22
KULIAH 6 TANDA BACA

KULIAH 6 TANDA BACA

  • Upload
    verna

  • View
    146

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KULIAH 6 TANDA BACA. MENGAPA TANDA BACA DIANGGAP SAMA PENTING DENGAN EJAAN, DAN BAGAIMANAKAH PENGGUNAANNYA YANG TIDAK TEPAT BOLEH MENGELIRUKAN PEMBACA?. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: KULIAH  6 TANDA BACA

KULIAH 6

TANDA BACA

Page 2: KULIAH  6 TANDA BACA

MENGAPA TANDA BACA DIANGGAP SAMA PENTING DENGAN EJAAN, DAN

BAGAIMANAKAH PENGGUNAANNYA YANG TIDAK TEPAT BOLEH MENGELIRUKAN

PEMBACA?

Page 3: KULIAH  6 TANDA BACA

Tanda baca sama pentinnya dengan ejaan kedua-duanya menentukan keberkesanan penyampaian mesej penulis kepada pembaca. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat akan mengelirukan pembaca. Dalam tulisan

rumi bahasa Melayu terdapat 15 tanda baca yang digunakan dengan mantap.

1. Tanda Titik (.) 9. Tanda Seru (!)

2. Tanda Koma (,) 10. Tanda Kurung ( () )

3. Tanda Koma Bertitik (;) 11. Tanda Kurung Siku ( [] )

4. Tanda Titik Bertindih (:) 12. Tanda Petik (“ “)

5. Tanda Sempang (-) 13. Tanda Petik Tunggal ( ‘ ‘ )

6. Tanda Pisah (-) 14. Tanda Garis Miring ( / )

7. Tanda Elipsis (….) 15. Tanda Penyingkat ( ‘ )

8. Tanda Tanya/Soal (?)

Page 4: KULIAH  6 TANDA BACA

1. TANDA TITIK (.)Tanda titik atau noktah digunakan seperti berikut:a.Di akhir setiap ayat lengkap:

Cth: UKM ialah sebuah institusi yang bertanggungjawab memperkembangkan bahasa Melayu.b.Di akhir ayat perintah atau suruhan yang kadang-kadang terdiri dari pada satu suku kata sahaja.

Cth: Berhenti. Jangan buang sampah di sini.

c.Penamat ayat tanya yang berbentuk retorik yang tidak memerlukan jawapan.

Cth: Mengapa kita tidak meneruskan perbuatan ini lebih lama lagi.d.Penamat ayat tanya dalam ragam cakap pindah.

Cth: Dia bertanya siapakah nama anda.e.Kependekan nama.

Cth: P. Ramlee

Page 5: KULIAH  6 TANDA BACA

1. TANDA TITIK (.)Tanda titik atau noktah digunakan seperti berikut:f.Akhir singkatan gelar, jawatan, pangkat dan sapaan.

Cth: Dr. (Doktor) En. (Encik) Pn. (Puan)g.Singkatan kata atau ungkapan yang sudah sangat umum. Bagi singkatan yang terdiri daripada tiga huruf atau lebih, hanya dipakai satu tanda titik.

Cth: b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada) u.p (untuk perhatian)h.Selepas setiap nombor senarai.

Cth: Buah-buahan tempatan yang dieksport ialah:1. Pisang.2. Durian.3. Manggis.

i.Di belakang angka atau huruf dalam suatu bahagian, iktisar dan daftar.

Cth: 1.1 Pendahuluan 1.2 Umum

Page 6: KULIAH  6 TANDA BACA

1. TANDA TITIK (.)Tanda titik atau noktah digunakan seperti berikut:J. Memisahkan angka jam, minit dan saat yang menunjukkan waktu, dan memisahkan angka ringgit dan sen.

Cth: RM3.30 k. Tanda perpuluhan atau pecahan

Cth: 1.5 peratus ; 6.3 x 4.5l. Dibelakang alamat yang akhir dan tahun dalam pendahuluan surat menyurat.

Cth: No. 38, Jalan Delima Merkar,Kampung Sungai Tangkas,43000 Kajang, Selangor.

23 Ogos, 2010.

Page 7: KULIAH  6 TANDA BACA

2. Tanda Koma ( , )a.Berfungsi sebagai unsur pemisah.•Memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan.

Cth: Bendera itu berjalur putih, kuning dan hitam.

Tanda koma hendaklah diguna sebelum “dan”, “atau”, dan “serta” yang diikuti dengan frasa.

Cth: kata bentuk aspek menerangkan sama ada sesuatu perbuatan itu belum,

sedang atau sudah dilakukan.• Memisahkan unsur nombor yang berurutan.

Cth: Sudah lima kali ia membilang sepuluh, dua puluh, tiga puluh, hingga ke seratus.•Memisahkan perbilangan dan pengulangan.

Cth: satu, dua, tiga!

•Memisah kata atau ungkapan yang diulangi.Cth: tidak lain yang dibuatnya, melainkan menjerit, menjerit, menjerit!

•Memisah beberapa ayat setara.Cth: Pelita itu dinyalakan, dibawa masuk ke bilik tidur, diletakkan di hujung

katil.

Page 8: KULIAH  6 TANDA BACA

2. Tanda Koma ( , )a.Berfungsi sebagai unsur pemisah.

•Memisahkan kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat induk.

Cth: Tidak dibenarkan masuk, kecuali dngan urusan

•Memisahkan baris-baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga.

Cth: Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

•Memisahkan bahagian awal ayat dengan petikan langsung.Cth: Katanya, “saya akan datang pada hari Rabu.”

•Memisahkan klausa komplemen yang mendahului ayat induk (dlm ayat songsang)

Cth: Untuk menyiapkan projek itu, mereka memerlukan perbelanjaan yang banyak

Page 9: KULIAH  6 TANDA BACA

2. Tanda Koma ( , )a.Berfungsi sebagai unsur pemisah.

•Memisahkan kata seru di hadapan ayat induk.Cth: Aduhai, seksanya badan yang menanggung rindu!

•Memisahkan nama khas atau judul pendahuluan di akhir ayat.Cth: Tuan Setiausaha, apakah keputusan mesyuarat yang lalu?

• Memisahkan kata pangkal ayat sebagai kata praklausa.Cth: Hatta, baginda pun belayarlah dengan senang hati.

b. Sebelum klausa yang berfungsi sebagai pelengkapCth: Pegawai itu berkata, siasatan akan dibuat segera.

c. Selepas kata hubung pangkal ayat.Cth: Masalah itu tidak akan dapat diselesaikan oleh penduduk bandar itu sahaja.

Oleh itu, pihak berkuasa perlu campur tangan.

d. Sebelum kata hubung tertentu di akhir ayat.Cth: Ada enam orang lagi yang terlibat dalam peristiwa itu, sebenarnya.

Page 10: KULIAH  6 TANDA BACA

2. Tanda Koma ( , )

e. Selepas kata hubung di pangkal ayat kedua dalam ayat yang disatukan dengan tanda koma bertitik.

Cth: Dia sudah berlepas dahulu; padahal, kita telah berjanji akan pergi bersama-sama.

f. Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang menjadi penjelasan lanjut kepada frasa akhir dalam ayat induk

Cth: Dia ke bandar dengan kereta adiknya, Proton Wira Biru.

g. Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang bermula dengan “iaitu”, “yakni”,h.Sebelum keterangan tambahan di akhir ayat yang membawa erti penidakan atau penafian

Cth: Dia dilahirkan di Surabaya, bukan di Medan.

i.Memisahkan ayat petikan langsung.Cth: Ayahnya berasal dari Mataram, emaknya, Sulawesi.

Page 11: KULIAH  6 TANDA BACA

3. Tanda Koma Bertindih( ; )Tanda koma bertindih digunakan seperti berikut:a.Memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, namun dan lalu.

Cth: Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu.

b.Memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung juga, walau bagaimanapun, malah, di samping itu, oleh yang demikian dan sebagainya.

Cth: Seminar akan diadakan pada minggu depan; oleh yang demikian, kita perlu bermesyuarat untuk membuat persiapan.

c. Memisahkan klausa-klausa yang terdapat dalam sesuatu ayat.Cth: Karya ini menggunakan berbagai-bagai pendekatan; ada yang membuat

analisis karya Za’ba. Disesuaikan ke dalam bentuk buku teks; ada yang menerapkan teori-teori baharu.

Page 12: KULIAH  6 TANDA BACA

4. Tanda Titik Bertindih( : )Tanda titik bertindih memenuhi fungsi berikut:a.Memperkenalkan atau menambah keterangan.

Cth: Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas.

b.Memisahkan:Subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan.

Cth: Politik kini: Prinsip dan Persoalan.

Nombor adegan daripada nombor babak drama, lakonan atau filem. Juga dalam surah al-Quran

Cth: Atap Genting Atap Rembia 2:3 (bermaksud adegan 2, babak 3). Al-Baqarah 2:29 (bermaksud surah 2, ayat 29).

Nombor jilid, bilangan dan halaman rujukan bagi majalah.Cth: Dewan Budaya 6:42 (bermaksud bilangan 6, halaman 42)

c.Dalam teks drama, sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.

Cth: Ibu : “Bawa bungkusan ini, Fatin!” Fatin : “Baik, bu”

Page 13: KULIAH  6 TANDA BACA

5. Tanda Sempang ( - )Tanda sempang umumnya digunakan untuk mengurangkan kekeliruan. a.Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan

Cth: K-a-m-p-u-n-g bukan k-a-m-p-u-n-g

b.Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.Cth: “M-m-maksud saya begitulah,” katanya dengan gagap

c. Memisahkan angka yang berbeza fungsinya.Cth: 03-89216885

d. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.

Cth: Anglo-China : Indo-Belanda

e. Menunjukkan kata ganda.Cth: gotong-royong

f.Merangkaikan unsur bahasa Melayu dengan unsur bahasa asing.Cth: Meng-upgred-kan

Page 14: KULIAH  6 TANDA BACA

6. Tanda Pisah ( - )Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya dua kali tanda sempang dan tidak diapit oleh ruangana.Memisahkan keterangan bagi sesuatu idea atau satu siri idea sama ada di tengah ayat atau di akhir ayat.

Cth: Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.

b.Menunjukkan aliran fikiran penulis yang terganggu, terhenti atau berubah-ubah. Untuk menyisipkan perkataan, frasa, atau klausa lain di celah ayat, tanda ini digunakan.

Cth: Mereka semua mengenal Haji Nayan - guru tua di pekan kecil itu - sebagai seorang dermawan.

c. Menggantikan perkataan “hingga”, “ke”, “sampai”.Cth: Jun - Ogos

1952 - 1996

Page 15: KULIAH  6 TANDA BACA

7. Tanda Elipsis ( … )Elipsis ialah tiga titik ( … ) yang mempunyai jarak biasa dengan fungsi berikut:a.Menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, tengah atau akhir sesuatu ayat atau teks.

Cth: … sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya. Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, … dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangka … (Surah al-Talaq 65:2-3)

b.Menunjukkan satu siri atau senarai nama yang bersambung yang bermaksud dan seterusnya atau dan sebagainya.

Cth: Anak kecil itu baru belajar mengira 1, 2, 3 …

c. Menandakan hentian sebentar dalam pengucapan, atau penyampaian idea tidak lancar.

Cth: Siapkan laporan itu … hari ini juga. Kemudian … beri satu salinan kepada … Abu.

Page 16: KULIAH  6 TANDA BACA

8. Tanda Tanya/Soal ( ? )Tanda tanya atau soal memenuhi fungsi berikut:a.Digunakan pada akhir ayat untuk menyatakan soalan, sama ada ayat itu dimulai dengan kata soal ataupun tidak.

Cth: Berapa harikah dia akan tinggal di sini? Saya sudah memberitahu mereka tentang perkara itu, bukan?

b.Tanda soal dalam tanda kurung menyatakan ada fakta dalam ayat itu yang diragui atau kurang dapat dibuktikan kebenarannya.

Cth: Ia dilahirkan pada tahun 1959 (?) Wang sebanyak RM3 juta (?) hilang

9.Tanda Seru ( ! )

Digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang beupa seruan, perintah atau mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat.

Cth: Amboi! Cantiknya baju yang dipamerkan itu!

Page 17: KULIAH  6 TANDA BACA

10. Tanda Kurung ( () )Tanda kurung digunakan untuk tujuan tertentu seperti berikut:a.Mengapit singkatan, akronim, keterangan, atau penjelasan tambahan.

Cth: Latihan itu akan diadakan di BPG (Bahagian Pendidikan Guru)

b.Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan.Cth: Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada

buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et.al., 1994)

c. Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan.Cth: Saksi itu memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu:

(i) Pemeriksaan utama(ii) Pemeriksaan balas(iii) Pemeriksaan semula

Keterangan boleh juga dituliskan dalam ayat seperti berikut:Cth: Saksi itu memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu:

(i) pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula.

Page 18: KULIAH  6 TANDA BACA

11. Tanda Kurung Siku ( [ ] )a.Tanda kurung siku mengapit huruf, kata atau kelompok kata yang ditambah kepada bahagian teks yang ditulis oleh orang lain untuk memudahkan pembacaan.

Cth: Sang Sapurba men [d] engar bunyi gemersik.

b.Tanda kurung siku mengapit tahun dalam tatacara sebutan kes diikuti dengan rujukan halaman.

Cth: Azimah lwn Nordin [1968] MLJ 123.

c. Tanda kurung siku mengapit ayat penjelas yang mempunyai keterangan dalam tanda kurung

Cth: [Penjelasan tentang tajuk kecil ini (lihat Bab 30) dibuat dengan panjang lebar].

Page 19: KULIAH  6 TANDA BACA

12. Tanda Petik ( “ … “ )Tanda ini digunakan untuk tujuan seperti berikut:a.Mengapit cakap ajuk, petik langsung daripada naskah atau bahan bertulis.

Cth: “Bila sampai?” tanya Munawar. “Pagi tadi”, jawab Majnun.

b.Mengapit judul rencana, karangan, puisi atau bab buku yang dipakai dalam ayat.

Cth: Karangan Mana Sikana yang berjudul “Membina Keunggulan Menurut Teori Tks Dealisme” diterbitkan dalam Dewan Sastera.

Sajak “Ayah”, karya seorang pelajar BM2, telah dideklamiskan pada pertandingan Risisita III.

c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.

Cth: Kusairi sedang menyediakan “anatomi” halaman buku ini.

Page 20: KULIAH  6 TANDA BACA

13. Tanda Petik Tunggal ( ‘ … ‘ )Tanda petik tunggal digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik

Cth: “Amboi! Sejak menjadi ‘orang kaya baru’, batang hidungnya pun tak nampak,” sindir Ramli.

14. Tanda Garis Miring ( / )Tanda ini digunakan seperti berikut:a. Nombor rujukan surat rasmi.

Cth: DBP/174/12/4 K.5 (28)

b. Sebagai pengganti kata dan, atau, dan per ataupun dipakai semasa menulis nombor alamat.

Cth: Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan Kos cetak RM6.50/naskah

15. Tanda Penyingkat ( ‘ )Tanda penyingkat ini digunakan untuk menunjukkan ada bahagian kata atau nombor yang hilang.

Cth: Malam ‘dah tiba. (‘dah = sudah) Hal ini terjadi tahun ‘45 (‘45 = 1945)

Page 21: KULIAH  6 TANDA BACA

KULIAH DAH HABISTAPI

TUGAS BELUM LAGI YA.

Page 22: KULIAH  6 TANDA BACA

KUASA PENGGUNA1 PENGGUNA 1 SUARAKuasa pengguna ditakrifkan sebagai pengguna mampu mempengaruhi dan menentukan harga serta penawaran barang dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompleks. Melalui kuasa yang ada pada mereka, mereka boleh mencorakkan pola permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan tersebut. Pengguna juga berkuasa memastikan penipuan, penyelewengan dan penindasan oleh peniaga tidak berlaku sewenang-wenangnya melalui peningkatan pengetahuan, memperkuatkan jati diri, mengetahui dan mengamalkan hak mereka sebagai pengguna.Kuasa pengguna dapat diperlihatkan melalui:1.Pengguna berkuasa dalam pasaran 2.Pengguna bersatu menuntut hak 3.Sebulat suara dalam tindakan ‘1 pengguna’ bermaksud pengguna perlu bertindak secara bersepadu dalam satu masyarakat pengguna yang kuat dan membentuk ‘satu pengguna’ yang bergerak seiring secara efektif dan mewakili satu golongan yang kuat dan disegani. Pengguna juga mempunyai hak yang sama tanpa mengira latar belakang mereka dan hak ini perlu dihormati.‘1 suara’ mempunyai maksud setiap pengguna perlu bertindak secara besepadu untuk menegakkan amalan dan nilai kepenggunaan yang bersifat sejagat. Ini bermakna pengguna perlu bertindak sebagai satu entiti yang bermatlamat untuk mencapai suatu kehendak dan hak yang sama melalui penglibatan secara berkumpulan, sama ada dalam organisasi atau persatuan.