64
KRS 3023 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH SEMESTER 1 SESI 2012/2013 PORTFOLIO KUMPULAN UPSI 03(A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORLIA BT ISMAIL D20102043530 019 4370597 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2012 PEMARKAHAN 1 PENGAJARAN(50% 1.1 RPH 1 1.2 RPH 2 1.3 VIDEO1(RPH 1) 1.4 VIDEO2(RPH 2) 2 KAJIAN (30%)

Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

  • Upload
    nor-lia

  • View
    125

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

KRS 3023KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS

SEKOLAH RENDAH

SEMESTER 1 SESI 2012/2013

PORTFOLIO

KUMPULANUPSI 03(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORLIA BT ISMAIL D20102043530 019 4370597

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR

TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2012

PEMARKAHAN1 PENGAJARAN(50%

1.1 RPH 11.2 RPH 21.3 VIDEO1(RPH 1)1.4 VIDEO2(RPH 2)

2 KAJIAN (30%)3 FORUM (20%)

JUMLAH

Page 2: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

ISI KANDUNGAN

1.0 TUGASAN 1 : PENGAJARAN SAINS

1.1 RPH 1

1.2 Rakaman Video RPH 1

1.3 Refleksi 1 : Ulasan pelaksanaan kaedah dan pembelajaran

1.4 RPH 2

1.5 Rakaman Video RPH 2

1.6 Refleksi 2 : Ulasan pelaksanaan kaedah dan pembelajaran

2.0 Kajian Pendidikan Sains

3.0 Forum

Page 3: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

1.0 TUGASAN 1 : PENGAJARAN SAINS

1.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 (RPH 1)

Bilangan murid : 19 /19 orang

Tarikh : 5 November 2012

Masa : 8.45 – 9.45 pagi

Tajuk : Magnet

Isi kandungan : i) Tarikan magnet

* magnet dapat menarik sesuatu bahan

Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah mengetahui sifat magnet ( boleh

menarik bahan seperti besi )

Objektif : Mengajar tentang magnet boleh menarik

sesuatu bahan.

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :

1) Membuat eksperimen magnet boleh menarik

bahan tetapi tidak semua bahan

2) Merekod hasil kerja ke dalam jadual

3) Menyatakan objek yang boleh ditarik oleh magnet

Kaedah : Eksperimen, mencatat,menerang,

perbincangan, pembentangan

Nilai : Bertanggungjawab, bekerjasama, bertolak ansur,

berhati-hati, tekun

ABM : Jenis-jenis magnet,sudu keluli, sudu plastik,

klip kertas, syiling 20 sen, straw paku, guli, gelas

kaca, kunci, pemadam.

Page 4: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Langkah-langkah pengajaran

LANGKAH

MASA

ISI

KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

SET

INDUKSI

( 3 MINIT )

Guru menunjukkan tanda nama

(name tag ) kepada murid

Guru menyoal murid bagaimana

tanda nama boleh digunakan /

dipakai oleh guru dan ianya tidak

jatuh

Guru dan murid berbincang

Penerangan guru tentang magnet

iaitu tajuk yang akan diajar

ABM :

tanda nama

Kemahiran

proses sains :

memerhati

Kemahiran

berfikir :

menghubungkait

LANGKAH

1

(4 MINIT)

Guru menerangkan bahawa magnet

boleh menarik bahan tetapi tidak

semua bahan yang boleh ditarik

magnet.

Untuk menguji bahan bagaimanakah

yang boleh ditarik oleh magnet murid

perlu membuat eksperimen.

Guru memberi penerangan tentang

keselamatan dan langkah-langkah

untuk membuat eksperimen bagi

menguji bahan yang boleh ditarik

oleh magnet.

ABM : jadual

eksperimen

Rujuk lampiran1

Kaedah :

penerangan,

bersoaljawab

Kemahiran :

memahami

LANGKAH

2

( 10

MINIT)

Guru mengarahkan wakil setiap

kumpulan mengambil bahan-bahan

yang telah disediakan.

Guru menegaskan lagi tentang

langkah-langkah membuat

eksperimen dan hasil dapatan

ABM : jenis-

jenis,magnet,sudu

keluli, sudu

plastik,

klip kertas, syiling

20 sen, straw

Page 5: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

hendaklah diisi di dalam jadual yang

telah disediakan.

Guru memantau setiap kumpulan

dan membimbing murid-murid

semasa menjalankan eksperimen.

paku, guli, gelas

kaca,

kunci,pemadam

Kaedah :

perbincangan,

penerangan,

Kemahiran

proses sains:

eksperimen,

mencatat,

berkomunikasi

Nilai :

bekerjasama,

LANGKAH

3

(10

MINIT)

Guru meminta wakil setiap kumpulan

membentangkan hasil kerja masing-

masing.

Guru dan murid bersoaljawab.

Guru memberi penjelasan dan

penerangan kepada kelas tentang

pembentangan murid

Guru memberi lembaran kerja

pengukuhan sebagai menguji

kefahaman dan kemahiran murid.

ABM : jadual

eksperimen

(Rujuk lampiran1)

lembaran kerja

pengukuhan

Rujuk lampiran 2

Kaedah :

penerangan,

bersoaljawab

Kemahiran :

pembentangan,

Kemahiran

proses sains:

membuat

inferens,

berkomunikasi

PENUTUP

(3 MINIT)

Sebagai membuat kesimpulan guru

menyoal murid supaya memberi

Kaedah :

soaljawab,

Page 6: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

contoh-contoh bahan yang boleh

ditarik oleh magnet ( bahan

magnet ) dan yang tidak boleh ditarik

oleh magnet ( bahan bukan magnet )

Guru memberi penerangan dan

membuat rumusan pelajaran.

Objek yang boleh ditarik oleh

magnet dikenali sebagai bahan

magnet yang biasanya diperbuat

daripada besi dan keluli.

penerangan

Kemahiran :

memahami

Page 7: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

LAMPIRAN 1

Jadual eksperimen

Pemerhatian

Objek Ditarik oleh magnet Tidak ditarik oleh magnet

Kunci

Guli

Paku

Syiling 20 sen

Straw

pemadam

Gelas kaca

Sudu keluli

Sudu plastik

Klip kertas

Page 8: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

LAMPIRAN 2

Latihan pengukuhan

Nama : ………………………………………………… Tarikh :………………………..Kelas :………………………..

1.2 RAKAMAN VIDEO RPH 1

Page 9: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

1.3 REFLEKSI 1 : ULASAN PELAKSANAAN KAEDAH DAN PEMBELJARAN

Page 10: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 1

Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran

yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan

kemahiran guru.

Terdapat pelbagai takrifan tentang konsep refleksi seperti yang diberikan oleh

tokoh-tokoh seperti Dewey(1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shul-

man (1987). Shuman (1987) mendefenisikan refleksi sebagai satu fasa dimana

guru meninjau semula pengajaran didalam bilik darjah, iaitu refleksi secara

umumnya adalah berkenaan dengan mengenalpasti kekuatan dan kkelemahan

dalam pengajaran dan pembelajaran, mengambil tindakan susulan untuk mem-

pertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, mempertingkatkan penge-

tahuan dan kemahiran perguruan, menjadikan refleksi sebagai budaya kerja pro-

fessional keguruan.

KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan

makropengajaran ini ialah kelantangan suara. Suara yang kuat dan lantang akan

memudahkan murid mendengar dengan jelas dan seterusnya membantu

pemahaman murid terhadap apa yang hendak disampaikan oleh guru. Selain itu,

kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan

sesuatu. Murid juga akan lebih memberi tumpuan kepada penyampaian

guru tanpa mengendahkan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam

menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada

guru. Kejelasan suara guru juga merupakan kekuatan yang dapat dikesan dalam

mikropengajaran ini. Kejelasan dalam penyampaian isi pelajaran memainkan

peranan penting dalam pemahaman murid. Arahan yang jelas memudahkan

murid faham dan seterusnya melakukan tugasan yang diberi dengan betul.

Kelebihan seterusnya yang dapat dikesan ialah saya banyak menggunakan

bahan bantu belajar untuk mengaitkan tajuk yang hendak diajar. Bahan bantu

Page 11: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

belajar yang pelbagai akan dapat menarik minat murid dan bersemangat untuk

mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Ini dapat dilihat daripada respon

murid yang berebut-rebut untuk menjawab soalan. Selain itu murid dan guru

berinteraksi secara aktif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

berkesan. Bahan bantu belajar yang pelbagai juga menjadi murid lebih

memahami mengenai topik yang hendak diajar. Ini kerana pada peringkat ini

murid-murid lebih menjurus kepada objek yang konkrit berbanding abstrak.

Dalam aktiviti eksperimen ini, saya telah menggunakan bahan-bahan maujud.

Contohnya seperti sudu keluli, sudu plastic kunci, straw, paku kertas dan

sebagainya. Melalui pendekatan ini murid dapat membentuk konsep apa yang

mereka pelajari dengan lebih jelas, kekal serta kukuh. Konsep yang dibentuk

dengan cara ini dapat diingati dengan lebih lama lagi.

Seterusnya saya menggunakan teknik penyoalan secara menyeluruh di mana

soalan dikemukakan kepada seluruh kelas. Oleh itu, semua murid boleh

melibatkan diri secara aktif untuk menjawab soalan yang dikemukakan guru.

Keadaan ini menyebabkan murid berasa diri mereka dihargai dan dapat

meningkatkan lagi keyakinan diri murid untuk menjawab soalan guru. Pengajaran

dan pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan.

Seterusnya keadaan kelas yang kondusif seperti susun atur meja yang mengikut

kumpulan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

berkesan. Hal ini menjadi keutamaan sebelum seorang guru memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran.

KELEMAHAN

Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan

makropengajaran ini ialah guru menunjukkan bahan bantu belajar tanpa melihat

ke arah murid. Seterusnya kelemahan yang dikesan ialah masalah pemantauan

kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau

murid seluruh kelas contohnya ,ada murid yang tidak memberi tumpuan dan

Page 12: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

perhatian ketika guru mengajar. Selain daripada itu, guru tidak peka terhadap

keselamatan murid kerana ada murid di belakang yang duduk dengan tidak

sopan. Guru seolah-olah tidak melihat apa yang dilakukan oleh murid yang

berada di belakang.

Seterusnya ialah susunan arahan yang saya sampaikan kepada murid untuk

melakukan aktiviti ada yang tidak jelas. Contohnya pergerakan murid ketika

melakukan aktiviti, murid tidak pasti apakah aktiviti yang hendak dilakukan pada

peringkat awal. Sepatutnya guru perlu menjelaskan dengan lebih terperinci

sebelum memberi bahan-bahan yang hendak diuji.

Saya juga kurang memberi kata-kata pujian dan peneguhan kepada murid yang

menjawab soalan dengan betul ketika pengajaran dan pembelajaran.

Kadangkala guru tidak menghiraukan beberapa jawapan yang diberikan oleh

murid. Keadaan ini menyebabkan murid terpaksa menjerit dan bangun dari

tempat duduk untuk menarik perhatian guru supaya mendengar jawapan yang

diberikan. Situasi ini menjadikan kelas bising dan tidak terkawal.

Kelemahan seterusnya yang dapat dikenalpasti ialah guru menerima jawapan

murid secara beramai-ramai menyebabkan jawapan yang diterima tidak begitu

jelas sebutannya. Guru tidak menyebut nama murid untuk menjawab soalan

yang dikemukakan.

LANGKAH MENGATASI

Dalam makropengajaran, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti

memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru

pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang dikesan

dalam makropengajaran ini ialah ‘eye contact’ antara guru dengan murid semasa

menyampaikan pelajaran, pemantauan murid di dalam kelas serta perbanyakakn

kata-kata pujian dan peneguhan kepada murid.

Page 13: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Guru perlu sentiasa melihat ke arah murid ketika berinteraksi dengan murid

supaya guru dapat mengesan samaada murid itu memberi tumpuan ataupun

tidak terhadap pengajaran guru. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan

interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan bagi memantau dan melihat setiap

aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika sesi set induksi dijalankan. Kaedah ini

sangat membantu guru dalam mengawal disiplin murid di dalam kelas, samaada

mengawal tingkah laku murid atau guru dapat mengesan ketidakfahaman murid

terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan secara serta merta seterusnya

guru dapat membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran tersebut.

Selain itu, guru perlu lebih kerap memberi kata-kata pujian dan peneguhan

kepada murid setiapkali murid memberikan jawapan terhadap soalan yang

dikemukakan oleh guru. Kata-kata pujian dan peneguhan yang diberikan

adalah supaya murid merasa diri mereka dihargai dan seterusnya meningkatkan

lagi kenyakinan dalam diri murid.

Semasa guru mengemukakan soalan kepada semua murid di dalam kelas, guru

haruslah menyebut nama murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Ini

adalah untuk mengelakkan murid menjawab secara beramai-ramai

menyebabkan jawapan yang diberikan tidak jelas. Apabila guru menyebut nama

murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan, keadaan kelas akan menjadi

terkawal dan tidak bising dengan suara murid yang berebut-rebut untuk

menjawab soalan. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran agar keadaan di dalam kelas terkawal. Akhir

sekali, guru bolehlah memasukkan unsur humor agar pembelajaran murid

menjadi lebih menyeronokkan.

Page 14: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

1.4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 (RPH 2)

Bilangan murid : 19 /19 orang

Page 15: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Tarikh : 7 November 2012

Masa : 8.45 – 9.45 pagi

Tajuk : Magnet

Isi kandungan : i) Elektrik

* Bahan yang boleh mengalirkan elektrik

( konduktor )

Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah mengetahui untuk

memasang lengkap

Objektif : Mengajar tentang bahan yang boleh

mengalirkan elektrik ( konduktor ) dan bahan

yang tidak boleh mengalirkan elektrik (

penebat )

Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :

1) Meramalkan bahan yang bole mengalirkan

Elektrik.

2) Membuat eksperimen bahan yang mana

boleh mengalirkan elektrik

3) Merekod hasil kerja ke dalam jadual

4) Membuat kesimpulan

Kaedah : Eksperimen, mencatat, menerang, perbincangan

Nilai : Bertanggungjawab, bekerjasama, bertola ansur,

berhati- hati, tekun.

ABM : Sel kering, mentol, wayar, pemegang mentol,

Pemegan sel kering, klip kertas, syiling,

paku, straw, pembaris kayu, gelas kaca, wayar

kuprum, kertas, pemadam, kunci.

Langkah-langkah pengajaran

LANGKAH

MASA

ISI

KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Page 16: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

SET

INDUKSI

( 3 MINIT )

Guru menunjukkan lampu suluh dan

menyalakannya.

Guru menyoal murid bagaimana lampu

suluh boleh menyala.

Guru dan murid berbincang

Penerangan guru tentang tajuk yang

akan diajar

ABM :

Lampu suluh

Kemahiran

proses sains :

Memerhati

Kemahiran

berfikir :

menghubungkait

LANGKAH

1

( 4

MINIT )

Guru menerangkan bahan yang boleh

mengalirkan elektrik disebut sebagai

konduktor dan bahan yang tidak boleh

mengalirkan elektrik disebut sebagai

penebat.

Guru memberi penerangan tentang

langkah-langkah untuk membuat

eksperimen bagi menguji sama ada

bahan yang hendak diuji konduktor

atau penebat

Kemahiran

proses sains :

memerhati

memahami

Kaedah :

penerangan

Page 17: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

LANGKAH

2

(10 MINIT)

Murid di bahagikan kepada 4

kumpulan

Guru mengarahkan wakil setiap

kumpulan mengambil bahan-bahan

yang telah disediakan oleh guru.

Guru menegaskan lagi tentang

keselamatan dan langkah-langkah

membuat eksperimen, hasil dapatan

hendaklah diisi di dalam jadual yang

telah disediakan.

Guru memantau setiap kumpulan dan

membimbing murid-murid semasa

menjalankan eksperimen.

ABM : sel

kering, mentol,

wayar,

pemegang

mentol,

pemegang

sel kering, klip

kertas, syiling,

paku, straw,

pembaris

kayu, , gelas

kaca, wayar

kuprum, kertas,

pemadam,kunci

Kaedah :

perbincangan,

penerangan,

Kemahiran

proses sains:

eksperimen,

mencatat,

berkomunikasi

Nilai :

bekerjasama,

LANGKAH

3

(10 MINIT)

Guru meminta wakil setiap kumpulan

membentangkan hasil kerja masing-

masing.

Guru dan murid bersoaljawab.

Guru memberi penjelasan dan

penerangan kepada kelas tentang

hasil pembentangan murid

ABM : jadual

eksperimen,

Rujuk lampiran1

lembaran kerja

pengukuhan,

Rujuk lampiran2

Page 18: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Guru memberi lembaran kerja

pengukuhan sebagai menguji

kefahaman dan kemahiran murid.

Kaedah :

penerangan,

bersoaljawab

Kemahiran :

pembentangan,

Kemahiran

proses sains:

membuat

inferens,

berkomunikasi

PENUTUP

(5 MINIT)

Sebagai membuat kesimpulan guru

menyoal murid supaya memberi

contoh-contoh bahan konduktor dan

bahan penebat.

Guru memberi penerangan dan

membuat rumusan pelajaran.

Objek yang boleh mengalirkan arus

elektrik dikenali sebagai konduktor

yang diperbuat daripada logam.

Kaedah :

soaljawab,

penerangan

Kemahiran

berfikir kritis :

membuat

kesimpulan

Page 19: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

LAMPIRAN 1

Jadual eksperimen

Pemerhatian

Objek Mentol menyala Mentol tidak menyala

Kunci

Kertas

Paku

Pemadam

Pembaris kayu

Klip kertas

Gelas kaca

Syiling

Straw

Wayar kuprum

Page 20: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

LAMPIRAN 2

Lembaran kerja pengukuhan

Nama :…………………………………………… Tarikh :………………………….

Kelas :……………………..

Page 21: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

1.1 RAKAMAN VIDEO RPH 2

Page 22: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

1.6REFLEKSI 2 : ULASAN PELAKSANAAN KAEDAH DAN PEMBELAJARAN

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 2

KEKUATAN

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam pelaksanaan tugasan

makropengajaran ini ialah penggunaan bahan bantu belajar. Guru banyak

menggunakan bahan bantu belajar seperti objek yang terdapat di persekitaran

murid bagi mengaitkan tajuk yang hendak diajar oleh guru pada hari tersebut.

Bahan bantu belajar yang pelbagai seperti penggunaan bahan untuk set induksi

dan bahan eksperimen dan sebagainya yang dapat menarik minat murid untuk

mengetahui lebih lanjut lagi apa yang bakal diajar oleh guru. Ini dapat dilihat

daripada respon yang diberikan oleh murid di mana murid-murid berebut- rebut

untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Ini mewujudkan suasana

interaksi secara aktif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Pada peringkat ini tahap pembelajaran murid-murid lebih menjurus kepada

objek yang konkrit berbanding abstrak.

Penggunaan teknik penyoalan merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam

rakaman makropengajaran ini di mana teknik penyoalan ini dapat menarik

perhatian murid dan di samping itu dapat menimbulkan perasaan ingin tahu

murid terhadap sesuatu.Selain itu juga, teknik penyoalan ini dapat menggalakkan

murid berfikir tentang apa yang sedang dipelajari oleh mereka. Dalam rakaman

makropengajaran ini dapat dilihat guru mengemukakan soalan secara

menyeluruh iaitu soalan dikemukakan kepada seluruh kelas. Dengan ini dapat

memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif untuk

cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Keadaan ini menyebabkan

murid berasa diri mereka dihargai dan dapat membina kenyakinan diri murid

untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru seterusnya menjadikan

suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria dan menyeronokkan.

Page 23: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Kelebihan dan kekuatan seterusnya yang dapat dikesan dalam menjalankan

tugasan makropengajaran ini ialah kelantangan suara. Suara yang kuat dan

lantang akan memudahkan murid mendengar dengan jelas dan seterusnya

membantu pemahaman murid terhadap apa yang hendak disampaikan oleh

guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam

menyampaikan sesuatu. Murid juga akan lebih memberi tumpuan kepada

penyampaian guru tanpa mengendahkan gangguan-gangguan lain. Ketegasan

dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat

kepada guru.

Kekuatan seterusnya ialah kejelasan dalam memberikan arahan dan dalam

menyebut sesuatu perkataan. Kejelasan penyampaian memainkan peranan

penting dalam kefahaman murid. Arahan yang jelas, dan sebutan yang berulang-

ulang memudahkan murid faham seterusnya melakukan tugas mengikut arahan

dan panduan yang diberikan. Guru memberi penekanan berulang kali bagaimana

langkah-langkah untuk melakukan aktiviti eksperimen. Ini adalah untuk

mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap cara bagaimana hendak menguji

bahan-bahan yang diberikan dan merekodkan dalam jadual yang diberikan.

Tindakan susulan oleh murid yang tepat seperti dapat menyatakan data yang

dipaparkan pada graf bergambar berkenaan maklumat yang ditunjukkan

berdasarkan bilangan gambar dengan betul apabila guru menunjukkan graf

gambar menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan

isi pelajaran.

Kekuatan yang seterusnya ialah pemantauan kelas. Melalui rakaman ini dapat

dilihat semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru bergerak dari satu kumpulan ke

satu kumpulan yang lain bagi memantau aktiviti yang sedang dijalankan

seterusnya memberi bimbingan kepada kumpulan yang kurang memahami apa

yang sepatutnya dilakukan.

Seterusnya keadaan kelas yang kondusif seperti susun atur meja yang mengikut

kumpulan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

berkesan. Keadaan murid yang berada dalam kumpulan memudahkan guru

Page 24: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

mengawal tingkahlaku dan disiplin murid. Hal ini menjadi keutamaan sebelum

guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.2 KELEMAHAN

Setelah kajian dijalankan terhadap makro pengajaran yang telah saya jalankan

terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah saya lakukan dan

proses penambaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran

saya di masa akan datang.

Kelemahan dan kekurangan yang pertama dapat dikenalpasti dalam

pelaksanaan tugasan makropengajaran ini ialah ketepatan mengikut masa yang

telah ditetapkan. Ketepatan masa amat penting bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan

perbandingan masa rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang

telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu

langkah tidak seiring. Masa yang diambil bagi melaksanakan sesuatu langkah

melebihi masa yang telah dirancang. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-

gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk

melaksanakan sesuatu langkah. Dalam rakaman ini juga dapat dikesan, di mana

guru mengambil masa yang agak lama semasa set induksi dijalankan. Dalam

meneruskan setiap langkah pengajaran dan pembelajaran, guru mengambil

masa yang terlalu lama untuk mengambil dan menyimpan bahan bantu belajar

menyebabkan keadaan kelas tidak terkawal.

Kelemahan yang seterusnya ialah guru kurang memberi kata-kata pujian dan

peneguhan kepada murid. Perkara ini amat penting kerana kata-kata pujian dan

peneguhan dapat meningkatkan lagi kenyakinan murid untuk melibatkan diri

dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Melalui rakaman ini dapat

dilihat guru kurang memberi kata-kata pujian dan peneguhan kepada murid yang

dapat menjawab dengan betul soalan yang diberikan oleh guru. Semasa aktiviti

papan putih dijalankan, dapat dilihat guru kurang memberi kata-kata pujian

kepada murid yang membaca dan member jawapan yang tepat.

Page 25: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Kawalan murid merupakan kelemahan yang dapat dikesan dalam rakaman

makropengajaran ini. Melalui rakaman ini dapat dilihat guru tidak dapat

mengawal keadaan kelas selepas aktiviti kumpulan dilaksanakan. Murid

kelihatan tidak terkawal dan tidak mendengar arahan guru supaya kembali ke

tempat duduk masing-masing. Keadaan kelas agak bising semasa guru

mengambil dan menyimpan bahan bantu belajar dan juga semasa pertukaran

dari satu langkah ke satu langkah yang seterusnya. Guru seolah-olah tidak

melihat apa yang dilakukan oleh murid tersebut.

Kelemahan seterusnya ialah apabila guru mengemukakan soalan, murid-murid

menjawab secara beramai-ramai menyebabkan jawapan yang diberikan tidak

begitu jelas sebutannya. Guru tidak memilih atau menyebut nama murid untuk

menjawab soalan yang dikemukakan. Keadaan ini menyebabkan murid terpaksa

menjerit dan bangun dari tempat duduk untuk menarik perhatian guru supaya

mendengar jawapan yang diberikan. Situasi ini menjadikan kelas bising dan tidak

terkawal.

LANGKAH MENGATASI

Dalam rakaman makropengajaran, setiap kelemahan dan kekurangan yang

dikenalpasti memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti

pengajaran guru pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan

kekurangan yang dapat dikesan dalam rakaman ini penambahbaikan yang perlu

dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa semasa penyampaian pengajaran

dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu bijak mengatur masa yang

telah dirancangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lancar.

Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian

penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.

Selain itu, guru perlu lebih kerap memberi kata-kata pujian dan peneguhan

berupa hadiah seperti gula-gula, pensel dan sebagainya kepada murid setiapkali

murid memberikan jawapan yang betul terhadap soalan yang dikemukakan oleh

guru. Pemberian kata-kata pujian dan peneguhan akan menggalakkan lagi

Page 26: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

penyertaan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru.Kata-kata pujian

dan peneguhan yang diberikan adalah supaya murid merasa diri mereka dihargai

dan seterusnya meningkatkan lagi kenyakinan dalam diri murid.

Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan bagi memantau dan melihat setiap

aktiviti yang dilakukan oleh murid. Kaedah ini sangat membantu guru dalam

mengawal disiplin murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid

atau guru dapat mengesan ketidakfahaman murid terhadap isi pelajaran yang

hendak disampaikan secara serta merta seterusnya guru dapat membantu

ketidakfahaman murid terhadap pelajaran tersebut. Guru juga perlu bijak

mengawal keadaan kelas semasa pertukaran antara langkah ke satu langkah

supaya murid tidak bising dan terkawal.

Semasa guru mengemukakan soalan kepada semua murid di dalam kelas, guru

haruslah menyebut nama murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Ini

adalah untuk mengelakkan murid menjawab secara beramai-ramai

menyebabkan jawapan yang diberikan tidak jelas. Apabila guru menyebut nama

murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan, keadaan kelas akan menjadi

terkawal dan tidak bising dengan suara murid yang berebut-rebut untuk

menjawab soalan. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran agar keadaan di dalam kelas terkawal. Akhir

sekali, guru bolehlah memasukkan unsur humor agar pembelajaran murid

menjadi lebih menyeronokkan.

Page 27: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

2.0 KAJIAN PENDIDIKAN SAINS

Page 28: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

3.0 FORUM E- LEARNING

3.1 Forum 1

Bincangkan prinsip sains yang terlibat dalam peralatan teknologi dengan

merujuk kepada tiga peralatan teknologi dengan merujuk kepada tiga

contoh yang biasa dalam kehidupan kita.

Topic : Forum 1

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :6Views : 39

General Forum : FORUM 1 Posted On : 04 Oct 2012 10:02:49 PM Subject : Re : Forum 1

Salam sejahtera,

Benar seperti apa yang diterangkan oleh cikgu, prinsip sains banyak digunakan dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Apabila kita amati dan berfikir sebentar prinsip sains digunakan oleh deria penglihatan kita yang begitu unik. Alat optik adalah alat-alat yang menggunakan lensa dan memerlukan cahaya. Mata adalah deria penglihatan anugerah Allah swt merupakan suatu alat optik. Mata kita memiliki kemampuan untuk melihat sangat ter-batas iaitu tidak dapat melihat dengan jelas benda-benda kecil, benda-benda yang sangat jauh dan tidak dapat merakam apa yang dilihat dengan baik. Oleh itu mata kita harus dibantu dengan alat-alat optik buatan seperti kamera, mikroskop dan teropong. Saraf mata berfungsi membawa signal-signal gambar yang dihasilkan oleh mata ke otak.

Kamera dicipta manusia menggunakan prinsip-prinsip yang sama seperti mata. Mata dan kamera memiliki persamaan seperti berikut :

1.Kedua-duanya memiliki satu lensa

2. Memiliki pengatur - retina dan pupil (mata)

                                - diafragma dan apertur (kamera)

3. Memiliki layar penangkap bayangan - retina (mata)

                                                           - film (kamera)

 

Topic : Forum 1

Page 29: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 34

General Forum : FORUM 1 Posted On : 04 Oct 2012 05:02:19 PM Subject : Re : Forum 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sangat bersetuju dengan contoh yang cikgu berikan tentang bagaimana sebuah kapal terbang dapat melakukan penerbangan walaupun ianya adalah sebuah jentera yang berat. kapal terbang atau kenderaan diudara menggunakan prinsip Bernoulli untuk melakukan penerbangan.

Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa dalam suatu sistem peraliran bendalir yang mantap, tekanan bendalir menjadi rendah apabila laju pengaliran bendalir bertambah dan sebaliknya. Udara adalah bendalir seperti gas lain, udara berkelakuan seperti cecair yang lain serta mematuhi prinsip Bernoulli.

Satu eksperimen ringkas yang menggunakan prinsip Bernoulli ialah apabila udara ditiup di atas permukaan atas kertas, aliran udara yang laju menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah dibahagian atas kertas. Udara di bawah permukaan kertas tidak bergerak mempunyai tekanan yang lebih tinggi. Ini menghasilkan satu daya angkat yang menolak kertas ke atas.

Topic : Forum 1

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :4Views : 66

General Forum : FORUM 1 Posted On : 01 Oct 2012 11:43:45 PM Subject : Re : Forum 1

Salam sejahtera,

Saya bersetuju dengan cikgu, pada masa kini teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Kehadiran teknologi dalam perkerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada masa dahulu semua kerja dilakukan dengan secara menual dan juga se-cara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Tapi sekarang den-gan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dilakukan dengan baik dan pantas dengan bantuan teknologi. Ke-majuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penggunaannya dalam setiap aspek kehidupan harian manusia. Dunia kini diban-gunkan dalam "global village"dengan bantuan teknologi yang membolehkan negara-negara yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.

Contoh peralatan teknologi yang berkembang maju pada masa kini ialah dengan wujud peralatan teknologi maklumat dan komunikasi terkini yang terlalu canggih dan efisien. Sekarang kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan meng-

Page 30: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

hantar teks mesej atau kiriman email melalui internet. Perkemban-gan teknologi maklumat ini terlalu pantas sehingga kita perlu senti-asa mengejarnya agar kita tidak ketinggalan dan tenggelam dalam arus teknologi moden ini.

Topic : Forum 1

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 38

General Forum : FORUM 1 Posted On : 01 Oct 2012 10:49:31 PM Subject : Forum 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Keupayaan manusia untuk melakukan sesuatu adalah terhad. Con-tohnya manusia tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh atau terlalu kecil, manusia tidak dapat membawa beban yang terlalu be-rat, manusia tidak dapat bercakap dengan kuat hingga dapat diden-gar di tempat yang jauh, manusia tidak dapat terbang dari satu tem-pat ke tempat lain dan sebagainya. Oleh itu pelbagai alat direka un-tuk mengatasi had keupayaan manusia. Pelbagai alat teknologi di-reka dari semasa ke semasa untuk kehidupan manusia yang lebih baik. Perkembangan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih mudah dan selesa. Teknologi ialah aplikasi sains yang prak-tik bagi memenuhi keperluan manusia.

Contoh alat yang menggunakan teknologi ialah

1. Tangki simbah.

Operasi tangki simbah bermula dengan menekan atau menarik tuil simbah. Ketika ini aras air di dalam tangki  simbah adalah penuh. Pergerakan tuil akan menaikkan plat tetebuk dan injap gegendang. Apabila tuil pelepas ditekan atau ditarik air akan mengalir masuk ke tiub sifon. Aras air didalam tiub akan naik dan keluar melalui alur keluar ke mangkuk tandas. Apabila aras air menurun pelam-pung akan menurun dan menyebabkan injap bebola terbuka semula dan air akan mengalir masuk semula ke tangki.

2. Mikrofon

Mikrofon adalah komponen elektronik yang menerima gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektirk. Gelombang elektrik ini akan ditinggikan dengan menggunakan amplifier dan dihantar ke pembesar suara. Pembesar suara akan menukarkan semula gelombang elekrik kepada gelombang bunyi.

3. Dinamo

Page 31: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Bahagian utama dalam dinamo ialah teras besi, magnet kekal dan gegelung wayar. Apabila basikal dikayuh magnet dalam dinamo akan berputar dalam satu arah sahaja. Ini akan menghasilkan aruhan medan magnet. aruhan magnet ini menghasilkan arus elek-trik pada gegelung wayar. Arus elektrik yang dihasilkan akan menyalakan lampu basikal.

Teknologi memberikan banyak kebaikan kepada kita. Walauba-gaimanapun teknologi juga membawa kemudaratan kepada masyarakat jika masyarakat menggunakannya tanpa berhemah.

Topic : Forum 1

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 34

General Forum : FORUM 1 Posted On : 07 Oct 2012 05:59:04 PM Subject : Re : Re : Re : Forum 1

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan cikgu, sebagai tambahan, pada zaman moden ini, terlalu banyak teknologi yang dibangunkan atas tujuan mem-bantu manusia dan memudahkan kerja manu-sia seperti teknologi komunikasi, teknologi maklumat seperti Internet, teknologi pertanian dan pelbagai lagi teknologi moden.Teknologi memberikan perubahan dan impak besar dalam kehidupan seharian kita. Dapatkah anda bayangkan kehidupan kita tanpa teknologi yang kita nikmati pada hari ini? Re-maja tanpa facebook, pelajar tanpa komputer, dunia tanpa satelit. Kepentingan teknologi tidak kiralah teknologi maklumat, teknologi ketenteraan, teknologi pengangkutan, teknologi pembuatan dan teknologi makanan.

Pada masa sekarang, kita sebenarnya tidak perlu bergerak seratus peratus untuk melakukan sesuatu kerja. Untuk melakukan pekerjaan seperti berkomunikasi, memesan makanan dan menyiapkan proses transaksi, ia boleh dilakukan di hujung jari saja. Rutin har-ian kita menjadi lebih cepat, mudah dan efisien jika dibandingkan dulu Teknologi ko-munikasi yang diledakkan dengan penciptaan pelbagai alat komunikasi seperti telefon pin-tar, komputer tablet dan komunikasi tanpa

Page 32: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

wayar seperti wi-fi, Internet mudah alih dan penciptaan laman sosial yang digilai warga dunia contohnya facebook, twitter dan yahoo messenger dapat menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia tanpa perlu keluar atau bergerak dan ia lebih menjimatkan na-mun kesan sampingannya terhadap kehidupan manusia amat besar.

Kembali kepada perkara paling asas iaitu teknologi dicipta untuk memudahkan manusia melakukan pekerjaan. Namun, kini timbul stigma bahawa teknologi menjadikan manusia malas. Ironinya di sini kita menyalahkan teknologi padahal kita yang mencipta teknologi untuk memudahkan kerja

3.2 Forum 2 : Dengan bantuan internet, beri ulasan anda mengenai

perbandingan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia dengan

kurikulum sains mana-mana negara lain.

Topic : Forum 2

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :4Views : 69

General Forum : FORUM 2 Posted On : 06 Oct 2012 12:41:23 AM Subject : Forum 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perbandingan Kurikulum sains di Malaysia dan Kurikulum Sains di Indonesia.

1. Falsafah Pendidikan Sains Negara Malaysia

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan mem-beri tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, di-namik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

2. Kurikulum Negara Indonesia

Kurikulum Indonesia dinamakan Kurikulum Tingkat Satuan Pen-

Page 33: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

didikan atau KTSP. Ianya berpusatkan kepada potensi individu. Perkembangannya berdasarkan keperluan negara kepentingan indi-vidu dan masyarakat. Ia dirancang dengan mengambil kira ilmu pengetahuan, teknologi dan seni dan di kembangan dengan secara dinamik. KTSP juga dirancang supaya relevan dengan keperluan kehidupan masyarakat Indonesia.

3. Kandungan mata pelajaran sains sekolah rendah di Malaysia di-olah dalam lima tema iaitu menyiasat Alam Kehidupan, menyiasat Alam Fizikal, menyiasat Alam bahan, menyiasat Bumi dan Alam Semesta dan menyiasat Dunia teknologi. Organisasi kandungan sains rendah mewujudkan perkaitan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang sains dan merangkumi ilmu sains yang diperlukan dalam pendidikan sains di peringkat sekolah rendah.

4. Proses pembelajaran sains di sekolah di Indonesia, menggu-nakan teori psikologi yang berakar pada konsruktivisme individu dan perspektif sosiologi yang bertumpu pada konstruktivisme sosial. Matapelajaran sekolah berdasarkan Pancasila. Proses bela-jar dan mengajar sains dianggap sebagai transmisi budaya kerana pengaruh sains barat sangat kuat pada pembelajaran sains. Ianya diibaratkan sebagai proses pemindahan dan perolehan budaya dari guru dan oleh murid.

Topic : Forum 2

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 69

General Forum : FORUM 2 Posted On : 07 Oct 2012 05:35:25 PM Subject : Re : Forum 2

Salam 1 Malaysia,

Benar seperti apa yang diperkatakan, sebagai tambahan,Sistem pendidikan di Malaysia ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan as-pek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, seba-liknya ditentukan oleh kementerian. Sekarang pendidikan di Malaysia termasuk yang paling baik didunia. Sistem pendidikan di Malaysia disusun berdasarkan pada sistem pendidikan Inggeris. Peringkat pendidikan di Malaysia bermula dari Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pen-didikan Pra Universiti. Kurikulum Sains Rendah diperkenalkan kepada murid tahun 1 bermula pada tahun 2003 dengan tujuan un-tuk mengembangkan minat murid kepada bidang sains pada per-ingkat lebih awal.

Mantan Menteri Pendidikan Nasional Indonesia (Mendiknas) Ab-

Page 34: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

dul Malik Fajar mengakui kebenaran bahawa sistem pendidikan di Indonesia sangatlah buruk berbanding dengan negara-negara di kawasan Asia. Peringkat Pendidikan Formal di Indonesia meliputi tiga peringkat iaitu pendidikan dasar, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.  Usman Samatowa (2006) mengemukakan em-pat Alasan sains dimasukan dikurikulum Sekolah Dasar yaitu:

Bahwa sains berfaedah Bagi suatu bangsa. Kesejahteraan materil suatu bangsa banyak sekali tergantung pada ke-mampuan bangsa itu dalam bidangsains, sebab sains meru-pakan dasar teknologi, sering disebut-sebut sebagai tulang punggung pembangunan. Pengetahuan dasar untuk teknologi ialah sains.

Bila diajarkan sains menurut cara yang tepat, maka sains merupakan suatu mata pelajaran yang memberikan kesem-patan berpikir kritis.

Bila sains diajarkan melalui percobaan -percobaan yang di-lakukan sendiri oleh anak. maka sains tidaklah merupakan mata pelajaran yang bersifat hafalan belaka.

Mata pelajaran ini mempunyai: nilai – nilai pendidikan yaitu mempunyai potensi yang dapat membentuk keperba-dian anak secara keseluruhan.

Topic : Forum 2

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :5Views : 58

General Forum : FORUM 2 Posted On : 06 Oct 2012 01:22:01 AM Subject : Re : Forum 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya setuju dengan cikgu, sebagai tambahan sememang  terdapat persamaan kurikulum sains negara kita Malaysia dan negara United Kingdom sebagaimana yang cikgu jelaskan. Kedua-dua ne-gara mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah kaedah ini dapat memperkembangan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Strategi pengajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan, konteksual, hands on, minds on, kajian tindakan dan pembelajaran berasaskan masalah merupakan antara strategi yang digalakkan pelaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000, Nuffield Science for Key Stage 3, 2003 ).

Pelbagai sokongan seperti kursus pendidikan guru, kursus-kursus jangka pendek, latihan dalaman, bahan bantuan mengajar dan prasarana seperti makmal dan pusat sumber turut diberikan kepada guru sains bagi membantu  melaksanakan pengajaran sains yang

Page 35: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

menerapkan dan melatih proses sains dikalangan pelajar. Ini men-jelaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran serta kuriku-lum sains di negara membangun dan negara maju mempunyai per-samaan matlamat ke arah membangunkan pelajar yang berupaya menguasai penguasaan saintifik.

Topic : perbandingan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains di mana mana negara lain

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :5Views : 27

General Forum : FORUM 2 Posted On : 15 Oct 2012 04:20:33 PM Subject : Re : perbandingan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains di mana mana negara lain

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan cikgu,Kurikulum Sains rendah di Malaysia digubal dengan tujuan untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi mengua-sai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir disamp-ing penerapan nilai-nilai murni agar dapat melahirkan insan yang seimbang untuk generasi masa hadapan. Berbeza dengan kuriku-lum sains di UK yang lebih mementingkan ilmu sains semata-mata tanpa penerapan nilai-nilai murni dikalangan pelajarnya.

Topic : FORUM 2

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :3Views : 14

General Forum : FORUM 2 Posted On : 01 Nov 2012 11:11:47 PM Subject : Re : FORUM 2

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa negara Finland adala sebuah negara yang berjaya dalam bidang pendidikan. Kajian an-tarabangsa 2003 yang dilakukan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah menempatkan Finland di tempat teratas daripada 40 buah negara yang diuji dalam subjek sains dan tahap celik huruf. Menariknya sistem pendidikan Finland ialah kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan formal ketika berusia 7 tahun dan hanya memperuntukkan 30 jam sem-inggu untuk kerja sekolah. Berbanding Malaysia, Finland menga-malkan sistem persekolahan formal selama 16.7 tahun sementara Malaysia selama 11.5 tahun. Kejayaan Finland memajukan sektor pendidikan negaranya adalah kerana penekanan terhadap kepentin-gan pembangunan modal insan dalam pelbagai bidang melalui pendidikan. Keberanian masyarakat Finland mengadakan beberapa siri eksperimen bagi mencapai taraf pendidikan peringkat dunia bermula sejak pertengahan tahuan 1970-an iaitu para pelajar telah diasingkan melalui ujian khas pada usia 10 tahun bagi ditentukan aliran masing-masing sama ada akademik ataupun teknikal.

Page 36: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

3.3 Forum 3 : Bolehkah guru melaksanakan pembelajaran berasaskan inkuiri

(IBL). Bincangkan.

Topic : Forum 3

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :2Views : 24

General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 06:51:22 PM Subject : Forum 3

Salam 1 Malaysia,

Inkuiri bermaksud menanya soalan,mencari maklumat atau men-jalankan penyiasatan. Justeru,strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka,mencadangkan hipotesis untuk menguji,mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis,dan membuat inferens dan kesimpulan.Teknik Inkuiri di-rekabentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah. Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pen-dek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga meru-pakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John Dewey

Lima Langkah Inkuri:

- Mendefinisi masalah;

- Membentuk hipotesis;

- Mengumpul data;

- Menilai bukti–menganalisis dan mentafsir data untuk menguji hipotesis; dan

- membentuk kesimpulan

Kebaikan Model Inkuiri

 - Arahan kendiri,memajukan kemahiran pemikiran krikital dan    kemahiran pemikiran aras tinggi  

 - Berpusatkan murid – murid terlibat secara aktif dalam pembe-lajaran;    

 - Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penje-

Page 37: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

lasan-penjelasan yang mungkin;perasaan ingin tahu akan mem-bawa kepada inkuiri seterusnya;

 - Kurang perlu mencari jawapan yang ‘betul’ kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan bergan-tung pada data yang sedia ada.

 - Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenalpasti masalah.Guru mewujudkan persekitaran yang men-jamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi

Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disi-plin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Con-tohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, penyelesaian masalah matematik

Topic : Forum 3

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :6Views : 42

General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 09:35:04 PM Subject : Re : Forum 3

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan cikgu, guru kebiasaanya menggunakan kaedah latih tubi yang mana guru hanya menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar tanpa penerangan konsep yang mencukupi. Imp-likasinya, melahirkan pelajar yang pasif, pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pembelajaran sains. Seterusnya, pencapaian sains pelajar tidak menggalakkan dan tiada peningkatan.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (KPM, 2001) telah memilih pen-dekatan inkuiri sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pem-

Page 38: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

belajaran, penanya soalan, pencabar idea murid dan sumber ru-jukan.

Pembelajaran sains secara inkuiri memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus serta boleh mencipta sesuatu situasi yang mendorong pelajar menim-bulkan pelbagai soalan daripada situasi yang dibinanya. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak se-bagai peransang pembentukan idea, penguji idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisma mencapai tujuan tersebut. Pelajar berperanan penting bagi melaksanakan kurikulum sains yang telah dibentuk supaya mencapai hasrat kera-jaan melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam sains dan teknologi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

Topic : Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 55

General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 09:08:05 PM Subject : Re : Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pendapat cikgu, Kaedah pengajaran inkuiri pent-ing untuk memupuk budaya dan minda menyelidik secara saintifik dalam pembelajaran matematik. Pelajar meneroka pola matematik melalui ujikaji, menganalisis data, membuat konjektur dan hipotesis, menguji hipotesis dan membuat rumusan. Secara tidak langsung pelajar mengamalkan proses sains dan penemuan sebagaimana ak-tiviti yang dilakukan oleh para saintis dan ahli matematik. Kaedah pengajaran Inkuiri penting dalam amalan konstruktivisme di mana aktiviti kelas berpusatkan kepada pelajar dan guru berperanan seba-gai pemudah cara. Pelajar menggunakan bahan-bahan manipulatif untuk memahami perkara yang lebih abstrak. Guru mencabar pemikiran pelajar dengan soalan-soalan dan membimbing pelajar dalam penerokaan mereka. Dalam proses tersebut pelajar aktif men-jalankan ujikaji, melaporkan pemerhatian, memberi pendapat, berhujah dan berbincang. Proses mengeluarkan pendapat dan men-jelaskan pandangan dapat meningkatkan daya penaakulan, komu-nikasi dan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan men-jadikan pembelajaran lebih bermakna.

 

Topic : Forum 3

D043530Norlia Bt Ismail

General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 08:56:09 PM Subject : Re : Forum 3

Page 39: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Replies :9Views : 67

Salam 1 Malaysia, Lawson (1995) telah mengemukakan satu model P&P berbentuk inkuiri yang dinamakan Kitar Pembelajaran. Proses-proses yang terdapat dalam kitar pembelajaran ialah penerokaan, pengenalan konsep dan istilah dan aplikasi konsep. Lawson (1995) berpenda-pat kitar pembelajaran merupakan strategi pengajaran yang berke-san untuk meningkatkan kemahiran berfikir kerana ketiga-tiga proses saintifik digunakan secara tertib dan tiada proses yang boleh ditinggalkan. Reka bentuk kitar pembelajaran menggalakkan pela-jar membuat refleksi dan mengalami regulasi kendiri semasa pem-belajaran secara inkuiri. Inkuiri menggalakkan pelajar meneroka dan mengesahkan rumusan secara penaakulan. Amalan inkuiri dalam kitar pembelajaran melibatkan proses sains sebagaimana yang diamalkan oleh ahli sains dan matematik seperti membuat ujikaji untuk mengesan pola, menjana dan menguji hipotesis dan seterusnya membuat kesimpulan. Faktor-faktor penggalak ini harus diberi perhatian oleh guru dalam penyediaan pengajaran. Pembelajaran berbentuk konstruktif dan penerokaan ini bukan sahaja mengekalkan pembelajaran malahan dapat meningkatkan kemahiran berfikir. Kemahiran reflektif ab-strak ialah sebahagian daripada metakognisi. Metakognisi ialah kemahiran mengurus dan mengawal bagaimana seseorang berfikir. Schoenfeld (1987) menerangkan bahawa terdapat tiga komponen dalam metakognisi, iaitu kepercayaan dan gerak hati, pengetahuan tentang proses pemikiran sendiri dan regulasi (kawalan) kendiri. Regulasi kendiri melibatkan aktiviti merancang, memantau dan menilai pencapaian pada setiap peringkat dalam penyelesaian masalah (Schoenfeld, 1992). Schoenfeld (1985, 1987) telah meng-gariskan enam langkah dalam strategi metakognitif yang berfungsi sebagai pengurus dalam penyelesaian masalah matematik, iaitu memahami masalah, menganalisis, meneroka, merancang, menye-lesaikan dan menyemak. Strategi metakognitif melatih pelajar su-paya benar-benar memahami sesuatu masalah, tidak terburu-buru dan memberi penekanan kepada penyelesaian secara sistematik dan terkawal. Latihan yang memfokuskan kepada kemahiran metakognisi dapat dilakukan melalui pembelajaran inkuiri.

Topic : forum 3

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 44

General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 07:02:55 PM Subject : Re : forum 3

Salam 1 Malaysia, Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di perseki-taran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai inkuiri-pen-

Page 40: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

emuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan pelajar dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari.     Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Oleh yang demikian, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001) memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di ne-gara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memer-lukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, prescriber of ap-propriate activities, stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person). Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat se-bagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan penge-muka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut.

3.4 Forum 4 : Bagaimana pembelajaran kontekstual boleh dilaksanakan di

sekolah?

Topic : forum 4

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :4Views : 33

General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:01:18 PM Subject : Re : forum 4

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pandangan cikgu, pembelajaran kontekstual adalah salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan  boleh dugu-nakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kontekstual bermak-sud ada hubungkait antara konsep yang baru belajar dengan penge-tahuan sedia murid. Kaedah ini berkesan kerana pembelajaran berlaku apabila murid memproses maklumat baru atau penge-tahuan degan cara yang ia dapat memberi makna kepada murid dalam dunia dalaman mereka sendiri iaitu ingatan, pengalaman dan

Page 41: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

tindakbalas.

Topic : Forum 4

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :4Views : 22

General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:07:22 PM Subject : Forum 4

Salam 1 Malaysia,

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang meng-gabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembe-lajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal , belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-ku-rangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai. Logik-Matematik Kinestetik Interpersonal Visual-ruang Naturalis Muzik Verbal-Lin-guistik Intrapersonal Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai mem-beri maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih pent-ing lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembela-jaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.

R E A C T Relating (Menghubungkait) Experiencing (Mengalami) Applying (Mengaplikasi) Cooperating (Bekerjasama) Transfering (Memindahkan) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada den-gan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran.

Topic : Forum 4

D043530 General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:20:56 PM

Page 42: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

Norlia Bt Ismail

Replies :4Views : 29

Subject : Re : Forum 4

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pandangan cikgu, pengajaran dan pembela-jaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembe-lajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Untuk melaksanakan kaedah pembela-jaran ini terdapat beberapa strategi antaranya ialah menghubungkait, mengalami, menggunakan, bekerjasama dan pe-mindahan.

Topic : Forum 4

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 46

General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:13:12 PM Subject : Re : Forum 4

Salam 1 Malaysia,

 

Benar apa yang cikgu terangkan. Sebagai tambahan, dalam kaedah pembelajaran kontekstual, kemahiran yang diper-olehi murid dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut situ-asi. Murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyedi-akan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia se-bagai rujukan. Bidang kerjaya juga dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka perolehi hasil dari pem-belajaran secara kontekstual

Topic : pengajaran kontektual

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :5Views : 25

General Forum : FORUM 4 Posted On : 01 Nov 2012 11:29:19 PM Subject : Re : pengajaran kontektual

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pendapat cikgu, Pengajaran-pembela-jaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan

Page 43: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan sub-jek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memo-tivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara penge-tahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Kaedah ini menggalakkan guru memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengala-man-pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal dan psikologikal.

3.5 Forum 5 : Bincangkan bagaimanakah pengurusan makmal menyokong

pengajaran dan pembelajaran sains?

Topic : Forum 5

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :4Views : 32

General Forum : FORUM 5 Posted On : 31 Oct 2012 11:04:24 PM Subject : Forum 5

Salam 1 Malaysia,

Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan is-timewa bagi guru dan pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Definisi makmal sains ialah ruang yang digunakan un-tuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah.Makmal ialah tem-pat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (Kamus Dewan edisi keempat). Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digu-nakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, men-jalankan eksperimen, dan penghasilan bahan. Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:1. Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif.2. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penye-lidikan sains serta kemahiran manipulatif3. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.

Page 44: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

4. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat ter-hadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.5. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi mem-perkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.6. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.7. Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang terse-dia Internet).8. Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, se-lari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40.

Topic : Pengurusan makmal

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :7Views : 45

General Forum : FORUM 5 Posted On : 02 Nov 2012 12:16:11 AM Subject : Re : Pengurusan makmal

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan cikgu, makmal sains seharusnya mempunyai kemampuan menyediakan peluang pembelajaran sains secara mak-sima. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru mengikut tahap mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan dan persekitaran fizikal yang sesuai. Penggunaan bilik atau makmal sains menyokong sebarang aktiviti pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru dan murid. Mak-mal sains seharusnya mengutamakan  keselamatan penggunanya. Oleh itu alatan keselamatan seperti peti pertolongan cemas dan pe-madam api perlu ada dan diletak ditempat yang sepatutnya. Aspek fizikal juga menjadi keperluan bagi sebuah bilik atau makmal sains seperti stor, perabut, sumber elektrik, gas, air pengedaran udara, pencahayaan dan projektor. Ini untuk memudahkan proses penga-jaran dan pembelajaran.

Topic : Forum 5

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :3Views : 24

General Forum : FORUM 5 Posted On : 01 Nov 2012 11:55:07 PM Subject : Re : Forum 5

Salam 1 MalaysiaSebagai tambahan, Semua guru sains perlu mengamalkan langkah keselamatan dalam makmal dan mengajar para pelajar tentang cara-cara untuk mengendali setiap bahan kimia dan alat radas ketika amali dengan baik. Salah satu perkara yang perlu di ajar oleh guru dalam pengajaran amali ialah mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk menjalankan peralatan dan bahan kimia yang berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan kemalangan

Page 45: Krs 3023 Kurikulum Pengajaran Sains Sr (Portfolio)

(Everett dan .Jenkins, 1980).Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila guru-guru sains tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan makmal yang mesti diterapkan setiap kali masuk ke dalam makmal dan men-jalankan amali. Kebanyakan guru tidak mengambil tahu isu semasa yang berlaku akibat kecuaian guru terhadap keselamatan makmal. Perkara paling penting adalah guru hendaklah juga memastikan ke-selamatan individu lain sebaik diri mereka sendiri (Everett dan Jenkins, 1980).

Topic : Forum 5

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :6Views : 52

General Forum : FORUM 5 Posted On : 01 Nov 2012 11:47:49 PM Subject : Re : Forum 5

Salam 1 MalaysiaSukatan mata pelajaran sains tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta mempunyai dua jenis bahagian. Iaitu mata pelajaran ini akan di jalankan dari segi praktikal amali dan juga teori. Setiap pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan den-gan subjek sains sama ada kimia, biologi dan sains perlu mengua-sai kedua-dua bahagian tesebut supaya keberkesanan pembelajaran lebih berhasil. Di mana praktikal amali dijalankan di makmal un-tuk mengkaji mahupun membuktikan penemuan baru ataupun ke-fahaman yang telah dipelajari dari segi teori di kelas. 

Topic : forum 5

D043530Norlia Bt Ismail

Replies :4Views : 31

General Forum : FORUM 5 Posted On : 01 Nov 2012 11:42:48 PM Subject : Re : forum 5

Salam 1 Malaysia,

Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa pengajaran Sains perlu dijalankan di Makmal Sains kerana terdapat banyak kemudahan yang terdapat di bilik sains boleh digunakan untuk melaksanakan eksperimen. Contohnya radas-radas, bahan ujikaji, kemudahan tal-ian internet dan peralatan-peralatan lain.Pengajaran sains tanpa eksperimen umpama pengajaran yang kosong murid tidak dapat melihat hasil sebenar sesuatu ujikaji jika pengajaran dilaksnakan dengan kaedah syarahan semata-mata. Pengajaran secara hands on dan amali akan memberi kesan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh masa yang lama. Kebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia telah dilengkapkan dengan makmal sains untuk memu-dahkan pengajaran sains dilaksanakan dengan sepenuhnya. Oleh itu sebagai guru sains ianya perlu dimanfaatkan demi anak-anak didik bangsa Malaysia.