Kuliah 8c-Pengucapan Awam11

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KULIAH PENGUCAPAN AWAM

Citation preview

  • 1 PENGUCAPAN AWAM YANG BERKESAN

  • Kata PujanggaOrang yang bijak bercakap kerana ada sesuatu untuk diperkatakan manakala orang yang bodoh kerana memperkatakan sesuatu (Plato)Sesuatu perkataan sebelum diujarkan adalah milik individu tetapi setelah diujarkan sudah menjadi milik orang lain. Justeru, berhati-hatilah kita berkata-kata kerana telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya.

  • Kehalusan BudiKalau hendak tahu orang berbangsa,Tengok kepada budi dan bahasanyaDalam berkata berlemah lembutDalam melangkah berpatut-patutBila duduk tahu tempatnyaBila tegak tahu adatnya. (Hashim Hj Musa,2008:8)

  • Tujuan UcapanPenerangan @ pengajaranUcapan sesuatu majlis perpisahanMenarik perhatian - pembeli

  • Konsep Pengucapan AwamKomunikasi untuk menyampaikan maklumat kepada sejumlah orang ramai. Contohnya seseorang pengurus menyampaikan pesanan atau amanat kepada para pekerja bawahan atau seorang pensyarah sedang menyampaikan kuliah.Bentuk pengucapan awam ceramah, seminar, syarahan, pidato, dialog, perdebatan.

  • Elemen-Elemen yang Mempengaruhi Keberkesanan Pengucapan Awam

    Pengucap (Speakers) Mesej Saluran Pendengar (Audiens) Maklum Balas Gangguan Setting

  • Pengucapan Awam (PA) yang Berkesan

    PA yang menarik dan berjaya menyampaikan mesej yang hendak disampaikan kepada pendengar dengan jelas. Mesej diterima oleh audien adalah tepat dan betul Perubahan yang berlaku akibat dari PA adalah bertepatan dengan perubahan yang dicadangkan

  • Pengucap (Speaker)

    Mempunyai mesej disampaikan untuk makluman, mempengaruhi, memberikan inspirasi atau menghibur. Perlu merancang, penyelidikan, persediaan, dan latihan yang sewajarnya untuk mencapai objektif. Speaker perlu ada: MINAT MOTIVASI KREDIBILITI PERANCANGAN PERSEMBAHAN TERBAIK

  • Mesej

    Maklumat yeng hendak disampaikan berjaya jika: Tajuk sesuai Perkataan tepat Bahasa tepat Contoh mencukupiGaya penyampaian yang sesuai Susunan mesej jelas Struktur persembahan mestilah mengandungi pendahuluan, isi kandungan, cadangan, penutup

  • AudienAudienialah pelanggan anda. Analisis audien diperlukan, bagi menentukan strategi pendekatan dengan kaedah sesuai. Pendekatan audien Lingkungan umur audien Anggaran audien Anggaran jantina Anggaran taraf perkahwinan Anggaran bangsa Anggaran latar belakang sosial dan budaya

  • Audien (samb)

    Anggaran taraf pendidikan Anggaran kerjaya Anggaran minat Anggaran tahap pengetahuan pengharapan

  • Saluran

    Lisan atau bukan lisan Lisan Percakapan menggunakan suara Bukan Lisan gerak-geri, lain-lain yang Pertembungan mata dengan audien Bunyi suara nada suara, kepelbagaian, kawal suara Ketrampilan diri Pakaian yang sesuai selesa (first impression) Kredibiliti Kualiti diri yang baik Sikap terbuka, komited dan hormat Mimik muka, pergerakan badan dan tangan Rajah, carta, graf dan gambar

  • Maklum Balas

    Sama ada mesej diterima dan tindak balas Peka kepada maklum balas Pinta maklum balas Bertindak balas dengan maklum balas Ulang penerangan untuk mendapat maklum balas Luaran Persepsi audien berbeza

  • Maklum BalasLuaran Persepsi audien berbeza Pemahaman berbeza Prasangka Bising Fizikal/psikologi audien Tidak tumpu perhatian

  • Sifat Kasih SayangAdat hidup orang yang muliaMengasihi sahabat menyayangi saudaraLebih dan kurang tidak berkiraPahit dan manis sama dirasaiBerkawan tidak memilih bangsaBersahabat tidak memandang harta(Hashim Hj Musa,2008:10)

  • Setting

    Diperlukan mengetahui keluasan bilik Kemudahan yang ada audio, video dll. Suhu bilik Lampu / cahaya dll. Tempat berada semasa persembahan

  • Persiapan sebelum persembahanTajuk,Tarikh,Tempoh masa Objektif Bahan-bahan: Penyelidikan Perjalanan Pengetahuan Temu bual Rangka Ucapan: pendahuluan kandungan penutup

  • Persiapan sebelum persembahan

    Menulis ucapan: Nota ringkas Teks ucapan Nota edaran

  • Latihan

    Menyemak isi perlu Pembahagian masa Kefahaman tentang isu Merangka satu-satu isu Kenal pasti kelemahan Cuba nada suara, kelantangan, pergerakan badan, mimik dsb. Latihan depan rakan, cermin Menggunakan nota pendek

  • Persembahan

    Sedia segi fizikal, mental dan emosi Tenang dan yakin Kekalkan hubungan baik dengan audien Penekanan isi penting Bergerak bebas Gunakan humor sewajarnya

  • Persembahan (samb)Jangan kaku Elakkan suara senada, halus, tinggi dsbnya. Fokus pada audien dan mesej Kurangkan gementar

  • Kesilapan umum dalam penggunaan tatabahasa ucapan

    Tiada kesatuan gagasan

    Ayat yang terhasil tidak memperlihatkan tema ayat.

  • Subjek tidak jelas

    Boleh dikatakan bahawa di seluruh dunia telah mempunyai televisyenIaitu adalah suatu perjanjian antarabangsa.Mengadakan undang-undang yang lebih ketat. Peperiksaan yang menentukan masa depan pelajar.

  • Subjek bukan FN

    Menurut Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesta dapat dibendung jika masyarakat memberi kerjasama.

  • Subjek dan predikat tidak sejajar

    Kesemua peserta yang mengikuti perkhemahan pada tahun ini merupakan penyertaan pertama mereka.

  • Unsur subjek terpisah

    Ramai pelajar menyangka terutamanya pelajar bukan Melayu bahawa Bahasa Melayu tidak penting

  • Pancangan relatif yang salah

    Pusat itu yang belanjanya belum diketahui dijangka siap pada bulan hadapan.Rantau Panjang merupakan bahagian yang paling ramai mempunyai ahli setakat ini.

    Perkara ini dianggap penting yang berkaitan dengan kebudayaan negara.

  • Tiada kepaduan ayat

    Tiada kepaduan hubungan antara sesuatu kata/frasa dengan kata/frasa yang lain

  • Hukum DM

    Kedua cara mempunyai sama faedah

    Dengan lain perkataan, mereka tidak mengetahui akan kelebihan menuntut ilmu

  • FK dengan kata kerja kembar

    Dengan itu, kita mestilah proaktif dan berusaha mendapatkan teknologi baru agar manfaatnya dapat dinikmati.

  • FK tanpa penanda komplemen

    Dalam perjalanan mencapai kemajuan, kita semua mempercayai kejatuhan moral masyarakat merupakan bayaran erti kemajuan.

    Kerajaan negeri berpendapat bekalan air tidak dapat tidak, perlu diuruskan dengan secekap mungkin

  • KKT + Objek

    Kita harus berusaha memahami tentang penderitaan rakyat terbanyak.

    Ahli ekomoni harus membincangkan mengenai masa depan ekonomi bumiputera.

    Izinkan saya membawa para hadirin sekelian mengandaikan pada satu situasi hipotetikal ini.

    Kita mengetahui ada di kalangan saintis mula mengkaji dan menyelidik untuk melahirkan sejenis nyamuk yang telah diubah struktur genetiknya agar ia tidak membawa virus malaria.

  • KSN salah

    Kita mesti berpegang kepada Perlembagaan Negara bahawa hak setiap rakyat sudahpun ditentukan.

    Masyarakat perlu memperkukuh lagi aspek budi bahasa dan nilai-nilai murni yang semakin diabaikan sejak akhir-akhir ini.

    Sebagai rakyat Malaysia kita perlu ada kesedaran mengenai asal usul dan acuan kita sendiri yang boleh dilabelkan sebagai "Orang Timur".

  • Pentansitif kausatif/lokatif

    Sebagai jiran, kita wajib turut serta dalam menyembahyangkan jenayah jiran kita.

    Allah telah menganugerahkan kita dengan kelebihan akal.

    keindahan Islam itu akan memberi kesan baik yang menyeluruh terhadap kemaslahatan sesebuah masyarakat.

    Sempena hari bersejarah ini, marilah kita berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pemimpin, pejuang kemerdekaan, yang telah pergi mendahului kita.

  • Pentansitif kausatif/lokatif

    Jangan sampai kemajuan itu mengajarkan kita pada perkara yang sebaliknya

    Televisyen telah banyak mengeluar dan menayangkan filem.

    Sejak akhir-akhir ini kita sering diperdengarkan melalui radio tentang masalah disiplin. murid-murid.

  • Pentransitif per yang salah

    Masyarakat pula semakin sedar untuk hidup berlumba-lumba mempertingkatkan status kedudukan sebagai suatu kelompok yang berdaya maju dan bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan permasalahan serta keperluan negara.

    Budaya berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bukan sekadar perlu dipertahankan bahkan perlu diperkayakan lagi agar ia tidak mengalami kepupusan serta sentiasa berkesinambungan untuk diwarisi daripada generasi ke generasi seterusnya.

    Kita perlu juga memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat kita sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun.

  • Penalaran dan logika yang tidak berkesan

    Keupayaan untuk menggunakan daya hujah tidak berkesan, dan penyusunan gagasan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat

  • Kerajaan memang bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat, tetapi negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi dan pelancong tidak banyak yang datang ke negara ini. Gurulah yang bertanggungjawab untuk memberi galakan dan dorongan tentang kepentingan ilmu.Hal ini jelas kerana semakin canggih teknologi semakin sibuk masyarakat memenuhi kepeluan asas kehidupan yang maju. Ibu bapa terpaksa mengejar kemewahan dengan lebih tekun. Bagi masyarakat Cina, sarang burung layang-layang ini sangat berkhasiat di mana air liurnya digunakan bagi membuat tonik terutama sekali untuk khasiat menyembuh dan pemberi tenaga.

    Penalaran dan logika yang tidak berkesan

  • Ketidaksejajaran unsur ayat

    Kerajaan negeri telah menyediakan banyak galakan seperti menawarkan harga tanah perusahaan yang rendah, kadar bayaran bekalan air yang dikurangkan, bayaran cukai tanah dan cukai pintu yang diturunkan terhadap kilang-kilang perusahaan yang bakal didirikan di negeri ini.

    Kementerian akan menghentikan pemberian subsidi wang kepada petani tetapi mereka akan diberi pinjaman tanpa faedah

    Sejak kebelakangan ini, kemusnahan hutan paya bakau di pinggir Sungai Juru dan sepanjang darpada jambatan Pulau Pinang hingga ke Kuala Juru semakin luas berlaku untuk tujuan pembangunan.

  • Tidak berhemat dalam pengunaan kata/frasa

    Akibat daripada pencermaran air yang dilakukan ialah menjadikan pendapatan hasil nelayan-nelayan turut merosot sebanyak 50% bila masalah ini berlaku.

    Kekurangan tenaga manusia bagi mengawas dan menguat kuasa undang-undang sering digunakan sebagai alasan untuk setiap tragedi yang berlaku akibat dari kekurangan kakitangan awam.

    Lain-lain punca pencemaran adalah membuang rumput ke sungai oleh pihak tertentu yang turut menyumbang kepada pertambahan masalah pencemaran ke atas sungai.

  • Tidak berhemat dalam pengunaan kata/frasa

    Ini jelas melanggar syarat perjanjian yang telah ditetapkan di m,ana syarikat berkenaan telah melanggar skim keselamatan yang telah disetujui bersama.

    Mereka sengaja memandu dengan melebihi had laju yang telah ditetapkan oleh pegawai jalan hanya untuk menandakan keberanian mereka.

  • SekianTerima kasih

    Semoga berjaya