9
Puisi Moden Lebah dan Madu Siti Zaleha M. Hashim

Ksj puisi moden lebah dan madu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ksj puisi moden lebah dan madu

Puisi ModenLebah dan Madu

Siti Zaleha M. Hashim

Page 2: Ksj puisi moden lebah dan madu

Rangkap 1 Di pohon sana pada dahan pohon tualang lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang serangga yang cergas sentiasa hidup sepakat sikap yang terpuji.

Maksud :Sekumpulan lebah sedang membuat sarang pada sebatang dahan pohon tualang. Lebah merupakan sejenis serangga yang cergas dan sentiasa bekerjasama.

[email protected]

Page 3: Ksj puisi moden lebah dan madu

Rangkap 2 Ada ratu ada pekerja berkumpul dan bekerjasama madu manisnya penawar penyakit manusia.

Maksud :Dalam kehidupan lebah, ratu dan pekerja saling bekerjasama untuk menghasilkan madu yang berguna kepada manusia.

[email protected]

Page 4: Ksj puisi moden lebah dan madu

Rangkap 3 Lebah-lebah pada dahan pohon tualang kau membuat aku sedar harus selalu berusaha dan meninggalkan jasa seperti madumu yang istimewa.

Maksud :Kehidupan lebah pada pohon tualang telah memberi pengajaran kepada penyajak agar berbuat jasa kepada semua.

[email protected]

Page 5: Ksj puisi moden lebah dan madu

Tema Mengingatkan pembaca supaya mencontohi lebah, iaitu serangga yang mengamalkan kehidupan bermasyarakat dan berjasa kepada hidupan lain.

Persoalan Kita perlu mencontohi kehidupan makhluk lain. Bermuafakat dalam menjalani kehidupan. Sikap rajin berusaha membawa ke arah kebaikan. Sikap bekerjasama tanpa mengira pangkat dan darjat. Membuat kebaikan dan berbakti kepada orang lain.

[email protected]

Page 6: Ksj puisi moden lebah dan madu

Simile - seperti madumu yang

istimewa

Diksi - penawar penyakit manusia

Repetisi - ada ratu ada pekerja

Unsur alam - pohon tualang

[email protected]

Page 7: Ksj puisi moden lebah dan madu

Kerajinan. Contoh: Rajin berusaha

untuk menghasilkan sesuatu.

Bermuafakat. Contoh : bekerjasama

dalam melakukan sesuatu.

Insaf. Contoh : penyajak menjadi

insaf dan mencontohi sikap lebah.

[email protected]

Page 8: Ksj puisi moden lebah dan madu

Kita hendaklah berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.

Kita hendaklah hidup bekerjasama kerana kehidupan di dunia saling melengkapi .

Kita hendaklah hidup bermuafakat dan bekerjasama tanpa mengira perbezaan taraf.

Kita hendaklah prihatin dan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.

[email protected]

Page 9: Ksj puisi moden lebah dan madu

SEKIAN TERIMA KASIH

[email protected]