16
" KOREOGRAFI PELAJAR MINOR SENI TARI UPSI SATU KEPELBAGAIAN WARISAN NUSANTARA DI MALAYSIA 1 by NEROSTI ADNAN Abstrak Tulisan ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan saya yang bertajuk Analisis Deskriptif Koreografi Pelajar Minor Seni Tari UPSI: Kajian Kes Tiga Produksi Tari 2008 – 2011”. Kelas Koreografi (ATM 3073) dilaksanakan pada semester empat sejalan dengan kelas Produksi Seni Tari. Ianya merupakan salah satu kursus yang tersenarai daripada delapan kursus pada Program Minor Seni Tari UPSI yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2008.Dari tiga sesi produksi telah menghasilkan 17 karya tari yang telah dicipta oleh pelajar. Karya tari pelajar tersebut telah menghasilkan pelbagai jenis tarian etnik kreatif dan kontemporari.Pertanyaan yang dikemukakan adalah: (1) Sejauh manakah karya tari pelajar Minor Seni Tari yang dipersembahkan dalam produksi tari memenuhi elemen-elemen koreografi? (2) Adakah karya tari pelajar Minor Seni Tari tersebut memenuhi kriteria etnik kreatif?Kaedah dan analisis yang dijalankan melalui proses koreografi iatu: 1. Pemilihan tema ataurangsangan awal, 2. Eksplorasi dan inprovisasi gerak, 3. Penghalusan, 4. Komposisi, 5 Persembahan. Ciri-ciri dan gaya etnik kreatif dapat dibuktikan melalui elemen-elemen koreografi yang meliputi tema, gerak, sentuhan emosional garis pada pola pergerakan, laluan penari, muzik, kostum dan solekan. Kajian ini mendapati dari 17 karya tari terdapat 11 tari yang termasuk kategori etnik kreatif. Hasil penyelidikan yang menggunakan pendekatan deskriptif analisis ini membuktikan bahwa karya-karya tersebut dapat menambah kepelpelbagaian tari nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, Kelantan, India dan Cina. Karya tari pelajar yang telah dipersembahkan di Panggung Budaya UPSI denganditonton oleh orang ramai dari dalam dan luar kampus tersebut, mempunyai nilai kreativiti sehingga dapat mempersembahkan kualiti estetik dengan kepelbagaian jenis tarian etnik kreatif, yang dapat berguna bagi memperlengkapkan genre khazanah tarian Malaysia Key word: Koreografi, Minor Tari Pengenalan Seni persembahan merupakan seni sesaat atau seketika, ianya akan lenyap berlalu bersama waktu. Apabila persembahan telah berlalu, penonton berharap akan memperolehi cakera padat rakaman yang dapat ditonton, namun sebenarnya cakera padat itu sifatnya adalah sementara. Oleh itu, sudah tiba masanya sebuah produksi " #$%&'()'* +),) -&.$')/ 0)/$1)' 231)'()/)4 -&567)8 9&'*):$)' -&'$4 ;'$<&/1$($ =)7)>1$) -)%)84 ?6() ?$')%)73 =)7)>1$)4 @A"" #&B&.%&/ CD""E

Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

"!!

KOREOGRAFI PELAJAR MINOR SENI TARI UPSI SATU KEPELBAGAIAN WARISAN NUSANTARA DI MALAYSIA1

by

NEROSTI ADNAN

Abstrak Tulisan ini merupakan sebahagian daripada hasil penyelidikan saya yang bertajuk Analisis Deskriptif Koreografi Pelajar Minor Seni Tari UPSI: Kajian Kes Tiga Produksi Tari 2008 – 2011”. Kelas Koreografi (ATM 3073) dilaksanakan pada semester empat sejalan dengan kelas Produksi Seni Tari. Ianya merupakan salah satu kursus yang tersenarai daripada delapan kursus pada Program Minor Seni Tari UPSI yang telah ditubuhkan semenjak tahun 2008.Dari tiga sesi produksi telah menghasilkan 17 karya tari yang telah dicipta oleh pelajar. Karya tari pelajar tersebut telah menghasilkan pelbagai jenis tarian etnik kreatif dan kontemporari.Pertanyaan yang dikemukakan adalah: (1) Sejauh manakah karya tari pelajar Minor Seni Tari yang dipersembahkan dalam produksi tari memenuhi elemen-elemen koreografi? (2) Adakah karya tari pelajar Minor Seni Tari tersebut memenuhi kriteria etnik kreatif?Kaedah dan analisis yang dijalankan melalui proses koreografi iatu: 1. Pemilihan tema ataurangsangan awal, 2. Eksplorasi dan inprovisasi gerak, 3. Penghalusan, 4. Komposisi, 5 Persembahan. Ciri-ciri dan gaya etnik kreatif dapat dibuktikan melalui elemen-elemen koreografi yang meliputi tema, gerak, sentuhan emosional garis pada pola pergerakan, laluan penari, muzik, kostum dan solekan. Kajian ini mendapati dari 17 karya tari terdapat 11 tari yang termasuk kategori etnik kreatif. Hasil penyelidikan yang menggunakan pendekatan deskriptif analisis ini membuktikan bahwa karya-karya tersebut dapat menambah kepelpelbagaian tari nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, Kelantan, India dan Cina. Karya tari pelajar yang telah dipersembahkan di Panggung Budaya UPSI denganditonton oleh orang ramai dari dalam dan luar kampus tersebut, mempunyai nilai kreativiti sehingga dapat mempersembahkan kualiti estetik dengan kepelbagaian jenis tarian etnik kreatif, yang dapat berguna bagi memperlengkapkan genre khazanah tarian Malaysia Key word: Koreografi, Minor Tari Pengenalan

Seni persembahan merupakan seni sesaat atau seketika, ianya akan lenyap

berlalu bersama waktu. Apabila persembahan telah berlalu, penonton berharap akan

memperolehi cakera padat rakaman yang dapat ditonton, namun sebenarnya cakera

padat itu sifatnya adalah sementara. Oleh itu, sudah tiba masanya sebuah produksi

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"!#$%&'()'*!+),)!-&.$')/!0)/$1)'!231)'()/)4!-&567)8!9&'*):$)'!-&'$4!;'$<&/1$($!=)7)>1$)!

-)%)84!?6()!?$')%)73!=)7)>1$)4!@A""!#&B&.%&/!CD""E!

Page 2: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

C!!

tariyang merupakan satu bahgian daripada seni persembahan, didokumentasikan

dalam bentuk penulisan ilmiah yang tentunya akan dimuatkan melalui kajian yang

dapat dipertanggung jawabkan.Untuk mencapai kaedah tersebut saya membuat kajian

tentang koreografi pelajar Minor Seni Tari UPSI, di mana kajian bertujuan untuk

mendeskripsikan 17 karya tari pelajar Minor Seni Tari UPSI yang dipersembahkan

dalam produksi tari dari aspek elemen-elemen koreografi. Dalam kertas kerja ini

sengaja diberi tajuk “Koreografi Pelajar Minor Seni Tari UPSI: Satu Kepelbagaian

Warisan Nusantara di Malaysia”, kerana dari hasil penyelidikan yang tengah

dijalankan, terdapat karya tari pelajar yang mengambil tema dan sumber pergerakan

tentang alam persekitaran Malaysia, baik daripada peristiwa budaya tempatan

mahupun tari etnik dan tarian tradisional yang berkembang di Malaysia. Peristiwa

budaya yang berupa upacara ritual dan tari-tarian tersebut mereka rekacipta secara

kreatif sesuai kemampuan dan pengetahuan yang mereka perolehi daripada program

Minor Seni Tari.

Program Minor Seni Tari telah ditubuhkan semenjak tahun 2008 meliputi 8

kursus, masing-masing kursus mengandungi 3 kredit dengan jumlah kredit

keseluruhan kursus berjumlah sebanyak 24 kredit. Semua pelajar yang mengambil

Program Minor Seni Tari mempunyai masa kuliah selama 4 semester dengan dua

kursus tiap-tiap semester. Terdapat lapan kursus diagihkan dalam empat semester

dengan peringkat sebagai berikut: Semester pertama kursus Sejarah dan Apresiasi

Seni Tari (ATM 3013) dan kursus Asas Seni Tari (ATM 3023). Untuk semester kedua

kursus Seni Tari Rakyat (ATM 3033) dan kursus Pengajaran Seni Tari dan

Pergerakan Kreatif (ATM 3043). Manakala semester ketiga kursus Seni Tari Istana

(ATM 3053) dan Seni Tari Kontemporari (ATM 3063). Pada semester keempat kelas

Koreografi (ATM 3073) dilaksanakan sejalan dengan kelas Produksi Seni Tari (ATM

3083). Kelas koreografi lebih kepada proses penciptaan tari hasil karya pelajar. Kelas

Produksi Seni Tari pula lebih kepada pengurusan dan urusan perlengkapan artistik

pentas.

Semenjak Program Minor Seni Tari ditubuhkan sudah menghasilkan 3 sesi

Produksi Seni Tari iaitu: sesi pertama pada semester 2 sesi 2009/2010 dan dan sesi

kedua pada semester 1 sesi 2010/2011. Untuk sesi ketiga dijalankan dalam semester

2 sesi 2010/2011. Dari tiga sesi produksi tersebut telah menghasilkan 17 karya tari

dari 22 orang pelajar. Pada produksi seni tari sesi pertama terdapat 10 orang pelajar,

Page 3: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

F!!

setiap 2 orang pelajar mencipta 1 karya tari sehingga menghasilkan 5 buah karya tari.

Namun demikian pada produksi kedua sebanyak 6 orang pelajar dan produksi ketiga

sebanyak 6 orang, setiap satu orang pelajar mencipta 1 karya tari, ini dilakukan

berdasarkan permintaan pelajar. Dari semua karya tari yang telah dicipta oleh pelajar,

telah menghasilkan 17 karya tari pelbagai jenis tarian etnik kreatif dan kontemporari,

ianya dapat berguna bagi memperlengkapkan genre khasanah tarian Malaysia.

Kajian ini sememangnya merupakan langkah awal yang hanya bersifat

deskriptif semata. Namun kajian yang berfokus pada pendeskripsian koreografi ini

juga pernah dilakukan oleh Siegel2. Siegel mendeskripsikan 40 peristiwa tari, dari

jenis-jenis tari Ballet Klasik, modern Amerika dari pemula tari Loie Fuller dan

Isadora Duncan, Ruth St Dennis dan Ted Shawn hingga tari-tari modern karya Martha

Graham dan Doris Humphrey yang mengambil tema ritual untuk koreografinya.

Dalam kajiannya Siegel menemukan bentuk spesifik dan perjalanan perkembangan

koreografi orang Amerika dalam masa 50 tahun baik yang menggunakan tema klasik

mahupun moden.

Beberapa kekuatan pementasan koreografi pelajar tersebut diakui satu proses

kerja yang cukup berat bagi pelajar minor yang hanya mengambil 8 kredit kursus tari.

Prestasi dan kreativiti inilah yang dimaksud oleh Hawkins, bahawa salah satu

keunikan karektor manusia adalah kemampuannya untuk merespon dan dengan

kreativiti mewujudkanpengalaman melalui bentuk-bentuk simbolik. Perbezaan antara

seniman profesional dengan koreografer pemula adalah dalam pengalaman dan

tingkatan kreativiti yang telah dicapai. Setiap orang mempunyai potensi untuk

merespon secara kreatif dan mewujudkannya secara nyata terhadap apa yang ia

rasakan dan yang dibayangkannya.3Seterusnya dijelaskan pula bahawa proses kerja

koreografer melalui langkah-langkah sebagai berikut: (1) Pemilihan tema

ataurangsangan awal, (2) Eksplorasi dan inprovisasi gerak, (3) Penghalusan, (4)

Komposisi, dan (5) Persembahan.4

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! C!-$&*&74!=)/B$)!GE!!"#$%&"&'#($)*$+"&,-#.$/0&-#$)*$10#234&,$5&,4#6$7)(8),.$9):-"8),$;3**<3,$+)0'&,=6$"@H@E!

! ! F!I)J5$'14!K7.)!=E!LCDDCM!;)>3,-$?2)0$@38"3,.$1$A#B$;#8")C$*)2$5&,4#$;&D3,-6N&/:E!O!0)>)'!#$%$)EG&/*&/)5!=&'3/3(!?)()!I)($P!=&(6,)!G)/3!,)7).!=&'B$+()!N)/$E!#&'+)1)/P!O-OE!CDDCE!9EQD!

!!!!R/E3C!!!!

Page 4: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

R!!

Proses Koreografi

Pemikiran dan perenungan sangat diperlukan dalam menggarap sebuah karya tari,

supaya karya tari dapat membentuk satu tarian yang utuh.

l. Pemilihan Tema atau Rangsangan Awal

Penemuan idea atau tema garapan, sesuai teori Meri (1975)Ada lima

penilaian layak tidaknya sebuah tema dapat digarap, iaitu: (1) Apakah tema tari yang

sedang anda fikirkan mempunyai nilai yang bermakna bagi dirimu, yang tidak akan

menyulitkan dalam pementasan dan tidak membahayakan kerana idea itu telah pernah

digarap oleh orang lain atau bukan yang baru. (2) Apakah tema itu dapat diungkapkan

melalui gerak atau dengan kata-kata? Jika idea tersebut lebih baik diungkapkan

dengan kata-kata lebih baik untuk drama saja. (3) Apakah tema tersebut memberi

kesan kepada penonton? Maksudnya adakah idea tersebut mampu berkomunikasi

dengan penonton? (4) Bagaimana kemampuan teknik si penata, adakah si penata

memiliki teknik untuk mengungkapkan tema yang akan digarap? Bagaimana dengan

kemampuan penari, apakah penari mampu melakukan teknik gerak yang ditata oleh si

penata tari (5) Adakah perlengkapan pentas, pencahayaan, kostum dan muzik dapat

menyokong kepada ide-ide anda?5

Dalam mennyusun atau mencipta tari, Smith (1985) memperkenalkan metode

konstruk yang meliputi rangsang awal, pengembangan motif secara individu meliputi

pengembangan logik, transisi, penyusunan tari berkumpulan dengan

mempertimbangkan aspek waktu dalam rampak meliputi pemberdayaan tenaga, ruang,

dan masa.Rangsang dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang membangkitkan fikir

atau semangat untuk mendorong kegiatan.6 Metode tersebut layaknya diaplikasikan

pada masa eksplorasi hingga ke komposisi, yang bersesuaian pula dengan tahap-tahap

proses kerja yang dikemukakan oleh Hawkins.7

a. Rangsang ide atau gagasan

Beberapa karya tari mahasiswa mendapatkan idea dari sebuah peristiwa, boleh

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!S=&/$4!T)E!U7&.&'A&7&.&'!?6.+61$1$!N)/$E!N&/:&.)8)'!-6&,)/16'64!V6*>)5)/()P!K-NO4!

"@HSE!9!CFE!W!-.$(84!X)Y3&7$'&E!?6.+61$1$P!9&(3':35!9/)5($1!G)*$!Z3/3E!N&/:&.)8)'!G&'!-38)/(6E!

V6*>)5)/()P!O5)7)1($4!"@QS4!9E!CDACFE!H!I)J5$'14!6+EB$(!

Page 5: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

S!!

jadi peristiwa itu daripada sebuah pengalaman pribadi, sejarah, legenda, atau upacara

ritual yang memunculkan gagasan-gagasan yang akhirnya terstruktur dalam karya tari

mereka. Andai Randai walaupun terangsang daripada pergerakan randai, namun

setelah membaca dan menemukan sejarah randai, akhirnya sang koreografer

terinspirasi pula untuk mengekspresikan peristiwa-peristiwa sesuai sejarah randai

yang berasal dari aktiviti bersilat bagi sekumpulan anak muda dikampung suatu ketika

dahulu. Demikian pula dengan tari Ngayau, yang menggarap upacara ritual, di mana

sebelum pergi berperang suku Dayak Iban terlebih dahulu melakukan sebuah ritual

khusus yang disebut Ngayau. Upacara yang juga terdapat di Kalimantan Barat8 ini

bertujuan memberikan kekuatan magis kepada pemuda- pemuda yang akan berperang

dan agar dapat pula membawa kepala musuh.Berbagai sajian dipersiapkan didalam

upacara Ngayau ini seperti arak, pulut, sirih, rotan dan babi. Para pemuda yang akan

pergi berperang berkumpul dan dipimpin kepala kampung membacakan mantra-

mantra sembari memusing-musingkan kepala ayam diatas kepala mereka. Para

pemuda meminum arak yang dituangkan kepala kampung.Para pemuda juga

menuangkan arak sebanyak 3 kali untuk memberi penghormatan kepada leluhur

mereka, agar dapat memberkahi mereka yang akan pergi berburu kepala manusia.

Diiringi mantra para kesatria menggigit mandau atau pedang. Setelah itu pemuda

akan kebal dari aneka senjata. Mereka juga diharuskan memakan pulut, lambang

mempererat sesama mereka dan leluhur.Penghormatan serta kepatuhan golongan

wanita dapat dilihat dalam slot kedua dan terakhir karya ini. Kegagahan golongan

lelaki Iban turut ditampilkan dan hampir dalam keseluruhan karya ini dapat

memperlihatkan kegagahan mereka.Peristiwa demi peristiwa kembali

direaktualisasikan melalui rekacipta gerak dengan berasaskan pergerakan Ngajat,

sehingga membawa penonton kepada suatu peristiwa budaya yang merupakan

warisan leluhur yang perlu dibina sebagai warisan 1 Malaysia.

Rangsangan Idea dan gagasan ini juga terlihat pada Tatoo: Gendup

Berpantang, mengambil tema masyarakat Dayak yang terdapat di Sarawak tentang

tradisi tattoo sebagai kekuatan spitual. (4) Gawai Batu, menggarap tradisi masyarakat

Iban dalam membersihkan kawasan tanaman padi yang sudah dituai sambil

menghalau jembalang dan menyeru kembali semangat padi. Pergerakan yang diolah

adalah pergerakan ngajat.The Sense of Beauty terilham dari keunikan telinga panjang

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Q!8((+P[[JJJE$',61$)/EB6.[\6531[3+)B)/)A),)(A'*)>)3A*66*7&!1&)/B8!

Page 6: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

W!!

yang merupakan symbol wanita Kenyah Sarawak, telinga panjang adalah lambang

kemewahan, satu seni kecantikan diri,dapat memikat lelaki, bahkan merupakan

warisan kebanggaan suku kaum orang Ulu.Jepit, berkonsepkan etnik kreatif

menyingkap tradisi Antavu (memburu kepala) yang diamalkan masyarakat Murut,

Sabah di suatu ketika dahulu, karya ini diolah untuk membuktikan sifat keberanian

pahlawan Murut. Meskipun pergerakan bersumber daripada gerak tari Magunatif,

yang menampilkan permainan buluh sebagai klimaks. Jepit makna daripada apit,

yang membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit di antara dua buluh jikalau

tidak cekap mengelakkannya.9

Gambar 1: Jepit karya tari Andy Attak

Rangsangan idea dan gagasan juga berlaku pada Kondattam.Kondaatam

bermaksud “celebration” iaitu meraikan sesuatu perayaan, kegembiraan dan meraikan

pertabalan puteri atau putera baru. Karya ini menggambarkan kegembiraan dan

meraikan pertabalan puteri baru di antara 2 jenis golongan india. Iaitu golongan kasta

tinggi (golongan istana) dan golongan kasta rendah (golongan kampung).

Rangsangan Idea dan gagasan jelas terlihat pada tari Cinta Za’yu, walaupun satu

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!@http://www.etnik-sabah-dalam-kepelbagaian-kebudayaan.

!

Page 7: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

H!!

sisi koreografer mengakui pula bahawa rangsangan yang didapatkan juga daripada

kinestetik, di mana tari Zapin dan pergerakannya menjadi asas dan motif yang

dikunstruk dalam Cinta Za’yu. Hal tersebut boleh sahaja berlaku bagi koreogfer

pemula.

b. Rangsang Kinestetik

Rangsangan kinestetik akan berlaku apabila seseorang mendapat ilham dari

sebuah pergerakan. Terkadang pergerakan tersebut pergerakan sehari-hari, atau

pergerakan tari yang langsung menjadi tema dalam karya baru tersebut.Beberapa

karya tari yang menggunakan rangsangan kinestetik dalam memulai koreografi

mereka adalah: Andai randai, San Kipas, Iras, Sekar Wangi, Cinta Za’yu, dan Jepit.

Andai randai walaupun juga mendapat rangsangan daripada rangsangan idea dan

gagasan, namun di dalam persembahan sangat kental terlihat pergerakan-pergerakan

randai dan pola randai dalam bentuk bulatan yang menjadi asas kuat dalam

pengkoreografian Andai Randai. Namun kreativiti yang dilakukan telah banyak

mengubah kesan bahwa Andai Randai adalah karya baru, yang dapat dianalisis pada

penempatan penari atau pola lantai yang bervariasi tidak hanya pada pola bulatan

seperti yang menjadi cirri khas pada randai tradisional. Perbezaan juga pada demikian

muzik iringan, tidak hanya menggunakan caklempong namun juga menggunakan

muzik tradisional Melayu.San Kipas juga menampakkan kekuatan koreografinya pada

merekonstruk tari Cina yang menggunakan Kipas. Namun kreativiti mahasiswa

tersebut mesti diakui patut dihargai terutama dalam pelbagai permainan kipas,

pelbagai pola lantai dan aras gerak ada yang berdiri membuat bulatan, ada yang dua

baris dengan 8 orang penari

Demikian pula dengan Asyik Iras yang memang mengambil langsung motif-

motif tarian Asyik, Asyik Iras merupakan sebuah karya yang terhasil melalui

pemerhatian daripada tarian istana Kelantan iaitu Tarian Asyik.Gerak daripada

ragam-ragam Asyik dikonstruk supaya berbeza daripada ragam-ragam asal tari

tersebut.Pengolahan gerak dibuat mengikut kesesuaian tema Asyik.Kreativiti terdapat

pada pergerakan, pola lantai. Aras, Memberi kelainan kepada tarian ini “serupa tapi

tak sama”.

Page 8: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

Q!!

Gambar 2: Asyik Iras karya dan dokumen Wan Amira Sofea dan Rashimah

Gambar 3: Kelainan Tari Asyik Iras juga terlihat pada pola lantai dan aras.

Page 9: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

@!!

Rangsangan kinestetik juga terdapat pada Kondattam yang merekonstruktari

Bharata Nayamdan tarian Merak.

c. Rangsang Auditif atau Rangsang Dengar

Rangsangan auditif dan rangsang dengar adalah apabila seorang koreografer

mendengar satu bunyi yang membangkitkan semangatnya untuk mencipta tari.Bunyi

tersebut boleh jadi daripada bunyi alam atau bunyi muzik, di mana muzik tersebut

langsung digunakan sebagai pengiring tarian tersebut. Rangsangan ini terdapat pada

karya RiBird’s, di mana sang koreografer terinspirasi dari pada muzik tari Joget

Gamelan. Namun dari segi tempo diubah dari lambat menjadi cepat pada bunyi

gamelan.

2. Eksplorasi dan Improvisasi

Setelah pelajar mendapatkan tema berasaskan bentuk rangsangan, pada tahap

eksplorasi dan inprovisasi menggunakan teori Smith 10 iaitu dalam bentuk

pengembangan motif.Motif merupakan unsur terkecil dari gerak tari dalam bentuk

yang sederhana atau unik, yang banyak variasi dapat dikembangkan.Motif adalah

sesuatu yang membuka imajinasi koreografer atau sesuatu yang memotivasi penata

tari untuk mencipta tari.Motif ada dua yakni motif pendek dan motif panjang.Motif

pendek dapat berupa gerak sederhana dengan satu motif.Bisa pula dalam bentuk

berfose atau bersikap dalam bentuk aksi, lalu diberi usaha untuk membuat gerak

tersebut menjadi gerak tari dan berkualitas.Motif panjang adalah motif dengan

gerakan panjang, namun bukan berarti bermacam motif tetapi tetap satu motif namun

dilakukan dalam kiraan yang lama misalnya 1- 4 kiraan.Berdasarkan pemerhatian

kelas koreografi dan temu bual dengan para pelajar, pelajar mengambil motif pada

tari-tari etnik dan tari tradisional yang menjadi sumber pergerakan mereka.

Pada eksplorasi awal mereka menggunakan motif pendek, seperti pada gerak

randai motif pendek adalah tepuk, kemudian tepuk diberi divariasikan dengan

memberikan tekanan tenaga, mempertimbangkan ruang yang dilalui dalam

pergerakan tubuh penari dan aspek masa. Masa yang lama dan sedikit, sangat

mempengarahui karektor pergerakan, hal ini terdapat pada tari RiBird’s, di mana !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"D!-.$(84!X)BY3&7$'&E!N&/:&.)8)'!G&'!-38)/(6E!F)0')(3(3$!&23.$%#E:&"$G#8:,H:D$G2&D83($7&-3$I:2:$!&236$V6*>)5)/()P!O5)7)1($E!"@QSE!9E!FFAFH!

Page 10: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

"D!!

koreografer melakukan gerak joget lambat yang aslinya lambat, kemudian

divariasikan dengan tempo yang cepat. Kesan burung ketika mengembangkan

sayapnya semakin kental kelihatan pada RiBird’s apabila dibandingkan pergerakan

Joget Gamelan yang asli sebagai tari Timang Burung.Pengembangan motif dengan

menggunakan tenaga dan usaha dengan variasi masa dan ruang gerak banyak

ditemukan pada pergerakan tarian yang dicipta oleh pelajar. Selain itu motif berulang

dan bervariasi daripada pengembangan motif pendek atau motif panjang adalah suatu

alternatif pada tahap eksplorasi.

3. Penghalusan dan Komposisi

Komposisi yang dihasilkan dalam karya mahasiswa Minor Seni Tari dapat

diuraikan pada beberapa karya tari sebagai berikut:

Struktur Cinta Za’yu11

Fasa pertama

Permulaan tari dengan mengalunkan azan yang menandakan kedatangan Islam ke

tanah melayu.Pemuda kampung memasang pelita di halaman pondok. Pelita

melambangkan simbolik cahaya iaitu datangnya islam ke tanah melayu. Tiang tiang

pelita juga membawa maksud alif iatu lurus membawa maksud Zapin

Melayu.Selepas berkumandang azan, seorang gadis menyapa teruna desa yang

baharu selepas solat di atas pondok. Selepas menyapa, teruna desa memulakan gerak

tari Zapin secara perlahan sambil gadis desa mengikut sama memulakan gerak.

Fasa Kedua

Pasangan mula turun dari pondok ke bahagian tengah pentas. Dalam pada

masa yang sama mereka di perhatikan oleh penduduk kampung. Pasangan suami

isteri bersama anak berada di pondok sambil berbual-bual.Teruna teruna desa berada

di bahagian kiri pentas sambil bertegur sapa.Sekumpulan gadis desa berada di

sebelah kanan pentas.Masing masing tunduk malu dengan kain batik sebagai kain

dagang yang menutupi kepala mereka.Selepas pasangan teruna dan gadis menari

berpasangan, penari penari lelaki dan perempuan turun menghayati lagu serta sama-

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!""=38)..),!I31'$!%!K%3!I)1)'E]T)+6/)'!(3*)1)'!()/$!^$'()!_)`>3aE!CD"DE!9!"R!

Page 11: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

""!!

sama menari.Permulaan tarian zapin ini dengan lagu Hari Ribut menggunakan gerak

tari zapin melayu putar alam.

Fasa Ketiga

Penari-penari wanita berada dalam posisi bulatan di tengah pentas.Penari

lelaki di sebelah kanan dan kiri pentas.Seolah-olah menjaga dan mengawal

wanita.Gerak tari ini dialunkan dengan lagu Bunga Hutan dan menggerakkan zapin

tenglu.

Fasa Keempat

Hanya penari lelaki sahaja berada di pentas.Penari penari lelaki

menggambungkan elemen silat dalam gerak tari di fasa ke empat ini.Terdapat tiga

kumpulan di bahagikan, seolah olah masing masing menunjukan kehebatn

bersilat.Elemen silat ini di masukkan kerana untuk menunjukkan lambang

kemegahan lelaki dalam masyarakat Melayu.Akhir fasa ke empat ini tiga orang

penari wanita menarikan gerak tari zapin kreatif.

Fasa Kelima

Kesemua penari masuk kembali ke pentas. Sepenuhnya fasa terakhir ini,

melakukan gerak pantas berkolabarasi dengan muzik moden zapin. Gerak tari jugak

di kreatifkan dan dipercepatkan pergerakan. Pakaian penari penari pada fasa ini telah

di tukar dengan lebih nampak moden. Tujuan koreografer untuk menukarkan pakaian

penari ialah ingin menunjukan peredaran masa dari zaman dahulu ke zaman yang

lebih moden. Penari lelaki memakai baju melayu cekak musang dan wanita memakai

baju kurung Pahang.

The Sense of Beauty12

Fasa Pertama

Pergerakan solo oleh penari yang bertelinga panjang dengan menunjukkan

aksi orang ulu yang sedang melakukan aktiviti ketika matahari hendak terbit di waktu

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"C!X&''>!?6'*E!N3*)1)'!N8&!-&'1&!6\!G&)3(>E!CD""E!9!CAF!

Page 12: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

"C!!

pagi dengan menguruskan diri. Kemudian penari lain masuk dengan melakukan

pergerakan orang yang sedang mengintip atau mengendap di tepi sungai.

Fasa Kedua

Wanita bertelinga panjang tadi masuk semula bersama dengan seorang lagi temannya

ke atas pentas.Pergerakan mereka adalah menunjukkan aktiviti seharian orang Ulu

ketika di ladang.Kemudian penari kumpulan tadi masuk semula ke pentas dan berlaku

aksi gerak penentangan, penunjukkan dan penerimaan di kalangan wanita ini.

Fasa Ketiga

Pergerakan secara gabungan wanita tadi dengan melakukan gerakan yang

menunjukkan kekaguman mereka dengan memasukkan gerakan yang keras, aktif dan

bersemangat.

C. Aspek Persembahan

Murgiyanto(1993) Tari dapat memuaskan mata, telinga, otak dan hati kita

kerana ianya memperlihatkan nilai persembahan tari dengan elemen yang mesti

diperhatikan adalah: (1) Kostumnya yang hebat, (2) mempunyai penari dengan teknik

pergerakan yang indah, (3) mempunyai keperibadian yang berkesan, (4) memiliki

kepekaan yang tinggi terhadap muzik dan ritma, (4) Idea tari yang baik berhasil

dikoreografikan secara tepat (5) dapat mengajak emosi penonton sehingga

kekurangan-dapat dilupakan.13

Sokongan daripada pihak penerbit rancangan dan teknikal Panggung Budaya

dari aspek pencahyaan, sound sytem, pihak pengurusan panggung sangat membantu

keberhasilan koreografi pelajar Minor Seni Tari yang sudah berjalan dalam 3 fase

produksi.

Pelbagai Etnik Nusantara dalam Tiga Produksi Tari

Tujuh belas koreografi pelajar Minor Seni Tari yang telah dipersembahkan

dalam tiga kali produksi tari mempunyai tema yang berbeza.Produksi pertama

menggunakan temaClassic Kitsch Contemporary dan produksi kedua menggunakan

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"F!=3/*$>)'(6, Sal. Ketika Cahaya Memuda. Jakarta: Deviri Ganan. 1993. P.6 !

Page 13: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

"F!!

tema Soul of Dance. Pada produksi yang ketiga menggunakan tema Six In a Box,

dengan label Re-Tari 2011.

Classic Kitsch Contemporary, adalah tema produksi tari yang merupakan

produksi pertama bagi pelajar minor seni tari yang mendaftar pada program Minor

Seni Tari sejak semester 1 2008/2009 dipersembahkan pada 18 Mac 2010 di

Panggung Budaya UPSI. Sepuluh orang pelajar telah menghasilkan 5 karya tari. Lima

karya tari tersebut mengambil idea garapan dari budaya dan alam semulajadi, yang

mana merujuk kepada 5 budaya yang ada di Malaysia iaitu: Randai, Klasik, Cina,

Sarawak dan Moden ( Studio Work). Setiap item ini tidak hanya berfungsi sebagai

asas garapan tetapi juga sebagai amalan seharian yang diapresiasikan dalam

pergerakan tari dalam bentuk inovasi dan kreatif.Seterusnya melahirkan karya yang

bermakna, komunikatif dan estetis menggambarkan Classic dan Comtemporary.

Lima koreografi yang dicipta pada produksi pertama iaitu: (1) Andai Randai

merupakan pengembangan daripada gerak Randai. (2)San Kipas merujuk kepada budaya

tari Cina.(3)Iras merupakan pengembangan daripada tarian Asyik yang merupakan tarian

Klasik atau tarian Istana dari negeri Kelantan.(4)Ngayau merujuk kepada tarian Sarawak

dengan menggarap ritual perang. (5) Room of Confession, satu-satunya tarian yang

berkonsepkan contemporary, mengekspresikan tentang fungsi bilik dalam kalangan

social.

Produksi tari yang kedua berlangsung pada 27 Oktober 2010 di Panggung Budaya

UPSI, bertemakan Soul of Danceolehmahasiswa yang mendaftar pada program Minor

Seni Tari ambilan Tema garapan diambil dari ekspresi perasaan individu serta ekspresi

budaya daripada alam persekitaran Malaysia. Enam karya tari yang telah digarap dalam

bentuk Tari Klasik (India), Jawa, Sarawak dan Tarian Moden kontemporari, yang lahir

dari luahan jiwa melalui pengamatan dan penghayatan individu pelajar.

Enam Koreografi yang diciptakan pada produksi kedua iaitu: (1) Sekar Wangi

adalah tari yang mengambil tema dan pergerakan berasaskan Jawa. (2) Kondattam,

bertemakan kehidupan dua kasta yang berbeza dalam kalangan orang India, pergerakan

berasaskan pada tari Bharata Natyamdan tarian Merak. (3) Tatoo: Gendup Berpantang,

mengambil tema masyarakat Dayak yang terdapat di Sarawak tentang tra disi tattoo

sebagai kekuatan spitual. (4) Gawai Batu,menggarap tradisi masyarakat Iban dalam

membersihkan kawasan tanaman padi yang sudah dituai sambil menghalau jembalang

Page 14: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

"R!!

dan menyeru kembali semangat padi. Pergerakan yang diolah adalah pergerakan

ngajat.(5) Spread love no Enemies, tarian yang yang mengambil konsep contemporary,

mengekspresikan konflik kehidupan mahasiswa di kolej yang saling tekan menekan

sesama mereka, apalagi terhadap mahasiswa baru. Namun akhirnya mereka menyedari

dan saling menyanyangi. (6) Haru-haru, tari kontemporari ini .&'6':675)'!5&8$,3+)'!

1&6/)'*! +&/&.+3)'! >)'*! (&/+)51)!.&'*8)/3'*$! 5&8$,3+)''>)! 1&7&+)1! 5&.)($)'!

5&5)1$8E! ! #)7).! :$J)'>)! ),)! ,35)! J)7)3+3'! 5&($5)! *&.%$/)E8)5$5)(! 1&%&')/'>)!

%&7$)3! :3*)! (&7)8! .&'$'**)7! ,3'$)! )5)'! (&()+$! %&7$)3! ($,)5! ,)+)(! .&'&/$.)!

()5,$/'>)!$(3E

Produksi tari ketiga yang berlangsung pada 14 April 2011 menamakan

programReTari 2011.‘Re’ merupakan singkatan kepada istilah “rekonstruksi”,

rekacipta”, dan “recital” di mana ia merupakan bermulanya proses pengkaryaan tari

sehingga ia dipersembahkan di pentas. Apabila ia digabungkan dengan istilah “Tari”

maka ia memberi maksudyang lebih bermakna. Tema produksi adalah Six in Box:

Pragrance of Movements yang disimbolikkan daripada 6 karya tari dalam 1

persembahan.Tema ini dipilih kerana persembahan ini dianggap sebagai sebuah pakej

haruman istimewa yang menampilkan 6 buah karya tari14

Enam karya tari yang telah dicipta iaitu: (1) Ri Bird’s yang berkonsepkan

etnik kreatif ini mendapat imaginasi dari pergerakan burung, namunmenggunakan

muzik joget Gamelan yang diremixkan, muncullah gerak yang dinamik dan lincah. (2)

Cinta Za’yu, berkonsepkan kreatif dengan mengambil tarian Zapin sebagai landasan

karya, mengekspresikan suasana surau dengan sekumpulan anak muda belajar silat

dan belajar Zapin, sehingga tarian Zapin menjadi sebuah tontonan yang estetik. (3)

The Sense of Beautyterilham dari keunikan telinga panjang yang merupakan symbol

wanita Kenyah Sarawak, telinga panjang adalah lambang kemewahan, satu seni

kecantikan diri,dapat memikat lelaki, bahkan merupakan warisan kebanggaan suku

kaum orang Ulu. (4) Benang-benang, menggarap selendang sebagai props tari yang

diolah secara kreatif. (5) Sammy Kappar, berkonsepkan kontemporari yang

mengekspresikan bagaimana individu menghayati muzik yang sama dengan tafsiran

yang berbeza dengan menterjemahakan melodi pada muzik, seperti suka, cinta, sedih ,

marah, dan sebagainya. (6) Jepit, berkonsepkan etnik kreatif menyingkap tradisi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"RG353!9/6*/).!b&N)/$!CD""E!9E!R!

Page 15: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

"S!!

Antavu (memburu kepala) yang diamalkan masyarakat Murut di suatu ketika dahulu,

karya ini diolah untuk membuktikan sifat keberanian pahlawan Murut.

Kesimpulan

Dari 17 koreografi yang diproduksi oleh mahasiswa Minor Tari UPSI, terdapat 11

karya tari yang terkategori pada etnik kreatif yang layak disebut sebagai Tari Kreasi

Nusantara. Etnik kreatif atau Tari Kreasi yang mengambil tema dan sumber pergerakan

daripada tarian etnik dan tari klasik yang ada di Malaysia seperti etnik China, Melayu,

India, Sabah dan Sarawak, selain itu terdapat pula kreasi daripada tari Istana Melayu, Jawa

dan Negeri Sembilan. Sebelas koreografi tersebut iaitu: Andai Randai,San Kipas,

Iras,Ngayau, Tatoo: Gendup Berpantang, Gawai Batu,Sekar Wangi, Kondattam, RiBird’s,

Cinta Za’yu, Sense of Beauty danJepit, Sedang tarian yang terkategori tarian kontemporari

iaitu: Room of Confession, Spread Love no Enemies, Benang-benang, The Melodies, dan

Haru-haru.

Elemen-elemen estetik persembahan sangat tergantung kepada: kesatuan, variasi,

repetisi, kontras, transisi, klimaks, proporsi, seimbang dan harmoni. Keberhasilan karya-

karya mahasiswa yang hanya 24 kredit tersebut tak luput daripada bimbingan dan arahan

daripada pensyarah-pensyarah Minor Tari UPSI yang telah meneroka kerjaya sejak tahun

2008. Pensyarah tersebut adalah: Pn. Nerosti Adnan selaku pensyarah Koreografi, Nur

Nabila Micheal Lung Abdullah selaku pensyarah Produksi Seni Tari , dibantu oleh Tutor

Muhammad Fazli bin Taib Saearani, Muhaini Binti Ahmad dan Nurulakmal binti Abdul

Wahid.

Rujukan Gonzales, Joseph (2004). Choreography A Malaysian Perspective.Kuala Lumpur:

Akademi Seni Kebangsaan. Hadi, Y. Sumandiyo.(1996). Aspek-aspek Dasar Koreografi Kelompok.Yogyakarta:

Mantili. Hawkins, Alma M. (2002) Moving From Within: A New Method for Dance

Making.Terj. I Wayan Dibia.Bergerak Menurut Kata Hati: Metoda Baru dalam Mencipta Tari. Denpasar: ISI. 2002.

Humphrey ,Doris. (1987).The Art of Making Dances : Princeton Book Company.

Page 16: Koreografi Minor Tari (Nerosti Adnan) UPSI, Seminar UMS. · nusantara di Malaysia yang meliputi Melayu, Minangkabau, Sabah dan Sarawak, ... tentang alam persekitaran Malaysia,

!!

"W!!

Meri, La. Elemen-elemen Dasar Komposisi Tari. Terj. Sudarsono. Yogyakarta: Lagaligo. 1986. Murgiyanto, Sal. Ketika Cahaya Memuda. Jakarta: Deviri Ganan. 1993

Sandra Cerny Minton. 1986. Choreography – A Basic Approach Using Improvisation (2nd edition). Human Kinetics

Smith. Jacqueline. Komposisi Tari: Sebuah Petunjuk Praktis untuk Guru. Terj. Ben Suharto. Yogyakarta: Ikalasti. 1985.

Nadel, Myron Howard and Nadel, Constance Gwen. 1970The Dance Experience: Reading in Dance Appreaciation. New York, Washington, London: Praecer Publishers.

Murgiyanto, Sal. Ketika Cahaya Memuda. Jakarta: Deviri Ganan. 1993 Siegel, Marcia B. The Shapes of Change: Image of American Dance. Houghton

Miflin Company. Boston. 1979.