44

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak- · PDF fileMengingati bahawa keperluan untuk memperluas jagaan tertentu ... Kebajikan Kanak-Kanak, dengan Rujukan Khas kepada Penempatan

Embed Size (px)

Citation preview

KONVENSYENMengenai Hak Kanak-Kanak

KONVENSYENMengenai Hak Kanak-Kanak

Telah diterima pakai olehPerhimpunan Agong

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatupada 20 November 1989

(Malaysia mengekalkan reservasi terhadapPerkara 1, 2, 7, 13, 14, 15. 28(1)(a) dan 37 dalam

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak)

KONVENSYENMengenai Hak Kanak-Kanak

MUKADIMAH.........................................................................................................................................................................

Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen,

Menimbangkan bahawa, mengikut prinsip-prinsip yangdiproklamasikan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,pengiktirafan kemuliaan yang sedia ada dan hak-hak yang sama ratadan tidak terpisah bagi seluruh ahli keluarga manusia ialah asaskebebasan, keadilan dan keamanan di dunia,

Mengingati bahawa rakyat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah,dalam Piagam, sekali lagi mengesah kepercayaan mereka terhadaphak asasi manusia dan kemuliaan dan nilai diri manusia, dan telahbertekad untuk menggalakkan perkembangan sosial dan taraf hidupyang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas,

Mengiktirafkan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah,dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan dalam Waad-WaadAntarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia, memproklamasikan danbersetuju bahawa tiap-tiap orang berhak untuk mendapat semua hakdan kebebasan yang dinyatakan dalamnya, tanpa perbezaan apa juapun, seperti bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pandangan politikatau pandangan lain, asal-usul bangsa atau sosial, harta, status kelahiranatau status lain,

Mengenangkan bahawa, dalam Perisytiharan Sejagat Hak AsasiManusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memproklamasikanbahawa zaman kanak- kanak berhak kepada jagaan dan bantuan khas,

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

5

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

6

Meyakinkan bahawa keluarga, sebagai kumpulan asasi dalammasyarakat dan merupakan persekitaran semulajadi bagipertumbuhan dan kesejahteraan semua ahlinya dan terutamanyakanak-kanak, patut diberi perlindungan dan bantuan yang diperlukansupaya ia boleh menjalankan dengan sepenuhnya tanggungjawabnyadalam komuniti,

Mengiktirafkan bahawa kanak-kanak, untuk perkembangan yangsepenuhnya dan berharmoni bagi personalitinya, patut membesardalam persekitaran kekeluargaan, dalam suasana bahagia, kasih sayangdan persefahaman,

Menimbangkan bahawa kanak-kanak patut bersedia sepenuhnyauntuk hidup dalam kehidupan individu dalam masyarakat, dan dibesarkandalam semangat ideal yang diproklamasikan dalam Piagam PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu, dan secara khususnya dalam semangatkeamanan, kemuliaan, toleransi, kebebasan, kesamaan dan perpaduan,

Mengingati bahawa keperluan untuk memperluas jagaan tertentukepada kanak-kanak telah dinyatakan dalam Perisytiharan GenevaMengenai Hak Kanak-Kanak 1924 dan dalam Perisytiharan HakKanak-Kanak yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung pada 20November 1959 dan diiktirafkan dalam Perisytiharan Sejagat HakAsasi Manusia, dalam Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Sivildan Politik (terutama dalam perkara 23 dan 24), dalam WaadAntarabangsa Mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan(terutama perkara 10) dan dalam statut dan surat cara yang berkaitanagensi khusus dan pertubuhan antarabangsa yang bersangkut-pautdengan kebajikan kanak-kanak.

Mengingati bahawa sebagaimana yang ditunjukkan dalam PerisytiharanHak Kanak-Kanak, “kanak-kanak itu oleh sebab dia belum matang darisegi fizikal dan mental, memerlukan pelindung dan jagaan khas

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

7

termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya, sebelumdan juga selepas lahir”.

Mengenangkan peruntukan Perisytiharan mengenai Prinsip-PrinsipSosial dan Undang-Undang yang berhubungan dengan Perlindungan danKebajikan Kanak-Kanak, dengan Rujukan Khas kepada PenempatanKeluarga Angkat dan Pengangkatan Kebangsaan dan Antarabangsa;Kaedah-Kaedah Standard Minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatubagi Pentadbiran Keadilan Juvana (Kaedah-Kaedah Beijing); danPerisytiharan mengenai Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak semasaDarurat dan Konflik Bersenjata.

Mengiktirafkan bahawa, dalam semua negara dalam dunia ini, terdapatkanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang teramat susah, dan bahawakanak-kanak sedemikian memerlukan pertimbangan khas.

Mengambil kira dengan sewajarnya kepentingan nilai-nilai tradisi dankebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yangharmoni kanak-kanak itu.

Mengiktirafkan kepentingan kerjasama antarabangsa bagimemperbaiki keadaan hidup kanak-kanak dalam tiap-tiap negara,khususnya negara membangun.

Telah bersetuju seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

Perkara 1 .......................

Bagi maksud Konvensyen ini, seseorang kanak-kanak ertinya tiap-tiapmanusia dibawah umur lapan belas tahun melainkan jika, dibawah

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

8

undang-undang yang terpakai bagi kanak-kanak itu, dia mencapai umurdewasanya sebelum itu.

Perkara 2 .......................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati dan memastikanbahawa hak-hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini diberikankepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpaapa jenis diskriminasi, tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa,agama, pandangan politik atau pandangan lain, warganegara, asal-usul etnik atau sosial, harta, hilang upaya status kelahiran ataustatus lain kanak-kanak itu ibu bapanya atau penjaganya yangsah.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yangsesuai untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu dilindungidaripada semua bentuk diskriminasi atau hukuman berdasarkanstatus, aktiviti pandangan yang dilahirkan, atau kepercayaan ibubapanya. penjaganya di sisi undang-undang atau ahli keluarganya.

Perkara 3 .......................

1. Dalam segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama adayang diaku janji oleh institusi kebajikan masyarakat awam atauswasta, mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran atau badanperundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklahmenjadi pertimbangan utama.

2. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk memastikan kanak-kanak itu diberi perlindungan dan jagaan yang diperlukan bagikesejahteraannya, dengan mengambil kira hak dan kewajipan ibu

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

9

bapanya, penjaganya di sisi undang-undang atau individu lain yangbertanggungjawab di sisi undang-undang baginya dan dalam halini, hendaklah mengambil segala langkah perundangan danpentadbiran yang sewajarnya.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan bahawa institusiperkhidmatan dan kemudahan yang bertanggungjawab bagijagaan atau perlindungan kanak-kanak hendaklah mematuhistandard yang diadakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa,terutama dalam bidang keselamatan, kesihatan, dari segi bilangandan kesesuaian kakitangan mereka, serta pengawasan yangberwibawa.

Perkara 4 .......................

Negara-Negara Pihak hendaklah mengaku janji segala langkahperundangan pentadbiran yang sesuai dan langkah lain untukmelaksanakan hak-hak yang diiktirafkan dalam Konvensyen ini, mengenaihak ekonomi, sosial dan kebudayaan, Negara-Negara Pihak hendaklahmengaku janji langkah-Iangkah sedemikian sebanyak mungkin daripadasumber-sumber mereka yang ada dan jika diperlukan, dalam rangkakerjasama antarabangsa.

Perkara 5 .......................

Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati tanggungjawab, hakdan kewajipan ibu bapa atau jika berkenaan, ahli keluarga luas ataukomuniti sebagaimana yang telah diperuntukan oleh adat tempatan,penjaga di sisi undang-undang buat orang lain yang bertanggungjawabdi sisi undang-undang bagi kanak-kanak itu, untuk memperuntukkanmengikut cara yang selaras dengan keupayaan berkembang kanak-

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

10

kanak itu, arah dan bimbingan yang sewajarnya dalam menjalankanhak yang diiktirafkan dalam Konvensyen oleh kanak-kanak itu.

Perkara 6 .......................

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan kanak-kanaksetakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan danperkembangan kanak-kanak.

Perkara 7 .......................

1. Kanak-kanak hendaklah didaftarkan sebaik selepas dilahirkan danhendaklah mampunyai hak sejak lahir, mampunyai hak terhadapsuatu nama, hak untuk mamperoleh kerakyatan dan seboleh-bolehnya hak untuk mengetahui dan dijaga oleh ibu bapanya.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan pelaksanaan hakini mengikut undang-undang negara mereka dan obligasi merekadi bawah surat cara antarabangsa yang berkaitan dalam bidangini, terutama jika, kanak-kanak itu selainnya menjadi tanpakewarganegaraan.

Perkara 8 .......................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk menghormati hakkanak-kanak untuk memelihara identitinya, termasuk kerakyatan,nama dan hubungan kekeluargaan sebagaimana yang diiktiraf oleh

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

11

undang-undang tanpa campur tangan yang menyalahi undang-undang.

2. Jika seseorang kanak-kanak dilucuthakkan secara menyalahiundang-undang sesetengah atau semua unsur identitinya, Negara-Negara Pihak hendaklah memberikan bantuan dan perlindunganyang sewajarnya, dengan tujuan untuk mencepatkan pemantapansemula identitinya.

Perkara 9 .......................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan bahawa seseorangkanak-kanak itu tidak dipisahkan daripada ibu bapanya tanpakerelaannya, kecuali apabila pihak berkuasa yang berwibawa yangtertakluk kepada kajian semula kehakiman, memutuskan mengikutundang-undang dan tatacara yang terpakai, bahawa pemisahansedemikian adalah perlu bagi kepentingan terbaik kanak-kanakitu. Pemutusan itu mungkin perlu dalam kes tertentu seperti kesyang melibatkan penganiayaan atau pengabaian kanak-kanak olehibu bapa atau kes di mana ibu bapa tinggal secara berasingan dansuatu keputusan mestilah dibuat mengenai tempat tinggal kanak-kanak itu.

2. Dalam mana-mana prosiding menurut perenggan 1 perkara ini,semua pihak yang berkepentingan hendaklah diberi peluang untukmenyertai prosiding itu dan melahirkan pendapat mereka.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak kanak-kanakyang dipisahkan daripada salah seorang atau kedua-dua ibu bapauntuk mengekalkan hubungan peribadi dan perhubungan terusdengan kedua-dua ibu bapa atas dasar tetap, kecuali jika iabertentangan dengan kepentingan terbaik kanak-kanak itu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

12

4. Jika perpisahan sedemikian disebabkan oleh apa-apa tindakanyang dimulakan oleh suatu Negara Pihak, seperti tahanan,pemenjaraan, buangan, pengusiran atau kematian (termasukkematian yang timbul daripada apa-apa punca semasa orang itudalam jagaan Negara) seorang atau kedua-dua ibu bapa ataukanak-kanak itu sendiri, Negara Pihak itu hendaklah ataspermintaan, memberikan ibu bapa, kanak-kanak itu, atau jikawajar, seorang lagi ahli keluarga dengan maklumat yang pentingberkenaan dengan di mananya ahli (ahli-ahli) keluarga yang tidakhadir itu melainkan jika pemberian maklumat itu akanmemudaratkan kesejahteraan kanak-kanak itu. Negara-NegaraPihak hendaklah memastikan selanjutnya bahawa pengemukaanpermintaan sedemikian itu sendiri tidak mendatangkan akibatyang buruk kepada orang (orang-orang) yang berkenaan.

Perkara 10 .....................

1. Mengikut obligasi Negara-Negara Pihak di bawah perkara 9,perenggan 1 permohonan oleh seseorang kanak-kanak atauibu bapanya untuk memasuki atau meninggalkan suatu NegaraPihak bagi maksud penyatuan semula keluarga hendaklahdiuruskan oleh Negara-Negara Pihak mengikut cara yang positif,berperikemanusiaan, dan cepat serta cekap. Negara-NegaraPihak hendaklah memastikan pengemukaan permintaansedemikian itu sendiri tidak mendatangkan akibat yang burukkepada pemohon-pemohon dan bagi ahli keluarga mereka.

2. Seseorang Kanak-Kanak yang ibu bapanya bermastautin diNegara yang berlainan hendaklah mempunyai hak untukmengekalkan atas dasar tetap kecuali dalam hal keadaan yangluar biasa, hubungan peribadi dan perhubungan terus dengan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

13

kedua-dua ibu bapanya. Dalam pada itu dan mengikut obligasiNegara-Negara Pihak di bawah perkara 9, perenggan 1, Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak kanak-kanak danibu bapanya untuk meninggalkan mana-mana Negara, termasuknegara mereka sendiri, dan untuk memasuki Negara merekasendiri. Hak untuk meninggalkan mana-mana negara hendaklahtertakluk hanya kepada sekatan yang ditetapkan oleh undang-undang dan yang perlu untuk melindungi keselamatan negara,ketenteraman awam (ordre public), kesihatan awam ataukemoralan atau hak dan kebebasan orang lain dan selaras denganhak lain yang diiktiraf dalam konvensyen ini.

Perkara 11 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil langkah-Iangkahuntuk memerangi pemindahan haram ketidakbolehpulangankanak-kanak di luar negeri.

2. Dalam hal ini, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkanperjanjian dwi pihak atau berbilang pihak atau penyertaan dalamperjanjian yang sedia ada.

Perkara 12 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah meyakinkan kanak-kanak yangboleh membentuk pandangannya sendiri hak untuk menyatakanpendapat itu dengan bebas dalam semua perkara yang menyentuhkanak-kanak, pandangan kanak-kanak itu diberi pertimbanganyang sewajarnya mengikut umur dan kematangan kanak-kanakitu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

14

2. Bagi maksud ini, kanak-kanak hendaklah secara khusus diberikanpeluang untuk didengar dalam apa-apa prosiding kehakiman danpentadbiran yang menyentuh kanak-kanak itu, sama ada secaralangsung atau melalui seorang wakil atau badan yang sesuai,mengikut cara yang selaras dengan kaedah-kaedah tatacaraundang-undang negara.

Perkara 13 .....................

1. Kanak-kanak hendaklah berhak kepada kebebasan bersuara; hakini hendaklah termasuk kebebasan untuk mencari, menerima danmenyampaikan semua jenis maklumat dan idea, tanpa mengirasempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau cetakan, dalambentuk lukisan atau melalui apa-apa media lain yang dipilih olehkanak-kanak itu.

2. Penggunaan hak ini boleh tertakluk kepada sekatan tertentu tetapisekatan itu hendaklah hanya sebagaimana yang diperuntukkanoleh undang-undang dan adalah perlu:

(a) Untuk menghormati hak atau reputasi orang lain; atau(b) Untuk melindungi keselamatan negara atau

ketenteraman awam (ordre public) atau kesihatan awamatau kemoralan.

Perkara 14 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak kanak-kanakkepada kebebasan berfikir, berhati nurani dan beragama.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak dan kewajipanibu bapa dan, jika berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, untukmenunjukkan hala tuju kepada kanak-kanak itu dalam

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

15

menjalankan haknya mengikut cara yang selaras dengankeupayaan berkembang kanak-kanak itu.

3. Kebebasan untuk menunjukkan agama atau kepercayaanseseorang dengan ketara boleh tertakluk hanya kepada batasan-batasan tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang dan adalah perlu untuk melindungi keselamatan awam,ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan atau hakasasi dan kebebasan orang lain.

Perkara 15 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepadakebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun secara aman.

2. Tiada sekatan boleh diletakkan mengenai penggunaan hak iniselain sekatan yang dikenakan bagi menepati undang-undang danyang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingankeselamatan negara atau keselamatan awam, ketenteraman awam(ordre public), perlindungan kesihatan awam atau kemoralanatau perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Perkara 16 .....................

1. Tiada kanak-kanak boleh dikenakan gangguan dengan sewenang-wenangnya atau yang menyalahi undang-undang terhadap privasi,keluarga, tempat tinggal atau surat-menyuratnya, atau kepadaserangan yang menyalahi undang-undang ke atas nama baik danreputasinya.

2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau serangan sedemikian.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

16

Perkara 17 .....................

Negara-Negara Pihak mengiktiraf fungsi penting yang dilaksanakan olehmedia massa dan hendaklah memastikan bahawa kanak-kanak itumempunyai akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumberkebangsaan dan antarabangsa, terutamanya maklumat dan bahan yangditujukan kepada penggalakan kesejahteraan sosialnya, kerohaniannyadan kemoralannya serta kesihatan fizikal dan mentalnya. Dalam hal ini,Negara-Negara Pihak hendaklah:

(a) Menggalakkan media massa menyebarkan maklumat danbahan mengenai faedah sosial dan kebudayaan kepadakanak-kanak dan mengikut semangat perkara 29;

(b) Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam penghasilan,pertukaran dan penyebaran maklumat dan bahansedemikian daripada pelbagai sumber kebudayaan,kebangsaan dan antarabangsa;

(c) Menggalakkan penghasilan dan penyebaran buku kanak-kanak;

(d) Menggalakkan media massa untuk memberi perhatiantertentu kepada keperluan linguistik kanak- kanak yangtergolong dalam kumpulan minoriti atau yang merupakanpenduduk asli;

(e) Menggalakkan perkembangan garis panduan yangsewajarnya bagi perlindungan kanak-kanak daripadamaklumat dan bahan yang menjejaskan kesejahteraannya,dengan mengingati peruntukan perkara 13 dan 18.

Perkara 18 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaikmereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

17

dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikandan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyaitanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatianasas.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakandalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberibantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisiundang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesarananak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi,kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yangwajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapayang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatandan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

Perkara 19 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkahperundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnyauntuk melindungi kanak- kanak daripada semua bentukkeganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan,pengabaian atau pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi,termasuk penderaan seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa (ibubapa-ibu bapa), penjaga di sisi undang-undang (penjaga-penjagadi sisi undang-undang) atau mana-mana orang yang menjagakanak-kanak itu.

2. Langkah perlindungan sedemikian patut sebagaimana sesuai,termasuk tatacara yang berkesan bagi mewujudkan program

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

18

sosial untuk memperuntukkan sokongan yang perlu bagi kanak-kanak itu dan bagi mereka yang menjaga kanak-kanak itu, sertabagi semua bentuk lain pencegahan dan bagi pengenalan, laporan,rujukan, penyiasatan, rawatan dan tindakan selanjutnya bagi kes-kes penganiayaan kanak-kanak yang diperihalkan sebelum ini, dansebagaimana sesuai bagi penglibatan kehakiman.

Perkara 20 .....................

1. Seseorang kanak-kanak yang dilucuthakkan persekitarankekeluargaannya secara sementara atau kekal atau yang mengikutkepentingan terbaiknya sendiri tidak boleh dibenarkan untukterus tinggal dalam persekitaran itu, berhak mendapatperlindungan dan bantuan khas yang diperuntukkan oleh Negara.

2. Negara Pihak hendaklah mengikut undang-undang negara merekamemastikan jagaan alternatif bagi kanak-kanak sedemikian.

3. Jagaan sedemikian boleh termasuk, antara lain, penempatankeluarga angkat, kafala dalam undang-undang Islam, pengangkatanatau jika perlu penempatan dalam institusi yang sesuai bagi jagaankanak-kanak. Apabila mempertimbangkan penyelesaian-penyelesaian, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepadabaiknya kesinambungan dalam didikan kanak-kanak dan kepadalatar belakang etnik, agama, kebudayaan dan linguistik kanak-kanak itu.

Perkara 21 .....................

1. Negara-Negara Pihak yang mengiktiraf dan / atau membenarkansistem pengangkatan hendaklah memastikan bahawa kepentingan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

19

terbaik kanak-kanak hendaklah menjadi pertimbangan yang palingutama dan mereka hendaklah:

(a) Memastikan bahawa pengangkatan seseorang kanak-kanakitu dibenarkan hanya oleh pihak berkuasa yang berwibawayang menentukan, mengikut undang-undang dan tatacarayang terpakai dan berdasarkan segala maklumat yangberkaitan dan boleh dipercayai, bahawa pengangkatan ituboleh dibenarkan memandangkan kepada taraf kanak-kanak itu mengenai ibu bapa, saudara-mara dan penjagadi sisi undang-undang dan bahawa, jika diperlukan orangyang berkenaan telah memberikan persetujuanberpengetahuan kepada pengangkatan itu berdasarkankaunseling yang diperlukan;

(b) Mengiktiraf bahawa pengangkatan antara negara bolehdipertimbangkan sebagai suatu cara pilihan mengenaijagaan kanak-kanak, jika kanak-kanak itu tidak dapatdimasukkan dalam sesebuah keluarga angkat atau keluargapengangkatan atau tidak boleh dalam apa-apa cara yangsesuai dijaga dalam negara asal kanak-kanak itu;

(c) Memastikan bahawa kanak-kanak yang terlibat dalampengangkatan antara negara menikmati perlindungan danstandard yang sama dengan yang ada dalam halpengangkatan negara itu;

(d) Mengambil segala langkah yang sewajarnya untukmemastikan bahawa, dalam pengangkatan antara negara,penempatan itu tidak mendatangkan keuntungankewangan yang tidak sepatutnya bagi mereka yang terlibatdalamnya;

(e) Mempromosikan, jika sesuai, objektif perkara ini denganmembuat perkiraan atau perjanjian dwi pihak atauberbilang pihak dan berusaha dalam rangka ini, untukmemastikan bahawa penempatan kanak-kanak itu dalam

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

20

negara lain dijalankan oleh pihak berkuasa atau organ yangberwibawa.

Perkara 22 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil langkah-Iangkah yangsewajarnya untuk memastikan bahawa seseorang kanak-kanakyang meminta taraf pelarian atau yang dianggap pelarian mengikutundang-undang dan tatacara antarabangsa atau domestik yangterpakai hendaklah sama ada tidak ditemani atau ditemani olehibu bapanya atau mana-mana orang lain, menerima perlindunganyang sewajarnya dan bantuan berperikemanusiaan dalammenikmati hak-hak yang terpakai yang dinyatakan dalamKonvensyen ini dan dalam suratcara hak-hak asasi manusiaantarabangsa atau kemanusiaan yang baginya Negara tersebutmenjadi Pihak.

2. Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihak hendaklahmemperuntukkan, sebagaimana yang dianggap wajar olehmereka, kerjasama dalam apa-apa usaha oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan antara kerajaan yang berwibawaatau pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama denganPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi danmembantu kanak-kanak sedemikian dan untuk mengesan ibu bapaatau ahli keluarga lain mana-mana pelarian kanak-kanak untukmendapatkan maklumat yang diperlukan bagi penyatuannyadengan keluarganya. Dalam hal di mana tiada ibu bapa atau ahlikeluarga lain dijumpai, kanak-kanak itu hendaklah diberikanperlindungan yang sama dengan mana-mana kanak-kanak lainyang dilucuthakkan persekitaran kekeluargaannya secara kekalatau sementara bagi apa-apa sebab sebagaimana yang dinyatakandalam Konvensyen ini.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

21

Perkara 23 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak kurang upaya secara mental atau fizikal patut menikmatikehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan yangmemastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung,dan memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalamkomuniti.

2. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kurang upayauntuk mendapat jagaan khas dan hendaklah menggalakkan danmemastikan peluasan, tertakluk kepada sumber yang ada,kepada kanak-kanak yang layak dan kepada mereka yangbertanggungjawab bagi jagaannya, bantuan yang kerananyapermintaan itu dibuat dan yang sesuai bagi keadaan kanak-kanakitu dan bagi hal keadaan ibu bapa atau orang lain yang menjagakanak-kanak itu.

3. Dalam mengiktiraf keperluan khas bagi seseorang kanak-kanakkurang upaya, bantuan yang diperluaskan mengikut perenggan 2perkara ini hendaklah diperuntukkan secara percuma, bila manamungkin, dengan mengambil kira sumber kewangan ibu bapa atauorang lain yang menjaga kanak-kanak itu, dan hendaklah dirangkauntuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya telahmendapat akses yang berkesan kepada dan menerima pendidikan,latihan, perkhidmatan jagaan kesihatan, perkhidmatan pemulihan,persediaan untuk bekerja dan peluang rekreasi mengikut carayang sesuai kepada pencapaian kanak-kanak itu sejauh mungkinintergrasi sosial dan perkembangan individu, termasukperkembangan kebudayaan dan kerohanian.

4. Negara-Negara pihak hendaklah menggalakkan dalam semangatkerjasama antarabangsa pertukaran maklumat yang sewajarnya

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

22

dalam bidang jagaan kesihatan pencegahan dan rawatanperubatan, psikologi dan fungsi kanak-kanak kurang upaya,termasuk penyebaran dan akses kepada maklumat berkenaandengan kaedah pemulihan, perkhidmatan pendidikan danvokasional, dengan tujuan membolehkan Negara-Negara Pihakmemperbaiki kebolehan dan kemahiran mereka dan untukmeluaskan pengalaman mereka dalam bidang ini. Berhubungandengan ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepadakeperluan negara-negara membangun.

Perkara 24 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untukmenikmati standard kesihatan yang boleh dicapai yang palingtinggi dan kepada kemudahan rawatan bagi penyakit danpemulihan kesihatan. Negara-Negara Pihak hendaklah berusahauntuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak dilucuthakkanaksesnya kepada perkhidmatan jagaan kesihatan sedemikian.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah meneruskan pelaksanaansepenuhnya hak ini dan, khususnya, hendaklah mengambil langkah-Iangkah yang / sewajarnya:

a) Untuk mengurangkan kematian bayi dan kanak- kanak;b) Untuk memastikan peruntukan bantuan kesihatan dan

rawatan kesihatan yang perlu kepada semua kanak- kanakdengan penekanan kepada perkembangan jagaan kesihatanyang utama;

c) Untuk memerangi penyakit dan pemakanan tidak seimbang,termasuk dalam rangka kerja jagaan kesihatan yang utamamelalui antara lain, penggunaan teknologi yang sedia adadan melalui peruntukan makanan berkhasiat yang

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

23

mencukupi dan air minuman yang bersih, denganmengambil kira bahaya dan risiko pencemaran alam sekitar;

d) Untuk memastikan jagaan kesihatan sebelum dan selepasbersalin yang sewajarnya bagi ibu;

e) Untuk memastikan bahawa semua lapisan masyarakat,khususnya ibu bapa dan kanak-kanak, dimaklumkan,mempunyai akses kepada pendidikan dan disokong dalampenggunaan pengetahuan asas mengenai kesihatan danpemakanan kanak-kanak, kebaikan penyusuan ibu,kebersihan dan sanitasi alam sekitar dan pencegahankemalangan;

f) Untuk mengembangkan jagaan kesihatan melaluipencegahan, bimbingan bagi ibu bapa dan pendidikan danperkhidmatan perancangan keluarga.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkahyang berkesan dan sewajarnya dengan tujuan untukmenghapuskan amalan tradisional yang memudaratkankesihatan kanak-kanak.

4. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk mempromosikan danmenggalakkan kerjasama antarabangsa dengan tujuan untukmencapai secara berperingkat realisasi yang sepenuhnya hak yangdiiktirafkan dalam perkara ini. Dalam hal ini, perhatian yang khusushendaklah diberikan kepada keperluan negara-negaramembangun.

Perkara 25 .....................

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak seseorang kanak-kanak yang telahditempatkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa bagi maksud jagaanperlindungan atau rawatan kesihatan fizikal atau mentalnya, kepada kajian

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

24

semula berkala rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak itu danjuga semua hal keadaan lain yang berkaitan dengan penempatannya.

Perkara 26 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengiktiraf bagi tiap-tiap kanak-kanak hak untuk mendapat faedah daripada keselamatan sosial,termasuk insuran sosial dan hendaklah mengambil langkah-Iangkah yang perlu untuk mencapai realisasi yang sepenuhnyahak ini mengikut undang-undang negara mereka.

2. Faedah-faedah patut, jika wajar diberikan dengan mengambil kirasumber dan hal keadaan kanak-kanak itu dan orang yangmempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepadakanak-kanak itu serta apa-apa pertimbangan lain yang berkaitandengan permohonan untuk mendapatkan faedah yang dibuat olehatau bagi pihak kanak-kanak itu.

Perkara 27 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanakkepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal,mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

2. Ibu-bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yangbertangungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawabutama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaankewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangankanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikutkemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

25

sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yangbertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hakini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuanmaterial dan program sokongan, terutamanya berhubungandengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yangsewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkahuntuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yangmempunyai tanggunggjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu,baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya,jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadapkanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripadanegara kanak-kanak itu. Negara-Negara Pihak hendaklahmenggalakkan kesertaan dalam perjanjian antarabangsa ataupembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lainyang sewajarnya.

Perkara 28 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepadapendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secaraberperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, merekahendaklah, secara khususnya:

a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakansecara percuma kepada semua;

b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalampelbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional,mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiapkanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnyaseperti memperkenalkan pendidikan percuma danmenawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

26

c) Menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasarkeupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;

d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional danbimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;

e) Mengambil langkah-Iangkah untuk menggalakkankehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkankadar keciciran.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yangsewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkanmengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dandengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan danmenggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yangberhubungan dengan pendidikan, khususnya, dengan tujuan untukmenyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf diseluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuansaintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalamhal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepadakeperluan negara-negara membangun.

Perkara 29 .....................

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanakhendaklah dihalatujukan kepada:

a) Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mentaldan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang palingtinggi;

b) Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dankebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

27

dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;c) Perkembangan rasa hormat bagi ibubapa kanak- kanak,

identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilaikebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadunyang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

d) Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawabdalam masyarakat yang bebas, dalam semangatpersefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, danpersahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik,kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnyapenduduk asli;

e) Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semulajadi.

2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkansebagai mengganggu kebebasan individu dan badan untukmewujudkan dan mengarahkan institusi pendidikan tertakluksentiasa kepada pematuhan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalamperenggan 1 perkara ini dan kepada keperluan bahawa pendidikandiberikan di institusi sedemikian hendaklah mematuhi standardminimum yang ditetapkan oleh Negara.

Perkara 30 .....................

Dalam Negara di mana wujudnya minoriti etnik, agama, atau linguistikatau orang-orang yang asal-usulnya penduduk asli, seseorang kanak-kanak yang tergolong dalam minoriti sedemikian atau ialah pendudukasli tidaklah boleh dinafikan hak, dalam komuniti dengan anggotakumpulannya yang lain, untuk menikmati kebudayaannya sendiri, untukmenganut dan mengamalkan agamanya sendiri atau untuk menggunakanbahasanya sendiri.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

28

Perkara 31 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk rehatdan masa lapang, untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainandan rekreasi yang sesuai dengan umur kanak-kanak itu dan untukmenyertai secara bebas dalam kehidupan kebudayaan dankesenian.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati dan menggalakkanhak kanak-kanak untuk menyertai sepenuhnya dalam kehidupankebudayaan dan kesenian, dan hendaklah menggalakkanpenyertaan peluang yang sesuai dan sama bagi aktiviti kebudayaan,kesenian rekreasi dan masa lapang.

Perkara 32 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untukdilindungi daripada eksploitasi ekonomi dan daripada menjalankanapa-apa kerja yang berkemungkinan berbahaya ataumengganggu pendidikan kanak-kanak itu, atau adalahmendatangkan keburukan kepada kesihatan kanak-kanak atauperkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan atau sosialkanak-kanak itu.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil langkah-Iangkahperundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan untukmemastikan pelaksanaan perkara ini. Dalam hal ini, dan setelahmengambil kira peruntukan yang berkaitan surat caraantarabangsa yang lain, Negara-Negara Pihak hendaktah secarakhusus:

a) Membuat peruntukan mengenai umur atau umur-umurminimum bagi kebenaran untuk bekerja;

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

29

b) Membuat peruntukan mengenai pengawal seliaan, masadan keadaan bekerja;

c) Membuat peruntukan mengenai penalti yang sewajarnyaatau apa-apa sanksi lain untuk memastikan penguatkuasaanyang berkesan perkara ini.

Perkara 33 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar,termasuklah langkah perundangan, pentabiran, sosial dan pendidikan,untuk melindungi kanak-kanak daripada penggunaan secara haramdadah narkotik dan bahan psikotropik sebagaimana yang ditakrifkandalam triti antarabangsa yang berkenaan dan untuk mencegahpenggunaan kanak-kanak dalam pengeluaran dan pengedaran bahanitu.

Perkara 34 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk pengeksploitasian seks danpenderaan seksual. Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihakhendaklah secara khusus mengambil segala langkah kebangsaan,dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk mencegah:

a) Dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkandiri dalam apa-apa aktiviti seks yang menyalahi undang-undang;

b) Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalampelacuran atau apa-apa amalan seks yang menyalahiundang-undang;

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

30

c) Pengunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalampersembahan dan bahan lucah.

Perkara 35 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah dalamnegara, dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untukmencegah pelarian, penjualan atau perdagangan haram kanak-kanak bagi apa-apa maksud atau dalam apa-apa bentuk.

Perkara 36 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah melindungi kanak-kanak daripadasegala bentuk pengeksploitasian lain yang memudaratkan mana-manaaspek kebajikan kanak-kanak itu.

Perkara 37 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan bahawa:

a) Tiada kanak-kanak boleh tertakluk kepada penyeksaan ataulayanan atau hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaanatau menjatuhkan maruah. Tiada hukuman mati atau pemenjaraanseumur hidup tanpa kemungkinan untuk dilepaskan bolehdikenakan bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang yang di bawahumur lapan belas tahun;

b) Tiada kanak-kanak boleh dilucuthakkan kebebasannya denganmenyalahi undang-undang atau secara sewenang-wenangnya.Penangkapan, penahanan atau pemenjaraan kanak-kanak

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

31

hendaklah menepati undang-undang dan hendaklah digunakanhanya sebagai langkah terakhir dan untuk tempoh masa yangpaling sesuai yang paling singkat;

c) Tiap-tiap kanak-kanak yang dilucuthakkan kebebasan hendaklahdilayan dengan perikemanusiaan dan dengan hormat bagimaruah diri manusia yang sedia ada, dan mengikut cara yangmengambil kira keperluan orang yang sama umur dengannya.Secara khusus, tiap-tiap kanak-kanak yang dilucuthakkankebebasan hendaklah dipisahkan daripada orang dewasamelainkan jika ia disifatkan demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu untuk tidak berbuat demikian dan hendaklahmempunyai hak untuk mengekalkan perhubungan dengankeluarganya melalui surat-menyurat dan lawatan kecuali dalamhal keadaan yang luar biasa;

d) Tiap-tiap kanak-kanak yang dilucuthakkan kebebasannyahendaklah mempunyai hak untuk akses yang cepat kepadabantuan guaman dan bantuan sesuai yang lain serta hak untukmencabar kesahan pelucuthakkan kebebasannya di hadapanmahkamah atau pihak berkuasa lain yang berwibawa, bebas dansaksama, dan kepada keputusan yang cepat mengenai apa-apatindakan yang sedemikian.

Perkara 38 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk menghormati danmemastikan rasa hormat bagi kaedah-kaedah undang-undangkemanusiaan antarabangsa yang terpakai bagi mereka dalamkonflik bersenjata yang berkaitan dengan kanak-kanak.

2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah bolehlaksana untuk memastikan bahawa orang yang belum mencapai

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

32

umur lima belas tahun tidak mengambil bahagian secara langsungdalam permusuhan.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah menahan diri daripada merekrutmana-mana orang yang belum mencapai umur lima belas tahunke dalam angkatan tentera mereka. Dalam merekrut di kalanganorang yang telah mencapai umur lima belas tahun tetapi belumlagi mencapai umur lapan belas tahun. Negara Pihak hendaklahberusaha untuk memberikan keutamaan kepada mereka merekayang paling tua.

4. Mengikut obligasi mereka di bawah undang- undangkemanusiaan antarabangsa untuk melindungi penduduk awamdalam konflik bersenjata, Negara- Negara Pihak hendaklahmengambil segala langkah boleh laksana untuk memastikanperlindungan dan jagaan kanak-kanak yang terjejas oleh sesuatukonflik bersenjata.

Perkara 39 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yangsewajarnya untuk menggalakkan pemulihan fizikal dan psikologi danintergrasi semula sosial bagi mangsa kanak-kanak daripada: apa-apabentuk pengabaian, eksploitasi atau penyalahgunaan; penyeksaan atauapa-apa bentuk layanan atau hukuman yang zalim, tidakberperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; atau konflik bersenjata.Pemulihan dan intergrasi semula sedemikian hendaklah mengambiltempat dalam persekitaran yang merangsangkan kesihatan, hormatkendiri dan maruah kanak-kanak.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

33

Perkara 40 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak yangdikatakan sebagai, dituduh atau diiktirafkan sebagaj melanggarundang-undang penal hendaklah dilayan mengikut cara yangselaras dengan penggalakkan kefahaman kanak-kanak itumengenai kemuliaan dan harga diri, yang menguatkan rasa hormatkanak-kanak itu kepada hak asasi manusia dan kebebasan asasiorang lain dan yang mengambil kira umur kanak-kanak itu dankebaikan mempromosikan intergrasi semula kanak-kanak itu dankanak-kanak itu memegang peranan yang membina dalammasyarakat.

2. Dalam hal ini, dan setelah mengambil kira peruntukan yangberkaitan surat cara antarabangsa, Negara-Negara Pihakhendaklah secara khususnya, memastikan bahawa:

a) Tiada kanak-kanak boleh dikatakan sebagai, dituduh ataudiiktirafkan sebagai melanggar undang-undang penaldengan sebab perbuatan atau peninggalan yang tidakdilarang oleh undang-undang negara atau antarabangsapada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan;

b) Tiap-tiap kanak-kanak yang dikatakan sebagai, atau dituduhtelah melanggar undang-undang penal mempunyaisekurang-kurangnya jaminan yang berikut:

i) Untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikanbersalah mengikut undang-undang;

ii) Untuk dimaklumkan dengan segera dan teruspertuduhan-pertuduhan terhadapnya, dan jika wajarmelalui ibu bapanya atau penjaga di sisi undang-undang dan diberi bantuan guaman atau bantuan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

34

sewajarnya yang lain dalam penyediaan danpembentangan pembelaannya;

iii) Menjadikan perkara itu diputuskan tanpakelengahan oleh pihak berkuasa yang berwibawa,bebas dan saksama atau badan kehakiman dalamsesuatu perbicaraan adil mengikut undang-undang,dengan adanya bantuan guaman atau bantuansewajarnya yang lain melainkan jika dianggap bukandemi kepentingan terbaik kanak-kanak itu,khususnya, mengambil kira umurnya ataukeadaannya, ibu bapanya atau penjaga di sisiundang-undang;

iv) Untuk tidak dipaksa memberikan testimoni ataumengakui salah; untuk memeriksa atau diperiksasaksi belot dan untuk mendapatkan penglibatandan pemeriksaan saksi bagi pihaknya di bawahkeadaan samarata;

v) Jika dianggap telah melanggar undang-undang pe-nal, untuk mendapatkan keputusan ini dan apa-apalangkah yang dikenakan berbangkit daripadanyadikaji semula oleh pihak berkuasa yang berwibawa,bebas dan saksama yang lebih tinggi atau badankehakiman mengikut undang-undang;

vi) Untuk mendapatkan bantuan percumapenterjemah jika kanak-kanak itu tidak boleh danmemahami atau bercakap dalam bahasa yangdigunakan;

vii) Untuk menjadikan privasinya dihormatisepenuhnya dalam semua peringkat prosiding.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah cuba menggalakkan pewujudanundang-undang tatacara, pihak berkuasa dan institusi yang secarakhusus terpakai bagi kanak-kanak yang dikatakan sebagai, dituduh

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

35

atau diiktirafkan sebagai telah melanggar undang-undang penal,dan, secara khususnya:

a) Penetapan umur minimum yang di bawah umur itu kanak-kanak hendaklah dianggap tidak mempunyai keupayaanuntuk melanggar undang-undang penal;

b) Bila mana sesuai dan wajar, langkah-Iangkah untukberurusan dengan kanak-kanak sedemikian tanpamenggunakan prosiding kehakiman dengan syarat hak- hakasasi manusia dan perlindungan di sisi undang- undangdihormati sepenuhnya.

4. Berbagai-bagai peruntukan seperti perintah jagaan, bimbingandan penyeliaan, kaunseling, cubaan akhlak, jagaan keluarga angkat,program latihan pendidikan dan program latihan vokasional danalternatif lain kepada jagaan institusi hendaklah boleh didapatiuntuk memastikan bahawa kanak-kanak itu dijuruskankesejahteraan mereka mengikut cara yang sewajarnya danberpadanan dengan kedua-dua hal keadaan dan kesalahan itu.

Perkara 41 .....................

Tiada apa-apa jua dalam Konvensyen ini boleh menyentuh apa-apaperuntukan yang lebih berfaedah kepada merealisasikan hak kanak-kanak dan yang terkandung dalam:

a) Undang-undang sesuatu Negara Pihak; ataub) Undang-undang antarabangsa yang berkuat- kuasa dalam negara

itu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

36

BAHAGIAN II

Perkara 42 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk menjadikan prinsip-prinsip dan peruntukan-peruntukan Konvensyen diketahui umum,melalui cara yang sesuai dan aktif, kepada orang dewasa dankanak-kanak dengan cara yang sama.

Perkara 43 .....................

1. Bagi maksud memeriksa perkembangan yang dibuat oleh Negara-Negara Pihak dalam mencapai realisasi obligasi yang diaku janjidalam Konvensyen ini, maka hendaklah ditubuhkan suatuJawatankuasa Mengenai Hak Kanak-Kanak, yang hendaklahmenjalankan fungsi-fungsi yang diperuntukkan kemudian daripadaini.

2. Jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada sepuluh pakar yangmempunyai pendirian moral yang mulia dan kecekapan yangdiiktirafkan dalam bidang bidang yang diliputi oleh Konvensyenini. Anggota Jawatankuasa itu hendaklah dipilih oleh Negara-Negara Pihak daripada kalangan rakyat mereka dan hendaklahmemberi khidmat di atas sifat peribadi mereka, pertimbangandiberikan kepada pengagihan geografi yang saksama, serta sistemperundangan yang utama.

3. Anggota-anggota Jawatankuasa hendaklah dipilih melalui undirahsia daripada senarai orang-orang yang dicalonkan olehNegara-Negara Pihak. Setiap Negara Pihak boleh menamakansatu orang daripada kalangan rakyatnya sendiri.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

37

4. Permilihan awal Jawatankuasa hendaklah diadakan tidakterkemudian daripada enam bulan selepas tarikh mulaberkuatkuasanya Konvensyen ini dan selepas itu tiap-tiap tahunkedua. Sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh setiappemilihan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuhendaklah menujukan suatu surat kepada Negara-Negara Pihakmenjemput mereka untuk mengemukakan pencalonan merekadalam masa dua bulan. Setiausaha Agung hendaklah kemudiannyamenyediakan suatu senarai mengikut abjad bagi semua orangyang dicalonkan, yang menujukan Negara-Negara Pihak yang telahmencalonkan mereka dan hendaklah mengemukakan senarai itukepada Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen ini.

5. Pemilihan hendaklah diadakan dalam mesyuarat-mesyuaratNegara-Negara Pihak yang dipanggil oleh Setiausaha Agung diibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Dalammesyuarat itu yang kuorumnya ialah dua pertiga daripadaNegara-Negara Pihak, orang- orang yang dipilih dalamJawatankuasa itu hendaklah mereka, yang mendapat unditerbanyak dan majoriti mutlak undi wakil Negara-Negara Pihakyang hadir dan mengundi.

6. Anggota-anggota Jawatankuasa hendaklah dipilih bagi tempohempat tahun. Mereka adalah layak bagi pemilihan semula jikadicalonkan semula. Tempoh lima anggota yang dipilih dalampemilihan pertama hendaklah tamat pada penghujung tahunkedua; sebaik selepas pemilihan pertama, nama-nama lima anggotaini hendaklah dipilih dengan cabutan undi oleh Pengerusimesyuarat itu.

7. Jika seseorang anggota Jawatankuasa meninggal dunia ataumeletakkan jawatan atau mengisytiharkan bahawa oleh apa-apasebab lain dia tidak lagi dapat menjalankan kewajipanJawatankuasa. Negara-Negara Pihak yang mencalonkan anggota

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

38

itu hendaklah melantik seorang lagi pakar daripada kalanganrakyatnya untuk berkhidmat selama baki tempoh itu tertaklukkepada kelulusan Jawatankuasa.

8. Jawatankuasa hendaklah menetapkan kaedah- kaedah tatacaranyasendiri.

9. Jawatankuasa hendaklah memilih pegawainya bagi tempoh duatahun.

10. Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah pada lazimnya diadakan diIbu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-manatempat lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan olehJawatankuasa. Jawatankuasa hendaklah pada lazimnya bersidangsetiap tahun. Jangka masa mesyuarat Jawatankuasa hendaklahditentukan dan dikaji semula jika perlu, oleh suatu mesyuaratNegara-Negara Pihak kepada Konvensyen ini tertakluk kepadakelulusan Perhimpunan Agung.

11. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklahmemperuntukkan kakitangan dan kemudahan yang diperlukanbagi pelaksanaan berkesan fungsi Jawatankuasa di bawahKonvensyen ini.

12. Dengan kelulusan perhimpunan Agung, anggota Jawatankuasayang ditubuhkan di bawah Konvensyen ini hendaklah menerimasaraan daripada sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatumengikut terma- terma dan syarat-syarat yang diputuskan olehPerhimpunan.

Perkara 44 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk mengemukakankepada Jawatankuasa, melalui Setiausaha Agung Pertubuhan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

39

Bangsa-Bangsa Bersatu, laporan mengenai langkah-Iangkah yangditerima pakai oleh mereka yang menguatkuasakan hak yangdiiktirafkan dalam Konvensyen ini dan mengenai kemajuan yangdibuat mengenai hak-hak yang dinikmati itu:

a) Dalam masa dua tahun selepas mula berkuatkuasanyaKonvensyen bagi Negara-Negara Pihak yang berkenaan;

b) Selepas itu tiap-tiap lima tahun.

2. Laporan yang dibuat dibawah perkara ini hendaklah menunjukkanfaktor-faktor dan kesukaran, jika ada, yang menjejaskan tahappenunaian obligasi di bawah Konvensyen ini. Laporan itu jugahendaklah mengandungi maklumat yang mencukupi untukmemberikan Jawatankuasa pemahaman komprehensif mengenaipelaksanaan Konvensyen dalam negara yang berkenaan.

3. Suatu negara Pihak yang telah mengemukakan laporankomprehensif awal kepada Jawatankuasa tidak perlu, dalamlaporan yang dikemukakan selepas itu mengikut perenggan 1 (b)perkara ini, mengulangi maklumat asas yang telah diberikandahulunya.

4. Jawatankuasa boleh meminta daripada Negara-Negara Pihakmaklumat lanjut yang berkaitan dengan pelaksanaan Konvensyen.

5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan kepada PerhimpunanAgung melalui Majlis Ekonomi dan Sosial tiap-tiap dua tahunlaporan mengenai aktivitinya.

6. Negara-Negara Pihak hendaklah menjadikan laporan merekaboleh didapati secara meluas kepada orang awam dalam negaramereka sendiri.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

40

Perkara 45 .....................

Untuk merangsangkan pelaksanaan yang berkesan Konvensyen danuntuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang yang diliputioleh Konvensyen:

a) Agensi-agensi khusus, tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuyang lain berhak untuk diwakili pada masa pertimbanganpelaksanaan peruntukan Konvensyen ini sebagaimana termasukdalam ruang lingkup mandat mereka. Jawatankuasa bolehmenjemput agensi-agensi khusus itu. Tabung Kanak-KanakPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan lain yangberwibawa yang dianggap wajar untuk memberikan nasihatpakar mengenai pelaksanaan Konvensyen dalam bidang yangtermasuk dalam ruang lingkup mandat mereka masing-masing.Jawatankuasa boleh menjemput agensi-agensi khusus sepertiTabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu danorgan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain untukmengemukakan laporan mengenai pelaksanaan konvensyendalam bidang yang termasuk dalam ruang lingkup aktivitimereka;

b) Jawatankuasa hendaklah menghantar, sebagaimana yang dianggapwajar, kepada agensi-agensi khusus, Tabung Kanak-KanakPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan lain yangberwibawa, apa-apa laporan daripada Negara-Negara Pihak yangmengandungi suatu permintaan atau yang menunjukkan keperluanbagi bantuan teknik atau nasihat berserta dengan pemerhatiandan cadangan, jika ada, mengenai permintaan atau pertunjukanini;

c) Jawatankuasa boleh mengesyorkan kepada Perhimpunan Agunguntuk meminta Setiausaha Agung untuk mengaku janji bagi

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

41

pihaknya kajian mengenai isu khusus yang berhubungan denganhak kanak-kanak;

d) Jawatankuasa boleh membuat cadangan dan syor am berdasarkanmaklumat yang diterima menurut perkara 44 dan 45 konvensyenini. Cadangan dan syor am itu hendaklah dihantar kepada mana-mana Negara Pihak yang berkenaan dan melaporkan kepadaPerhimpunan Agung berserta dengan ulasan, jika ada, daripadaNegara-Negara Pihak.

BAHAGIAN III

Perkara 46 .....................

Konvensyen ini adalah terbuka untuk ditandatangani oleh semuaNegara.

Perkara 47 .....................

Konvensyen ini adalah tertakluk kepada ratifikasi. Surat cara ratifikasihendaklah didepositkan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perkara 48 .....................

Konvensyen ini hendaklah terus dibuka bagi penyertaan oleh mana-mana Negara. Surat cara penyertaan hendaklah didepositkan denganSetiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

42

Perkara 49 .....................

1. Konvensyen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada hari ketigabelas berikutan dari tarikh surat cara ratifikasi atau penyertaanyang kedua puluh didepositkan dengan Setiausaha AgungPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

2. Bagi setiap Negara yang meratifikasikan atau menyertaiKonvensyen selepas didepositkan surat cara ratifikasi ataupenyertaan yang kedua puluh, Konvensyen hendaklah mulaberkuatkuasa pada hari yang ketiga belas selepas surat cararatifikasi atau penyertaan oleh Negara itu didepositkan.

Perkara 50 .....................

1. Mana-mana Negara Pihak boleh mencadangkan suatu pindaandan memfailkan pindaan itu dengan Setiausaha Agung PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu. Setiausaha Agung hendaklah sesudah itumemaklumkan Negara-Negara Pihak mengenai cadangan pindaandengan permintaan supaya mereka membayangkan sama adamereka menyokong suatu persidangan Negara-Negara pihakbagi maksud mempertimbangkan dan mengundi cadangan itu.Jika sekiranya dalam masa empat bulan dari tarikh pemaklumanitu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Negara-NegaraPihak menyokong diadakan persidangan itu, Setiausaha Agunghendaklah memanggil persidangan itu di bawah naunganPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apa-apa pindaan yangditerima pakai oleh majoriti Negara-Negara Pihak yang hadirdan mengundi di persidangan itu hendaklah dikemukakan kepadaPerhimpunan Agung untuk kelulusan.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

43

2. Sesuatu pindaan yang diterima pakai mengikut perenggan 1perkara ini hendaklah mula berkuat-kuasa apabila pindaan itudiluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu dan diterima oleh dua pertiga daripada majoriti NegaraPihak.

3. Apabila sesuatu pindaan mula berkuatkuasa, pindaan itumengikat semua Negara Pihak yang menerimanya, Negara-Negara pihak yang lain masih terikat dengan peruntukanKonvensyen ini dan apa-apa pindaan terdahulu yang diterimaoleh mereka.

Perkara 51 .....................

1. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklahmenerima dan mengedarkan kepada semua negara teks reservasiyang dibuat oleh Negara- Negara pada masa ratifikasi ataupenyertaan.

2. Sesuatu reservasi yang tidak secocok dengan tujuan dan maksudKonvensyen tidak dibenarkan.

3. Reservasi boleh ditarik balik pada bila-bila masa melaluipemberitahuan yang bermaksud sedemikian yang ditujukankepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yanghendaklah memberitahu semua Negara. Pemberitahuan ituhendaklah mula berkuatkuasa dari tarikh yang pemberitahuanitu diterima oleh Setiausaha Agung.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

44

Perkara 52 .....................

Negara Pihak boleh memutuskan Konvensyen ini melalui pemberitahuanbertulis kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Agung Bangsa-BangsaBersatu. Pemutusan mula berkuatkuasa setahun selepas tarikhpenerimaan pemberitahuan itu oleh Setiausaha Agung.

Perkara 53 .....................

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dilantik sebagaipendeposit Konvensyen ini.

Perkara 54 .....................

Konvensyen ini yang teks bahasa Arab, Gina, Inggeris, Perancis, Rusiadan Sepanyol adalah sama sah, hendaklah didepositkan denganSetiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada menyaksikan hal di atas, wakil penuh Kerajaan yangbertandatangan di bawah, yang diberi kuasa dengan sewajarnya olehKerajaan masing-masing, telah menandatangani Konvensyen ini.