114
KAEDAH ‘SYYY...’ DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN MENYEBUT HURUF ‘SIN’ DAN ‘SYIN’ MURID TAHUN DUA ROSLI BIN SAID INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2012

Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

KAEDAH ‘SYYY...’ DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN MENYEBUT HURUF ‘SIN’ DAN ‘SYIN’

MURID TAHUN DUA

ROSLI BIN SAID

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

2012

Page 2: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

KAEDAH ‘SYYY...’ DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN MENYEBUT HURUF ‘SIN’ DAN ‘SYIN’

MURID TAHUN DUA

ROSLI BIN SAID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda PerguruanDengan Kepujian Pengajian Islam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

NOVEMBER 2012

Page 3: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

iiiiiii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini

dan pandangan saya karya ini telah memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

Pengajian Islam”

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : USTAZ AHMAD NAJDI B. FADZIL

Tarikh : ……………………………………….

Page 4: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

iv

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………

Nama Penulis : ROSLI BIN HJ.SAID

Tarikh : ………………………

Page 5: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

v

DEDIKASI

Buat isteri, anak-anak dan keluarga tersayang yang sentiasa memberi sokongan.

Untuk pensyarah-pensyarah IPG Kampus Tawau yang banyak memberi

sokongan dan bimbingan sepanjang proses kajian ini dijalankan.

Tidak lupa juga untuk rakan-rakan seperjuangan yang setia bersama-sama dalam

menempuh segala dugaan dan ujian semasa berada di IPG Kampus Tawau.

Page 6: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

vi

PENGHARGAAN

الحرمن الحريم سبم الله

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya

pengkaji akhirnya berjaya menyiapkan projek penyelidikan ini. Selawat dan salam ke

atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kepada semua ahli keluarga, rakan-

rakan serta taulan. Pengkaji ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia,

Ustaz Ahmad Najdi B.Fadzil dan kepada Penyelaras PGSR Pn.Chai Chen Peng atas

bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Sekalung budi serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan

yang telah memberi dorongan, menawarkan pertolongan serta berkongsi suka duka

sepanjang pengajian ini. Tanpa bantuan dan kerjasama dari mereka sudah pasti

penyelidikan ini tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Kepada mereka yang

tersayang, terima kasih kerana sentiasa menjadi sumber inspirasi dan teguh

memberikan semangat serta mendoakan yang terbaik untuk pengkaji. Penghargaan

juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini. Kejayaan ini adalah milik

kita bersama.

Page 7: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada terdapat peningkatan tahap penguasaan murid dalam menyebut dan membezakan huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan menggunakan kaedah permainan ‘Syyy….’. Kajian ini menggunakan penganalisisan data secara Kuantitatif melibatkan lima orang murid pemulihan Tahun Dua di salah sebuah sekolah rendah di daerah Sandakan, Sabah. Subjek kajian dipilih melalui analisis markah ujian PKSR yang lalu, pemerhatian pembelajaran, lembaran kerja, buku nota dan temubual dengan guru kelas. Aplikasi dalam proses pengumpulan data dalam kajian tindakan ini melibatkan ujian pengesanan lisan, ujian amali pra, intervensi kaedah permainan ‘Syyy….’, ujian amali pasca dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan intervensi yang dilaksanakan dengan adanya peningkatan markah sebanyak 60% hingga 75% bagi setiap subjek kajian dalam ujian amali pasca. Malah hampir kesemua murid berjaya mendapat 100%. Peningkatan markah yang signifikan ini menunjukkan kaedah permainan ‘Syyy...’ ini sangat berkesan dalam membantu murid mengatasi kelemahan menyebut dan membezakan bunyi huruf ‘Sin’ (س ) dan ‘Syin’ (ش). Dengan ini, ketiga-tiga objektif kajian telah tercapai dan persoalan kajian telah dijawab.

Page 8: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

viiiviiiv

ABSTRACT

The purpose of this study was to determine if the game ‘Syyy….’ could be effective in improving pupils’ ability to pronouns and differentiate the letters ‘Sin’ and ‘Syin’. The data in this research which analyzed quantitatively were involving five pupils of Year Two from remedial class in a primary school in Sandakan, Sabah. Subjects in this research were chosen based on their past PKSR test marks, teaching and learning observation, worksheet, note book and interview with the Class Teacher. The applications used in the process of collecting the data were diagnostic oral test, pre-practical test, intervention method which was learning through game named‘Syyy….’, post practical test and observation. The result of the study showed that the intervention applied was effective. There was remarkable improvement of the pupils’ mark which was increased in the range of 60% to 75% in the post practical test. In fact, most of them were able to reach the highest mark that was 100%. The significant improvement showed that the game ‘Syyy….’ is effective in helping the pupils to overcome their problem in pronouncing and differentiating the letters ‘Sin’ and ‘Syin’. Thus, the three objectives in this research were achieved as well as the three issues were answered.

Page 9: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

ix

5.1 Fasa Pertama : Tinjauan Awal 165.2 Fasa Kedua : Ujian Pengesanan Lisan 175.3 Fasa Ketiga : Ujian Amali Pra 17

KANDUNGAN

MUKASURAT

PENGESAHAN PENYELIA iii PENGAKUAN iv DEDIKASI v PENGHARGAAN vi ABSTRAK vii ABSTRACT viii KANDUNGAN ix SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI LAMPIRAN xiii

1.0 PENDAHULUAN 11.1 Pengenalan 11.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 31.3 Refleksi Nilai Pendidikan 6

2.0 FOKUS KAJIAN 92.1 Isu / Fokus Kajian 92.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian 10

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN 133.1 Objektif Umum 133.2 Objektif Khusus 133.3 Soalan Kajian 13

4.0 KUMPULAN SASARAN 144.1 Subjek Kajian 14

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 16

Page 10: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

8.1 Sebutan Murid 438.2 Hasil Analisis Borang Pemerhatian Dan Rubrik

Markah 438.3 Hasil Analisis Intervensi: Aktiviti Permainan 448.4 Refleksi Keseluruhan 47

x

5.4 Fasa Keempat: Intervensi Kaedah Bermain SambilBelajar 17

5.5 Fasa Kelima: Ujian Amali Pasca 185.6 Fasa Keenam: Pemerhatian (Tinjauan Akhir) 18

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 196.1 Reka Bentuk Dan Kajian 196.2 Cara Kajian Dilakukan 236.3 Jadual / Tentatif Pelaksanaan Kajian 246.4 Cara Pengumpulan Data 25

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI 287.1 Hasil Analisis Ujian Amali Pra (Tinjauan Awal) dan

Ujian Amali Pasca (Tinjauan Akhir) 287.2 Hasil Analisis Borang Pemerhatian Dan Rubrik

Markah 317.3 Hasil Analisis Intervensi: Aktiviti Permainan 35

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN 43

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 50

SENARAI RUJUKAN 53

LAMPIRAN 56

Page 11: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

xi

SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

6.3 Jadual tentatif pelaksanaan kajian 24

7.1. Keputusan Pencapaian Murid Dalam Ujian Amali Pra

dan Ujian Amali Pasca 30

7.2 Keputusan Pencapaian Murid Dalam Pemerhatian 33

7.3 Pencapaian Prestasi Setiap Murid Mengikut

Item-Item Dalam Borang Pemerhatian 34

Page 12: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

xii

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

6.1 Gelungan Lingkaran Model Kurt Lewin(1946) 24

7.1. Perbandingan Keputusan Ujian Amali Pra Dan

Ujian Amali Pasca Dalam Kalangan Murid 31

Page 13: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

xiii

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Borang Profil Murid 56

B Ujian Pengesanan Lisan 57

C Ujian Amali Pra 58

D Ujian Amali Pasca 59

E Borang Pemerhatian 60

F Rubrik Markah 61

Page 14: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Tulisan Jawi adalah satu seni p e nul i s a n y ang telah wujud berabad-abad lamanya di

Nus a nta ra . K emunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama I slam

ke Nusantara (Kang, (1990). Tulisan Jawi berasal daripada tulisan Arab dan

merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan b a h a s a

Mel a y u. Men urut Zakaria (2008), Tulisan Jawi digunakan hanya selepas kedatangan

Islam ke Nusantara. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan

terjumpanya B a tu B e r s u ra t T e r e n g g a nu y ang bertarikh 702 H atau 1303 M.

Manakala tu l isan Rumi y ang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini

menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tu l isan

Rum i .

Tulisan Jawi pada suatu ketika kelihatan terpinggir yang mana menurut

Isahak et al., (2005) fenomena ini berlaku mulai tahun 1960-an apabila penguasaan

Jawi dalam kalangan pelajar Islam di sekolah merosot, kerana tulisan Jawi telah

diganti dengan tulisan Rumi dalam penerbitan buku teks dan buku-buku rujukan

Pendidikan Islam. Serentak itu, kedudukan tulisan Jawi terus menerus malap dan

merosot (Hashim, 2007). Berdasarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan sejarah

perkembangan tulisan Jawi, Amat Juhari (2004) mendapati bahawa tulisan Jawi

banyak menghadapi masalah dan cabaran serta tentangan. Kajian daripada Mustapha

(1991) mendapati 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi

seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan .

Page 15: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

2

Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman, 1990; Azman, 1986). Isahak dan Hassan

(1994) berpendapat kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai

kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada

peringkat sekolah rendah. Menurut Muzni (1995), kelemahan murid dari segi

menulis Jawi adalah lebih ketara jika dibandingkan dari segi bacaan. Walau

bagaimanapun penguasaan membaca dan menulis Jawi dalam kalangan pelajar

adalah kurang memuaskan. Menurut Mohd Mokhtar (2010) pula, bermula pada

pertengahan 1980-an, tulisan Jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan

mewajibkan pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi dan menyediakan buku

teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi.

Manakala Program j-Qaf yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2005,

memuatkan tulisan Jawi bagi memperkasakan Pendidikan Islam (Sabariah, 2006).

Selain daripada itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) turut memainkan peranan

dengan menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu-Jawi di samping kehadiran Kaedah

Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-pakar bahasa menjadikan

kaedah tulisan Jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan bagi Ejaan Jawi

yang juga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan

bagi memartabatkan tulisan Jawi (Samat, 2007).

Page 16: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

3

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan satu mata pelajaran yang meliputi

bahagian pengetahuan, pemahaman dan kemahiran dalam melaksanakan amalan

gaya hidup seorang muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Salah satu daripada

bidang kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran membaca dan menulis Jawi

dengan baik. Ketika pengkaji mengajar pelajaran Jawi di tahun dua, pengkaji

mempamerkan carta perkataan suku kata terbuka di papan tulis. Murid-murid

membaca carta tersebut secara kelas dan kumpulan. Murid-murid mengikut bacaan

guru. Ketika membaca, semua murid mengikut bacaan tersebut dengan tekun, namun

pengkaji dapati beberapa orang murid hanya menggerak-gerakkan mulutnya sahaja

tetapi tidak menyebutnya dengan betul. Kemudian pengkaji membuat pembacaan

individu ke atas semua murid dalam kelas tersebut.

Hasilnya pengkaji dapati sebilangan kecil murid ini gagal membaca carta

suku kata yang mempunyai huruf ‘Sin’ (س) Dan ‘Syin’ (ش). Ini kerana mereka

tidak dapat membunyikan suku kata yang bermula dengan huruf tersebut.

Kemudiannya pengkaji berikan latih tubi menyebut kepada murid-murid tersebut

tetapi masih gagal. Pengkaji mendapati mereka ini lemah dalam menyebut bunyi dua

huruf hijaiyyah tersebut. Sungguhpun isu ini kelihatan kecil tetapi akan membawa

kesan yang besar sekiranya tidak diatasi dengan segera. Sebagaimana yang telah

diketahui, terdapat perkaitan yang jelas antara huruf huruf abjad Jawi dan Bahasa

Arab. Justeru itu, kelemahan murid-murid dalam menyebut dua huruf Jawi ini akan

memberi kesan besar dalam penyebutan atau pembacaan ayat-ayat suci Al-

Quranul-karim. Kegagalan murid dalam kemahiran membezakan bunyi sebutan

dalam huruf Jawi merupakan perkara yang perlu dititik beratkan oleh guru.

Page 17: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

4

Ini kerana, kegagalan ini secara tidak langsung menganggu proses pengajaran

dan pembelajaran yang akan datang. Penguasaan dalam kemahiran membaca suku

kata perkataan tidak dapat dilaksanakan (Akmariah & Sofiah, 2010). Situasi ini turut

memberi impak kepada murid-murid yang lain dan guru dari aspek perancangan

pengajaran. Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa masalah ini

mungkin berpunca daripada masalah pengajaran guru yang hanya memberi

pengajaran secara ‘Talk and Chalk’ sahaja. Ketidakgunaan pelbagai bahan yang

merangsang pelbagai deria menyukarkan murid untuk memahami pengajaran yang

disampaikan. Selain itu juga,ketidakpelbagaian aktiviti yang berunsurkan permainan

membuatkan murid mudah bosan (Kamarul & Ab Halim, 2007). Justeru itu

penggunaan bahan dan cara guru mengguna bahan pengajaran dan pembelajaran

dengan berkesan akan dapat menarik minat perhatian pelajar, menimbulkan rasa

seronok untuk belajar.

Menurut Mohd Faisal et al., (2008), hal ini juga menjadikan pembelajaran

lebih bererti kepada pelajar, menghapuskan kebosanan pelajar dan seterusnya

menghasilkan ingatan yang lebih kekal lagi. Menurut Tamuri et al., (2007),

pendekatan dan usaha yang mengambil kira tahap keupayaan murid boleh diperbaiki.

Pendekatan yang menyeronokkan dan merangsang minat serta kesungguhan murid

untuk belajar juga perlu diperhatikan. Pengkaji percaya bahawa minat akan menjadi

pencetus bagi murid untuk focus serta bersungguh-sugguh dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dalam kelas. Menurut Mok (2010) pula, minat boleh tercetus

apabila murid berasa seronok dan gembira terhadap pengajaran guru serta dapat

melakukan aktiviti yang menarik di dalam kelas serta jauh dari kebosanan.

Page 18: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

5

Maka sekiranya kelemahan ini tidak diperbetulkan maka sudah pastilah

penekanan kepada amalan memperelokkan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti yang

dituntut gagal disemai dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kajian Mohd

Faisal (2008), beliau menyatakan kegagalan menguasai pembacaan Al-Quran pula

akan membawa kepada ketidakseimbangan dalam aspek kerohanian yang goyah

dalam diri seseorang murid itu. Ini pastinya akan membawa kesan yang negatif

kepada diri seseorang murid itu dalam menempuh pelbagai onak dan ranjau dalam

kehidupannya kelak.

Maka dengan kajian ini pengkaji berharap dapat melihat peningkatan yang

walaupun sedikit tetapi akan memberi kesan yang besar terhadap penguasaan murid-

murid dalam Jawi. Tahap penguasaan yang baik dalam asas bunyi huruf-huruf Jawi

ini akan menjadikan satu loncatan yang baik dalam menguasai bunyi suku kata,

membaca ayat-ayat pendek dan membaca teks yang mudah. Sehubungan dengan itu

maka akan lahirlah generasi yang dinamakan ‘Celik Jawi’ dalam masyarakat kita

pada masa yang akan datang (Siddiq, 2008).

Page 19: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

6

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segii ntelek,rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Menurut Hashim

(2007), usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan dari segi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara. Menurut Yazit (2005), Pendidikan Islam

adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan

penghayatan Islam berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,

kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang

mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan

negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Dalam menghadapi era globalisasi pada masa kini, sistem pendidikan kita

bertanggungjawab menyediakan generasi akan datang bagi memenuhi Wawasan

2020 dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan pada abad ke-21 menuntut

para guru supaya mampu menguasai pelbagai kemahiran generik, kemahiran belajar,

pembelajaran koperatif dan konstuktivisme (Rohizani et al., 2005). Menurut

kajiannya, Siti Fatimah (2007) menyatakan terdapat pelbagai kaedah, alat bantu serta

teori yang boleh diguna pakai guru dalam membantu untuk memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan keberkesanan terhadap pencapaian

murid.

Page 20: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

7

Semasa proses pembelajaran, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan

melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara membanding maklumat baru

dengan pengalaman yang sedia ada. Semasa proses pembelajaran, pelajar membina

ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif, menggunakan cara

membanding maklumat baru dengan pengalaman yang sedia ada (Rita & Rohaty,

2009). Masalah yang dihadapi murid dalam menguasai penulisan Jawi merupakan

masalah yang tidak boleh dipandang mudah oleh guru kerana kegagalan murid

adalah disebabkan kegagalan guru dalam menangani permasalahan pelajar. Maka,

pengkaji berasa perlu membuat sesuatu tindakan bagi meningkatkan kemahiran

dalam penulisan Jawi agar dapat membantu murid yang menghadapi masalah dalam

pembelajaran agar mereka tidak terus tercicir. Seorang guru yang bertanggungjawab,

sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi muridnya walaupun masalah tersebut

merupakan masalah yang kecil (Ab. Halim, 2005).

Sekiranya masalah ini tidak diambil perhatian, murid-murid akan berterusan

membuat kesalahan tersebut. Bagi sesetengah guru, mereka berpendapat masalah

penyebutan huruf dalam Jawi dalam kalangan murid merupakan masalah biasa.

Namun, pengkaji berpendapat bahawa masalah yang besar mungkin timbul sekiranya

masalah yang kecil tidak diselesaikan terlebih dahulu. Oleh itu, menjadi satu

kewajipan dan amanah kepada pengkaji untuk membantu murid -murid

ya n g mempun yai ma salah dalam pembelajaran J awi untuk

memastikan murid -murid ini tidak berterusan melakukan kesilapan.

Dalam hal ini pengkaji juga yakin bahawa semua murid berhak untuk mendapat

layanan pembelajaran yang saksama agar mereka dapat mengembangkan lagi potensi

masing- masing ke tahap yang semaksima mungkin.

Page 21: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

8

Dengan kata lain, semua murid tanpa memilih sosio budaya dan tahap

pencapaian mereka adalah berhak mendapat akses pendidikan yang disediakan

sebaik mungkin. Maka pengkaji merasakan sekiranya subjek kajian ini tidak dibantu

dan diberi bimbingan yang baik, maka sudah tentu akan membantutkan minat belajar

dalam kalangan mereka. Sekiranya situasi ini berlaku, maka hasrat warga pendidik

untuk membina keyakinan dan imej diri yang positif dalam kalangan murid-murid

akan terhalang. Dengan itu maka hasrat murni Kementerian Pelajaran untuk

membangunkan modal insan yang berteraskan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah akan

gagal.

Dalam usaha merealisasikan pendidikan bertaraf dunia seperti yang dikatakan

oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, bahawa

dalam bidang pendidikan di Malaysia telah diusahakan lonjakan berganda dari semua

aspek bagi menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan sistem pendidikan

yang terbaik di dunia. Pada tahun 1974 , Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dan

laporannya diterbitkan pada tahun 1979 untuk mengkaji segala aspek pelaksanaan

pendidikan khasnya kurikulum pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Page 22: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

9

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu / Fokus Kajian

Berdasarkan permasalahan yang dikenalpasti melalui refleksi pengajaran dan

pembelajaran yang lalu, kajian ini memfokuskan kepada isu murid kurang menguasai

kemahiran menyebut huruf Jawi tunggal dengan baik. Berdasarkan Buku Panduan

Perlaksanaan Model Pembelajaran Dan Pengajaran tahun dua j-QAF, murid-murid

perlu menguasai kemahiran menyebut dan menulis huruf-huruf Jawi tunggal dengan

baik. Huruf-huruf Hijaiyyah yang perlu dikuasai oleh murid-murid adalah sebanyak

29 huruf. Dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kepada isu menguasai

kemahiran menyebut dua huruf sahaja iaitu ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ Pengkaji .(ش)

akan memfokuskan kepada ruang lingkup dua huruf Jawi sahaja bermula dengan

aspek mengenal, membezakan, menyebut dan membaca huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’

.dengan betul dan lancar (ش )

Pengkaji berharap semua subjek kajian ini nantinya akan berupaya mencapai

sasaran yang telah ditetapkan. Keupayaaan murid untuk mengenal dan menyebut dua

huruf Jawi ini akan membawa satu kejayaan yang besar yang akan mempunyai

kesinambungan dengan keupayaan mereka mempelajari bacaan ayat-ayat suci Al-

Quran dengan baik. Oleh yang demikian, pengkaji melaksanakan tindakan untuk

meningkatkan kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan

menggunakan kaedah belajar sambil bermain yang dinamakan ‘Syyy..’. Kaedah

‘Syyy..’. merupakan satu kaedah bermain sambil belajar di mana ianya merupakan

salah satu kemahiran belajar yang melibatkan murid secara menyeluruh dari aspek

pergerakan psikomotor dan fizikal.

Page 23: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

10

Seterusnya situasi ini akan dapat merangsang minat dan minda murid-murid

terbabit untuk berusaha mengembangkan lagi potensi belajar mereka ketika proses

pemindahan maklumat sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah (Mohd Mokhtar, 2010). Pengkaji juga mendapati kurangnya teknik atau

kaedah pembelajaran yang dilakukan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap

penguasaan penyebutan huruf Jawi dalam kalangan murid-murid. Oleh itu, fokus

kajian yang dipilih oleh pengkaji merupakan isu permasalahan yang sering

membelengu khususnya murid-muird dalam kelas pemulihan j-QAF. Pengkaji

berharap agar dengan adanya kajian tindakan ini akan dapat merangsang guru-guru

Pendidikan Islam yang lain untuk memperbanyakkan lagi kajian-kajian berkaitan

kaedah atau teknik dalam mempertingkatkan tahap penguasaan kemahiran menyebut

dan menulis huruf Jawi dalam kalangan murid-murid pada masa yang akan datang.

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan

kemahiran menyebut bunyi huruf Jawi dalam kalangan murid. Menyentuh mengenai

kajian-kajian yang berhubungkait dengan penguasaan Jawi, telah banyak dilakukan

terutama tentang sistem ejaan dan tulisan serta penguasaan pelajar dari peringkat

rendah sehinggalah ke peringkat yang tinggi seperti di maktab-maktab dan institusi-

institusi pengajian tinggi. Kajian seperti ini turut dilakukan dalam bentuk kertas

kerja, seminar, forum, bengkel, konvensyen, artikel, latihan ilmiah dan sebagainya.

Antara pengkaji tersebut ialah Siti Fatimah et al., (2007) yang telah membuat kajian

ke atas 15 orang pelajar menjadi responden dengan menggunakan kaedah Kualitatif

sebagai domain kajian tersebut.

Page 24: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

11

Analisis mendapati daripada 3 aspek yang dikaji iaitu:

i. Ujian Mengenal Huruf Jawi = 42% tidak kenal, 58 % kenal

ii. Ujian Menulis Huruf Jawi = 65.4%tidak boleh menulis, 34.6% boleh menulis

iii. Ujian Membaca Huruf Jawi = 48.4% tidak boleh membaca, 51.6% boleh

membaca

Berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam

kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad, 1989).

Kajian daripada Mustapha (1991) mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap

negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai

dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap

mata pelajaran Pendidikan Islam (Azman, 1986 & Sulaiman, 1990). Oleh itu, Isahak

dan Hassan (1994) berpendapat, kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam

menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka

pada peringkat sekolah rendah. Kaedah belajar sambil bermain seperti mana yang

dilaksanakan dalam kajian tindakan ini telah terbukti berkesan dalam menyuburkan

lagi perkembangan minda kanak-kanak.

Menurut Moyles (2005) bermain adalah pengalaman pengajaran dan

pembelajaran yang terbaik dan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-

kanak. Belajar sambil bermain adalah satu teknik atau kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Dengan bermain juga kanak-

kanak akan dapat meningkatkan perkembangan minda dan kemahiran fizikal secara

beriringan (Sharifah et al., 2009). Kanak-kanak belajar kemahiran tentang dunia di

sekeliling mereka dengan efektif melalui bermain.

Page 25: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

12

Keupayaan kanak-kanak memahami dunia di sekelilingnya semakin

meningkat melalui bermain. Sebaik sahaja kanak-kanak memahami konsep baharu

dan melakukannya secara berulang-ulang semasa bermain, mereka kemudiannya

menguasai konsep pada peringkat yang seterusnya. Maka dengan ini, sekiranya kita

dapat memanipulasi minat dan kecenderungan kanak-kanak ini, maka kita akan dapat

menyerap dan mengaplikasikannya dalam suasana pengajaran dan pembelajaran.

Tokoh pendidikan awal kanak-kanak seperti Christie et al., (2009) yakin bahawa

bermain adalah penting untuk kanak-kanak. Christie yang pernah mengasaskan

Kindergarten berpandangan, bermain adalah penting dalam pembelajaran secara

tidak langsung (Downey & Garzoli 2007). Wardle (2008) yang membangunkan

kurikulum berasaskan aktiviti bermain percaya bahawa kanak-kanak perlu bermain

dan berhak menentukan sendiri bagaimana mereka hendak bermain dan belajar.

Melalui bermain, kanak-kanak berpeluang melakukan aktiviti yang bermakna

yang dapat memupuk perkembangan bahasa, kognitif, sosial, emosi dan fizikal.

Kanak-kanak juga mempelajari tentang diri sendiri dan individu lain. Almy (1984)

menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa

mengambi kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala tekanan

dan kekangan. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan,

peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam

pelbagai cara. Maka di sinilah pengkaji merasakan kaedah bermain sambil belajar

akan dapat menarik minat dan potensi kanak-kanak ini untuk meneroka alam

pembelajaran mereka dengan lebih bebas, tidak rasa terkongkong dan berupaya

menjana pemikiran mereka dengan lebih kreatif lagi (Noriati et al., 2009).

Page 26: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

13

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Am

Secara amnya objektif kajian tindakan ini adalah untuk meningkatkan tahap

penguasaan menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ ( ش) murid tahun dua.

3.2 Objektif Khusus:

Objektif khusus kajian tindakan ini ialah:

i) Menentukan tahap penguasaan menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ ( ش)

murid tahun dua.

ii) Meningkatkan penguasaan kemahiran murid membezakan bunyi huruf

‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan betul dengan menggunakan kaedah ‘Syyy…’

iii) Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid menyebut huruf ‘Sin’ ((س

dan ‘Syin’ ( ش) dengan menggunakan kaedah ‘Syyy..’.

3.3 Soalan Kajian

Kebolehan menyebut dan membaca Jawi amat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dengan sebab itu kajian ini bertujuan untuk merungkai kepada

persoalan yang berikut:

i) Apakah tahap penguasaan menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش)

murid tahun dua ?

ii) Adakah kaedah ‘Syyy..’ dapat membantu murid membezakan bunyi huruf ‘Sin’

? (ش) ’dan ‘Syin ( س)

iii) Apakah kaedah ‘Syyy..’ dapat meningkatkan tahap penguasaan murid

menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ ( ش) ?

Page 27: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

14

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Subjek Kajian

Kajian tindakan ini dilakukan ke atas lima orang murid perempuan daripada 35 orang

murid-murid tahun dua salah sebuah sekolah rendah di daerah Sandakan. Subjek

kajian merupakan murid yang telah dikenalpasti lemah dan kurang mahir dalam

menguasai kemahiran menyebut huruf-huruf Jawi tunggal dengan baik iaitu dua

huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ Kumpulan sasar .(ش) ini adalah terdiri daripada

kumpulan murid yang terlibat dalam program pemulihan Jawi iaitu mereka yang

sememangnya lemah dalam aspek penguasaan kemahiran membaca dan menulis

Jawi. Melalui tinjauan awal berdasarkan dapatan analisis markah ujian PKSR

semester yang lalu, pengkaji mendapati purata markah yang diperolehi oleh

kumpulan sasar ini ialah di bawah markah lulus iaitu 40 peratus.

Pengkaji juga membuat penilaian berdasarkan keputusan pemerhatian,

pemeriksaan lembaran kerja, buku nota, temubual dengan guru kelas dan ujian yang

telah djalankan ke atas semua murid kelas ini. Melalui dapatan tinjauan awal ini juga,

pengkaji telah mendapat gambaran awal dalam pemilihan murid-murid yang akan

dijadikan kumpulan sasar. Kumpulan sasar ini terdiri dari pelbagai latar belakang

sosio budaya, latar belakang keluarga serta minat dan potensi belajar dalam diri

individu terbabit. Ini penting kerana tahap keupayaan dan kemahiran seseorang

murid itu dipengaruhi oleh pelbagai aspek dan keadaaan tertentu. Pengkaji

mengharapkan agar semua lima orang murid dalam subjek kajian ini akan berupaya

dan berjaya dalam menguasai kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش)

dengan baik seperti mana rakan-rakan mereka yang lain.

Page 28: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

15

Berdasarkan situasi ini, dapatlah mereka meneruskan dan menumpukan

pembelajaran mereka kepada unit atau tajuk-tajuk lain yang terdapat dalam sukatan

pelajaran Jawi tahun dua. Maka dengan itu murid-murid ini akan meneruskan

pelajaran mereka untuk tahap yang lebih tinggi di mana mereka akan dapat

menguasai pembelajaran bidang Jawi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam

menguasai kemahiran asas membaca dan menulis suku kata terbuka dan tertutup.

Pada tahap seterusnya pula dapat menguasai kemahiran membaca dan

menulis ayat-ayat pendek dengan baik. Sekiranya mereka berjaya, maka kita akan

dapat mengurangkan rekod keciciran penguasaan murid-murid ini dalam ini dalam

bidang Jawi. Langkah ini merupakan lonjakan penting dalam usaha untuk

memperkasakan seterusnya memartabatkan kembali seni tulisan Jawi sebagaimana

zaman kegemilangannya pada suatu masa dahulu.

Page 29: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

16

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1 Fasa Pertama : Tinjauan Awal

Pengkaji membuat tinjauan awal yang telah dilakukan melalui Borang Profil murid,

analisis markah ujian PKSR yang lalu, pemerhatian pembelajaran, lembaran kerja,

buku nota dan temubual dengan guru kelas untuk memilih subjek kajian dari kelas

Pemulihan tahun dua yang bermasalah menguasai kemahiran menyebut huruf Jawi

‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش). Borang profil murid yang digunakan dalam kajian

ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang subjek kajian

dengan lebih mendalam. Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina, bangsa,

tahap kemahiran menyebut huruf Jawi, minat pelajar terhadap Jawi, tempat tinggal,

pekerjaan bapa, markah ujian Jawi dalam peperiksaan sebelumnya serta beberapa

maklumat lain yang berkaitan dengan diri pelajar.

Melalui analisis markah ujian PKSR yang lalu, pemerhatian pembelajaran,

lembaran kerja dan buku nota, pengkaji dapat meninjau sejauh mana pencapaian

markah dalam mata pelajaran Jawi ini, penguasaan kemahiran menyebut huruf Jawi

seperti ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) di samping mengenalpasti minat murid-murid

terhadap mata pelajaran Jawi tersebut. Pengkaji telah menjalankan sesi temu bual

dengan guru kelas tahun dua. Tujuan temubual dijalankan adalah untuk mengenal

pasti murid-murid yang lemah dalam mata pelajaran Jawi dan mengenal pasti aspek-

aspek kelemahan atau kesilapan yang sering dilakukan murid dalam kemahiran

membaca atau menulis.

Page 30: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

17

5.2 Fasa Kedua : Ujian Pengesanan Lisan

Dalam fasa ini, pengkaji melakukan ujian pengesanan secara lisan untuk

mendapatkan maklumat dan data yang dikehendaki. Ujian pengesanan lisan

(diagnostik) ini dilaksanakan kepada semua murid-murid tahun dua dan terdapat 10

item ujian lisan yang membawa wajaran pemarkahan 100 peratus. untuk

mengenalpasti kumpulan sasar yang terlibat dalan kajian tindakan ini.

5.3 Fasa Ketiga : Ujian Amali Pra

Sebelum kajian dijalankan, subjek kajian diberikan ujian amali pra terhadap

penguasaan kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ ’dan ‘Syin (س) Subjek .(ش) kajian

akan diberitahu dahulu mengenai topik ujian tersebut sebelum ujian amali pra

dijalankan supaya mereka dapat membuat persedian awal. Selepas ujian amali pra,

jawapan- jawapan dikumpulkan dan dianalisis untuk mendapatkan markah bagi

setiap orang subjek kajian. Kemudian subjek kajian didedahkan dan diajar

menggunakan kaedah permainan ‘Syyy..’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

yang mengambil masa selama 15 minit.

5.4 Fasa Keempat: Intervensi Kaedah Bermain Sambil Belajar

Subjek kajian kemudiannya didedahkan dengan intervensi kaedah bermain sambil

belajar dalam pembelajaran. Intervensi yang dilakukan telah dilaksanakan dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Kaedah yang digunakan ini dilaksanakan

tiga kali seminggu dan mengambil masa 15 minit setiap sesi. Intervensi yang

dilaksanakan ini mengambil masa selama enam minggu.

Page 31: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

18

5.5 Fasa Kelima: Ujian Amali Pasca

Sebaik sahaja intervensi selesai dilaksanakan, satu ujian amali pasca diadakan pula.

Untuk menentukan kebolehpercayaan ujian yang dijalankan, soalan yang hampir

sama seperti ujian amali pra telah digunakan. Ujian amali pra dan pasca

mengandungi 20 item soalan yang membawa wajaran markah penuh 100 peratus.

Tujuan ujian amali pasca ditadbirkan adalah untuk melihat perbandingan samada

berlakunya peningkatan penguasaan kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan

‘Syin’ (ش) melalui kaedah ‘Syyy…’.

5.6 Fasa Keenam: Pemerhatian (Tinjauan Akhir)

Pengkaji telah menggunakan set borang pemerhatian berstruktur. Proses pemerhatian

ini dijalankan ke atas murid-murid tersebut setelah selesai pelaksanaan kaedah

pembelajaran menggunakan kaedah permainan ‘Syyy…’. Set borang pemerhatian ini

direka bentuk bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan keseluruhan kemahiran

menyebut huruf huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) subjek kajian tersebut. Item set

pemerhatian ini mengandungi lapan item soalan yang berbeza yang dapat mengukur

tahap penguasaan kemahiran menyebut huruf Jawi mereka. Set soalan ini

kemudianya dianalisis yang membawa wajaran markah 100 peratus.

Page 32: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

19

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA

6.1 Reka Bentuk Dan Instrumen Kajian

6.1.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah satu kajian tindakan yang mana pengkaji menggunakan

penganalisisan data secara Kuantitatif. Kajian ini di lakukan di sebuah

sekolah rendah yang melibatkan murid tahun dua sahaja. Subjek kajian

adalah dipilih berdasarkan tinjauan awal yang telah dilakukan iaitu melalui

analisis markah ujian PKSR yang lalu, pemerhatian pembelajaran, lembaran

kerja, buku nota dan temubual dengan guru kelas. Kajian ini adalah

bertujuan untuk mengatasi isu atau kelemahan yang telah dikenalpasti.

Subjek kajian yang dipilih adalah murid-murid tahun dua yang bermasalah

menguasai kemahiran menyebut huruf Jawi.

Selain menggunakan tinjauan awal melalui pelbagai aspek

pemerhatian, pengkaji juga telah membina soalan ujian pengesanan lisan

untuk mendapatkan maklumat dan data yang dikehendaki. Ujian pengesanan

lisan ini dilaksanakan kepada semua murid-murid tahun dua untuk

mengenalpasti kumpulan sasar yang akan terlibat dalan kajian tindakan ini.

Kesemua subjek kajian kemudiannya didedahkan dengan intervensi kaedah

bermain sambil belajar dalam pembelajaran. Intervensi yang telah ditentukan

oleh pengkaji dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam

kelas. Kaedah yang ditentukan ini dilaksanakan tiga kali seminggu serta

mengambil masa 15 minit setiap sesi.

Page 33: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

20

Intervensi yang dilaksanakan mengambil masa selama enam minggu.

Sebelum kajian dijalankan, subjek kajian telah diberikan ujian amali pra

terhadap penguasaan kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش).

Murid-murid akan diberitahu dahulu mengenai topik ujian tersebut sebelum

ujian amali pra dijalankan supaya mereka dapat membuat persedian awal.

Selepas ujian amali pra, jawapan-jawapan dikumpulkan dan dianalisis untuk

mendapatkan markah bagi setiap orang subjek kajian. Kemudian subjek

kajian didedahkan dan diajar pula dengan menggunakan kaedah permainan

‘Syyy..’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang mengambil masa

selama 15 minit.

Sebaik sahaja intervensi selesai dilaksanakan, satu ujian amali pasca

pula yang mengandungi beberapa set item soalan. Ujian amali pasca ini

dilaksanakan bertujuan untuk melihat perbandingan peningkatan penguasaan

kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) melalui

kaedah

‘Syyy…’. Pengkaji kemudiannya menggunakan set borang pemerhatian ke

atas setiap subjek kajian dengan membuat analisis berdasarkan borang Rubrik

markah yang telah direka bentuk oleh pengkaji.

Page 34: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

21

6.1.2 Model KT yang diaplikasikan dalam kajian

Pengkaji telah mengaplikasikan model kajian berlandaskan reka bentuk model KT

Kurt Lewin (1946) dalam kajian tindakan ini yang mana menggunakan semua

langkah yang terdapat dalam gelung kajian tindakan Kurt Lewin. Reka Bentuk kajian

tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai ‘Kurt

Lewin's Action Research Spiral' yang mana menunjukkan penambahbaikan yang

berterusan dalam pembelajaran mengenai isu atau fokus kajian yang dilaksanakan.

Mengenalpasti Aspek Amalan Perancangan

Refleksi Tindakan / Implementasi

Melihat Kesan Tindakan

Rajah 6.1: Model Kurt Lewin (1946)

Page 35: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

22

Berdasarkan Rajah 6.1 Gelungan Lingkaran Kurt Lewin, pengkaji mengaplikasikan

model kajian tindakan adalah berdasarkan:

i) Mengenalpasti aspek amalan (Kelemahan menyebut huruf huruf ‘Sin’(س) dan

‘Syin’ ( ش) dalam kalangan murid pemulihan tahun dua.

ii) Perancangan (Perancangan penggunaan kaedah permainan ‘Syyy…’ke atas

subjek kajian).

iii) Tindakan implementasi (Melaksanakan tindakan dengan menggunakan kaedah

belajar sambil bermain yang dinamakan ‘Syyy..’).

iv) Melihat kesan tindakan (Pengumpulan dan menganalisis data yang telah

diperolehi).

v) Refleksi (Menilai kekuatan dan kelemahan).

6.1.3 Jenis intervensi / rawatan

Pengkaji melaksanakan intervensi atau rawatan dengan menggunakan kaedah

yang pengkaji namakan kaedah permainan ’Syyy..’ dan permainan ’Dengar

dan Sebut’.

Langkah-langkah aktiviti permainan adalah seperti berikut :

Aktiviti 1

i) Pengkaji memperkenalkan kaedah menyebut ‘Syyy…’(seolah-olah

perbuatan larangan bising) sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk

melambangkan bunyi huruf ‘Syin’ (ش).

ii) Pengkaji meminta murid-murid membunyikan sebutan huruf Syin’

’dengan menggunakan kaedah ’Syyy...’ dan membunyikan huruf ‘Sin (ش)

. tanpa meletakkan jari telunjuk di mulut (س )

Page 36: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

23

iii) Pengkaji meminta setiap subjek kajian seramai 5 orang untuk membuat

aktiviti membunyikan huruf Syin’ (ش) menggunakan kaedah ’Syyy..’

secara bergilir-gilir dan latih tubi.

Aktiviti 2

i) Pengkaji menyediakan 10 kad perkataan yang masing-masing lima kad

perkataan yang bermula dengan huruf ‘Sin’(س) dan lima kad yang lain

bermula dengan huruf ‘Syin’(ش).

ii) Pengkaji menerangkan cara permainan ’Dengar dan Sebut’ di mana subjek

kajian akan mendengar bunyi sebutan perkataan dari rakan mereka dan

meneka bunyi tersebut samada bermula dengan huruf ‘Sin’ (س) atau

‘Syin’ (ش) sambil membuat perlakuan ’Syyy...’ atau tidak.

iii) Setiap subjek kajian secara bergilir-gilir menutup mata sambil mendengar

bunyi perkataan dan menyebut huruf ‘Sin’ (س) atau ‘Syin’ (ش)

berpandukan kad-kad perkataan yang diberikan.

6.2 Cara kajian dijalankan

Pengkaji telah menggunakan ujian pengesanan lisan (diagnostik) yang direka bentuk

untuk menilai dan menentukan tahap penguasaan kemahiran menyebut huruf huruf

‘Sin’ (س) atau ‘Syin’ (ش) dalam kalangan murid pemulihan tahun dua. Ujan

pengesanan lisan atau diagnostik ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti

kumpulan sasar dalam kajian tindakan ini. Pelaksanaaan kaedah rawatan atau

intervensi dilakukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Page 37: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

24

Pengkaji melaksanakan kaedah permainan ‘Syyy…’ tiga kali seminggu yang

mana mengambil masa selama 15 minit setiap sesi dalam kelas pemulihan Jawi.

Aktiviti ini dilakukan dalam tempoh enam minggu. Kemudiannya pengkaji

menyediakan kertas soalan bagi ujian amali pra dan ujian amali pasca yang direka

bentuk berdasarkan Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi tahun dua. Langkah

seterusnya melibatkan ujian amali pasca yang dijalankan setelah selesai sesi

intervensi dilaksanakan.

Setelah tindakan pelaksanaan intervensi tersebut selesai, pengkaji beralih

kepada langkah yang seterusnya iaitu meneliti proses pemerhatian untuk melihat

perbandingan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Pengkaji menggunakan

borang Rubrik pemarkahan untuk melihat dan menganalisis data item dalam set

borang pemerhatian ini,

6.3 Jadual / tentatif pelaksanaan kajian

Jadual 6.3: Tentatif pelaksanaan kajian

TARIKH B IL AK TIVITI P ELAK SANAAN

1 Mengenal pasti isu / m asal ah kaji an 13 Jun 2012

2 Draf kert as cadangan kaji an ti ndakan 1 20 Jun 2012

3 Merancang kaed ah ti ndakan 25 Jun 2012

4 Mel aksanakan Uji an- P engesanan 30 Jun 2012

5 Mel aksanakan Uji an am al an pra 10 Julai 2012

6 P el aksanaan Ti ndakan 1 20 Julai 2012

7 Ujian amalan pasca dan analisis data 25 Julai 2012

Page 38: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

25

6.4 Cara Pengumpulan Data

6.4.1 Kaedah pengumpulan data yang digunakan

Pengkaji menggunakan analisis data secara Deskriptif yang melibatkan

peratus bagi mengukur tahap pencapaian pelajar dalam ujian amali pra dan

pasca. Bagi menganalisis data melalui borang pemerhatian pula, pengkaji

telah mentafsir datanya dalam bentuk peratusan dalam setiap skor setiap item

dalam borang pemerhatian tersebut.

Pengkaji menggunakan borang Rubrik pemarkahan untuk tujuan

analisis data yang terdapat dalam item-item borang pemerhatian tersebut.

Peratusan skor yang tinggi menunjukkan penerimaan yang positif dan

peratusan skor yang rendah menunjukkan penerimaan yang negatif.

6.4.2 Instrumen kajian yang digunakan

Dalam kajian ini, instrumen kajian tindakan yang digunakan oleh pengkaji

terdiri daripada :

i) Borang Profil Murid (Lampiran A)

Borang profil murid yang digunakan dalam kajian ini adalah untuk

mendapatkan maklumat tentang latar belakang subjek kajian dengan lebih

mendalam. Maklumat yang dikehendaki meliputi nama, jantina, bangsa,

tahap kemahiran menyebut huruf Jawi, minat pelajar terhadap Jawi, tempat

tinggal, pekerjaan bapa, markah ujian Jawi dalam peperiksaan sebelumnya

serta beberapa maklumat lain yang berkaitan dengan diri pelajar.

Page 39: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

26

ii) Ujian Pengesanan Lisan (Lampiran B)

Pengkaji telah mereka bentuk soalan sebanyak 10 item ujian lisan yang

membawa wajaran pemarkahan 100 peratus. Ujian pengesanan lisan ini

bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan menyebut huruf ‘Sin’ (س)

dan

‘Syin’ (ش) dalam kalangan murid-murid tahun dua. Melalui ujian lisan

ini data dan maklumat yang diperlukan dapat dikumpul agar subjek kajian

dapat dikenalpasti dengan lebih tepat lagi. Pengkaji membuat

klasifikasi berdasarkan ‘Boleh Menguasai’ dan ‘Tidak Menguasai’.

iii) Ujian Amali Pra dan Ujian Amali Pasca (Lampiran C dan D)

Ujian amali pra digunakan untuk mengesan tahap penguasaan kemahiran

membaca kalimah yang bermula dengan huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (

(ش sebelum kaedah permainan dilaksanakan. Manakala ujian amali pasca

pula digunakan untuk menentukan samada terdapat peningkatan setelah

kaedah

‘Syyy…’ selesai dilaksanakan. Ujian amali yang diberikan kepada murid-

murid adalah berdasarkan Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi Tahun Dua.

Soalan-soalan ujian amali adalah dirujuk daripada buku teks dan buku

rujukan untuk dijadikan item instrumen kajian. Item-item ujian yang direka

bentuk adalah berdasarkan kepada tajuk pembelajaran Pendidikan Islam

tahun dua. Ujian amali pra dan pasca mengandungi 20 item soalan yang

membawa wajaran markah penuh 100 peratus. Pengkaji telah membuat

skema gred markah berdasarkan pencapaian ‘Baik’, ‘Sederhana’ dan

‘Lemah’. Kedua-dua ujian amali pra dan pasca adalah hampir sama di mana

Page 40: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

27

terdapat beberapa pindaan soalan telah dilakukan pada ujian amali pasca.

Page 41: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

28

Item dalam ujian amali pasca ditadbir semula supaya menjadikannya

sebagai satu ujian yang baru. Ujian amali pra pula diambil oleh murid subjek

kajian pada hari persekolahan biasa dalam masa 30 minit. Selepas enam

minggu penggunaan kaedah pembelajaran permainan ‘Syyy…’ dilaksanakan,

ujian amali pasca pula telah diberikan kepada subjek kajian tersebut. Ujian

amali pasca ini juga dijalankan dalam masa 30 minit juga pada hari

persekolahan. Pengkaji kemudiannya telah mengumpul semua data tersebut

untuk tujuan analisis.

iv) Borang Pemerhatian (Lampiran E)

Pengkaji menggunakan borang pemerhatian berstruktur. Pemerhatian hanya

dijalankan ke atas murid setelah selesai pelaksanaan kaedah pembelajaran

permainan menggunakan kaedah ‘Syyy…’. Set borang pemerhatian ini direka

bentuk bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan keseluruhan

kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش ) subjek kajian tersebut.

Item set pemerhatian ini mengandungi lapan item yang membawa wajaran

markah 100 peratus. Borang pemerhatian ini yang direka bentuk berdasarkan

skala iaitu ‘Boleh Menguasai’ dan ‘Tidak Menguasai’. Pengkaji merasakan

ianya sesuai dengan tahap umur subjek kajian yang dijalankan. Di samping

itu, pengkaji juga menggunakan borang Rubrik markah yang diadaptasi dan

diubahsuai daripada Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi Tahun Dua

(lampiran F) untuk mendapatkan data dan menganalisis dapatan yang ada

dalam item pemerhatian.

Page 42: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

29

7.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Pengkaji telah menggunakan tiga jenis data Kuantitatif untuk mentadbir dan

menganalisis dapatan hasil kajian iaitu keputusan Ujian Amali Pra, Ujian Amali

Pasca dan Borang Pemerhatian

7.1 Hasil Analisis Ujian Amali Pra (Tinjauan Awal) dan Ujian Amali Pasca(Tinjauan Akhir)

7.1.1 Sebutan Murid

Semasa ujian amali pra dibuat, pengkaji dapati lima orang murid tahun dua

yang menjadi sasaran kajian masih tidak dapat menyebut huruf ‘Sin’ (س)

dan

‘Syin’ (azebmem tapad kadit akerem anarek inI .luteb nagned (شkan bunyi

huruf antara ‘sin’ (س) dan ‘Syin’ ( ش) dengan betul. Oleh itu, penguasaan

pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah seperti

mana fakta kajian daripada Awang Mohamad (1989).

Semua murid yang terlibat diharap dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan menggunakan

kaedah ‘Syyy..’ semasa ujian amali pasca nanti. Bagi keputusan ujian amali

pra dan ujian amali pasca, pengkaji telah mencari perbezaan peratus markah

ujian amali pra dengan ujian amali pasca untuk menguji keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran tentang kaedah meningkatkan penguasaan

kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (ش) ’niyS‘ nad (س) dengan menggunakan

kaedah ‘Syyy..’.

Page 43: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

30

Berdasarkan hasil dapatan ujian amali pra, kesemua murid berada

pada aras lemah. Ujian amali pasca yang digunakan adalah bertujuan untuk

menilai tahap pencapaian subjek kajian selepas intervensi atau rawatan

dilaksanakan. Item-item dalam ujian amali pasca ini adalah tidak jauh

berbeza dengan ujian amali pra yang dilaksanakan sebelum ini. Pengkaji

hanya menukar struktur suku kata dan membuat sedikit penukaran ayat

sahaja. Ini dapat menunjukkan bahawa nilai kesahan dan kebolehpercayaan

ujian tersebut berada di tahap yang tinggi.

Jadual 7.1.1 menunjukkan perbandingan keputusan ujian amali pra

dan ujian amali pasca. Perbandingan antara markah ujian amali pra dan

markah ujian amali pasca telah menunjukkan bahawa keputusan setiap murid

telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan penguasaan kemahiran

menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan menggunakan

kaedah

‘Syyy..’ dan kurangnya berlaku kesilapan semasa menyebutnya. Hasil

dapatan juga menunjukkan skor peratusan bagi setiap kajian telah meningkat

dan amat memberangsangkan.

Page 44: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

31

Jadual 7.1: Keputusan Pencapaian Murid Dalam Ujian Amali PraDan Ujian Amali Pasca

MARKAH (PERATUS - %)

BL NAMA UJIAN AMALIPRA

UJIAN AMALIPASCA

JUMLAHPERATUS

PENINGKATANM 1 20 95 75

M 2 35 95 65

M 3 30 90 60

M 4 25 90 75

M 5 25 95 75

BILANGAN PELAJAR

Lulus Gagal Lulus Gagal Menurun Meningkat

(peratus) 0% 100% 100% 0% 0% 100%

JUMLAH PELAJAR /

MURID

0 5 5 0 0 5

Peningkatan keputusan markah subjek kajian daripada ujian amali pra ke ujian amali

pasca masing-masing telah meningkat sebanyak 60 peratus hingga 75 peratus di

mana M1, M4 dan M5 yang meningkat sebanyak 75 peratus. Manakala M2 dan M3

pula menunjukkan peningkatan sebanyak 65 peratus dan 60 peratus seperti yang

dapat dilihat dalam Rajah 7.1.

Page 45: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

32

100

90

80

70

60

50

40

30

20

10

0

95 95

35

20

9590 90

3025 25

M1 M2 M3 M4 M5

Ujian Amali Pra

Ujian Amali Pasca

Rajah 7.1: Perbandingan Keputusan Ujian Amali Pra Dan Ujian Amali PascaDalam Kalangan Murid

7.2 Hasil Analisis Borang Pemerhatian Dan Rubrik Markah

7.2.1 Pemerhatian

Pengkaji telah mereka bentuk set untuk instrumen pemerhatian berstruktur.

Pemerhatian hanya dijalankan ke atas murid setelah selesai pelaksanaan

kaedah pembelajaran permainan menggunakan kaedah ‘Syyy…’. Set borang

pemerhatian bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan keseluruhan

kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) subjek kajian tersebut.

Ianya direka bentuk berdasarkan skala ‘Boleh Menguasai’ dan ‘Tidak

Menguasai’. Item set pemerhatian ini mengandungi lapan item yang membawa

wajaran markah 100 peratus.

Page 46: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian beserta instrumen

borang Rubrik markah yang diadaptasi dan diubahsuai daripada Buku

Panduan Ujian Pencapaian Jawi. Borang Rubrik markah ini adalah untuk

mendapatkan data dan menganalisis dapatan yang ada dalam item

pemerhatian tersebut. Borang pemerhatian ini adalah untuk penilaian bagi

memudahkan proses pengutipan pemprosesan data. Dengan menggunakan

instrumen ini, pengkaji telah dapat mengukur tahap kelancaran bacaan murid.

Oleh yang demikian, data daripada ujian amali pasca yang

dilaksanakan terhadap murid dapat dipungut dengan mudah. Hasil daripada

analisis dapatan kajian dalam pemerhatian ini, menunjukkan bahawa

kesemua murid dapat mencapai prestasi yang baik dengan gred A iaitu di

antara 80 peratus hingga 100 peratus seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.2.

Page 47: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Jadual 7.2: Keputusan Pencapaian Murid Dalam Pemerhatian

BIL ITEMBILANGANMURID PERATUS

BILANGANMURID PERATUS

BOLEHMENGUASAI

(%) TIDAKMENGUASAI

(%)

1. Murid dapatmengenal

5 100 0 0

h u r u f ‘ S i n’ 2. Murid dapat

mengenal5 100 0 0

huruf ‘ Syi n’ 3. Murid dapat

menyebut5 100 0 0

huruf ‘ Si n’ 4. Murid dapat

menyebut5 100 0 0

huruf ‘ Syi n’ 5. Murid dapat

membunyikan perkataan

5 100 0 0

huruf ‘ Si n’ 6. Murid dapat

membunyikan perkataan

5 100 0 0

h u r u f ‘ S yi n ’ 7. Murid dapat

membezakan antara huruf‘Sin’ dan

4 80 1 20

‘ Syin’ 8. Murid dapat

membezakanbunyi sebutan huruf ‘Sin’ dan ‘Syin’

5 100 0 0

Page 48: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Jadual 7.3: Pencapaian Prestasi Setiap Murid Mengikut Item-Item DalamBorang Pemerhatian

B

NAMA

PENGUASAAN MURID

(MENGUASAI / TIDAK MENGUASAI)

I Item Item Item Item Item Item Item Item

7.2.2 Pemerhatian Dan Penilaian Tahap Penguasaan MuridBerdasarkan Rubrik Markah

Dalam Jadual 7.3 pula menunjukkan pencapaian prestasi setiap murid

mengikut item-item dalam borang pemerhatian selepas ujian amali pasca

tersebut.

LMURID

1 2 3 4 5 6 7 8

M TM M TM M TM M TM M TM M TM M TM M TM

M 1 / / / / / / / /

M 2 / / / / / / / /

M 3 / / / / / / / /

M 4 / / / / / / / /

M 5 / / / / / / / /

Bilangn

Item 5 5 5 5 5 5 4 5

Yang

Betul

Mak su d S in gk atan Nama :

M = Menguasai

TM = Tidak Menguasai

Page 49: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

7.3 Hasil Analisis Intervensi: Aktiviti Permainan

Pengkaji telah melaksanakan intervensi atau rawatan dengan menggunakan kaedah

yang dinamakan kaedah permainan ’Syyy..’.

7.3.1 Hasil Analisis Intervensi 1: Aktiviti Permainan ‘Syyy…’

Daripada hasil intervensi 1 ini, didapati bahawa kesemua murid berasa sangat

seronok dan mudah faham dengan aktiviti memperkenalkan kaedah menyebut

‘Syyy…’(seolah-olah perbuatan larangan bising) sambil meletakkan jari

telunjuk di mulut untuk melambangkan bunyi huruf ‘Syin’ .(ش)

Semua murid juga dapat membunyikan sebutan huruf ’Syin’ (ش) dengan

menggunakan kaedah ’Syyy...’ dan membunyikan huruf ‘Sin’ (س) tanpa

meletakkan jari telunjuk di mulut .

Pemahaman dan pengetahuan mereka tentang membezakan bunyi

serta penguasaan dalam menyebut huruf ’Syin’ (ش) dan huruf ‘Sin’ (س)

semakin baik apabila aktiviti permainan ’Syyy...’ ini diadakan seperti

meminta setiap subjek kajian seramai lima orang untuk membuat aktiviti

membunyikan huruf ’Syin’ (ش) menggunakan kaedah ’Syyy...’ secara

bergilir-gilir dan latih tubi.

Page 50: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Murid Respon Daripada Aktiviti Intervensi 1

M1 Dapat memahami bunyi huruf ‘Syin’ (ش)

selepas menggunakan kaedah ‘Syyy…’ iaitu seolah-olah

perbuatan larangan bising sambil meletakkan jari

telunjuk di mulut untuk melambangkan bunyi huruf

‘Syin’ (ش ).

M2 Masih kurang membunyikan huruf ’Syin’ (ش )

dengan betul pada mulanya namun setelah permainan ini

dibuat, terdapat minat dan peningkatan yang boleh

dilihat.

M3 Agak pendiam dan lambat menguasai kefahaman tentang

jawi. Masih kurang yakin dalam menyebut huruf ’Syin’ (

dalam permainan (ش ini tetapi setelah melakukan

aktiviti membunyikan huruf Syin’ (ش) menggunakan

kaedah ’Syyy...’ secara bergilir-gilir dan latih tubi, murid

ini bertambah seronok, yakin dan berminat untuk belajar.

M4 Kurang bersungguh-sungguh untuk membunyikan huruf

’Syin’ (ش) pada mulanya kerana menganggap

ia merupakan permainan yang tidak bermakna.

Namun, setelah pengkaji membimbing dan menasihati

murid ini, terdapat kesedaran tentang kepentingan

permainan ini untuk memahami bunyi huruf ‘Syin’

selepas menggunakan kaedah ‘Syyy…’ iaitu (ش)

seolah-olah perbuatan larangan bising sambil

meletakkan jari telunjuk di mulut untuk

melambangkan bunyi huruf

‘Syin’ (ش ).

M5 Dapat memahami bunyi huruf ‘Syin’ (ش)

selepas menggunakan kaedah ‘Syyy…’ iaitu seolah-olah

perbuatan larangan bising sambil meletakkan jari

Page 51: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

telunjuk di mulut untuk melambangkan bunyi huruf

‘Syin’(ش)

Page 52: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

7.3.2 Hasil Analisis Intervensi 2: Aktiviti Permainan ‘Dengar DanSebut’

Hasil perolehan analisis intervensi 2 melalui aktiviti permainan ’Dengar dan

sebut’, didapati semua murid dapat memahami dan membezakan 10 kad

perkataan yang masing-masing lima kad perkataan yang bermula dengan

huruf ‘Sin’(س) dan lima kad yang lain bermula dengan huruf ‘Syin’ (ش)

selepas mengadakan aktiviti permainan 1 (intervensi 1) tadi.

Seorang murid cuba melakukan cara permainan ’Dengar dan sebut’ di

mana subjek kajian akan mendengar bunyi sebutan perkataan dari rakan

mereka dan meneka bunyi tersebut samada bermula dengan huruf ‘Sin’ (س)

atau ‘Syin’ (ش) sambil membuat perlakuan ’Syyy...’ atau tidak. Setiap

subjek kajian secara bergilir-gilir menutup mata sambil mendengar bunyi

perkataan dan menyebut huruf ‘Sin’ (س) atau ‘Syin’ (ش) berpandukan

kad-kad perkataan yang diberikan. Kesemua murid berasa sangat seronok

dengan aktiviti permainan ’Dengar dan sebut’ kerana melibatkan pergerakan

anggota badan dan rangsangan keseluruhan deria. Ini membolehkan

pemahaman dan penguasaan yang lebih cepat.

Page 53: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Murid Respon Daripada Aktiviti Intervensi 2M1 Dapat membezakan bunyi huruf ‘Sin’ (س) atau ‘Syin’ (ش ).

Dapat meneka dan memahami bunyi huruf ‘Syin’ (ش ) apabila rakan

sebaya mengajukannya selepas menggunakan kaedah ‘Syyy…’

sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk melambangkan bunyi

huruf ‘Syin’ (ش ).

M2 Dapat mengenal pasti dan membunyikan huruf ‘Sin’ (س)

dengan mudah. Membunyikan huruf ’Syin’ (ش) dengan betul

setelah

permainan ’Syyy...’.

M3 Semakin berminat untuk belajar jawi apabila melakukan aktiviti

permainan ’Dengar dan Sebut’. Mudah menguasai kemahiran meneka

dan menyebut huruf ‘Sin’ (س) atau ‘Syin’ (ش) melalui kaedah ’Syyy...’.

M4 Dapat membezakan bunyi huruf ‘Sin’ (س) atau ‘Syin’ (ش).

Dapat meneka dan memahami bunyi huruf ‘Syin’ (ش) apabila rakan

sebaya mengajukannya selepas menggunakan kaedah ‘Syyy…’

sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk melambangkan bunyi

huruf ‘Syin’ (ش ).

M5 Menganggap aktiviti ini amat mencabar dan menarik kerana

melibatkan kepekaan mendengar bunyi perkataan dan meneka kad

perkataan yang terlibat.

Berasa seronok dan dapat menguasai kemahiran meneka, mengenal,

Page 54: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

menyebut serta membuat perlakuan seolah-olah larangan bising bagi

huruf ‘Syin’ (ش ).

Page 55: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Hasil daripada perbandingan peratusan keputusan ujian amali pra dan ujian

amali pasca daripada murid terhadap kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan

‘Syin’ (ش) murid tahun dua, kemahiran murid membezakan bunyi huruf ‘Sin’

dan (س)

‘Syin’ (ش) dengan betul dan meningkatkan penguasaan kemahiran murid

menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan menggunakan kaedah ‘Syyy...’,

didapati terdapat banyak peningkatan yang positif dari segi minat dan

pencapaian dalam kalangan murid kerana mampu membaca perkataan yang

diberikan dengan tepat dan cepat. Ia juga membuktikan bahawa kaedah

permainan ‘Syyy...’ amat berkesan dalam menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi

oleh murid dalam menyebut serta membezakan di antara huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’

.semasa ujian amali pra (ش)

Berdasarkan analisis yang telah diperoleh, didapati data tersebut telah

menyokong kajian yang dilaksanakan oleh Awang Mohamad (1989) yang mana

tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah

lemah. Kajian ini juga menyokong kajian daripada Mustapha (1991) mendapati, 95

peratus pelajar mempunyai sikap negatif seperti tidak yakin, tidak minat dan tidak

memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap tulisan Jawi

seperti susah dipelajari dan tidak penting. Menurut Azman (1986) dan Sulaiman

(1990), hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata

pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, pengkaji amat bersetuju dengan kenyataan

daripada Isahak dan Hassan (1994) yang menyatakan bahawa kelemahan pelajar-

pelajar sekolah menengah dalam menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan

Page 56: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

langsung dengan keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah.

Page 57: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Kaedah permainan ‘Syyy...’ serta ‘Dengar dan Sebut’ ini juga membantu

murid menyelesaikan masalah menyebut serta membezakan di antara huruf ‘Sin’

’dan ‘Syin ( س) dalam masa yang (ش) lebih pantas dan menghasilkan jawapan

yang tepat. Daripada dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa hampir

kebanyakan murid tidak dapat menyebut dan membezakan di antara huruf ‘Sin’ (س

) dan ‘Syin’ (em nagned (شnggunakan kaedah biasa semasa ujian amali pra.

Namun, selepas ujian amali pasca dilaksanakan, didapati bahawa 100 peratus

daripada murid mendapat keputusan yang sangat meningkat sehingga mencecah

peningkatan 100 peratus. Memandangkan kaedah permainan ‘Syyy...’ telah

memecahkan proses belajar secara umum dan besar kepada proses yang lebih kecil

(Zainab, 2010), maka kaedah-kaedah permainan ini telah membantu murid untuk

mengurangkan kesilapan dan kesalahan semasa menyebut sekaligus dapat

membantu meningkatkan penguasaan membezakan huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (

.dalam kalangan murid (ش

Dapatan ini turut disokong oleh kajian Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009)

yang bertajuk ‘Play’s potential in early literacy development. Encyclopedia on early

childhood development’ yang menyatakan bahawa kaedah permainan berjaya

mengatasi minat, kekeliruan dan keyakinan diri dalam suatu penguasaan suatu

kemahiran. Berdasarkan analisis jawapan semasa ujian amali pasca, murid yang

salah menyebut dan membezakan di antara huruf Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش), bukan

disebabkan oleh kurang yakin dan kurang minat, tetapi tidak faham konsep untuk

mempelajari bunyi sesuatu huruf Jawi seperti huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش).

Page 58: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Hal ini telah dibuktikan dengan peningkatan peratus pencapaian murid yang

begitu mendadak iaitu dari 80 peratus hingga 100 peratus selepas kaedah permainan

‘Syyy...’ diperkenalkan kepada mereka. Secara keseluruhannya, berdasarkan ujian

amali pasca yang telah dianalisis, menunjukkan peningkatan markah yang sangat

signifikan iaitu mencapai sehingga 75 peratus. Justeru, kesimpulan yang dapat dibuat

menerusi dapatan yang telah dikumpulkan, maka terbuktilah bahawa kaedah

permainan ‘Syyy...’ ini telah berjaya meningkatakan tahap penguasaan subjek kajian

dalam kemahiran menyebut dan membezakan bunyi huruf ‘Sin’ ’dan ‘Syin (س) (

.(ش Dengan ini, ketiga-tiga objektif telah tercapai dan soalan kajian ini telah

dijawab. Sehubungan dengan itu, maka peningkatan nilai peratusan skor item dalam

borang pemerhatian yang diperoleh murid adalah 100 peratus adalah disebabkan oleh

kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji.

Ini menunjukkan bahawa kognitif kesemua murid tidak dipengaruhi oleh

faktor-faktor luaran sewaktu kajian ini dilaksanakan. Kaedah ini juga dikesan mampu

menarik minat pelajar dalam mata pelajaran lain jika digunakan. Contohnya dalam

komponen kognitif, guru boleh menulis perkataan yang ingin diajar di dalam kad-kad

bacaan yang mudah dilihat, difahami dan menarik minat pelajar untuk membaca ayat

berkenaan. Pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan perlulah

dapat menarik minat murid untuk belajar. Di samping itu, penggunaan unsur grafik

dan warna yang sipaparkan secara langsung dapat menarik minat dan perhatian

murid untuk belajar.

Page 59: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat

mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran

(Nik Rosila, 2007). Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa pencapaian murid

dalam sesuatu bidang kemahiran itu bergantung kepada kaedah yang digunakan,

disamping amalan dan gaya pengajaran guru yang bersesuaian serta senario

pengajaran dan pembelajaran yang diwujudkan. Kaedah yang bersesuaian dan

menepati serta memenuhi keperluan murid akan dapat meningkatkan lagi tahap

pencapaian seseorang murid dalam topik mata pelajaran tersebut.

Fakta ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Moyles (2005) yang

menyatakan bahawa penggunaan kaedah, teknik atau kepelbagaian bahan bantu

mengajar yang menarik dan sesuai dapat merangsangkan pemikiran dan pemahaman

oleh seorang pelajar dan dengan ini membolehkan lebih banyak isi pelajaran yang

boleh diterima dan diserap oleh murid tersebut. Dapatan ini turut membuktikan

kebenaran kenyataan daripada sorotan literatur kajian ini di mana menurut Downey

dan Garzoli (2005) bermain adalah pengalaman pembelajaran yang terbaik dalam

pendidikan awal kanak-kanak yang dapat meningkatkan perkembangan minda dan

fizikal mereka secara beriringan

Page 60: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

8.1 Sebutan Murid

Dapatan kajian ini menunjukkan antara hasil kekuatan yang diperoleh pengkaji

dalam memfokuskan menguji penguasaan sebutan dalam kalangan subjek kajian

ialah terdapat peningkatan yang sangat baik sehingga mencapai 75 peratus dalam

ujian amali pasca yang dibuat. Manakala kelemahan yang wujud semasa menguji

sebutan murid-murid tersebut ialah 100 peratus daripada mereka telah gagal semasa

ujian amali pra. Ia merupakan jumlah yang amat besar berkaitan masalah menyebut

huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan betul serta membezakan bunyi huruf ‘Sin’

’dan ‘Syin (س) Dengan ini, pengkaji telah mengadakan kelas pengukuhan .(ش)

dan latih tubi yang berterusan. Namun, pengkaji dapati salah seorang murid

tersebut masih tidak menguasai kemahiran membezakan antara huruf ‘Sin’ (س)

dan ‘Syin’ (ش ).

8.2 Hasil Analisis Borang Pemerhatian Dan Rubrik Markah

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, kelebihan yang pengkaji dapati ialah

terdapat peningkatan yang sangat banyak sehingga 75 peratus dalam ujian amalan

pasca yang dibuat. Oleh itu, dalam pemerhatian, pengkaji dapati kesemua murid

mencapai prestasi yang baik iaitu di antara 80 hingga 100 peratus kerana dapat

menguasai hampir kesemua kemahiran dalam setiap item borang pemerhatian.

Page 61: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

8.3 Hasil Analisis Intervensi: Aktiviti Permainan

8.3.1 Hasil Analisis Intervensi 1: Aktiviti Permainan ‘Syyy…’

Pengkaji dapati M1 dapat memahami bunyi huruf ‘Syin’ (ش) selepas

menggunakan kaedah ‘Syyy….’ iaitu seolah-olah perbuatan larangan bising

sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk melambangkan bunyi huruf

‘Syin’ (ش). Manakala M2 masih kurang membunyikan huruf ’Syin’ (ش)

dengan betul pada mulanya namun setelah permainan ini dibuat, terdapat

minat dan peningkatan yang boleh dilihat. Begitu juga halnya dengan M3 di

mana murid ini agak pendiam dan lambat menguasai kefahaman tentang jawi.

M3 juga masih kurang yakin dalam menyebut huruf ’Syin’ ( ش) dalam

permainan ini tetapi setelah melakukan aktiviti membunyikan huruf Syin’

,menggunakan kaedah ’Syyy..’ secara bergilir-gilir dan latih tubi (ش)

murid ini bertambah seronok, yakin dan berminat untuk belajar.

M4 pula kurang bersungguh-sungguh untuk membunyikan huruf

’Syin’ (ش) pada mulanya kerana menganggap ia merupakan permainan yang

tidak bermakna. Namun, setelah pengkaji membimbing dan menasihati murid

ini, terdapat kesedaran tentang kepentingan permainan ini untuk memahami

bunyi huruf ‘Syin’ (ش ) selepas menggunakan kaedah ‘Syyy…’.

Kaedah

‘Syyy…’ ialah perbuatan seolah-olah larangan bising sambil meletakkan jari

telunjuk di mulut untuk melambangkan bunyi huruf ‘Syin’ (ش).

Manakala bagi M5 pula, pengkaji dapati dia dapat memahami bunyi huruf

‘Syin’ ( ش) selepas menggunakan kaedah ‘Syyy….’ iaitu seolah-olah

Page 62: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

perbuatan larangan bising sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk

melambangkan bunyi huruf ‘Syin’ (ش).

Page 63: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Secara keseluruhannya, aktiviti permainan ‘Syyy…’.Ini dapat

meningkatkan minat, motivasi dan rasa seronok dalam kalangan muriduntuk

belajar Jawi terutamanya dalam menyebut dan membezakan bunyi huruf Sin’

Secara .(ش) ’atau ‘Syin (س) tidak langsung, murid-murid ini dapat

menyebut huruf ‘Syin’ (ش) di mana mereka seolah-olah membuat perbuatan

larangan bising sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk

melambangkan bunyi huruf ‘Syin’ (ش) tersebut.

8.3.2 Hasil Analisis Intervensi 2: Aktiviti Permainan ‘Dengar danSebut’.

Selepas melaksanakan aktiviti intervensi 2 iaitu aktiviti permainan ‘Dengar

dan Sebut’, pengkaji dapati M1 dapat membezakan bunyi huruf ‘Sin’ (

) ’serta dapat meneka dan memahami bunyi huruf ‘Syin (ش) ’atau ‘Syin (س

( ش apabila rakan sebaya mengajukannya selepas menggunakan kaedah

‘Syyy….’ sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk melambangkan

bunyi huruf

‘Syin’ (.(ش

M2 pula dapat mengenal pasti dan membunyikan huruf ‘Sin’ (س)

dengan mudah. Dia juga dapat membunyikan huruf ’Syin’ (ش) dengan betul

setelah permainan ’Syyy....’. Manakala M3 semakin berminat untuk belajar

jawi apabila melakukan aktiviti permainan ’Dengar dan Sebut’. Di samping

itu, dia juga mudah menguasai kemahiran meneka dan menyebut huruf ‘Sin’ (

.’...melalui kaedah ’Syyy ( ش) ’atau ‘Syin (س

Page 64: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Pengkaji juga mendapati M4 dapat membezakan bunyi huruf ‘Sin’

’serta dapat meneka dan memahami bunyi huruf ‘Syin ,(ش) ’atau ‘Syin (س)

(ش) apabila rakan sebaya mengajukannya selepas menggunakan

kaedah

‘Syyy….’ sambil meletakkan jari telunjuk di mulut untuk melambangkan

bunyi huruf ‘Syin’ (ش). Manakala M5 pula menganggap aktiviti ini amat

mencabar dan menarik kerana melibatkan kepekaan mendengar bunyi

perkataan dan meneka kad perkataan yang terlibat. Dia juga berasa seronok

dan dapat menguasai kemahiran meneka, mengenal, menyebut serta membuat

perlakuan seolah-olah larangan bising bagi huruf ‘Syin’ (ش).

Secara keseluruhannya, semua murid ini dapat memberi kerjasama

yang baik seperti mendengar arahan dengan teliti dan tekun mengaplikasikan

dalam menyebut huruf ‘Sin’ ’atau ‘Syin (س) .dengan jelas dan tepat (ش)

Semua murid juga berasa lebih yakin, peningkatan motivasi untuk belajar,

mudah ingat dan faham tentang apa yang dipelajari serta berasa seronok

untuk mengenal dan membezakan huruf ‘Sin’ (س) atau ‘Syin’ .(ش)

Semangat murid-murid ini untuk berusaha meningkatkan penguasaan

kemahiran menyebut mereka harus dipuji dan harus dijadikan contoh kepada

murid- murid yang lain. Sesungguhnya mereka ini juga telah membuktikan

dengan pelbagai ramuan dan inovasi yang baik, merka berjaya dan berhak

mendapat kejayaaan atas usaha mereka sendiri.

Page 65: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

8.4 Refleksi Keseluruhan

Sepanjang pengkaji menjalankan kajian tindakan ini, banyak pengalaman dan

pengetahuan baru yang pengkaji perolehi seperti cara menggunakan kaedah

pembelajaran menarik yang dapat meningkatkan tahap kemahiran menerusi

permainan ‘Syyy...’ dan ‘Dengar dan sebut’ di kelas. Pengkaji juga merasa bangga

kerana berpeluang melaksanakan kaedah pembelajaran yang berkesan melalui

aplikasi belajar sambil bermain dan di samping menggunakan bahan bantu mengajar

yang menarik. Di samping itu, pengkaji juga berasa gembira dan puas dengan

kejayaan subjek kajian menguasai kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) atau ‘Syin’

Kajian ini juga telah berjaya mencapai sasaran ketiga-tiga objektif iaitu untuk .( ش)

menentukan tahap penguasaan menyebut huruf ‘Sin’ (س ) dan ‘Syin’ (ش) murid

tahun dua, meningkatkan penguasaan kemahiran murid membezakan bunyi huruf

‘Sin’ (س ) dan ‘Syin’ (ش) dengan betul dan meningkatkan penguasaan kemahiran

murid menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dengan menggunakan

kaedah

‘Syyy..’

Di samping itu, kajian ini juga telah menjawab ketiga-tiga persoalan kajian

iaitu untuk mengukur tahap penguasaan menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش)

murid tahun dua, mengetahui sama ada kaedah ‘Syyy..’ dapat membantu murid

membezakan bunyi huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) dan untuk mengetahui sama ada

kaedah ‘Syyy..’ dapat meningkatkan penguasaan murid menyebut huruf ‘Sin’ (س)

dan ‘Syin’ (ش). Penyelidikan tindakan ini secara tidak langsung telah membantu

pengkaji dalam menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru Pendidikan

Page 66: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Islam. Pengkaji telah mempelajari kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran

Jawi yang melibatkan sebutan bunyi huruf Sin’ (س ) dan ‘Syin’ ( ش).

Page 67: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Melalui pengalaman melaksanakan proses kajian tindakan ini, pengkaji juga

telah dapat menambahbaik amalan sebagai seorang penyelidik memandangkan ini

merupakan pengalaman kali pertama bagi pengkaji menjalankan penyelidikan

tindakan di sekolah rendah. Kekurangan pengalaman dalam diri telah mendatangkan

pelbagai kekangan kepada pengkaji untuk menyelesaikan penyelidikan tindakan ini.

Namun, banyak perkara yang telah pengkaji pelajari. Pengkaji telah mempelajari

tentang cara merancang, melaksana dan menilai dalam proses menjayakan

penyelidikan tindakan ini. Tambahan pula, keadaan persekitaran yang mesra telah

memudahkan sesi aktiviti ujian amali pra dan pasca serta pemerhatian antara

pengkaji dengan subjek kajian.

Pengkaji juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-murid

untuk mengelakkan mereka tertekan semasa pengkaji menjalankan sesi aktiviti.

Pengkaji juga telah mempelajari kaedah untuk menganalisis data hasil penyemakan

rekod profil murid, melalui analisis markah ujian PKSR yang lalu, pemerhatian

pembelajaran, lembaran kerja dan buku nota. Pengkaji juga dapat meninjau sejauh

mana pencapaian markah dalam mata pelajaran Jawi, mengenalpasti tahap

penguasaan kemahiran menyebut huruf ‘Sin’ (س) dan ‘Syin’ (ش) serta dapat

mengenal pasti minat murid-murid terhadap mata pelajaran Jawi. Selain itu, sesi

temu bual juga dibuat antara pengkaji dengan guru-guru beberapa kali untuk

mendapatkan pandangan daripada mereka yang dapat memberi maklum balas yang

sangat berguna dalam proses menyiapkan kajian penyelidikan ini.

Page 68: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Melalui sesi temu bual ini, pengkaji telah mempelajari teknik-teknik menyoal

yang dapat mewujudkan suasana yang mesra dan murid lebih bersedia untuk

menjawab soalan yang dikemukakan oleh pengkaji. Temu bual secara individu dan

kumpulan digunakan untuk mendapatkan data bagi tujuan pengumpulan maklumat

secara kualitatif. Perubahan positif yang terjadi hasil dari kajian ini menunjukkan

keberkesanan kaedah yang digunapakai dalam meningkatkan kemahiran membaca

Jawi terhadap murid tahun dua ini. Pemilihan fokus kajian ini juga amat bertepatan

memandangkan kesemua subjek kajian sememangnya bermasalah dalam pembacaan

suku kata Jawi. Ini membenarkan lagi andaian bahawa kaedah permainan ‘Syyy...’

ini amat bersesuaian dan bertepatan dengan pemilihan murid yang dijadikan subjek

kajian.

Keseluruhannya, analisis kajian ini menunjukkan perbandingan hasil prestasi

penguasaan murid yang dapat diperhatikan mempunyai perbezaan semasa ujian

amalan pra dan ujian amalan pasca. Dengan adanya kaedah intervensi atau rawatan

melalui aktiviti permainan ‘Syyy...’, didapati kebanyakan subjek kajian dapat

meneka, membunyikan, menyebut dan menguasai perkataan jawi dengan betul, cepat

dan tepat dalam ujian amali pasca berbanding ujian amali pra. Hasil dapatan kajian

ini juga menunjukkan bahawa adunan kaedah ‘Syyy...’ banyak membantu pelajar

meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang

dipelajari disamping menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih

ceria, kondusif dan menyeronokkan.

Page 69: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang pengkaji jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang

sering dihadapi oleh para guru dalam proses P&P. Masalah ini sedikit sebanyak

mempengaruhi prestasi murid-murid. Pada kajian yang seterusnya pengkaji

bercadang untuk mengaplikasikan kaedah permainan dalam pengajaran dan

pembelajaran ini dalam usaha meningkatkan pula tahap kemahiran murid-murid

menulis suku kata atau perkataan Jawi yang bermula dengan huruf Sin’ (س)

dan

‘Syin’ (ش). Masalah membezakan bunyi huruf-huruf yang hampir sama bunyi dalam

Jawi merupakan masalah yang sering membelengu murid-murid di sekolah rendah.

Kesinambungan daripada kajian ini, pengkaji berharap dapat meneruskan lagi

di masa-masa yang akan datang dengan memperluaskan lagi kepada fokus huruf Jawi

yang lain seperti bunyi huruf ‘kaf’ )ك( dan ‘Qaf’ )ق(, ‘Wau’ (و) dan ‘Va’(ؤ), ‘Sin’

dan lain-lain lagi dengan menggunakan kaedah belajar sambil (ث) ’dan ‘Tha (س)

bermain. Melalui kajian ini juga, pengkaji Berjaya mengesan beberapa cadangan dan

penambahbaikan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah penggunaaan instrumen

yang lain seperti temubual serta rakaman dalam bentuk audio dan visual. Oleh sebab

masih terdapat murid yang menghadapi masalah untuk menulis huruf yang betul

apabila disambungkan dengan huruf lain, pengkaji bercadang untuk menjalankan

kajian tindakan yang seterusnya dan mencari kaedah baru bagi membantu murid

mengatasi masalah tersebut.

Page 70: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Pengkaji juga bercadang menulis modul ejaan Jawi terkini yang boleh

digunakan selepas murid-murid telah menguasai kedua-dua kemahiran iaitu menulis

suku kata terbuka dan tertutup serta membezakan huruf tunggal yang boleh

disambung dan tidak boleh disambung. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan juga,

didapati bahawa sesetengah murid memerlukan pendekatan yang berbeza dalam

mempelajari sesuatu kemahiran yang hendak diterapkan dalam pembelajaran. Oleh

kerana itu, perlu dilakukan kajian terhadap kaedah-kaedah yang boleh digunakan

dalam proses P&P. Pengkaji percaya, penerapan pelbagai kaedah intervensi mampu

menarik minat murid tidak kira untuk apa jua mata pelajaran sekalipun.

Sehubungan dengan itu pengkaji berharap dapat membantu murid menguasai

tulisan jawi dengan baik sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah.

Kesinambungan daripada itu, melalui asas penyebutan huruf-huruf Jawi yang betul

dan mantap ini, maka sudah pastilah mereka akan membaca buku-buku teks mata

pelajaran Pendidikan Islam dengan baik dan lancar. Di samping itu juga seperti

serampang dua mata maka mereka juga akan dapat menguasai pembacaan ayat-ayat

suci Al-Quran dengan baik dan lancar.

Page 71: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri. (2005). Isu-isu dalam amalan pengajaran guru-guru pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-4. Fakulti Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Akmariah Mamat, Sofiah Ismail. ( 2010 ). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Pemulihan Jawi di Malaysia. Proceedings of The 4th Intern ational Conference on Teacher Education : Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.

Almy, M. (1984). A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating for young children. Washington: NAEYC.

Amat Juhari Moain. (2004). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Monograf:Bil.9 : Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu, Serdang,FBMK: UPM. hlm.167-179.

Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.

Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajarPendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan: Pelaksanaan Model- Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum j-Qaf Tahun Dua, (2007).

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi Tahun Dua, (2008).

Christie, J. F. & Roskos, K.A. (2009). Play’s potential in early literacy development.Encyclopedia on early childhood development Centre of excellence for early childhood development. Diperoleh Mac 01, 2012 dari ht t p: / /ww w . c hi l d e n c y c l o p e dia. c om / do c uments/Ch r i s ti e - RoskosANGxp.pdf.

Downey, J. & Garzoli, E. (2007). The effectiveness of play-based curriculum in early childhood education. Sonoma State University. Diperoleh April 02, 2012 dari ht t p: / / t eac hpl a y b a s e dl ear nin g . c om / 8.ht m l .

Hashim Musa. (2007), ‘Tulisan Jawi dan Kesan Keintelektual Alam Melayu’, (Kertas Kerja Seminar Aksara Menjejaki Tulisan Melayu, Kerjasama Persatuan Guru Bahasa Melayu dan Lembaga Perpustakaan Negara, h.21.

Page 72: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Isahak Haron. (2008), ‘Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) Dalam Pengajaran Jawi Peringkat Awal dan Pemulihan’ (Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi dan Terjemahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris),h. 3.

Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar SekolahMenengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1997). Selangor Darul Ihsan: Dewan Bahasa DanPustaka.

Kamarul Azmi Jasmi & Ab Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam KaedahPengajaran dan Pembelajaran, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakatMelayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Faisal Mohamed, Zawawi Ismail, Rahimi Md Saad. (2008). Celik Al-Quran: Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Masalah Pendidikan31(1): 15-25.

Mohd Mokhtar Bin Mohd Shafi. (2010). Pelaksanaan Tulisan Jawi Dalam SistemPendidikan Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 9 Bil.2.

Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan AlamBelajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Moyles, J. (2005). The excellence of play. New York: Open Press University.

Mohd Mokhtar Bin Mohd Shafi. (2010). Pelaksanaan Tulisan Jawi Dalam SistemPendidikan Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 9 Bil.2.

Muz ni Borhan. (1995). Penguasaan pelajaran Jawi dikalangan Murid tahun tiga di sekolah-sekolah rendah daerah Tampin Negeri Sembilan Darul khusus. Tesis Sarjana.Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Rosila Nik Yaakob. (2007). Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 161–172. Universiti Sains Malaysia.

Noriati, A.Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah, Fakriah Syed Ahmad. (2009). MuridDan alam belajar. (Siri Pendidikan Guru). Shah Alam: Oxford Fajar.

Page 73: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Rita Kurnia & Rohaty Mohd. Majzud. (2009). Kesediaan membaca kanak-kanak prasekolah di Pekan baru Riau. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM.

Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim dan Mohd Zohir Ahmad. (2005). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sabariah Bahrun. ( 2008). Model Pemulihan Jawi: satu analisis pelaksanaannya di Sekolah Rendah Sabah. Prosiding Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri Ke-6, hlm: 523-534.

Samat Buang. (2007). Mengembalikan Maruah Tulisan Jawi. PelitaBahasa.KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 9-11.

Sharifah Nor Puteh, Manisah Mohd Ali, Norshidah Mohamad Salleh & Aliza Alias. (2009). Penggunaan dan pengurusan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum permainan pendidikan awal kanak-kanak. Laporan Teknikal Projek Penyelidikan UKM-GG-05-FRGS0003-2007. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siddiq Fadzil. (2008). ‘Tulisan Jawi : Peranannya Dalam Penyebaran Islam’, (Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi Dan Terjemahan, Anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris), h.6.

Siti Fatimah Ahmad, Normizan Abang & Zamri Rajab. (2007). Tahap Penguasaan Huruf Tunggal Jawi Dalam Kalangan Murid Tahun Satu Kelas Pemulihan Jawi Program j-QAF di sebuah sekolah di Sarikei, Sarawak. Jurnal Penyelidikan Ipera 2008. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

Siti Fatimah Saufee. (2007). Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahap Satu di Sebuah Sekolah Rendah di Meradong, Sarikei, Sarawak. Jurnal Ipera edisi Khas. Bintangor: Institut Perguruan Rajang.

Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke arah mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Perak: Satu kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Tamuri, Ab.Halim dan Jasmi, Kamarul Azmi. (2007). Pendidikan Islam: KaedahPengajaran dan Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. Johor Darul Takzim.

Wardle,F. (2008). Playascurriculum. Diperolehi April 12, 2012 dari ht t p: / /ww w . ea r l y c hi l dhoodn e ws. c om / e a r l y c hi l dhood/a r t i c le_vi e w. a sp x?A rticl e I D=127.

Yazit Kechik. (2005). Konsep dasar dan hala tuju program j-QAF, Kertas kerja pertama mesyuarat pelaksanaan program j-QAF peringkat Institut Perguruan Malaysia, 13-14 Januari 2005, Institut Perguruan Islam Bangi.

Page 74: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

Zainab Ahmad. (2010). Siri Pembangunan Profesion Perguruan: Pembelajaran Aktif, 101 Strategi untuk Mengajar Apa Jua Subjek. (Terjemahan). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Sdn. Bhd.

Page 75: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

LAMPIRAN A

Borang Profil Murid

Nama Murid :

Jantina :

Bangsa :

Umur :

Tarikh Lahir :

Tempat Lahir :

Nama Bapa/Penjaga ;

Pekerjaan Bapa / Penjaga :

Alamat Tempat Tinggal :

Tahap Penguasaan Membaca Huruf Jawi :

Tahap Penguasaan Murid Menulis Huruf Jawi :

Markah Ujian Jawi dalamPKSR semester :

Minat Belajar Jawi :

(Diadaptasi dan diubahsuai daripada Buku Rekod Ujian Pencapaian Jawi j-QAF)

Page 76: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

LAMPIRAN B

Ujian Pengesanan Lisan

Sebut kalimah berikut sama ada ‘ س ‘ atau ‘ ش " .

( sup ) 1. و ف

( syak ) 2. ك

( satu ) 3. ا ت و

( syukur ) 4. و ك و ر

( syarat )

(sayu )

5. ر ط

6. ا ي و

( syarak )

( sama )

( suka )

ر ع .7

8 . ا م

و ك . 9

) syampu ) م ف و .10

(Diadaptasi dan diubahsuai daripada Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi j-QAF)

Page 77: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

LAMPIRAN C

Ujian Amali Pra

Sebut kalimah berikut sama ada ‘ س ‘ atau ‘ ش " .

( sayur) 1. وياسر

( sabun ) 2. سانوب

( sabtu ) 3. وتبس

( sains ) 4 سنيءاس

( sajak ) 5. ساخق

(sakit ) 6. تيكاس

( salah ) 7. ساله

( salam ) 8. مالس

( satu ) 9. وتاس

( sawi ) اويس

.11

Page 78: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

(Diadaptasi dan diubahsuai daripada Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi j-QAF)

Page 79: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

LAMPIRAN D

Ujian Amali Pasca

Sebut kalimah berikut sama ada ‘ س ‘ atau ‘ ش " .

( syabas ) 1 . شباس

( syahid ) 2. شهيد

( syair ) 3. عشري

( syaitan ) 4. اطيشن

( syarikat ) 5. اشريضت

(syiling ) 6. غيليش

( syukur ) 7. كشور

( syarah ) 8. شرح

( syariat ) 9. ةعيرش

( syafa’at ) شفعت .10

(Diadaptasi dan diubahsuai daripada Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi j-QAF)

Page 80: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

LAMPIRAN E

Borang Pemerhatian

Nama Murid :

Kelas :

BIL ITEM BOLEH MENGUASAI

TIDAK MENGUASAI

1. Murid dapat mengenal huruf ‘Sin’

2. Murid dapat mengenal huruf ‘Syin’

3. Murid dapat menyebut huruf ‘Sin’

4. Murid dapat menyebut huruf ‘Syin’

5. Murid dapat membunyikan perkataanhuruf ‘Sin’

6. Murid dapat membunyikan perkataanhuruf ‘Syin’

7. Murid dapat membezakan antarahuruf ‘Sin’ dan ‘Syin’

8. Murid dapat membezakan bunyisebutan huruf ‘Sin’ dan ‘Syin’

Sila tandakan ( / ) di petak yang berkenaan.

(Diadaptasi dan diubahsuai daripada Buku Panduan Ujian Pencapaian Jawi j-QAF)

Page 81: Kt II Jawi Ok(Rosli Said)

LAMPIRAN F

Rubrik Markah

MARKAH GRED PRESTASI

80 - 100 A BAIK

(7 hingga 8 item Boleh

Menguasai)

60 – 79 B SEDERHANA

(4 hingga 6 item Boleh

Menguasai)

0 – 40

(1 hingga 3 item sahaja Boleh

C LEMAH

Mengusai)

(Diadaptasi dan diubahsuai dari Buku Rekod Ujian Pencapaian Jawi j-QAF)