31
KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

  • Upload
    jovan

  • View
    142

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH. Perbincangan 1. Merujuk kepada perkembangan pendidikan yang berlaku di Malaysia, bincangkan kandungan , proses dan matlamat kurikulum & pengajaran sekolah rendah sebelum merdeka , selepas merdeka dan era masa kini. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Page 2: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Perbincangan 1Merujuk kepada perkembangan pendidikan yang berlaku di Malaysia, bincangkan kandungan, proses dan matlamat kurikulum & pengajaran sekolah rendah sebelum merdeka, selepas merdeka dan era masa kini

Page 3: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

UNIT 1: Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah

PETA KONSEP

Perkembangan Kurikulum & Pengajaran

Zaman SebelumPenjajahan

Inggeris

Pendidikan Tradisional

Zaman Penjajahan Inggeris

Sekolah Inggeris

Sekolah Vernakular

Akta Pelajaran 1961

Zaman Selepas Merdeka

Page 4: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Pendidikan formal - pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu.

Pendidikan informal - Pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan

orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat

Pendidikan non-formal - pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancang

Pendidikan tradisional - pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik

Sekolah vernakular - sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya.

Page 5: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

UNIT 2 : PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

Kurikulum Sekolah Rendah

KLSR

KBSR

KSSR

Latar belakang

Perbandingan

Page 6: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

KLSR kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1. Pelaksanaan KLSR selepas merdeka khususnya apabila Akta Pelajaran 1961 diwartakan.

2. Dari semasa ke semasa KLSR mengalami perkembangan dan inovasi seiring dengan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun kandungan KLSR lebih memberatkan akademik dan padat bagi murid-murid peringkat umur sekolah rendah (Laporan JK Kabinet, 1979).

3. Setiap mata pelajaran adalah dilihat secara compartmentalize iaitu isi kandungan pelajaran terasing antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, isi pelajaran kurang dikaitkan dengan kehidupan seharian murid.

4. KLSR kurang beri fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan mengemukakan cadangan .

“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.” 1979

Page 7: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

1. Sebanyak 305 buah sekolah rendah pada 1982 untuk percubaan2. KBSR dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara pada 1983.3. KBSR berkonsepkan bahawa murid-murid perlu memperoleh ilmu

pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman langsung.

4. Memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah;berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat; membina persefahaman dalam pergaulan; memupuk semangat kerja sama antara satu sama lain dan sebagainya.

5. Murid aktif, ceria dan progresif ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan.

6. Pemulihan kepada murid yang lemah, pengayaan diberi kepada murid cerdas pintar. Pemulihan khas untuk murid yang berada di bawah tahap yang sewajarnya.

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), 1983

Page 8: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), 1993

1. Konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah.

2. Unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintegrasikan

supaya terdapat kesepaduan.

3. Proses pengajaran dan pembelajaran, dilakukan penggabungjalinan untuk

menyepadukan kemahiran- kemahiran; dan penyerapan untuk menyepadukan ilmu

pengetahuan.

4. Nilai-nilai sepadu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesepaduan

juga merujuk kepada kesepaduan dan keharmonian antara potensi intelek, rohani, emosi

dan jasmani. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak boleh

berlaku secara berasingan, sebaliknya perlu berlaku secara harmonis, menyeluruh dan

sepadu untuk melahirkan individu yang seimbang. Selain itu,kesepaduan merangkumi

aspek antara teori dan praktik; dan antara yang di dalam bilik darjah dengan kehidupan

sebenar di luar bilik darjah.

Page 9: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA, 1988

Page 10: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), 2011

1. Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah2. 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, KSSR uji rintis di 500 buah sekolah rendah (50 buah sekolah menjalani uji rintis bagi semua mata pelajaran, manakala 450 buah sekolah lagi menjalani uji rintis bagi mata pelajaran terpilih.)

3. Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010 bertarikh 14 Oktober 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia jelas meminta semua sekolah rendah melaksanakan KSSR untuk murid Tahun 1 mulai 2011. Selain melahirkan generasi ulul-albab, KSSR diharap akan membekali generasi masa hadapan dengan bekalan-bekalan untuk menghadapi cabaran.

Page 11: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

UNIT 3 : MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Matlamat Kurikulum Sekolah Randah

Matlamat Kurikulum

Dalam Pendidikan Sebelum

Penjajahan

Matlamat Kurikulum

Dalam Pendidikan

Semasa Penjajahan

Matlamat Kurikulum

Dalam Pendidikan

Selepas Merdeka

Matlamat KBSR

Matlamat KSSR

Page 12: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani

dan sosial

b. Warganegara yang bertanggungjawab c. Global Playerd. Pekerja ilmu

. . . Petikan dari BPK, KPM (2010)

Apakah matlamat KSSR?

Page 13: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Perbincangan 2Berdasarkan perubahan yang berlaku dalam kurikulum sekolah rendah, banding bezakan dari aspek organisasi kurikulum, mata pelajaran dan elemen bersepadu dalam KBSR dan KSSR

Page 14: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

UNIT 4 : ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Organisasi KurikulumSekolah Rendah

Tahap-tahap DalamKBSR/ KSSR

Organisasi KBSR 1. Bidang2. Mata Pelajaran

Organisasi KSSR 1. Tunjang2. Mata Pelajaran

Banding Beza Antara Organisasi

KBSR Dengan KSSR

Page 15: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2011)

Page 16: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Bagaimanakah KBSR diorganisasikan?

KBSR berasaskan tiga bidang

Bidang Komunikasi ~ penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Sehubungan dengan itu, di bawah bidang Komunikasi diletakkan komponen kemahiran asas.

Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya terdapat dua komponen iaitu Nilai, Kerohanian dan Sikap, serta Kemanusiaan dan Persekitaran.

Bidang perkembangan diri individu terdapat dua komponen iaitu Kesenian dan Rekreasi

K

B

SR

Page 17: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Bidang Komponen Mata Pelajaran (Kurikulum Baru Sekolah Rendah)

Mata Pelajaran (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)

Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Malaysia Bahasa

Inggeris Bahasa Cina (SJKC)

Bahasa Tamil (SJKT)

Matematik

Bahasa Malaysia Bahasa

Inggeris Bahasa Cina (SJKC)

Bahasa Tamil (SJKT)

Matematik

Manusia dan Alam Kelilingnya

Nilai, Kerohanian dan Sikap Pendidikan IslamPendidikan Moral

Pendidikan IslamPendidikan Moral

Kemanusiaan danPersekitaran

Alam dan Manusia SainsKajian TempatanKemahiran Hidup

PerkembanganDiri Individu

Kesenian danRekreasi

Muzik Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani

Muzik Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani Pendidikan

Kesihatan

Kategori Mata Pelajaran Mengikut Komponen dan Bidang

Page 18: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Bagaimanakah KSSR diorganisasikan?

KomunikasiKerohanian, Sikap dan

NilaiKemanusiaan

Perkembangan Fizikal &

Estetika

Sains & Teknologi

Keterampilan Diri

6 Tunjang dalam KSSR

Page 19: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Apakah persamaan dan perbezaan antara organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR?

Organisasi tahun pembelajaran mengikut tahap-tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

organisasi mata pelajaran mengikut bidang dan komponen; juga mengikut teras, wajib atau tambahan; atau organisasi modul mengikut tunjang dan tema.

organisasi peruntukan waktu pembelajaran mengikut tahap.

Page 20: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

UNIT 5 : MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran Sekolah Rendah

Asas Penentuan Mata Pelajaran

Mata Pelajaran KBSR Mata Pelajaran KSSR

Teras

Tambahan

Wajib

Tahap 1 Tahap 2

Modul Teras Asas

Modul Teras Tema

Modul Elektif

Teras

Elektif

Page 21: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Bidang Komponen Mata Pelajaran

Tahap 1 Tahap 2

KOMUNIKASI • KemahiranAsas

• Bahasa Pengantar

• Bahasa Melayu*

• Bahasa Inggeris

• Matematik

• Bahasa Pengantar

• Bahasa Melayu*

• Bahasa Inggeris

• Matematik

MANUSIA DAN ALAM KELILING NYA

• Kerohanian

• Nilai DanSikap

• Pendidikan Islam

• Pendidikan Moral

• Pendidikan Islam

• Pendidikan Moral

• Sivik danKewarganegaraan

• Manusia Dengan Persekitaran • Sains • Sains

• Kajian Tempatan

PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU • KemahiranHidup

• Kemahiran Hidup

• Kesenian Dan Rekreasi • Pendidikan SeniVisual

• Pendidikan Muzik

• PendidikanJasmani DanPendidikanKesihatan

• Pendidikan SeniVisual

• Pendidikan Muzik

• Pendidikan JasmaniDan PendidikanKesihatan

• Kokurikulum

• Perhimpunan

• Kokurikulum

• Perhimpunan

Mata Pelajaran KBSR Mengikut Bidang Dan Komponen

Page 22: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Tamil (SJKT) Pendidikan Islam Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani Pendidikan KesihatanMatematik

Seni Visual dan Muzik

Dunia Sains danTeknologi

Malaysia Negaraku

Bahasa Arab

Bahasa Cina (BCSK) Bahasa Tamil (BTSK) Bahasa IbanBahasa Kadazandusun

Mata Pelajaran KSSR Tahap 1 Mengikut Modul

Page 23: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran Teras Mata Pelajaran Elektif

1. Tunjang Komunikasi• Bahasa Malaysia,• Bahasa Inggeris,• Bahasa Cina,• Bahasa Tamil

1. Tunjang Komunikasi Elektif• Bahasa Arab• Bahasa Cina Sekolah

Kebangsaan,• Bahasa Tamil Sekolah

Kebangsaan,• Bahasa Iban, Bahasa

Semai• Bahasa Kadazandusun

2. Tunjang Sains & Teknologi• Matematik,• Sains,• Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi

Maklumat dan Komunikasi

3. Tunjang Perkembangan Fizikal & Estetika• Pendidikan Jasmani,• Pendidikan Kesihatan,• Pendidikan Muzik,• Pendidikan Seni Visual

4. Tunjang Kerohanian, Sikap & Nilai• Pendidikan Islam• Pendidikan Moral

5. Tunjang Kemanusiaan• Sejarah

Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif KSSR Tahap 2 Mengikut Tunjang

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.

Bahagain Perkembangan Kurikulum, KPM (2011)

Page 24: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

UNIT 6 : INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Kurikulum BersepaduSekolah Rendah

Kurikulum Bersepadu

Kesepaduan dalam KBSR

Kesepaduan dalam KSSR

Pengintegrasian dalam Kurikulum dan pengajaran

Page 25: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Apakah konsep integrasi terdapat dalam KBSR?

1. Konsep integrasi lebih dikenali sebagai kesepaduan.

2. Kesepaduan bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan,

kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan

secara menyeluruh dan bersepadu.

3. Dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani.

4. KBSR dirancang untuk membolehkan setiap orang murid

memperoleh kemahiran, mengembangkan bakat, nilai,

pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Bagi tujuan ini,

pelaksanaan KBSR perlulah mengintegrasikan perkara-perkara

berikut:

Page 26: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Konsep Integrasi

Dalam KBSR

Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani

Penekanan Kepada Nilai Murni

Pendidikan

Sepanjang Hayat

Meningkatkan penggunaan

Bahasa Melayu & Bahasa

Inggeris serta bahasa lain

Penggunaan kemahiran & pengetahuan

sedia ada

Pendidikan untuk semua

Konsep Kesepaduan Dalam KBSR

Page 27: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Apakah maksud penggabungjalinan dan penyerapan?

Penggabungjalinan

Penyerapan?

proses menggabungkan

pelbagai kemahiran yang

relevan

Proses mengintegrasi atau menyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran

Page 28: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Apakah konsep integrasi terdapat dalam KSSR?

Penekanan Konsep 5PStrategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

… Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM. 2011

Konsep integrasi seperti yang terdapat dalam KBSR terus berlangsung walaupun KBSR telah ditransformasikan kepada KSSR. Elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan dalam KBSR seperti nilai murni, patriotisme, nilai alam sekitar, kesihatan sosial, keselamatan jalan raya, sains dan teknologi, KBKK dan lain-lain akan terus diberi penekanan dalam KSSR selain elemen merentas kurikulum (EMK).

Page 29: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

EMK diperkenalkan dalam KSSR sebagai tambahan kepada aspek-aspek yang disepadukan dalam KBSR dan sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta

dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.http://www.moe.gov.my/bpk/

Page 30: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

EMK dalam KSSR merujuk kepada penyepaduan tiga elemen iaitu:• kreativiti dan inovatif• keusahawanan• teknologi maklumat dan komunikasiDalam pelaksanaan KSSR, EMK perlu disepadukan di dalam semua disiplin ilmu. KPM (2010) telah memberi rasional tentang kepentingan EMK iaitu, ketiga-tiga elemen dalam EMK tersebut sebagai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Selain itu, EMK dikatakan penting untuk pembangunan negara, iaitu daripada Perspektif Wawasan 2020 yang mana Malaysia akan menjadi sebuah negara perindustrian. EMK juga dikatakan selaras dengan pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu memperkembangkan budaya keusahawanan dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui konsep EMK juga, ICT akan dijadikan sebagai pengupaya dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, selain ICT dipelajari sebagai mata pelajaran.

Page 31: KRP 3013 KURIKULUM & PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

Terima kasih