14
1 KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS Hasil Pembelajaran Pelajar dapat: 1. Menerangkan cara mengidentifikasi murid berkeperluan khas 2. Mengenal pasti jenis dan ciri murid khas Latihan 3.1 1. Huraikan maksud kanak-kanak luar biasa dalam konteks pendidikan. 2. Apakah perbezaan antara kanak-kanak luar biasa dengan kanak-kanak kurang upaya? 3. Mengapa kanak-kanak bekerpuan khas dilabel atau dikategorikan mengikut ketidakupayaan mereka? Bincangkan kebaikan dan keburukan melabel atau mengkategori kanak-kanak berkeperluan khas. MAKSUD ‘KEPERLUAN KHAS’ Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan. Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut: Kerencatan akal Kecacatan fizikal Kekurangan penglihatan Kekurangan pendengaran Gangguan pertuturan Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk suatu jangka masa tertentu. KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN) Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa. Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.

KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

1

KULIAH 3:

MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Hasil Pembelajaran

Pelajar dapat:

1. Menerangkan cara mengidentifikasi murid berkeperluan khas

2. Mengenal pasti jenis dan ciri murid khas

Latihan 3.1

1. Huraikan maksud kanak-kanak luar biasa dalam konteks pendidikan.

2. Apakah perbezaan antara kanak-kanak luar biasa dengan kanak-kanak kurang

upaya?

3. Mengapa kanak-kanak bekerpuan khas dilabel atau dikategorikan mengikut

ketidakupayaan mereka? Bincangkan kebaikan dan keburukan melabel atau

mengkategori kanak-kanak berkeperluan khas.

MAKSUD ‘KEPERLUAN KHAS’

Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan kanak-kanak iaitu atas

satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan.

Kanak-kanak yang dirujuk di sini boleh dirujuk kepada kanak-kanak yang mengalami

perkembangan yang lambat dalam satu atau lebih daripada sebab berikut:

▫ Kerencatan akal

▫ Kecacatan fizikal

▫ Kekurangan penglihatan

▫ Kekurangan pendengaran

▫ Gangguan pertuturan

▫ Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi

Sebahagian daripada kanak-kanak ini mungkin memerlukan bantuan khas untuk

sepanjang hayat mereka, sementara yang lain mungkin memerlukan bantuan untuk

suatu jangka masa tertentu.

KONSEP KANAK-KANAK LUAR BIASA (EXCEPTIONAL CHILDREN)

• Kanak-kanak dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu di ubahsuai

untuk memenuhi keperluannya. Oleh itu kanak-kanak luar biasa bukan merujuk

kepada mereka yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang

mempunyai kepintaran dan bakat yang luar biasa.

• Kanak-kanak luar biasa daripada sudut pendidikan lebih sesuai dianggap sebagai

kanak-kanak berkeperluan khas (KKBK *) atau kanak-kanak istimewa.

Page 2: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

2

Kirk dan rakan-rakan (1993):

• Kanak-Kanak luar biasa secara umum lebih sesuai dirujuk sebagai kanak-kanak

berkeperluan khas atau kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak yang berbeza dari

kanak-kanak biasa dari segi:

▫ Ciri-ciri mental

▫ Keupayaan deria

▫ Keupayaan komunikasi

▫ Perkembangan tingkah laku dan emosi atau

▫ Ciri-ciri fizikal/saraf/otot

• Perbezaan ini menyebabkan mereka memerlukan amalan-amalan sekolah yang

diubahsuai atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas supaya ia dapat

berkembang sehingga mencapai tahap kebolehan yang maksimum.

Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan:

• Kanak-kanak hanya dianggap luar biasa apabila program pendidikan perlu diubah

untuk memenuhi keperluannya.

• Oleh yang demikian, kanak-kanak luar biasa bukan hanya merujuk kepada mereka

yang tidak dapat menguasai pembelajaran tetapi juga mereka yang mempunyai

kepintaran dan bakat yang luar biasa.

• Dalam pendidikan, kanak-kanak dikategorikan sebagai kanak-kanak luar biasa

berdasarkan ciri-ciri tertentu bagi tujuan pengajaran yang meliputi:

perbezaan intelek

perbezaan komunikasi

perbezaan deria

perbezaan tingkah laku

perbezaan fizikal

kecacatan pelbagai dan serius

Kanak-kanak berkeperluan khas mengikut Akta Pendidikan 1996:

• Murid-murid berkeperluan khas bererti murid-murid yang mempunyai kecacatan

penglihatan, atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran.

Kategori Kanak-Kanak Luar Biasa: Secara umumnya Kanak-kanak luar biasa boleh

dikategorikan seperti berikut:

• Rencat akal

• Masalah Pembelajaran

• Masalah tingkah laku

• Masalah komunikasi

• Masalah pendengaran

• Masalah penglihatan

• Kecacatan fizikal dan kesihatan

• Kecacatan yang serius dan pelbagai

• Pintar cerdas dan pelbagai

Page 3: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

3

Taburan Skor IQ

(1) Kanak-Kanak Berbeza Keupayaan Mental

(a) Kanak-kanak defisit kognitif

i Kanak-kanak rencat akal

• Dari kumpulan terendah dalam skala kecerdasan (DK=70, 2.14% dpd populasi)

ii Kanak-kanak ‘Down Syndrom’

• Ciri DS: kelainan dari segi fizikal, intelek, dan personaliti

iii Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (Learning Disabilities)

• Kanak-kanak yang mengalami masalah pemprosesan maklumat dan mempunyai

keupayaan intelek yang rendah.

Page 4: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

4

(b) Kanak-kanak pintar cerdas

• Dari kumpulan tertinggi dalam skala kecerdasan (DK>130, 2.14% dpd populasi)

(c) Kanak-kanak kreatif (Menghasilkan idea yang luar biasa dalam penyelesaian masalah

dan berdaya cipta) dan berbakat khas (Mempunyai kebolehan luar biasa dalam bidang

sukan, kraftangan, muzik, seni, drama, kepimpinan, dll)

(2) Kanak-kanak Autistik

• Mereka yang mengalami gangguan perkembangan yang luas kerana mempunyai

keperluan dalam banyak aspek spt: tingkah laku, sosial, akademik, aktiviti fizikal.

• Masalah utama: interaksi & komunikasi

(3) Kanak-kanak Cacat Deria

(a) Cacat Penglihatan

• buta (20/200) atau rabun (20/70)

(b) Cacat Pendengaran

• tidak dapat mendengar langsung atau kurang pendengaran

(4) Kanak-kanak Cacat Fizikal/Anggota

• Contoh: cerebral palsy boleh mengakibatkan masalah koordinasi anggota atau

masalah pergerakan-motor.

• Epilepsi: mengalami sawan, tidak sedarkan diri dan hilangan kawalan motor.

• Spastik:

Cedera otak dan tidak berupaya menggerakkan anggota-anggotanya. Otot

menjadikan pergerakan tidak harmoni. Pergerakan lambat dan tersekat-

sekat.

Biasanya kanak-kanak ini disertai rencatan akal, kerosakan penglihatan,

pendengaran, pertuturan dan/atau masalah-masalah motor.

• Cacat anggota (Haring & McCormick, 1990):

Page 5: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

5

(5) Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi

• Masalah pertuturan dan bahasa: pertuturan yang jauh menyimpang daripada

pertuturan biasa atau kod bahasa seperti tidak boleh menyebut atau memahami

perkataan.

• Masalah utama: gangguan artikulasi dan kesukaran dalam menghasilkan bunyi.

Masalah lain ialah masalah suara dan kelancaran pertuturan seperti ‘gagap’

(stuttering).

• Masalah komunikasi pula meliputi masalah reseptif (memahami apa yang dituturkan

oleh orang lain) atau ekspresif (melahirkan apa yang ingin diperkatakan kepada

orang lain), atau kedua-dua sekali menyebabkan individu tersebut tidak boleh

berkomunikasi langsung dengan orang lain.

(6) Kanak-Kanak Bermasalah Tingkah Laku (Behavioral Disorder)

• Merangkumi ketidakupayaan yang luas. Yang paling serius ialah gangguan emosi

seperti tingkah laku psikotik dan childhood schizophrenia.

• Ciri-ciri: suka langgar peraturan, suka mengganggu, dan ada yang agresif, tarik diri

dan murung, dianggap tingkah laku yang tidak sesuai di sekolah. Mereka

mempunyai kecerdasan yang normal tetapi menunjukkan pencapaian kemahiran

akademik yang rendah walaupun ada yang menunjukkan pencapaian yang

memuaskan.

(7) Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

• American Psychiatric Association (1987) menyifatkan ADHD bercirikan

perkembangan yang kurang sesuai daripada segi darjah tumpuan, impulsiveness,

dan hyperactivity.

• Pelajar ADHD mengalami masalah dalam pencapaian akademik di samping masalah

tingkah laku.

• Walaupun ADHD tidak tergolong sebagai ketidakupayaan daripada segi undang-

undang, tetapi pelajar ini dianggap kurang upaya disebabkan oleh ketidakupayaan

yang lain. Lagi pun, Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (1991) memerintahkan

pelajar-pelajar ini diberi perkhidmatan pendidikan khas.

Latihan 3.2

1. Jelaskan kaedah mengenal pasti kanak-kanak berkeperluan.

2. Bincangkan komponen penting dalam pendidikan kanak-kanak keperluan khas.

3. Mengapakah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) perlu diwujudkan dalam

pelakasanaan pendidikan khas? Apakah masalah yang timbul dalam penyediaan

RPI?

4. Apakah peranan guru pendidikan khas dalam program Pendidikan Khas?

Page 6: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

6

KAEDAH MENGENAL PASTI KANAK-KANAK LUAR BIASA

Prosedur Pelaksanaan Proses Penilaian

Langkah 1 – Penapisan (Screening)

• Prosedur menguji/memeriksa sekumpulan pelajar sebagai usaha mengenal pasti

mereka yang mempunyai risiko yang tinggi; mereka yang dikenal pasti dirujuk untuk

pemeriksaan dan pengukuran yang lebih bersungguh dan intensif.

• Guru, orang yang pertama melakukan penapisan dengan menggunakan

pemerhatian di bilik darjah dan standardized group assessment tool (con: senarai

semak, borang berkadar/’rating’, alat pengukuran yang piawai, pemerhatian dlm

bilik darjah) untuk mengesan pelajar berisiko tinggi

Langkah 2 – Pencalonan (Referral)

• Individu atau pasukan (di sekolah) menerima pencalonan untuk melaksanakan

Penilaian Pendidikan Khas. Tugas pertama ialah menulis kepada ibu bapa supaya

mereka memberi kebenaran dan menerima penerangan tentang proses tersebut.

• Selepas itu pasukan ini akan membentuk Pelan Penilaian Individu untuk mengenal

pasti aspek-aspek yang memerlukan perhatian khas dalam prosedur ujian.

Langkah 3 – Penilaian

• Ujian saringan-untuk tujuan mengklasifikasi, penempatan, dan penentuan program

khas

• Memberi penilaian yang bersesuaian kepada pelajar dengan menggunakan

penilaian formal dan informal untuk mengidentifikasi corak pembelajaran pelajar

(perhatian: tidak menggunakan satu alat ukur secara Khusus untuk menentukan

tahap kefungsian aspek-aspek tertentu.).

Page 7: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

7

Langkah 4 – Kelayakan

• Lepas proses penilaian (analisis dan penafsiran skor ujian) disempurnakan, pasukan

ini harus mengadakan perjumpaan untuk menentukan kelayakan pelajar untuk

menerima Pendidikan Khas.

Langkah 5 – melaksanakan ujian diagnostik dan Membentuk Program Pendidikan

Individu /RPI (IEP)

PENEMPATAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

• Memberi penempatan pendidikan yang sesuai kepada murid dengan keperluan khas

Prinsip Penempatan:

• Penempatan dibuat berdasarkan prinsip ‘least restrictive environment’ iaitu

persekitaran yang paling tidak ‘menghadkan’.

• Seboleh yang mungkin, seseorang murid harus ditempatkan belajar bersama-sama

murid biasa.

Amalan Penempatan:

• Penempatan akan dibuat berdasarkan tahap keterukan masalah murid

• Biasanya ibu bapa harus member persetujuan bagi penempatan yang dicadangkan

Jenis-jenis Penempatan

1. Kelas biasa

• Situasi ideal

- Murid ditempatkan mengikut darjah/gred sendiri

- Bantuan dan pemantauan diberikan oleh guru khas

- Akomodasi dan modifikasi yang sesuai diberikan kepada murid

• Amalan

a) Model Konsultansi

i. Konsultasi pakar

- Guru khas memberi nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan

pengajaran murid khas

ii. Konsultasi kolaborasi

- guru dan pakar-pakar dalam bidang lain bekerjasama untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi oleh murid

b) Team/ Cooperative Teaching

- Guru khas dan guru biasa berkongsi mengajar kelas yang ada murid khas

c) Teacher assistance teams

- Sekumpulan guru bekerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas

biasa

Page 8: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

8

2. Bilik Resos

• Juga dikenali sebagi program ‘pull out’

• Perlaksanaan:

murid di kelas biasa di tarik keluar dari kelas untuk menerima pengajaran

akademik (secara individu atau kumpulan)

Perkhidmatan khas seperti latihan bahasa dan pertuturan, latihan orientasi

dan mobiliti atau terapi fizikal

3. Kelas khas

• Juga dikenali sebagai self-contained class

• Perlaksanaan:

murid ditempatkan dalam kelas bersama-sama murid lain yang juga dari

kategori yang sama (program integrasi)

Kadangkala mereka menghabiskan sedikit masa di kelas biasa untuk

menerima pengajaran tertentu (inklusif separa)

4. Sekolah Khas

• Semua murid yang belajar di sekolah khas terdiri daripada mereka yang mengalami

kecacatan (contoh: masalah penglihatan dan pendengaran)

• Biasanya murid terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan yang teruk

• Perlaksanaan:

sekolah harian

murid belajar di sekolah khas

murid balik selepas waktu persekolahan

Sekolah berasrama

murid belajar di sekolah khas

selepas waktu persekolahan murid balik ke asrama

5. Pengajaran berdasarkan rumah/hospital

guru pendidikan khas pergi ke rumah murid atau ke hospital untuk mengajar

murid

Biasanya perkhidmatan sedemikian adalah buat sementara sehingga murid

sedia pulang ke sekolah

6. Pemulihan dalam Komuniti

Perkhimatan pendidikan disediakan di kawasan tempat tinggal murid.

Page 9: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

9

PROSES PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Program PK KPM dilaksanakan melalui :

i. Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

ii. Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran secara pengasingan dan

separa inklusif.

Tempoh Belajar

• Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun

• Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah Lima )5)

tahun

• Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana

peringkat iaitu sama ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid

berkenaan.

Kurikulum Program Pendidikan Khas

• Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program

Pendidikan Khas Intergrasi ialah kurikulum kebangsaan dan kurikulum alternative.

• Kurikulum kebangsaan adalah kurikulum yang diikuti oleh murid normal bagi

program mas. pendengaran & mas. Penglihatan.

• Kurikulum alternatif diikuti oleh murid bermasalah pembelajaran.

• Murid Pendidikan khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa

Page 10: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

10

Kurikulum kebangsaan

• Kurikulum mengikut matapelajaran seperti kelas biasa spt matematik tahun 2,

Bahasa melayu tahun 5, sejarah tingkatan 3 dll.

• Kurikulum boleh diperolehi di PPK, Dewan Bahasa & Pustaka dan kadangkala di

pasaran tempatan.

• Sehubungan itu, penilaian pencapaian akademik murid

bermasalah pendengaran dan penglihatan sama seperti dengan murid biasa iaitu

UPSR, PMR, SPM dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan. Format dan bentuk

soalan adalah sama seperti yang diduduki oleh murid biasa. Hanya berbeza dari segi

tambahan masa sahaja.

Kurikulum Alternatif

• Hanya digunapakai oleh murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti

program integrasi di kelas khas.

• Kurikulum ini digunapakai bagi sekolah rendah dan menengah.

• Ini adalah kerana terdapat murid yang perlu mengikuti kurikulum ini bermula dari

sekolah rendah dan bersambung apabila dia telah ke sekolah menengah.

• Guru tidak boleh terlalu bergantung kepada kurikulum alternatif sahaja, sebaliknya

kurikulum kebangsaan juga perlu dijadikan rujukan bergantung kepada kesesuaian

dan pencapaian setiap murid.

• Kurikulum ini terdiri daripada 3 bidang komponen iaitu

a. Bidang akademik berfungsi

Komponen Matematik

Komponen Bahasa Melayu

Komponen Bahasa Inggeris

b. Bidang Pengurusan Kehidupan

Komponen Pengurusan diri

Komponen Kemahiran manipulatif

Komponen Pengurusan tingkahlaku

Komponen Kemahiran hidup (masakan, jahitan, pertukangan,

perkebunan, pemeliharaan haiwan, asas mendobi)

c. Bidang sosial, riadah dan kreativiti

Komponen Pendidikan Jasmani

Komponen Pendidikan Seni

Komponen Pendidikan muzik, gerakan badan dan drama

Komponen sains, sosial dan alam sekitar

• Penilaian pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran hanya dilakukan di

peringkat sekolah sahaja. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab membuat

penilaian ke atas mereka.

• Namun begitu, murid bermasalah pembelajaran yang telah mengikuti kelas inklusif

layak menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sama seperti murid biasa tanpa

perbezaan dari segi format dan bentuk soalan serta masa.

Page 11: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

11

IMPLIKASI PENDIDIKAN KHAS

Pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas

• bertujuan memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak diberi di sekolah biasa

dan bilik darjah biasa

• berbeza dengan pengajaran kanak-kanak biasa kerana mengambil kira perbezaan

inter dan intra individu

Empat komponen penting dalam pengajaran kanak-kanak khas

1. Persekitaran

- melibatkan kemudahan dan kos

- contoh: bilik resos, guru khas/resos, peralatan khas dan peralatan pembelajaran

2. Kurikulum

- Perlu diubahsuai mengikut keperluan khas pelajar

- Aspek-aspek: (a) kandungan (b) kemahiran (c) bahan/ teknologi

3. Kaedah Pengajaran

- Pengajaran Individu

- Analisis Tugasan

- Pengurusan Kontingen

- Modifikasi Tingkah Laku

- Pembelajaran Kooperatif

- Aplikasi Komputer

4. Penilaian

- satu proses yang sistematik dalam mengumpul maklumat yang relevan dengan

pendidikan

- jenis penilaian - Penilaian Sumatif

- Penilaian Formatif

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

• RPI merupakan satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dengan pihak sekolah

tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluan ini dapat

dipenuhi.

• Berdasarkan RPI yang telah dibentuk dan dipersetujui, murid berkeperluan khas

berhak menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam RPI tersebut.

• Matlamat dan objektif RPI dirangka berdasarkan prestasi sedia ada murid.

• Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dari semasa ke

semasa.

Page 12: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

12

• RPI bertindak sebagai penilaian yang berterusan bagi murid itu dalam mencapai

matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

• juga merupakan satu dokumen yang mengandungi pelbagai maklumat tentang

kanak-kanak berkeperluan khas yang dapat membantu proses pengajaran

pembelajaran mereka.

• menerangkan objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber

yg. diperlukan utk mencapai objektif-objektif tersebut.

• disediakan oleh guru khas, ahli profesional, ibu bapa & ahli badan sukarela.

• Ringkasnya, RPI membekalkan satu keterangan yg. ringkas, tepat dan terperinci

tentang program pendidikan terkini bagi pelajar istimewa.

5 unsur yg. penting penting dlm RPI :

• keterangan tentang peringkat pencapaian pendidikan dlm kemahiran-kemahiran

spt: bantuan-kendiri, membaca, mengira, perkembangan bahasa, motor kasar,

motor halus, sosio-emosi, perkembangan fizikal dan kesihatan.

• Keterangan tentang maklumat tahunan termasuk objektif pengajaran jangka

pendek.

• Keterangan tentang perkhidmatan pendidikan & bahan pengajaran tertentu yg akan

diperuntukkan.

• Tarikh-tarikh yg. dianggarkan bagi permulaan & jangka masa bagi perkhidmatan

berkenaan.

• Kriteria & prosedur penilaian yg. sesuai utk sekurang-kurang sekali setahun bagi

menentukan sama ada objektif pendidikan telah tercapai.

• Perkara lain adalah spt: biodata dan masalah pelajar, tahap pencapaian tahunan,

keterangan tentang sumber & pengubahsuaian alternatif pendidikan, senarai ahli

prof. yg. terlibat serta tugasan & tanggungjawab mereka, akuan persetujuan &

tanda tangan ibu bapa/penjaga.

• RPI perlu dibentuk oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai disiplin

yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Di antaranya

adalah:

Ahli fisioterapi

Ahli terapi cara kerja

Ahli terapi pertuturan

Kaunselor

Doktor perubatan

Guru

Ibu bapa

Page 13: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

13

Aliran Pembentukan RPI

PERANAN PENYELARAS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1. Melaksanakan segala program dan aktiviti yang diarahkan oleh JPN dan JPK

2. Melaksanakan program khas bagi guru besar sekolah

3. mewujudkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa

4. Membahagikan tugas program kepada guru

5. Mewujudkan sistem-sistem berkesan mengendalikan perkara-perkara yang wajib

6. menjalankan latihan perkembangan staf bagi cikgu di sekolah

7. Mewujudkan suasana persekitaran yang menggalakkan pembelajaran

8. Mewujudkan perhubungan yang baik dengan guru besar dan guru biasa

9. Melaksanakan dan memantau pendidikan inklusif yang dijalankan

10. memastikan peralatan dan keperluan fizikal mencukupi

11. Mengembangkan program khas.

PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

1. Melaksanakan P & P Pendidikan Khas

2. Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi murid khas

3. Mewujudkan suasana kelas yang menggalakkanpengajaran dan pembelajaran

4. Mengurus tingkah laku murid khas

5. Menjalankan pelbagai penaksiran

6. Membantu penyelaras dalam usaha menjayakan program khas

7. Menjadi “Advocate” bagi hak murid khas.

8. Membantu murid berkeperluan khas bergaul dengan murid-murid biasa dari segi

sosial dan emosi

9. Mencari kelemahan dan kekuatan murid-murid dan menjalankan pengajaran

Page 14: KULIAH 3: MENGENAL PASTI DAN PENEMPATAN … 3 Kenal... · Konsep luar biasa dalam konteks pendidikan: ... Pemulihan dalam Komuniti ... • Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah

14

10. Membuat alat-alat bahan bantu mengajar untuk pengajaran yang lebih berkesan

dan menarik

11. Berhubung dengan agensi-agensi bantuan

12. Membantu murid mencapai perkembangan yang optimum

13. Merancang IEP (RPI) untuk murid-murid bekeperluan khas mengikut keupayaan

murid tersebut

14. Merancang aktiviti untuk murid-murid berkeperluan khas berasaskan keperluan

individu dan ujian diagnostik

15. Merancang penilaian berkala tentang pencapaian murid berdasarkan keputusan

untuk perubahan atau kutipan data

16. melaksanakan sistem modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tingkah laku yang

dikehendaki atau melupuskan yang tidak diingini