24
KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 1 PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 KRB 3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PJJ MAKRO PENGAJARAN Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Untuk Satu Sesi Makro pengajaran Selama 30-40 Minit Dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Serta Soalan-Soalan Penilaian. DISEDIAKAN OLEH NAMA No.MATRIK NO. TELEFON CHE NOOR ASMAH BINTI YA D20102046069 0133882122 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI07 NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2013 PEMARKAHAN

Krb 3053- Makro Pengajaran

Embed Size (px)

Citation preview

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 1

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

    KRB 3053 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PJJ

    MAKRO PENGAJARAN

    Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Untuk Satu

    Sesi Makro pengajaran Selama 30-40 Minit Dan Bahan Bantu

    Mengajar (BBM) Serta Soalan-Soalan Penilaian.

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA No.MATRIK NO. TELEFON

    CHE NOOR ASMAH BINTI YA D20102046069 0133882122

    PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI07

    NAMA TUTOR E-LEARNING : ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH

    TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2013

    PEMARKAHAN

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 2

    ISI KANDUNGAN HALAMAN

    1.0 Pendahuluan 03

    2.0 Rancangan Pengajaran Harian,Strategi Pengajaran Dan Bahan Bantu Mengajar 04

    2.1 Rancangan Pengajaran Harian 04

    2.2 Strategi Pengajaran 06

    2.3 Bahan Bantu Mengajar/ Penilaian 08

    3.0 Aktiviti Pengajaran 13

    4.0 Halangan Dan Isu-Isu Pembelajaran 14

    5.0 Penilaian 15

    6.0 Rumusan 20

    7.0 Rujukan 21

    8.0 Lampiran 22

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 3

    1.0 PENDAHULUAN

    Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian adalah satu perancangan awal dalam guru

    menyusun aktiviti dan tindakan yang akan dijalankan di dalam kelas.Rancangan

    Pengajaran Harian yang disusun oleh guru kearah mencapai objektif pembelajaran pada

    hari tersebut.Guru perlu merancang strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran

    yang dirancang.Semua aktiviti murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam

    bentuk yang mudah dan tepat.

    Persedian Pengajaran hendaklah dibuat berdasarkan standard pengajaran yang telah

    ditetapkan oleh bahagian kurikulum sekolah.Setiap rancangan pengajaran perlulah

    menentukan objektif pengajaran,isi pelajaran dan aktiviti murid.Perkaitan Antara

    aktiviti,isi pelajaran dan objektif pelajaran hendaklah jelas dan sesuai.

    Dalam penulisan pengajaran juga mempunyai format-format tertentu.Dalam format

    penulisan pengajaran guru perlu menulis dua maklumat.Pertama ,maklumat tentang murid

    dan pekara yang akan diajar.Maklumat yang kedua ialah tentang aktiviti murid dalam

    proses pengajaran.Selain itu maklumat objektif pengajaran adalah eleman yang penting

    dalam penulisan Rancangan pengajaran harian ini.Guru perlu menulis objektif

    pembelajaran dengan lebih jelas dan eksplisit.

    Jelaslah bahawa kejayaan seseorang guru semasa di dalam kelas banyak bergantung

    kepada rancangan pengajaran yang telah dirancang.Guru perlu bijak merancang dalam

    proses menyampaikan maklumat secara lebih sistematik

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 4

    2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN,STRATEGI PENGAJARAN DAN BAHAN

    BANTU MENGAJAR

    2.1 Rancangan Pengajaran

    MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA

    TAHUN : 3 BAKAWALI

    BILANGAN MURID : 38 ORANG

    HARI : SELASA

    TARIKH : 21 OGOS 2013

    MASA : 1.15-2.55 PETANG ( 40 minit )

    TEMA SAINS DAN TEKNOLOGI

    TAJUK Kemudahan Internet

    FOKUS Standard

    Kandungan

    3.3 Membina dan menulis perkataan,frasa dan ayat

    dengan betul

    Standard

    pembelajaran

    3.3.3 Membina dan menulis jawapan pemahaman

    berdasarkan soalan bertumpu dengan betul.

    OBJAKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

    Domain Kognitif

    i. Menulis jawapan pemahaman berdasarkan petikan dengan

    betul.

    ii. Menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu

    dengan betul.

    Domain Psikomotor

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 5

    i. Murid dapat menulis jawapan pemahaman dengan betul

    menggunakan tulisan yang cantik dan kemas.

    Domain Afektif

    i. Murid dapat menerapkan nilai kerjasama dan berdikari

    semasa menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

    PENGISIAN

    KURIKULUM/

    ELEMAN

    MERENTAS

    KURIKULUM

    Ilmu : Sains dan Teknologi

    Nilai Murni : Berdikari, kerjasama ,rasional

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi,kreativiti dan inovasi

    SISTEM

    BAHASA

    Tatabahasa :Frasa Nama

    Sistem Bacaan : Ayat / Kata imbuhan awalan

    Bahan Bantu

    Belajar

    Bahan Maujud (Komputer Riba) teks ,lembaran kerja.

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 6

    2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    LANGKAH

    PENGAJARAN

    /ISI

    PELAJARAN

    AKTIVITI

    PENGISIAN

    KURIKULUM

    /ELEMEN

    MERENTAS

    KURIKULUM

    CATATAN

    SET

    INDUKSI

    (3 minit )

    Lirik lagu

    1Malaysia

    (Rujuk

    lampiran )

    1. Guru menayangkan tayangan vedio

    klip dan mendengar lagu Satu

    Malaysia.

    2. Guru mengaitkan antara aktiviti

    pengajaran dengan tajuk pelajaran

    hari ini.

    3. Guru akan menerangkan tentang

    bagaimana lagu `Satu Malaysia`

    dapat digunakan di dalam kelas.

    4. Guru menerangkan tentang

    penggunaan internet.

    5. Murid dapat menyanyikan lagu

    dengan lirik lagu yang diberikan.

    Vedio lagu

    1Malaysia

    LANGKAH 1

    ( 15 minit )

    Isi pelajaran

    1.Internet

    adalah saluran

    maklumat dan

    komunikasi

    yang penting.

    2.Internet

    mempunyai

    1. Guru mengedarkan lembaran 1

    Petikan yang bertajuk Kepentingan

    Internet.

    2. Guru meminta murid secara

    individu,berkumpulan atau kelas

    membaca petikan dengan sebutan

    intonasi yang betul.

    3. Guru dan murid bersoal jawab

    tentang petikan yang dibaca.

    Nilai Murni:

    Keyakinan

    Kerjasama

    EMK

    Menganalisis

    Menjana idea

    Lampiran 1

    KP:Verbal

    Linguistik

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 7

    banyak

    manfaat.

    3.e-mel adalah

    komunikasi

    yang popular

    masa kini.

    4.Internet

    memberi

    peluang

    pendidikan

    melalui e-

    pendidikan.

    Apakah internet ?

    Apakah Kemudahan internet?

    Mengapakah e-mel sangat penting

    sekarang?

    Apakah persamaan posmen dalam

    internet?

    4. Guru meminta murid melengkapkan

    maklumat ringkas berdasarkan

    soalan yang diberikan dalam peta

    minda.

    5. Murid dapat menjawab soalan yang

    diberikan secara lisan.

    Lambaran

    kerja 1

    LANGKAH 2

    (5 minit )

    Imbuhan

    Awalan

    1.memberi

    2.pelbagai

    3.menghantar

    4.memuat

    5.bersembang

    6.menekan

    7.memperoleh

    8.berkomunik

    asi

    9.dihantar

    10.berbanding

    1. Guru memberi penerangan tentang

    kata imbuhan awalan.

    2. Guru meminta murid memberi contoh

    imbuhan awalan yang difahami daripada

    penerangan guru tadi.

    3. Guru meminta murid mengariskan

    dan menulis imbuhan awalan yang

    terdapat dalam teks.

    4. Murid dapat menyatakan 8 daripada

    10 kata imbuhan awalan yang terdapat di

    dalam teks.

    Nilai Murni:

    Rajin

    Elemen

    keusahwanan

    Gigih

    Berdikari

    Lembaran

    kerja 2

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 8

    LANGKAH 3

    (5 minit )

    1. Apakah

    Internet ?

    2.Mengapakah internet amat penting pada masa kini ? 3.Apakah penggunaan internet yang paling popular? 4.Apakah yang dimaksudkan dengan e-pendidikan ?

    1. Guru meminta murid menjawab

    soalan pemahaman secara berpandu

    dengan merujuk teks yang telah

    dibaca.

    2. Murid menulis jawapan berdasarkan

    soalan yang diberikan .

    3. Murid dapat menulis jawapan

    pemahaman 3daripada 4 soalan yang

    diberi.

    Nilai Murni:

    Rajin

    Bekerjasama

    KB :menjana

    idea

    Lembaran

    kerja 3

    LANGKAH 4

    (PENILAIAN)

    (10 minit )

    Aktiviti

    Pengayaan

    1.Bagaimanak

    ah kita boleh

    berkomunikasi

    dengan rakan

    yang tinggal

    berjauhan ?

    2.Di manakah

    kita boleh

    melayari

    internet ?

    1. Guru menyediakan aktiviti

    pengayaan bagi murid yang telah

    menguasai objektif pengajaran.

    2. Guru menyedikan aktiviti pemulihan

    bagi murid yang belum mencapai

    objektif pengajaran.

    3. Murid dapat menjawab soalan

    pengayaan sekurang-kurangnya

    empat daripada lima soalan.

    4. Murid dapat melengkapkan ayat lima

    daripada enam isi tempat kosong.

    Penilaian

    Pengayaan

    Pemulihan

    Nilai Murni

    Rajin

    Berkeyakinan

    Kerjasama

    EMK

    1.menjana

    idea

    2.menganalisi

    s

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 9

    3.Bilakah

    pengguna

    boleh

    menjelaskan

    bil-bil

    mereka?

    4.Apakah

    manafaat

    Internet

    kepada

    pelajar?

    5.Mengapakah

    e-mel sangat

    popular pada

    masa kini ?

    Aktiviti

    Pemulihan

    Melengkapkan

    ayat.(Rujuk

    lampiran 5)

    PENUTUP

    (2 minit)

    1. Guru meminta murid menyatakan

    semula kepentingan internet.

    2. Guru memperdengarkan semula lagu

    Satu Malaysia dan murid

    menyanyikan bersama-sama.

    3. Guru meminta murid menyanyi

    bersama-sama dengan iringan vedio

    lagu 1Malaysia.

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 10

    2.3 BAHAN BANTU BELAJAR

    LAMPIRAN 1

    Kepentingan Internet

    Internet adalah alat komunikasi dan saluran maklumat sangat meluas

    dan pantas pada masa kini. Rangkaian yang menggabungkan ratusan

    ribu sistem komputer di seluruh dunia.

    Internet memberi pelbagai manfaat kepada kita. Selain

    mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat, kita juga boleh

    menghantar e-mel, memuat turun bahan, perbankan elektronik dan

    bersembang siber. Kita hanya perlu menekan kekunci pada papan

    kekunci untuk memperoleh maklumat terkini dari serata dunia dengan

    serta-merta.

    Kini, e-mel merupakan cara berkomunikasi yang paling popular

    dalam kalangan masyarakat kita. E-mel ibarat pejabat pos, manakala

    jaringan telekomunikasi pula ialah posmen. Surat-menyurat dan

    maklumat dapat dihantar ke seluruh dunia dengan sekelip mata. Kos

    perkhidmatan ini lebih murah berbanding cara surat-menyurat biasa.

    Selain itu, Internet juga memberi pelbagai kemudahan dalam

    bidang pendidikan yang dikenali sebagai e-pendidikan. Program

    Pendidikan Jarak Jauh dan pengambilan kursus-kursus dari institusi

    pengajian tinggi boleh dilaksanakan melalui jaringan Internet. Cara ini

    dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan.

    Oleh itu, kita haruslah mengambil peluang ini supaya tidak

    ketinggalan dalam era perkembangan teknologi maklumat.

    Lampiran 1

    Mari kita membaca.

    Mari kita baca

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 11

    LAMPIRAN KERJA 1

    TULIS MAKLUMAT YANG RINGKAS TENTANG PETIKAN YANG TELAH DIBACA

    KEPENTINGAN INTERNET

    ---------------------------------

    ---------------------------------

    ---------------------------------

    ------------------------------------

    ------------------------------------

    ------------------------------------ -------------------------------------

    -------------------------------------

    -------------------------------------

    ---------------------------------

    ---------------------------------

    --------------------------------

    SEMBANG SIBER e-PENDIDIKAN

    E-MEL INTERNET

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 12

    Lembaran kerja 2

    Bil Kata Imbuhan Awalan Kata Dasar Imbuhan Awalan

    1. meluas luas Me

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    Tulis kata dasar dan kata imbuhan awalan yang terdapat di dalam teks

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 13

    LEMBARAN KERJA 3

    Jawab Soalan Kefahaman di bawah dengan betul

    2. Mengapakah internet amat penting pada masa kini ?

    Internet amat penting pada masa kini kerana digunakan untuk menghantar______

    _______________________________________________________________________

    1. Apakah Internet ?

    Internet merupakan _____________________________________________________

    _______________________________________________________________________

    3. Apakah penggunaan internet yang paling popular?

    Penggunaan internet yang paling popular ialah ______________________________

    _______________________________________________________________________

    4. Apakah yang dimaksudkan dengan e-pendidikan ?

    Internet merupakan _____________________________________________________

    _______________________________________________________________________

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 14

    (PENGAYAAN)Lembaran kerja 4

    1. Bagaimanakah kita boleh berkomunikasi dengan rakan yang tinggal berjauhan ?

    ____________________________________________________________

    2. Di manakah kita boleh melayari internet ?

    ____________________________________________________________

    3. Bilakah pengguna boleh menjelaskan bil-bil mereka ?

    ____________________________________________________________

    4. Apakah manafaat Internet kepada pelajar ?

    ____________________________________________________________

    5. Mengapakah e-mel sangat popular pada masa kini ?

    ____________________________________________________________

    Jawab soalan berdasarkan jawapan yang disediakan.

    E-mel sangat popular pada masa kini kerana dapat menjimatkan masa dan

    perbelanjaan.

    Kita boleh melayari internet di kafe siber.

    Pelajar mendapat banyak maklumat daripada internet.

    Kita boleh berkomunikasi dengan rakan yang tinggal berjauhan melalui internet.

    Pengguna boleh menjelaskan bil pada bila-bila masa sahaja.

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 15

    (PEMULIHAN) Lembaran kerja 5

    1. Apakah alatan yang kita gunakan untuk melayari internet ?

    Kita boleh menggunakan ___________________untuk melayari

    internet.

    2. Apakah faedah kegunaan e-mel kepada kita ?

    Faedah e-mel kepada kita dapat ____________________ masa dan

    pembelanjaan.

    3. Di manakah kita boleh melayari internet ?

    Kita boleh melayari internet di ________________ atau di rumah..

    4. Bagaimanakah pengguna boleh melayari internet ?

    Pengguna Komputer hanya perlu ____________________ papan kekunci

    untuk melayari internet.

    5. Apakah yang memudahkan kita berhubung dengan orang lain?

    _________________ memudahkan kita berhubung dengan orang lain.

    6. Apakah kegunaan internet kepada pelajar ?

    Pelajar boleh mencari ______________________daripada internet.

    Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

    maklumat menjimatkan

    komputer Kafe siber

    E-mel

    menekan

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 16

    3.0 AKTIVITI PENGAJARAN

    Rancangan Pengajaran Harian yang dirancang berfokuskan Standard Pembelajaran dalam

    menekankan aspek kemahiran menulis.Mengikut Modul Kemahiran menulis KSSR ,kemahiran

    menulis adalah merujuk kearah melahirkan murid yang berkeupayaan menulis perkataan dan dapat

    mengeluarkan idea-idea daripada pelbagai jenis bentuk penulisan mereka. Hasil pembelajaran yang

    dipilih adalah murid dapat membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan soalan bertumpu

    dengan betul.

    Dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini ,aktiviti yang dirancang adalah bermula dengan bacaan

    petikan yang bertajuk Internet.Murid membaca secara bacaan mekanis atau bacaan kuat dalam

    bentuk berkumpulan dan individu .Tujuan bacaan ini adalah untuk melatih murid-murid membaca

    dengan sebutan yang betul dan jelas menggunakan intonasi bacaan yang betul. Selepas bacaan kuat

    ,murid dan guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik bersoal-

    jawab dan perbincangan isi-isi penting untuk menguji tahap kefahaman murid.Guru menggunakan

    teknik Brainstorming untuk mengemukakan pendapat.Murid akan mengeluarkan pendapat tentang

    tajuk yang dibaca melalui ransangan soalan yang diujarkan oleh guru.Guru menggunakan teknik soal

    jawab semasa sesi pengajaran.Teknik ini akan mampu menggalakkan murid berfikir dengan aktif untuk

    menjawab soalan yang diberikan.

    Selain itu, guru juga menggunakan kaedah peta minda atau mind mapping.Kaedah ini akan mampu

    memberi pendedahan kepada murid untuk mencatat nota berdasarkan prinsip penggunaanya.Konsep

    peta minda ini akan mengajar murid mencatat isi-isi penting dan menjimatkan masa mereka.Pelajar

    juga dapat menghubungkait data dan menulis maklumat baru.Hal ini akan mampu menjana idea dan

    pembentukan isi-isi pembelajaran yang baik dan mampu mencapai objektif pengajaran menulis kearah

    melahirkan murid. yangdapat menyatakan idea dan pendapat dengan betul.Peta minda menurut Abdul

    Fatah Hassan (1994) antaranya mengorganisasi maklumat,membantu kepada pengukuhan

    ingatan,membuat perkaitan antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada

    murid.Penggunaan peta minda ini akan mampu murid menulis kepentingan internet mengikut isi-isi

    penting yang terdapat didalam teks. Selepas itu ,untuk langkah pengukuhan dan penilaian guru

    menyediakan soalan penilaian iaitu untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan. Aspek penilaian ini ,guru

    memberi soalan-soalan yang bertumpu ke arah mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.

    Dalam pempelajaran ini ,guru perlu merancangan pengajaran yang berupaya mencapai tahap

    pencapaian murid sekurang-kurangnya 80%.Dengan melihat tahap pencapaian murid yang berbeza

    guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai bagi mencapai objektif.Teknik perbincangan dan soal

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 17

    jawab telah digunakan untuk mencapai objektif pengajaran.Guru telah mengunakan pendekatan yang

    berbeza bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam objektif

    yang dirancang.Guru juga menggunakan bahan bantu mengajar yang baik dalam mencapai objektif

    pengajaran guru.Penggunaan bahan batu mengajar yang sesuai akan meningkatkan kefahaman murid

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    4.0 Halangan-halangan dan isu-isu yang dapat diatasi oleh pendekatan

    pembelajaran itu.

    Halangan yang dihadapi dalam sesi pengajaran ini adalah wujudnya kecerdasan

    murid-murid yang berbeza.Potensi yang berbeza-beza di kalangan murid murid ini telah

    menghalang murid mencapai objektif pengajaran. Biasanya kecerdasan kognitif seperti

    kecerdasan linguistik,logikal-matematikal dan kecerdasan ruang yang diukur. Oleh itu guru

    perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar ianya mampu dicapai oleh murid. Guru

    menggunakan bahan yang berbeza untuk murid iaitu aktiviti pengayaan dan pemulihan.

    Penggunaan bahan bantu mengajar juga sesuai akan meningkatkan tahap kecemerlangan

    murid.

    Selain itu,guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan iaitu dengan

    merancang objektif,isi dan cara penyampaian yang berkesan untuk menghasilkan

    pembelajaran yang berkesan .Begitu juga dengan aspek penilaian ,guru perlu menggunakan

    Halangan/

    isu-isu

    Kecergasan murid yang berbeza

    Kaedah pengajaran yang berkesan

    Pengelolaan bilik darjah

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 18

    kaedah yang sesuai untuk menilai murid. Menurut Ee Ah Meng (1997 ), dalam pengajaran

    yang berkesan, seseorang guru hendaklah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan

    penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat murid. Ini bermakna penggunaan

    satu pendekatan sistematik dalam pengajaran hendaklah ditekankan.Pengajaran yang berkesan

    ini adalah melibatkan pemikiran,perasaan dan penilaian.Intraksi antara guru dan murid adalah

    penting dalam mencapai objektif pembelajaran.Guru hendaklah mempuyai kemahiran

    menyoal untuk meningkatkan perkembangan intelek murid-murid.Di samping itu guru perlu

    menilai tahap pencapaian muru dari semasa ke semasa.

    Halangan yang seterusnya ialah pengolaan bilik darjah.Pengolaan bilik darjah yang

    tidak terurus akan menyebabkan murid tidak dapat menumpukan perhatian yang berkesan

    kepada pembelajaran.Oleh itu sebagai guru kita perlu meningkatkan tahap kawalan kelas yang

    baik. Hal ini kerana ianya dapat menyumbang kepada peningkatan peratusan objektif

    pembelajaran murid.Antaranya ialah kawalan kelas,kedudukan kerusi meja yang terurus dan

    suasana kondusif dalam kelas akan meningkatkan lagi pencapaian murid dalam sesi

    pembelajaran yang dirancang.

    Sebagai kesimpulan, halangan-halangan dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah

    salah satu langkah kearah guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan

    dan mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

    5.0 Penilaian.

    5.1 Penilaian pembelajaran murid

    Penilaian adalah amat penting dalam pengajaran sesorang guru.Dengan penilaian ini guru

    dapat menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.Penilaian

    diagnosis adalah penilaian yang dijalankan di dalam kelas untuk mendapat maklumbalas

    terhadap murid tentang tahap penguasaan pelajar di dalam kelas.Guru dapat mengenalpasti

    tahap kemajuan seseorang murid sama ada pada tahap cemerlang ,sederhana dan

    lemah.Dengan penilaian ini ,guru akan dapat mengenalpasti tahap pencapaian murid dan

    merangka aktiviti pengajaran yang sesuai untuk murid.Guru dapat mengenal pasti pelajar yang

    cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan

    aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 19

    pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran

    dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

    Penilaian yang dilakukan oleh guru semasa tempoh pengajaran dan pembelajaran ini

    akan dapat melihat tahap pencapaian murid.Guru perlu memastikan penilaian yang dijalankan

    adalah sesuai dengan tahap pencapaian murid.Hal ini kerana daripada maklum balas ini guru

    mampu menyelidik punca masalah pembelajaran murid.Maklumat berkenaan akan digunakan

    guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya

    masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa penilaian ini, murid-murid akan terus

    menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.Oleh

    itu guru perlu membuat penilaian dalam setiap sesi pembelajaran agar objektif pengajaran yang

    dirancang pada hari tersebut mencapai objektif.

    5.2 Penilaian Pengajaran Guru

    Pada langkah pertama iaitu langkah menjana atau mencungkil idea atau pun dikenali

    sebagai set induksi, saya cuba menggunakan teknik nyanyian untuk menarik minat dan

    perhatian murid. Teknik nyanyian yang di pasang pada skrin computer telah membolehkan

    murid menyanyi bersama-sama .Selepas itu saya menggunakan teknik penyoalan kepada

    murid untuk mengaitkan pelajaran yang di ajar pada hari ini dengan kemudahan internet yang

    ada. Beberapa orang murid menjawab soalan yang dikemukakan dan sebagai penutup guru

    akan mengaitkan tentang penggunaan internet di dalam kelas atau di mana sahaja kita berada.

    Disamping itu, saya juga memberi pujian setiap kali mereka berjaya menjawab soalan yang

    dikemukan.

    Pada langkah kedua pengajaran yang dikenali sebagai menstruktur semula , saya menyuruh

    murid-murid membaca secara kelas , membaca secara berkumpulan dan membaca secara

    individu. Kemudian saya menjelaskan kembali petikan tersebut agar murid-murid faham akan

    isi kandungan yang disampaikan dalam petikan. Kemudian murid akan menulis isi-isi penting

    dengan menggunakan peta minda.Murid akan dapat mengaplikasikan kefahaman murid

    melalui perincian pada peta minda tersebut.

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 20

    Pada langkah yang ketiga iaitu aplikasi Idea , saya mengajar kemahiran tatabahasa dengan

    tajuk kata imbuhan kepada murid-murid dan meminta mereka mengariskan perkataan imbuhan

    yang terdapat di dalam petikan.Murid akan menulis kata imbuhan berdasarkan jadual yang

    diberi. Kemudian murid akan menyebut dan guru akan menulis kata imbuhan yang terdapat di

    dalam teks.Murid akan membaca dan berbincang bersama-sama murid untuk membuat

    pembetulan. Diakhir pengajaran , saya meminta murid-murid membuat ayat dalam lembaran

    kerja yang diberi bagi murid-murid yang kumpulan cerdas. Manakala bagi murid-murid yang

    lemah saya sediakan lembaran kerja.

    Sepanjang 40 minit saya membuat makro pengajaran, saya masih belum puas hati kerana

    banyak kemahiran yang saya buat perlu dipenambahbaikan.Jika diberi peluang untuk mengajar

    pelajaran ini sekali saya akan mempersembahkam teknik dan aktiviti yang berlainan. Saya

    akan membuat penambahbaikan aktiviti tersebut agar lebih menarik. Bagi memulakan

    pelajaran saya akan mengunakan alat tayangan bagi menarik lagi minat murid. Selepas itu saya

    akan mencungkil idea murid dengan bersoal jawab atau mencerita pengalaman murid. Semasa

    perkembangan isi saya akan membuat tayangan bagi memantapkan lagi isi pelajaran yang

    hendak di sampai. Seterusnya saya akan melakukan aktiviti seperti membuat peta minda dan

    membuat persembahan murid serta bersoal jawab bersama murid dari kumpulan yang lain.

    Disamping itu , saya dapat menilai dimanakah kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran dan

    pembelajaran yang telah dibuat.Maka dengan ini , dapatlah saya menambaikan apa kekurangan

    atau kelemahan dalam pengajaran saya.

    Kekuatan atau kelebihan dalam pengajaran makro

    Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan nampaknya terdapat

    beberapa kekuatan yang menjurus ke arah keberkesanan pengajaran.Kekuatan atau

    kelebihannya adalah seperti berikut:

    1. Permulaan set induksi yang begitu menarik minat murid dengan penggunaan kaedah

    nyanyian. Murid-murid begitu bersemangat dan aktif kerana masing-masing seronok untuk

    menyanyi.

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 21

    2. Penggunaan alat bantuan mengajar seperti lembaran petikan dapat menambahkan

    kefahaman murid di samping dapat memudahkan murid untuk memahami tajuk yang

    dipelajari.

    3. Keadaan kelas yang konduksif dan selesa serta layanan guru yang mesra memberi rasa

    keyakinan pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan baik.

    4. Penggunaan lembaran kerja memudahkan kerja guru dan pelajar di mana pelajar tidak

    perlu bersusah payah menyalin di papan hitam.

    5. Teknik penyoalan guru tidak membebankan murid di mana guru meminta secara suka rela

    murid untuk menjawap soalan tanpa ada rasa terpaksa.

    Kelemahan kelemahan dalam pengajaran makro

    1. Ada segelintir pelajar yang agak pasif di mana mereka hanya mendengar sahaja guru

    memberi penerangan atau soalan tanpa menunjukkan reaksi atau tindak balas.

    2. Sewaktu sesi membuat ayat secara lisan , kebanyakan murid boleh membuat ayat dengan

    baik tetapi jika di nilai pada tahap penguasaan murid-murid, ayat tersebut masih tergolong

    dalam kategori ayat terlalu mudah atau perlu diperkembangkan lagi.

    Penambahbaikan

    Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubasuai mengikut

    tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat adalah:

    2. Bahagian langkah aplikasi idea sepatutnya saya tukar teknik yang lebih menyeronokkan

    iaitu menubuhkan beberapa kumpulan kecil bagi menyusun atau memadan imbuhan dan soalan

    yang di beri supaya betul berdasarkan gambar yang diberi. Jadi kumpulan yang dapat

    menyiapkan dengan cepat dan betul akan di beri ganjaran.

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 22

    3. Pada akhir langkah pengajaran atau semasa membuat rumusan , saya rasa pertandingan

    kuiz adalah sangat sesuai bagi menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah

    dipelajari sama ada mereka dapat mengingati dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum

    dapat menjawap soalan kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu

    tidak dapat di capai dengan sepenuhnya.

    6.0 RUMUSAN

    Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak

    didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam

    memenuhi keperluan ini. Kembali ke Asas adalah perlu dan sesuai dengan cadangan

    pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa

    berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan, kehendak masyarakat dan

    berbagai fenomena di sekelilingnya.

    Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa

    khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan

    bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik

    dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut

    dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh

    pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua

    bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian

    dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 23

    RUJUKAN

    Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi guru dan pelajar terhadap penggunaan

    bahan bantu mengajar bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

    Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.Cheras:

    Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ). Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia

    Snd. Bhd.

    Atan Long. (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ee Ah Meng. ( 1989 ). Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua : Petaling Jaya, Siri

    Pendidikan Fajar Bakti.

    Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: kumpulan. Budiman

    Sdn. Bhd.

    Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-satu-1-malaysia.html#ixzz2lMNYUmCe

  • KRB 3053 :KAEDAH PENGAJARAN BAHASA 24

    Lampiran

    Lirik Lagu Satu 1 Malaysia - Koir Pelajar

    Verse 1

    Dunia kian berubah

    Perubahan melingkari

    Melaksana hasrat hati

    Kejayaan terbukti

    Verse 2

    Dunia yang megah

    Dengan misi yang gagah

    Kerana perpaduan

    Kita masih bersama

    Chorus

    Kita satu bangsa, Kita satu Negara

    Kita satu matlamat, oooo

    Kita satu bangsa, satu Negara

    Kita satu Malaysia

    Verse 3

    Bermulanya sekarang

    Perjalanan dilaksana

    Seia sekata sehati dan sejiwa

    Verse 4

    Membina masa hadapan

    Menuju kejayaan

    Kita semua rakyat Malaysia

    Harmoni, saling menghormati

    Chorus x2

    Kita satu bangsa, Kita satu Negara

    Kita satu matlamat, oooo

    Kita satu bangsa, satu Negara

    Kita satu Malaysia

    Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-satu-1-malaysia.html#ixzz2lMNYUmCe