Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah · PDF filebaru kepada murid seperti kalkulus. Antara dua skim pengajaran ini, guru boleh ... penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan

Embed Size (px)

Citation preview

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    Huraian Sukatan Pelajaran

    MAMAMAMAMATEMATEMATEMATEMATEMATIK TIK TIK TIK TIK TTTTTAMBAMBAMBAMBAMBAHANAHANAHANAHANAHANTINGKATINGKATINGKATINGKATINGKATTTTTAN 5AN 5AN 5AN 5AN 5

    MAMAMAMAMATEMATEMATEMATEMATEMATIK TIK TIK TIK TIK TTTTTAMBAMBAMBAMBAMBAHANAHANAHANAHANAHANTINGKATINGKATINGKATINGKATINGKATTTTTAN 5AN 5AN 5AN 5AN 5

  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

    Huraian Sukatan PelajaranMAMAMAMAMATEMATEMATEMATEMATEMATIK TIK TIK TIK TIK TTTTTAMBAMBAMBAMBAMBAHANAHANAHANAHANAHAN

    TINGKATINGKATINGKATINGKATINGKATTTTTAN 5AN 5AN 5AN 5AN 5

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    2002

  • iii

    KANDUNGAN

    Rukun Negara vFalsafah Pendidikan Kebangsaan viiKata Pengantar ixPendahuluan 1A6. JANJANG 9A7. HUKUM LINEAR 14K2. PENGAMIRAN 16G2. VEKTOR 19T2. FUNGSI TRIGONOMETRI 24S2. PILIHATUR DAN GABUNGAN 28S3. KEBARANGKALIAN MUDAH 30S4. TABURAN KEBARANGKALIAN 33AST2. GERAKAN PADA GARIS LURUS 36KERJA PROJEK 39ASS2. PENGATURCARAAN LINEAR 41KERJA PROJEK 43

  • RUKUN NEGARA

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendakmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adildi mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adildan saksama; menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satumasyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenagadan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

  • FALSAFAH PENDIDIKANKEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbangdan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yangberilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  • KANDUNGAN

    Pendahuluan 1Organisasi Kandungan 3Skim Pengajaran 5Penekanan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 7A6. JANJANG 9A7. HUKUM LINEAR 14K2. PENGAMIRAN 16G2. VEKTOR 19T2. FUNGSI TRIGONOMETRI 24S2. PILIHATUR DAN GABUNGAN 28S3. KEBARANGKALIAN MUDAH 30S4. TABURAN KEBARANGKALIAN 33AST2. GERAKAN PADA GARIS LURUS 36KERJA PROJEK 39ASS2. PENGATURCARAAN LINEAR 41KERJA PROJEK 43

  • Kata PengantarHuraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yangmemperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untukmemenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan muridmenghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskanpengetahuan pada abad ke 21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran danpembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakankreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktivitimengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran. Huraianini akan dapat membantu guru merancang danmelaksanakan pengajaran dan pembelajaran secaraberkesan.

    Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlumemberikan penekanan pada unsur seperti kemahiranberfikir, pembelajaran masteri, kemahiran belajar carabelajar, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual,konstruktivisme, teknologi maklumat dan komunikasi,pembelajaran akses kendiri dan kajian masa depan. Disamping itu, nilai murni, semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua unsur ini dapatmengujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesanuntuk melahirkan murid yang dapat mengaplikasikanpengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian dandunia pekerjaan.

    Kandungan Matematik Tambahan disusun dalam dua pakejpembelajaran iaitu Pakej Teras dan Pakej Pilihan. PakejTeras terdiri daripada tajuk-tajuk yang wajib diambil. PakejPilihan pula disediakan bagi memenuhi keperluanmatematik murid mengikut kecenderungan bidang yangingin diceburi kelak. Murid hanya perlu memilih satu pakejpilihan iaitu Pakej Aplikasi Sains dan Teknologi atau PakejAplikasi Sains Sosial. Satu unsur baru yang diperkenalkandalam kurikulum ini ialah kerja projek. Di samping itu,penyelesaian masalah, komunikasi dalam matematik danpenggunaan teknologi ditegaskan dalam proses pengajarandan pembelajaran.

    Dalam penyediaan Huraian Sukatan Pelajaran ini, banyakpihak yang terlibat terutamanya guru, pensyarah maktab,pensyarah universiti, pegawai Kementerian Pendidikan danindividu yang mewakili organisasi tertentu. Kepada semuapihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masadan tenaga sehingga terhasilnya Huraian Sukatan Pelajaranini, Kementerian Pendidikan merakamkan setinggi-tinggipenghargaan dan ucapan terima kasih.

    (Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BT. SYED ZIN)PengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

  • 1

    PENDAHULUAN

    Matematik Tambahan merupakan satu matapelajaran elektif di peringkat sekolah menengah.Mata pelajaran ini bertujuan meningkatkanketerampilan matematik murid supaya merekamempunyai persediaan yang mencukupi untukmenghadapi atau menangani perubahan dancabaran masa depan, seterusnya dapatmerealisasikan kerjaya yang cemerlang untuk diri,masyarakat dan negara. Fokus MatematikTambahan adalah ke arah memenuhi keperluanmatematik murid yang cenderung kepada bidangsains dan teknologi serta murid yang cenderungkepada sains sosial. Oleh itu kandunganMatematik Tambahan telah diolah supayamencapai kehendak ini.

    Sukatan Pelajaran Matematik Tambahan telahdigubal dengan mengambil kira kandungan matapelajaran Matematik. Beberapa cabang matematikyang baru juga diperkenalkan dalam kurikulum iniselaras dengan perkembangan baru dalam fokuspendidikan matematik. Di samping itu penegasandiberikan kepada heuristik penyelesaian masalahdalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam aktiviti pembelajaran untuk membentukkemahiran penyelesaian masalah murid eloknyajuga guru memperkenalkan masalah dari konteks

    kurikulum ini merupakan hasil semakan semulakurikulum Matematik Tambahan (1990).

    Dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasibanyak metodologi pengajaran yang berdasarkanpenggunaan komputer dan perisian teknologi sertaINTERNET telah dibina untuk meningkatkanpembelajaran matematik. Oleh itu guru yangmengajar Matematik Tambahan digalakmengeksploitasi sumber yang wujud dalam bidangitu untuk meningkatkan pedagogi pengajaranmereka di bilik darjah secara berterusan. Hanyadengan usaha yang gigih dan ingin meneroka gurudapat meningkatkan tahap profesionalismemereka sebagai guru matematik. Ke arahmencapai hasrat ini, guru digalakkan mencaribahan dari laman web, menggunakan perisianmatematik atau pakej pembelajaran yang dapatmembantu murid menguasai konsep matematiktertentu dengan lebih berkesan berbanding dengankaedah tradisional yang digunakan sekarang.

    aktiviti manusia. Melalui penegasan ini, muridboleh membina kebolehan dan keyakinan merekauntuk menggunakan matematik apabilamenghadapi situasi yang baru. Walaupun terdapatunsur baru yang diperkenalkan sebahagian besar

    KerjayaMasaDepan

    PenyelesaianMasalah

    TeknologiMaklumatdanKomunikasi

  • 2

    Kerja projek adalah digalakkan dalam MatematikTambahan untuk memberi peluang kepada muridmenggunakan pengetahuan dan kemahiran yangtelah dipelajari dalam situasi sebenar danmencabar. Kerja projek merangkumi penerokaansesuatu masalah matematik yang dijalankan olehmurid. Pengenalan kerja projek akan membawabeberapa faedah kepada murid sepertimerangsangkan minda murid, menjadikanpembelajaran matematik lebih bermakna,membolehkan murid mengaplikasikan konsep dankemahiran matematik yang telah dipelajari danmeningkatkan kemahiran berkomunikasi.

    Selain daripada memainkan peranan membentukketerampilan matematik murid, pemupukan nilaiintrinsik matematik dan nilai murni perlu dilakukanjuga dalam penyampaian kurikulum ini. Dalamusaha membentuk warga Malaysia yang taat danbangga melalui sistem pendidikan negara,kurikulum Matematik Tambahan bolehmenyumbang kepada kejayaan usaha itu. Di manasesuai guru boleh juga mengaitkan aktivitipembelajaran dengan situasi yang wujud di negarakita dan tidak selalu merujuk kepada contoh di luarnegara semata-mata.

    Matlamat

    Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan untukmempertingkatkan pengetahuan, keterampilandan minat murid dalam matematik. Dengandemikian, mereka akan berupaya menggunakanmatematik secara berkesan danbertanggungjawab untuk berkomunikasi danmenyelesaikan masalah serta mempunyaipersediaan yang mencukupi bagi melanjutkanpelajaran dan berfungsi secara produktif dalamkerjaya mereka.

    Objektif

    Kurikulum Matematik Tambahan membolehkanmurid:

    1. Memperluaskan keterampilan dalam bidangnombor, bentuk dan perkaitan sertamemperoleh pengetahuan dalam kalkulus,vektor dan pengaturcaraan linear.

    2. Memperkukuhkan kemahiran penyelesaianmasalah.

    KerjaProjek

    NilaiMurni

  • 3

    3. Memperkembangkan kebolehan untuk berfikirsecara kritis dan kreatif serta berhujah secaramantik.

    4. Membuat inferens dan pengitlakan yangmunasabah daripada maklumat yang diberi.

    5. Menghubungkaitkan pembelajaran matematikdengan aktiviti harian dan kerjaya.

    6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiranmatematik dalam menterjemahkan danmenyelesaikan masalah kehidupan harian.

    7. Menghujahkan penyel