sejauh mana mereka dapat memahami sesuatu konsep kemahiran tertentu yang telah dipelajari.Pemupukan sikap dan nilai murni perlu dipertimbangkan apabila merancang pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik.Penerapan nilai murni boleh dilakukan bersesuaian dengan konteks isi pelajaran dan terancang.Unsur sejarah matematik diterapkan mengikut kesesuaian tajuk untuk membolehkan pelajar menghayati matematik dan memberangsangkan lagi minat pelajar terhadap sesuatu tajuk itu. Unsur sejarah ini boleh merupakan peristiwa tertentu tentang ahli matematik atau sejarah ringkas tentang sesuatu konsep atau simbol.Untuk mempertingkatkan pemikiran pelajar yang analitis dan kreatif, penyelesaian masalah merupakan satu aspek penting yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik .Penyelesaian masalah yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan tahap pelajar dan aras hasil pembelajaran .Disamping itu,pelajar juga digalakkan untuk berkomunikasi dan berani membuat keputusan.Penilaian pengajaran dan pembelajaran secara formatif dan merujuk kepada kriteria dilaksanakan secara berterusan dan terbina dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan hasil pembelajaran dikuasai selaras dengan hasrat penekanan dan prinsip dalam Kurikulum Bestari Matematik Sekolah Menengah.

PENUTUPKurikulum Bestari Matematik diyakini mampu membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan, dan mencabar bagi semua pelajar, yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah, serta pemikiran yang logik, kreatif, kritis dan bersistem. Penerapan nilai-nilai murni akan dapat melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah.Untuk mencapai matlamat pendidikan Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara kita berfikir tentang penggunaan alat teknologi di sekolah. Jika sekolah ingin mendapat faedah sepenuhnya, teknologi perlu menjadi asas dalam infrastruktur, proses pengajaran pembelajaran, pentadbiran dan bukan hanya sebagai bahan tambahan. Teknologi maklumat mesti digunakan sepenuhnya dan diberi peranan penting dalam pengajaran pembelajaran serta tugas harian sekolah.zawawi @ mail.com

DASAR KURIKULUM

MISI SEKOLAH

Menjadikan sekolah bersedia menghadapi cabaran semasa melalui pendidikan yang berterusan untuk Memaksimumkan prestasi akademik Membina keperibadian pelajar yang selaras dengan jiwa Rukun Negara Menjana potensi pelajar dalam pelbagai kebudayaan Menjalin hubungan yang mesra dengan ibu bapa Memupuk permuafakatan dengan komuniti dan agensi luar

MATLAMAT SEKOLAHMatlamat Sekolah yang digariskan berdasarkan misi tersebut adalah untuk Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar Melahirkan warga sekolah yang cerdas akademik, cemerlang sahsiah, cergas sukan dan kokurikulum Menjana modal insan untuk keperluan dan kemajuan negara Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bertatasusila selari dengan Prinsip Rukun Negara.

1 . KURIKULUM

Penyataan Dasar

1.1Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan .1.2Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan.1.3Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah1.4Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa1.5Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada program akademik .

2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Penyataan Dasar

2.1Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah .2.2Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur Sistem Pengurusan Kualiti SPK MS ISO 9001 : 20002.3Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Matapelajaran .2.4Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah berdasarkan agenda yang dicadangkan seperti yang digariskan di dalam Buku Pengurusan Kualiti Jabatan Pelajaran Perak .2.5Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklumbalas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa .2.6Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata-matapelajaran dan Guru Kanan Matapelajaran beserta ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

3 . PENGURUSAN PANITIA MATAPELAJARAN

Penyataan Dasar

3.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 .3.2 Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2000 .3.3 Kejayaan murid dalam mata-mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan kekesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu panitia mata-mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.3.4 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan ETR dalam pengurusan prestasi mata-mata pelajaran dalam panitia-panitia3.5 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderongan para pelajar terhadap pembelajaran.3.6 Pengurusan panitia secara on line atau web based mestilah menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah sentiasa dikemaskini supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk .3.7 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum dan mesyuarat penitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir . Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua melalui SU Kurikulum3.8 Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua-ketua panitia.

4 SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATANPELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Penyataan Dasar

4.1SP , HSP dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran 4.2Guru mestilah dapat menghayati , mengenalpasti dan boleh menterjemahkan objektif matapelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata-matapelajaran yang diajar.4.3Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar .4.4Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan bagi mata- matapelajaran ( rujuk lampiran kurikulum 1 )4.5Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .4.6Penggabungan isi kandungan sebilangan mata pelajaran Tingkatan 4 & 5 digalakkan bagi membolehkan sukatan dilengkapkan segera dan isikandungan boleh disusun semula oleh guru berkaitan.4.7Melengkapkan sukatan pelajaran adalah seperti berikutTingkatan Tiga - sukatan dilengkapkan pada Bulan JulaiTingkatan Lima - sukatan dilengkapkan pada Bulan OgosTingkatan Enam Atas - sukatan dilengkapkan pada Bulan OgosTingkatan Satu, Dua , Empat dan Enam Rendah sukatan dilengkapkan pada Bulan September

5. PAKEJ MATAPELAJARAN

Penyataan Dasar

5.1 Bagi matapelajaran PMR seorang pelajar akan mengambil samada tujuh matapelajaran ( bagi murid bukan Melayu ) dan lapan matapelajaran ( bagi murid Melayu )5.2Bagi matapelajaran SPM , tiga kelas yang pertama akan ditawarkan dengan pakej Sains Tulen ( Biologi, Fizik, Kimia dan Mat. Tambahan ), dua kelas yang berikutnya ditawarkan pakej Sains Ikhtisas ( Biologi / Fizik , Kimia, Mat. Tambahan dan Prinsip Akaun ) , satu kelas berikutnya ditawarkan pakej Teknologi ( sains , sains sukan , perdagangan, dan Mat. Tambahan ) dan kelas yang ketujuh adalah pakej Kemanusiaan ( Sains ,PSV , Perdagangan dan Ekonomi Asas ) . Pakej yang ditawarkan ini mengambilkira Dasar 60 :40 . ( rujuk lampiran kurikulum 2 )5.3Bagi matapelajaran STPM , pihak sekolah menawarkan tiga kelas unuk aliran sains dan dua kelas untuk aliran kemanusiaan ( pakej yang ditawarkan rujuk lampiran kurikulum 2 )

6 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penyataan Dasar

6.1Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik mesti dilaksanakan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris ( Dasar PPSMI ) . Oleh itu penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan guru mestilah menjadi keutamaan dan penggunaan CD teaching courseware mestilah dioptimumkan .6.2Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) atau (ICT)6.3Menekankan kemahiran mengaplkasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah .6.4Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web digalakkan dan akan diperluaskan. 6.5Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing ( Perancis-dlm jadual , Mandarin, Arab dan lain-lain Koakademik )6.6Memastikan penguasaan basic fact and information dalam setiap topik dikuasai oleh pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya .6.7Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis dan kreatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran ( Slogan Q - Quality Teaching Quality Learning )6.8Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .6.9Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, cooperative learning structures dan workshops mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.6.10Selected Study Skills perlu dikenalpasti dan pelajar digalakkan untuk menggunakannya bagi memudahkan proses pembelajaran.6.11Penggunaan GSP digalakkan dan diwajibkan untuk tajuk-tajuk terpilih di dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan matematik tambahan bagi memudahkan pembelajaran matematik di kalangan pelajar6.12Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru matapelajaran , pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .6.13Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan content skill , language skill, ICT skill & pedagogi skill . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan ketarmpilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan6.14Guru matapelajaran , ketua panitia dan Guru Kanan Matapelajaran mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan Headcount Mata pelajaran mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .6.15Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pembelajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan ,6.16Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu .6.17Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan mencapah ataupun HOTS Higher Order Thinking Skills Questions .6.18Ketua-Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas supaya selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dioptimumkan .

7 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALIBUKU LATIHAN

Penyataan Dasar

7.1Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan konsep-konsep dalam matapelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar dengan menggunakan aplikasi ICT melalui program Optimising e-teks & exam construct .7.2Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.7.3Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan .7.4Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan P&P dalam bilik darjah . Guru matapelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini dan disemak oleh guru matapelajaran mengikut skedul yang telah ditetapkan .7.5Pelajar yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenalpasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan di panitia .

8. LATIHAN MINIMUM

Penyataan Dasar

8.1Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua guru matapelajaran.8.2Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang telah diputuskan dan diterima di dalam mesyuarat panitia yang keempat 2008 dn telahpun disediakan oleh panitia berdasarkan keperluan di dalam sukatan. ( Rujuk lampiran kurikulum 3 )8.3Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan .

9. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

Penyataan Dasar

9.1Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan9.2Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 19969.3Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif9-4Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan peringkat sekolah Bil 02/2008 - pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun , dasar peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual pengawasan , rekod markah , syarat lulus , jadual spesifikasi ujian, content skill dan post mortem peperiksaan .9.5Jawatankuasa Headcount Sekolah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji take off value dan meletakkan ETR bagi peperiksaan awam.

10. JADUAL WAKTU MENGAJAR , JADUAL WAKTU GANTIJADUAL WAKTU BLOK

Penyataan Dasar10.1Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan 1996 .10.2Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum10.3Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru ( pemeriksa kertas peperiksaan awam )10.4Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil10.5Kesinambungan tugas mengajar adalah Tingkatan 1 ke Tingkatan 2, Tingkatan 4 ke Tingkatan 5 dan Tingkatan 6R ke tingkatan 6A .10.6Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 26 waktu seminggu10.7Matapelajaran ICTL Tingkatan 1 & 2 akan dijalankan pada sebelah pagi dan Tingkatan1 dan 2 Rancangan Khas di sebelah petang.10.8Waktu pertama untuk kumpulan pentadbir akan diblok bagi tujuan morning prayer.10.9Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti . Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh pelajar semasa Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada pelajar untuk tindakan susulan kedua-dua pihak .10.10Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .10.11Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru pengawas bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal, Bengkel KH , surau, Bilik Pendidikan Islam, Dewan Kuliah , Bilik PSV , Bilik APD , Makmal ICT , Bilik Multimedia dan Pusat Akses .10.12Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri pelajar di dalam meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik pusat sumber mestilah mempunyai tujuhala ke arah itu dan semua guru kanan dan ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-masing.

11. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Penyataan Dasar

11.1Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan pelajar .11.2Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik .11.3Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran , menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai , meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan , meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu pengetahuan , meningkatkan motivasi dan minat untuk terus belajar .11.4Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus kepada latihtubi , pendedahan teknik dan practice make perfect juga practice make permanent . 11.5Penglibatan HEM, guru kaunseling dan warden asrama adalah wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik .11.6Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa .

12 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

Penyataan Dasar

12.1Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam setahun . 12.2Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan rakan sejawat untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah .12.3Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan . Oleh itu adalah penting guru tidak membuat judgement statement tetapi mestilah membuat statement berdasarkan observation supaya penambaikan boleh berlaku .12.4Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali setahun oleh guru-guru kanan dan penolong - penolong kanan .12.5Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan .12.6Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja , buku latihan dan hasil kerja pelajar ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik12.6Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat kurikulum Sekolah setrusnya diperbincangkan di dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan .

13 . PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

Penyataan Dasar

13.1Setiap kakitangan samada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja cemerlang .13.2Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform - platform untuk warga sekolah meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme, Perbincangan Profesional, Buddy Support System , Contact Hours dan Lawatan Penandaras sebagai nilai tambah .13.3Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua untuk tindakan seterusnya . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri .13.4Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan professional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh sebab itu keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi dan ICT .13.5Guru-guru yang dikehendaki mengajar matapelajaran yang bukan opsyennya adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi mengajar matapelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh ketua panitia matapelajaran tersebut .13.6Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan samada peringkat panitia atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran , tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus berserta dengan gambar .

Hakcipta terpelihara Pengetua SMK Raja Perempuan , Ipoh. November 2008PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DIMALAYSIA Pendidikan matematik awalan di Malaysia mementingkan kemahiran mengira mudah di sekolah rendah. Pendekatan yang serupa juga diguna pakai di sekolah menengah. Aritmetik, geometri dan algebra diajar secara terpisah-pisah tanpa sebarang usaha ke arah kesepaduan. Perbincangan berikut memperihalkan beberapa jawatankuasa utama yang telah menentukan hala tuju kurikulum matematik di Malaysia.i. Laporan Razak (1956)Kurikulum pendidikan matematik yang rasmi hanya diguna pakai bermula 1956 selepas cadangan Penyata Razak supaya semua sekolah kerajaan berbuat sedemikian. Walau bagaimanapun, terdapat hanya sedikit perubahan tajuk pada kurikulum yang rasmi itu. Perubahan besar hanya berlaku selepas pelaksanaan Projek Khas pada 1970.ii. Laporan Projek Khas (1970)Projek Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali. Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supaya selaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju. Bahan-bahan pengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luar negara. Hanya terdapat sedikit perubahan kandungan matematik sekolah rendah pada Projek Khas ini. Walau bagaimanapun, strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuan digalakkan. Program ini telah diubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianya digantikan dengan Matematik KBSR.iv. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) (1983)KBSR dilaksanakan pada tahun 1983 berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Melaluinya, kurikulum matematik telah mengalami perubahan yang besar daripada Kurikulum Matematik Moden. Perubahan utama ialah mengurangkan kandungan matematik supaya menjadi lebih sesuai dengan kebolehan murid. Sukatan pelajaran dibahagi kepada dua iaitu Aras I dan Aras II. Aras I (Tahun 1 Tahun 3) mementingkan penguasaan terhadap konsep-konsep asas penomboran serta pelaksanaan empat operasi asas matematik (+, -, dan x). Aras II (Tahun 4 Tahun 6) pula mementingkan aplikasi kemahiran operasi asas serta penyelesaian masalah matematik. Kurikulum ini bertujuan untuk menyediakan peluang yang sama bagi semua murid untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap, peraturan serta amalan sosial masyarakat yang baik. Matematik KBSR ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran mengira di kalangan murid. Mereka perlu juga menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.v. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994)Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1994. Manakala kurikulum matematik sekolah menengah juga mengalami perubahan daripada Kurikulum Baru Sekolah Menengah (1989) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1998. Perubahan yang dibuat adalah selaras dengan kehendak dan cita-cita murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1994. Matlamat utama Pendidikan Matematik dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan untuk memudahkan pelajar membina konsep nombor dan menguasai kemahiran asas mengira. Dengan ini, diharapkan pelajar dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan berkesan. Berasaskan pengetahuan matematik yang diperolehi, pelajar seharusnya boleh menguruskan aktiviti harian mereka dengan lebih sistematik. Ini dapat membantu mereka untuk terus maju dan melanjutkan pelajaran di masa akan datang dan menyumbang kepada pembentukan modal insane yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan negara. (Sukatan Matematik Sekolah Rendah: April 1993)vi. Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)Berikutan pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT (Teknologi Maklumat) seperti yang terdapat dalam cabaran visi 2020, sukatan matematik telah disemak semula. Semakan sukatan matematik pada tahun 1998 mempastikan pelajar menguasai kemahiran asas matematik dan dapat menggunakannya dalam situasi harian sepenuhnya. Jawatankuasa yang berkenaan telah mengagihkan kemahiran belajar yang diperlukan kepada sembilan tajuk utama. Bagi setiap tajuk, kemahirannya disusun dari mudah kepada susah secara hiraki. Tajuk- tajuknya ialah nombor bulat dan operasi asas, pecahan dan operasi asas, perpuluhan dan operasi asas, wang, ukuran panjang dan berat, ruang, purata, peratus dan graf.Pengubahsuaian dan perubahan yang berlaku dalam perkembangan kurikulum pendidikan matematik bukan hanya bertujuan untuk menambahbaik dan menyelesaikan kelemahan yang terdapat dalam kurikulum terdahulu malahan merupakan tuntutan untuk merealisasikan objektif dan aspirasi seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020.Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajar Tingakatan 1, 4 dan 6 rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran dengan mudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.PENGENALAN Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. Di kalangan murid, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua murid. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukataran, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru. Menurut Judd, Piaget dan Dewey, pengajaran melibatkan lebih daripada mengajar pelajar-pelajar melakukan respon khusus pada masa dan tempat yang tepat; ia melibatkan pembelajaran strategi penyelesaian masalah, heuristik dan stratetgi belajar (Wittrock, 1991). Wittrock menjelaskan pembelajaran melibatkan interaksi di antara pengetahuan pelajar dan ingatan dan maklumat yang hendak dipelajari. Pengajaran pula adalah proses yang mendorong pelajar-pelajar membina interaksi ini. Bagi Gabay (1991), pembelajaran adalah komponen utama dari aktiviti timbal-balas, sebab hasil yang jelas dikehendaki ialah meningkatkan pengalaman pelajar. Mengajar pula mencipta syarat atau suasana yang memudahkan pembelajaran. PENDIDIKAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR meliputi kemahiran, nombor bulat dan opeasi; pecahan dan operasi; perpuluhan dan operasi; wang; ukuran dan sukaran; ruang; purata; peratus; dan graf. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Terdapat 7 Objektif yang telah disenaraikan, yang merangkumi kemahiran asas, kemahiran menggunakan bahasa dan menyelesaikan masalah. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR pula cuba memenuhi objektif di atas. Terdapat 6 perkara yang perlu dipertimbangkan, salah satunya (yang pertama); Murid perlu dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem sebelum diperkenalkan kepada simbol dan algoritma yang merupakan perwakilan secara abstrak. Pendekatan lain termasuk, latihan, penyelesaian masalah, penggunaan bahasa, dan penerapan nilai murni. Pendekatan pertama ini jelas menekankan kepada pemusatan murid dan juga mungkin berasaskan fahaman binaan (konstruktisime). PENGAJARAN PEMUSATAN MURID. Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik menjelaskan proses berorientasi-pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991). Konsep pendidikan pemusatan-murid/pelajar berasal dari terapi client-centred (Rogers 1965, dalam Withall, 1991). Rogers menjelaskan lagi bahawa dalam hal ini pendidik mesti sedar dan mengambil berat tentang keperluan afektif pelajar sebagaimana dengan kognitifnya. Dalam situasi pendidikan, pengajar menggunakan pelbagai ragam tingkahlaku untuk mengurus suasana pembelajaran (Withall, 1991); tingkahlaku di sini termasuk: menyusun persekitaran fizikal untuk bersemuka, dialog pada eye-level yang sama di antara guru dengan murid, dan murid dengan murid, mengurangkan jarak sosial dan .... . Terdapat kaedah yang bersesuaian untuk dipertimbangkan dalam pengajaran pemusatan murid; misalnya kaedah kumpulan, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran. Semua kaedah-kaedah ini hanya dapat digunakan dengan baik jika guru sedar tentang peranannya dan peranan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini Dewey memberi pandangannya, bahawa educators have to cultivate the ability to put themselves into the learners shoes, and take the phenomenological view (Withall, 1991). Guru-guru harus tahu ciri-ciri pengajaran pemusatan murid, supaya mereka dapat mangamalkan model ini dengan lebih berkesan. Mengikut Mok Soon Sang (1993) terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh menjadi panduan, di sini penulis hanya menyeneraikan sebahagian ciri-cirinya yang dirasakan oleh penulis cukup berkait rapat dengan fahaman konstruktif. Ciri-ciri tersebut ialah; Dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan penting, guru merupakan pemimpin dan membimbing aktiviti. Interaksi guru dan murid secara dua hala. Interaksi ini mengakibatkan murid berfikir. Guru bersifat demokratik, murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka, keadah perbincangan digalakkan. P&P lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami dan berupaya membuat kesimpulan. Interaksi antara murid adalah banyak. Aktiviti kumpulan digalakkan.

Di bawah strategi ini murid-murid akan menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

FAHAMAN KONSTRUKTIF Fahaman konstruktif dikatakan bermula daripada usaha Jean Piaget, walaubagai mana pun terdapat sarjana lain seperti Dewey yang secara tidak langsung telah mengutarakan fahaman yang hampir sama (lihat kenyataan beliau sebelum ini di atas) apa bila dia menjelaskan, pembelajaran muncul daripada pelajar memproses dari pengalaman terus mereka (Withall, 1991) dan, Skills are not acquired by drill and rote memorization but by activities that the learners, with the aid of educator, employ to serve their interests and need. Selain itu satu teori telah dibina oleh professor P. Ya Galperin dalam tahun 1950an di USSR yang dikenali sebagai Theory of Stage-by-Stage Development of Mental Actions (Gabay, 1991) yang mana analisis teoritikal ini berdasarkan kepada actions/tindakan sebagai unit utama aktiviti manusia. Galperin (1957, 1969, dalam Wittrock, 1991) telah mengemukakan model tindakan mental dalam pengajaran. Pengajaran dalam model ini melibatkan berturut-turut internalization kawalan terhadap tindakan pelajar atau aktivitinya. Dua contoh yang diutarakan di atas, bagi penulis mempunyai kaitan dengan fahaman konstruktif. Menurut Piaget cara yang penting untuk mengetahui dunia nyata bukanlah secara terus melalui deria kita, tetapi pertama dan yang lebih utama melalui tindakan kita (Sinclair, 1987). Ini bermaksud ilmu pengetahun baru dibina daripada perubahan atau tranformasi subjek diperkenalkan kepda hubungan/interaksi di antara yang mengetahui dan yang diketahui (knower-known relationship). Piaget juga menyatakan that activity means internal manipulations of objects, and that meanings come from the actions the child performs on these objects, rather than from these objects themselves (Wittrock, 1991). Sinclair menjelaskan salah satu maksud tulisan von Glasersfeld, iaitu pada semua peringkat subjek membina theories (dengan tindakan atau pemikiran) untuk memberi makna terhadap pengalamannya. Pandangan asas ahli konstruktif ialah, perubahan dalam hubunan di antara subjek dan objek akan menuju ke arah yang leibh baik walau pun tidak sempurna - subjek memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih baik dari tindakan atau proses pemikirannya sendiri. Ini jelas bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna (KPM, 1995). Kini banyak sarjana merujuk fahaman konstruktif kepada 2 alairan, iaitu konstruktivisme Piaget dan konstruktivisme Glasersfeld. Menurut Ernest (1991) terdapat 3 komponen konstruktivisme Piaget, iaitu epistemologi, pandangan strukturalis dan metodologi kajian. Dalam epistemologi, teori-teori personal adalah dibina sebagai konsep constellations, dan telah disesuaikan oleh proses assimilasi dan akommodasi dalam cara untuk melengkapkan dengan dunia pengalaman organisma manusia. Strukturalisma Piaget terlibat dalam kepercayaan bahawa dalam mengorganisasi diri sendiri, kepintaran manusia semestinya membina ciri-ciri set struktur logico-mathematical. Metodologi Piaget pula tertumpu kepada penggunaan temubual klinikal yang mana Ernest menyatakan ianya memberi sumbangan yang penting kepada kaedah kajian dalam psikologi pendidikan matematik. Ernst von Glasersfeld dianggap oleh Ernest (1991) telah melanjutkan asas kerja Piaget dengan signifikan, mengembangkan hasilnya dengan baik dan menghuraikan konstruktivis epistemologi kepada dua prinsip: I. Prinsip A: Prinsip konstruktivisme trivial : pengetahuan bukannya diterima secara pasif tetapi dibina secara aktif oleh pihak yang berlajar II. Prinsip B: Prinsip konstruktivisme radical : fungsi kognisi adalah untuk menyesuai dan memberi khidmat mengorganisasi dunia pengalaman, bukannya penemuan realiti ontologi.

Dalam Prinsip A; sebarang pengetahuan baru telah dibina secara aktif dari pre-existing objek mental dalam minda pelajar dan ia dibina secara unik dengan gaya tersendiri. Model ini dikatakan telah merangsang perkembangan dalam pengajaran. Prinsip B; dikatakan bahawa semua pengetahuan adalah dibina, dan bahawa tiada sesiapa yang memberi tahu kita sebarang hal mengenai dunia itu. Ini jelas menunjukkan mengapa ia dikatakan radicalSTRATEGI PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH Proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan dua pihak utama, guru dan murid-murid. Dalam hal ini guru dikatakan menguasai proses tersebut. Maka perspektif guru terhadap proses ini dan juga terhadap matematik akan mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran murid-murid (Jaworski, 1994) dan konsepsi asas guru terhadap matematik sangat berkait rapat dengan tingkah laku mengajar (Jurdak, 1991). Untuk memenuhi hasrat KBSR adalah jelas guru-guru harus menjuruskan pandangan dan pengertiannya selari dengan kehendah KBSR. Dari sudut konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik darjah; berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, ini akan membantunya memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan; guru berperanan sebagai pengurus, murid diterima sebagai individu yang penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Dari itu setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. Penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang untuk membina pengetahuan dan kemahiran (KPM, 1995). Apa yang jelas KBSR sememangnya menekankan pengajaran pemusatan-murid dan cuba mengamalkan fahaman konstruktif. Untuk itu penulis cuba membincangkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam dua skop, iaitu tindakan dan interaksi. Tindakan di sini bermaksud aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa belajar (membina konsep atau pengetahuan) dengan menggunakan bahan (walaupun kadang-kadang boleh dikatakan sebagai interaksi murid dengan bahan). Interaksi pula bermaksud interaksi murid secara verbal atau tulisan dengan guru dan sesama murid (yang mana dalam proses ini murid akan membina pengetahuan/konsep). Bagi maksud di atas seseorang guru jika menggunakan pegajaran pemusatan-murid akan dengan mudah mengaplikasi fahaman konstruktif dalam pengajaran dan pembelajarannya. Seseorang guru dikatakan telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya perkara-perakara tersebut berlaku (KPM, 1995); Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka. Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah. Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on. Guru mementingkan kemahiran berfikir. Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea tersebut. Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya. Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan murid mencari jawapan Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid. Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid Murid bekerja dalam kumpulan.